Halaman

Friday, 15 February 2013

MAJLIS ADAT ISTIADAT WATIKAH GELAR ADAT RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM


MENJUNJUNG KASIH DI ATAS PERKENAN 

OLEH KE BAWAH
DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @ 
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH 
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM
KE MAJLIS PERASMIAN
PERTUBUHAN KEBAJIKAN SEJATI MALAYSIA
PENYAMPAIAN WATIKAH DAN SELENDANG

BERTEMPAT: 
DEWAN SUNWAY CARNIVALCONVENTION CENTRE,
BANDAR SUNWAY,SEBERANG JAYA,PENANG
PADA : HARI AHAD
TARIKH : 23HB DISEMBER 2012 BERSAMAAN 9 SAFAR 1434 H
MASA : 8.00 MALAM































________________________________



MAJLIS MENCEMAR DULI 

MENJUNJUNG KASIH DI ATAS PERKENAN 

OLEH KE BAWAH
DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @ 
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH 
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM
KE MAJLIS


ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN DAN PENGANUGERAHAN GELARAN TOKOH-TOKOH DIRAJA 
SERTA PENYAMPAIAN WATIKAH KEPIMPINAN DAN MAJLIS SANTAPAN DIRAJA.

MAJLIS DISEMPURNAKAN OLEH KE BAWAH

D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH 

RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA DARUL ISLAM
 
TTTAH UCAPAN PERASMIAN 

MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN TOKOH-TOKOH DIRAJA OLEH KEBAWAH DYMM PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH ll @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH 
RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA DARUL ISLAM MALAYSIA


BISMILAHIRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM


Yang Berbahagia Dato' Seri,Datin Seri, Dato' Paduka,Datin Paduka,Dato'-dato, Tetamu Undangan,Bakal-bakal Penerima dan Penyadang Anugerah,Tuan-tuan dan puan-puan yang hadir sekelian.

Beta bersyukur kehadarat ilahi dengan izinnya maka dapat beta bersama-sama dengan permaisuri beta hadir dimajlis Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Beta, Penganugerahan Gelaran Tokoh-tokoh Diraja, Penyampaian Watikah Kepimpinan dan Santapan Diraja pada malam ini.

Beta mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada pihak penganjur diatas daya usaha mereka didalam menjayakan Majlis Istiadat pada malam ini dengan jayanya.

Beta perkenan menganugerahkan tokoh-tokoh Diraja pada malam ini adalah semata-mata untuk merapatkan lagi hubungan baik antara raja dan rakyat jelata disamping itu juga ianya sebagai tanda terima kasih, penghargaan dan pengikhtirapan dari beta kepada setiap pemimpin atau Tokoh-tokoh pejuang NGO yang berbaiah ini yang terdiri daripada mereka yang bergelar Paduka Ayahanda,Ayahanda Penesihat Bonda,Kekanda,Abang Long dan Kak Long. Didalam mengenangkan jasa-jasa pengorbanan yang besar dari mereka semua, didalam memperjuangkan agama Islam,memertabatkan Bangsa melayu,memelihara Institusi Beraja,menjana ekonomi dan akhirnya menjaga kesejahteraan negara kita Malaysia. Justeru itu Syabas dan taniah dari beta.

Beta berharap dengan pengurniaan ini akan menyemarakkan lagi semangat dan cita-cita bagi setiap penerimanya didalam meneruskan perjuangan suci ini. Beta juga berharap agar setiap penerima anugerah tertinggi ini akan dapat menjaganya dengan sebaik-baiknya,sesuai dangan gelaran dan kedudukannya. Beta benar-benar berharap agar setiap mereka yang menyadang gelaran ini,sesekali tidak akan menyalah-gunakan gelaran dan kedudukanya dalam apa jua keadaan pun. Terutamanya didalam perkara-perkara yang bertentangan dengan agama dan tata susila masyarakat,serta perundangan negara demi menjaga nama baik dan maruah beta serta nama baik dan maruah diri tuan puan sendiri. keluarga,masyarakat,bangsa dan lebih-lebih lagi menjaga nama baik badan atau pertubuhan yang tuan-puan menganggotainya. Mudah-mudahan Allah SWT akan merestui dan memberkati niat suci kita ini. 

Dengan lafaz yang mulia
Bismilahirahmanirrahim

Beta dengan sukacitanya  perkenan merasmikan Majlis Istiadat Pengurnian dan Penganugerahan pada malam ini dengan rasminya.



BERTEMPAT: 
DEWAN GEBILAN,PRIMULABEACH HOTEL,
KUALA TERENGANU,TERENGGANU DARUL IMAN
PADA : HARI SABTU
TARIKH : 9HB FEBRUARI 2013  BERSAMAAN  28  RABIUL AWWAL 1434 H
MASA : 8.00 MALAM