SURAT PENGITIRAFAN
MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA (ICJ)
MAHKAMAH
KEADILAN ANTARABANGSA (ICJ)
TARIKH
: ISNIN, 25 NOVEMBER 2013
RUJUKAN ICJ
: SIGL.BOE/LANTIKAN DIRAJA/88888888-92/UTRC
UNTUK PERHATIAN: D.Y.M.M.
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M RAJA TUAH SHAH IBNI AL-MARHUM
YAM RAJA MUHAMMAD LAJIN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA ALANG ABDUL RAHMAN SHAH
IBNI AL-MARHUM DYMM PADUKA SERI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH
PERKARA:
SURAT PENGESAHAN KEDAULATAN, GERAN HAK PENTAULIAHAN MENURUT PERUNDANGAN SELAKU “SULTAN MELAKA YANG BERDAULAT, JUGA
DISEBUT MALACCA’ DAN
PENDAFTARAN SEBAGAI AHLI TETAP SWISS INTERNATIONAL GROUP LIMITED
(SIGL) OLEH MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA (ICJ) ANGKATAN PARAMILITARI NATO ONAN
KUMPULAN BANK DUNIA, SISTEM BANGSA-BANGSA BERSATU.
KEHADAPAN YANG BERBAHAGIA
TUAN YANG TERUTAMA DYMM SULTAN MELAKA, MALACCA’.
BAHAWASANYA, ORGANISASI
SEJAGAT KRUSHUNA PRAVOSTA DIRAJA MEWAR WINDORS, SYARIKAT KEMAHKOTAAN KEDAULATAN
DIRAJA DAN ORGANISASI PEREKHIDMATAN PERUNDANGAN, SWISS INTERNATIONAL GROUP
LIMITED (SIGL), MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA (ICJ) BERPEJABAT DI THE HAGUE,
BELANDA DENGAN INI MENGIKTIRAF ANDA SECARA
PERUNDANGAN DAN KEAHLIAN TETAP KEDALAM KUMPULAN ICJ, ANGKATAN PARAMILITARI NATO OTAN KUMPULAN PEMBANGUNAN BANK DUNIA
DAN SISTEM PENGESAHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, DENGAN
INI MENGIKTIRAF , YANG
BERBAHAGIA, TUAN YANG TERUTAMA RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH
SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA MUHAMMAD LAJIN SHAH IBNI AL-MAHUM YAM RAJA ALANG
ABDUL RAHMAN SHAH IBNI AL-MARHUM DYMM PADUKA SERI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD
SHAH, DI BAWAH KUASA
PERUNDANGAN MAHKAMAH DUNIA, ICJ SEBAGAI- PEWARIS SAH DAN BERHAK SEBAGAI
SULTAN MELAKA YANG BERDAULAT JUGA DISEBUT MALACCA’, SEPERTI MAKLUMAT YANG
TERSEBUT DIBAWAH YANG DIREKODKAN DENGAN RANGKAIAN PERSIJILAN ICJ UNIVERSAL TRUS
RATING DAN ARKIB MAINFRAME ELEKTRONIK.
NAMA DAN MAKLUMAT
:
DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN
SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA MUHAMMAD LAJIN
SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA ALANG ABDUL RAHMAN SHAH IBNI AL-MARHUM DYMM PADUKA
SERI SULTAN MUHAMMAD SHAH (1) SULTAN PERAK KE-22(1851-1857)
TARIKH LAHIR
: 25.12.1957
TEMPAT DILAHIRKAN
: IPOH, PERAK DARUL
RIDZUAN
NEGERI
: PERAK DARUL RIDZUAN
KERAKYATAN
: MALAYSIA
PENDIDIKAN
: IJAZAH SARJANA MUDA
SAINS SOSIAL
TELEFON/FAX
:
603-61867727
FAX: 603-61867727
TELEFON BIMBIT
: 016-9777727
NAMA BAPA
:
RAJA TUAH SHAH IBNI AL-MARHUM
Y.A.M. RAJA ALANG MUHAMMAD LAJIN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA ALANG ABDUL
RAHMAN SHAH IBNI AL-MARHUM DYMM PADUKA SERI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (1)
SULTAN PERAK KE-22 (1851-1857)
NAMA IBU
: RAJA WAN CIK OU
BINTI HITAM WAHAD
SALASILAH
KEKELUARGAAN
:
RAJA SULTAN PERAK (1) SULTAN
MUZAFFAR SHAH (1) 1528-1569 HINGGA KEPADA DYMM SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH
(1) (MARHUM DURIAN SEBATANG) – SULTAN PERAK KE-22 (1851-1857)
GELARAN DIRAJA :
DYMM SULTAN AHMAD SHAH (II) @
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH
ANUGERAH
:
PUSAKA TAHTA D.Y.M.M. PADUKA
SRI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (1) (MARHUM DURIAN SEBATANG) SULTAN PERAK
KE-22 (1851-1857).
PPJP (JUBLI PERAK
PEMERINTAHAN SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN)1985,
D.K. (DARJAH KERABAT KERATON
SURAKARTA HADININGRAT YANG AMAT TERBILANG ) 2008
D.K.T. (DARJAH KERABAT
TERTINGGI KANJENG PANGERAN ADIPATI YANG MEMBAWA GELARAN: PANGERAN SENTANA) 2010
IBU PEJABAT
:
D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL
ISLAM
D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN
SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH
D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL
ISLAM –
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL
ISLAM
NO.36-1, JALAN BPM, BUKIT
PIATU MUTIARA, MELAKA
DENGAN KESAHIHAN ANUGERAH
BERGELAR DAN PENGIKTIRAFAN
YANG SAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG DAN KEDAULATAN SEBAGAI SULTAN MELAKA;
MALACCA’,- PENGIKTIRAFAN
PERUNDANGAN ANTARABANGSA DAN KEAHLIAN KE DALAM KUMPULAN ICJ, MAHKAMAH JENAYAH
ANTARABANGSA (ICC), SISTEM PEMBANGUNAN BANK DUNIA DAN SISTEM BANGSA-BANGSA
BERSATU, YANG BERKAITAN, JIKA ADA, JABATAN PERBENDAHARAAN PERKHIDMATAN ANTARA
BANK DAN POTFOLIO KEWANGAN, PERKHIDMATAN AKAUN TERTUNGGAK ANTARA BANK, AKAUN
BERAUDIT ATAU TANPA AUDIT, AKAUN SIMPANAN, AKAUN PERIBADI, AKAUN SWEEP, AKAUN
TRANSAKSI DI BANK, PENGUASA KEWANGAN, ORGANISASI BADAN KAWAL SELIA KEWANGAN,
FIRMA AKAUNTAN BERTAULIAH, YANG SEBELUMNYA DIBAWAH KAWALAN/ KELOLAAN NENEK
MOYANG SECARA GENETIK DAN BIOLOGICAL, KINI MENJADI HAK DI BAWAH KEDAULATAN TADBIR
URUS DYMM SULTAN MELAKA BERSAMA WARIS-WARIS YANG TERPILIH/ DILANTIK
DENGAN KERJASAMA SIGL, ICJ, MAHKAMAH TINGGI MALAYSIA (SCM)
DENGAN PENGIKTIRAFAN MENURUT PERUNDANGAN DAN KEAHLIAN INI, D.Y.M.M. SULTAN MELAKA;MALACCA
ADALAH AHLI TETAP JAKSA PENDAMAI DENGAN (ICJ)
ADALAH DENGAN INI BETA YANG MEMEGANG GELARAN NAMA : DYMM PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH, BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH BERJAYA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DARI MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA (ICJ) TENTANG TUNTUTAN BETA SEBAGAI SULTAN MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM KE-44 YANG SAH DAN SALINAN SURAT TERSEBUT TELAH DI HANTAR KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG UNTUK TIDAKAN SETERUSNYA.......BETA AKAN MENGADAKAN SIDANG MEDIA UNTUK DIMAKLUMKAN KEPADA UMUM.
SESAT
DI UJUNG JALAN
BALEK
KE PANGKAL JALAN
دولي يڠ مها مليا ڤدوك سري
سولطان احمد شاه @ توانكو راج نور جن شاه
ابن المرحوم يڠ امت مليا راج تواه شهسولطان احمد شاه @ توانكو راج نور جن شاه
DULI YANG MUHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH @
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG MULIA RAJA TUAH SHAH
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG MULIA RAJA TUAH SHAH
Raja Kesultanan Melaka-Melaka Darul Islam-Perak Ke-22 (1851-1857).,
PPJP (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985.,
D.K. (Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang)2008.,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran :
Pangeran Santana)2010.,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Sultan Kerajaan Indragiri)2013.,
D.K. (Sultanate Of Sulu Kingdom And North Borneo)2013.,
Surat Pengitirafan Mahkamah Antarabangsa (ICJ)
Ref:Sigl.Boe/Royal.Appointment.8888888892/Unversal.TrustRating.Certification
(Sebagai Pewaris Sah Takhta Raja Kesultanan Melaka Darul Islam)2013.,
Ref:Sigl.Boe/Royal.Appointment.8888888892/Unversal.TrustRating.Certification
(Sebagai Pewaris Sah Takhta Raja Kesultanan Melaka Darul Islam)2013.,
Dinobat dan Ditabalkan di Keraton Demak Indonesia
(Sebagai Pewaris Sah Raja Kesultanan Melaka)2014.
(Sebagai Pewaris Sah Raja Kesultanan Melaka)2014.
Muncul Secara Rasmi Pada 13 November 2005
Salianan dari
Buku :
Mengenal
Perlembagaan
Malaysia
TUN MOHAMED
SUFFIAN BIN HASHIM
MENGENAL PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PRAKATA BAGI
EDISI PERTAMA
_________________________________
BAB 4
RAJA DAN YANG
DIPERTUA NEGERI
Tiap-tiap sebuah
dari sembilan buah negeri Melayu mempunyai seorang Raja yang turun-temurun dan
memerintah sepanjang hayat baginda. Hak-hak mewarasi takhta ditentukan oleh
adat yang berbeza di berlainan negeri dan kaedah-kaedah adat ini, dengan atau
tanpa pengubahsuian, sekarang telah dimaktubkan dalam perlembagaan tiap-tiap
Kerajaan Persekutuan, menurut perkara 71 (1) perlembagaan
persekutuan, menjamin hak seseorang Raja untuk mewarisi dan memegang, menikmati
dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keitimewaan menurut perlembagaan
negeri baginda; tetapi apa-apa pertikaian mengenai hak untuk mewarisi sebagai
Raja mestilah ditentukan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa dan dengan
apa-apa cara sebagai mana yang diperuntukkan oleh perlembagaan negeri itu.
Di semua negeri, Raja dikenali sebagai Sultan, kecuali di negeri Perlis di mana
baginda dikenali sebagi Raja. Di Negeri Sembilan pula baginda bergelar Yang
Dipertuan Besar dan bertidak bagi pihak diri baginda sendiri dan juga bagi bagi
pihak Pembesar-Pembesar Memerintah menurut perlembagaan Negeri Sembilan.
Baginda dipilih oleh Undang Sunagai Ujung, Undang Jelebu, Undang Johol dan
Undang Rembau. Apabila baginda mangkat, Undang berempat itu memilih seorang
pengganti dari kalangan putera baginda, tetapi para Undang itu boleh, jika
mereka fakir bahawa tidak seorang pun yang layak dan sesuai dari kalangan
putera baginda, memilih seorang lain yang layak dan sesuai dengan memberi
keutamaan kepada saudara lelaki baginda yang Dipertuan Besar yang telah mangkat
itu, kemudian kepada ayahanda saudara sebelah bapa baginda dan selepas itu
barulah diberi keutamaan kepada orang lain. Jawatan yang Dipertuan Agong, di
mana seorang Raja dipilih selama lima tahun oleh Raja Raja, merupakan suatu
adattasi jawatan yang Dipertuan Besar ini.
Di negeri Perak penganti untuk menaiki takhta adalah secara bergilir-gilir di
antara tiga ketua keluarga: oleh itu apabila Sultan Mangkat, Raja Muda (Satu
lagi ketua keluarga yang kedua dalam susunan penganti) diangkat menjadi Sultan,
Raja di Hilir (Ketua Keluarga Yang satu lagi dan ketiga dalam susunan
penganti diangkat menjadi Raja Muda, dan ketua keluarga Sultan yang mangkat itu
menjadi Raja di Hilir.
Di negeri –negeri lain, seseorang Sultan yang mangkat digantikan oleh anakanda
baginda yang sulung dan masih hidup.
Seseorang Raja boleh melantik seorang Pemangku Raja atau suatu Jemaah Pemangku
Raja untuk memangku jawatan baginda dalam hal keadaan sebagaimana yang
ditetapkan oleh perlembagaan negeri.
Tiap-tiap sebuah negeri yang bukan negeri Melayu, iaitu Melaka, Pulau Pinang,
Sabah dan Sarawak, mempunyai seorang seorang yang Dipertua Negeri yang dilantik
oleh yang Dipertuan Agong, dan baginda bertidak mengikut budi bicara baginda
tetapi setelah berunding dengan Ketua Menteri dari negeri yang berkenaan.
Seseorang Yang Dipertua Negeri di lantik selama empat tahun, tetapi boleh
meletakkan jawatan atau dipecat dari jawatannya oleh Yang di-Pertuan Agong
mengikut usul Dewan Undangan Negeri yang berkenaan, dan disokong dengan undi
yang tidak kurang dari dua pertiga daripada jumlah ahlinya. Belum pernah Yang
Dipertua Negeri dipecat dari jawatannya.Jika Yang Dipertua Negeri tidak
berupaya hendak menjalankan tugas-tugasnya oleh kerana sakit, tidak ada dalam
negeri atau oleh kerana apa-apa sebab lain Yang di Pertuan Agong sekali lagi
bertidak mengikut budi bicaranya, tetapi setelah berunding dengan Ketua Menteri
dari negeri itu, boleh melantik seorang lain (yang layak dilantik menjadi Yang
Dipertua Negeri) untuk menjalankan tugas-tugas Yang Dipertua Negeri. Seseorang
yang bukan warganegara atau seorang warganegara dengan cara naturalisasi atau,
bagi Melaka dan Pulau Pinang, dengan cara pendaftaran di bawah Perkara 17
perlembagaan persekutuan, tidak layak dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri.
Seseorang Yang Dipertua Negeri tidak boleh memegang apa-apa jawatan
berpendapatan dan tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa
perushaan perniagaan. Ini bererti bahawa tidak ada pegawai awam yang sedang
berkhidmat atau ahli perniagaan, walau bagaimana terkemuka sekalipun, akan
dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri atau pemangku Yang Dipertua Negeri.
Saraan bagi seseorang Raja atau Yang Dipertua Negeri diperuntukkan oleh
undang-undang dan dipertanggungkan kepada kumpulan wang negeri disatukan.
Dengan itu ia dikeluarkan daripada perbahasan tahunan dan juga daripada
mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri.
Raja Kesultanan Melayu Melaka-Melaka Darul Islam
________________________________________________________________________________
UTUSAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA
SULTAN BERDAULAT BERJIWA RAKYAT
DULI YANG MAHA MULIA
Sultan Almu ' tasimu Badlahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(K,elantan)D.K.(Pahang),D.K.S.(Selangor),D.K.(Perlis),D.K.(Negeri Sembilan)D.K.(Johor),D.K.(Terengganu),D.K. (Perak),D.P.(Sarawak),D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.
YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA KE-14
_________________________________________________________________
DULI YANG MAHA MULIA
Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(Kelantan),
D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan),
D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.P.(Sarawak),
D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.
SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
DULI YANG MAHA MULIA
Paduka Seri Sultan Ahmad Shah II @
Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah
Pewaris Tahta Raja Kesultanan Melaka dan Perak yang sah dari
D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammmad Shah (1)
(Marhum Durian Sebatang) Sultan Perak Ke-22 (1851-1857).,
P.P.J.P.(Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985,
D.K. (Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang) 200.,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran :
D.K. (Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang) 200.,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran :
Pangeran Sentana)2010.,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Soltan Kradjaan Indragiri) 2013.,
D.K. (Sultanate Of Sulu Kingdom And North Borneo)2013.,
Surat Pengitirafan Dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
D.K. (Sultanate Of Sulu Kingdom And North Borneo)2013.,
Surat Pengitirafan Dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
(Sebagai Pewaris
Sah Takhta Raja Kesultanan Melaka Darul Islam)(2013).,
Dinobat dan Ditabalkan di Keraton Demak Indonesia
(Sebagai Pewaris Sah Raja Kesultanan Melaka)2014.
(Sebagai Pewaris Sah Raja Kesultanan Melaka)2014.
MUNCUL SECARA RASMI 13 NOVEMBER 2005
DULI YANG MAHA MULIA
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'In Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah
SULTAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
DULI YANG MAHA MULIA
Sultan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra
SULTAN NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
DULI YANG MAHA MULIA
Sultan Ibrahim Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj
SULTAN NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM
DULI YANG MAHA MULIA
Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir
YANG DI PERTUAN NEGERI SEMBILAN DARUL KUSUS
DULI YANG MAHA MULIA
Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
SULTAN TERENGGANU DARUL IMAN
DULI YANG MAHA MULIA
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Alhaj
SULTAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
DULI YANG MAHA MULIA
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalulail
SULTAN NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN
DULI YANG MAHA MULIA
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izuddin Shah Ghafurullah
SULTAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KE-34
___________________________________________________________________
LANTIKAN OLEH YANG DIPERTUAN AGONG
UNTUK NEGERI-NEGERI
TIDAK MEMPUNYAI PERAJAAN DI MALAYSIA
TYT YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA
Tun Datuk Seri Mohd Khalil Bin Yaacob
TYT YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG
Tun Dato'Seri Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas
TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH
Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin
TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SERAWAK
Tan Sri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud
_______________________________________________________________________
PERHUBUNGAN DENGAN RAJA-RAJA DALAM NEGERI DAN LUAR NEGARA
DYMM Puduka Seri Sultan Ahmad Shah @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah
Bersama
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
DYMM Puduka Seri Sultan Ahmad Shah @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah
Bersama
DYMM ISKS Pakoe Boewono XIII
Karaton Surakarta Hadiningrat,Baluwarti-Solo,Indonesia
DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI AHMAD SHAH @
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH
Mewarisi Keturunan Raja Parameswara Iskandar Shah Melaka (1400-1414).,
Raja Kesultanan Perak Ke-22 (1851-1857).,
PPJP (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985.,
D.K. (Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang) 2008.,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran : Pangeran Sentana)2010.
Raja Kesultanan Perak Ke-22 (1851-1857).,
PPJP (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985.,
D.K. (Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang) 2008.,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran : Pangeran Sentana)2010.
Kunjungan
Hormat dari DYMM Sultan Raja Mohammad Ghamar Mamay Hasan AbduRajak dan
Queen Maria Makiling Helen Fatima Nasaria Panolino Abdurajak
ke pejabat
DYMM Paduka Seri Sultan Ahmad Shah @
Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah
di Taman Sri Gombak,Batu Caves,Selangor Darul Ehsan pada 29.10.2013 Jam 2 petang
Salianan dari Buku
:
Mengenal
Perlembagaan
TUN
MOHAMED SUFFIAN BIN HASHIM
MENGENAL
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PRAKATA BAGI EDISI
PERTAMA
Seseorang
warganegara sudah sepatutnya mengetahui sedikit sebanyak mengenai perlembagaan
negaranya, dan saya fikir buku yang sederhana ini akan dapat membantunya.
Mungkin juga sia-sia baginya untuk membaca teks perlembagaan yang ditulis dalam
bahasa undang-undang. Malahan seorang peguam pun mendapati sukar hendak
memahami teks asal itu, kecuali jika dia secara kebetulan menjadi seorang pakar
undang-undang perlembagaan, dan jumlahnya pula tidaklah begitu ramai. Hakikat
begini sememangnyalah disebabkan oleh para peguam yang lebih cenderung menumpukan
perhatian kepada bidang-bidang undang-undang yang bersifat mata pencarian.
