Halaman

Sunday, 30 December 2012

MAJLIS TAMING SARI KEMBALI KEEMPUNYA, DI MUARA SUNGAI DUYUNG MELAKA, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.

SULTAN; KESULTANAN MELAKA MUNCUL KEMBALI SETELAH 477 * BAGAI……..SIREH PULANG KEGAGANG, PINANG PULANG KETAMPUK, TAMING SARI KEMBALI KEEMPUNYA PADA I31HB JANUARI  2006  BERSAMAAN  1  MUHARAM 1427H, 
DI MUARA SUNGAI DUYUNG MELAKA, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.

KERIS PAMOR SAKTI 
KEPUNYAAN PANGLIMA TAMING SARI 
NAIK KEDARAT KEMBALI KEEMPUNYA
 PADA I31HB JANUARI  2006  BERSAMAAN  1  MUHARAM 1427H

Siapa kata Hang Jebat Mati Di Tangan Hang Tuah ?

                                TAK MELAYU HILANG DI DUNIA
Warisan Laksamana Hang Tuah
Wasiat buat anak-cucu yang bertuah.

LAKSAMANA TUN TUAH
(Hang Tuah bin. Hang Mahmud x Dang Merdu)

PELUKIS 2D : -SAUDARA MOHD.SALLEH AL-DAWAMI (Salleh Dawam.Langkawi)
SUMBER 3D :- TUGU DIMUZIUM NEGARA (K.Lumpur)
Batang tubuhnya diberi nama Hang Tuah Oleh Ayahandanya Hang Mahmud dan ibunya    Dang  Merdu. Dilahirkan di Kampung Sungai Duyung, Negeri Melaka. Semasa kecil lagi Hang Tuah telah dibawa oleh kedua ibubapanya berpindah ke Bentan, Kepulauan Riau

Tercatat dalam hikayat. Pada suatu malam Hang Mahmud mendapat alamat melalui mimpi bahawa ; Bulan turun dari langit, mengambang penuh cahayanya di atas kepala Hang Tuah putera tunggalnya itu, setelah terjaga Hang Mahmud pun segera mengangkat Hang Tuah dan mencium ubun kepalanya serta seluruh tubuhnya. Keesokan hari segala mimpinya itu  diceritakan kepada isterinya Dang Merdu dan Hang Tuah, Dengan penuh syukur Dang Merdu segera melangiri (memandi) kan Hang Tuah kemudian diperlengkapkan dengan sandang (pakaian) serba putih, kain, baju, destar, direnjis pula dengan air mawar dan sari wangi-wangian.

Setelah itu diberi makan nasi kunyit berlaukkan telur ayam. Orang tua-tua, lebai dan alim dari kampong turut dijemput untuk tahlil kepada para arwah dan membacakan do’a selamat. Bermula dari peristiwa itulah maka persiapandibuat untuk berpindah ke Bentan dengan bertujuan mencari penghidupan keluarga disamping mencari Mualim untuk Hang Tuah berguru.

Dengan sebuah lading yang diperlengkapkan maka belayarlah Hang Mahmud tiga beranak menuju ke Bentan. Sampai di Bentan Hang Mahmud pun membina sebuah rumah berhampiran Kampung Bendahara  Paduka Raja Melaka bersuaka (menetap) di situ. Kediamannya juga dijadikan kedai untuk urusan berjual makanan disamping berjual kayu api.

Di situlah Hang Tuah membesar. Belajar mengaji Al-Qur’an dan ilmu Nahu dari seorang lebai hingga khatam (tamat). Kecenderungan Hang Tuah untuk belajar sangat terserlah sejak kanak-kanak lagi. Setelah itu Hang Tuah terus mangaji dan berguru dengan beberapa orang mualim, antaranya Lebai Keling, Labai Cina, Lebai Siam, dan termasuk juga Lebai Jawa untuk mengaji dalam masa yang sama belajar bahasa. Semasa meningkat remaja lagi Hang Tuah sudah mampu menguasai dua belas bahasa, Ketrampilan dan kebijaksanaannya sangat terserlah.

Semasa umurnya mencecah sepuluh tahun Hang Tuah bersahabat karib dengan rakan sebayanya. Hang Jebat anak Kak Dollah dan ibunya Dang Bawa, Hang Kasturi anak kepada Kak Mesamut dan ibunya Dang Sekanda, sementara yang ketiga Hang Lekir anak kepada Hang Mansur dan ibunya Dang Hebah, sahabat yang termuda Hang Lekiu bapanya bernama Hang Shamsu dan ibunya bernama Dang Seri.

Bakat kepahlawanan Hang Tuah lima sahabat itu mula dikesan oleh Tok Batim Penghulu Temasik (Singapura) bila mereka berlima dalam pelayaran ke Pulau Tinggi untuk berburu tiba-tiba diserang oleh angkatan lanun dengan kekuatan tiga perahu besar. Hang Tuah berlima sahabat berjaya mengalahkan lanun-lanun itu, ramai lah yang tewas dan lari, sepuluh orang berjaya ditawan dan dipersembahkan bersama Tok Batim Penghulu Singapura  kepada Duli yang Dipertuan Bentan.

