Halaman

Saturday, 6 August 2016

"SULTAN MELAKA DARUL ISLAM" OFFICIAL BLOG: MAJLIS PENOBATAN SERI MAHARAJA ALAM SHAH JOHAN BERDAULA...


PENGERTIAN DAULAH, DAULAT DAN DULI YANG MAHA MULIA SERTA TUANKU.

DAULAT DAN DULI YANG MAHA MULIA SERTA TUANKU. DAULAT ATAU DAULAH YANG BERMAKSUD KUASA - SESEORANG RAJA ATAU SULTAN MEMPUNYAI KUASA TERTENTU YANG MEMBOLEHKAN SESIAPA SAHAJA YANG MELANGGAR ARAHANNYA (DERHAKA) AKAN MENERIMA AKIBAT (TULAH). NAMUN IANYA JUA DIAMBIL KIRA DARI SUDUT PANDANGAN BERHUBUNG KESAKTIAN ATAUPUN KEISTIMEWAAN. DULI BERMAKSUD NEGERI ATAU NEGARA YANG BERKAITAN DENGAN PEMERINTAHAN..."YANG MAHA MULIA "ERTI KATA DARI AL-KARIM. NAMUN ISTILAH ZILLULLAH FIL-ALAM DAN ZILLULLAH FIL ARDH ADALAH BERTEPATAN YANG BERMAKSUD BAYANGAN ALLAH DI MUKA BUMI IAITU MERUPAKAN WARISAN DAN LANJUTAN AMALAN PARA PEMERINTAH KERAJAAN ABBASIYAH DAN SALJUK DI BAGHDAD,MAMLUK DI MESIR, UTHMANIYAH DI TURKI DAN KHILJI SERTA MOGHUL DI INDIA. 

________________________________________________________________________

PENGERTIAN DAULAH,DAULAT DAN DULI YANG MAHA MULIA SERTA TUANKU.

DAULAH ATAU DAULAT ADALAH ISTILAH DALAM ERTI KATA YANG SAMA JUA YANG BERMAKSUD KUASA ATAUPUN KERAJAAN. WALAUPUN ADA BEBERAPA RUJUKAN MENJELASKAN DAULAT BERMAKSUD SESEORANG RAJA ATAU SULTAN MEMPUNYAI KUASA TERTENTU YANG MEMBOLEHKAN SESIAPA SAHAJA YANG MELANGGAR ARAHANNYA (DERHAKA) AKAN MENERIMA AKIBAT (TULAH). NAMUN IANYA JUGA DIAMBIL KIRA DARI SUDUT PANDANGAN BERHUBUNG KESAKTIAN ATAUPUN KEISTIMEWAAN.

DULI YANG BERASAL DARI PERKATAAN ARAB YANG MEMBAWAZ MAKSUD NEGERI NEGARA YANG BERKAITAN DEMIKIAN JUA ISTILAH “YANG MAHA MULIA” ERTI KATA YANG BERASAL DARI AL-KARIM. NAMUN ISTILAH ZILULLAH FIL-ALAM DAN ZILULLAH FIL-ARD ADALAH BERTEPATAN YANG BERMAKSUD BAYANGAN ALLAH DI MUKA BUMI IAITU MERUPAKAN WARISAN DAN LANJUTAN AMALAN PARA PEMERINTAH KERAJAAN ABBASIYAH DAN SALJUK DI BAGHDAD, MAMLUK DI MESIR, UTHMANIYAH DI TURKI DAN KHILJI SERTA MOGHUL DI INDIA.

NEGERI PERAK SEBAGAI CONTOH SUATU KETIKA DAHULU PERNAH MENGGUNAKAN ISTILAH TERSEBUT KEPADA PADUKA SERI SULTAN ABDUL MALIK MANSUR MU’ AZZAM SHAH JAMALU’LLAH KHALIFAT UR-RAHMAN JOHAN BERDAULAT ZILLU’LLAHI FIL-ALAM IBNI AL-MARHUM SULTAN AHMADDIN SHAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI PERAK YANG MEMERINTAH SEKITAR TAHUN 
1806-1825.