Saya menulis buku ini dengan menggunakan
bahasa yang mudah difahami supaya dapat dibaca oleh beberapa ramai orang di
luar universiti dan di luar bilik mahkamah. Saya berusaha menghuraikan
perlembagaan dengan cara yang mudah difahami, kerana saya dapati bahawa rakyat
biasa hanya ingin mengetahui tentang apakah berbagai peruntukan yang terdapat
dalam perlembagaan itu. Supaya buku ini tidak begitu tebal, saya tidak
memasukkan segala perbutiran sejarah, kecuali di mana saya fikif bahawa dengan
memberi sedikit mahkamah latar belakang, ia dapat membantu menjelaskan lagi
sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi saya tidak melihatkan diri dengan membuat
kritikan dan spekulasi; ini bukanlah kerana saya berpendapat bahawa setiap
peruntukan perlembagaan adalah bebas daripada kelemahan, tetapi kerana sifat
jawatan saya yang menyekat saya daripada berbuat demikian. Tidaklah diingini
jika seorang hakim melibatkan dirinya terlebih dahulu dalam perkara-perkara
yang mungkin akan dibawa ke hadapannya secara rasmi untuk diambil keputusan
dalam mahkamah kelak. Sekiranya terdapat pendapat yang diberikan dalam buku
ini, ia tidak semestinya bermakna bahawa saya akan terus juga mengikut nya
setelah mendengar hujah-hujah yang bertentangan. Saya patut juga terangkan
bahawa sungguhpun naskhah asal buku ini (dalam bahasa Inggeris) diterbitkan
oleh Pencetak Kerajaan, buku ini bukanlah sebuhah buku kerajaan. Bukalah juga
Kerajaan yang meminta saya mengarang buku ini. Rakan-rakan saya di luar
Kerajaan yang menyarankan saya dan mereka menyatakan betapa perlu dikarang
sebuah seperti ini oleh seorang yang mempunyai hubungan rapat dengan kerja
menerangka perlembagaan. Bagaimanapun, mereka akan berasa kecewa jika mereka
mengharapkan sebuah buku tebal yang bercorakilmiah.
Buku ini telah siap disediakan untuk
dicetak oleh penerbit lain pada bulan April 1969, tetapi penerbitannya terpaksa
ditangguhkan kerana peristiwa 13 Mei 1969. Akibat daripada peristiwa tersebut,
adalah nyata dari berbagai kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh para pemimpin
parti dan para pemimpin masyarakat yang menjadi anggota Majlis Perundingan
Negara bahawa beberapa peruntukan perlembagaan haruslah dipinda supaya
perkara-perkara sensitif tidak boleh dibincangkan secara terbuka di khalayak
ramai. Parlimen telah pun membuat pindaan tersebut dalam mesyuaratnya yang
pertama dapa awal tahun 1971. Selepas sahaja pindaan tersebut diluluskan, saya
mula pula menyemak serta mengemaskinikan teks asal saya ini.
Bagaimanapun, pihak Kerajaan tidak
pernah melihat teks buku ini sebelum diterbitkan. Oleh itu tidak boleh dianggap
bahawa Kerajaan bersetuju dengan apa-apa pendapat yang dinyatakan dalam buku
ini.
Dalam sebuah buku yang dikarang di
tengah-tengah kesibukan hidup, memanglah kena pada tempatnya jika di kenangkan
segala pertolongan dan nasihat yang diberikan oleh Dr. Bashir A.Mallal, Encik
S. Jayakumar dan Encik Stephen T.H. Goh; mereka telah memberi cadangan untuk
memperbaiki lagi buku ini dan menolong saya mengelakkan kekhilafan. Saya juga
mendapat
Pertolongan
daripada anggota-anggota perkhidmatan awam yang telah menyemak fakta-fakta dan
angka-angka yang dinyatakan dalam buku ini, dan kebanyakannya dipetik dari
dokumen yang disiarkan serta juga dari kenyataan dalam parlimen dan akhbar.
Disebabkan mereka itu adalah para pegawai yang masih berkhidmat, rasanya
eloklah tidak disebutkan banyak sangat nama.Saya sebutkan setengah-setengah
nama pada catatan bawah di tempat-tempat yang berkenaan. Walau bagaimanapun,
Saya patut sebutkan di sini pertolongan yang tidak ternilai yang diberikan oleh
Encik Santa Sing dan Encik S. Sivaswamy dari Jabatan Peguam Negara.
Dalam mahkamah pula, saya dibantu dengan
cekapnya oleh setiausaha saya, Encik Wong Yik Ming; oleh Puan Wee Kim Swee, Cik
Fatimah binti Noordin dan Cik Hasnah binti
Kasim yang dengan cepat dan dengan perasaan riang menaip dan menaip semula
banyak draf; dan Encik Mohd. Said bin Hasan yang dengan cepat mencarikan untuk
saya apa-apa buku dan enakmen yang saya
perlukan.
Saya juga terhutang budi kepada Encik Mohamed
Daud bin Abdul Rahman, Pencetakan Kerajaan, kerana kesabarannya. Tugasnya
menjadi bertambah sukar lagi kerana saya terpaksa menyerahkan kepadanya
draf buku ini bukan dengan sekaligus,
tetapi hanya beberapa bab-bab itu siap.
Akhirnya,
saya suka mengucapkan terima kasih kepada isteri saya, Bunny, kerana galakan
yang diberinya, Tanpa dorongan serta gesaan yang meriangkan darinya, adalah
diragukan jika buku ini akan dikarang.
Mahkamah
Persekutuan,
Tan Sri Mohamed Suffian
BAB 1
PENDAHULUAN
Malaysia,
sebagai suatu entiti politik, mula wujud pada 16 September 1963, ditubuhkan
dengan menyatukan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada masa itu dengan
Singapura, Borneo Utara (sekrang dinamakan Sabah) dan Sarawak.Persekutuan yang
baru ini dinamakan Malaysia ia terus berada dalam Komanwel sebagai sebuah
Negara merdeka. Pada 9 Ogos 1965, Singapura telah perpisah dengan Malaysia
dan menjadi sebuah repoblik merdeka dalam komanwel. Oleh itu, Malaysia sekarang
ialah sembilan persekutuan yang terdiri dari 13 buah negeri, iaitu sembilan
buah Negeri Melayu di Semenanjung Malaysia ( Johor,Kedah,Kelantan, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Terenganu) serta bekas Negeri-Negeri
Selat (Melaka dan Pulau Pinang) dan Sabah serta Sarawak.
SEJARAH
RINGKAS
Negeri-Negeri Melayu
Negeri
Perak yang dahulunya berada di bawah naungan British, telah menerima seorang
wakil British menurut perjanjian tahun 1874, yang dikenali sebagai Triti
Pangkor.
Dalam
tahun 1874 pegawai-pegawai British telah dihantar untuk menolong Sultan
Selangor dalam pemerintahan negeri itu terutama sekali bagi melindungkan nyawa
dan harta benda. Sungai Ujong (Salah Sebuah daripada sembilan buah negeri kecil
yang kemudiannya bersatu menjadi Negeri Sembilan) telah menjadi sebuah negeri
di bawah naungan British dalam tahun 1874, dan Pahang pula dalam tahun 1887.
Negeri-negeri yang kemudiannya dinamakan Negeri Sembilan telah membuat
perjanjian penaungan dalam tahun 1889. Empat buah negeri, iaitu Perak,
Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan telah bersatu untuk menubuhkan
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1895, iaitu persekutuan yang pertama
diwujudkan di Semenanjung.
Dalam tahun 1909, mengikut suatu triti,
Siam telah memindahkan hak pertuanan, perlindungan, pentadbiran dan penguasaan
yang ada pada mereka bagi negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada
Great British. Seorang Penasihat British
kemudian dilantik bagi tiap-tiap sebuah daripada empat buah negeri tersebut. Negeri
Johor telah bersetuju untuk menerima seorang penasihat British dalam tahun
1914. Kelima-lima buah negeri tersebut terus berada di luar persekutuan
sehinggalah tamat Perang Dunia Kedua masing-masing mempunyai badan perundangan,
pemerintahan, kehakiman dan sebagainya, sungguhpun pegawai –pegawai British
boleh ditukar-tukarkan dari sebuah negeri ke negeri. Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu yang ditubuhkan dalam tahun 1895 merupakan sebuah persekutuan yang
longgar. Berlainan daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948 yang
ditibuhkan Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948 dan dikenali sebagai
perlembagaan 1948, Triti Persekutuan, 1895 hanya mempunyai lima fasal sahaja
dan panjangnya tidak pun sampai dua muka surat bercetak (Berbanding dengannya
Perjanjian Persekutuan, 1948 mengandungi 156 fasal dan panjangnya ialah 80 muka
surat bercetak, dan perlembagaan 1957 yang ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka, mengandungi 181 perkara dan panjangnya ialah 135 muka surat
bercetak. Perlembagaan Melaysia yang sekarang pula disasarkan kepada
Perlembagaan 1957 dengan pindaan-pindaan dan dicetak semula dalam tahun 1968
setebal 206 muka surat bercetak. Triti Persekutuan 1895 tidak menentukan Kuasa
kuasa Persekurtuan mahupun kuasa-kuasa
tiap-tiap sebuah daripada empat buah negeri anggota Persekutuan itu, tetapi ia
buat pertama kali menetapkan suatu prinsip baru, iaitu persetujuaan Raja-Raja
Melayu hendaklah diprolehi untuk memberi kepada negeri-negri dalam Persekutuan
yang memerlukan bantuan tenaga manusia, kewangan atau lain-lain nya sebagaimana
yang boleh disyorkan oleh Kerajaan British. Ini adalah suatu perubahan besar
daripada apa yang biasa berlaku pada masa yang lampau manakala seorang Raja
hanya menitikberatkan hal ehwal rakyat negeri baginda sahaja.
Walau bagaimanapun, Majlis Undangan
Persekutuan tidak ditubuhkan sehingga perjanjian tahun 1909 dibuat. Pada
mulanya Majlis tersebut hanya mengandungi ahli-ahli yang terdiri dari
Persuruhjaya Tinggi, Residen Jeneral, keempat-empat orang Raja, keempat-empat
orang Residen British dan empat orang ahli tidah rasmi yang dilantik oleh
Persuruhjaya
Tinggi dengan persejuan Kerajaan British. Perjanjian tahun 1909 pun amat
ringkas
(ia hanya mengandungi sebelas fasal dan panjangnya tidak pun sampai tiga muka surat
bercetak) dan ia berlainan daripada perlembagaan sekarang menyenaraikan hal perkara persekutuan, hal perkara negeri
dan hal perkara bersama ia hanya menyatakan bahawa undang-undang yang
diluluskan oleh Majlis Undangan Negeri akan terus berkuatkuasa sepenuhnya dalam
negeri itu kecuali setakat mana undang-undang itu bercanggah dengan peruntukan
mana-mana undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Undang Persekutuan, dan
bahawa apa-apa persoalan mengenai hal ehwal agama Islam, masjid, pencen
politik,orang besar jajahan dan penghulu, serta apa-apa persoalan lain yang
pada pendapat Perseruhjaya Tinggi menyentuh hak dan prerogatif mana-mana Raja
atau yang kerana sebab-sebab lain,
difikirkan oleh Persuruhjaya tinggi patut diuruskan oleh Majils Undang
Negeri sahaja, hendaklah direzabkan secara ekslusif kepada Majlis Undangan
Negeri.
Sayugia diingatkan bahawa sungguhpun
dalam mukadimah dinnyatakan bahawa Raja-Raja berhasrat supaya diadakan cara
bagi mendapatkan persetujuan bersama mengenai perkara-perkara yang menpunyai
kepentingan bersama bagi persekutuan atau yang melibatkan lebih daripada sebuah
negeri dan bagi membuat undang-undang yang sempurna yang dimaksudkan untuk
berkuatkuasa di seluruh persekutuan atau dalam lebih daripada sebuah negeri,
namun persetujuaan itu tidak pun menyatakan di dalamnya bahawa selepas itu
hanya Majlis Undangan Persekutuan sahaja yang berkuasa untuk memperbuat
undang-undang yang dimaksudkan untuk dikuatkuasa di seluruh persekutuan atau di
dalam lebih daripada sebuah negeri. Hal ini tidak dilakukan sehingga Triti 24 April 1927 . Mengikut
Triti ini, keempat-empat orang Raja itu tidak lagi menyertai secara aktif dalam
hal ehwal Majlis Undang Persekutuan, dan
Majlis itu dengan nyata diberi kuasa untuk meluluskan semua undang-undang yang
dimaksudkan untuk dikuatkuasakan di seluruh persekutuan. Triti 1927 juga
memperuntukan bahawa mana-mana undang-undang yang telah diluluskan atau
kemudiannya dikuatkuasa di dalam negeri itu kucuali setakat mana ia bercanggah
dengan peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan sekali lagi, terdapat
kekecualian mengenai persoalan yang berhubong dengan hal ehwal agama Islam,
masjid, pencen politik, orang besar jajahan dan penghulu, serta apa-apa
persoalan lain yang pada pendapat
Persuruhjaya Tinggi patut diuruskan oleh Majlis Undangan Negeri sahaja;
persoalan-persoalan ini di rezabkan secara eksklusif kepada Majlis Undangan
Negeri.
Susunan atau perkiraan mengenai kewangan
bagi Negeri –Negeri Melayu Bersekutu juga tidaklah rumit. Triti 1885 tidak
menyebut langsung tentang hal ini, dan Triti 1909 pula memperuntukkan bahawa
draf anggaran pendapatan hasil dan perbelanjaan bagi tiap-tiap buah negeri
hendaklah dipertimbangkan oleh Majlis Undangan Persekutuan, tetapi hendaklah
disampaikan kepada Majlis Undangan Negeri sebaik sahaja anggaran tersebut
dicetak. Triti 1927 menghuraikan hal ini seperti berikut: ‘‘ Anggaran
Perdapatan Hasil hendaklah dikemukakan kepada Majlis Undang Persekutuan dan
semua perbelanjaan hendaklah dipersetujui oleh Majlis mengikut ketetapan atau
rang Undang-Undang Bekalan; dengan syarat bahawa Majlis boleh, mengikut
ketetapan, memperuntukkan kepada tiap-tiap buah negeri sejumlah wang
perbelanjaan secara pukal setiap tahun untuk dibelanjakan tanpa merujuk lagi
kepada Majlis bagi perkhidmatan seperti yang dikehendaki dilakukan dari semasa
ke semasa.’’
Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu terus wujud hingga serangan Jepun dalam bulan Disember 1941.
Negeri-negeri Melayu yang lain tidak memasuki persekutuan kerana khuatir bahawa
semua kuasa mereka akan dirampas oleh British. Tiap-tiap negeri terus
menjalankan pemerintahannya secara bersendirian, sungguhpun terdapat juga
sedikit sebanyak pernyelarasan di kalangan
mereka sesama sendiri dan juga di antara mereka dengan persekutuan
kerana kakitangan ekspatriat yang menjalankan pentadbiran boleh
ditukar-tukarkan, dan semua negeri itu ( termasuk Negeri-Negeri Selat) tunduk
kepada seorang Ketua yang sama di
Singapura, iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat yang juga menjadi Perseruhjaya
Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Negeri-Negeri
Selat
Beralih
pula kepada Negeri-Negeri Selat, kita dapati bahawa dalam tahun 1786 negeri
Kedah telah ‘‘ menyerahkan’’ Pulau Pinang (yang dikenali buat beberapa lama
sebagai Prince of Wales Island) kepada Syarikat Hindia Timur. Dalam tahun 1819
syarikat itu telah memperolehi hak untuk mendirikan stesen perdagangan di pulau
Singapura, dan dalam tahun 1824 memperolehi kedaulatan sepenuhnya ke atas pulau
itu secara penyerahan wilayah daripada Sultan Johor. Seterusnya, dalam tahun
1824 syarikat itu telah memperolehi negeri Melaka daripada Kerajaan British.
Negeri Melaka yang ditawan oleh Portugis dalam tahun 1511 dan lebih kurang 125
tahun kemudian ditakluki pula oleh Belanda telah beberapa kali bertukar tangan
semasa, dan berikutan dari, Perang Napoleon apabila Belanda mendapati dirinya menyebelahi
Perancis. Negeri Melaka telah diduduki oleh British dalam tahun 1795, kemudian
dikembalikan semula kepada Belanda dalam tahun 1801, diduduki semula oleh
British dalam 1807, dikembalikan semula kepada Belanda di bawah Triti Vienna
dalam tahun 1814 dan akhir nya dipulangkan semula kepada British mengikut Triti
Holland (yang juga dikenali sebagai Triti London’) dalam tahun 1824 dan dengan
itu Kerajaan British telah menyerahkan kepada Syarikat Hindia Timur.
Oleh yang demikian, menjelang tahun 1824,
Syarikat Hindia Timur memilliki tiga buah negeri di Tanah Melayu, dikenali
sebagai Negeri-Negeri Selat.
Berbagai-bagai perubahan telah berlaku
dalam pentadbiran Negeri-Negeri Selat. Dari tahun 1786 hingga 1805, Pulau
Pinang ditadbirkan sebagai sebuah residensi di bawah Presidensi Benggla, tetapi
dalam tahun 1805 ia telah dinaikkan ke taraf Presidensi, menjadi Presidensi
Timur. Dari tahun 1819 hingga tahun 1823, Singapura berada di bawah bidang
kuasa Bangkahulu di Sumatera (yang menjadi sebuah presidensi dalam tahun 1763)
tetapi dari tahun 1823 hingga tahun 1826 ia ditadbir secara langsung oleh
Gabenor-Jeneral India. Melaka juga adalah secara langsung ditadbirkan di bawah
Gabenor Jeneral India
dari tahun 1824 hingga tahun 1826.
Dalam tahun 1826 Singapura dan Melaka
dicantumkan dengan Pulau Pinang dan ia menjadi
sebahagian daripada Presidensi Timur. Tetapi dalam tahun 1830, Presidensi
Timurdibubarkan dan Negeri-Negeri Selat sekali lagi menjadi sebuah Presidensi
di bawah Presidensi Benggala. Dalam tahun 1823 ibu Negeri-Negeri Selat
dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura.
Dalam tahun 1851 Negeri-Negeri Selat tidak lagi berada di bawah bidang kuasa
Presidensi Benggala tetapi ditadbirkan
secara langsung oleh Gabenor Jeneral.
Dalam tahun 1858 pemerintahan yang
dijalankan oleh Syarikat Hindia Timur itu telah diganti dengan pemerintahan
Kerajaan India British, manakala Negeri-Negeri Selat masih tetap kekal di bawah
tadbiran secara langsung oleh Gabenor-Jeneral sehingga tahun 1867 apabila
pentadbirannya dipindahkan daripada Kerajaan India British kepada Pejabat Tanah
Jajahan. Menjelang tahun 1941, Negeri-Negeri Selat merangkumi bukan hanya
Singapura, Pulau Pinang dan Melaka sahaja, tetapi juga Pulau Labuan (di
bahagian utara Borneo) dan Kepulauan Cocos serta Pulau Christmas (di Lautan
Hindi).
Pulau
Labuan telah menjadi sebuah tanah jajahan British pada tahun 1846 selepas
diserahkan oleh Sultan Brunei, dan menjadi sebahagian daripada Negeri-Negeri
Selat dalam tahun1866, tetapi dari tahun 1890 hingga tahun 1906 ia ditadbirkan
oleh Kerajaan Borneo Utara. Dalam tahun 1841 Sultan Brunei
menyerahkan kedaulatannya terhadap Sarawak
kepada James Brooke (Raja Brooke). Akhirnya, menjelang tahun 1865 syarikat
–syarikat British telah memulakan perniagaannya di Borneo Utara dengan mendapat
berbagai konsesi daripada Sultan Brunei, dan dalam tahun 1882 semua konsesi ini
dipindahkan kepada Borneo Utara British. Dalam tahun 1888 kedua-dua Sarawak dan
Borneo Utara telah menjadi negeri-negeri
naungan dan kekal sedemikian sehingga serangan Jepun dalam tahun 1941.
Perang
Dunia Kedua
Kedudukan
pada masa serangan Jepun dalam bulan Disember 1941 adalah seperti berikut. Di
Borneo terdapat dua buah negeri naungan (Borneo Utara dan Sarawak) selain
daripada Brunei .
Di Tanah Melayu pula terdapat sembilan buah negeri Melayu yang dinaungi, empat
daripadanya bersatu menjadi Negeri-Neger Melayu Bersekutu. Seterusnya terdapat
Tanah Jajahan yang terdiri daripada Negeri-Negeri Selat yang mengandungi Singapura,
Melaka, Pulau Pinang dan Labuan (di bahagian utara Borneo) dan Kepulauan Cocos
serta Pulau Chritmas (di Lautan Hindi).
Tamat
Perang Dunia Kedua
Selepas
tamat Perang Dunia Kedua apabila Jepun menyerah kalah, dan setelah tempoh
pentadbiran tentera British yang singkat itu berakhir, susunan pemerintahan di
rantau ini telah di rompak dalam tahun 1946. Syarikat Borneo Utara British
melepaskan haknya ke atas Borneo Utara,
dan tanah jajahan Borneo Utara yang baru itu pun ditubuhkan dengan menyatukan Borneo Utara British dengan Pulau Labuan. Raja Sir
Charles Brooke telah menyerahkan bidang kuasanya di Sarawak, dan selepas itu Sarawak juga menjadi sebuah tanah jajahan British.