Setelah peristiwa itu Hang Tuah dan empat sahabatnya sering berdepan dengan ujian demi ujian namun dalam semua pertempuran Hang Tuah dan para sahabatnya smendapat kemenangan dan senantiasa pula mendapat anugerah dan pengiktirafan saada oleh Penghulu, Bendahara malah oleh Duli Yang Dipertuan.

Sebagai persiapan diri, Hang Tuah berlima sahabat itupun pergi berguru kepada Aria Putra di Bukit Pancalusa sehingga tamat dan kembali untuk menghambakan diri berkhidmat kepada Duli Yang Dipertuan. Sehingga pada suatu purnama bulan Muharram Hang Tuah lima sahabat serta pegawai dan pembesar  dibawa oleh Duli Yang Dipertuan Raja Bentan berpindah ke Melaka sebagai pemerintah baru.

Setelah Raja Melaka Tuanku Shah Alam berhasrat menabalkan anak perempuan Baginda Puteri Gunung Ledang menjadi Raja Melaka menggantikannya seperti yang dizahir melalui titahnya “ Ayo Mamak Bandahara dan Laksamana, pada bicara kita, hendak rajakan anak kita yang perempuan ini akan ganti kita jadi Raja di negeri Melaka, kerana kitapun sudah tualah”. Maka Laksamana Tun Tuah pun menerima titah dan segera membuat persiapan untuk menyempurnakan istiadat.
Dalammusyawarah itu Tuanku Raja Melaka juga menamakan Tun Mat anak kepada Bendahara sebagai Bendahara Paduka Raja, sementara anak Temenggung, Tun Karim diberi gelaran Temenggung Seri Seroja dan anak Laksaman Tun Tuah bernama Tun Nadim dan Laksamana Tuan Tuah mengakhiri khidmatnya  selama tiga zaman sebagai Laksamana kepada tiga warisan Raja Melaka bertakhta.

Ketika Melaka jatuh ke tangan Feringgi… Bendahara Tun Mat, Temenggung Tun Karim dan Laksamana Tun Nadim berundur Ke tanah hujung bernama Tanjung Johor dari situ belayar ke Bentan mengadap Sultan Ahmad. Di Bentan dengan bantuan Sultan Ahmad pembesar-pembesar itu pun menyusun langkah dengan titiah Sultan Ahmad kemudian kembali ke Tanjung Johor dan bernegeri di situ dengan nama Johor Darul Aman, maka disitulah dihimpunnya semua keturunan Melaka yang berpecah-pecah sebelum itu

Sejak usia 10 tahun Hang Tuah berbakti
Mencurah setia menghamba diri
Kepada Raja dan juga Negeri
Kerana Melaka nyawa diberi

Taat setia tiada batasan
Kepada watan kepada Sultan
Bijaksananya jelas kelihatan
Digeruni musuh dihormati taulan

Keseluruh dunia menjadi utusan
Kebanyak benua titah dilaksanakan
Dua belas bahasa mahir digunakan
Diterima mesra segenap kapitan dan bangsawan

Lahir di Bumi Duyung  Melaka
Membesar di Bentan negeri beraja
Mengaji, berguru Quran dan bahasa
Memperlengkapkan ilmu akhirat dan dunia
  
Bermula di Melaka
Berakhir di Melaka
Hang Tuah digelar Laksamana
Hang Tuah hulubalang ternama

TAMING SARI
Keris pamor sakti dari Majapahit

Sebilah keris sakti asalnya milik “Penjurit Tua Tanah Majapahit” diperoleh oleh Laksamana Tun Tuah melalui ‘muslihat’ dalam satu pertempuran sengit antara keduanya di Istana Paduka Seri Betara Majapahit ketika mengiringi rombongan sultan Melaka untuk melangsungkan perkahwinan dengan Raden Galuh Emas Ayu Puteri Majapahit.

Setelah Laksamana Hang Tuah berjaya membunuh “Penjurit Tua” itu dengan Keris Taming Sari, maka Keris Taming Sari itupun segera dipersembahkan kepada Paduka Seri Betara, setelah diterima maka Paduka Seri Betara Majapahit pula bertitah “Adapun keris ini anugerah kitalah pada Kiai Tuah”. Diterima oleh Tun Tuah dan dicium sebelum disisipkan kebengkong dipinggangnya.

Selain itu Paduka Seri Betara Majapahit juga memberi gelar dan pusaka bumi kepada Tun Tuah setelah dititahkan. “Adapun Kiai Tuah ini kita gelar Laksamana. Maka anak sungai kita Jemaja ini anugerah kitalah kepada Laksamana . Putus datang kepada anak cucu Laksamana”.