TANGGUNGJAWAB KHALIFAH TERHADAP UMAT
PERTAMA: MEMELIHARA KETURUNAN.
KEDUA : MEMELIHARA AKAL.
KETIGA : MEMELIHARA KEHORMATAN.
KEEMPAT : MEMELIHARA JIWA (NYAWA) MANUSIA.
KELIMA : MEMELIHARA HARTA.
KEENAM : MEMELIHARA AGAMA.
KETUJUH : MEMELIHARA KEAMANAN.
KELAPAN : MEMELIHARA NEGARA.
TANGGUNGJAWAB RAJA TERHADAP RAKYAT
 [CEBISAN DARI UNDANG-UNDANG 99 NEGERI PERAK].
11.UNDANG-UNDANG ORANG JADI RAJA ATAUPUN PENGHULU DIDALAM SEBEBUAH NEGGERI ATAU MUKIM"ADATNYA"
ADA PUN HUTANG PENGHULU KEPADA RAKYATNYA,
- PERTAMA MATI RAKYATNYA DI TANAM,
- KEDUA, HILANG RAKYATNYA DI CARI,
- KETIGA, KUSUT DI SELESAIKAN,
- KEEMPAT, JIKA SALAH DIPATUTKAN.

MAKA HUTANG RAKYAT KEPADA PENGHULU DUA PERTAMA, PERTAMA DI LAUNGKAN OLEH PENGHULU, DATANG IA DAN DISURUH,
PERGI IA, DAN LAGI TATKALA ORANG MENGADAP BICHARA ITU DI LIHAT BAIK-BAIK RUPANYA, SALAH DUDUKNYA, SALAH BERDIRINYA,
SALAH PERKATAANNYA SERBA YANG SALAH SEBARANG LAKUNYA, MAKA MEREKA YANG SALAH ITU DISALAHKAN JUGA DAN DEMIKIAN PULA YANG BENAR ITU HENDAKLAH DIBENARKAN JUGA HUKUMNYA, TETAPI BOLEH DI BEZAKAN ANTARA KECHIL DAN SALAH BESAR DI ATAS MEREKA-MEREKA SEKALIAN DAN LAGI DI ATAS BICARA MEREKA ITU DI HUKUMKAN BETUL-BETUL, JANGAN DI AMBIL FAEDAH DI ATAS MEREKA-MEREKA ITU TATKALA DI DALAM MANA-MANA PUN.

93 UNDANG-UNDANG ORANG MENJADI ORANG BESAR DIDALAM NEGERI.
- ADANYA PERTAMA ORANG BESAR ITU MEMELIHARA ATAS RAJANYA,
- KEDUA MEMELIHARA ATAS RAKYATNYA, MAKA AMANLAH NEGERI ITU

SECARA TERSIRATNYA MELETAKKAN ZILLULLAH FIL-ARDH SEBAGAI KHALIFAH SECARA HARFIYAH BERMAKNA "PENGGANTI" ATAU "WAKIL" YAKNI PEMIMPIN UMAT ISLAM SETELAH WAFATNYA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.

DIGELAR SEBAGAI KHAILIFAH ALLAH (PEWAKILAN ALLAH SWT) DAN KHALIFAH RASULULLAH (PENGGANTI UTUSAN ALLAH SWT). MAKA TERBENTUKLAH SATU SANDANGAN DAN HARAPAN SEBAGAI AMIR AL-MU'MININ YANG BERMAKNA "PEMEMPIN ORANG YANG BERIMAN". NAMUN SEJAK TUMBANGNYA EMPAYAR TURKI UTHMANIYYAH, GELERAN INI TIDAK LAGI DIGUNAKAN. NAMUN IANYA DIGUNAKAN GELARAN SULTAN DAN RAJA DI GUGUSAN KEPULAUAN NUSANTARA.

