RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM
SESAT
DI HUJUNG JALAN
BALEK
KE PANGKAL JALAN
DARI TERMASIK KE MALAKA
SEJARAH ADALAH PERKARA YANG TELAH BBERLALU. IA TAK MUNGKIN KEMBALI. TETAPI " CERITA" SEJARAH BOLEH BERULANG KEMBALI.
BAGAIKAN. SIREH PULANG KEGAGANG, PINANG KETAMPUK.
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH
BERSAMA
DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU PUTERI ZAIDATUL MARDIAH BINTI HAJI SAYED YUSSUF
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM YANG BERDAULAT JUGA DISEBUT "MALACCA"
UTUSAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN MELAKA DARUL ISLAM
DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM
Rujukan kami :SM/ICJ/14/01/01
bertarik : 1hb Jan,2014
Kepada,
Setiausaha Sulit
DYMM SERI PADUKA YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA
Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Almarhum Sultan Badilishah
Istana Negara Malaysia,
Jalan Duta.50600 Kuala Lumpur.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
PER : PENGIKTIRAFAN DARI MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA SEBAGAI SULTAN MELAKA ISLAM DARUL
_______________________________________________________________
Perkara di atas adalah dirujuk :-
Merafak sembah Menjunjung kasih Ke Bawah DYMM TUANKU SULTAN HALIM MUADZAM SHAH. RAJA YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA.
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa anakanda DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Al-Marhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah telah mendapat pengiktirafan yang sah oleh MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA sebagai Pemilik Takhta KESULTANAN MELAKA dan dengan ini akan bergelar SULTAN MELAKA DARUL ISLAM.
Bersama - sama dengan surat ini anakanda Lampirkan, Salinan surat asal tentang pengiktirafan tersebut, ICJ REFRENCE : SIGL.BOE/ROYAL-APPOINTMENT/88888888-92, Yang bertarikh: 25hb.November,2013
Aanakanda juga adalah Bija Nigara,Bija Mentera dan Bija Benih yang mana ia merupakan benih-benih raja yang telah menjadi sejarah Negeri dan Negara. Anakanda merasakan sampailah masanya sejarah ini perlu dimasyhur dan diperjelaskan lagi keduduknya agar segala yang kusut akan terungkai, yang tersimpul akan terlerai.
Akhir kata, dengan rasa penuh keinsafan dan rasa rendah diri, Anakanda mohon agar dapat diadakan satu pertemuan yang boleh membawa kepada kesejeteraan bersama.
Segala bentuk kerjasama yang diberikan amat dihargai dan diucapkan Jutaan Terima Kasih.
SEKIAN
Anakanda akhiri warkah ini dengan serangkap Pantun Melayu BUGIS seperti berikut.
Pisang emas dibawa berlayar, Masak sebiji di atas peti,
Hutang Emas boleh di bayar, Hutang budi dibawa mati.
UTUSAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN MELAKA DARUL ISLAM DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM
Rujukan kami :SM/ICJ/14/01/01
bertarik : 1hb Jan,2014
Kepada,
Y.A.M.DATUK SERI MOHD NAJID BIN TUN RAZAK
Perdana Menteri Malaysia,
Peajabat Perdana menteri,
Bangunan Perdana Puterajaya Preset A,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Puterajaya, Wilayah Persekutuan,Malaysia.
PER : PENGIKTIRAFAN DARI MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA SEBAGAI SULTAN MELAKA ISLAM DARUL
______________________________________________________________
Perkara di atas adalah dirujuk :-
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah yang telah mendapat pengiktiirafan yang sah oleh MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA sebagai Pemilik Takhta KESULTANAN MELAKA dan dengan ini akan bergelar SULTAN MELAKA DARUL ISLAM.
Bersama-sama dengan surat ini Beta lampirkan, Salinan surat asal tentang pengiktirafan tersebut, ICJ REFFRENCE:SIGL.BOE/ROYAL-APPOINTMENT/88888888-92, yang Bertarikh 25hb.November,2013
Beta juga adalah Bija Nigara,Bija Mentera dan Bija Benih yang mana ia merupakan benih-benih raja yang telah menjadi sejarah Negeri dan Negara, Beta merasakan sampailah masanya sejarah ini perlu dimasyhurkan dan diperjelaskan lagi kedudukannya agar segala yang kusut akan terungkai, yang tersimpul akan terlerai.
