Fakta Sebenar Mengenai Sejarah
Raja Kesultanan Perak
SEJARAH BANGSA MELAYU
Raja Kesultanan Perak
Datang Dari Keturunan DYMM Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah 1 (Marhum Durian Sebatang) Sultan Perak Ke 22 (1851-1857)
Merupakan Hak Mutlak Raja Kesultanan Perak-Melaka Yang Sah
DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah Ibni Al-Marhum Yang Amat Mulia Raja Alang Muhammad Lajin Shah Ibni Al-Marhum Yang Amat Mulia Raja Alang Abdul Rahman Shah Ibni Al-Marhum DYMM Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah 1 (Marhum Durian Sebatang) Sultan Perak (1851-1857)
Bagai...Sireh Pulang Kegagang, Pinang Pulang Tampuk...
Sesat di Ujung Jalan Balik Ke Pangkal Jalan...
Dari Temasek Baginda Paduka Maharaja Parameswara Ke Malaka...
Kembalilah Kepada Kebenaran Demi Agama, Bangsa dan Negara....
Jika ada mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pencerahan tentang
Fakta Sebenar Mengenai Raja Kesultanan Perak-Melaka Yang Sah
Sila berhubung kepada pihak berkenaan.
SEJARAH BANGSA MELAYU
Sejarah bangsa Melayu bermula sejak abad pertama Masehi lagi.Ia ditandai dengan wujudnya kerajaan-kerajaan besar dalam sejarahnya. Sejarah awal rumpun Melayu di kepulauan Melayu terdiri daripada kerajaan Funan (Abad Pertama Masihi), Champa (Abad Kedua hingga Ketujuh Masihi), Sriwijaya (Abad Ketujuh), Melayu-Brunei (Abad kesembilan), Cilantan di Kelantan (1225M), Tatan di Terengganu (1365M), Kedah Tua (1400M), Gangga Negara di Perak, Palembang (Abad ke-12), Majapahit (Abad ke-13), Temasik (Abad ke-13) dan Kesultanan Melayu Melaka (1400 – 1511M).
Bangsa Melayu melalui sejarah yang cukup panjang
dalam konteks pembinaan jati diri dan kebangkitannya. Pada awalnya pengaruh
Hindu-Buddha cukup kuat mempengaruhi cara hidup orang Melayu, tetapi sejak
Islam bertapak dan munculnya Kesultanan Melayu Melaka, kebangkitannya sebagai
sebuah bangsa yang dihormati dan disegani semakin nyata.
KESULTANAN MELAYU MELAKA
Kesultanan Melayu Melaka yang dimulakan oleh Parameswara pada tahun 1400 itu telah berkembang pesat. khususnya dengan kedatangan agama Islam ke rantau ini. Melaka berkembang menjadi pusat penyebaran Islam. Pusat perdagangan dan yang paling penting. identiti Melayu sebagai sebuah bangsa terserlah.
Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka bukan sahaja merupakan sebuah pelabuhan entreport, tetapi juga merupakan “emporium” dan pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal pada abad ke-15 dan 16. Kenyataan ini digambarkan dalam Sejarah Melayu seperti berikut:
“Maka
segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu
ramai bandar Melaka pada zaman itu. Maka segala orang Arab dinamai Malakat,
ertinya perhimpunan segala dagang, kerana banyak jenis dagangan ada di sana…” (h. 61).
Hal ini turut diakui oleh seorang pedagang Portugis
yang kemudiannya menjadi sarjana dalam bukunya yang berjudul The Suma
Oriental:
“There is
no doubt that the affairs of Malacca are of great impertance, and of much
profit and great honour. It is a land that cannot depreciate on account of its
position, but must always grow. No trading port as large as Malacca is known, or
any where they deal in such fine and highly-prized merchandise. Goods from all
over the East are found here; goods from all over the West are sold here. It is
at the end of the monsoons where you find what you want and sometimes more then
you are looking for”
(Muhammad Yusof Hashim, h. 251).
Kenyataan itu ditambah lagi dengan kajian
Melink-Roelofsz yang mencatatkan bahawa saudagar-saudagar ini sebagai:
“…
flocked together every year in Malacca, which was then the center of
inter-Asian trade. Like a rich and colourful pageant under the blazing tropical
sun, this busy eastern market made an indelible impression on the first Europeans
who visit Malacca” (MYH, h.
251).
Sumber-sumber sejarah tulisan Duarte barbosa, Ruy
de Brito, de Araujo, de Eridia, de Albuquerque, Gibson-Hill, Ma Huan, Fei Hsin
dan catatan pelayaran Ibnu Batuta serta kajian Wang Gungwu juga jelas
membuktikan kenyataan tersebut.