Sultan Melaka yang sangat sukacita turut memberi restu dan menganugerahi sandang persalinan selengkapnya. Penyaksian kepada riwayat ini maka Taming Sari menjadi sandang dan pelengkap kepada Laksamana Hang Tuah sepanjang khidmatnya kepada Sultan Melaka selama tuga zaman ketuanan dan tiga raja bertakhta.

Walaupun suatu ketika terlepas ke tangan Hang Jebat ketika Laksamana Tun Tuah dijatuhi hukuman bunuh kerana fitnah. Tetapi sudah ditakdirkan Allah bahawa Taming Sari akan kembali juga kepada Tun Tuah maka Datuk Bendahara tidak melaksanakan hukuman bunuh sebaliknya menyerahkan Tun Tuah kepada Tuan Syeikh seorang mu’alim yang tinggal di dusun terletak di Bukit Jugara, disitulah Tun Tuah menyepi dan mengaji.

Ketika Hang Jebat ‘menderhaka’ kerana membela Tun Tuah yang menjadi mangsa fitnah. Laksamana Tun Tuah dititah kembali dengan keampunan Sultan. Maka berlakulah pertempuran dua saudara, akhirnya Hang Jebat tewas dan Keris Taming Sari ke tangan Laksama Hang Tuah.

Akibat  peristiwa yang menyayat itu, sebelum Laksamana Hang Tuah pergi berkhalwat (bersunyi) seperti tercatat di dalam hikayat Tun Tuah telah melafazkan sumpah “selagi Keris Taming Sari ini tenggelam di Muara Sungai Duyung, selagi itulah hamba tidak akan zahir di negeri Melaka ini”. Namun demikian dipercayai bahawa sarung Keris Taming Sari itu dibawa pergi bersama menyepi oleh Laksamana Tun Tuah sehingga kehari ini

Demikianlah kisah mengikut sejarah
Keris Taming Sari yang sebilah
Asal diperolehi Seri Betara Anugerah
Kepada Hulubalang Laksama Tun Tuah

Muara Sungai Duyung menjadi saksi
Segala yang nyata dan yang tersembunyi
Bagai sesetianya langit dengan bumi
Segala terjadi atas kudrat-iradat Iilahi.

SUMPAH PENDEKAR

Tujuh petala bumi
Tujuh petala langit
Dari gunung ke lembah curam
Dari sungai ke lautan gelombang
Kembara adalah setia pada sumpah
Kemenyan dan setanggi penyeri kehadiran kita
Warisan berkurun  Dato’ Laksamana

DI MANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG

Sumpah pendekar…
Pantang undur walau setapak
Pantang maut sebelum ajal
Pantang derhaka pada titah
Pantang keris dipinggang kalau tidak berani mati 
Berdentum guruh di langit
Merkah bumi dipijak,

“PENDEKAR TAKKAN UNDUR SETAPAK”

Pulangkan pamor pada kerisnya
Pulangkan sireh pada gagangnya
Pulangkan mahkota pada tahtanya
Pulangkan cokmar pada laksaman
Pulangkan langkah pada gelanggang
Pulangkan sumpah pada pendekar
Pulangkan rohani pada jasmani
Pulangkan Bangsa pada Martabat
Sumpah bukan Cuma dibibir

“GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG”

Bumi warisan ini
“TANAH TUMPAH DARAH KITA”
Masih menuntut semangat yang belum tertunai
Pribumi bukan sekadar gelaran tanpa makna
Kita adalah anak watan
Darah yang mengalir di tubuh kita
Semerah darah si Jebat yang tumpah di bumi Melaka
Semerah darah Si Jebat yang terlekat di Taming Sari
Semerah darah Si Jebat yang tercalit di kening Si Tuah
Semerah darah Hang Nadim yang terhumban ke lautan Temasik
Dan kita masih di sini
Mendepani hari-hari yang semakin mencabar
Keutuhan tekat yang kental
Sumpah keramat seorang pendekar

“TAK MELAYU HILANG DI DUNIA”

(Khazanah) : Zahir Kewujudan KERIS TAMING SARI Pamor Sakti yang dianugerahkan kepada ‘‘ Kiai Tuah ’’ oleh Paduka Seri Bentara Majapahit. Hang Tuah yang bergelar LAKSAMANA TUN TUAH HULUBALANG MELAKA Memperoleh keris ini setelah berjaya menewaskan ‘‘ Taming Sari ’’ Penjurit Tua Tanah Majapahit Dan KERIS TAMING SARI telah menjadi milik Hang Tuah Dibawah kedaulatan D.Y.M.M. Raja Melaka PADUKA SERI SHAH ALAM.