Oleh itu, Beta berharap agar dapat diadakan satu perbincangan dengan segera untuk menghuraikan perkara ini dengan lebih terperinci.
Segala bentuk kerjasama yang diberikan amat dihargai dan ucapkan Jutaan Terima Kasih.
SEKIAN.
Beta akhiri warkah ini dengan serangkap Pantun Melayu Bugis seperti berikut.
Pisang emas dibawa belayar, Masak sebinji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
BATU PUTIH HAK SINGAPURA KERANA SURAT-ICJ
Bagaimana pula dengan DYMM Sultan Melaka Darul Islam yang telah mendapat surat ICJ tetapi masih belum dikembalikan haknya.?
BUKU TUN MOHAMED SUFIAN HASHIM
MENGENAL PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PRAKATA BAGI EDISI PERTAMA
Seorang warganegara sudah sepatutnya mengetahui sedikit sebanyak mengenai perlembagaan negaranya, Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
BAB 4
RAJA DAN YANG DIPERTUA NEGERI
Tiap-tiap sebuah dari sembilan buah negeri Melayu mempunyai serang Raja yang turun-temurun dan memerintah sepanjang hayat baginda. Hak-hak mewarisi takhta ditentukan oleh adat yang berbeza di berlainan negeri dan kaedah-keedah adat ini,
dengan atau tanpa pengubahsuian, sekarang telah dimaktubkan dalam perlembagaan tiap-tiap Kerajaan Persekutuan, menurut perkara 71 (1)
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN,
MENJAMIN HAK SESEORANG RAJA UNTUK MEWARISI DAN MEMEGANG, MENIKMATI DAN MENJALANKAN HAK-HAK PERLEMBAGAAN DAN KEISTIMEWAAN MENURUT PERLEMBAGAAN NEGERI BAGINDA; TETAPI APA-APA PERTIKAIAN MENGENAI HAK UNTUK MEWARISI SEBAGAI RAJA MESTILAH DITENTUKAN SEMATA-MATA OLEH MANA-MANA PIHAK BERKUASA DAN DENGAN APA-APA CARA SEBAGAI MANA DIPERSEKUTUAN OLEH PERLEMBAGAAN NEGERI ITU.
Di semua negeri, Raja dikenali sebagai Sultan, kecuali di negeri Perlis di mana baginda dikenali sebagai Raja. Di negeri Sembilan pula baginda bergelar Yang Dipertuan Besar dan bertidak bagi pihak diri baginda sendiri dan juga bagi-bagi pihak Pembesar-Pembesar Memerintah menurut perlembagaan Negeri Sembilan. Baginda dipilih oleh Undang Sungai Ujung, Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau. Apabila baginda mangkat, Undang berempat itu memilih seorang pengganti dari kalangan putera baginda, tetapi para Undang itu boleh, jika mereka fikir bahawa tidah seorang pun yang layak dan sesuai dari kalangan putera baginda, memilih seorang lain yang layak dan sesuai dengan memberi keutamaan kepada saudara lelaki baginda yang Dipertuan Besar ,yang telah mangkat itu, kemudian kepada ayahanda saudara sebelah bapa baginda dan selepas itu barulah diberi keutamaan kepada orang lain.
Jawatan yang Dipertuan Agong di mana seorang Raja dipilih selama lima tahun oleh Raja Raja, merupakan suatu adattasi jawatan yang Dipertuan Besar ini.
Di negeri Perak penganti untuk menaiki takhta adalah secara bergilir-gilir di antara tiga ketua keluarga : oleh itu apabila Sultan Mangkat, Raja Muda (Satu lagi Ketua keluarga yang kedua dalam susunan penganti) diangkat menjadi Sultan, Raja di Hilir (Ketua keluarga yang satu lagi dan ketiga dalam susunan penganti diangkat menjadi Raja Muda, dan ketua keluarga Sultan yang mangkat menjadi Raja di Hilir.