Kesultanan
Melayu Melaka juga berjaya meluaskan jajahan takhluknya sehingga berkembang menjadi
sebuah empayar yang dihormati kawan dan lawan. Kehebatan Sultan Muzaffar Shah,
Sultan Mansor Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah, kebijaksanaan dan kecekapan
Bendahara Tun Perak dan keperkasaan Hang Tuah lima bersaudara jelas teserlah
apabila Pattani, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kelang, Johor,
Temasik, Riau, Lingga, Aru, Rokan, Siak, Jambi, Kampar dan Inderagiri
akhirnya bernaung di bawah Kesultanan Melayu Melaka
.
Sultan Alauddin Riayat Shah dianggap sebagai Sultan
Melaka yang unik kerana baginda adalah seorang raja yang kuat beribadah dan
gagah-berani, sering meronda di bandar Melaka pada waktu malam dan pernah
menewaskan sekumpulan pencuri. Baginda adalah seorang raja yang berjiwa rakyat
dan “action oriented” (MYH, h. 113).Pada zaman pemerintahannyalah kedudukan
Islam sampai ke kemuncaknya apabila undang-undang Islam dilaksanakan sepenuhnya
dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
Pentadbiran Melaka pula diurus-tadbir dengan adil
dan berhemah di bawah pimpinan Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Beliau sentiasa
membuat pertimbangan yang adil, mengambilkira semua pandangan dan mementingkan
perpaduan dan keharmonian masyarakat. Beliau sentiasa berusaha menyelesaikan
sebarang masalah yang timbul dalam masyarakat Melaka dengan penuh
kebijaksanaan.
Kesultanan Melayu Melaka bukan sekadar meluaskan
jajahan takluknya, malah dengan bantuan tokoh-tokoh ulama dari Arab dan
Parsi, Islam disebarkan ke seluruh Nusantara. Melaka kemudian menjadi pusat
perkembangan dan penyebaran ajaran Islam di Asia Tenggara. Melalui dakwah para
ulama, hubungan ulama dengan sultan dan pembesar, kitab-kitab agama dan
pengiktirafan bahasa Melayu sebagai “lingua franca” penyampai risalah Islamiah,
seluruh alam Melayu akhirnya menganut agama samawi itu.
Jasa Tun Perak selaku Bendahara kepada empat sultan
Melaka dalam konteks penyebaran Islam juga amat penting.Beliau merupakan
negarawan Melayu yang boleh dianggap sebagai “grand designer” kepada
kebangkitan Melayu “baru” pada zaman itu.Beliaulah tokoh ulung dan pemimpin
Melayu yang amat besar sumbangannya kepada perjuangan mengangkat maruah,
martabat, darjat dan harakat bangsa
Melayu.
Islam bukan sahaja menjadi teras kehidupan
masyarakat Melayu, bahkan dijadikan agama rasmi negara. Sultan-sultan
menjalankan pemerintahan berdasarkan hukum dan undang-undang Islam. Tradisi perundangan
islam ini dicatat dengan jelasnya dalam naskhah Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka. Ia menumpukan hal-hal yang berkaitan dengan
peraturan pemerintahan, hukum jenayah, undang-udang keluarga Islam, hukum adat
(Temenggong), pentadbiran perniagaan dan peraturan perdagangan laut Melaka.
Kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah
disebabkan ketinggian ilmu dan keteguhan penghayatan orang Melayu terhadap
ajaran Islam, kedaulatan raja-raja Melayu, kebijaksanaan pentadbiran, kesetiaan
penduduk tempatan dan sokongan moral daripada kerajaan lain yang bersahabat
dengannya.
Jelaslah bahawa orang Melayu ketika itu telah
memenuhi peranan sejarah zaman mereka melalui pembinaan asas penempatan,
struktur sosial masyarakat, sistem ekonomi, sistem politik dan pentadbiran,
budaya ilmu, bahasa dan kebudayaan yang dicirikan oleh ajaran Islam. Mereka
telah berjaya mewariskan agama Islam, tanah air, kuasa, tamadun ilmu, perpaduan
bangsa, faham kebangsaan Melayu, budaya yang berlandaskan nilai-nilai murni
(sifat mahmudah) dan visi sejarah masa hadapan yang gemilang kepada generasi
Melayu hari ini.
ZAMAN PENJAJAH DAN PENINDASAN BARAT
Kesultanan
Melayu Melaka mulai merosot apabila Sultan Mahmud Shah menaiki takhta pada tahun
1488.Baginda adalah seorang raja (pemimpin) yang mempunyai sifat mazmumah,
sifat-sifat tercela – zalim, boros, suka berfoya-foya, kaki perempuan, tidak
bertimbang rasa dan tidak usul periksa. Dalam buku Suma Oriental, Sultan
Mahmud Shah digambarkan sebagai:
“…
intoxicated with opium everyday… was a great eater and drinker brought up to
live well and viciously… He was called Sultan Mafamud” (MYH, h. 49).