ALAT-ALAT KEBESARAN RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA DARUL ISLAM

GAMBAR (KHAZANAH PUSAKA TURUN-TEMURUN) : KELENGKAPAN BARANG KEBESARAN SULTAN AHMAD SHAH IBNI SULTAN MAHMUD SHAH SULTAN MELAKA KE-9 TAHUN 1516 -1528 

1. SEPASANG KERIS PUSAKA TERSISIP DIPINGANG DAN DISANDANG DITANGAN
2. PENDING PERAK DAN BERTAHTAKAN EMAS
EMPAT CIRI PEMAKAIAN TANJAK RAJA SERI MAHKOTA PANJI ALAM
1. ANAK KERIS PERAK EMAS. 
2. SEPASANG BUNGA CINTA HATI (KANAN DAN KIRI)
3.SEKUNTUM BUNGA MAWAR BERBATU JET BIRU DAN HIJAU HADIAH DARIPADA SERI MAHARAJA CHINA PADA ZAMAN PEMERINTAHAN SULTAN MANSUR SHAH, SULTAN MELAKA KE-6 (1456-1477).
4. SEPASANG BURUNG MERAK PIPIT BERTAHTAKAN PERAK DAN BERLIAN.

BARANG BUKTI D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH TERBUKTI TULEN.

GAMBAR (KHAZANAH) 1517 : 
KERIS BEDUT TANAH ADALAH ALAT KEBESARAN RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA YANG TELAH DIGUNAKAN OLEH SULTAN MELAKA PADA TAHUN 1516-1528. DI ATAS MATA KERIS TERSEBUT TERTERA UKIRAN NAMA '' AHMAD BIN MAHMUD PADA 1517 '' DAN PERKATAAN '' ALLAH MUHAMMAD MELAKA- ALLAH MUHAMMAD MELAKA-ALLAH MUHAMMAD MELAKA'' DI DALAM TULISAN JAWI, MERUPAKAN BARANG KEBESARAN RAJA KESULTANAN MELAKA.

GAMBAR (KHAZANAH) TAHUN 1517 : 
SEBILAH KERIS BEDUT TANAH YANG TERTERA DI DALAM TILISAN JAWI  PERKATAAN “ AHMAD BIN MAHMUD PADA 1517” DAN TERTERA PADA MATA KERIS TERSEBUT PERKATAAN ALLAH MUHAMMAD MELAKA-ALLAH MUHAMMAD MELAKA-ALLAH MUHAMMAD MELAKA

GAMBAR (KHAZANAH) TAHUN 1517 : 
SEBILAH KERIS BEDUT TANAH YANG TERTERA DI DALAM TILISAN JAWI  PERKATAAN “ AHMAD BIN MAHMUD PADA 1517” DAN TERTERA PADA MATA KERIS TERSEBUT PERKATAAN ALLAH MUHAMMAD MELAKA-ALLAH MUHAMMAD MELAKA-ALLAH MUHAMMAD MELAKA YANG DIPERTURUNKAN DARI GENERASI KE SATU GENERASI HINGGA KEPADA TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH SELAKU PEWARIS TAKHTA RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM.

RAJA AHMAD ATAU SULTAN AHMAD SHAH IBNI SULTAN MAHMUD SHAH ADALAH MERUPAKAN SULTAN MELAKA KE-9 (1516-1528). PADA TAHUN 1511 TELAH BERLAKU KEJATUHAN MELAKA KEPADA PORTUGIS. DALAM TEMPOH KEJATUHAN TERSEBUT SULTAN AHMAD SHAH TELAH BERJUANG UNTUK MENGAMBIL KEMBALI HAKNYA SEBAGAI PEMERINTAHAN. DENGAN HANYA MENGUNAKAN AKAL FIKIRAN DAN KEKUATAN TENAGA, MAKA PERTUGIS DAPAT DIKALAHKAN DALAM MASA LIMA (5) TAHUN SAHAJA (1511-1516). DALAM TEMPOH ITU JUGA, BAGINDA TELAH BERJAYA MANAKLUKI MELAKA KEMBALI DAN SETERUSNYA BERJAYA MENJADI PEMERINTAH MALAKA (1511-1528). PERSOALANYA SIAPAKAH RAJA MELAYU YANG GAGAH BERANI ? JAWAPANNYA: SULTAN AHMAD SHAH. INI KERANA BAGINDA HANYA MENGAMBIL MASA SELAMA LIMA (5) TAHUN SAHAJA UNTUK MENGALAHKAN MUSUH.

GAMBAR (KHAZANAH) :
KEBESARAN SULTAN MELAKA, BUNGA MAWAR HADIAH SERI MAHARAJA CHINA DI ZAMAN  PEMERINTAHAN SULTAN MANSUR SHAH, 
SULTAN MELAKA KE-6 (1456-1477)

SALASILAH KETURUNAN RAJA KESULTANAN PERAK DAN MELAKA DARUL ISLAM

KETURUNAN RAJA KESULTANAN MELAYU  MELAKA

D.Y.M.M. SULTAN AHMAD SHAH (II) @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH
KETURUNAN 
D.Y.M.M. PADUKA SRI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (I)(Marhum Durian Sebatang) Sultan Perak Ke-22 (1851-1857),
PPJP (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985,
D.K. (Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang) 2008,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran : Pangeran Sentana)2010.