Negeri-Negeri Selat dibubarkan dan Singapura menjadi sebuah tanah jajahan yang
berasingan.
Kasatuan
Tanah Melayu (Malayan Unian) 1946
Negeri
Melaka dan Pulau Pinang bercantum dengan sembilan buah Negeri Melayu bagi
membentuk Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union )
yang ditubuhkan pada 1 April
1946 . Dalam tempoh pentadbiran tentera British, tiap-tiap seorang
Sultan dikehendaki menandatangani suatu perjanjian dengan Sir Harold Macmichael
bagi pihak Kerajaan British pada penghujung tahun 1945. Menurut perjanjian ini
yang kemudiannya dikenali sebagai Triti MacMichael, tiap-tiap Sultan telah
menyerahkan kepada kerajaan British kuasa dan bidang kuasa penuh dalam negeri
dan jajahan takluk baginda. Dalam menjalankan bidang kuasa yang diserahkan
kepadanya oleh perjanjian ini, Kerajaan British telah membuat Peruntukan bagi
mentadbir Tanah Melayu dalam Perintah-dalam Majlis Mesyurat Kesatuan Tanah
Melayu, 1946, dan dalam arahan Diraja bertarikh 27 Mac 1946, dan kesemuanya
dikenali secara kolektif sebagai perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu. Sebahagian
daripada perintah ini mula berjalan kuat kuasanya pada 1 April 1946, manakala
yang bakinya tidak pernah berjalan kuatkuasanya langsung dan pada 1 February
1948, seluruh perintah tersebut telah dibatalkan dan diganti dengan Perintah
–da! Majlis –Masyuarat Persekutuan Tanah Melayu yang baru. 1948 yang ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu baru. Arahan Diraja
berjalan kuatkuasanya pada April 1946, tetapi oleh kerana perintah itu tidak
pernah berjalan kuatkuasanya dengan sepenuh, ia tidaklah berkuatkuasa dengan
sepenuh, dan ia juga telah dibatalkan pada 1 Februari 1948.
Oleh kerana terdapat tentangan daripada
orang Melayu, perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union )
tidak pernah dilaksanakan sepenuhnya. Sebab-sebab mengapa orang Melayu
menentangnya boleh diketahui dari ikhtisar natijah perlembagaan tersebut yang
diberi oleh Lord Linstowel, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan, dalam sepucuk
surat bertarikh 12 November 1948 yang dihantar kepada Mahkamah Tinggi
Singapura, dan satu salinan surat tersebut dilampirkan bersama keputusan kes
Tungku Abu Bakar dan orang-orang Lain lwn. Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.
Perlembagaan
tersebut mengandungi tiga jenis peruntukan :
(a)
peruntukan-peruntukan
kekal yang berjalan kuat-kuasanya;
(b)
peruntukan
–peruntukan kekal yang pernah berjalan kuatkuasanya; dan
(c)
peruntukan-peruntukan
sementara yang berjalan kuatkuasanya.
Peruntukan
Kekal yang Berjalan Kuatkuasanya
Di bawah peruntukan-peruntukan ini,
sebuah kesatuan yang terdiri dari Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat,
Iaitu Melaka dan Pulau Pinang, telah
ditubuhkan untuk ditadbir dan diperintah oleh seorang Gabenor yang dilantik oleh Kerajaan British.
Kuasa prerogative bagi mengampun di seluruh kesatuan tersebut terletak hak pada
Gabenor. Hakim Besar Mahkamah Negara bagi Kesatuan dilantik oleh Baginda King,
Great British atau oleh Gabenor atas arahan Baginda King, dan hakim-hakim pula
dilantik dengan cara yang sama seperti perlantikan Hakim Besar atau dengan cara
lain sebagaimana yang diperuntukkan sama ada dengan peraturan yang dibuat oleh
Gabenor atau dengan undang-undang yang dibuat di bawah
perintah
tersebut. Perintah tersebut memberi kuasa penuh kepada Baginda King untuk
membuat undang-undang melalui Perintah-dalam Majlis-Masyuarat demi menjaga
keamanan, ketenteraman dan kebaikan pemerintahan Kesatuan itu. Perintah
tersebut adalah tertakluk kepada pindaan atau pembatalan oleh Baginda King.
Peruhtukan
Kekal yang Tidak Pernah Berjalan Kuankuasanya
Sekiranya peruntukan-perutukan ini pernah berjalan kuatkuasanya,
kuasa pemerintah yang menyeluruh dalam Kesatuan tersebut akan dijalankan oleh
Gabenor, dan beliau akan dinasihatkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang
terdiri dari Ketua Setiausaha, Peguam Negara dan Setiausaha Kewangan,
bersama-sama dengan tujuh orang ahli lain yang akan dilantik oleh Baginda King
atau menurut arahan Baginda King. Kuasa perundangan yang menyeluruh dalam Kesatuan akan terletak
hak pada Gabenor, dan beliau bertindak atas nasihat dan persetujuan Majis
undangan yang terdiri dari Gabenor, ahli-ahli ex-officio dan ahli-ahli rasmi
serta ahli-ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Gabenor mengikut arahan Baginda
King. Kuasa perundangan bagi negeri-negeri dan perkara-perkara yang ditetapkan sebagai bersifat tempatan, atau
kuasa-kuasa lain yang diwakilkan oleh Majlis Undangan Negeri yang Terdiri dari
Persuruhjaya-Rasiden, ahli-ahli ex –officio, pegawai yang dilantik dan
ahli-ahli yang bukan rasmi yang dilantik oleh Gabenor dan ahli-ahli yang
dipilih. Majlis Undangan Negeri juga akan mempunyai kuasa pentadbiran tempatan
sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh undang-undang Kesatuan atau sebagaimana
yang boleh diperuntukkan kepadanya oleh Gabenor-dalam-Majlis. Apa-apa
undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Undangan Negeri akan berkehendakkan
persetujuan Gabenor atau Baginda king; ia boleh dimansuh atau dipinda oleh
badan perundangan Kesatuan, dan ia boleh terbatal tanpa permansuhan secara
rasmi jika ia bercanggah dengan undang-undang badan perundangan Kesatuan.
Seorang Sultan, atas nasihat Majlis
Penasihat (yang terdiri dari baginda sendiri sebagai yang dipertua dengan
ahli-ahli yang dilantik oleh baginda sendiri) akan mempunyai kuasa untuk
membuat undang-undang bagi negeri semata-mata mengenai perkara-perkata agama
Islam, dan ia tidak melibatkan pengenaan, pengutipan atau remitan apa-apa cukai
atau zakat fitrah Rang undangundang yang luluskan oleh Majlis Penasihat Sultan,
sebelum boleh ia boleh dipersetujui oleh Sultan, akan berkehendakkan kebenaran
Majlis Raja-Raja, iaitu suatu badan yang terdiri dari Gabenor sebagai yang
dipertua, Raja-Raja bagi semua negeri komponen Kesatuan dan tiga orang ahli
ex-officio.
Sekiranya timbul apa-apa pertelingkahan
antara sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Sultan atas nasihat Majlis
Penasihat baginda dengan sesuatu undang-undang Majlis Undangan Kesatuan,
hendaklah dipakai.
Peruntukan Sementara yang Berjalan
Kuatkuasanya
Sebuah
Majlis Penasihat bagi Kesatuan telah
ditubuhkan sebagai suatu keperluan sementara. Majlis ini terdiri dari ketua
Setiausaha, Peguam Negara, Setiausaha Kewangan dan ahli-ahli sebagaimana yang
boleh dilantik oleh Gabenor. Sementara menunggu penubuhan Majlis Undangan,
Gabenor mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang demi menjaga keamanan,
Ketenteraman dan kebaikan Perintahan Kesatuan, tetapi sebelum berbuat demikian
wajiblah beliau berunding terlebih dahulu dengan Majlis Penasihat. Walau
bagaimanapun. Gebenor tidak dikehendaki menerima nasihat majlis tersebut, dan
apabila menjalankan kuasa pemerintah yang menyeluruh, beliau juga tidak
dikehendaki mendapat nasihat daripada majlis tersebut.
Patut juga diingatkan bahawa dalam
Kesatuan tersebut tidak ada Kerajaan negeri; di tiap-tiap Negeri, pegawai
kerajaan yang kanan ialah pegawai tanah jajahan British, iaitu Persuruhjaya-Rasiden,
dan tidak ada Menteri Besar atau Setiusaha Kerajaan, dan juga tidak ada badan
perundangan negeri. Majlis Penasihat yang diketuai oleh Sultan di negeri
baginda hanya mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai hal ehwal
agama Islam sahaja. Oleh sebab itu, tidaklah memeranjatkan jika setelah
mengetahui selokbelok kandungan Triti MacMichael itu, orang-orang Melayu bangun
bersatu untuk menentangnya dan akhirnya Kesatuan tersebut terpaksa dimansuhkan.
Empat tahun kemudian apabila taraf Sultan
Johor dihujahkan dalam Privy Council, Peguam Nagara England yang dijemput
sebagai amcus curiae ( penasihat yang tidak berpihak) menyatakan bahawa jika
Kesatuan tersebut terus berjalan, ia sudah tentu akan memusnahkan kedaulatan
Sultan, kes Sultan Johor lwn. Tuanku Abu Bakar dan Orang lain.
Persekutuan
Tanah Melayu 1948
Kerana
Kesatuan Tanah (Malayan Union) tidak popular, perjanjian baru yang berasingan
telah dirundingkan antara British dengan Raja-Raja Melayu, dan ia membuat
peruntukan bagi diadakan pemerintahan Negeri-Negeri Melayu mengikut
perlembagaan yang bertulis; ia menubuhkan suatu badan perundangan (dinamakan
Majlis Undangan Negeri) dan suatu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Mengkut
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, suatu perlembagaan baru telah digubal
dan berkuatkuasa mulai 1 Februari 1948, ia menubuhkan sebuah persekutuan yang
mengandungi Negeri-Negeri Melayu dan Melaka serta Pulau Pinang dengan sebuah
kerajaan pusat yang kuat. Berkenaan dengan Melaka dan Pulau Pinang, Perintah-dalam-Majlis-Mesyuarat
Persekutuaan Tanah Melyu, 1948 telah diisytiharkan dan ia memberi perlembagaan
bertulis kepada tiap-tiap sebuah Negeri Selat itu, dan dengan yang demikian
dalam tahun 1948, kerajaan persekutuan pun terbentuk di Tanah Melayu. Kerajaan
ini mengandungi buat pertama kali kesemua sembilan buah Negeri Melayu dan
kedua-dua buah Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Tiap-tiap sebuah
badan perundangan negeri itu telah mengesahkan Perjanjian Negeri dan juga
Perjanjian Persekutuan, 1948 yang baru, dan kedua-duanya diisytiharkan sebagai
mempunyai kuatkuasa undang-undang diseluruh negeri-negeri tersebut.
Mukadimah
dalam Perjanjian 1948 telah menyatakan tentang hasrat Kerajaan United Kingdom
dan Raja-Raja Melayu supaya secara beransur-ansur dicapai kemudian bagi
diadakan pemerintahan sendiri. Oleh yang demikian, pilihanraya bagi mengisi 52
kerusi dalam Majlis Undangan Persekutuan yang baru telah diadakan pada bulan
Julai 1955, dan ia didasarkan kepada prinsip hak mengundi orang dewasa sejagat
bagi semua wanganegara persekutuan dan tiap-tiap Perikatan memenangi 51
daripada 52 kerusi yang ditandingi dan pemimpin pati tersebut, Tunku Abdul
Rahman, menjadi Ketua Menteri.
Selepas pilihanraya tersebut, telah
diberi pertimbangan mengenai langkah selanjutnya ke arah pemerintahan sendiri.
Suatu persidangan perlembagaan telah diadakan di London dari 18 Januari hingga
6 February 1956, dan telah dihadiri oleh suatu perwakilan dari Persekutuan yang
terdiri dari empat orang wakil Raja-Raja Melayu, Ketua Menteri Persuruhjaya
Tinggi serta penasihat-penasihatnya. Persidangan tersebut mencadangkan supaya
dilantik sebuah suruhanjaya yang bebas untuk menggubal suatu perlembagaan bagi
Persekutuan Tanah Melayu yang penuh berkerajaan sendiri dan merdeka. Cadangan
ini telah diperkenankan oleh Baginda Queen dan Raja-Raja Melayu. Berikutan dari
itu sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid, seorang Hakim Mahkamah
Rayuan yang ternama di England, dan terdiri dari seorang pakar undang-undang
perlembagaan dari tiap-tiap sebuah negeri berikut- United Kingdom, Australia,
India dan Pakistan-telah dilantik oleh Baginda Queen dan Raja-Raja Melayu.
Penulis buku ini ialah salah seorang daripada anggota perwakilan yang diketuai
oleh Neil Lawson Q.C., dan telah membuat representasi bagi pihak Raja-Raja
Melayu di hadapan suruhanjaya tersebut yang termasuk juga mendiang Sir William
lvoi Jennings, seorang pakar undang-undang perlembagaan yang terkemuka, dan
beliaulah yang menunjuk ajar penulis pada masa di Universiti Cambridge dahulu.
Kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957
Suruhanjaya
tersebut telah menyerahkan laporannya yang diterbitkan pada 21 Februari 1957.
Kerajaan British, Majlis Raja-Raja Dan Kerajaan Persekutuan kemudiannya
melantik sebuah Badan Petugas untuk mengkaji laporan tersebut dengan teliti.
Berasaskan syor-syornya perlembagaan Persekutuan yang baru bersama dengan
perlembagaan untuk negeri Melaka dan Pulau Pinang, telah diisytiharkan pada Hari Merdeka, 31 Ogos
1957, dan dengan yang demikian Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah Negara
merdeka yang berdaulat.
Jenteru, perlembagaan yang
digunakan bagi memperkuat kuasakan
perlembagaan yang yang baru itu terdiri dari-
(a)
di United Kingdon,
Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, 1957 bersama dengan Perintah-dalam-Majlis-Masyuarat
yang diperbuat di bawahnya;
(b)
Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu,1957; dan
(c)
Di Persekutuan,
Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957, dan (di tiap-tiap buah negeri Melayu)
enakmen negeri yang meluluskan dan memberi kuatkuasa undang-undang kepada
perlembagaan persekutuan.
Pada 31 Julai 1957, Akta Kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu, 1957 yang meluluskan oleh Parlimen British telah
memberi kebenaran parlimen kepada baginda Queen Great British untuk membuat
perjanjian dengan Raja-Raja Melayu bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu
sebagai sebuah Negara merdeka yang berdaulat. Secara khususnya, Akta itu
memberi kuasa kepada Baginda Queen untuk menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa
baginda berhubung dengan Negeri-Negeri selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang,
dan semua kuasa dan bidang kuasa baginda yang lain berhubung dengan
Negeri-Negeri Melayu atau Persekutuan
secara keseluruhannya. Akta itu juga memberi kuasa supaya dibuat suatu perjanjian
bagi membentuk Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat ke dalam sebuah
persekutuan merdeka yang baru di bawah suatu perlembagaan persekutuan.
Pada 5 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu, 1957 telah ditandatangani antara Persuruhjaya Tinggi British bagi
pihak Baginda Queen dengan Raja-Raja Melayu bagi
Pihak
yang satu lagi. Perjanjian ini menubuhkan sebuah persekutuan bagi negeri-negeri
yang di namakan Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri dari Negeri-Negeri Melayu
dan Negeri-Negeri Selat. Iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 Ogos 1957
(Hari Merdeka), dan dari tarikh itu Negeri –Negeri Selat tersebut terhenti
daripada menjadi sebahagian daripada dominion Baginda Queen, dan Baginda Queen
juga terhenti daripada menjalankan apa-apa kedaulatan ke atas kedua-dua negeri
tersebut, dan semua kuasa sert a bidang kuasa Baginda Queen atau parlimen
British berhubung dengan Negeri-Negeri Selat atau Negeri-Negeri Melayu atau
Persekutuan secara keseluruhannya ditamatkan.Dalam perjanjian itu terkadung
perlembagaan baru bagi Persekutuan Tanah Melayu dan Juga
perlembagaan-perlembagaan baru bagi negeri Melaka dan Pulau Pinang.
Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957
telah diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan untuk memberi kuatkuasa
undang-undang kepada Perjanjian tersebut serta ketiga-tiga buah perlembagaan
yang terkandung di dalamnya. Tiap-tiap buah Badan Perundangan Negeri Melayu
juga meluluskan enakmen negeri bagi menyetujui dan memberi kuatkuasa
undang-undang kepada perlembagaan persekutuan.
Persekutuan Tanah Melayu yang baru
memilih untuk terus kekal dalam Komanwel dan diterima masuk menjadi ahli
anggota Komanwel.
Kerajaan
British bercadang hendak membebaskan Singapura, Borneo Utara dan Sarawak, dan
ia pun mula menadakan rundingan dengan Kerajaan Tanah Melayu dan wakil
ketiga-tiga buah wilayah tersebut dengan tujuan untuk memasukkan
wilayah-wilayah tersebut ke dalam Persekutuan. Sebuah Suruhanjaya bersama
British-Tanah Melayu (dikenali sebagai suruhanjaya Cobbold) telah dibentuk pada
bulan April 1962 dan suruhanjaya tersebut
melaporkan bahawa rakyat di Borneo ingin menyetai Persekutuan Tanah
Melayu. Di Borneo Utara pilihanraya umum telah diadakan dalam bulan Disember
1962 manakala di Sarawak pula dalam tahun
1963. Filipina dan Presiden Sukarno menentang pembentukan persekutuan yang baru
ini dan enggan menerima hakikat bahawa proses menentukan nasib sendiri telah
dijalankan dengan betul. Pada masa persidangan kemuncak tiga pihak yang
diadakan di Manila dalam tahun 1963, Filipina dan Indonesia mencadangkan supaya
dijemput Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu atau wakilnya untuk
mempastikan, sebelum pembentukkan Malaysia, hasrat rakyat Sabah dan Sarawak dan
mempertimbangkan berkenaan dengan sama ada Malaysia merupakan suatu persoalan
yang besar, jika tidak pun persoalan yang utama, dalam pilihanraya itu dan sama
ada peraturan pilihanraya yang baru diadakan itu menepati amalan demokrasi
ataupun tidak. Kerajaan Tanah Melayu bersetuju dengan cadangan ini. Setiausaha
Agung Bangsa-Bangsa Bersatu telah menghantar suatu utusan yang berada di Berneo
selama lebih kurang tiga minggu bagi menjalankan siasatan yang diperlukan.
Hasil siasatan itu telah dilaporkan kepada Setiausaha Agung, dan pada 15
September 1963 beliau mengumumkan dapatannya bahawa majority rakyat Borneo
Utara dan Sarawak menyokong Malaysia .
Dalam persidangan kemuncak yang diadakan di Manila, ketiga-tiga buah kerajaan
tersebut telah bersetuju bahawa kesimpulan yang diberi oleh Setiausaha Agung tidak akan tertakluk
kepada pengiktirafan atau pengesahan oleh mana-mana kerajaan yang berkenaan.
Mahupun demikian, Kerajaan Indonesia
dan Kerajaan Filifina terus menentang Malaysia .
Penentangan terhadap Malaysia bukan dibuat oleh kerajaan
–kerajaan asing sahaja tetapi juga oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Enam hari
sebelum Malaysia dijadualkan lahir, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah
meminta dalam kes Kerajaan Negeri Kelantan lwn.Kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj untuk menetapkan bahawa Perjanjian Malaysia dan
Akta Malaysia yang menubuhkan Malaysia adalah tidak sah atau sebaliknya tidak
terikat kepada negeri Kelantan. Pada 9 Julai 1983, Kerajaan-kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura
telah menandatangani Perjanjian Malaysia yang dengannya Singapura, Sarawak dan
Borneo Utara akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang
sedia ada (termasuk negeri Kelantan) dan selepas itu Persekutuan tersebut
dinamakan Malaysia. Parlimen Persekutuan kemudiannya telah meluluskan Akta
Malaysia (bentuk rang undang-undang yang dicantumkan kepada Perjanjian
Malaysia) untuk meminda Perkara 1 (1) dan Perkara (2) Perlembagaan 1957 yang
memperuntukkan, antara lain, bagi kemasukan ketiga-tiga buah negeri yang baru
itu dan bagi menamakan semula persekutuan sebagai Malaysia Akta tersebut telah
mendapat Persetujuan Diraja pada 26 Ogos dan akan berkuatkuasa pada 16
September 1963. Kerajaan Negeri Kelantan menghujah bahawa Akta tersebut akan
memansuhkan ‘‘Persekutuan Tanah Melayu’’ dan dengan itu mencabuli Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu, termasuk juga negeri Kelantan, dan persetujuannya
tidak pernah diperolehi; bahawa Sultan Kelantan sepatutnya menjadi suatu pihak
dalam Perjanjian Malaysia; bahawa konvensyen perlembagaan menghendaki supaya
diadakan perundingan dengan Raja dari tiap-tiap buah negeri mengenai perubahan
besar yang hendak dibuat kepada perlembagaan; dan bahawa Parlimen Persekutuan
tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi negeri Kelantan
berkenaan dengan apa-apa perkara yang mengenainya negeri tersebut mempunyai
badan perundangannya sendiri.