Akibatnya berlakulah perebutan kuasa di kalangan
para pembesar sehingga pentadbiran Melaka menjadi kucar-kacir dan akhirnya
orang Melayu berpecah-belah.Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Portugis
yang pimpin oleh Alfonso d’Albuquerque dengan menyerang Melaka pada tahun 1511.
Kedatangan penjajah Portugis bukan sahaja untuk
menguasai pusat pedagangan yang penting, tetapi juga dengan misi 3G iaitu
“Gospel, Gold and Glory”.Gospel (Keagamaan) adalah misi Prestor John untuk
menghapuskan Islam dan mengkristiankan orang Melayu; Gold (Kekayaan) adalah
misi untuk memecahkan monopoli perdagangan rempah Melaka-Arab; dan Glory
(Kemegahan) pula adalah misi untuk memperluaskan jajahan takluk yang kononnya
atas galakan Raja Henry.
Walaupun Portugis mempunyai senjata yang jauh lebih
canggih dan bala tentera yang terlatih, namun mereka telah ditentang oleh
hulubalang-hulubalang Melaka demi mempertahankan tanah air tercinta hingga ke
titisan darah yang terakhir. Ini dicatatkan dalam Sejarah Melayu seperti
berikut:
“Maka
bagindapun (Sultan Ahmad) keluarlah dengan segala hulubalang.Maka peranglah
dengan Feringgi beramuk-amukan.Seketika perang itu, maka rakyat Feringgipun
undur daripada semangat tempuh orang Melaka. Maka tampil Alfonso d’Albuquerque
dengan seribu rakyat soldadu beristinggar, merempuh segala orang Melaka…
Daripada semangat tempuh anak Portugal, maka pecahlah perang orang Melayu, lalu
undur” (h. 203).
Bukan sedikit korban perjuangan bagi mempertahankan
kedaulatan Melayu dan Islam ketika itu, malah beribu-ribu pahlawan Melayu
dipercayai terkorban sebagai syuhada di Kota Melaka, di Sayong Pinang, di Kota
Tinggi, di Batu Sawar, dan seterusnya di Makam Tauhid, Bukit Selanyut dan Johor
Lama. Kesultanan Melayu Johor-Riau kemudian ditubuhkan bagi
meneruskan kesinambungan Kesultanan Melayu Melaka dan serangan demi serangan
dilakukan ke atas Portugis di Melaka untuk menebus maruah bangsa dan agama.
Kemudian, Kesultanan Melayu Acheh Darussalam ditubuhkan atas misi yang
sama.
Sepanjang tahun 1537 hingga 1636 berlaku Peperangan
Tiga-Segi antara Johor-Portugis-Acheh. Malangnya disebabkan persaingan kuasa,
kerajaan Johor-Riau dan Acheh Darussalam juga saling berbalas serangan.Tindakan
ini telah melemahkan perpaduan Melayu untuk membebaskan Melaka daripada
Portugis.Hanya pada tahun 1629, Acheh Darussalam di bawah pimpinan Sultan
Iskandar Muda Mahkota Alam berjaya menyerang Portugis di Melaka secara
besar-besaran. Kekentalan perjuangan ini berjaya menggagalkan misi
pengkristianan orang Melayu oleh Portugis.Bagaimanapun, Melaka kemudian dijajah
oleh Belanda atas bantuan Johor-Riau.
Sejarah Melayu rantau ini turut menyaksikan korban
syahid para ulama yang berjuang menentang penjajahan Belanda. Dr. Siddiq Fadhil
mencatatkan bahawa:
“Kita
juga mengetahui kisah perang melawan Belanda di Acheh dengan pahlawan
kenamaannya Tenku Chik di Tiro Muhammad Amin, seorang ulama besar didikan
Masjidil Haram yang kemudiannya telah gugur syahid. Orang-orang Melayu di
sebela Semenanjung rata-rata mengetahui tentang kepahlawnaan Raja Ali Haji
Marhum Telok Ketapang, Yam Tuan Muda Riau penggempur Belanda di Kota Melaka
(1782-84) yang gugur syahid dengan badik masih tergenggam di tangan kanannya
dan kitab Dala’ilul-Khayrat masih di tangan kirinya” (Siddiq Fadhil, h. 143).
Penjajah Belanda yang menguasai Tanah Melayu selama
183 tahun (1641 – 1824) merupakan penindas utama yang melumpuhkan kekuatan
ekonomi dan menghakis kewujudan pedagang Melayu melalui monopoli perdagangan
rempah.Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC – Vereenigde Oost Indische
Compagnie) telah mengenakan cukai yang terlalu tinggi dan mengambilalih
fungsi pedagang Melayu.Ini akhirnya telah memusnahkan dan mencegah kebangkitan
semula golongan pedagang dan peraih Melayu yang mandiri dan tabah itu (Syed
Hussein Alatas, h. 188 – 200).