WALAU APA JUA ISTILAH YANG DIBERIKAN SISTEM BERAJA WAJIB DAN SEKALI GUS MEMENUHI RAJA BERPERANAN MENYATUKAN WARGA, MEMBINA SEBUAH NEGARA BANGSA BERDAULAT. KERNA ITU JUA RAJA BERPERANAN MUTLAK SEBAGAI PENGGUBAL, PENTAFSIR, PELINDUNG DAN PELAKSANA UNDANG-UNDANG, DI SAMPING DIIKTIRAF SEBAGAI KETUA AGAMA. MAKA DENGAN MEMDAPAT KEPERCAYAAN DAN PENGHORMATAN SERTA KESETIAAN.

PERKATAAN AL-SULTAN BUKANLAH BERMAKSUD PEMERINTAH YANG MEMAKAI GELARAN 'SULTAN'. JIKA TIDAK SEMESTINYA AL-KHULAFA AL-RASYIDIN MENGGUNAKAN GELARAN SULTAN BERMAKSUD PIHAK YANG BERKUASA. ERTINYA IA MERANGKUMI SEMUA MEREKA YANG MEMPUNYAI KUASA PEMERINTAHAN TANPA MENGIRA APAPUN GELARANNYA.

ABU BAKAR AL-SIDDIQ NAIK MEMERINTAH SELEPAS RASULULLAH SAW MEMAKAI GELARAN 'KHALIFAH RASULILLAH', KEMUDIAN PADA ZAMAN 'UMUR MULA DIPERKENALKAN GELARAN 'AMIR AL-MUKMININ'. SECARA UMUMNYA DIPANGGIL KEEMPAT SAHABAT PEMERINTAH ITU DENGAN KHALIFAH. SEMASA UMAWIYYAAH DAN ABBASIYYAH DIKEKALKAN GELARAN KHALIFAH. SELEPAS ITU BEBERAPA DINASTI SEPERTI AYYUBIAH, MAMALIK DAN 'UTHAMANIYYAH MEMAKAI GELARAN SULTAN. MEREKA ITU KEBANYAKANNYA BUKAN ARAB. ADA JUGA YANG MEMAKAI AL-MALIK IAITU 'RAJA' DAN SEBAGAINYA.

MAKA HENDAKLAH JELAS,PERKATAAN SULTAN DALAM HADIS MERUJUK KEPADA ULULAMRI  IAITU MEREKA YANG BERKUASA MEMERINTAH. AL-IMAM AL-MUNAWI DALAM FAIDH AL-QADIR KETIKA MENAFSIR MAKSUD: "AL-SULTAN BAYANGAN ALLAH DI BUMI" BELIAU BERKATA " KERANA DIA MEMELIHARA MANUSIA DARI KEBURUKAN SEPERTI BAYANG MEMELIHARA DARI PANAS MATAHARI". YA! DEMIKIANLAH TUGASAN PENGUASA!

JIKA HENDAK MEMAHAMI MAKSUD PENGUASA BAYANGAN TUHAN DALAM ISLAM, FAHAMILAH UCAPAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ APABILA MENJADI KHALIFAH :-

" WAHAI MANUSIA,SESUNGGUHNYA AKU TELAH DILANTIK MENJADI PEMIMIMPIN KAMU, BUKANLAH AKU YANG TERBAIK DALAM KALANGAN KAMU. JIKA AKU BETUL,TOLONGLAH AKU. JIKA AKU SALAH ,BETULKANLAH AKU. BENAR ITU ADALAH AMANAH, BOHONG ITU ADALAH  KHIANAT. ORANG YANG LEMAH DALAM KALANGAN KAMU ADALAH KUAT DI SISI SEHINGGA AKU MENGEMBALIKAN HAKNYA. ORANG YANG KUAT DALAM KALANGAN KAMU, LEMAH DI SISIKU SEHINGGA AKU MENGAMBIL DARIPADANYA HAK (MENGHALANG APA YANG BUKAN HAKNYA), INSYA ALLAH. JANGAN KAMU MENINGGALKAN JIHAD, KERANA TIDAK ADA KAUM YANG MENINGGALKAN JIHAD, MELAIKAN ALLAH TIMPAKAN MEREKA DENGAN KEHINAAN. TAATLAH AKU SELAGI AKU TAATKAN ALLAH DAN RASULNYA. JIKA AKU DERHAKAKAN ALLAH  DAN RASULNYA, MAKA TIADA KETAATAN UNTUKKU"(IBN ATHIR, AL-KAMIL FI AL-TARIKH,1/361). INILAH INSAN YANG PALING FAHAM MAKSUD SULTAN ITU BAYANGAN ALLAH DI BUMI.