SALASILAH BERNASAB KETURUNAN

RAJA KESULTANAN MELAKA KE-44
D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH
(Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah)
‘‘RAJA YANG HILANG KINI MUNCUL KEMBALI SETELAH 477 TAHUN’’

Sesungguhnya warta ini amat perlu bagi mengiringi istiadat penganugerahan watikah gelar adat pusaka melayang (dari nenek moyang turun temurun) kali pertama setelah 477 tahun tidak dapat dijalankan kerana raja yang hilang tidak dapat dicari, tetapi kini dengan kehendak Allah telah muncul kembali waris keturunan Kesultanan Melaka yang benar-benar berhak. Lebih-lebih lagi kemunculan Tuanku adalah beserta munculnya kembali barang-barang pusaka kebesaran kerajaan Melaka. Sesungguhnya watikah gelar adat ini menandakan bermulanya tugas menjunjung pusaka waris bergilir dan menjunjung pusaka melayang dari nenek moyang, yang diwariskan turun-temurun dari salasilah melalui wasiat dan amanah yang dijunjung sambung bersambung .

Kehilangan waris kesultanan Melaka adalah mulai dari tarikh kemangkatan D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Ahmad Shah, Sultan Melaka ke-9 (TM 1516-1528). Namun dengan kehendak dan izin Allah maka kini muncullah kembali Raja Melaka dengan satu wadah mengembalikan  kegembilangan kesultanan Melaka. Kemunculan ini begitu jelas dengan empat bukti dan fakta berikut:-

i)             Kemunculan Baginda Tuanku bukanlah seorang  diri tetapi berserta lengkapdengan Keluarga Diraja dan waris Kesultanan Melaka yang masing-masing akan menjunjung pusaka turun temurun.
    
ii)           Bersama Tuanku  juga dapat dizahirkan barang-barang kebesaran kerajaan Melaka yang Tuanku warisi iaitu dua bilah keris, satu disandang dan satu lagi tersisip dipinggang, sebentuk pending Diraja, anak keris perak emas, sepasang bunga hati di kiri dan kanan, sekuntum bunga mawar berbatu jed biru hijauhadiah daripada Seri Maharaja Cina, sepasang burung merak pipit di atas belakang destar. Kesemua perhiasan ini adalah hiasan destar tuanku. Selain itu, barang-barang kebesaran untuk kegunaan permaisuri tuanku seperti mahkota dan buah kalong sebagai alat kebesaran kesultanan Melaka yang diwariskan oleh Al-marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah semasa hayatnya bersambung kepada Tuanku!

iii)         Pemaparan jelas, terperinci dan tepat mengenai salasilah nasab dan keturunan tuanku bermula dari seawal-awalnya hingga terkini. Keturunan tuanku bermula dari Baginda Raja Seri Rama Wira Kerma, Raja Iskandar Zulkarnain, Raja Suran Sang Sapurba, Sultan Mansur Shah hingga kepada Sultan Ahmad Shah, Sultan Melaka ke-9. Kemudian dengan bukti salasilah keluarga tuanku yang bersambung bereterusan melalui Sultan Muzaffar Shah (Marhum Tanah Abang), Sultan Perak Pertama bersambungan sehingga Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) – (Marhum Durian Sebatang) iaitu Sultan Perak ke-22 (TM 1851 – 1857).

iv)          Seterusnya walaupun salasilah Kesultanan Melaka terputus sementara oleh peristiwa perebutan kuasa oleh Raja Ngah Jaafar Putera Raja Ahmad Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah yang kemudian menjadi Sultan Perak bergelar Sultan Ja’afar Muazam Shah (Marhum Waliullah), Sultan Perak ke-23 (TM 1857 – 1865) sehinggalah kepada Sultan Perak ke-34 yang ada sekarang iaitu sultan Azlan Shah. Namun begitu, tuanku tetap dapat menegakkan kebenaran dan hak untuk menerima dan meneruskan kembali takhta kerajaan Malaka seperti yang diriwayatkan secara sambung bersambung.