Inggeris pula masuk dan campurtangan di Tanah
Melayu secara halus. Pada tahun 1786, Francis Light merampas Pulau Pinang
daripada Sultan Kedah melalui tipu helah dan ugutan. Stanford Raffles pula
secara halus telah berjaya mempermainkan Sultan dan Temenggong Johor untuk
menduduki Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1824, Perjanjian
Inggeris-Belanda ditandatangani dan bermulalah era penjajahan Inggeris di
negeri-negeri Melayu.
Bagaimanapun, perjuangan menentang penjajahan Barat
tetap diteruskan.Sepanjang pemerintah Inggeris yang mewujudkan Sistem Residen
di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, sistem penasihat di Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu pada tahun 1874 hingga tahun 1896, banyak penentangan
tercetus.Tindakan penajajah Inggeris yang bertujuan untuk melemahkan psikologi
Melayu, penindasan ekonomi dan penghakisan kuasa Raja-raja Melayu telah
ditentang habis-habisan oleh pejuang-pejuang Melayu.
Dasar pecah dan perintah (divide and rule policy),
dasar mengaut kekayaan ekonomi dan kemasukan imigran Cina dan India sebagai
pekerja pada abad ke-18 dan 19 amat mengecewakan orang Melayu. Mereka berjuang
hingga ke titisan darah menentang penjajahan Inggeris. Dato’ Maharaja Lela, Dato’
Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Ku Paloh (Syed Abdul Rahman al-Edrus), Tok
Janggut (Haji Magt Hassan), Dol Said Penghulu Naning, Haji Abdul Rahman
Limbong, Mat Salleh, Shariff Masehor dan Rosli Dhobby adalah nama-nama yang dapat
mewakili senarai panjang ribuan pahlawan Melayu yang terkorban sepanjang tempoh
penentangan berdarah itu.
Peranan para ulama dalam konteks mewariskan ilmu
dan perjuangan Islam di dunia Melayu seolah-olah dilupakan orang. Barisan ulama
yang mempelopori pengajian islam melalui tradisi pondok bukan sahaja menjadi
“the guardians”, benteng ampuh pertahanan akidah Islam orang Melayu, tetapi
juga merupakan kelompok paling awal yang tampil ke medan jihad berdarah yang
dianggap paling “heroic” menentang pencerobohan imperialis-Kristian Barat
terhadap kedaulatan Darul Islam di rantau ini. Buktinya, sepanjang 446 tahun
(1511 – 1957) Tanah Melayu dijajah, belum ada catatan sejarah yang menyebut
walau seorangpun Melayu berjaya diKristiankan oleh Portugis, Belanda atau
Inggeris.
Ketika menyimpulkan kekentalan semangat
perjuangan tersebut, Asy-Syahid Prof. Dr. Ismail al-Faruqi menyifatkan
perjuangan umat Islam di rantau Melayu menentang penjajahan Barat ini sebagai:
“… one of
the oldest and bloodiest struggles of the Muslim have waged against
Christian-colonialist aggression…”(Al-Ittihad,
h. 16).
Abad ke-20 pula menyaksikan semangat perjuangan
Islam disegarkan semula hasil gerakan pan-Islam yang bertiup kencang dari Timur
Tengah, khususnya Mesir.Gerakan kebangkitan bangsa Melayu dicetuskan melalui
tulisan-tulisan Syed Sheikh al-Hadi hasil pengaruh gerakan pembaharuan dan
reformasi Islam yang dipelopori oleh Sheikh Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh
Muhammad Abduh di Mesir. Kehadiran Jepun yang berjaya mengusir Inggeris dan menjajah
Tanah melayu pada tahun 1941 hingga 1945 telah mempertajamkan lagi kesedaran,
semangat anti-penjajah barat dan perjuangan menuntut kemerdekaan, membebaskan
diri daripada belenggu perhambaan sesama manusia.
SEJARAH KERAJAAN
KESULTANAN MELAKA DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSA
Hubungan Antarabangsa begitu kuat sejak kurun ke-15
lagi iaitu Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kalau dikaji sejarah Negara dengan
teliti, maka sebenarnya kita tidak pernah hilang kemerdekaan secara
penuh.Kedaulatan tetap ditangan Sultan-Sultan sehingga kini.Selepas Melaka
ditawan Portugis, Sultan Melaka berundur ke Muar, Pahang, Bentan, Kampar dan
seterusnya ke Johor Lama. Johor Lama dibuka adalah lanjutan kepada Kesultanan
Melaka. Ini terbukti benar apabiala Johor Lama menjadi pusat perniagaan yang
besar, menyaingi Melakayang telah ditawan Portugis.Dalam peperangan ini Raja
Kampar dan Raja Terengganu telah memberi bantuan kepada keturunan Sultan Melaka
di Johor Lama.Raja Kampar dan Raja Terengganu menganggap raja yang memerintah
di Johor Lama sebagai lanjutan kepada Kesultanan Melayu Melaka. Nama Kesultanan
ini kemudiannya bertukar menjadi Kesultanan atau Empayar Johor-Riau apabila ia
telah lama bertapak di Johor dan seterusnya di Kepulauan Riau.
