SESAT DI HUJUNG JALAN BALIK KE PANGKAL JALAN
DARI TEMASEK KE MALAKA
SEJARAH ADALAH PERKARA YANG TELAH BERLALU
...IA TAK MUNGKIN BERULANG KEMBALI
...TETAPI "CERITA" SEJARAH BOLEH BERULANG KEMBALI...
BAGAI...SIREH PULANG KEGAGANG, PINANG PULANG KETAMPUK.
MAKA KEMBALILAH KEPADA KEBENARAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
DARI TEMASEK KE MALAKA
SEJARAH ADALAH PERKARA YANG TELAH BERLALU
...IA TAK MUNGKIN BERULANG KEMBALI
...TETAPI "CERITA" SEJARAH BOLEH BERULANG KEMBALI...
BAGAI...SIREH PULANG KEGAGANG, PINANG PULANG KETAMPUK.
MAKA KEMBALILAH KEPADA KEBENARAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
'Hendaklah tuluskan hatimu pada berbuat kebaktian kepada
ALLAH SWT dan
RASUL-Nya
.Dan jangan kamu sekalian lupa pada berbuat kebaktian kepada
raja kamu
.....Maka kata hukama’ adalah
raja yang adil itudengan
NABI SAW umpama dua buah permata pada sebentuk cincin ', lagi
pula raja itu umpama ganti
ALLAH di dalam dunia, karena ia
ZILULLAH-FIL 'alam.Apabila berbuat kebaktian kepada raja, seperti berbuat kebaktian kepada ALLAH SWT,Yakni berbuat kebaikan kamu akan ALLAH dan RASULNya, dan akan raja
[Surah An Nisa' ;59]
Katakanlah (Muhammad),
“Wahai Tuhan Pemilik Kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada sesiapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun
yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapapun
yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun
yang Engkau kehendaki. Di
tangan Enkaulah segala kebajikan. Sungguhnya, Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu.
Surah ali-Imran: ayat 26.
SULTAN MUHAMMAD SHAH
Sultan Islam Pertama Malaka
Sultan Islam Pertama Malaka
Sultan Melaka pertama diasaskan oleh Paramaisura pada 1384 Sejak itu,Malaka telah berkembang menjadi sebuah kerajaan yang kuat itu membentuk empayar yang disegani di seluruh dunia pada tahun 1400 Paramaisura menganut Agama Islam setelah berkahwin dengan puteri Sultan Zainal Abidin 1 Malikus Zahir (1383-1405 M) dari Samudra Pasai. Paramaisura (Sultan Muhammad Shah) merupakan Keturunan Iskandar Zulkarnian melalui Sang Sapurba dari Bukit Singuntang (1384-11414 M).
Kemasyuran Melaka telah menarik perhatian Portugis yang datang menyerang Melaka pada tahun 1511. Jatuhnya kota Melaka menandakan kejatuhan empayarnya Raja Kesultanan Melaka. Dua orang putera Sultan Mahmud Shah Melaka (1488-1511 M) bagaimanapun telah menjadi Sultan Perak pertama dan Sultan Johor pertama pada tahun 1528 M.
_____________________________________________________________________
SEJARAH SINGAPURA SERTA RAJA RAJA DAN KETURUNANNYA
oleh Raja Noor Jan Shah
(bahagian yang pertama)
Pada kurun masihi ke 7 didaerah Nusantara ini dikuasai oleh sebuah empayer Kerajaan Melayu yang besar yang bernama Kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Sumatera. Kerajaan Sriwijaya yang mempunyai angkatan laut yang kuat dan berpengaruh mempunyai daerah takluk yang luas yang meliputi Kemboja, Thailand, Semenanjung Malaya termasuk Temasik (nama Singapura pada waktu itu), Sumatera, Jawa, Kalimantan dan Sulawesi. Kerajaan Melayu Sriwijaya memerintah dan menguasai daerah Nusantara ini sekitar 400 tahun lamanya.
Pengaruh dan kekuasaan Kerajaan Sriwijaya mula menurun pada kurun ke 11 kerana peperangan dan serangan yang berasingan daripada angkatan tentera Kerajaan Majapahit dari Jawa dan setelah itu diserang pula oleh angkatan tentera Kerajaan Cholamandala dari India. Akibat peperangan dan serangan tersebut banyak daerah takluk Kerajaan Sriwijaya mula terlepas dan lama kelamaan daerah kekuasaannya semakin melemah dan akhirnya menjadi kerajaan kecil yang wilayahnya terbatas di daerah Pelembang sahaja bermula pada kurun masihi ke 13. Peninggalan empayer Kerajaan Melayu Sriwijaya di Sumatera itu kemudiannya dikenali sebagai Kerajaan Pelembang.
Kisah Bermula di Bukit Si Guntang
Pada masa itu Pelembang diperintah oleh rajanya yang bernama Demang Lebar Daun , asalnya daripada anak cucu Raja Sulan juga. Adapun negeri Pelembang itu yang ada sekarang inilah. Muara Tatang nama sungainya. Adalah dalam sungai itu ada sebuah sungai, Melayu namanya. Adalah didalam sungai itu ada satu bukit bernama Bukit Si Guntang, dihulunya Gunung Mahamiru, didaratnya ada satu padang bernama Padang Penjaringan. Didaerah itu ada dua orang perempuan balu yang bertanam padi dan sangat luas sawah padinya, seorang bernama Wan Empuk dan seorang lagi bernama Wan Malini. Pada suatu malam, Wan Empuk dan Wan Malini terlihat dari rumahnya akan cahaya seperti api yang menyala diatas Bukit Si Guntang. Walaupun merasa ingin tahu cahaya apakah gerangannya cahaya itu, namun mereka merasa takut bila memikirkan itu mungkin cahaya dari batu gemala naga yang besar, lalu mereka pun diam dan terus tidur.
Setelah hari siang maka Wan Empuk dan Wan Malini pun keluar rumah untuk menuju ke Bukit Si Guntang untuk melihat cahaya apa yang telah mereka lihat semalam. Lalu mereka pun berjalan dan dilihatnya, padinya berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. Mulanya Wan Empuk menyangkakan apa yang dilihat semalam adalah cahaya daripada padi padi itu semua, tapi Wan Malini menyatakan bahawa cahaya yang dilihat itu adalah diatas Bukit Si Guntang. Lalu mereka pun meneruskan perjalanan menaiki Bukit Si Guntang itu dan dilihatnya tanah negara bukit itu menjadi seperti warna keemas-emasan. Maka dilihatnya diatas tanah yang menjadi emas itu ada tiga orang lelaki muda teruna muda wangsa duduk di atas lembu putih seperti perak serta lengkap memakai pakaian anak anak Raja yang bertatahkan ratna mutu manikam serta ketiga tiganya memakai mahkota dan terlalu elok parasnya. Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun hairan tercengang-cengang melihat paras sikapnya orang muda bertiga itu. Seorang memegang curik (sejenis parang) dan satu kayu yang bercap ditangannya, seorang memegang lembing dan seorang memegang pedang, sekelian nya daripada keemasan. Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun merasa hairan dan ingin tahu, seperti yang tertulis di Buku Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) tulisan Tun Seri Lanang, Bendahara Johor tahun 1612, seperti berikut:-
Maka Wan Empuk pun berfikir didalam hatinya, “Anak Raja mana orang muda bertiga ini, sekoyong-koyong ada di Bukit Si Guntang ini, dari mana gerangan datangnya? Dan apa jua bangsanya? Baik aku bertanya kepadanya, entah sebabnya maka padiku berbuahkan emas, dan tanah Negara bukit itu pun seperti emas”. Setelah keduanya berfikir, lalu bertanya, “Siapa tuan hamba bertiga ini? Anak Raja mana tuan hamba? Anak Raja jinkah atau anak Raja perikah, atau anak Raja inderakah? Hendaklah berkata benar tuan hamba bertiga kepada kami berdua ini, kerana lamalah kami duduk di lembah Bukit Si Guntang ini, seorang manusia pun tiada datang kemari, baharu pada hari inilah kami lihat tuan hamba bertiga ini”.