Di negeri-negeri lain, seseorang Sultan yang mangkat digantikan oleh anakanda baginda yang sulung dan masih hidup.
Seseorang Raja boleh melantik seorang Pemangku Raja atau suatu Jemaah Pemangku Raja untuk memangku jawatan baginda dalam hal keadaan sebagaimana yang ditetapkan oleh perlembagaan.
BAB 5
MAJLIS RAJA-RAJA
Majlis Raja-Raja Mempersetujui ditubuhkan pada mulanya dalam tahun 1948. mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948. Sebelum Perang Dunia Kedua, Raja-Raja dari keempat-empat buah Negeri Melayu Bersekutu pernah mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa dengan Persuruhjaya Tinggi', tetapi hingga 1948 tidak ada suatu badan rasmi yang membawa kesemua sembilan orang Raja bersidang untuk membincang dan mempersetujui perkara-perkara mengenai dasar. Misalnya, dalam tahun 1946 Raja-Raja Melayu tidak diberi peluang untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan Triti MacMichaeh yang mempunyai pengaruh yang besar sebelum menandatanganinya. Dengan menandatangani triti tersebut, Raja-Raja Melayu telah menyerahkan semua bidang kuasa baginda kepada Kerajaan British.
Majlis Raja-Raja merupakan perhimpunan yang paling luhur di Negara ini. Sungguhpun Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang atau mengenakan cukai atau meluluskan perbelanjaan Negara, tetapi ia amat berpengaruh. Ia mengadakan hubungan rapat diantara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri di peringkat tertinggi. Persidangan Majlis ini dihadiri oleh Yang di Pertuan Agong dan Perdana Menteri bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan juga oleh semua Raja dan Yang Dipertua Negeri dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing. Majlis ini memberi peluang kepada mereka untuk membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama, iaitu perkara-perkara yang memusykilkan mana-mana pihak di antara mereka. Oleh kerana perbincangan dijalankan secara tertutup, mereka dapat berunding secara berterus terang, malahan dengan sopan santun. Bagi Perdana Menteri pula, beliau berpeluang dalam forum yang amat penting ini untuk menerangkan dasar-dasar persekutuan yang telah diputuskan dan juga yang akan diputuskan.
Mengikut perlembagaan, sebagaimana yang akan diperhatikan di bawah ini, persetujuan Majlis Raja-Raja adalah dikehendaki bagi rang undang-undang yang meminda peruntukan-peruntukan tertentu dalam perlembagaan. Majlis Raja-Raja membuat beberapa perlantikan tertentu dan Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingkan sebelum dibuat perlantikan-perlantikan tertentu yang lain.
Persekutuan-persekutuan mengenai Majlis Raja-Raja yang ada sekarang terdapat pada perkara 38 dalam Perlembagaan Malaysia.
Keanggotaan
Majlis Raja-Raja dianggotai oleh semua Raja dan Yang Dipertua Negeri. Jika perlembagaan sebuah negeri membenarkan seorang lain mengambil tempat seorang Raja atau yang Dipertua Negeri sebagai anggota, orang lain itu boleh hadir dan mengambil bahagian dalam perjalanan masyuarat Majlis Raja-Raja Al-Marhum Sultan Johor selalu juga diwakili oleh anakanda baginda untuk menghadiri mesyuarat.
Yang di Pertuan Agong kelihatan hanya menjadi anggota Majlis apabila ia bersidang kerana hendak melantik bakal penganti Yang Di Pertuan Agong dan Tembalan, dan juga apabila Majlis menimbangkan perkara-perkara mengenai agama Islam.