Pada 11 September, Kerajaan Negeri
Kelantan mengemukakan bahawa, sementara menunggu penyelesaian mutamad pertikain
kedua-dua pihak, mahkamah hendaklah menghalang defendan, iaitu Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu dan perdana Menteri, daripada menjalankan kuatkuasa
mana-mana peruntukan Akta Malaysia .
Hakim Besar sendiri mendengar permohonan tersebut dan menolak permohonan itu
pada pukul 5 petang, 14 September. Mengikut negerinya beliau memutuskan-
(1) bahawa
di bawah Perkara 159, Perlembagaan 1957, Parlimen mempunyai kuasa untuk membuat
undang-undang Akta Malaysia dengan tujuan untuk meminda Perkara 1(1) dan (2)
bagi memasukkan ketiga-tiga buah anggota baru itu, dan pindaan ini tidak
berkehendakkan lebih suara dua pertiga. Perlembagaan yang menjadi bahagian
pelengkap Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu,1957 (yangnegeri Kelantan menjadi
suatu pihak) tidakberkehendakka supaya diadakan perundingan dengan mana-mana
negeri sebagai suatu syarat yang hendak dipenuhi;
(2) bahawa
perjanjian Malaysia
telah ditandatangani bagi pihak ‘‘Persekutuan Tanah Melayu’’ oleh Perdana
Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan empat orang anggota Jemaah Menteri. Ini
adalah mematuhi Perkara 39 dan Perkara 80 (1) Perlembagaan dan tidak ada pun
dalam Perlembagaan yang berkehendakkan supaya di adakan perundingan dengan
mana-mana Kerajaan Negeri atau dengan Raja mana-mana negeri.
Dalam
masa lebih sedikit dari 24 jam selepas keputusan bersejarah itu dibuat, Negara
Malaysia pun lahir pada September 1963, dan Baginda Queen Great British
melepaskan bidang kuasa baginda di Singapura, Borneo Utara dan Sarawak.
Sebagaimana yang telah dinyatakan, hamper
dua tahun kemudian, iaitu pada 9 Ogos 1965, Singapura berpisah dari Malasia dan
menjadi sebuah Negara republic yang merdeka dalam Komanwel. Dengan. Demikian,
pada hari ini terdapat 13 buah negeri dalam Malaysia .
Komanwel
Sebagaimana
yang telah dinyatakan, Malaysia
ialah sebuah Negara anggota Komanwel. Keanggotaan Komanwel adalah secara
sukarela dan kemasukan menjadi ahli adalah dengan persetujuan anggota-anggota
lain. Setelah diterima menjadi ahli, sesebuah Negara tidak dipaksa untuk terus
kekal berada di dalamnya. Masalnya, Burma meninggalkan Komanwel dalam tahun 1947,
Eire dalam tahun 1949, Afrika Selatan dalam tahun 1961 dan Pakistan dalam tahun
1972. Pada asalnya semua anggota bersatu dengan menumpukan taat setia kepada
Raja British yang menjadi ketua Negara. Bukan sahaja bagi United Kingdom tetapi juga bagi
semua Negara yang menjadi anggota Komanwel. Hal begini tidak lagi sedemikian
semenjak
Tahun
1949 apabila India menjadi sebuah republic
dengan seorang Presiden sebagai ketua
Negaranya
sendiri, tetapi ia tetap kekal dalam Komanwel. Dalam tahun 1957 pula hal sedemikan
berlaku lagi bagi memasukkan Tanah Melayu, iaitu sebuah Negara dengan seorang
Raja yang dipilih sebagai ketua Negaranya. Pada hari ini Baginda Queen British hanya menjadi lambang persatuan bebas
Negara-negara anggota Komanwel, dan dengan itu baginda menjadi Ketua Komanwel
Semua anggotanya adalah bebas dan sama-rata, dan keanggotaan Komanwel tidak
mengikat mana-mana Negara dengan dasar Unted Kingdom atau mana-mana negera
lain, sebagaimana yang terbukti dalam pengundian di-Bangsa- Bangsa Bersatu. Tidak
ada suratan rasmi yang mengawal perhubungan Negara-negara anggota, sungguhpun
terdapat perjanjian dua pihak yang mengaturkan perhubungan ke-Banyakan Negara
tersebut. Beberapa tahun yang lalu sebuah Urussetia Komanwel telah ditubuhkan
di Londan tetapi ia sekadar menjadi sebuah ‘‘ pejabat pos’’ sahaja sahaja.
Komanwel membawa banyak faedah kerana terdapat rundingan Bersama banyak,
perkongsian maklumat, penyelesaian masalah yang dihadapati bersama, dan
perhubungan ikrab antara Negara –negara anggota. Bagi individu pula, faedah
bernilai yang diperolehi daripada menjadi anggota Komanwel ialah tentang
pengiktirafan oleh sesebuah anggota terhadap warganegara sebuah Negara anggota
lain sebagai warganegara Komanwel.
Pelancong-pelancong Malaysia akan ingat tentang bagaimana mereka disambut
dengan mesra oleh pegawai-pegawai imigresen dan kastam di sempadan Negara
Komanwel yang jauh seperti di Kanada dan di Negara-negara lain, semata-mata
kerana kita adalah warganegara Komanwel. Sebelum Akta Imigresen Komanwel diperbuat
undang-undang oleh parlimen British, warganegara Komanwel mempunyai kebebasan
sepenuh untuk masuk dan bermastautin di United kingdom .
BAB
2
KETERTIGGIAN
PERLEMBAGAAN
Di
Malaysia hanya Perlembagaan sahaja yang tertinggi. Pada pakar undang-undang
perlembagaan Inggeris menyebut tentang ketertinggian Parliman, dan
Dicey,seseorang professor ilmu undang-undang yang mayhur, menganggapnya sebagai
suatu ciri yang unggul dalam perlembagaan British dari segi pandangan
undang-undang.
Parlimen British adalah sebenarnya
tertinggi. Tidak ada undang-undang yang ia tidak boleh buat, pinda atua
mansuhkan. Tiada sesiapa pun yang boleh buat mengisytiharkan sesuatu Akta
Parlimen itu sebagai tidak sah. ia tidak boleh membuat undang-undang untuk
menehan permansuhan atau untuk menehan pindaan enakmennya sendiri. Walau
bagaimanapun, dari segi amali terdapat banyak batasan praktis yang penting
mengenai kuasa Parlimen British untuk membuat undang-undang, tetapi tiga
perkara yang telah saya sebutkan itu tetap menjadi asas konsep undang-undang
mengenai ketertiggian Parlimen British pada masa sekarang.
Adakah Parlimen Malaysia yang tertinggi seperti
parlimen British? Tidak. Parlimen Malaysia tidak mempunyai kuasa yang
tidak terhad. Tidak seperti British, Malaysia ialah sebuah persekutuan
yang mempunyai suatu perlembagaan bertulis yang agak tegar. Parlimen kita
memperolehi kuasanya daripada perlembagaan yang membahagikan kuasa perundangan
kepada persekutuan, bagi satu pihak, dan tiap-tiap buah negeri, bagi satu pihak
lagi. Perlembagaan menentukan Kerajaan Persekutuan adalah bertangungjawab dan
Parlimen boleh membuat undang-undang mengenainya, dan apa pula perkara negeri
yang baginya Kerajaan negeri ada lah tangungjawab dan Dewan Undangan Negeri
boleh membuat undang-undang mengenainya.
(Perlembagaan juga menentukan tentang
apakah perkara bersama yang baginya Parlemen atau Dewan Undangan Negeri boleh
membuat undang-undang mengenainya).
Oleh yang demikian Parlimen boleh membuat
undang-undang hanya mengenai perkara yang tertentu seperti hal ehwal luar
negeri, pertahanan, pelajaran dan sebagainya. Dalam bidang ini di mana ia
mempunyai kuasa membuat undang-undang, Parlimen adalah tertinggi dalam
erti-kata bahawa tidak ada undang-undang yang ia tidak boleh buat, pada atau
mansuhkan, dan bahawa tidak ada orang yang boleh mengistiharkan Akta Parlimen sebagai
tidah sah, dan untuk menahan permansuhan atau untuk menahan pimindaan
enakmennya sendiri.
Tetapi di luar perkara persekutuan (dan
perkara bersama) Parlimen tidaklah tertinggi dan jika ia membuat undang-undang,
katakanlah mengenai kerajaan tempatan atau mengelai Hukum Syarak di luar
Wilayah Persekutuan dan kedua-duanya merupakan perkara negeri, undang-undang
tersebut boleh diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah.
Malahan undang-undang persekutuan mengenai
sesuatu perkara persekutuan boleh juga diisytiharkan sebagai tidak sah oleh
mahkamah, jika undang-undang itu bercanggah dengan Persekutuan Malaysia, oleh
kerana Perlembagaan memperuntukkan dengan nyata menurut Perkara 4 (1) bahawa
Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama (tertinggi) persekutuan dan
apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang berlawanan
dengan Perlembagaan adalaha, setakat mana yang berlawanan itu, terbatal.
Jika Parlimen tiada tertinggi dan
undang-undangnya boleh dibatalkan oleh mahkamah, adalah mahkamah pula
tertinggi? Jawabnya ya dan tidak –Mahkamah adalah terrtinggi dalam beberapa hal
tetapi tidak pula dalam hal-hal lain. Mahkamah adalah tertinggi dalam dalam erti-kata bahawa ia mempunyai
hak-sesunggupnya ia mempunyai kewajipan untuk membatalkan Akta yang diperbuat
undang-undang di luar kuasa Parlimen tetapi bercanggah dengan Pelembagaan
Tetapi Mahkamah tidaklah tertinggi mengenai
mana-mana Akta yang diperbuat dalam bidang kuasa Parlimen dan selaras pula dengan
Perlembagaan. Jadi, kewajipan Mahkamah adalah jelas: Ia hendaklah memakai
Undang-undanbg dalam Akta ini tanpa soal, tidak kira apa juga pendapat dan
prasangka persendirian hakim. Jika hakim berasa bebas memasukkan perasaan berat
sebelah serta prasangka peribadi dalam menjalankan kewajipannya, sudah pasti
akan terdapat keadaan yang sungguh membimbangkan.
Di sini saya patut nyatakan bahawa
undang-undang negeri boleh
dibatalkan oleh Mahkamah atas salah satu daripada tiga alas an:
a)
jika undang-undang
itu berada di luar bidang kuasa Dewan Undangan Negeri:
b)
jika undang-undang
itu bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia : atau
c)
jika undang-undang
itu bercanggah dengan undang-undang persekutuan.
Jadi,
siapakah yang tertinggi di Malaysia ?
Di Malaysia tidak ada satu institusi pun
yang tertinggi dan bersamaan dengan Parlimen British. Apa yang tertinggi di Malaysia
ialah Perlembagaan sendiri.
Kuasa perundangan bagi berbagai badan
perundangan di dalam Negara hendaklah dijalankan tertakluk ke[ada
sekatan-sekatan yang dikenakan oileh Perlembagaan. Kuasa kehakiman bagi
Mahkamah hendaklah dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan
oleh perlembagaan. Kuasa Seri Paduka Baginda sebagai ketua bagi ketiga-tiga
cabang Kerajaan (perundangan, kehakiman dan pemerintahan) hendaklah dijalankan
tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
Saya telah pun membincangkan berkenaan
dengan batasan-batasan terhadap kuasa perundangan Parlimen.
British saya sebutkan pula sekarang
berkenaan dengan beberapa batasan terhadap kuasa pemerintah, iaitu Kerajaan.
Manakala kita dengar perkataan ‘‘
Kerajaan’’, kita terfikif Perdana Menteri atau Menteri Besar sebagai Kerajaan.
Sebenarnya Kerajaan, yang berhubung dengan Kerajaan Persekutuan, terdiri dari
Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, Jemaah Menteri yang diketuai oleh
perdana menteri, dan seluruh perkhidmatan awam persekutuan dari
setinggi-tingginya hingga yang serendah-serendahnya, termasuk juga Pasukan
Polis dan Angakatan Tentera. Sebagaimana yang anda dapat gambarkan, Kerajaan
Persekutuan adalah suatu badan yang amat berkuasa-yang mempunyai wibawa untuk
membuat segala macam perkara yang menyetuh setiap warganegara. Akan tetapi,
sungguhpun Kerajaan sungguh berkuasa, ia mesti patuh kepada Perlembagaan, iaitu
undang-undang tertinggi bagi Negara ini, dan juga kepada undang-undang.
Masalnya, Kerajaan tidak boleh membuang
negeri seseorang warganegara atau menehan dia daripada pulang ke Malaysia .
Kerajaan tidak boleh memaksa mana-mana orang supaya menjadi buruh paksa.
Kerajaan tidak boleh memenjarakan mana-mana orang melainkan menurut
undang-undang. Jika Kerajaan menangkap mana-mana orang, ia hendaklah
memberitahu orang yang tangkap itu dengan seberapa segera yang boleh tentang
sebab-sebab yang dia ditangkap, dan Kerajaan hendaklah membawa orang itu ke
hadapan seorang Majisret dalam masa 24 jam dan selepas itu Kerajaan tidak boleh
menehan orang itu selanjutnya melainkan dengan arahan kuasa Majistret, dan
Kerajaan hendaklah membenarkan orang itu berunding, dan dibela oleh peguam yang
dipilih oleh orang itu sendiri. Terdapat banyak perkara dalam Perlembagaan yang
mesti dipatuhi oleh Kerajaan oleh Kerajaan.
Oleh kerana pihak Kerajaan terpaksa
berhati-hati supaya ia tidak melakukan sesuatu yang berlawanan dengan
Perlembagaan, pihak Kerajaan menggaji sekumpulan peguam yang bekerja sepenuh
masa di Jabatan Peguam Negara untuk memberi nasihat kepada Kerajaan. Tetapi,
adakalanya Kerajaan didapati melakukan sesuatu kapada seseorang warganegara
yang menganggap bahawa Kerajaan tidak berhak melakukannya. Jika demikian,
warganegara itu boleh membawa Kerajaan ke hadapan Mahkamah, dan adalah menjadi
kewajipan Mahkamah untuk mempertimbangkan pengaduannya. Tugas Mahkamah bukannya
untuk memihak kepada Kerajaan, atau memihak kepada warganegara itu-tugasnya
ialah semata-mata untuk bertindak dengan saksama dan untuk menggunakan
undang-undang tanpa mempunyai perasaan takut atau pilih kasih, dan memberi
keputusan untuk pihak yang padanya terletak keadilan. Jika Kerajaan sebenarnya
telah melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Perlembagaan, keputusan
hendaklah dibuat dengan sewajarnya.
Jadi, Kerajaan juga adalah tertakluk
kepada ketertiggian Perlembagaan – sama seperti Parlimen kita yang juga
tertakluk keapada ketertinggian Perlembagaan Jelaslah bahawa doktrin abash yang
terpakai di Malaysia bukanlah Parlimen atau mana-mana badan lain yang
tertinggi, tetapi bahawanya Perlembagaanlah yang tertinggi.
BAB
3
YANG
DI-PERTUAN AGONG
Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara Malaysia .
Baginda mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam Malaysia, dan keutamaan
selepas baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong dan selepas baginda
berdua diikuti pula oleh Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong mula
ditubuhkan mengikut Perlembagaan tahun 1957 yang melahirkan kemerdekaan.
Sebelum itu, orang yang paling utama dalam Negara ini ialah Persuruhjaya Tinggi,
dan beliau dilantik oleh Baginda Queen sebagai wakil baginda. Walau
bagaimanapun, Persuruhjaya Tinggi itu bukanlah Ketua Negara.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah unik.
Baginda adalah dipilih tetapi baginda bukanlah seorang Presiden. Baginda ialah
seorang Raja yang bertahkta secara turun-temurun tetapi sebagai Yang di-Pertuan
Agong, baginda menyadang jawatan tersebut hanya selama 5 tahun sahaja.
Baginda boleh dilucutkan dari jawatan
hanya selepas suatu usul dibentangkan dalam Persidangan Majlis Raja-Raja, dan
jika lima orang
Raja mengundi menyokong usul tersebut.
Raja
Berpelembagaan
Yang
di-Pertuan Agong ialah seorang raja berpelembagaan sebagaimana yang dapat kita
saksikan dari sumpah yang baginda lafazkan di hadapan Majlis Raja-Raja dengan
disaksikan oleh Ketua Hakim Negara. Dalam sumpah yang dilafazkan itu baginda
berikrar bahawa baginda ‘‘ dengan sesungguh dan dengan sebenarnya menganku akan
taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan
mengikut undang-undang dan perlembagaannya yang telah disah dan dimasyhurkan
dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini …/dan/ memelihara
agama Islam pada setiap masa dan mendaulatkan undang-undang serta menegakkan
pemerintahan yang adil dan aman di dalam negara’’.
Yang
di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat
Perlembagaan
telah membahagikan kuasa kerajaan kepada tiga jenis yang bersaingan-
(1)
kuasa pemerintah
yang terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong;
(2)
kuasa perundangan
yang terletak hak pada Parlimen; dan
(3)
kuasa kehakiman yang
terletak hak pada badan kehakiman.
Kuasa
pemerintahan bagi Malaysia boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau
Jemaah Menteri (Kabinet) atau oleh mana-mana menteri, yang diberi kuasa oleh
Jemaah Menteri, dan boleh dijalankan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan
perlembagaan dan undang-undamg.
Dalam menjalankan kuasa pemerintah serta
juga segala tugas baginda di bawah pelembagaan dan undang-undang persekutuan,
Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Jemaan Menteri atau nasihat
seorang Menteri (biasanya Perdana Menteri) yang bertindak di bawah kuasa am
Jemaah Menteri kucuali sebagaimana yang diperuntukkan sebaliknyan oleh
pelembagaan. Baginda adalah berhak, atas permintaan baginda, untuk mendapatkan
apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh
Jemaah Menteri.
Kuasa
Budi Bicara
Baginda
boleh bertindak mengikut budi bicara baginda sendiri, sebagaimana yang baginda
fikir layak, bagi menjalankan tugas-tugas berikut-
(a)
melantik Perdana
Menteri;
(b)
tidak memperkenankan
permintaan supaya Parlimen dibubarkan;
(c)
meminta supaya
diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja semata-mata mengenai keistimewaan,
kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan
mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu; dan
(d)
tugas-tugas lain
yang dinyakan dalam pelembagaan.
Dalam buku ini, bila sahaja disebut bawaha
Yang di-Pertuan Agong boleh
melakukan
sesuatu, ini bermana bahawa baginda boleh melakukannya hanya mengikut nasihat
Jemaah Menteri atau Perdana Menteri melainkan jika dinyatakan sebaliknya.
Tertakluk kepada perlembagaan, Parlimen boleh membuat undang-undang yang
menghendaki supaya Yang di-Pertuan Agong bertindak selepas berunding dengan
atau atau syor mana-mana orang atau kumpulan orang selain dari pada Jemaah
Menteri.
Walau bagaimanapun, dalam menjalankan
tugas melantik seorang Perdana Menteri, baginda tidak mempunyai kebebesan
sepenuhnya. Perlembagaan menghendaki supaya baginda melantik seorang ahli Dewan
Rakyat, tetapi bukan mana-mana ahli sahaja. Ahli yang dimaksudkan itu mestilah
seorang yang pada pendapat baginda mungkin boleh mendapat kepercayaan daripda
sebahagian besar ahli-ahli Dewan Rakyat. Ini bermakna bahawa ahli tersebut
ialah seorang pemimpin parti yang mempunyai lebih suara dalam Parlimen.
Ahli-ahli Jemaah Menteri yang lain juga
dilantik oleh baginda mengikut nasihat Perdana Menteri.