Maka sahut anak Raja yang sulung bernama Nila Pahlawan, “Adapun kami ini bukan dari pada jin dan peri, dan bukan kami daripada bangsa indera, bahawa adalah bangsa kami ini daripada manusia. Asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnien, dan nasab kami Raja Nusyirwan Adil, Raja masyrik dan maghrib, pancar daripada Raja Sulaiman alaihi salam, dan nama kami Nila Pahlawan, dan yang seorang ini Krisyna Pandita dan seorang lagi Nila Utama. Dan nama curik kami Si Mandang Kini, dan kayu ini Cap Kempa namanya, dan pedang ini Badram Balawa namanya, dan lembing ini Lembuara namanya.
Maka kata Wan Empuk dan Wan Malini, “ Jikalau tuan hamba daripada anak cucu Raja Iskandar apa sebab maka tuan hamba kemari, dari mana jalan tuan hamba”? Maka Nila Pahlawanpun pun berceritalah seperti cerita ayahnya kepada Raja Aktabul-Ard. Segala hikayat Raja Iskandar beristerikan anak Raja Kida Hindi, dan peri Raja Suram masuk ke dalam laut, dan peri duduk dengan bondanya beranakkan baginda bertiga bersaudara itu, semuanya dihikayatkannya kepada Wan Empuk dan Wan Malini”. Maka kata Wan Empuk, “Apa alamatnya seperti kata tuan hamba itu? Maka sahut Nila Pahlawan, “Mahkota kami bertiga inilah alamatnya, serta padi habis berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suada, dan tanah negeri bukit ini menjadi seperti warna keemas-emasan. Jikalau embuk tiada percaya, pandanglah alamat kami, anak cucu Raja Iskandar Zulkarnien, pancar Sulaiman alaihi salam.
Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun percayalah akan kata orang muda itu, serta dengan sukacitanya. Ketiga anak Raja itu dibawanya kembali kerumahnya. Maka ketiga baginda bersaudara pun duduklah dipeliharakan oleh Wan Empuk dan Wan Malini, padinya pun dituainyalah. Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun kayalah dengan sebab mendapat anak anak Raja itu.
Maka terdengarlah kepada Demang Lebar Daun bahawa Wan Empuk dan Wan Malini mendapat anak Raja dari Bukit Si Guntang, daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnien itu. Maka Demang Lebar Daun pun mudiklah mendapatkan Wan Empuk dan Wan Malini, mengadap anak Raja itu. Maka diambilnya ketiga anak Raja itu dibawa dengan kenaikan baginda lembu puteh itu ke negeri Pelembang, dipeliharakannya dengan sempurna. Maka Nila Pahlawan di gelar Sang Si Perba.
Asal Raja Minangkabau dan Tanjung Pura
Setelah itu termasyurlah pada segala negeri bahawa Demang Lebar Daun mendapat anak Raja tiga bersaudara daripada Bukit Si Guntang daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnien. Maka datanglah Patih Suatang, Penguasa Minangkabau ke Pelembang dengan membawa segala pegawai dan rakyat sekeliannya untuk meminta seorang anak Raja itu hendak dirajakannya di alam Minangkabau. Lalu Demang Lebar Daun pun memberikan Sang Si Perba serta sekelian alatnya. Maka Patih Suatang membawa nya balik ke alam Minangkabau dan diRajakannya disana. Alam Minangkabau ini kemudiannya di namai Pagar Ruyung.
Berita mengenai anak Raja tiga bersaudara itu juga didengar di Tanjung Pura. Setelah Rajanya mangkat, maka Patihnya pun pergi ke Pelembang meminta seorang anak Raja daripada Demang Lebar Daun untuk dijadikan Raja di Tanjung Pura. Maka diberikan Krisyna Pandita dengan alatnya.
Maka tinggal lah Nila Utama berkerajaan di Pelembang bergelar Seri Teri Buana dan kerajaan baginda dipangku oleh Demang Lebar Daun. Setelah beberapa lama baginda didalam kerajaan, maka baginda pun hendak beristeri. Lalu diberitahukan kepada Demang Lebar Daun untuk mencarikannya isteri. Maka Demang Lebar Daun pun mencarilah mana anak anak raja yang baik untuk dipersembahkan kepada Seri Teri Buana. Setelah malam dibawalah baginda beradu. Setelah siang hari maka dilihat baginda anak raja perempuan itu tiba tiba kendal (mengalami sakit kulit seperti panau). Lalu dikembalikan kepada Demang Lebar Daun dan disuruh carikan yang lain. Maka dipersembahkannya yang lain pula, lalu dibawa beradu, esoknya, Kendal pula. Maka habislah anak anak raja perempuan didalam negeri Pelembang itu, apabila dibawa baginda beradu, kendal pula semua tubuhnya. Akhirnya Demang Lebar Daun memberitahu baginda bahawa tiada lagi anak anak raja perempuan didalam negeri Pelembang ini yang baik.
Dalam pada itu Seri Teri Buana mendengar bahawa Demang Lebar Daun mempunyai seorang anak perempuan yang baik parasnya yang tiada tandingan di negeri itu. Baginda berharsat untuk meminta anak Demang Lebar Daun untuk dijadikan isterinya tapi takut tidak diberi oleh Demang Lebar Daun. Maka baginda pun merasa serba salah dan berdukacita hingga beberapa hari tidak keluar untuk diadap oleh orang dibalai. Demang Lebar Daun merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan baginda lalu datang mengadap untuk bertanyakan sebabnya jikalau ada apa apa yang tak kena. Setelah ditanya beberapa kali oleh Demang Lebar Daun, akhirnya baginda pun menanyakan mengenai khabar yang Demang Lebar Daun mempunyai anak perempuan yang boleh baginda jadikan isteri.
Bersumpah Setia Berteguh Janji
Demang Lebar Daun pun membenarkan khabar yang baginda dengar itu dan bersedia untuk mempersembahkan anaknya itu kepada baginda untuk dijadikan isteri, tetapi meminta baginda untuk berjanji dahulu dengan nya seperti yang tertulis di Buku Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) tulisan Tun Seri Lanang, Bendahara Johor seperti berikut:-
Maka titah baginda, “Apa janji paman hendak diperjanjikan dengan hamba itu? Katakan oleh paman biar hamba dengar”. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak patik telah terambil ke bawah duli, jikalau ia kena penyakit seperti patik-patik yang lain, telah maklum ke bawah duli tuanku itu, jikalau ada ampun kurnia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku. Biarlah dia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia, dan menyapu sampah dibawah peraduan duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan (dihinakan), dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku, jangan duli tuanku aibi”.
Maka titah Seri Teri Buana, “Kabullah hamba akan janji paman itu, tetapi hamba pun hendak minta janji juga pada paman”. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Janji yang mana itu, patik pohonkan titah duli Yang maha Mulia”. Maka titah Seri Teri Buana, “Hendaklah segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim dan jahat pekertinya, janganlah segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga ditakluk negerinya juga”.
Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku”. Maka titah Seri Teri Buana, “Baiklah paman, kabullah hamba akan waad (janji) itu. Maka baginda pun bersumpah sumpahlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya kebawah kakinya keatas”. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau Raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan tahta kerajaannya”. Itulah dianugerahkan Allah subhanahuwa taala pada segala Raja-Raja Melayu, tiada pernah memberi aib kepada segala hamba Melayu, jikalau sebagaimana sekali pun besar dosanya, tiada diikat dan tiada digantung, difadihatkan dengan kata-kata yang keji hingga sampai pada hukum mati, dibunuhnya. Jikalau ada seorang Raja-Raja Melayu itu memberi aib seorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa.