\
Tugas
Tugas-tugas Majlis Raja-Raja ialah untuk-
(a) memilih atau memecat Yang di Pertuan Agong dari Jawatannya, dan memilih Tembalannya;
(b) Menimbangkan soal-soal mengenai dasar Negara (masalnya, perubahan tentang dasar imigresen dan apa-apa juga perkara lain yang difikirkannya pantut);
BAB 5
MAJLIS RAJA-RAJA
Majlis Raja-Raja Mempersetujui ditubuhkan pada mulanya dalam tahun 1948. mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948. Sebelum Perang Dunia Kedua, Raja-Raja dari keempat-empat buah Negeri Melayu Bersekutu pernah mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa dengan Persuruhjaya Tinggi', tetapi hingga 1948 tidak ada suatu badan rasmi yang membawa kesemua sembilan orang Raja bersidang untuk membincang dan mempersetujui perkara-perkara mengenai dasar. Misalnya, dalam tahun 1946 Raja-Raja Melayu tidak diberi peluang untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan Triti MacMichaeh yang mempunyai pengaruh yang besar sebelum menandatanganinya. Dengan menandatangani triti tersebut, Raja-Raja Melayu telah menyerahkan semua bidang kuasa baginda kepada Kerajaan British.
Majlis Raja-Raja merupakan perhimpunan yang paling luhur di Negara ini. Sungguhpun Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang atau mengenakan cukai atau meluluskan perbelanjaan Negara, tetapi ia amat berpengaruh. Ia mengadakan hubungan rapat diantara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri di peringkat tertinggi. Persidangan Majlis ini dihadiri oleh Yang di Pertuan Agong dan Perdana Menteri bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan juga oleh semua Raja dan Yang Dipertua Negeri dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing. Majlis ini memberi peluang kepada mereka untuk membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama, iaitu perkara-perkara yang memusykilkan mana-mana pihak di antara mereka. Oleh kerana perbincangan dijalankan secara tertutup, mereka dapat berunding secara berterus terang, malahan dengan sopan santun. Bagi Perdana Menteri pula, beliau berpeluang dalam forum yang amat penting ini untuk menerangkan dasar-dasar persekutuan yang telah diputuskan dan juga yang akan diputuskan.
Mengikut perlembagaan, sebagaimana yang akan diperhatikan di bawah ini, persetujuan Majlis Raja-Raja adalah dikehendaki bagi rang undang-undang yang meminda peruntukan-peruntukan tertentu dalam perlembagaan. Majlis Raja-Raja membuat beberapa perlantikan tertentu dan Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingkan sebelum dibuat perlantikan-perlantikan tertentu yang lain.
Persekutuan-persekutuan mengenai Majlis Raja-Raja yang ada sekarang terdapat pada perkara 38 dalam Perlembagaan Malaysia.
Keanggotaan
Majlis Raja-Raja dianggotai oleh semua Raja dan Yang Dipertua Negeri. Jika perlembagaan sebuah negeri membenarkan seorang lain mengambil tempat seorang Raja atau yang Dipertua Negeri sebagai anggota, orang lain itu boleh hadir dan mengambil bahagian dalam perjalanan masyuarat Majlis Raja-Raja Al-Marhum Sultan Johor selalu juga diwakili oleh anakanda baginda untuk menghadiri mesyuarat.
Yang di Pertuan Agong kelihatan hanya menjadi anggota Majlis apabila ia bersidang kerana hendak melantik bakal penganti Yang Di Pertuan Agong dan Tembalan, dan juga apabila Majlis menimbangkan perkara-perkara mengenai agama Islam.
\
Tugas
Tugas-tugas Majlis Raja-Raja ialah untuk-
(a) memilih atau memecat Yang di Pertuan Agong dari Jawatannya, dan memilih Tembalannya;
(b) Menimbangkan soal-soal mengenai dasar Negara (masalnya, perubahan tentang dasar imigresen dan apa-apa juga perkara lain yang difikirkannya pantut);
(c)
Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa perbuatan, amalan atau upacara
agama Islam supaya meliputi seluruh Semenanjung Malaysia (tetapi tidak termasuk
Sabah dan Sarawak); dan
(d)
Mempersejui atau tidak mempersetujui mana-mana undang-undang, dan membuat atau
memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut perlembagaan
memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau
selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Berkenaan
dengan (a), apabila memilih atau memcat Yang di-Pertuan Agong dan memilih
Tembalannya, hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengambil bahagian; Yang
Dipertua-Yang Dipertua Negeri tidak boleh.