Pemerintah
Tinggi Angkatan Tentera
Yang
di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan. Walau
bagaimanapun, ini tidaklah bermakna bahawa baginda boleh memerintah angkatan
tentera dengan melakukan sekehendak hati baginda. Majlis Angkatan Tentera yang
ditubuhkan mengikut kuatkuasa Perkara 137 adalah bertanggungjawab di bawah
kuasa am Yang di-Pertuan Agong untuk memerintah, menjaga tatatertib, mentadbir
dan menguruskan semua perkara lain yang berhubung dengan angkatan tentera,
selain daripada perkara yang bersangkutan dengan menggunakan angkatan tentera
bagi madsud operasi.
Kuasa mengampun
Baginda
mempunyai kuasa untuk memberi ampun, reprieve dan respite berhubung dengan
kesalahan-kesalahan yang telah dibicarakan dalam mahkamah tentera, berhubung
dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan, dan
berhubung dengan hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka,
Pulau Pinang, sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Walau bagaimanapun,
baginda tidak mempunyai kuasa sedemikian berhubung dengan kesalahan-kesalahan
dan hukuman-hukuman lain; kuasa ini terletak pada Raja atau Yang Diprtua Negeri
bagi negeri di mana kesalahan itu telah dilakukan.
Jika sekiranya diragukan tentang sama ada
suatu kesalahan itu telah dilakukan di Wilayah Persekutuan atau di sesuatu
Negeri, adalah disifatkan bahawa kesalahan itu telah dilakukan dalam wilayah di
mana ia dibicarakan.
Terdapat sebuah lembaga Pergampunan bagi
menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pelaksanaan kuasa mengampunan, dan
sebagainya, berhubung dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah
Persekutuan. Ahli-ahlinya terdiri dari Peguam Negara (yang boleh mewakilkan
tugasnya kepada mana-mana orang lain), Menteri yang bertanggungjawab bagi
Wilayah Persekutuan dan tidak lebih dari tiga orang ahli lain yang dilantik
oleh Seri Paduka Baginda bagi suatu tempoh selama tiga tahun. Jika seseorang
ahli tidak hadir atau tidak dapat bertindak, Seri Paduka Baginda boleh melantik
seorang penganti sementara. Walau bagaimanapun, seorang ahli Dewan Undangan
Negeri atau seorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik.
Jemaah Pengampunan bermesuarat di hadapan
Seri Paduka Baginda yang juga menjadi pengurusi; dan sebelum memberi nasihat
mereka, ahli-ahlinya mesti menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang telah
diberikan oleh peguam Negara.
Undang-undang Persekutuan boleh
memperuntukan bahawa seri Paduka Baginda hendaklah meminta fikiran mana-mana
orang atau kumpulan orang selain daripada Jemaah Menteri sebelum menjalankan
kuasa baginda bagi mengampun, dan sebagainya, mengenai kesalahan-kesalahan yang
telah dibicarakan oleh mahkamah tentera atau kesalahan yang telah dilakukan
dalam Wilayan Persekutuan atau mengenai hukuman yang dikenakan oleh Makamah
Syariah negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang.
Tugas-tugas
lain
Sungguhpun
Islam ialah agama Persekutuan, namun baginda menjadi ketua Islam hanya di
negeri baginda, di Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak .
Yang di-Pertuan Agong adalah
bertanggungjawab bagi memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan
bumiputera di Sabah dan Sarawak serta
kepintingan sah kaum-kaum lain.
Imuniti
di sisi undang-undang
Fasal
(1) Perkara (32) memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh
didadwa dalam apa-apa juga pembicaraan di mana-mana mahkamah, tetapi Mahkamah
Tinggi, Borneo , telah memutuskan dalam kes
Stephen Kalong Ningkan lwn. Tuna Abang Haji Openg dan Tawi Sli (No.2) bahawa
ini bermakna Seri Paduda Baginda tidak boleh didakwa dalam mana-mana
pembicaraan hanya atas sifat peribadi baginda dan bahawa baginda boleh didakwa
atas sifat rasmi baginda. Dengan ini rakyat yang terkilan dengan tindakan rasmi
Seri Paduka Baginda boleh mendakwa Kerajaan Persekutuan sebagai defendan.
Misalnya, terdapat perselisihan pendapat antara Kerajaan Persekutuan dengan
Ketua Menteri Sarawak, Dato’ Stephen Kalong Ningkan. Dengan bertindak mengikut
sihat Jemaah Menteri, Seri Paduka Baginda telah mengisytiharkan keadaan darurat
pada 14 September 1966, dan lima hari kemudian Parlimen Persekutuan telah
meluluskan Akta Darurat (Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan
Sarawak)1966, yang kuatkuasanya, secara ringkas, ialah untuk membolehkan Yang
Dipertua Negeri Sarawak memangil Majlis Negeri Sarawak supaya bersidang; ia
menggatungkan perintah tetap dan mengeluarkan arahan yang mengikat Yang
di-Pertua majlis sarawak. Berikutan dengan itu Yang di-Pertua Negeri telah
memanggil Majlis bersidang dan Majlis itu telah meluluskan undi tidak percaya
terhadap Ketua Menteri, dan Ketua Menteri telah dipecat oleh Yang dipertua
Negeri pada hari berikutnya. Datuk Ningkan mengadu bahawa perisytiharan darurat
oleh Yang Seri Paduka Baginda adalah batal dan tidak sah dan mengemukakan
aduannya kepada mahkamah: dia menamakan Kerajaan Malaysia sebagai defendan. Pada
akhirnya, aduannya itu telah ditolak oleh Privy Council. Peguam pihak Kerajaan
mengemukakan dalam Mahkamah Tinggi bahawa oleh kerana kuasa mengistiharkan
darurat adalah terletak hak pada Seri Paduka Baginda dan oleh kerana menurut
Perkara 32 (1) Seri Paduka Baginda tidak boleh didakwa dalam apa-apa juga
pembicaraan di mana-mana mahkamah, tindakan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh
dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah. Hakim Besar, Borneo, telah menolak hujah
ini, dan memutuskan bahawa Perkara 32 hanya melindung Seri Paduka Baginda
secara peribadi daripada pembicaraan dalam sesuatu mahkamah tetapi tidak boleh
diertikan sebagi melindung Kerajaaan Persekutuan daripada tindakan dalam
mahkamah mengenai perbuatan atau tindakannya yang dilakukan atas nama Yang
di-Pertuan Agong, dan bahawa apabila Yang di-Pertuan bertindak atas nasihat
cabinet, tindakan baginda mestilah disifatkan sebagai tindakan Kerajaan
Persekutuan.
Perlu dinyatakan juga bahawa perlembagaan
hanya memperuntukan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dikenakan apa-apa
pembicaraan dalam mana-mana mahkamah (iaitu baginda tidak boleh didakwa) :
tetapi perlembagaan tidak pula memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong
tidak boleh dikenakan pembicaraan sama sekali. Oleh bolehlah dihujahkan bahawa
undang-undang masih menganggap bahawa baginda boleh dibicarakan,terutamanya
memandangkan hakikat bahawa dalam sumpah jawatan, dan baginda sentiasa
mendaulatkan undang-undang dan menegakan keadilan dan ketenraman di dalam
Negara. Hal ini akan menjadi penting dari segi amalinya dan patut secara
sukarela diserahkan kepada bidang kuasa mahkamah(sama ada baginda sendiri yang
mendakwa atau memperkenan supaya diri baginda didakwa) keran, tidak syak lagi,
baginda berhak berbuat demikian. Jika hal ini berlaku, mahkamah boleh
mengenakan apa-apa perintah yang sah di sisi undang-undang yang mengikat
baginda.
Walau bagaimanapun, perlembagaan tidak
memberi imuniti di sis undang-undang kepada Raja Permaisuri Agong, iaitu
permaisuri baginda. Begitu juga halnya dengan Timbalan Yang di-Pertuan Agong;
tetapi oleh kerana Timbalan di-Pertuan Agong juga menjadi Raja di negeri
baginda, maka atas sifat inilah baginda menimati imuniti di sisi undang-undang,
iaitu mengikut sifat peribadi baginda.
Perkara-perkara
yang tidak boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong
Apabila
dilantik menjadi Yang di-Pertaun Agong, baginda tidak boleh membuat beberapa
perkara:
Baginda tidak boleh menjalankan apa-apa
kuasa sebagai Raja di negeri baginda kecuali-
(a) kuasa
sebagai ketua agama Islam;
(b) kuasa
meminda perlembgaah negeri;
(c) kuasa
melantik seorang Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja sebagai ganti
seorang pemangku Raja atau ahli yang meninggal dunia atau tidak berupaya oleh
kerana apa-apa sebab bagi ahli Jemaah Pemangku Raja. (Kuasa ini telah di tambah
oleh Ordinan No. 42 tahun 1958, iaitu pindaan pertama yang dibuat kepada
perlembagaan, apabila Yang di-Pertuan Agong pertama mendapati bahawa baginda
tidak mempunyai kuasa untuk menggantikan Pemangku Raja Negeri Sembilan yang
dilantik oleh baginda sebelum memagang jawatan Yang di- Pertuan Agong).
Baginda tidak boleh memegang apa-apa
jawatan memberi apa-apa saraan.
Baginda
tidak boleh mengambil bahagian secara aktif dalam apa-apa perusahaan
perniagaan.
Baginda tidak boleh menerima apa-apa juga
emolumen sebagai Raja di bawah perlembagaan atau undang-undang negeri baginda.
Baginda tidak boleh, tanpa persetujuan
Majlis Raja-Raja,
Meninggalkan
Persekutuan selama lebih daripada 15 hari kecuali atas lawatan rasmi kesebuah
Negara lain.
Timbalah
baginda juga tidak boleh membuat perkara-perkara yang sama jika baginda
menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong melebihi 15 hari.
Permilihan
Yang di-Pertuan Agong
Baginda
dipilih mengikut kaedah-kaedah dan cara yang ditentukan dalam jadual ketiga
perlembagaan Ada
beberapa cirri luar biasa mengenai kaedah-kaedah pemilihan Yang di-Pertuan
Agong. Pertama, hanay Raja-Raja sahaja yang boleh bertading. Kedua, hanya
Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi. Ketiga, biasanya Raja yang paling kanan
sepatutnya dipilih. Dan keempat, Raja sesebuah negeri tidak boleh di pilih
untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali, sehinggalah Raja
tiap-tiap negeri ( Yang menerima dan layak) telah berpeluang menjadi Yang
Di-Pertuan Agong.
Apabila Majlis Raja-Raja bersidang untuk
memilih Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak
menghadiri persidangan itu walaupun mereka menjadi ahlinya; hanya Raja-Raja
serta Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang hadir. Seorang Raja boleh melantik
seorang Raja lain sebagai proksinya.
Perlembagaan memperuntukkan bahawa
seseorang Raja adalah layak dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong
melainkan jika-
(a)
baginda belum cukup
umur;
(b)
baginda telah
memberitahu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa baginda tidak mahu
dipilih; atau
(c)
Majlis Raja-Raja
mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa baginda adalah tidak sesuai
disebabkan oleh kelemahan akal atau atas sebab-sebab lagi, untuk menjalankan
tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong Ketetapan ini berkehendakkan undi
sekurang-kurangnya dari lima orang ahli.
Sebelum diadakan sesuatu pemilihan, Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja memutus
kepada
tiap-tiap seorang Raja, bertanyakan jik baginda hendak bertading. Raja yang
tidak mahu dipilih akan memberikan kepada Penyimpan Mohor Besar, dan dengan itu
negeri baginda akan berada di penghujung senarai pemilihan. Semasa pemilihan,
Penyimpan Mohor Besar akan memberi kepada tiap-tiap seorang Raja sekeping
kertas undi yang meminta supaya dinyatakan sama ada pada pendapatnya Raja yang
paling kanan (danhendak bertanding) layak menjadi Yang di-Pertuan Agong. Jika
sekurang-kurangnya lima orang ahli mengundi yang
baginda tidak menerimanya, jawatan itu akan ditawarkan kepada Raja yang
negerinya berada selepas daripada negeri Raja pertama sepserti yang terdapat
dalam senarai pemilihan ( dan baginda diistiharkan sebagai layak oleh sekurang-kurangnya lima undi) dan demikianlah
seterusnya sehingga seorang Raja menerima jawatan itu.
Apabila seorang Raja yang ditawarkan
jawatan Yang di-Pertuan Agong menerima
jawatan tersebut, Majlis Raja-Raja akan mengistiharkan baginda telah dipilih
dan , Penyimpanan Mohor Besar pun memberitahu keputusan itu secara
bertulis kepada kedua-dua Majlis
Parlimen dan juga kepada Perdana menteri.
Bagi maksud pemilihan yang kemudiannya,
senarai itu diubah seperti berikut :
Pemilihan
yang pertama dalam tahun
A)
Selepas tiap-tiap
satu pemilihan, mana-mana negeri dalam senarai yang mendahului negeri yang
Rajanya telah dipilih akan xipindahkan ke hujung senarai itu, dan negeri yang
rajanya telah ditinggalkan:
B)
Apabila terdapat
pertukaran Raja bagi sesebuah negeri yang pada masa itu berada dalam senarai,
negeri itu dipindahkan ke hujung senarai.
Kaedah-kaedah ini lebih mudah difahami
jika kita kaji apa yang sebenarnya berlaku,
Bagi
pemilihan yang pertama yang telah diadakan dalam tahun 1957, senarai
pemilihanmengandungi negeri-negeri semua Raja mengikut susunan keutamaan di
kalangan baginda masing-masing sebagaimana yang diiktiraf oleh baginda semua
pada masa itu (iaitu mengikut tarikh Raja-Raja itu naik takhta kerajaaan, dan
ia adalah seperti dalam ruangan Jadual
A. Kita panggil senarai ini sebagai senarai pertama . Dalam senarai ini
dapatlah dilihat bahawa negeri Johor dan Pahang terletakdi bahagian sebelah
atas dan seharusnya salah seorang daripada Rajanya dipilih: tetapi sebaliknya
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, yang terletak pada tempat ketiga dalam senarai itu, telah dipilih menjadi Yang
di-Pertuan Agong. Mungkin Sultan Johor dan juga Sultan Pahang telah menarik diri.
Kita tidak akan mengetahui sebab-sebab
yang sebenbar kerana perjalanan persidangan dirahsiakan. Hanya Raja-Raja dan
Penyimpan Mohor Besar sahaja yang hadir dan kertas-kertas undi dimusnahkan oleh
Penyimpan Mohor Besar sebaik sahaja selepas pemilihan itu dijalankan di hadapan
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
(Juga mustahil hendak mengetahui bagaimana tiap-tiap seorang Raja itu mengundi
kerana kertas-kertas undi yang digunakan
itu tidak bernombor dan ditanda dengan pena serta dakwat yang sama .
Kertas-kertas undi itu dikura oleh Raja yang paling baru naik takhta bersama
dengan Pemegang Mohor Besar).
Selepas pemilihan Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan menjadi Yang di-Pertuan Agong
yang pertama,msenarai yang pertama itu pun diubah menjadi sebagaiman
dalam ruang
Jadual A. Dari jadual ini dapalah dilihat
bahawa negeri Johor dan negeri Pahang telah dipindahkan ke hujung senarai itu,
manakala Negeri Sembilan pula dikeluarkan dari senarai. Negeri Sembilan
dimasukkan ke dalam senarai yang lain (kita panggilnya sebagai senarai yang
kedua), sebagaimana yang terdapat dalam ruangan
Jadual B, lihat muka surat
.
Sultan Kedah mangkat dan telah digantikan
oleh putera baginda (Yang di-Pertuan Agong yang kelima) pada Julai 1958. Sultan Johor mangkat dan telah
digantikan oleh Putera baginda pada 8 Mei 1959. Oleh yang demikian, Sultan
Kedah dan Sultan Johor -masukkan ke bahagian bawah senarai yang pertama,
sebagaiman yang terdapat dalamruangan 3 Jadual A.
Pemilihan
yang kedua dalam tahun 1960
Yang
di-Pertuan Agong yang pertama telah mangkat pada 1 April 1960 dan senarai
pemilihan yang telah digunakan untuk memilih pengganti baginda terdapat dalam
ruangan 3 Jadual A. Tiada siapa pun di antara Raja-Raja itu yang menarik diri
atau hilang kelayakankan, dan jawatan itu telah ditawarkan kepada Sultan
Selangor yang telah menerimanya. Baginda memegang jawatan pada 14 April 1960 . Siapa itu
negeri Selangor telah digugurkan daripada senarai pertama dan ia ditempatkan
dalam ruangan 4 Jadual A, dan negeri Selangor juga ditempatkan di bawah Negeri
Sembilan dalam senarai kedua Raja-Raja yang telah menjadi Yang di-Pertuan Agong
seperti dalam ruangan 2 Jadual B.
Sultan Kelantan mangkat dan digantikan
oleh putera baginda pada 10 Julai 1960. Dengan itu negeri Kelantan dipindahkan
ke hujung senarai pertama seperti yang terdapat dalam ruangan 5 Jadual A.
Permilihan
yang ketiga dalam tahun 1960
Yang
di-Pertuan Agong yang kedua mangkat pada 1 September 1960 dan senarai pemilihan
yang telah digunakan untuk memilih pengganti baginda terdapat dalam ruangan 3
Jadual A. Tiada siapa pun di antara Raja-Raja itu yang menarik diri atau hilang
kelayakannya. Dan jawatan itu telah ditawarkan kepada Sultan Selangor yang telah menerimanya. Baginda memegang jawatan
pada 14 April 1960 .
Selepas itu negeri Selangor telah digugurkan daripada senarai pertama dan ia
ditempatkan dalam ruangan 4 Jadual A, dan negeri Selangor juga ditempatkan di
bawah Negeri Sembilan dalam senarai kedua Raja-Raja yang telah menjadi Yang di-
Pertuan Agong seperti dalam ruangan 2 Jadual B.
Sultan Kelantan mangkat dan digantikan
oleh putera baginda pada 10 Julai 1960. Dengan itu negeri Kelantan dipindahkan
ke hujung senarai pertama seperti yang terdapat dalam ruangan 5 Jadual A.
Pemilihan
yang ketiga dalam tahun 1960
Yang
di-Pertuan Agong yang kedua mangkat pada 1 September 1960 , dan senarai dalam 5 Jadual A telah
digunakan bagi memilih penggantinya. Tiada pun di antara Raja-Raja itu yang
menarik diri atau hilang kelayakannya, dan jawatan itu telah ditawarkan kepada
Raja yang palingkanan, iaitu Raja Perlis, dan baginda telah menerimanya.Baginda
memegang jawatan pada 21
September 1960 . Senarai pemilihan seterusnya telah diubah dengan
memggugurkan negeri Perlis daripadanya. Dan menempatkan negeri Perlis di bawah
negeri Selangor dalam senarai yang kedua sebagaimana yang terdapat dalam
ruangan 3 Jadual B. Selepas itu senarai pemilihan menjadi sebagaimana dalam
ruangan 6 Jadual A.
Pemilihan
yang keempat dalam tahun 1965
Yang
di-Pertuan Agong yang ketiga telah menamatkan tempoh jawatan baginda selama lima tahun pada 20 September 1965 . Seranai
pemilihan yang digunakan untuk memilih
pengganti
baginda terdapat dalam ruangan 7 Jadual A. Tiada siapa pun di antara Raja-Raja
yang menarik diri atau hilang kelayakannya, dan jawatan itu telah ditawarkan
kepada Sultan Terengganu yang menerimanya mukai 21 September 1965 . Negeri Terengganu kemudian
dipindahkan ke senarai yang kedua di bawah negeri Perlis sebagaimana yang
terdapat dalam ruangan 4 Jadual B. Sultan Pahang telah menolak jawatan Timbalan
Yang di-Pertuan Agong, dan jawatan itu kemudiannya ditawarkan kepada Sultan
Kedah yang telah menerimanya. Senarai untuk pemilihan yang kemudian adalah
sebagaimana dalam ruangan 8 Jadual A.
Pemilihan
yang kalima dalam tahun 1970
Yang
di-Pertuan Agong yang keempat telah menamatkan tempoh jawatan baginda selama lima tahun pada 20 September 1970 . Senarai
pemilihan yang telah digunakan untuk memilih pengganti baginda adalah
sebagaimana dalam ruangan 8 Jadual A. Dapat diperhatikan bahawa Sultan Pahang
adalah Raja yang paling kanan, tetapi baginda telah enggan bertanding dan
Majlis Raja-Raja telah menawarkan jawatan tersebut kepada Sultan Kedah dan bagindamenerimanya, dan dengan yang
demikian menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima. Selepas pemilihan itu, negeri
Pahang dimasukkan ke bahagian di sebelah bawah senarai yang pertama sebagaimana
dalam ruangan 9 Jadual A.dan negeri Kedah pula dimasukkan ke bahagian di
sebelah bawah senarai yang kedua yang sekarang terdapat sebagaimana Dalam
ruangan 5 Jadual B.