Setelah sudah Demang Lebar Daun berteguh teguh waad (janji) itu, maka ia menyembah lalu kembali ke rumahnya, menghiasi anaknya yang bernama Raden Ratna Cendera Puri itu dengan selengkap perhiasan yang keemasan. Setelah sudah, lalu dibawanya masuk kedalam, dipersembahkan kepada SeriTeri Buana. Setelah baginda memandang rupa baik paras anak Demang Lebar Daun itu, maka baginda pun hairan serta dengan sukacitanya. Maka titah baginda, “Sepenuh kasih pamanlah, hamba terima”. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Barang Daulat tuanku bertambat-tambah”. Seraya ia bermohon kembali.
Setelah hari malam, Seri Teri Buana pun beradulah dengan Raden Ratna Cendera Puri. Setelah hari siang, dengan anugerah Allah taala, dilihatnya baginda akan isterinya suatu pun tiada merbahayanya, dipandang baginda bertambat amat pula indah sifat parasnya, kerana asal Demang Lebar Daun itu daripada Raja Sulam juga. Maka baginda pun terlalu sukacita, seraya baginda menyuruh memanggil Demang Lebar Daun. Maka Demang Lebar Daun pun datang mengadap serta duduk menyembah. Maka titah Seri Teri Buana, “Paman, adalah anak paman suatu pun tiada merbahayanya”. Maka dipandang oleh Demang Lebar Daun, sungguh suatu pun tiada cacatnya anaknya itu. Maka sembah Demang Lebar Daun dengan sukacitanya, “Daulat Berdaulat tuanku Seri Teri Buana, Dipertuan tentera hamba Melayu”, seraya menyembah lalu kembali mengampungkan segala pegawai dan rakyat sekelian memulai berjaga jaga, mengahwinkan Seri Teri Buana dengan anaknya. Membuat panca persada tujuh belas pangkat (bangunan persiraman yang bertingkat-tingkat) serta dengan alat perhiasannya, terlalu indah perbuatannya. Betala tukangnya.
Maka terlalulah ramai orang berjaga jaga itu, empat puluh hari empat puluh malam dengan segala bunyi-bunyian, beratus kerbau, lembu, biri-biri, itek, ayam, angsa yang disembelih orang akan makanan segala orang yang bekerja itu. Kepala kerbau menjadi tungku, kerak nasi menjadi busut dan air mendidih menjadi anak sungai. Setelah genap empat puluh hari empat puluh malam, maka Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri pun dihiasi oranglah dengan segala pakaian yang keemasan, bertahtakan ratna mutu manikam yang gemerlapan. Akan Seri Teri Buana pun mengenakan mahkota baginda yang amat gilang-gemilang, cahaya manikamnya gemerlapan memberi hairan yang melihat dia. Maka baginda naiklah ke atas perarakan emas berpermata dibawah payung empat terkembang. Maka diarak oranglah tujuh kali berkeliling negeri Pelembang itu dengan serba bunya-bunyian, lalu keistana. Maka baginda pun dikahwinkan dengan Raden Ratna Cendera Puri. Maka rupa baginda laki isteri itu seperti matahari berkembar dengan bulan dipandang.
Setelah sampai tiga hari, maka dimandi-mandikan oleh Deman Lebar Daun, diarak pula ke panca persada dengan sepertinya, betapa ada Raja yang besar-besar mandi, demikianlah dikerjakan oleh Demang Lebar Daun. Setelah selesai daripada itu maka Seri Teri Buana pun tetaplah kerajaan dalam negeri Pelembang, amat berkasih-kasihan dua laki isteri, menjadi makmurlah negeri Pelembang Darul Salam selama baginda naik kerajaan itu.
(bahagian yang ke dua)
Mencari Tempat Baru Untuk Berbuat Negeri
Mencari Tempat Baru Untuk Berbuat Negeri
Setelah memerintah Kerajaan
Pelembang selama beberapa tahun, maka pada suatu hari Seri Teri Buana pun
berfikir untuk mencari tempat baru berbuat negeri, kerana Pelembang baginda
tiada berkenan dan lagi pun baginda hendak melihat laut. Maka baginda pun
memanggil Demang Lebar Daun untuk menyatakan hasrat baginda seperti yang
tertulis di Buku Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) tulisan Tun Seri Lanang,
Bendahara Johor, seperti berikut:-
Setelah Demang Lebar Daun
datang, maka titah baginda, “Apa bicara paman, adalah hamba ini hendak pergi
bermain main melihat laut”. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku,
jikalau duli Yang Dipertuan akan berangkat patik mengiringlah, kerana patik
tiada dapat bercerai dengan duli tuanku”. Maka titah baginda, “Hamba pun tiada
dapat bercerai dengan paman. Segaralah paman berlengkap perahu”.
Maka Demang Lebar Daun pun menyembah, lalu keluar mengerahkan segala Orang
Besar-besar yang akan membawanya mengiring itu berlengkap perahu, membaiki alat
senjata. Maka mereka itu sekelian berlengkap. Setelah sudah lengkap, maka
Demang Lebar Daun pun memanggil saudaranya yang muda, katanya, “Tinggallah tuan
hamba, peliharakan negeri ini baik baik, hamba hendak mengiring duli Yang
Dipertuan, barang ke mana hendak baginda hamba iringkan”. Maka kata saudaranya,
“Baiklah”. Maka Demang Lebar Daun pun masuklah mengadap Seri Teri Buana,
persembahkan segala perahu itu sudah lengkap. Maka titah baginda, “Bermuatlah
paman, tiga hari lagi kita pergi”. Maka Demang Lebar Daun pun menyembah lalu
keluar mengerahkan segala orang yang akan dibawa itu bermuat. Maka sekeliannya
pun bermuatlah, masing masing pada perahunya.
Setelah genap tiga hari,
maka Seri Teri Buana pun berangkatlah, berkenaikan (perahu) telumba
berdandankan emas bertatah permata, perbujangan lelayang berdandan perak
bersendi tembaga suasa. Maka Demang Lebar Daun dengan segala menteri hulubalang
masing masing dengan perahunya, ada tongkang, ada ganting, ada keluas. Maka
rupa perahu mereka yang mengiring itu terlalu banyak, bagai tiada dapat
dibilang rupanya penuh dilaut. Rupa tunggal panji panji seperti awan berarak.
Rupa paying segala raja-raja dan catria seperti mega membangun. Rupa tiang
seperti pohon kayu. Setelah sampai ke kuala, lalu belayar menyusur.
Hatta beberapa hari dilaut,
maka sampailah ke kuala Inderagiri. Maka titah Seri Teri Buana, “Apa nama
sungai ini?’ Maka sembah mereka yang pelayaran, “Kuala Kuantan tuanku,
namanya”. Maka tampak pula gunung Lingga dari sana. Titah baginda. “Gunung mana
yang kelihatan dua itu?”. Maka sembah orang itu, :Gunung Lingga tuanku”.
Setelah datang ke suatu
selat, maka segala kelengkapan baginda pun kekurangan air, beberapa dicari oleh
sekelian mereka itu tiada bertemu dengan air tawar, maka kalut (kelam-kabut)
lah mereka itu sekeliannya kehausan air. Maka titah Seri Teri Buana,
“Lingkarlah rotan, campakkan ke air itu”. Maka dikerjakan oranglah seperti
titah baginda itu. Maka baginda pun turun ke sampan, serta baginda bercita akan
Raja Iskandar Zulkarnien dan Raja Sulaiman alaihi salam. Maka dicelupkan
baginda ibu kaki ke dalam lingkaran rotan itu. Dengan anugerah Tuhan Yang Maha
Kuasa, berkat pancar Nabi Sulaiman alaihi salam, air masin itu menjadi tawar.
Maka segala kelengkapan baginda masing masing mengisi air kedalam tempayannya.
Maka dipanggil orang “Selat Air Tawar” datang sampai sekarang. Setelah itu maka
sekelian kelengkapan baginda pun belayarlah mengiringkanbaginda. Hatta
sampailah ke Selat Sambu.