Dasar luar Raja Kesultanan Melaka dalam menjalinkan
hubungan antarabangsa berlandaskan beberapa perkara yang penting iaitu
pertamanya Kerajaan Melaka berkehendakan keselamatannya terjamin, ia mahu
Melaka menjadi pusat perdagangan yang besar, selamat lagi mewah; untuk mencapai
matlamat ini Kerajaan Kesultanan Melaka membekalkan makanan yang cukup bagi
orang-orang yang datang berniaga di Melaka; lalulintas ke Melaka hendaklah
selamat, khususnya dari segi serangan lanun terhadap kapal-kapal perdagangan.
Selain dari itu, Melaka melaksanakan dasar perdagangan yang agak bebas.Tidak
kurang pentingnya Melaka juga menjadi pusat penyebaran Agama Islam.
Soal keselamatan biasanya berkait rapat dengan
politik.Pada peringkat awal, Kerajaan Melaka menghadapi ancaman Siam. Pada Masa
itu, Kerajaan Melaka belum begitu kuat dan kurang yakin dalam menentang ancaman
Siam secara sendirian.Bantuan dari Kerajaan China yang melawati Melaka sejak
1403, berjaya memberi keyakinan kepada Melaka sehingga dapat mematahkan dua
serangan Siam terhadap Melaka.
Kegemilangan Melaka dapat diterjemahkan melalui Tome Pires, dalam bukunya Suma
Oriental yang menyatakan,
10
Barang siapa menguasai Melaka makaia akan dapat
menguasai Venice.
Venice, pada masa itu merupakan sebuah pelabuhan
yang besar di Eropah dan menjadi pintu masuk ke Eropah bagi barang-barang
dagangan dari Asia.Buku Sejarah Melayu pula memerikan Melaka sedemikian:-
Ada pun zaman itu negeri Melaka terlalu sekali
ramainya, segala dagang pun berkampong; maka dari Ayer Leleh datang ka-Kuala
Muar pasar tiada berputusan lagi’ dari Kampong Keling datang ka- Kuala Penajoh
itu pun tiada berputusan; jika orang dari Melaka datang ka Jugra tiada membawa
api lagi, barang di mana berhenti di-sana ada-lah rumah orang; dari sa-belah
sini hingga datang ka-Batu Pahat demikian juga, kerana masa itu ra’yat Melaka
11
Sembilan belas laksa banyaknya yang di-dalam negeri
juga.
Berdasarkan kenyataan di atas jelas menunjukkan
bahawa Kerajaan Melaka pada masa itu amat Kaya dan terkenal diseluruh dunia.
Untuk memantapkan lagi perhubungan antabangsa ini, Kerajaan Melaka telah mennguasai
beberapa kawasan di pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu dan di Pantai Timur
Sumatera supaya lalulintas dapat dikawal dengan lebih berkesan. Kawasan dari
Kelang hingga Beruas merupakan bahagian Pantai Barat Tanah Melayu dan di Pantai
Timur Sumatera pula penguasaan kerajaan Melaka mencakupi Siak, Siantan, Kampar
dan Indragiri.Perairan Selatan pula menrangkumi Muar hingga ke Pulau
Singapura. Penguasaan Kerajaan Melaka terhadap laluan lalulintas perdagangan
ini adalah bertujuan untuk memudahkan kawalan keselamtan terutamanya dari
ancaman lanun..
Kecemerlangan pemerintahan Melaka di zaman Sultan
Muzaffar Shah diteruskan dengan Sultan Mansor Shah. Pada masa itu, Sultan
Mansor Shah meneruskan dasar muhibbah dengan Majapahit. Berkenaan Siam pula,
Melaka telah berperang dua kali dengan Siam.Selepas peperangan itu, Perhubungan
Melaka dengan Siam terjejas. Sultan Mansor Shah bertitah:-
“Apa sudah-nya kita berhelangan ( berhalangan)
dengan Siam. Berkelahi pun tiada berdamai pun tiada, orang kita tiada pergi
ka-siam, orang Siam pun tidak datang”.
Pembesar-pembesar Melaka bersetuju dengan cadangan
Sultan Mansor Shah untuk mengirim satu perutusan kepada Kerajaan Siam. Mereka
berpendapat:
“kerana daripada banyak seteru, baik berbanyak
sahabat”.