MAKA DENGAN INI  MENJELASKAN BAHAWASANYA SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA DIBERIKAN DENGAN PENGENALAN IDENTITI BARU IAITU RAJA DAN KERAJAAN, MENGHAPUSKAN KONSESI LAMA YANG MENGANGGAP RAJA SEBAGAI 'PENJELMAAN TUHAN DI BUMI', STATUS YANG MELETAKKAN RAJA SAMA TARAF DENGAN TUHAN, BEROLIH KEPADA KONSEPSI BAHAWA RAJA ADALAH 'BAYANGAN ALLAH DI MUKA BUMI (ZILLULAH FI AL-ARD).

HUBUNGAN BATINIAH RAJA DENGAN PARA DEWATA DITINGGALKAN, DI SEBALIKNYA TALIAN SPIRITUAL DIRANGKAIKAN DENGAN ALLAH DAN RASUL SERTA KEKUDUSAN TOKOH PARA AULIA DAN ANBIA. BERDASARKAN KONSEPSI BARU INI, RAJA HANYA BERTARAF WAKIL ATAU KHALIFAH DI BUMI DENGAN SIFAT-SIFAT KEMANUSIAAN. KUASA RAJA DISANDARKAN DENGAN HUKUM KERANA RAJA JUA TIDAK BOLEH MENGINGKARI T UNTUTAN SYARAK.


KEMUDIAN RAJA DINILAI DARI SUDUT AMAL MAKRUF BAGINDA MENYEMPURNAKAN TANGGUNG JAWAB, LANTAS MENGINSAFKAN RAJA BAHAWA KUASA PEMERINTAHAN ADALAH SATU AMANAH ILAHI YANG SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DISALAHGUNAKAN. RAJA WAJIB MENJUNJUNG AMANAH PEMENRINTAHAN DENGAN MELAKSANAKAN KEADILAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT MENGKUT HUKUM YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA


WALLAHU A'ALAM.




DULI YANG MAHA MULIA SERI MAHARAJA  ALAM  SHAH JOHAN BERDAULAT PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH (II) @
 SULTAN NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH
Keturunan Raja Kesultanan Melaka Darul Islam-Perak Ke-22 (1851-1857),.PPJP (Juble Perak Sultan Selangor Darul Ehsan)1985.,D.K.(Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang)2008.,D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran : Pangeran Sentana)2010.,
D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Raja Kesultanan Indragiri)2013.,Surat Pengitirafan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Ref.Sigl.Boe/Royal.Appointment.8888888892/Unversal.Trust Rating.Certification (Sebagai Pewaris Sah Takhta Raja Kesultanan Melaka Darul Islam)2013.,Dinobatkan (Sebagai Penaung Raja-Raja Nusantara di Karaton Ghagah Wangi Demak)2014.,Dinobatkan (Sebagai Yang Maha Utama Sri Amantubillah Raja Kesultanan Mempawah Kalimatan Barat)2014.,Dinobatkan (Sebagai Seri Maharaja Alam Shah Johan Berdaulat-Acheh Darussalam)2016.

RAJA KESULTANAN MALAKA DARUL ISLAM 



DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH DINOBATKAN DENGAN GELARAN SERI MAHARAJA ALAM SHAH JOHAN BERDAULAT-KESINAMBUNGAN KETURUNAN RAJA KESULTANAN MALAKA-PERAK DAN ACHEH DARUSSALAM OLEH ULAMA TERTUA DI ACHEH YANG MULIA ABU TUMIN BLANG BLADEH PADA TANGGAL : RABU, 11 MEI 2016 M / 4 SYA'ABAN 1437 H. SEMOGA HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG TELAH LAMA TERPISAH AKAN KEMBALI KUAT TERJALIN, IBARAT AUR DENGAN TEBING DAN BAGAIKAN SIREH PULANG KEGAGANG,PINANG PULANG KETAMPUK.