Sebermula maka tersebutlah
perkataan Raja Bintan, pada zaman dahulu baginda itu Raja besar di bawah angin
ini. Raja itulah yang empunya nobat yang ada sekarang ini. Kata yang empunya
cerita, Raja itu bernama Raja Ishar Syah, dan nama isterinya Iskandar Syah. Ada
baginda beranak seorang perempuan bernama Wan Seri Beni. Raja Ishar Syah itu
pancar daripada Raja Banglung. Maka baginda kedua laki isteri sudah hilang,
anakanda baginda Wan Seri Beni lah kerajaan di negeri Bintan menggantikan
kerajaan ayahanda bonda baginda, bernegeri di Bukit Bijana, didarat Telaga
Tujuh, berbandar di Tanjung Bintan, bertimbalam Tanjung Siak Menanti. Teluk
Bintan itulah labuhan dagang. Mangkubumi baginda yang bernama Aria Bupala dan
Menteri Bupala telah mendengar khabar Raja yang dari Bukit Si Guntang itu
datang dari Pelembang ada di Selat Sambu. Maka keduanya pun masuklah mengadap
Wan Seri Beni persembahkan khabar itu.
Maka titah Wan Seri Beni,
“Apa bicara tuan hamba akan anak Raja itu datang ke teluk rantau kita ini”.
Maka sembah Menteri Bupala, “Mana titah hamba junjung, adalah pada pendapat
hamba, baik juga kita alu-alukan dia, kerana Raja besar”. Maka titah Wan Seri
Beni, “Sebenarnyalah bicara tuan hamba”. Seraya menyuruh mendapatkan anak Raja
itu. “Jikalau ia tua, katakan adinda empunya sembah, dan ia jikalau muda,
katakan bomda empunya salam”. Pada maksud baginda, jika Raja itu tua daripada
baginda hendak diambil akan suami, dan jika muda hendak diambil akan anak.
Maka Aria Bupala dan
Menteri Bupala pun menyembah, lalu keluar berlengkap empat buah lancaran, dua
buah diisinya dengan alat senjata, hulubalang menduduki dia, dan dua buah
berisi sirih pinang dan segala buah-buahan tebu, pisang serta makanan.
Menterilah menduduki dia. Maka Aria Bupala lah pergi menjadi tuanya. Maka
segala perahu itu pun pergilah mengikut dari Tanjung Rengas sampai ke Selat
Sambu, tiada berputusan rupa perahu. Maka Aria Bupala pun sampailah kepada
kelengkapan Pelembang, maka disuruh sungsung oleh Demang Lebar Daun kepada
Batala. Setelah bertemu lalu dibawanya mengadap.
Setelah Aria Bupala melihat
rupa Seri Teri Buana itu, maka ia pun tercengang seketika. Dipandangnya lagi
tengah muda, bangun teruna. Maka katanya, “Tuanku, paduka bonda empunya salam,
tuanku dipersilakan paduka bonda masuk ke negeri. Itu pun jikalau ada dengan
tulus ikhlas duli tuanku”. Maka titah Seri Teri Buana, “Lain-lain pula titah
paduka bonda, adalah kita ke mari ini tuan, sahaja hendap mengadap paduka bonda
lah”. Maka Aria Bupala pun terlalu suka mendengar titah baginda itu, maka
segala sirih pinang dan buah-buahan serta makanan itu sekeliannya
dipersembahkan oleh Aria Bupala. Maka sekeliannya itu pun disambut orang,
disuruh bahagikan pada segala Orang Besar-besar dan segala mereka yang ada.
Aria Bupala pun dengan segala menteri, hulubalang tentera yang sertanya iti di
persalinkan baginda dengan sepertinya, maka sekeliannya menjunjung duli
baginda.
Setelah itu titah Seri Teri
Buana, “Katakan sembah kita kepada paduka bonda itu, esoklah kita mengadap
paduka bonda”. Maka sembah Aria Bupala, “Baiklah tuanku”, serta ia bermohon
kepada baginda dengan segala menteri hulubalang yang sertanya, lalu turun
kembali mengadap Wan Seri Beni. Maka segala kata-kata, peri kelakuan Seri Teri
Buana itu semuanya dipersembahkannya kepada Wan Seri Beni. Maka baginda pun
hairan serta dengan sukacitanya, seraya menyuruh menghiasi negeri. Maka segala
kelengkapan Bintan, lancaran tiang tiga, selur, dendang dan jong diatur
oranglah, semenjak dari Tanjung Rengas sampai ke Karas Besar tiada putus
kelengkapan Bintan, demikian ceritanya pada zaman dahulukala, dan perahu dagang
yang ada dalam labuhan Teluk Bintan, tidar, data dan banting, semuanya
diundurkan orang, ada yang ke hulu , ada yang ke hilir Teluk Bintan. Itulah diperbuat
orang pantun.
“Teluk Bintan labuhan dagang,
“Teluk Bintan labuhan dagang,
Tempat pengail parang-parang,
Adakah hitam pinggangnya ramping,
Bagai bunga sudah dikarang”.
Setelah keesokan harinya,
maka segala kelengkapan Palembang pun kelihatanlah dari atas pelarian kota,
maka gemparlah segala orang mengatakan Seri Teri Buana telah kelihatan
kelengkapannya. Maka Aria Bupala dengan segala hulubalang Bintan pun dititahkan
oleh Wan Seri Beni mengalukan baginda itu. Maka sekeliannya pergilah
mengalu-alukan. Maka bertemulah kelengkapan Palambang dengan kelengkapan
Bintan, selaku-laku akan berperang lakunya, rupa tunggal, panji-panji, merawal
dan ambul-ambul seperti taruk kayu dalam hutan ditiup angin. Bersatu rupanya
keluar dari Tanjung Rengas itu, seperti kawan semut beriring-iring rupanya.
Maka gemuruhlah bunyi bahananya, tempik sorak suara rakyat antara kedua pihak
itu berdayung, bercampur dengan bunyi-bunyian, gegak-gempita bahananya.
Maka kelihatanlah kenaikan
Seri Teri Buana bernyala rupanya, berseri rupa alat perhiasan, menyusup rupanya
datang. Maka Menteri Bupala pun hadirlah dijambatan dengan segala menteri
sida-sida, bentara menanti. Maka kenaikan Seri teri Buana pun terkepillah di
jambatan berkembar dengan perahu Demang Lebar Daun. Maka Menteri Bupala pun
mengepilkan gajah menyambut baginda turun, maka baginda pun naiklah ke atas
gajah, Demang Lebar Daun mengepilkan gajah baginda.
Syahadan di Bintan gajah
memangku puan baginda, dan Demang Mangku Raja, saudara Demang Lebar Daun,
menyandang pedang Badram Belawa, dengan segala penjawat baginda berjalan
dihadapan gajah baginda. Menteri Bupala memegang gading kanan, Aria Bupala
memegang gading kiri. Maka payung iram-iram kerajaan putih pun berkembanglah
empat, serta cogan kerajaan panji-panji pun berdirilah. Maka diarak oranglah
baginda masuk kedalam kota Bintan dengan segala bunyi-bunyian diiringkan oleh
segala menteri hulubalang kedua buah negeri itu, terlalu sabur rupanya. Mereka
yang melihat bersesak bertindih-tindih sepanjang pasar itu. Maka disuruh arak
oleh Wan Seri Beni langsung sekali kedalam, maka diaraklah orang masuk kedalam
balai rong sekali, terkepil diatas diatas balai rong dalam.
Maka Demang Lebar Daun
dengan Menteri Bupala segera menyambut baginda, maka baginda berjalanlah di
seri balai, naik langsung semayam di atas singgahsana Raja Ishar Syah, ayahanda
Wan Seri Beni. Syahadan Wan Seri Beni pun telah semayam di seri penghadapan
dihadapan sekelian isi istana dan segala isteri Orang Besar-besar. Maka Demang
Lebar Daun pun di atur bertimbalan dengan Aria Bupala, dan yang lain daripada
itu masing-masing kepada peraturannya, penuh pepak (penuh lengkap) mengadap
Seri Teri Buana di balairung.
Jadi Anak Angkat Raja
Perempuan Bintan
Maka puan (tepak sirih)
daripada Wan Seri Beni pun dipersembahkan bentaralah kepada Seri Teri Buana.