Al-Marhum Sultan Pahang mangkat pada 5
Mei 1964, tetapi kemangkatan baginda
tidak menyebabkan perubahan dalam ruangan 9 Jadual A kerana negeri Pahang telah
pun berada di bahagian sebelah bawah senarai itu.
Pemilihan
yang keenam dalam tahun 1975
Yang
di-Pertuan Agong yang kelima telah menamatkan tempoh jawatan baginda selama
lima
tahun pada 20 September 1975, dan senarai pemilihan yang digunakan untuk
memilih pengganti baginda adalah sebagaimana yang terdapat dalam ruangan 9
Jadual A, iaitu seperti berikut : Johor, Kelantan, Perak, dan Pahang. Raja yang
paling kanan, iaitu Sultan Johor, telah menarik diri kerana memikirkan yang
baginda sudah lanjut usia. Oleh kerana Sultan Kelantan telah diisytiharkan
sebagai layak, jawatan itu telah ditawarkan kepada baginda dan baginda telah
menerimanya. Raja yang paling kanan selepasnya, iaitu Sultan Perak, telah
menolak jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, dan jawatan itu kemudiannya
ditawarkan kepada Sultan Pahang yang telah menerimanya. Bagindalah yang menjadi
Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Selepas
pemilihan yang keenam, senarai yang kedua telah diubah sebagaimana yang telah
terdapat dalam ruangan 6 Jadual B di mana Kelantan dimasukan di sebelah bawah
senarai itu, dan senarai untuk pemilihan Yang di-Pertuan Agong seterusnya
diubah sebagaimana yang terdapat dalam ruangan 10 Jadual A. Dapatlah dilihat
bahawa senarai itu mengandungi hanya tiga buah negeri ; iaitu Perak, Pahang dan
Johor mengikut susunan sedemikian. Kecuali jika Raja-Raja dari ketiga-tiga buah
negeri ini tidak layak untuk dipilih atau enggan menerima jawatan, Raja-Raja
bagi mana-mana negeri lain tidak boleh dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Apabila
tidak ada lagi negeri dalam senarai yang pertama dalam Jadual A sebagaimana
yang telah diubah di atas, atau jika dalam pemilihan tidak ada seorang Raja
dari mana-mana negeri pun dalam senarai itu yang layak dipilih atau yang mahu
menerima jawatan, senarai itu akan disusun semula menjadi suatu senarai baru.
Inilah senarai yang kedua dan sekali lagi mengandungi semua negeri yang
mempunyai Raja, tetapi menurut susunan negeri-negeri yang Rajanya telah
memegang jawatan Yang diPertuan Agong dan menurut susunan yang Rajanya memegang
jawatan tersebut, dan negeri-negeri lain (jika ada ) selepas negeri-negeri yang
Rajanya menjadi Yang di-Pertuan Agong, iaitu menurut susunan dalam senarai yang
pertama dalam jadual A sebelum ia disusun semula. Tujuannya ialah supaya tidak
ada Raja bagi mana-mana negeri yang menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua
kali sehingga Raja bagi tiap-tiap negeri telah diberi peluang untuk menjadi
Yang di-Pertuan Agong.
Senarai yang disusun semula itu
adalah seperti yang diberikan dalam jadual B. Patut diperhatikan bahawa pada 14
April 1967, Yang Dipertuan Besar, Negeri Sembilan telah mangkat dan telah
digantikan oleh adinda Baginda. Perlembagaan tidak menghendaki supaya Negeri
Sembilan dimasukkan kebahagian sebelah bawah senarai dalam Jadual B ruangan 4;
negeri itu kekal pada tempatnya di bahagian sebelah atas senarai itu.
Selepas
tiap-tiap satu pemilihan yang diadakan menurut senarai yang kedua sebagaimana
yang terdapat dalam Jadual B, senarai itu akan diubah seperti berikut:
(a)
mana-mana negeri dalam senarai itu yang mendahului negeri yang
Rajanya
telah dipilih akan dipindahkan
(mengikut susunan negeri-negeri itu pada masa
itu dalam senarai) kehujung
senarai itu;
dan
(b)
negeri yang Rajanya telah dipilih akan diletak kemudian sekali.
Timbalan
Yang di-Pertuan Agong
Majlis
Raja-Raja menawarkan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang
layak untuk dipilih, dan apabila mangkat Yang di-Pertuan Agong yang akhir
sekali dipilih, Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menjadi Raja yang pertama
berhak ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong. Jika baginda tidak
menerimanya, jawatan itu ditawarkan pula kepada raja yang paling kanan
selepasnya dan demikianlah seterusnya sehingga seorang Raja menerima jawatan
itu. Seorang Raja yang menolak tawaran jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
tetap kekal berada pada tempat kedudukan baginda dalam senarai pemilihan.
Seseorang Raja yang menjadi Timbalan
Yang di-Pertuan Agong tidak mengambil keutamaan selepas sahaja Raja Raja
Permaisuri Agong. Baginda mengambil keutamaan hanya sebagai seorang Raja, dan
dengan demikian boleh ditempatkan dalam majlis istiadat persekutuan di sebelah
bawah seseorang Raja yang lebih kanan daripada baginda.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong tetap
menjadi Raja di negeri baginda dan bersemayam di negeri baginda juga. Baginda
menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong dan mempunyai keistimewaan Yang
di-Pertuan Agong pada masa berlaku kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan
pada bila-bila masa Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan
tugas-tugas jawatan baginda disebabkan oleh kegeringan, tidak ada dalam
persekutuan (yang dijangka tidak kurang dari lima belas hari) atau oleh kerana
apa-apa sebab lain.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih
oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima
tahun, atau jika dipilih menjadi Timbalan bagi tempoh jawatan Yang di-Pertuan
Agong dipilih, selama baki tempoh jawatan itu. Jika dalam masa tempoh jawatan
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, jawatan Yang di-Pertuan Agong menjadi kosong,
Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak secara automatik menjadi Yang di-Pertuan
Agong. Tetapi baginda terus juga menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong
sehingga jawatan Yang di-PERTUAN Agong itu dipenuhi; selepas itu baginda
berhenti menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong kecuali jika baginda dilantik
semula. Jika tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong terpaksa dijalankan oleh
Timbalan Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak dapat dijalankan sedemikian oleh
kerana kekosongan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau disebabkan oleh
kegeringan baginda atau baginda tidak ada dalam Persekutuan, atau oleh kerana
apa-apa sebab lain, di bawah Ordinan Yang di-Pertuan Agong (menjalankan
tugas-tugas) 1957 , tugas itu hendaklah dijalankan oleh Raja yang paling kanan
selepas baginda mengikut senarai pemilihan, dan baginda hendaklah berupaya dan
mahu menerimanya.
BAB 3 - PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perkembangan Perlembagaan Malaysia
|
|
|
|||||
|
Jenis Perlembagaan Malaysia
- Perlembagaan Persekutuan
-
merupakan
sumber utama undang-undang bertulis di Malaysia
-
oleh sebab
itu, semua undang-undang yang dibuat bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan adalah tidah sah dan dibatalkan oleh parlimen
-
terdiri
daripada 183 Perkara dan dibahagikan kepada 15 Bahagian
- Perlembagaan Negeri
-
perkara
yang terkandung dalam perlembagaan negeri
Kandungan
|
Keterangan
|
Pemerintahan
|
-
kedudukan,
perlantikan dan kuasa Raja/ Yang di-Pertuan Agong/ Menteri Besar/ Ketua
Menteri
-
Menteri
Besar mesti seorang islam
-
Fungsi
dan kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri/ DUN
|
Pentadbiran Awam
|
- setiap negeri mempunyai autonomi dalam
pentadbiran awam/ pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awm Negeri.
|
Agama Islam
|
- Agama negeri untuk negeri beraja ialah agama
Islam. Raja merupakan ketua agama negeri, Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua
agama bagi negeri tiada beraja.
|
Pindaan Perlembagaan
|
-
Sebarang
pindaan am memerlukan sokongan dua pertiga ahli dewan dan persetujuan Raja/
Yang di-Pertuan Agong.
-
Perkara
yang tidak boleh dipinda oleh DUN ialah warisan takhta kerajaan/ kedudukan
pembesar istana/ para pembesar adapt istiadat Melayu/ cara perlantikan dan
sifat waris takhta, permaisuri dan pemangku raja/ pemecatan, penarikan diri,
penurunan takhta raja/ pengurniaan atau perlucutan pangkat, gelaran dan
bintang kebesaran.
|
Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia
- kewarganegaraan
- hak asasi
- sistem
pemerintahan
1.
Kewarganegaran
(Bahagian 3, Perkara 14 – 22)
Kuat kuasa undang-undang
|
Pendaftaran
|
Masukan/ Naturalisasi/ Permohonan
|
Pencantuman wilayah
|
a.
Setiap
orang yang dilahirkan sebelum Hari
b.
Seseorang
yang lahir pada atau selepas Hari
|
a.
Isteri
dan anak warganegara
-
Bermastautin
di Persekutuan selama 2 tahun sebelum permohonan dan berniat untuk terus
bermastautin di Persekutuan
-
Berkelakuan
baik
a.
Seseorang
yang berumur kurang daripada 21 tahun
-
jika
seorang daripada ibu bapa ialah warganegara
-
dilahirkan
sebelum Oktober 1962
a.
Seseorang
yang berumur 18 tahun atau lebih, lahir di Persekutuan sebelum Hari Merdeka
-
membuktikan
permastautinan di Persekutuan selama 5 daripada 7 tahun sebelum permohonan
-
berniat
menjadi pemastautin tetap Persekutuan
-
pengetahuan
tentang Bahasa Melayu yang mudah
-
berkelakuan
baik
a.
Seseorang
yang berumur 18 tahun, bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari
-
bermastautin
di Persekutuan sebelum Hari
-
Selepas
Hari
|
Warganegara asing berumur 21 tahun ke atas
-
seseorang
telah bermastautin 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan
-
berniat
menjadi pemastautin tetap Persekutuan
-
berkelakuan
baik
-
pengetahuan
Bahasa Melayu
|
Pergabungan wilayah dengan tempat dia bermastautin
-
warganegara
Singapura
-
warganegara
-
Warganegara
Sarawak
|
Kehilangan kewarganegaraan (Perkara 23 – 28)
Penolakan
|
Pelucutan (Perkara 24)
|
Prosedur perlucutan
|
-
seseorang
warganegara yang berumur 21 tahun ke atas menjadi warganegara lain
-
menolak
kewarganegaan dengan akuan yang didaftar oleh kerajaan Persekutuan
|
-
memperolehi
kewarganegaraan lain
-
bermastautin
di Negara asing lebih daripada 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar diri
di Pejabat Konsul Persekutuan
-
tidak
setia terhadap Negara melalui percakapan dan tindakannya
-
menderhaka
terhadap kerajaan semasa peperangan dengan berniaga atau berhubung atau
menjalankan urusan dengan musuh Negara
-
dihukum
penjara lebih daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM5000
tanpa pengampunan bagi kesalahannya dalam tempoh 5 tahun
-
berkhidmat
di bawah kerajaan Negara asing
-
memperoleh
kewarganegaraan secara tipu atau palsu
|
-
notis
bertulis berserta alas an harus diberi kepada orang yang dikenakan perintah
perlucutan
-
orang
berkenaan merujuk kesnya kepada satu jawatankuasa siasatan
-
kerajaan
membuat keputusan berdasarkan laporan jawatankuasa berkenaan
|
2.
Hak
Asasi (Bahagian 2 – Perkara 5 hingga Perkara 13)
Perkara
|
Peruntukan
|
Huraian
|
5
|
Kebebasan diri dan nyawa (kecuali menurut undang-undang)
|
-
seseorang
itu harus diberitahu sebab dia ditangkap
-
seseorang
boleh berunding oleh dibela oleh peguamnya
-
seseorang
harus dihadapkan di mahkamah dalam tempoh 24 jam selepas ditangkap
|
6
|
Pengabdian dan kerja paksa (kecuali kerahan tenaga)
|
- dilarang bekerja secara paksa kecuali hukuman penjara
|
7
|
Perlindungan dpd undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan
dan perbicaraan berulang-ulang
|
-
seseorang
hanya dihukum atas perbuatan yang dianggap salah disisi undang-undang
-
seseorang
yang dibebaskan dpd sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa semula atas
kesalahan yang sama kecuali mendapat perintah Mahkamah Tinggi
|
8
|
Kesamarataan di sisi undang-undang (kecuali kelainan yang ditetapkan
oleh Perlembagaan)
|
-
hak
perlindungan sama rata dari segi undang-undang
-
tidak
boleh membeza-bezakan kerana berlainan agama, kaum, keturunan, kedudukan
politik dll
|
9
|
Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan
|
-
kecuali
dikenakan sekatan undang-undang
|
10
|
Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan
|
-
kecuali
dikenakan sekatan Parlimen
|
11
|
Kebebasan menganut agama
|
-
namun,
undang-undang negeri boleh menyekat perkembangan iktikad atau kepercayaan
antara penganut agama islam
|
12
|
Kebebasan dalam pendidikan
|
-
hak yang
sama dalam mendapat pendidikan
|
13
|
Hak terhadap harta
|
-
tidak
boleh mengambil harta tanpa pampas an
-
tidak
boleh lucut harta kecuali menurut undang-undang
|
3.
Sistem
Pemerintahan Malaysia
Sistem pemerintahan di Malaysia berlandaskan kepada
perkara berikut:
a. Raja Berpelembagaan
-
menurut perlembagaan Persekutuan kuasa pemerintahan terletak di tangan Yang
di-Pertuan Agong. Namun Perdana Menteri dan kabinetnya yang menjalankan kuasa
eksekutif atas YDPA
-
YDPA merupakan lambing perpaduan dan tonggak kekuasaan Malaysia . Baginda mejalankan
tugas-tugas simbolik
-
YDPA mempunyai kuasa budi bicara untuk
i. melantik Perdana Menteri
ii. memperkenan atau tidak, permintaan
membubarkan Parlimen
iii.
menitah utk mengadakan Mesyuarat Majlis Raja-raja utk membincangkan isu-isu
tentang
kedudukan, keistimewaan dan kehormatan raja-raja Melayu
iv.
Ketua agama bg negeri tidak beraja
v. berkuasa mengisytiharkan darurat jika
keselamatan Negara terancam
vi.
memperkenan rang undang-undang yg dibuat oleh Parlimen
b. Demokrasi Berparlimen
-
maksudnya pemerintahan secara perwakilan
-
rakyat melaksanakan pemerintahan Negara melalui pemilihan perwakilan dalam
pilihanraya yang diadakan
Setiap 5 tahun
-
ciri demokrasi berparlimen
i. rakyat memilih ahli dewan
perwakilan (Dewan Rakyat) dan kemenangan
majoriti dalam kerusi Dewan
Rakyat oleh parti akan menentukan jawatan
Perdana Menteri dalam parti berkenaan
ii. Kemudian, Perdana Menteri akan melantik
jemaah menterinya dpd ahli-ahli dewan Parlimen
c. Negara Persekutuan
-
pentadbiran Negara dibahagikan kepada 3 iaitu peringkat pusat (kerajaan pusat),
peringkat negeri
(kerajaan negeri) dan peringkat tempatan
(kerajaan tempatan)
-
kuasa dibahagikan antara sebuah kerajaan pusat dengan 13 buah kerajaan negeri
-
kerajaan pusat memerintah keseluruhan Malaysia melalui pentadbiran di ibu
Negara Kuala Lumpur.
Pentadbiran negeri dibuat oleh kerajaan
negeri
-
kerajaan pusat melaksanakan tugas terhadap perkara-perkara dalam Senarai
Persekutuan dan
Senarai Bersama
- kerajaan negeri malaksanakan
tugas terhadap perkara-perkara dalam Senarai Negeri dan Senarai
Bersama.
BAB
4
RAJA
DAN YANG DIPERTUA NEGERI
Tiap-tiap
sebuah dari sembilan buah negeri Melayu mempunyai seorang Raja yang
turun-temurun dan memerintah sepanjang hayat baginda. Hak-hak mewarasi takhta
ditentukan oleh adat yang berbeza di berlainan negeri dan kaedah-kaedah adat
ini, dengan atau tanpa pengubahsuian, sekarang telah dimaktubkan dalam
perlembagaan tiap-tiap Kerajaan Persekutuan, menurut perkara 71 (1) perlembagaan persekutuan, menjamin hak seseorang Raja untuk
mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan
keitimewaan menurut perlembagaan negeri baginda; tetapi apa-apa pertikaian
mengenai hak untuk mewarisi sebagai Raja mestilah ditentukan semata-mata oleh
mana-mana pihak berkuasa dan dengan apa-apa cara sebagai mana yang
diperuntukkan oleh perlembagaan negeri itu.
Di semua negeri, Raja dikenali sebagai
Sultan, kecuali di negeri Perlis di mana baginda dikenali sebagi Raja. Di
Negeri Sembilan pula baginda bergelar Yang Dipertuan Besar dan bertidak bagi
pihak diri baginda sendiri dan juga bagi bagi pihak Pembesar-Pembesar
Memerintah menurut perlembagaan Negeri Sembilan. Baginda dipilih oleh Undang
Sunagai Ujung, Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau. Apabila baginda
mangkat, Undang berempat itu memilih seorang pengganti dari kalangan putera
baginda, tetapi para Undang itu boleh, jika mereka fakir bahawa tidak seorang
pun yang layak dan sesuai dari kalangan putera baginda, memilih seorang lain
yang layak dan sesuai dengan memberi keutamaan kepada saudara lelaki baginda
yang Dipertuan Besar yang telah mangkat itu, kemudian kepada ayahanda saudara
sebelah bapa baginda dan selepas itu barulah diberi keutamaan kepada orang
lain. Jawatan yang Dipertuan Agong, di mana seorang Raja dipilih selama lima
tahun oleh Raja Raja, merupakan suatu adattasi jawatan yang Dipertuan Besar
ini.
Di negeri Perak penganti untuk menaiki
takhta adalah secara bergilir-gilir di antara tiga ketua keluarga: oleh itu
apabila Sultan Mangkat, Raja Muda (Satu lagi ketua keluarga yang kedua dalam
susunan penganti) diangkat menjadi Sultan, Raja di Hilir (Ketua Keluarga Yang satu lagi dan ketiga
dalam susunan penganti diangkat menjadi Raja Muda, dan ketua keluarga Sultan
yang mangkat itu menjadi Raja di Hilir.
Di negeri –negeri lain, seseorang Sultan
yang mangkat digantikan oleh anakanda baginda yang sulung dan masih hidup.
Seseorang Raja boleh melantik seorang
Pemangku Raja atau suatu Jemaah Pemangku Raja untuk memangku jawatan baginda
dalam hal keadaan sebagaimana yang ditetapkan oleh perlembagaan negeri.
Tiap-tiap sebuah negeri yang bukan negeri
Melayu, iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, mempunyai seorang
seorang yang Dipertua Negeri yang dilantik oleh yang Dipertuan Agong, dan
baginda bertidak mengikut budi bicara baginda tetapi setelah berunding dengan Ketua
Menteri dari negeri yang berkenaan. Seseorang Yang Dipertua Negeri di lantik
selama empat tahun, tetapi boleh meletakkan jawatan atau dipecat dari
jawatannya oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut usul Dewan Undangan Negeri yang
berkenaan, dan disokong dengan undi yang tidak kurang dari dua pertiga daripada
jumlah ahlinya. Belum pernah Yang Dipertua Negeri dipecat dari jawatannya.Jika
Yang Dipertua Negeri tidak berupaya hendak menjalankan tugas-tugasnya oleh
kerana sakit, tidak ada dalam negeri atau oleh kerana apa-apa sebab lain Yang
di Pertuan Agong sekali lagi bertidak mengikut budi bicaranya, tetapi setelah
berunding dengan Ketua Menteri dari negeri itu, boleh melantik seorang lain
(yang layak dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri) untuk menjalankan tugas-tugas
Yang Dipertua Negeri. Seseorang yang bukan warganegara atau seorang warganegara
dengan cara naturalisasi atau, bagi Melaka dan Pulau Pinang, dengan cara
pendaftaran di bawah Perkara 17 perlembagaan persekutuan, tidak layak dilantik
menjadi Yang Dipertua Negeri. Seseorang Yang Dipertua Negeri tidak boleh
memegang apa-apa jawatan berpendapatan dan tidak boleh mengambil bahagian
dengan giat dalam apa-apa perushaan perniagaan. Ini bererti bahawa tidak ada
pegawai awam yang sedang berkhidmat atau ahli perniagaan, walau bagaimana
terkemuka sekalipun, akan dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri atau pemangku
Yang Dipertua Negeri. Saraan bagi seseorang Raja atau Yang Dipertua Negeri
diperuntukkan oleh undang-undang dan dipertanggungkan kepada kumpulan wang negeri
disatukan. Dengan itu ia dikeluarkan daripada perbahasan tahunan dan juga
daripada mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri.