Berikut adalah warta salasilah, nasab dan keturunan tuanku secara penuh, ringkas, jelas dan tepat. Tuanku berasal dari keturunan, nasab dan salasilah berikut:-

i)             Raja Seri Rama Wira Kerma – Raja Pertama Kerajaan Gangga Negara Beruas  iaitu raja dari keturunan kerajaan Rom. Kerajaan ini menghasilkan Bija Negara, Bija Mentera dan Mentera Benih.

ii)                 Keturunan disambung pula oleh Baginda Dasia Raja Paduka Seri Maharaja kemudian Raja Iskandar dari Macadunia.

iii)               Ini diikuti rentetan raja-raja keturunan baginda hingga sampai kepada Raja Suran, iaitu Raja sekelian manusia timur dan barat. Raja Suran ini meninggalkan tiga (3) orang putera zuriatnya untuk memerintah dunia sebelah sini. Seorang daripadanya ialah Sang Nila Utama.

iv)                Dari Sang Nila Utama inilah nanti bermulanya asal usul nenek moyang tuanku iaitu Raja-raja Melayu Malaka. Ini kerana Baginda Dirajakan menjadi Raja Palembang bergelar Sang Sapurba (dalam sejarah Melayu) dan  Sri Tri Buana (dalam Sulatus Sulatin). Di dalam negeri Palembang Baginda bersemanyam di Kota Mahligai Lang-lang Buana. Baginda memperisterikan anak Demang Lebar Daun Wan Senderi namanya setelah *** Berwaadat *** dari Palembang baginda mengembara dan membuka Temasik (Singapura) – TM 1133 – 1160.

v)                 Kerajaan Sang Sapurba di Temasik diwarisi oleh 4 orang raja keturunannya
         iaitu Raja Kecil Besar (Paduka Seri Pikrama Wira) TM 1160 – 1200, Raja Muda (Seri Wira Kerma) – TM 1200 – 1228, Demia Raja (Paduka Seri Maharaja) TM 1228 – 1254 dan akhirnya Raja Iskandar – TM 1254 – 1292.

vi)                Disebabkan negeri alah oleh musuh Raja Majapahit, maka Raja Iskandar terpaksa menyeberang Selat Teberau menyelamatkan diri, Setelah mengembara akhirnya membuka Negeri Malaka. Di Melaka Raja Iskandar (Raja Parameswara Iskandar Shah) memerintah antara TM 1392 – 1414, baginda mula memeluk Islam sekitar tahun 1400 masihi.

vii)              Untuk memudahkan pembaca, peneliti dan masyarakat umum memahami salasilah jurai keturunan Raja Malaka, maka izinkanlah warta ini menjelaskannya dalam empat tahap.

Tahap pertama :- Dari Raja Parameswara Iskandar Shah, Raja Melaka Pertama hingga Sultan Mahmud Shah, Raja Melaka ke-8 secara ringkas ialah :-

a)       Raja Parameswara Iskandar Shah                 (TM 1392 – 1414)
b)       Sultan Megat Iskandar Shah                            (TM 1414 – 1424)
c)       Sultan Muhammad Shah                                    (TM 1424 – 1444)
d)       Sultan Abu Syahid                                                 (TM 1445 – 1446)
e)       Sultan Muzaffar Shah                                           (TM 1446 – 1458)
f)       Sultan Mansur Shah                                              (TM 1458 – 1477)
g)       Sultan Alaudin Riayat Shah                              (TM 1477 – 1488)
h)      Sultan Mahmud Shah                                           (TM 1488 – 1511)

Tahap kedua :- Tahap Sultan Ahmad Shah, Raja Melaka ke-9 (Mangkat di Bentan) Baginda adalah Putera Sultan Mahmud Shah dari Isteri kedua Onang Kening (1516-1528)

Tahap ketiga :- Kesinambungan keturunan Raja Malaka ke Negeri Perak. Keturunan bermula dari Sultan Muzaffar Shah (1) iaitu Sultan Melaka ke- 10 (Sultan Perak Pertama) TM 1528 – 1549 sehingga Sultan Azlan Shah, keturunan Sultan Malaka ke-43 (Sultan Perak ke-34), secara ringkasnya kita senaraikan seperti berikut :-

Sultan Perak Pertama ialah Sultan Muzaffar Shah (1) – TM 1528 – 1549 (Marhum Tanah Abang). Baginda adalah Putera Sultan Mahmud Shah, Sultan ke-8 terakhir Malaka ( 1488 – 1511 ) dari isteri pertamanya Tun Kecil anak Tun Bendahara. Dari Sultan Perak Pertama ini bersambungan atau berantaian sehingga Sultan Perak Ke- 22 iaitu Sultan Abdullah Muhammad Shah (1)  Marhum Durian Sebatang  (TM 1851-1857). Dari keturunan baginda inilah nanti munculnya nasab, keturunan Tuanku Sultan Melaka ke-44.

Semasa Sultan Perak ke-22 ini bertakhta pada tahun 1856 rampasan kuasa oleh Raja Ngah Ja’afar yang memerangi dan menewaskan sultan tersebut. Raja Ngah Ja’afar mengangkat dirinya sendiri menjadi sultan setelah D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) (Sultan Perak Ke-22) meninggalkan istana. Raja Ngah Ja’afar menjadi Sultan Ke-23 dengan menggunakan gelaran  Sultan Ja’afar Muazam Shah (Marhum Waliullah) – TM 1857 – 1865. Bermula daripada keturunan Sultan Perak ke-23 inilah terus berlanjutan sehingga kepada  Sultan Perak ke-34, yang ada pada hari ini iaitu Sultan Azlan Shah yang mula menaiki takhta pada 03 Februari 1984.