Berkenaan
dengan (b), apabila Majlis Raja-Raja menimbang perkara-perkara mengenai dasar
Negara, Yang di-Pertuan Agong hadir disertai oleh Perdana Menteri, dan
Raja–Raja serta Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri disertai Menteri Besar atau
Ketua Menteri masing-masing. Dalam mempertimbangkan hal ini, Yang di-Pertuan
Agong mengikut nasihat Jemaah Menteri dan Raja-Raja serta Yang Dipertua –Yang
Dipertua Negeri mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
masing-masing.
Berkenaan
dengan (c), sebagaimana yang tersebut dalam bab4, seorang Raja menjadi ketua
agama Islam dalam negeri baginda. Oleh yang demikian, baginda boleh menetapkan,
misalnya, tarikh bermula dan berakhirnya puasa tanpa menghiraukan apa yang
berlaku di negeri jiran. Perlembagaan memperuntukkan bahawa mengikut perkara 3
(2) dan perkara 38 (2) (b), Raja-Raja dalam Persidangan Majlis Raja-Raja boleh
mempersetujui supaya tarikh yang sama dipakai di seluruh Semananjung Malaysia.
Walau bagaimanapun ia tidak meliputi Sabah dan Sarawak, lihat Perkara 38(7).
Perlantikan
Majlis
Raja-Raja melantik salah seorang daripada anggotanya mewakili Duli-Duli Yang
Maha Mulia dalam Majlis Angkatan Tentera.
Majlis
Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya bagi melantik Ketua Hakim Negara,
Hakim-Hakim Besar bagi dua Mahkamah Tinggi, hakim-hakim lain bagi Mahkamah
Persekutuan dan hakim-hakim bagi Mahkamah Tinggi. Semua perlantikan ini dibuat
oleh Yang di-Pertuan Angong yang bertidak mengikut nasihat Perdana Menteri.
Majlis
Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya berkenaan dengan perlantikan Juruaudit
Negara yang dibuat oleh Yang di-Pertuang Agong mengikut nasihat Perdana
Menteri.
Majlis
Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya mengenai perlantikan Pengerusi, Timbalan
Pengurusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; mengenai perlantikan
Pengurus, Timbalan Pengurusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi
dan mengenai perlantikan Pengurusi, Timbalan Pengurusi dan ahli-ahli
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Perlantikan-perlantikan ini dibuat oleh
Yang di-Pertuan Agong menurut budi bira baginda tetapi selepas Mempertimbangkan
nasihat Perdana Menteri.
Majlis
Raja-Raja juga hendaklah diminta fikirannya mengenai perlantikan Pengurusi dan
ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya yang perlantikannya dibuat oleh Yang
di-Pertuan Agong.
Persetujuan
mengenai Undang-undang yang Tertentu
Persetujuan
Majlis Raja-Raja adalah dikehendaki bagi apa-apa undang-undang yang membuat
pindaan kepada Perkara 38 yang menghuraikan tentang penubuhan, tugas dan
kuasa Majlis
Raja-Raja; kepada perkara 70 yang menghuraikan tentang keutamaan Yang
di-Pertuan
Agong, Permaisurinya, Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri;
KEPADA
PERKARA 71 (1) YANG DENGANNYA KERAJAAN PERSEKUTUAN MENJAMIN HAK SESEORANG RAJA
MENAIKI TAKHTA DAN TETAP MENJADI RAJA; DAN KEPADA PERKARA 153 YANG
MENGHURAIKAN TENTANG KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA DI
SABAH DAN SARAWAK SERTA KEPENTINGAN-KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.
Baru-baru ini Perlimen telah membuat beberapa pindaan yang tertentu kepada perlembagaan, mengikut Akta (Pindaan ) Perlembagaan, 1971 yang berjalan kuatkuasanya pada 29 Mac 1971, dan maksudnya adalah seperti berikut.