Keutamaan
Tertakluk
kepada keutamaan Yang di-Pertaun Agong dan Permaisuri baginda, semua Raja dan
Yang Dipertua Negeri mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain. Tiap-tiap
Raja atau Yang Dipertua Negeri di negerinya mengambil keutamaan mengatasi Raja
dan Yang Dipertua Negeri lain. Raja-Raja mengambil keutamaan mengantasi Yang
Dipertua Negeri dan di kalangan baginda naik takhta sebagai Raja. Yang Dipertua
Negeri pula mengambil keutamaan di kalangan mereka sendiri, iaitu mengikut
tarikh mereka dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri, dan jika Yang Dipertua
Negeri dilantik pada hari yang sama, Yang Dipertua Negeri yang lebih tua
mengambil keutamaan mengatasi Yang Dipertua Negeri yang lebih muda.
Bertindak
Menurut Nasihat
Seorang
Raja, sungguhpun berdaulat, tidak mempunyai kuasa autokratik. Seseorang Raja
dan begitu juga dengan Yang Dipertua Negeri hendakalah bertindak menurut
nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (biasanya Menteri Besar) yang
bertindak di bawah kuasa dan Majlis Mesyuarat Kerajaan, kecuali sebagaimana
yang diperuntukkan selainnya oleh perlembagaan persekutuan atau perlembagaan
Negeri. Ahli –ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan di Sabah dan Sarawak
digelar Menteri-Menteri Negeri. Atas permintaan Raja atau Yang Dipertua Negeri,
mana-mana Raja atau Yang Dipertua Negeri adalah berhak untuk mendapat apa-apa
maklumat mengenai pemerintahan negeri yang boleh didapati oleh majlis Mesyuarat
Kerajaan. Raja atau Yang Dipertua Negeri tidak menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan bersyuarat sesama mereka sahaja, dan selepas itu Menteri
Besar atau Ketua Menteri mengemukakan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan kepada
Raja atau Yang Dipertua Negeri. Sebelum Merdeka, Raja, dan bagi Melaka dan
Pulau Pinang, Persuruhjaya Tinggi atau Residen, menpengurusikan Majlis
Mesyuarat Kerajaan dan boleh bertindak berlawanan dengan dengan nasihatnya; dan
begitu juga di Sabah dan Sarawak sebelum Hari Malaysia, Gabenor yang dilantik
oleh penjajah mempengurusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan boleh
bertindak berlawanan dengan nasihatnya juga.
Raja atau Yang Dipertua Negeri menjadi
sebahagian dari pada Dewan Undangan Negeri tetapi tidak pula menghadiri
Mesyuaratnya, kecuali apabila memberi titah/ucapan kepada ahli-ahlinya pada
masa istiadat rasmi. Raja atau YangDipertua Negeri menjadi sebahagian daripada
Dewan Undangan Negeri mengikut erti-kata bahawa rang undang-undang yang
diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri tidak boleh menjadi undang-undang
sehingga Raja atau Yang Dipertua Negeri telah mempersetujuinya. Dalam
menjalankan tugas ini, Raja utau Yang Dipertua Negeri hendaklah bertindak
mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Kuasa
mengikut Budi Bicara
Seseorang
Raja boleh bertindak menurut budi bicara baginda dalam menjalankan tugas-tugas
berikut (sebagai tambahan kepada tugas-tugas yang telah ditentukan di bawah
perlembagaan persekutuan) :
(a)
melantik Menteri
Besar;
(b)
tidak memperkenankan
permintaaan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan;
(c)
meminta supaya
diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja semata-mata mengenai keistimewaan,
kedudukan kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja atau
mengenai perbuatan, amalan atau upacara agama Islam;
(d)
apa-apa tugas
sebagai ketua agama Islam atau mengenai adat istiadat Melayu;
(e)
melantik waris atau
waris-waris, permaisuri Pemangku Raja, atau Jemaah Pemangku Raja;
(f)
melantik orang
menyandang pangkat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran di sisi adat Melayu dan
menetapkan tugas-tugas yang berkenaan dengan nya; dan
(g)
membuat peraturan
mengnai balai diraja dan istana.
Yang
Dipertua Negeri boleh bertindak menurut budi bicaranya apabila melantik Ketua
Menteri
dan apabila tidak mempersetujui permintaan untuk membubarkan Dewan Undangan
Negeri.
Undang-undang negeri boleh membuat
peruntukan bagi menghendaki seseorang Raja atau Yang Dipertua Negeri untuk
bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan
orang selain daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam menjalankan mana-mana
tugasnya selain darpada:
(a)
tugas-tugas yang
boleh dilakukan mengikut budi bicaranya; dan
(b)
tugas-tugas yang
mengenainya peruntukan dibuat dalam perlembagaan negeri atau dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kedaulatan
dan Imuniti di sisi Undang-undang
Fasal
(2) Perkara terakhir dalam perlembagaa, iaitu perkara181, memperuntukkan bahawa
tiada apa-apa pembicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja
bagi sesebuah negeri atas sifat peribadi baginda; dan fasal ini membayangkan
bahawa baginda boleh didakwa atas sifat rasmi baginda. Sultan Pahang telah
memecat seorang kadi dari jawatannya dan kadi itu telah mendakwa bahawa
pemecatannya adalah tidak sah. Kadi itu telah mengambil tindakan mendakwa bukan
terhadap Sultan, tetapi terhadap kerajaaan Negeri sebagai defendan.
Fasal pertama Perkara 181 memperuntukkan
bahawa tertakluk kepada peruntukan peruntukan Perlembagaan –kedaulatan,
prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja di dalam wilayah masing-masing
sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga sekarang tetap kekal tidak
tersetuh.
Apabila Sultan Johor didakwa atas sifat
peribadi baginda di England
pada penghujung abad yang lepas dalam kes Mighell lwn. Sultan Johor, sepucuk
surat dari Pejabat Tanah Jajahan kepada mahkamah menyatakan bahawa baginda
adalah Raja berdaulat bagi sebuah negeri yang merdeka, dan hubungan baginda
dengan Baginda Queen adalah bersifat perikatan, dan bukan bersifat pertuanan
atau naungan, yang diatur oleh suatu triti yang membataskan perlaksanaan
setengah-setengah hak kedaulatan. Hakikat ini telah diputuskan sebagai fakta
muklamad bahawa baginda adalah seorang Raja yang bebas, dan oleh itu baginda
mendapat imuniti dari tindakan undang-undang.
Kira-kira tiga puluh tahun kemudian taraf
Sultan Kelantan telah dipertimbangkan dalam mahkamah Inggeris, Kes Syarikat
Duff Developmen Sdn.Bhd. lwn Kerajaan Kelantan den Seorang Lain, dan sekali
lagi Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan pada ketika itu, EncikWinston
Churchill, telah memperakui bahawa Sultan Kelantan adalah Raja berdaulat bagi
sebuah negeri yang merdeka, dan dengan itu mempunyai imuniti dari bidang kuasa
mahkamah Inggeris.
Taraf Sultan Pahang telah dipertimbangkan
oleh mahkamah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu damal kes Syarikat Pahang
Consolidated Sdn.Bhd. lwn Negeri Pahang . Privy Council telah menerima tanpa
hujah bahawa walaupun negeri itu telah memasuki Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
dalam tahun 1895, Sultan Pahang kekal menjadi Raja yang mutlak, dan pada
bagindalah terletak semua kuasa perundangan dan kuasa pemerintah yang tertakluk
hanya kepada batasan-batasan yang dari semasa ke semasa baginda kenakan ke atas
diri baginda sendiri, dan oleh itu baginda mendapat iminiti dari proses
undang-undang.
Taraf Sultan Johor telah dibawa untuk
dipertimbangkan sekali lagi selepas Perang Dunia Kedua, kali ini dalam mahkamah
di Singapura, Kes Sultan Johos lwn. Tuanku Abu Bakar dan orang-orang lain. Baginda
didakwa oleh putera baginda dan baginda telah berhujah bahawa mahkamah tidak
mempunyai bidang kuasa ke atas diri baginda kerana baginda adalah seorang Raja
berdaulat. Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan, semasa diminta untuk
memperakui taraf Duli Yang Maha Mulia, hanya menyatakan tentang butir-butir
perlembagaan yang ada pada masa itu dan terpulanglah kepada mahkamah
untukmemutuskan sama ada Duli Yang Maha Mulia itu seorang Raja berdaulat atau
tidak. Apabila perkara itu sampai di hadapan Privy Council, Setiausaha Negara
yang menjawab suatu aduan yang datangnya dari semua Raja Melayu, telah menulis
sepucuk surat kepada baginda semua dengan menegaskan secara mutlak bahawa ‘‘
Kerajaan Baginda King di British memandang Duli-Duli Yang Maha Mulia dengan baginda
king’’ Privy Council dengan berdasarkan surat ini memutuskan bahawa Sultan
Johor adalah seorang Raja pemerintah berdaulat yang bebas dan berhak mendapat
imuniti berhubung dengan litigasi yang berkaitan dengan status itu.
Oleh itu dapatlah diperhatikan bahawa
dalam mahkamh-mahkamah di England dan di Singapura sebelum merdeka dahulu,
seorang Raja dianggap sebagai pemerintah berdaulat yang bebas, walaupun baginda
telah menyerahkan setengah-setengah dari dari kuasa berdaulat baginda menurut
triti kepada Kerajaan British, dan telah berakhirnya Perang Dunia Kedua,
menurut triti juga baginda telah menyerahkan setengah-setengah dari kuasa
berdaulat baginda kepada Kerajaan British dan kepada Kerajaan Persekutuan.
Dalam membuat keputusan pada tahun-tahun lima
puluhan bahawa Sultan Johor adalah seorang Raja pemerintah berdaulat yang
bebas, Pricy Council tidak mementingkan perkataan –perkataan huruf condong
dalam kenyataan itu, dan kenyataan itu dengan terang mengandungi suatu
kekecuallian mengenai hubungan Raja-Raja dengan Persekutuan.
Perkara 181, sebagaimana yang telah
dilihat, dengan nyata mengecualikan kedaulatan Raja-Raja selepas merdeka; ia
memperuntukan bahawa kedaulatan Raja-Raja di dalam wilayah baginda
masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga sekarang tetap
tidak tersentuh, dan tidak ada apa-apa pembicaraan yang boleh dibawa dalam
mana-mana mahkamah terhadap Raja atas sifat peribadi baginda. Walau
bagaimanapun, peruntukan ini berkuatkuasa hanya di Malaysia, tetapi namun begitu
bolehlah dianggap bahawa tafaf Raja pemerintah yang berdaulat masih mungkin
boleh diakui oleh Kerajaan British sekiranya Raja-Raja itu didakwa dalam sebuah
mahkamah di England. Apabila sikap kerajaan-kerajaan asing yang lain jika
sekiranya seseorang Raja itu didakwa di negeri asing masih merupakan suatu
soalan yang terbuka.
Permaisuri seseorang Raja tidak
menikmati imuniti di sisi undang-undang di Malaysia, dan begitu juga dengan
sseseorang Pemangku Raja atau seseorang ahli Jemaah Pemangku Raja. Demikian
juga bahawa tidak terdapat peruntukan perlembagaan yang memberi seseorang Yang
Dipertua Negeri atau isterinya imuniti di sisi undang-undang atas apa-apa sifat
juga.
Keadilan
Kecuali
dalam Mahkamah Syariah, dan di Sabah dan Sarawak dalam Mahkamah Bumiputera
juga, keadilan adalah perkara persekutuan yang mengenainya hanya Parlimen
persekutuan sahaja yang boleh membuat undang-undang, tetapi pihak Raja dan Yang
Dipertua Negeri memainkan peranan yang penting juga mengenai keadilan. Semua
hakim termasuklah Ketua Hakim Negara serta dua orang Hakim Besar dilantik hanya
selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Atau Yang Dipertua Negeri, dan
mengenai Majistret Kelas Satu di perakukan pula oleh Hakim Besar. Di Sabah dan Sarawak majistret dilantik oleh Yang Dipertua Negeri.
Kuasa
Mengampun
Seseorang
Raja atau Yang Dipertua Negeri mempunyai kuasa mengampun, reprief dan respit
mengenai semua kesalahan yang dilakukan dalam negerinya. Terdapat tiga
pengecualian mengenai hal ini:
(1)
Yang di-Pertuan
Agong mempunyai kuasa ini mengenai kesalahan-kesalahan yang dibicarakan oleh
mahkamah tentera;
(2)
Mengenai hukuman
yang dikenakan oleh mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan; dan
(3)
Mengenai
kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan.
Jika sekiranya diragukan tentang di manakah
sesuatu kesalahan itu telah dilakukan, adalah dianggap seoleh-oleh ia telah
dilakukan di dalam negeri di mana ia dibicaraka.
Kuasa mengampun yang ada pada seorang
Raja atau Yang Dipertua Negeri dijalankan atas nasihat suatu Jemaah Pengampunan
yang ditubuhkan bagi tiap-tiap negeri. Jemaah ini bermesyuarat di hadapan Raja
atau Yang Dipertua Negeri dan Raja atau Yang Dipertua Negeri yang
mempengurusikan Mesyuarat itu. Jemaah ini terdiri dari Peguam Negara
Persekutuan, Menteri Besar Atau Ketua Menteri dan tidak lebih dari tiga orang
ahli lain yang dilanti oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri. Ahli-ahli yang
dilantik memegang jawatan selama tiga tahun dan ahli Parlimen atau ahli Dewan
Undangan Negeri tidak boleh dilantik. Biasanya ahli-ahli politik yang aktif
tidak pernah dilantik walaupun mereka bukan menjadi Ahli Parlimen atau ahli
Dewan Undangan Negeri. Jika seseorang ahli yang dilantik tidak dapat hadir,
pihak Raja atau Yang Dipertua Negeri boleh melantik seorang ahli sementara
untuk mengganti tempatnya .
Sungguhpun beliau menjadi seorang ahli,
Peguam Negara jarang-jarang menghadirinya sendiri. Beliau berkuasa untuk mewakilkan
tugas-tugasnya kepada seorang lain,dan biasanya beliau mewakilkannya keapada
penasihat undang-undang negeri. Pada lazimnya beliau juga menyampaikan pendapat
beliau secara bertulis kepada Jemaah itu mengenai apa-apa perkara yang hendak
dipertimbangan, dan Jemaah itu adalah berkewajipan menimbangkan pendapat beliau
sebelum Jemaah memberi nasihat kepada Raja atau Yang Dipertua Negeri.
Dapat diperhatikan bahawa Kerajaan
Persekutuan tidak mempunyai suara mengenai kuasa mengampun yang dijalankan ole
seorang Raja atau Yang Dipertua Negeri. Apa-apa pengaruh yang ada padanya dapat
digunakan hanya secara tidak langsung melalui jasa baik Peguam Negara.
Perkhidmatan
Awam
Seseorang
anggota perkhidmatan awam bagi sesebuah negeri memegang jawatan mengikut
kehendak Raja atau Yang Dipertua Negeri, Sungguhpun kuasa perlantikan jawatan,
kenaikan pangkat dan tatatertib diamanahkan kepada suatu suruhanjaya
perkhidmatan awam yang bebas dari kawalan Kerajaan. Dia memegang jawatan selama
yang diperkenankan oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri. Tetapi, seperti dengan
pegawai-pegawai dalam perkhidmatan persekutuan, dia tidak boleh dikenakan
tindakan tatatertib atau dibuang kerja kecuali mengikut kaedah-kaedah yang
ketat sebagaimana yang ditentukan dalam pelembagaan persekutuan dan dalam
peraturan-peraturan yang terpakai di tiap-tiap negeri.
Islam
Seseorang
Raja menjadi ketua agama Islam di negerinya tetapi tidak pula demikian bagi
seseorang Yang Dipertua Negeri. Ketua agama Islam di Melaka, Pulau Pinang,
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan ialah
Yang di-Pertuan Agong.
Di tiap-tiap negeri terdapat sebuah
Majlis Agama Islam yang disebut dengan berbagai nama. Tugasnya adalah untuk
menasihatkan Raja dalam menjalankan tugas-tugas baginda sebagai ketua agama
Islam. Di negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, Majlis itu menasihatkan Yang
di-Pertuan Agong dan Kerajaan Negeri.
Kemulian
Seseoarang
Raja atau YangDipertua Negeri ialah punca kemuliaan di negerinya dan
menganugerahkan bintang-bintang kehormatan kepada oaring-orang yang telah
memberi perkhidmatan yang cemerlang.
BAB 5
MAJLIS RAJA-RAJA
Majlis
Raja-Raja Mempertujui ditubuhkan pada mulanya dalam tahun 1948 mengikut
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948. Sebelum Perang Dunia Kedua,
Raja-Raja dari keempat-empat buah Negeri Melayu Bersekutu pernah mengadakan
perjumpaan dari semasa ke semasa dengan Pesuruhjaya Tinggi’, tetapi hingga
tahun 1948 tidak ada suatu badan rasmi yang membawa kesemua sembilan orang Raja
bersidang untuk membincang dan mempersetujui perkara-perkara mengenai dasar.
Misalnya, dalam tahun 1946 Raja-Raja Melayu tidak diberi peluang untuk
mengadakan perjumpaan bagi membincangkan Triti MacMichael yang mempunyai
pengaruh yang besar sebelum menandatanganinya. Dengan menandatangani triti
tersebut, Raja-Raja Melayu telah menyerahkan semua bidang kuasa baginda kepada
Kerajaan British.
Majlis Raja-Raja merupakan perhimpunan
yang paling luhur di Negara ini. Sungguhpun Majlis Raja-Raja tidak mempunyai
kuasa untuk membuat undang-undang atau mengenakan cukai atau meluluskan
perbelanjaan Negara, tetapi ia amat berpengaruh. Ia mengadakan hubungan rapat
diantara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri di peringkat
tertinggi. Persidangan Majlis ini dihadiri oleh Yang di Pertuan Agong dan
Perdana Menteri bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan juga oleh semua Raja dan
Yang Dipertua Negeri dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing.
Majlis ini memberi peluang kepada mereka untuk membincangkan perkara-perkara
yang mempunyai kepentingan bersama, iaitu perkara-perkara yang memusykilkan
mana-mana pihak di antara mereka. Oleh kerana perbincangan dijalankan secara
tertutup, mereka dapat berunding secara berterus terang, malahan dengan sopan
santun. Bagi Perdana Menteri pula, beliau berpuluang dalam forum yang amat
penting ini untuk menerangkan dasar-dasar persekutuan yang telah diputuskan dan
juga yang akan diputuskan.
Mengikut
perlembagaan, sebagaimana yang akan diperhatikan di bawah ini, persetujuan
Majlis Raja-Raja adalah dikehendaki bagi rang undang-undang yang meminda
peruntukan-perun tertentu dalam perlembagaan. Majlis Raja-Raja membuat beberapa
perlantikan tertentu dan Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingkan sebelum dibuat
perlantikan-perlantikan tertentu yang lain.
Peruntukan-peruntukan mengenai Majlis
Raja-Raja yang ada sekarang terdapat pada perkara 38 dalam Perlembagaan Malaysia .
Keanggotaan
Majlis
Raja-Raja dianggotai oleh semua Raja dan Yang Dipertua Negeri. Jika
perlembagaan sebuah negeri membenarkan seorang lain mengambil tempat seorang
Raja atau Yang Dipertua Negeri sebagai anggota, orang lain itu boleh hadir dan
mengembil bahagian dalam perjalanan masyuarat Majlis Raja-Raja Al-Marhum Sultan
Johor selalu juga diwakili oleh anakanda baginda untuk menghadiri mesyuarat.
Yang di Pertuan Agong kelihatan hanya
menjadi anggota Majlis apabila ia bersidang kerana hendak melantik bakal
pengganti Yang Di Pertuan Agong dan Tembalan, dan juga apabila Majlis
menimbangkan perkara-perkara mengenai agama Islam.