Tahap keempat :- Ia boleh dipanggil zaman pusaka melayang wasiat bersambungan kerajaan Melaka atau zaman D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Ahmad Shah @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah, Sultan Melaka  ke – 44 waris mutakhir menjunjung daulat.

Tuanku adalah keturunan ke-48 daripada Raja Termasik Pertama, Sang Nila Utama dan Raja ke-52 jika ia dikira dari Raja Seri Rama Wira Kerma, Raja Pertama Kerajaan Gangga Negara Bruas.

D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Ahmad Shah @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Muhammad Lajin Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Alang Abdul Rahman Shah Ibni Al-Marhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) iaitu Marhum Durian Sebatang, Sultan Perak ke-22 (Tahun 1851-1857) Maka dengan kehendak Allah setelah genap 100 tahun selepas kemangkatan baginda pada tahun 1957 lahirlah generasi warisannya yang dinamakan Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah yang kini memegang gelaran Sultan Ahmad Shah Sultan Melaka ke-44 dengan mengikut wasiat dan amanah turun-temurun seperti madah Puisi berikut.,

DIANJAK TAK AKAN LAYU,
DIALIH TAK AKAN MATI, TAKKAN HILANG.

RAJA MALAKA MUNCUL KEMBALI,
PUSAKA DIJUNJUNG DAULAT PUN TIBA,
MEMOHON RESTU DAN RAHMAT DARI ILAHI,
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

IBARAT KATA LAKSAMANA HANG TUAH “TAKKAN MELAYU
HILANG DI DUNIA, HILANGNYA RAJA MALAKA BUKANNYA
HILANG BEGITU SAHAJA,  HILANGNYA AKAN  MUNCUL
KEMBALI  BERSAMA KETURUNANNYA”.

WABILLAHHI TAUFIK WALHIDAYAH… WASSALAM…

 SALASILAH BERNASAB KETURUNAN
RAJA KESULTANAN MELAKA KE-44

SALASILAH KETURUNAN RAJA KESULTANAN MELAKA DAN PERAK
D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH YANG MUNCUL KEMBALI SECARA RASMI PADA 13 NOVEMBAR 2005 SETELAH 477 TAHUN (1528-2005) PERLU DI DIMASYHURKAN MENJADI SULTAN MELAKA BERDASARKAN SALASILAH KETURUNAN YANG BETUL, JELAS DAN TEPAT.
_________________________________________________

1.RAJA PARAMESWARA ISKANDAR SHAH
(Mangkat di Temasik)
Sultan Melaka ke-1 : 1392-1414
2.SULTAN MEGAT ISKANDAR SHAH
Sultan Melaka Ke-2 : 1414-14243.
3.SULTAN MUHAMMAD SHAH
Sultan Melaka Ke-3 : 1424-1444
4.SULTAN ABU SYAHID
Sultan Melaka Ke-4 : 1445-1446.
5.SULTAN MUZAFFAR SHAH
Sultan Melaka Ke-5 : 1446-1458.
6.SULTAN MANSUR SHAH
Sultan Melaka Ke-6 : 1458-1477.
7.SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH
(Marhum Sultan Berdarah Putih Pagoh)
Sultan Melaka Ke-7 : 1477-1488
8.SULTAN MAHMUD SHAH
(Marhum Kampar Riau 1531)
Sultan Melaka Ke-8 : 1488-1511
9.SULTAN AHMAD SHAH
Sultan Melaka Ke-9 : 1516-1528
KETURUNAN SULTAN MAHMUD SHAH / SULTAN MELAKA KE-8(1488-1511) YANG KE NEGERI PERAK :-