Mengikut
fasal baru (4) Perkara (10) , walaupun kebebasan bercakap adalah terjamin bagi
warganegara, Perlimen boleh untuk kepentingan keselamatan atau ketenraman awam
memperbuat undang-undang bagi melarang sesiapa juga daripada menyoal apa yang
secara umumnya diketahui sebagai perkara-perkara sensitive, iaitu hak-hak dan
keistimewaan tertentu yang dijamin oleh peruntukan-peruntukan tertentu dalam
perlembagaan, iaitu yang dijamin oleh bahagian 111 mengenai kewarganegaraan;
yang dijamin oleh Perkara 152 mengenai bahasa kebangsaan dan penggunaan
bahasa-bahasa lain; yang dijamin oleh perkara153 mengenai kedudukan istimewa
orang-orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak serta
kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain; yang dijamin Perkara 181 mengenai
kedaulatan dan prerogative Raja-Raja; tetapi Parlimen tidak boleh membuat
undang-undang untuk melarang sesiapa juga daripada mempersoalankan tentang
pelaksanaan peruntukan-peruntukan perlembagaan itu. Jika Parlimen memperbuat
apa-apa undang-undang yang melarang seseorang daripada mempersoalkan hak-hak
dan keistimewaan –keistimewaan itu, seseorang ahli Parlimen atau ahli Dewan
Undangan Negeri yang menyoal di dalam Majlis Parlimen atau di dalam Dewan
Undang Negeri tentang kewujudan atau isi kandungan hak-hak itu dan sebagainya,
tetapi bukan tentang pelaksanaannya, dia tidak dilindungi oleh apa-apa
keistimewaan dan boleh didakwa dalam mahkamah; dan dia boleh juga dituduh kerana
melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan, 1948 sebagaimana yang dipinda oleh
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) No. 45 tahun 1970. Keistimewaan
ahli-Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri telah ditarik balik dengan
dimasukan suatu fasal baru (4) kepada Perkara 63 dan Perkara 72.Baru-baru ini Perlimen telah membuat beberapa pindaan yang tertentu kepada perlembagaan, mengikut Akta (Pindaan ) Perlembagaan, 1971 yang berjalan kuatkuasanya pada 29 Mac 1971, dan maksudnya adalah seperti berikut.
FAKTA SEJARAH YANG TIDAK DIPERTIKAIKAN
Keturunan Sultan Melaka ke
negeri Perak :-
Keturunan bermula dari
Sultan Muzaffar Shah (1) iaitu Sultan Melaka Ke-10 (Sultan Perak Pertama) TM
1528-1549 sehingga Sultan Azlan Shah (Mohd Hattan Bin Hashim). Keturunan Sultan
Melaka Ke-43 (Sultan Perak Ke-34), secara ringkas kita senaraikan seperti
berikut-
Sultan Perak Pertama:-
Sultan Muzaffar Shah
(1)-TM1528-1549 (Marhum Tanah Abang). Baginda adalah putera Sultan Mahmud
Shah,Sultan Ke-8, iaitu Sultan terakhir Melaka (1488-1511), dari isteri
pertamanya Tun Kecil anak Tun Bendahara. Dari Sultan Perak Pertama inilah
bersambungan atau berantaian Sultan Ke-22 iaitu Sultan Abdullah Muhammad Shah
(1) Marhum Durian Sebatang (TM 1851-1857). Dari keturunan Baginda inilah nanti munculnya
nasab,keturunan Tuanku Sultan Perak Ke-35.
Semasa Sultan Perak Ke-22
ini bertakhta pada tahun 1856 rampasan kuasa oleh Raja Ngah Jaafar yang
memenangi dan menewaskan Sultan terbut. Raja Ngah Jaafar mengangkat dirinya
sendiri menjadi Sultan setelah D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad
Shah (1) (Sultan Perak Ke-22) meninggalkan istana. Raja Ngah Jaafar Menjadi
Sultan Ke-23 dengan menggunakan gelaran Sultan Jaafar Muazam Shah (Marhum
Waliullah)-TM 1857-1865. Bermula daripada keturunan Sultan Perak Ke-23 inilah
berlanjutan sehingga Sultan Perak Ke-34, yang ada hari ini iaitu Sultan Azlan
Shah (nama sebenar Mohd Hattan Bin Hashim) yang mula menaiki takhta pada 3hb.
Februari 1984. Walaubagaimanapun, maka dengan kehendak Allah SWT, pada 13hb. November,
2005 muncul kembali zuriat keturunan Sultan Perak ke-35 dan Kesultanan Melaka
yang sebenar iaitu dengan kemunculan secara rasmi D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan
Ahmad II @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum YAM Raja Tuah Shah, Sultan
Melaka Ke-44 waris mutakhir menjunjung daulat negeri Perak.