Maka titah Wan Seri Beni, “Ya anakku tuan, santaplah sirih bonda yang tiada
dengan sepertinya. Besarnya untung bonda, tuan datang ke negeri ini, dan
kerajaanlah tuan di sini, bonda pun tiada empunya anak, tuanlah anak bonda, dan
tuanlah yang empunya negeri Bintan ini dengan segala bala tenteranya, bonda
berikan kepada tuan, mana perintah tuanlah akan bala tentera tuan, akan segala
alat kerajaan bonda kepada tuanlah bonda salinkan”. Maka baginda pun menyuruh
menghiasi istana bonda baginda, Puteri Iskandar Syah, dengan selengkap alat
perhiasan yang keemasan, bertatahkan ratna mutu manikam. Maka baginda
menyuruhkan isteri Menteri Bupala dengan segala isteri Orang Besar-besar
menjemput Raden Ratna Cendera Puri usungan emas berpermata, berkhemah badar
sila, bertabir dewangga pirang.
Maka pergilah isteri
Menteri Bupala bertandu mengiringkan usungan emas itu dengan isteri Orang
Besar-besar, diikuti segala pegawai serta dengan alat senjatanya. Setelah
sampai, maka isteri Menteri Bupala dengan segala yang bersamanya itu pun
turunlah kepada kenaikan Seri Teri Buana, mendapatkan Raden Ratna Cendera Puri.
Setelah bertemu maka sekeliannya duduk menyembah serta dengan berkenan
memandang baginda, terlalu baik parasnya, sedap manis barang lakunya.
Maka sembah isteri Menteri Bupala,
“Tuanku, paduka bonda empunya salam, tuanku dipersilakan paduka bonda naik ke
istana. Maka ujar Raden Ratna Cendera Puri, “Titah duli paduka Suri itu hamba
junjunglah, hamba lagi menanti raja turun mengadap duli baginda”. Maka sembah
isteri Menteri Bupala, “Sudah maklum tuanku, paduka kekanda, paduka bonda
menitahkan patik sekelian mengadap, persilakan dulu tuanku”.
Maka tengah berkata-kata
itu, Demang Lebar Daun pun datang dititahkan Seri Teri Buana, mengambil
anakandanya. Maka Raden Ratna Cendera Puri pun naiklah ke atas usungan,
bersama-sama isteri Menteri Bupala dan bondanya, yang lain dari itu
masing-masing berjalan di tanah dengan segala inang pengasuh, dayang-dayang dan
mendara perwara (gadis-gadis pengiring pemaisuri). Adalah Raden Ratna Cendera
Puri terlalulah ramai berjalan mengiringkan usungan itu masuk ke dalam. Setelah
sampai istana Wan Seri Beni, maka Raden Ratna Cendera Puri pun turunlah, naik
ke istana diiringkan sekelian yang berserta dengan baginda itu.
Setelah Wan Seri Beni
melihat anakanda baginda itu, maka baginda pun bangkit dari atas petarana
menyambut tangan Raden Ratna Cendera Puri, dibawa semayam bersama-sama di atas
peterana itu. Maka Raden Ratna Cendera Puri pun tunduk menyembah duli Wan Seri
Beni maka dipeluk dicium baginda serta berkenan memandang rupa dan laku Raden
Ratna Cendera Puri itu, maka jatuhlah hati baginda terlalu kasih. Maka
diperjamu bagindalah denga segala nikmat dan dipersalin dengan pakaian
Raja-Raja yang keemasan, bertatahkan ratna mutu manikam. Maka baginda sendiri
menghantarkan Raden Ratna Cendera Puri ke istana bonda baginda, Puteri Iskandar
Syah. Setelah itu baginda pun kembali ke istana sendiri.
Maka diceritakan oleh orang
yang empunya cerita, adalah Seri Teri Buana akan kerajaan di Bintan ditabalkan
oleh Wan Seri Beni dan dinobatkan. Segala menteri hulubalang bala tentera
Bintan dan Pelembang mengadap nobat baginda. Betala lah menbaca cirri, gelar
baginda Seri Teri Buana juga. Demang Lebar Daun dijadikan oleh Wan Seri Beni,
Bendaharanya. Menteri Bupala dan Aria Bupala menjadi Menteri dan Penghulu
Hakim. Demang Mangku Raja dititahkan Seri Teri Buana pulang ke Pelembang
menjadi kerajaan di hulu. Kata sahibul hikayat ialah asal Raja Pelembang yang
ada sekarang ini. Hatta maka tersebutlah anak cateria (hulubalang) China yang
tinggal di negeri Belambang Majud, terlalu baik parasnya. Maka ia tiada juga
duduk di dalam negeri itu, lalu ia pergi pergi ke Pelembang. Maka oleh Demang
Mangku Raja, dipersembahkan ke Bintan, ke bawah duli Seri Teri Buana. Maka oleh
baginda didudukkan (dikahwinkan) dengan Puteri Tanjung Buih dan tinggal di
Bintan.
Maka negeri Bintan
makmurlah selama Seri Teri Buana kerajaan itu., sampailah kepada dua tahun
baginda di atas kerajaan Bintan.
Pada suatu hari, baginda
berkira-kira hendak membawa isteri baginda bermain-main ke Bengkilau. Maka
baginda menyuruhkan Aria Bupala mengadap bonda baginda, Wan Seri Beni, titah
baginda,”Katakan sembah hamba kepada bonda, bahawa hamba hendak membawa
perempuan bermain-main ke Bengkilau”.
Maka Aria Bupala pun menyembah, lalu masuk mengadap Wan Seri Beni, mempersembahkan seperti titah Seri Teri Buana itu.
Maka Aria Bupala pun menyembah, lalu masuk mengadap Wan Seri Beni, mempersembahkan seperti titah Seri Teri Buana itu.
(bersambung ke bahagian yang ke tiga)
DULI YANG MAHA MULIA SERI MAHARAJA ALAM JOHAN BERDAULAT
PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH
Raja Kesultanan Melaka Darul Islam-Perak Ke-22 (1851-1857).,PPJP(Juble Perak Selangor D.Ehsan)1985.,D.K.(Darjah Kerabat Karaton Hadiningrat Yang Amat Terbilang)2008.,D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran : Pangeran Santana)2010.,D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Raja Kesultanan Indragiri)2013.,Surat Pengitirafan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Ref:Sigl.Boe/Royal.Appointment.8888888892/Unversal.Trust Rating.Certification (Sebagai Pewaris Sah Takhta Raja Kesultanan Melaka Darul Islam)2013.,Dinobatkan (Sebagai Penaung Raja-Raja Nusantara di Karaton Glagah Wangi Demak)2014.,Dinobatkan (Sebagai Yang Maha Utama Sri Amantubillah Raja Kesultanan Mempawah)2014.,Dinobatkan (Sebagai Seri Maharaja Alam Johan Berdaulat-Acheh Darussalam)2016.
SULTAN MALAKA YANG BERDAULAT JUGA DISEBUT 'MALACCA' YANG DIPERTUAN GABUNGAN TIGA NEGARA MALAKA DARUL ISLAM-RIAU-ACHEH DARUSSALAM
YBHG.DATO’ SERI PADUKA HJ AB LATIFF BIN HJ.DAUD
DKSM.,DKPM.,SPMM(Melaka Darul Isialm)2005-2013.,
AMP,DMP(Karaton Surakarta Hadiningrat Indonesia).,
ORANG BESAR DELAPAN
Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan (Melaka Darul Islam) AMN.,PJK.
Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan (Melaka Darul Islam) AMN.,PJK.
JAWATAN
SETIAUSAHA SULIT KANAN KEPADA:
KEBAWAH : D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM.,AHLI
MAJLIS TERTINGGI RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM.