Pendapat ini merupakan satu dasar luar yang
diamalkan oleh hampir semua, kalau tidakpun semua, negara moden sekarang. Untuk
mencapai matlamat dasar tersebut, Kerajaan Melaka telah menunjukkan satu cara
diplomasi yang menarik. Sultan Mansor Shah bertitah-
“Hendaklah Bendahara Paduka Raja Karang surat
ka-benua Siam. Kehendak kita, sembah pun jangan, salam pun tidak, surat kaseh
pun jangan”
Dari segi dasar perniagaan dan cukai di zaman
KesultananMelayu Melaka, di dapati kerajaan Melaka pada zaman itu telah
mengamalkan satu sistem cukai yang agak moden. Sekarang kita selalu mendengar
istilah ‘sistem cukai berkeutamaan’ (pre- ferential tariff system). Pendekatan
kepada system cukai yang seperti diamalkan di Melaka sejak kurun ke-15 lagi. Tom Pires ada menyatakan:-
“bahawa pedagang-pedagang dari sebelah barat Melaka
seperti India, Ceylon, Pegu dan dunia Arab dikenakan cukai 6 peratus dan
peniaga atau pedagang tempatan 3 peratus. Seterusnya pedagang-pedagang dari
Timur seperti China, Jepun, Jawa dan Meluku tidak dikenakan cukai.Mereka
dikehendaki memberi hadiah untuk menggantikan cukai”.
Satu lagi bidang kegiatan Kerajaan Melaka yang
berkait rapat dengan hubungan luar ialah soal agama Islam.Para Kesultanan
Melaka amat meminati tentang Agama Islam sehingga Melaka dijadikan pusat
penyebaran Agama Islam pada ketika itu. Sultan Muzaffar Shah dikatakan
telah Berjaya mempengaruhi Raja-raja
Pahang, Kampar dan Inderagiri untuk memeluk Agama Islam.Kegitan Dakwah dan
penyebaran Agama Islam ini telah mendapat pengiktirafan dari Raja-Raja Dunia
Islam yang lain.
And because of the honour he gained through making
these three kings Moors (and) tributaries, his name became famous that he had
messages and presents from the kings of Aden, and Ormuz and of Cambay, and
Bengal, and thet sent many merchants from their regions to live in Malacca…..6
Islam adalah salah satu factor yang memainkan
peranan dalam hubungan antarabangsa Melaka semasa Zaman kegemilangan Kesultanan
Melaka.Islam bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan antara Negara-negara
Islam dari segi kegiatan yang berkaitan dengan agama itu sendiri tetapi Islam
juga menjadi daya penarik dalam bidang perdagangan. Dalam pada itu, Islam juga
menjadi salah satu sebab penting yang telah mendorong Portugis menyerang dan
menakluki Melaka. Kedatangan Portugis ke
Melaka bukan sahaja untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan
tetapi juga untuk melihat sejauh mana kemajuan dan kejayaan yang dikuasai
Melaka. Cogankata Portugis ‘ God, Glory
and Gold’ memjadi senjata semangat utama untuk terus menguasai Melaka.
Akhirnya apa yang telah diatur dan direncanakan oleh Portugis untuk menguasai
Melaka pada tahun 1511 berjaya, dan
bermula zaman kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
SISTEM
POLITIK KESULTANAN MELAYU MELAKA
Sistem politik Kesultanan Melayu Melaka diterajui oleh raja dan dibantu
oleh golongan pembesar serta serba sedikit dari golongan bangsawan. Menteri
yang penting sekali kedudukannya di Melaka ialah Bendahara (gelaran seperti
Paduka Raja dan Seri Maharaja).Beliaulah yang berurusan dengan
saudagar-saudagar asing serta menjadi penimbang tara dalam pertikaian antara orang Melayu dengan orang
asing dan antara sesama orang Melayu sendiri. Apabila ketiadaan sultan,
Bendahara akan mendapat hak untuk memangku tugas sultan dengan di bantu oleh
Penghulu Bendahari dan Seri Bija Diraja.
Bendahara yang asal, walaupun berketurunan bangsawan bukanlah keturunan
raja. Namun begitu, mengikut keluarga Bendahara telah bersemenda dengan
keluarga raja Melaka dan dengan itu memperoleh kuasa yang lebih besar, lazimnya
menentukan hak menaiki takhta kerajaan. Antara tugas lain seorang Bendahara
ialah menjadi ketua turus tentera, ketua hakim dan ketua di balainya sendiri.
Pembesar yang kedua di Melaka ialah Penghulu Bendahari, iaitu ketua seluruh
Syahbandar dan berkuasa memungut segala hasil negeri. Tugasnya yang utama ialah
memegang harta benda dan hasil mahsul kerajaan. Beliau juga menjadi wakil
menerima ufti dari kawasan jajahan takluk Melaka dan boleh dititahkan untuk
mengetuai angkatan perang Melaka menyerang negeri asing seperti Kampar.