1.SULTAN MUZAFFAR SHAH (1)
(Marhum Tanah Abang)
Sultan Perak Pertama :1528-1549
2.SULTAN ALAUDDIN SHAH
Sultan Perak Ke-2 : 1549 -1577 
(Marhum Kota Lama Kanan)
3.SULTAN AHMAD TAJUDDIN SHAH 
(Marhum Muda)
Sultan Perak Ke-3: 1577-1584
4.SULTAN TAJUL ARIFFIN 
(Marhum Mangkat di Tebing)
Sultan Perak Ke-4 :1584-1594
5.SULTAN ALAUDDIN SHAH
(Marhum Mangkat di Darat)
Sultan Perak Ke-5:1594-1603
6. SULTAN MUKADDAM SHAH
(Marhum di Aceh)
Sultan Perak Ke-6 : 1603-1619
7.SULTAN MANSUR SHAH (II)
Sultan Perak Ke- 7 1619-1627
8.SULTAN MAHMUD SHAH
(Marhum Pulau Tiga)
Sultan Perak Ke-8: 1627-1630
9.SULTAN SALEHUDDIN SHAH 
(Marhum Mangkat Di Kampar)
Sultan Perak Ke-9: 1630-1635
10.SULTAN MUZAFFAR SHAH (II) 
(Marhum Jalilullah)
Sultan Perak Ke-10 : 1636-1653
11.SULTAN MAHMUD ISKANDAR SHAH 
(Marhum Besar Aulia Allah)
Sultan Perak Ke-11 : 1653-1720
12.SULTAN SALEHUDDIN MUGHAYAT SHAH 
(Marhum Sulong)
Sultan Perak Ke-12 : 1720-1728
13.SULTAN MUZAFFAR SHAH (IIl) 
(Marhum Haji Allah)
Sultan Perak Ke-13 :1728-1756
14.SULTAN MUHAMMAD SHAH
(Marhum Amirullah) 
Sultan Perak Ke-14 : 1742-1743
15.SULTAN ISKANDAR ZULKARNAIN 
(Marhum Kahar)
Sultan Perak Ke-15 : 1756-1770
16.SULTAN MUHAMMAD SHAH
(Marhum Muda)
Sultan Perak Ke-16 : 1770-1778
17.SULTAN ALAUDDIN MANSUR SHAH ISKANDAR MUDA 
(Marhum Sulong)
Sultan Perak Ke-17 : 1778-1786
18.SULTAN AHMADDIN SHAH
(Marhum Bongsu)
Sultan Perak Ke-18: 1786-1806
19.SULTAN ABDUL MALEK MANSUR SHAH 
(Marhum Jamalullah)
Sultan Perak Ke-19 : 1806-1825
20.SULTAN ABDULLAH MUAZZAM SHAH 
(Marhum Khalilullah)
Sultan Perak Ke-20 : 1825-1830
21.SULTAN SHAHBUDDIN RIAYAT SHAH
(Marhum Safiullah)
Sultan Perak Ke-21 : 1830-1851
22.SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (I) 
(Marhum Durian Sebatang)
Sultan Perak Ke-22 : 1851-1857
23.SULTAN JAAFAR MUAZAM SHAH 
(Marhum Waliullah)
Sultan Perak Ke-23 : 1857-1865
24.SULTAN ALI AL-MUKAMMAL INAYAT SHAH
(Marhum Nabi Allah)
Sultan Perak Ke-24 : 1865-1871
25.SULTAN ISMAIL MUABIDDIN SHAH
Sultan Perak Ke-25 : 1871-1874
26.SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (II)
Sultan Perak Ke-26 : 1874 -1877
27.SULTAN YUSUF SHARIFUDDIN MUZAFFAR SHAH
(Marhum Ghariullah)
Sultan Perak Ke-27 : 1877-1887
28.SULTAN IDRIS MURYIDUL AZAM SHAH
Sultan Perak Ke-28 : 1887-1916
29.SULTAN ABDUL JALIL NAZARUDDIN SHAH
Sultan Perak Ke-29 : 1916-1918
30.SULTAN ISKANDAR SHAH
Sultan Perak Ke-30 :1918-1938
31.SULTAN ABDUL AZIZ AL-MUTASIM BILLAH SHAH
Sultan Perak Ke-31 : 1938-1948
32.SULTAN YUSUF IZUDDIN SHAH
Sultan Perak Ke-32 : 1948-1960
33.SULTAN IDRIS AL-MUTAWAKKIL ALLAH SHAH
Sultan Perak Ke-33 : 1960-1984
34.SULTAN AZLAN SHAH 
Sultan Perak Ke- 34 naik Takhta pada : 3.2.1984 
(Sedang Berkerajaan)
35.SULTAN RAJA NOOR JAN SHAH 
Muncul secara rasmi pada: 13.11.2005 setelah 477 tahun (1528-2005)

MUNCUL KEMBALI BERDASARKAN KEPADA SALASILAH BERNASAB YANG BETUL, JELAS DAN TEPAT WARISANNYA
YANG DINAMAKAN RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH YANG KINI MEMEGANG GELARAN SULTAN AHMAD SHAH SULTAN MELAKA MENGIKUT WASIAT DAN AMANAH TURUN-TEMURUN.DIANJAK TAK AKAN LAYU, DIALIH TAK AKAN MATI, TAK AKAN HILANG RAJA MELAKA MUNCUL KEMBALI, PUSAKA DIJUNJUNG DAULAT PUN TIBA, MEMOHON RESTU DAN RAHMAT DARI ALLAH, DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.IBARAT KATA LAKSAMANA HANG TUAH '' TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA, HILANGNYA RAJA MELAKA BUKANNYA HILANG BEGITU SAHAJA, HILANGNYA AKAN MUNCUL KEMBALI BERSAMA KETURUNANNYA''.