RAJA KESULTANAN
MELAKA
Nama dan Isu
Raja Kesultanan Melaka tiba-tiba muncul kembali dan mula disebut-sebut
semula oleh publik-umum, khususnya rakyat di Malaysia yang perihatin mengenai
hal nasib bangsa mereka.. Ia muncul
semula dalam perbualan, dalam masyarakat secara tiba-tiba. Isu kemunculan individu yang bernama Raja
Noor Jan Shah yang mengaku dan
mengistiharkan dirinya sebagai pewaris
jati-mutlak Sultan Melaka yang ke 44 ini telah menggemparkan seluruh negara dan
Nusantara. Kemunculan Tuanku secara
resmi-terbuka dan gentlemen ini berlangsung di Dewan Komuditi, Gombak, Selangor
Darul Ihsan. Saat-ketika-peristiwa yang
amat bersejarah ini adalah berlaku pada
l3hb. November, 2005.
Peristiwa munculnya kembali waris-mutlak Kesultanan Melaka ke 44 ini
adalah bagai-seperti sirih pulang ke
gagang, dan ibarat sirih pulang ke tampok. Ini adalah kerana tuntutan dan
perisytiharan Tuanku sebagai pewaris
jati-mutlak Sultan Melaka ke 44 adalah begitu
kena, begitu tepat dengan masa
terkini dimana orang Melayu sedang tertunggu dan tercari-cari kepimpinan baru
yang dapat menaikkan semula imej bangsa Melayu dan Agama Islam.
Rupa-rupanya, dan dalam
senyap-diam; Tuanku telah merancang dan memulakan langkah bijaksana
baginda. Tuanku telah pun menghantar
secara resmi sepucuk warkah-surat diraja
dan surat perisytiharan diri sebagai Sultan Melaka ke 44 kepada pelbagai pihak yang berwajib-berkuasa,
yang sepatutnya tahu dan seterusnya mestilahmengambil langkah - tindakan yang
sepatutnya. Warkah-surat utusan diraja bagi pehak Tuanku telah dikirim-hantar
kepada Raja Yang DiPertuan Agong Malaysia pada ketika itu, iaitu Tuanku Syed Putera Jamalullail. Melalui warkah ini, Tuanku telah
membukti-memperincikan Salasilah Keturunan baginda sejelas-jelasnya dan secara
yang tersusun rapi. Salasilah yang tepat
jelas ini pasti tidak akan dapat dinafikan oleh pakar-ahli sejarah akan
keabsahan-kesahihannya. Justeru itulah Tuanku berani mengistiharkan diri
“bahawa baginda adalah individu atau orang
yang benar-benar mempunyai hak waris-mulak, yang sepatutnya diisytiharkan sebagai Sultan Melaka ke 44”.
Warkah Tuanku itu juga telah
menegaskan bahawa “permohonan dan tuntutan baginda bukanlah untuk mencabar atau
memecah-belahkan keadaan-suasana beraja
yang sedia ada, tetapi adalah untuk
membolehkan baginda mendapatkan kembali hak keturunan baginda yang telah lama terpinggir.
Warkah Tuanku itu juga telah
menyertakan, telah mengemukakan senarai-susunan Salasilah Keturunan baginda
yang selengkapnya. Salasilah ini nampaknya memang benar-benar dapat
dibukti-dipertanggungjawabkan.
Warkah Tuanku juga telah menyenaraikan,
lengkap dengan lampiran gambar-gambarnya sekali mengenai perkara
pemilikan dan milik pusaka-mempusakai berbagai-jenis alat-alat kebesaran
Kerajaan Melayu Melaka yang silam.
Alat-alat ini adalah peninggalan-pusaka yang pernah diguna-pakai oleh
Sultan Ahmad Shah, Sultan Melaka yang ke-9, iaitu Sultan Melaka yang terakhir
(1516-1528).
Warkah Tuanku juga menyertakan maklumat dan gambar Keris Tameng Sari yang
pernah diguna pakai oleh Laksamana Hang Tuah, hulubalang utama-terbilang
dizaman Kesultanan Melaka dimasa silam.
Warkah Tuanku juga melampirkan maklumat dan gambar-gambar satu lagi alat
kebesaran Diraja Kesultanan Melayu Melaka iaitu
sepasang Keris Bedut. Dengan pemaparan
ini, ianya pasti dapat
mengukuhkan lagi tuntutan baginda Tuanku.
Pada keris ini tertera dengan jelasnya melalui penggunaan huruf ukiran
jawi yang berbunyi ‘Ahmad bin Mahmud 1517’.
Ahmad bin Mahmud tentulah bermaksud Sultan Ahmad Shah, putera sulung Sultan Mahmud Shah, Sultan
Melaka ke 8. Manakala “1517” pula,
adalah bermaksud sebahagian dari tahun-tahun
Sultan Ahmad yang dapat memerintah semula Melaka setelah mengambilnya
semula dari tangan kuasa Portugis pada tahun 1516.
Tuanku juga melampirkan sama maklumat dan gambar-gambar pusaka pemakaian
bagi DYMM Raja Permaiuri Kesultanan Melayu Melaka iaitu
sebuah Mahkota Permaisuri dan Kalong Berbintang Lima.
Surat resmi pertama yang
menyatakan kemunculan kembali zuriat keturunan Sultan Melaka ke 44 telah
dihantar kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (Rujukan – 478 /
IKSM/ 2006), bertarikh 17 hb. November 2005 iaitu hari keempat setelah Tuanku
selesai mengadakan Istiadat Penganugerahan Gelar Adat kali pertama; bertempat
di Dewan Komuditi, Gombak, Selangor. Isi
surat ini menegaskan lagi bahawa tuntutan dan peristiharan Tuanku sebagai
Sultan Melaka ke 44 bukanlah untuk menggugat kedudukan Raja-Raja yang telah
sedia ada, malah berjanji tidak akan menganggu
negeri-negeri yang telah sedia ada Raja.
Tuanku adalah Bija Nigara, Bija
Mantera dan Bija Benih yang merupakan benih-benih Raja yang telah mewujudkan,
meninggalkan dan mewariskan peristiwa pembukaan negeri-negeri dan juga negara.
Oleh itu baginda hendaklah dimasyurkan, diwarwarkan mengenai kedudukannya yang
berkaitan sejarah yang sebenar. Pemasyhuran ini perlu supaya segala yang
kusut-tersimpul akan terungkai dan yang tersimpul akan terlerai. Semua ini
adalah untuk kesejahteraan bangsa Melayu di Alam Melayu.
Tuanku Sultan Ahmad Shah @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.
M. Raja Tuah Shah adalah waris-mutlak Keturunan Raja Kesultanan Melayu Melaka
yang ke 44. Bermula daripada Sultan Parameswara Iskandar Shah Sultan Melaka
pertama
Persoalannya sekarang ialah mengapa
Tuanku Raja Noor
Jan Shah Ibn Al-Marhumm Raja Tuah Shah
dengan seriousnya menuntut untuk menjadi Sultan Melaka ke 44?
Kemudian, benarkah tuntutan baginda itu?
Kalau benar, maka patutkah ianya disokong dan diberi laluan oleh semua pehak?.
Bagi saya, Raja Noor Jan
berhak-patut berbuat sedemikian adalah kerana sememangnya darah yang mengalir
ditubuh baginda adalah titisan benih-benih dari darah raja-raja Kesultanan
Melayu Melaka. Untuk membuktikan
kebenarannya, maka marilah kita kaji susur-galur, salasilah jurai keturunan
baginda.
Raja Noor Jan adalah putera kepada
Y.A.M. Raja Tuah ibni al-marhum
Raja Muhammad Lajim. Raja Muhammad
Lajim pula adalah putera kepada Raja Alang Abdul Rahman iaitu anakanda pula kepada Sultan
Abdullah Muhammad Shah I; iaitu Sultan
Perak ke 22 (yang memerintah Negeri Perak 1851-1857). Baginda ini pula adalah putera kepada Raja Kecil Abdul Rahman ibn Al-Marhum Sultan Ahmaddin Shah,
iaitu Sultan Perak ke 18.