Pembesar ketiga dalam hierarki ialah Temenggung yang kemudiannya telah
melangkau kedudukan Penghulu Bendahari dan dianggap sebagai pengganti
Bendahara. Antara tugas-tugas awam Temenggung ialah menguruskan makanan di
balai istana, menghakimkan perbicaraan yang besar sebagai Timbalan Ketua Hakim,
menangkap orang yang melakukan kesalahan, membaiki keadaan pasar dan pekan, dan
ketua perancang bandar dan jalan raya. Manakala tugas utama Temenggung ialah
menjaga keselamatan negeri Melaka dan dalam hubungan itu beliaulah yang
berkuasa atas polis serta bertindak sebagai Ketua Majistret ( menurut istalah
moden). Temenggung Melaka biasanya dilantik daripada kalangan keluarga pembesar-pembesar
Melaka itu sendiri.
Selepas Temenggung ialah Laksamana. Dikatakan Laksamana merupakan
pembesar tentera yang setaraf dengan Bendahara. Beliau mengetuai pentadbiran
tentera di samping menjadi Panglima Pengawal Raja. Jawatan Laksamana dianggap
sama dengan Panglima Angkatan Laut disebabkan cabang tentera yang efektif pada
zaman itu ialah angkatan laut. Orang pertama yang memegang jawatan Laksamana
yang dicipta pada masa Sultan Mansur Syah ialah Hang Tuah.
RUJUKAN
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia. Petaling
Jaya. Macmillan , Publishers (M) Sdn Bhd. 1983.
Ibid.
Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1989.
SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAYU MELAKA
Pembesar – Pembesar Melaka
Pembesar Berempat Utama
Pembesar Berlapan
Pembesar Enam Belas
Pembesar Tiga Puluh Dua
PEMBESAR BEREMPAT ADALAH NADI PENTADBIRAN RAJA
KESULTANAN MELAKA
Bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka,
Sultan Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan
dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat
Lipatan.Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar
yang menjadi pegawai tadbir kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini,
sultan mengetuai teraju pemerintahan.Baginda dibantu oleh empat orang pembesar
yang dikenali sebagai PEMBESAR BEREMPAT.Mereka terdiri daripada BENDAHARA,
TEMENGGONG, PENGHULU BENDAHARI dan LAKSAMANA. Pembesar Berempat dibantu oleh
Pembesar Berlapan., Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.
BENDAHARA
BERSAMAAN DENGAN JAWATAN
- Perdana Menteri
TEMENGGONG
BERSAMAAN DENGAN JAWATAN
- Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
- Ketua Hakim
- Ketua Polis Negara
PENGHULU
BENDAHARI BERSAMAAN DENGAN JAWATAN
- Menteri Kewangan
- Ketua Perbendaharaan Negara
LAKSAMANA BERSAMAAN DENGAN JAWATAN
- Menteri Hal Ehwal Luar Negara
- Duta Khas
- Ketua Turus Angkatan Bersejata
- Panglima Perang
Dalam
sistem permerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Sultan berkuasa penuh dalam
kerajaan serta dianggap mempunyaai DAULAT dari keturunan yang mulia. Rakyat
mesti menghormati Raja Mengikut perintah Raja tanpa bantahan. Sultan berkuasa
penuh menjatuhkan hukuman bunuh begitu juga sifatnya dengan Pembesar Negeri
yang mempunyai kuasa politik dan mempunyai pengikut sendiri.Mereka
bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan rakyat dan Negara dari
ancaman musuh.
SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA
Konsep
sistem Pemerintahan Beraja
Mengikut
Kamus Dewan, Raja bermaksud orang yang mengetuai dan memerintah sesebuah Negara
atau Bangsa, menjadi kepala Negara, kepala negeri atau kepala suku. Mengikut Encyclopedia Britanica, Raja
lelaki atau Ratu bagi perempuan adalah pemerintah tertinggi dalam negeri, lebih
tinggi kedudukannya daripada mana-mana pentadbir. Pemerintahan beraja adalah
fonomena seluruh dunia secara keturunan sempurna atau raja berpelembagaan.
Biasanya dalam bentuk monarki dan raja juga dianggap sebagai penghubung Antara
rakyat dan tuhan.
Pemerintahan
beraja atau monarki (dari Bahasa yunani “monos archein”, bermaksud “satu
pemerintah”) merupakan satu bentuk kerajaan di mana Raja menjadi Ketua Negara.
Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua dunia.