Tugas
Tugas-tugas
Majlis Raja-Raja ialah untuk-
(a) memilih
atau memecat Yang di Pertuan Agong dari jawatannya, dan memilih
Tembalannya;
(b) Menimbangkan
soal-soal mengenai dasar Negara (misalnya, perubahan tentang dasar imigresen
dan apa-apa juga perkara lain yang difikirkannya pantut);
(c)
Mempersetujui atau tidak
mempersetujui apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama Islam supaya
meliputi seluruh Semenanjung Malaysia
(tetapi tidak termasuk Sabah dan Sarawak ); dan
(d) Mempersejui
atau tidak mempersetujui mana-mana undang-undang, dan membuat atau memberi
nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut perlembagaan memerlukan
persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas
berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Berkenaan
dengan (a), apabila memilih atau memcat Yang di-Pertuan Agong dan memilih
Tembalannya, hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengambil bahagian; Yang
Dipertua-Yang Dipertua Negeri tidak boleh.
Berkenaan dengan (b), apabila Majlis
Raja-Raja menimbang perkara-perkara mengenai dasar Negara, Yang di-Pertuan
Agong hadir disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja–Raja serta Yang
Dipertua-Yang Dipertua Negeri disertai Menteri Besar atau Ketua Menteri
masing-masing. Dalam mempertimbangkan hal ini, Yang di-Pertuan Agong mengikut
nasihat Jemaah Menteri dan Raja-Raja serta Yang Dipertua –Yang Dipertua Negeri
mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri masing-masing.
Berkenaan dengan (c), sebagaimana yang
tersebut dalam bab4, seorang Raja menjadi ketua agama Islam dalam negeri
baginda. Oleh yang demikian, baginda boleh menetapkan, misalnya, tarikh bermula
dan berakhirnya puasa tanpa menghiraukan apa yang berlaku di negeri jiran.
Perlembagaan memperuntukkan bahawa mengikut perkara 3 (2) dan perkara 38 (2)
(b), Raja-Raja dalam Persidangan Majlis Raja-Raja boleh mempersetujui supaya
tarikh yang sama dipakai di seluruh Semananjung Malaysia . Walau bagaimanapun ia
tidak meliputi Sabah dan Sarawak, lihat Perkara 38(7).
Perlantikan
Majlis
Raja-Raja melantik salah seorang daripada anggotanya mewakili Duli-Duli Yang
Maha Mulia dalam Majlis Angkatan Tentera.
Majlis Raja-Raja hendaklah diminta
fikirannya bagi melantik Ketua Hakim Negara, Hakim-Hakim Besar bagi dua
Mahkamah Tinggi, hakim-hakim lain bagi Mahkamah Persekutuan dan hakim-hakim
bagi Mahkamah Tinggi. Semua perlantikan ini dibuat oleh Yang di-Pertuan Angong
yang bertidak mengikut nasihat Perdana Menteri.
Majlis Raja-Raja hendaklah diminta
fikirannya berkenaan dengan perlantikan Juruaudit Negara yang dibuat oleh Yang
di-Pertuang Agong mengikut nasihat Perdana Menteri.
Majlis
Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya mengenai perlantikan Pengerusi, Timbalan
Pengurusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; mengenai perlantikan
Pengurus, Timbalan Pengurusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi
dan mengenai perlantikan Pengurusi,
Timbalan Pengurusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
Perlantikan-perlantikan ini dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong menurut budi bira
baginda tetapi selepas Mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri.
Majlis Raja-Raja juga hendaklah diminta
fikirannya mengenai perlantikan Pengurusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya
yang perlantikannya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
Persetujuan
mengenai Undang-undang yang Tertentu
Persetujuan
Majlis Raja-Raja adalah dikehendaki bagi apa-apa undang-undang yang membuat
pindaan kepada Perkara 38 yang menghuraikan tentang penubuhan, tugas dan
kuasa
Majlis Raja-Raja; kepada perkara 70 yang menghuraikan tentang keutamaan Yang
di-Pertuan
Agong, Permaisurinya, Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri; kepada
Perkara 71 (1) yang dengannya Kerajaan Persekutuan
menjamin hak seseorang
Raja menaiki Takhta dan tetap menjadi Raja;
dan kepada Perkara 153 yang menghuraikan tentang kedudukan istimewa orang
–orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.
Baru-baru ini Perlimen telah membuat beberapa pindaan yang tertentu
kepada perlembagaan, mengikut Akta (Pindaan ) Perlembagaan, 1971 yang berjalan
kuatkuasanya pada 29 Mac 1971, dan maksudnya adalah seperti berikut.
Mengikut fasal baru (4) Perkara (10) ,
walaupun kebebasan bercakap adalah terjamin bagi warganegara, Perlimen boleh
untuk kepentingan keselamatan atau ketenraman awam memperbuat undang-undang
bagi melarang sesiapa juga daripada menyoal apa yang secara umumnya diketahui
sebagai perkara-perkara sensitive, iaitu hak-hak dan keistimewaan tertentu yang
dijamin oleh peruntukan-peruntukan tertentu dalam perlembagaan, iaitu yang
dijamin oleh bahagian 111 mengenai kewarganegaraan; yang dijamin oleh Perkara
152 mengenai bahasa kebangsaan dan penggunaan bahasa-bahasa lain; yang dijamin
oleh perkara153 mengenai kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera
di Sabah dan Sarawak serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain; yang
dijamin Perkara 181 mengenai kedaulatan dan prerogative Raja-Raja; tetapi
Parlimen tidak boleh membuat undang-undang untuk melarang sesiapa juga daripada
mempersoalankan tentang pelaksanaan peruntukan-peruntukan perlembagaan itu.
Jika Parlimen memperbuat apa-apa undang-undang yang melarang seseorang daripada
mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan –keistimewaan itu, seseorang ahli
Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri yang menyoal di dalam Majlis Parlimen
atau di dalam Dewan Undang Negeri tentang kewujudan atau isi kandungan hak-hak
itu dan sebagainya, tetapi bukan tentang pelaksanaannya, dia tidak dilindungi
oleh apa-apa keistimewaan dan boleh didakwa dalam mahkamah; dan dia boleh juga
dituduh kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan, 1948 sebagaimana yang
dipinda oleh Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) No. 45 tahun 1970.
Keistimewaan ahli-Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri telah ditarik balik
dengan dimasukan suatu fasal baru (4) kepada Perkara 63 dan Perkara 72.
Akta (Pindaan) Perlembagaan, 1971 memperuntukkan bahawa
mana-mana undang-undang yang meminta fasal (4) Perkara 10, yang meminda apa-apa
undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah fasal itu, yang meminda
fasal baru (4) Perkara 63 dan Perkara 72, dan yang meminda Perkara 152, tidak
boleh diluluskan tanpa mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.
Perlu diminta persetujuan Majlis Raja-Raja
telah ditetapkan oleh fasal (5) Perkara 159. Akta (Pindaan) Perlembagaan, 1971
juga memperuntukkan bahawa fasal tersebut tidak boleh dipinda oleh Parlimen
kecuali dengan mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.
Persetujuan Majlis Raja-Raja adalah
dikehendaki bagi apa-apa undang-undang yang menyetuh secara langsung akan
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja.
Persetujuan Majlis Raja-Raja adalah dikehendaki bagi apa-apa undang-undang
yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri. (Persetujuan pihak negeri yang
dinyatakan dengan suatu undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan negeri juga
diperlukan).
persekutuan yang memperuntukkan supaya
seorang Raja menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong yang pantutnya
dijalankan oleh Timbalannya, tetapi Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak Dapat
menjalankannya disebabkan oleh kekosongan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan
Agong atau kerana Timbalan Yang di-Pertuan Agong itu gering, berada di luar
Persekutuan atau kerana apa-apa sebab lain.
Sebelum sahaja merdeka rang undang-undang
persekutuan tidak boleh menjadi undang –undang sehinggalah rang undang-undang
itu telah dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu dan Pesuruhanjaya Tinggi British.
Raja-Raja Melayu telah melantik dua orang di kalangan baginda sebagai suatu
Jawatankuasa undang yang diluluskan oleh
Majlis Undangan. Selepas merdeka rang undang-undang persekutuan yang diluluskan
oleh Parlimen menghendaki persetujuan Yang di-Pertuan Agong sahaja untuk
menjadi undang-undang.
Mesyuarat
Majlis
Raja-Raja mengadakan mesyuaratnya tiga atau empat kali setahun. Tiap-tiap
mesyuarat berlangsung selama tiga hari. Pada hari pertama semua Menteri Besar
dan Ketua Menteri bermesyuarat sesame mereka untuk mempertimbangkan
kertas-kertas kerja yang telah dikemukakan oleh kerajaan negeri yang
berkenaan,dan membuat keputusan berkenaan dengan nasihat yang akan diberikan
oleh setiap Menteri Besar atau Ketua Menteri kepada Raja atau Yang Dipertua
Negeri masing-masing. Pada hari kedua Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua
Negeri bermesyuarat disertai oleh Menteri besar dan Ketua Menteri masing-masing
untuk membincang dan memutuskan sikap
Majlis itu terhadap kerajaan persekutuan. Pada hari ketiga dan akhir, Masyuarat
itu dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong disertai oleh Perdana Menteri, dan oleh
semua Raja dan Yang Dipertua Negeri disertai oleh menteri Besar dan Ketua
Menteri masing-masing, dan dalam masyuarat ini Perdana Menteri memberi laporan
kepada Majlis itu dan keputusan –keputusannya pun dibuat.
Raja yang menjadi pengurusi pada hari
kedua persidang itu juga menjadi pengurusi pada hari ketiga, dan tiap-tiap
seorang Raja akan menjadi pengurusi persidangan tersebut secara bergilir-gilir
mengikut taraf kekanannya.
Penyimpan
Mohor Besar Raja-Raja
Sebelum
tiap-tiap satu mesyuarat dijalankan, kertas-kertas kerja dibahagi-bahagikan
terlebih dahulu atas permintaan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan
Negeri melalui setiausaha Majlis Raja-Raja, iaitu Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja. Beliau diberi gelaran demikian oleh kerana beliaulah yang meyimpan
mohor besar Raja-Raja. Apa-apa persetujuan, perlantikan atau nasihat Majlis
Raja-Raja yang dikehendaki menurut
perlembagaan disahkan dengan cap mohor besar Raja-Raja. Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja menghadiri semua mesyuarat dan menyimpan minit-minitnya. Beliau
memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Majlis tersebut. Orang yang
memegang jawatan ini ialah seorang pegawai kanan yang masih berkhidmat dengan
kerajaan atau yang telah bersara. Beliu memanggil mesyuarat apabila dikehendaki
berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang daripada
tiga orang ahli Majlis tersebut. Beliu dikehendaki oleh perlembagaan supaya
memanggil mesyuarat tidak lewat daripada empat minggu sebelum habis tempoh
jawatan Yang di-Pertuan Agong dan juga apabila berlaku kekosongan jawatan
tersebut atau jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Keputusan
Jumlah
majoriti ahli dalam Majlis membentuk korum. Jika Majlis itu tidak bersetuju
dengan sebulat suara, ia hendaklah
menbuat keputusannya mengikut mojoriti ahli yang mengundi. Tetapi apabila
membuat keputusan secara undi sulit bahawa seorang calon bagi jawatan Yang di-
Pertuan Agong adalah tidak sesuai, atau apabila hendak melantik atau memecat Yang
di- Pertuan Agong dari jawatannya, sekurang-kurangnya undi dari lima orang Raja
diperlukan.
Mengenai sesuatu perlantikan yang
dicadangkan, biasanya cadangan itu diedarkan sahaja kepada setiap Raja dan Yang
Dipertua Negeri, dan jika mojoriti dari ahli-ahli Majlis itu telah menyatakan,
dengan cara mengutus surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa mereka
bersetuju dengan perlantikan tersebut, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
berkewajipan memberitahu setiap ahli tentang persetujuan Majlis tanpa
mengadakan suatu mesyuarat.
Amalan begini menjimat masa.
Persetujuan mengenai perlantikan yang diberi secara bertulis disahkan kemudian
dalam mesyuarat Majlis yang akan datang.
Kuasa
mengikut Budi Bicara
Ahli-ahli
Majlis Raja-Raja bertindak menurut budi bicara mereka mengenai tugas-tugas
berikut-
(a)
memilih atau memecat
Yang di-Pertuan Agong dari jawatannya, atau memilih
Timbalan Yang di-Pertuan Agong;
(b)
memberi nasihat
mengenai apa-apa perlantikan;
(c)
mempersetujui atau
tidak mempersetujui apa-apa
undang-undang yang mengubah sempadan –sempadan sesuatu negeri atau yang
menyentuh keistimewaan,
kedudukan, kemuliaan atau
kebesaran Raja-Raja; atau
(d)
mempersetujui atau
tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau
upacara agama Islam meliputi
seluruh Semenanjung Malaysia .
DIRGAHAYU
Allah
Lanjutkan
Usia
DULI
YANG MAHA MULIA
SULTAN
MELAKA
___________________________
MEMBAWA PELBAGAI TOPIK SEMASA UNTUK PERBINCANGAN UMUM
SABTU, 17 JULAI 2010
Raja Noor Jan tuntut lagi takhta Kesultanan Melaka
KUALA LUMPUR— Selepas lima tahun Raja Noor Jan Shah Raja Tuan Shah kembali mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka dan menuntut pengiktirafan Majlis Raja-raja menjelang ulang tahun ke-500 pencerobohan Portugis.
Raja Noor Jan pernah mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka yang ke-44 pada 2005.
“Jika saya bukan Sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini,” kata Raja Noor Jan (gambar) yang mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857.
“Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka. Tetapi ia tidak diendahkan,” tambahnya.
Kesultanan Perak diwujudkan pada abad ke-16 selepas kejatuhan Melaka, oleh anak Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka yang terakhir.
Sejak penjajahan Portugis pada 1511, Melaka menjadi sebuah kota pelabuhan yang tidak diperintah oleh sultan tetapi negeri lain yang diketuai wakil Yang di-Pertuan Agong atau dikenali sebagai Gabenor.
Bekas menteri besar Pahang Tun Khalil Yaakob kini adalah Yang Dipertua Negeri Melaka.
“Saya telah menjadi Sultan sejak lima tahun lepas. Tapi tidak dibayar gaji mungkin mereka membisu kerana enggan membayar saya,” kata Raja Noor Jan.
“Jadi saya tidak mahu tampil. Bila saya ada wang baru saya akan membuat beberapa perancangan. Saya telah menggunakan wang sendiri,” kata belia pada sidang media di pejabatnya yang dikenali sebagai Balai Seri Melaka di sini.
Raja Noor Jan mendakwa menjadi ahli perniagaan tetapi menolak untuk memberitahu secara terperinci mengenai kerjanya.
Semalam polis telah menyita kereta Rolls Royce miliknya yang mempunyai lambang Sultan Melaka pada program perniagaan di Serdang.
Polis berkata kereta tersebut telah disewa dan lambang Sultan Melaka digunakan untuk meyakinkan pelabur asing.
“Kereta itu digunakan untuk ke program tersebut. Mereka mahu satu sambutan meriah kepada Sultan Melaka, apa salahnya? katanya ketika ditanya mengenai keretanya.
“Saya dijemput untuk merasmikan bangunan tersebut, jadi saya buat keputusan untuk hadir,” tambahnya Raja Noor Jan.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG HALAMAN RASMI BETA INI...
SALINAN SURAT -SURAT YANG TELAH
DI HANTAR UNTUK TIDAKAN KEMASYURAN
RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA
________________________________________________________
___________________________________________________________
SALINAN SURAT -SURAT YANG TELAH
DI HANTAR UNTUK TIDAKAN KEMASYURAN
RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA
________________________________________________________
SALINAN
SURAT YANG TELAH DI HANTAR BERTARIKH : 9 JUN 2010
DAN DI TERIMA OLEH PIHAK BERKENAAN
PADA :
23 JUN, 2010
DARI PEJABAT D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
KEPADA:-
PEJABAT
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA,
482, JALAN BUKIT PETALING,
50682 KUALA
LUMPUR:-
U/P:- YM ENGKU TAN SERI DATUK SERI IBRAHIM BIN TENGKU NGAH,
PEJABAT PEYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA.
s.k. Kepada :-
1.
D.Y.M.M. RAJA YANG DIPERTUAN AGONG
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU SULTAN
MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI A-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKHTAFI BILLAH SHAH,
JALAN ISTANA, 50506 KUALA LUMPUR.
2.
D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN KEDAH KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA
AL-SULTAN AL-MUS'TASIMUBILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM
MU'ADZAM SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN BADLISHAH,
PEJABAT D.Y.M.M. SULTAN
KEDAH MENTERI BESAR KEDAH.
PEJABAT MENTERI BESAR
3.
YAB DATUK SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK,
PERDANA MENTERI
MALAYSIA,
BANGUNAN PERDANA PUTRA PRESET A,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62502 PUTRAJAYA.
SALINAN SURAT YANG DI HANTAR BERTARIKH : 15 MAR, 2006 DAN DITERIMA PADA
TARIKH : 23 MAR 2006
DARI PEJABAT D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
KEPADA :-
YAB
DATUK SERI HAJI ABDUULAH BIN AHMAD BERDAWI,
PERDANA MENTERI MALAYSIA,
PEJABAT PERDANA MENTERI,
BANGUNAN PUTRA PRESET A,
PUSAT PENTADBIRAN
KERAJAAAN PERSEKUTUAN,
62502 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN.
SURAT
BERTARIKH : 18.08.2010
DI HANTAR KEPADA,
SETIAUSAHA SULIT KANAN :-
PEJABAT PERDANA MENTERI MALASIA
PEJABAT BANGUNAN PERDANA PUTRA PRESINT
A,
PUSAT PENTABIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62502 PUTRAJAYA.
U/P DI SAMPAIKAN KEPADA :
PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATUK SERI NAJID TUN ABD RAZAK.
PERKARA
: KEMUNCULAN D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II@ TUNAKU RAJA
NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH, SEBAGAI SULTAN
MELAKA KE- 44
SURAT
BERTARIKH : 18.08.2010 DI HANTAR KEPADA,
SETIAUSAHA SULIT KANAN :-
PEJABAT TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
PEJABAT BANGUNAN PERDANA
MENTERI PUTRA PRESINT A,
PUSAT PENTABIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62502
PUTRAJAYA.
U/P DI SAMPAIKAN KEPADA :
KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATUK SERI MUHYIDDIN YASIN
PERKARA
:
KEMUNCULAN D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II@ TUANKU RAJA
NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH, SEBAGAI SULTAN
MELAKA KE- 44.
SURAT BERTARIKH : 18.08.2010 DI HANTAR KEPADA,
SETIAUSAHA SULIT KANAN
:- EN. ARMIZAN MOHD ALI
PEJABAT ARAS 12 BLOK D 1 KOMPLEX D
PUSAT
PENTABIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62546 PUTRAJAYA.
U/P DI SAMPAIKAN KEPADA :
MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA (KDN)
YAB DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN ON
PERKARA
:
KEMUNCULAN D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II@
TUANKU RAJA
NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH,
SEBAGAI SULTAN
MELAKA KE- 44.
___________________________________________________________
Polis tiada kuasa siasat Raja Noor Jan Shah
KUALA LUMPUR - Polis tiada kuasa untuk menyiasat gelaran diraja yang digunakan oleh Raja Noor Jan Shah, 53, yang tertera pada plat pendaftaran kereta Rolls Royce yang disita pada satu majlis perasmian bangunan di Bandar Puteri, Puchong Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, dalam kes tersebut, pihaknya hanya memberi tumpuan untuk menyiasat penggunaan nombor pendaftaran palsu pada kereta Rolls Royce bernilai RM2.85 juta yang juga tiada cukai jalan.
"Selain Raja Noor Jan Shah, polis juga akan mengambil keterangan daripada penganjur majlis perasmian bangunan itu yang dimiliki seorang usahawan hartanah global," kata beliau di sini semalam.
Oleh NOR AZIRAN MOHD YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my
Ulasan :
1. Seharusnya memang ini bukanlah bidang Polis. Raja Noorjan tidak menyamar mana-mana Sultan yang hidup.
2. Sultan adalah raja di negeri masing-masing yang berjumlah 9. Tiada sultan yang berkuasa di negeri Melaka setakat ini.
3. Tiada Dewan Adat Diraja di negeri Melaka yang dapat memutuskan kedudukan Raja Noorjan Shah