Ketika baginda (Sultan Abdullah
Muhammad Shah I) berkuasa, baginda bersemayam di Durian Sebatang, Hilir
Perak. Baginda memperisterikan Raja
Syarifah Ngah Aminah bte Raja Alang Rawin. Baginda mempunyai
beberapa orang putera
iaitu pertama, Raja
Lop Yusof ( Sultan
Yusof Syariffuddin Muzaffar Shah), kedua :
Raja Sulaiman (yang
mangkat di Ligor), ketiga:
Raja Alang Abdul
Rahman . Kemudian yang
keempat: Raja Pandak
Budak Rasul.
Dengan susunan-rantaian salasilah
keluarga yang dipaparkan di atas,
maka terbuktilah bahawa Tuanku
Raja Noor Jan Shah adalah titisan darah keturunan dari Sultan Perak ke 22 yang jelas lagi sah.
Namun persoalannya, mengapa
selepas pemerintahan moyang
baginda iaitu Sultan Abdullah
muhammad Shah 1 (1851-1857),
anak-cucu keturunan baginda tidak menyambung
atau meneruskan
susunan-rantaian Kesultanan Perak
yang ke 23?. Ini adalah disebabkan berlakunya
rampasan kuasa/ kudeta/ coup
d’etat dan peperangan keluarga
Diraja di Perak pada tahun l956.
Peperangan itu ialah peperangan
di antara Sultan Abdullah
Muhammad Shah 1 dengan Bendahara
Negeri Perak pada
ketika itu iaitu anak buah
baginda sendiri yang bernama
Raja Ngah Jaafar (Marhum
Waliullah). Raja Ngah Jaffar
adalah seorang daripada putera kepada Raja Ahmad Ibni Al-Marhum Sultan Abdul
Malek Mansur Syah.
Oleh kerana tewas, Sultan Abdullah Muhammad Syah I terpaksa beralah dengan meninggalkan istana baginda
di Durian Sebatang. Baginda
melindungkan diri di rumah
pangllimanya Datuk Laksamana Tok
Janggut (Panglima Pancung Tak
Bertanya). Ketika inilah Raja Ngah
Jaafar mengambil kesempatan menggelari
dirinya sebagai “Sultan Perak” Namun,
beliau diakui sah.
Persoalan mengenai layakkah Raja Noor Jan menuntut dan
mengistiharkan dirinya sebagai
waris-mutlak kesultanan Melaka
ke44:
Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa mulai Sultan Perak ke 23 hingga Sultan
Perak 34; bahawasanya zuriat Raja Kesultanan Melaka
di Perak tidak lagi setulen kedudukan Sultan Perak Pertama hingga ke 22. Sultan Perak Pertama iaitu Sulltan Muzaffar Syah I adalah titisan benih- zuriat Sultan Mahmud
Syah (Sultan Melaka ke 8). Baginda adalah putera Sultan Mahmud Syah dari permaisuri Onang Kening (puteri Sultan Muhammad, Sultan
Pahang yang pertama). Dari Sultan
Muzaffar Syah I (iaitu Sultan Perak Pertama) sehingga Sultan Muhammad Syah
1 ( iaitu Sultan Perak ke 22) adalah
titisan benih-zuriat Raja Kesultanan
Melayu dari Melaka yang tidak terputus.
Secara rengkas dipaparkan di sini nama Sultan-sultan
Perak yang berasal
dari keturunan Sultan Mahmud Shah ( Sultan
Melaka ke 8 - 1488-1511) iaitu
dari Sultan Perak pertama (1) sehingga Sultan Perak ke 22. Pertama
(1) Sultan Muzaffar Shah 1
(Marhum Tanah Abang); 1528-1549. 2.
Sultan Alauddin Shah (1):
1549-1577 3. Sultan Ahmad Tajuddin Shah (Marhum Muda): 1577-1584
4. Sultan Tajul Ariffin (Mangkat di Tebing): 1584-1594
5. Sultan Alauddin Shah (Marhum Mangkat di Darat): 1594-1603 6.
Sultan Mukaddam Shah (Marhum di Aceh): 1603-1619 7. Sultan Mansur Shah (II): 1619-1627
8. Sultan Mahmud Shah (Marhum Pulau Tiga): 1627-1630 9.
Sultan Salehuddin Shah
(Marhum mangkat di
Kampar): 1630-1635 10.
Sultan Muzaffar Shah (II),
(Marhum Jalilullah) 11.
Sultan Mahmud Iskandar Shah (Marhum Besar Aulia Allah):
1653-1720 12. Sultan Salehuddin Mughayat Shah (Marhum
Sulong): 1720-1728 13. Sultan Muzaffar Shah (III), (Marhum Haji Allah): 1728-1756 14.
Sultan Muhammad Shah (Marhum Amirullah): 1742-1743 15.
Sultan Iskadar Zulkarnain (Marhum Kahar): 1756-1770 16.
Sultan Muhammad Shah (Marhum Muda): 1770-1778 17.
Sultan Alauddin Mansur Shah
Iskandar Muda (Marhum Sulong): 1778-1806 18.
Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Bongsu): 1786-1806 19.
Sultan Abdul Malek Mansur Shah (Marhum
Jamalullah): 1806-1825 20. Sultan Abdullah Muazzam Shah (Marhum Khalilullah):
1825-1830 21. Sultan Shahbuddin Riayat Shah (Marhum Safiullah): 1830-1851 22.
Sultan Ahdullah Muhammad Shah (I) (Marhum Durian Sebatang): 1851-1857
GAMBAR (13 NOVEMBER 2005) MERAKAMKAN :-
D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH, DENGAN DIIRINGI PARA PEMBESAR DAN DATUK PANGLIMA LAKSAMANA DIRAJA MELAKA MEMASUKI DEWAN PUSAT KOMUNITI GOMBAK, TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR.
MENYEMPURNAKAN MAJLIS ADAT ISTIADAT PENGANUGARAHAN WATIKAH GELAR ADAT KALI PERTAMA (1) PADA 13 NOVEMBER 2OO5 YANG PENUH GILANG GEMILANG DAN BERSEJARAH.
D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH MENGANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN,BINTANG DAN PINGAT SERTA GELARAN DATUK, TEPAT DAN TIDAK BERTENTANGAN DENGAN NASAB, SALASILAH, ADAT, RESAM, TAMADUN TITAH BAGINDA SULTAN.
ANUGERAH
DARJAH KEBESARAN,BINTANG DAN PINGAT
1. KELAS PERTAMA (1)
DARJAH SERI PADUKA MAHKOTA MELAKA (S.P.M.M.
SULTAN AHMAD SHAH II MELAKA
YANG MEMBAWA GELARAN : DATUK SERI PADUK
2. KELAS KEDUA (2)
DARJAH PADUKA MAHKOTA MELAKA (D.P.M.M.)
SULTAN AHMAD SHAH II MELAKA
YANG MEMBAWA GELARAN : DATUK PADUKA
3. KELAS KETIGA (3)
DARJAH KURNIA PERKASA MELAKA (D.K.P.M.)
SULTAN AHMAD SHAH II MELAKA
YANG MEMBAWA GELARAN : DATUK
4. KELAS KEEMPAT (4)
DARJAH KURNIA SETIA MELAKA (D.K.S.M.)