Tuanku adalah keturunan
ke-48 daripada Raja Termasik Pertama Sang Nila Utama dan Raja Ke-52 jika ia
dikira dari Raja Seri Rama Wira Kerma, Raja Pertama Kerajaan Gangga Nigara
Bruas.
D.Y.M.M. Paduka Seri
Sultan Ahmad II @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almahum Y.A.M. Raja Tuah Shah
Ibni Almarhum Y.A.M.Raja Muhammad Lajin Shah Ibni Almarhum Y.A.M.Raja Alang
Abdul Rahman Shah Ibni Almarhum D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad
Shah (1) ia itu (Marhum Durian Sebatang) Sultan Perak Ke-22 (1851-1857) maka
setelah genap 100 tahun selepas kemangkatan Baginda pada tahun 1957, lahirlah
generasi warisannya yang dinamakan Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Y.A.M.Raja
Tuah Shah yang kini memegang gelaran Sultan Ahmad Shah (2) sebagai Sultan
Melaka dan Perak yang sah mengikut wasiat dan amanah turun temurun.
Dianjak tak akan layu,
dialih tak akan mati, tak hilang Raja Melaka muncul kembali, pusaka dijunjung
daulat pun tiba,memohon restu dan rahmat dari AllahSWT, demi agama, bangsa dan
Negara ibarat kata Laksamana Hang Tuah “Takkan Melayu Hilang Di Dunia,Hilangnya
Raja Melaka Bukannya Hilang Begitu Sahaja,Hilangnya akan muncul kembali bersama
keturunannya”
ULASAN
Kebangkitan Beta untuk menuntut hak
sebagai Sultan Perak Ke-35 serta Sultan Melaka Ke-44 bukanlah memenuhi
angan-angan kosong seperti yang digembar-gemburkan, tetapi sebagai suatu
kewajipan hak bagi pewaris keturunan yang sebenar. Tuntutan Beta untuk
menduduki takhta negeri Perak dan Melaka adalah sebagai suatu tanggungjawab
untuk kebangkitan Islam dan juga memperbetulkan sejarah keturunan kesultanan
Melaka yang asal.
Pada tanggal 13hb.November 2005 Beta
iaitu Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Y.A.M.Raja Tuah Shah telah muncul
secara rasmi sebagai Sultan Melaka Ke-44 setelah 477 tahun (1528-2005) Raja
yang hilang tidak dapat dicari dan kini keturunannya muncul kembali. Kemunculan
ini adalah berdasarkan kepada Salasilah keturunan yang lengkap dan bernasab,
bukti barang kebesaran dan diangkat
mengikut adat istiadat diraja. Apakah yang dimaksudkan dengan angka 44 yang
digunakan oleh Sultan Melaka kini? Jawapannya:
Apabila sampai keturunan ke-44 untuk
memerintah Negara,maka keturunan ini akan diangkat semula oleh para Malaikat
untuk mentabir Negara tersebut.
Apakah makna angka 477 tersebut?
Jawapannya:
Di dalam keturunan yang bersalasilah
lengkap dan bernasab angka empat (4) bermakna : 4 penjuru alam (meliputi
seluruh kawasan utara,selatan.timur dan barat di muka bumi ini).
Angka tujuh (7) : Angka ini amat
berkait rapat dengan tujuh (7) Petala Langit yang menggambarkan kedaulatan yang
dimiliki oleh seseorang Raja yang memerintah, dan angka tujuh (7) yang terakhir
adalah penguasaan tujuh (7) Petala Bumi seperti kata orang tua-tua:-
1.Hak kamu tetap hak kamu. Tidak akan
aku bagi pada yang lain. Jika ada di antara kamu keturunan yang
baik-baik,lambat laun akan aku bangunkan.
2.Jika sudah sampai masa dan
ketikanya,keris pusaka akan terbang mencari warisnya atau terbang mencari
keturunannya.
3. Jika sudah sampai masa dan ketikanya,harta
karun akan mencari tuannya.