SULTAN AHMAD SHAH II MELAKA
YANG MEMBAWA GELARAN : DATUK
ANUGERAH
DARJAH KEBESARAN,BINTANG DAN PINGAT
BERDASARKAN JASA,BAKTI,SUMBANGAN DAN KOMITMEN YANG DIBERIKAN KEPADA RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA MAKA WAJARLAH DIKURNIAKAN GELARAN TERSEBUT KEPADA YANG BERKELAYAKAN
___________________________________________________________________
MAJLIS TERTINGGI LEMBAGA ADAT ISTIADAT DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
01.Dato' Seri Paduka Ab Latiff Bin Haji Daud
02.Dato' Abdull Rahman Bin Yaacob
03.Datuk Paduka Abu Karim Bin Saad
04.Datuk Paduka Abdul Rani Bin Kulup Abdullah
05.Datuk Hazizi Ikhwan Bin Zama'at
06.Datok Azimi Bin Saad
07.Datok Abdul Jalil Bin Abdul Rahman
08.Datok Ahmad Zunaidi Bin Daud
09.Dato' Seri Paduka Hamidon Bin Ramudin
10.Datok Abdul Latif Bin Zakaria
DARJAH KEBESARAN
DATUK KERNIA SETIA DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
01.Datuk Faat Bin Isral
02.Datuk Jamilah Binti Jobfri
03.Datok Noraini Binti Rais
04.Datok Mohd Fauzi Bin Anang
05.Datuk Maznah@Zainun Binti Harun
06.Datuk Jabar Bin Sudin
07.Datuk Paduka Abdul Rani Bin Kulup Abdullah
08.Datuk Shafie Bin Adrus
09.Datok
________________________________________________________________________________
PERLANTIKAN PENGAWAL ISTANA SERI KUNING DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
PANGLIMA LAKSAMANA DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
1.Datok Surpina Bin Bidin
2.Datok Hamdan Bin Wahab
3.Datok Firdaus Bin Zainal Abiddin
4.Datok
5.Datok
PANGLIMA DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
1.Datok Farid Bin Zainal Abddin
2.Datok Suhaimi Bin Marjuni
3.Datok Ahmad Sayuti Bin Rah
4.Datok
5.Datok
KETUA HULUBANG DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
1.Muhammad Adam Bin Majit
2.
3.
4.
5.
HULUBALANG KECIL DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
01.Muhammad Adam Bin Majit
02.Muhammad Adnan Bin Majit
03.Muhammad Nazrin Bin Ibrahim
04.Mohammad Azrul Bin Masron
05.Mokhzani Aris Bin Masron
06.Muhammad Ridzuan Bin Kamarudin
07.Mohamad Faizal Bin Sofyan
08.Mohammad Syafiq Bin Sharin
09.Muhammad Hafiz Bin Hassan
10.Muhammad Asyraf Bin Jaafar
11.Amiruddin Bin Roslan
12.Norizwan Bin Kamaruddin
13.Mohd Shaari Bin sharin
14.Radin Bahtiar Bin Alip
15.Muhammad Fikri Bin Razali
16.Muhamad Norsyeddin Bin Akasah
17.Muhammad Muaz Bin Abdullah
18.Muhammad Azmi Bin Fandi
19.Mohd Nor Helmy Bin Hamzah
20.Muhammad Amirul Bin Masrom
21.Muhammad Fairuz Bin Ali
22.Muhammad Azif Bin Ali
23.Muhammad Firdaus Bin Johari
24.Muhammad Amir Bin Jaafar
INANG (KETUA DAYANG)DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
01.
02.
03.
04.
05.
DAYANG DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
01.
02.
03.
04.
05.
06.
07.
08.
09.
10.
PAWANG DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
01.Datok Megat Sabor Bin Megat Simpul (Meninggal Dunia)
01.Datok Muhamad Saleh Bin Jaafar (Meninggal Dunia)
02.Datok Fauzi Bin Anang
03.Datok Muhammad Fauzi Bin Wahab
04.Datok
05.Datok
06.Datok
07.Datok
BENTARA DALAM DAN BENTARA LUAR DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
01.Datok Sukor Bin Perwi
02.Datok Yahya Bin Abdullah
_________________________________________________________________________________
ANUGERAH DARJAH KEBESARAN,BINTANG DAN PINGAT ISTANA KUNING SERI MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
SENARI PENERIMA BINTANG MANGKU DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM (BMA)
01.Encik Roslan Bin Ariffin
02.Encik Rashid Bin Ariffin
03.Datin Mariam Binti Yohana
04.Encik Mohd. Ridhuan Bin Ismail
05.Datin Paduka Kasmiah Binti Khamis
06.Kapt(B) Mohamed Ismail Bin Haji Hassan
07.Encik Rama Vishu A/L subramaniam
08.Encik Mohd. Hazlan Bin Mohd. Hanaffi
09.Encik Khairul Azhar Bin Hamidin
10.Puan Nurhayati Binti Abdul Rahim
11.Dato' Kwon Beang Ha
12.Datin Rozilawati Binti Samsudin
13.Cik Sim Wee Ling
14.Puan Liew Lye Heng
15.Datin Rohana Binti Hassan
16.Datin Zahani Binti Abu Bakar
SENARAI PENERIMA BITANG SETIA DIRAJA MELAKA SULTAN AHMAD SHAH II MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM (BSA)
01.Md Saad Bin Yahya
02.Datok Ariff Fadzilla Bin Sabri
03.Ahmad Sayuti Bin Rah
04.Mohd Shzril Bin Abdul Kader
05.Che Mansor Bin Mohamad Isa
06.Muhammad Suhairi Bin Abdul Rahim
07.Datin Suriati Binti Md Noh
08.Mohd Shakir bin Mohd Ezmi
SENARAI PENERIMA PINGAT SETIA DIRAJA MELAKA SULTAN AHMAD SHAH (II) MELAKA- MELAKADARUL ISLAM (P.M.A)
01.Khairul Nizam Bin Abdul Hamid
SENARAI PENERIMA PINGAT SETIA DIRAJA MELAKA SULTAN AHMAD SHAH (II) MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM (P.S.A)
01.Muhammad Adam Bin Majit
02.Mohd Fazul Bin Mohd Nor
_________________________________________________________________________
KEPADA ORANG-ORANG YANG BERKETURUNAN
SYAIR
NASIHAT DARI NENDAMU
KEPADA SEMUA KETURUNAN RAJA BUGIS
SYAIR BUAT KAUM KERABAT
SEDARLAH KAMU WAHAI KERABAT
DIRAJA,
JANGANLAH LALAI DAN LEKA
PERJUANGAN
KITA HAMPIR TIBA,
JANGAN TERPERDAYA NIKMAT DUNIA
BANGUNLAH
KITA DENGAN SEGERA.
SELAGI KITA MEMPUNYAI NYAWA DEKATI
DIRI MENGENAL DIRI,
JIKA NYAWA TERPISAH LARI TIADA
JALAN UNTUK KEMBALI.
HIDUPKANLAH PINJI-PANJI HITAM YANG HAMPIR HILANG DARI
PANDANGAN,
SEKIRANYA KITA TIDAK KEHADAPAN
HAMCURLAH AGAMA DARI ALAM.
PENGARANG TAUFAT
AL-NAHFIS)
RAJA ALI HAJI
SYAIR KE-2 NASIHAT DARI NENDAMU
KEPADA SEMUA KETURUNANNYA
AYUHAI
SEGALA ANAK CUCUNYA,
HENDAKLAH
INGAT DATUK NENEKNYA,
SERTA FIKIRKAN FI’IL LAKUNYA,
HENDAKLAH
DIKUT SEMBARANG DAPATNYA,
JANGANLAH MALAS ZIARAH KUBURNYA,
TIAP
–TIAP JUMAAT ATAU BULANNYA,
JIKA JAUH AKAN TEPATNYA,
SETAHUN SEKALI JIKA MUDAHNYA.
JIKA
SUNGGUH UPU NENEK MOYANGMU,
FATIHAHKAN
DIA JANGANLAH JEMU,
SERTA
DENGAN KENDURI DAN JAMU,
BARANG YANG
DAPAT ATAS USAHAMU.
SEBAGAI LAGI NASIHAT NENDA,
KEPADA SEGALA
SANAK SAUDARA
SERTA KEPADA
ANAK CUCUNDA,
SALASILAH
INI HENDAKLAH ADA,
TIAP-TIAP
SEORANG MENARUH SENDIRI,
TIDAKLAH HILANG
BANGSANYA SENDIRI,
SUPAYA
TIDAK SUSAH HENDAK MENCARI,
ASAL-USUL
KITA DEMIKIAN PERI.
PENGARANG TAUFAT
AL-NAHFIS)
DISESUAIKAN
D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II MELAKA