Pada
awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaaan di dunia, tetapi
menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan atau
akhir abad ke-20, hanya 40 sahaja takhta
yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat Negara yang
mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem
perlembagaan. Pembentukan dan perluasan empayar telah menyebabkan status
seseorang raja itu meningkat daripada Raja kepada Maharaja seperti yang pernah
berlaku di China semasa pemerintahan Dinasti Chin dan India semasa pemerintahan
Dinasti Maurya. Republik ialah Negara yang ditadbir oleh wakil-wakil yang
dipilih oleh rakyat.
PEMERINTAHAN BERAJA
Perbezaan
di Antara Raja dan Presiden sebagai ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua
Negara sepanjang hayatnya, manakala presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa tertentu dan ia ditentukan
oleh rakyat berdasarkan pemilihan secara giliran. Pada hari ini, konsep monarki
mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah Raja Berpelembagaan.,
iaitu kuasa raja yang terhad oleh perlembagaan.
Monarki
Demokratik atau dalam Bahasa Inggeris Elective Monarchy, adalah berbeza dengan
kosep raja sebenarnya. Pada kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya.
Tetapi dalam sistem monarki demokratik, takhta raja akan bergilir-gilir
dikalangan beberapa sultan. Bagi kebanyakan Negara, Raja merupakan simbol
kesinambungan serta kedaulatan Negara tersebut. Selain itu, raja biasanya ketua
agama serta Panglima Besar angkatan sesebuah Negara.
PENGENALAN
Sebelum
British campur tangan di negeri-negeri Melayu, tanah Melayu sudah mempunyai sistem
pemerintahannya tersendiri iaitu sistem beraja berkuasa mutlak, sistem
pemerintahan ini bermula dengan kesultanan Melayu Melaka sekitar tahun 1400 M
yang kemudian diteruskan oleh negeri-negeri melayu yang lain. Raja atau sultan
adalah ketua pemerintah yang berkuasa dalam semua aspek seperti politik,
ekonomi dan sosial. Baginda akan dibantu oleh golongan pembesar yang dilantik
diperingkat pusat, wilayah dan kampung. Sistem beraja ini mulai mengalami
perubahan apabila kuasa british campur tangan secara rasmi di negeri-negeri
Melayu pada tahun 1874 melalui perjanjian Pangkor di Perak.
SISTEM BERAJA
Sistem
beraja pada peringkat awal adalah dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha. Oleh
itu, ketua kerajaanya menggunakan gelaran “raja” yang berasal dalam Bahasa
Sanskrit. Raja dianggap sebagai keturunan Dewa yang dikenali sebagai dewa raja
atau dewa sakti. Dewa Raja bermaksud raja dianggap wakil tuhan untuk memerintah
di muka bumi dan diberi sifat luhur dan suci sesuai dengan sifat dewa-dewa.
Selepas
kedatangan islam, dan konsep dewaraja telah berubah sesuai dengan agama islam .
Perkataan raja telah ditukar kepada Sultan atau Shah yang berasal daripada
perkataan arab seperti Sultan Kedah, Sultan Terengganu, Sultan Pahang dan
sebagainya. Konsep dewaraja pula ditukar kepada amirul almukminin dan zillu’
allah dil’-alam yang bermaksud pemimpin bagi orang-orang mukmin. Raja
dianggap sebagai wakil Allah s.w.t untuk memerintah dimuka bumi dan ini
bermakna melanggar perintah raja maka ia juga telah melanggar perintah Allah
swt. Raja juga dianggap sebagai ketua agama islam.
Dalam
sistem beraja juga terdapat konsep daulat dan derhaka iaitu hasil daripada
wa’adat atau perjanjian yang dibuat oleh demang lebar daun dan Seri Teri Buana
(Sang Sapurba). Dalam perjanjian ini,rakyat berjanji akan memberi taat setia
kepada raja manakala raja pula berjanji untuk menjaga kebajikan,tidak menzalimi
serta mencelar rakyat.
Perkataan
daulat adalah berasal daripada perkataan arab iaitu daulat yang membawa maksud
kerajaan.Apabila dibawa masuk ke dalam sosio-politik Tanah Melayu maka konsep
daulat telah diperluaskan penggunanya seperti dikaitkan dengan kesempurnaan
seorang raja,serta kebolehan,keistimewaan dan kebahagian kepada seorang
raja.Tujuan konsep daulat ini diwujudkan adalah untuk memberi kuasa tertinggi
kepada seorang raja bagi membolehkan raja mengawal pembesar dan rakyatnya.
Manakala
konsep derhaka pula merujuk tindakan melanggar atau ingkar perintah
raja.Sesiapa yang derhaka kepada raja akibatnya akan ditimpa bala atau tulah
raja.Tulah bermaksud hukuman yang akan diterima secara langsung seperti hukuman
bunuh atau tidak langsung berbentuk musibah,bala atau bencana.
Kedudukan
seseorang raja diperkukuhkan lagi dengan menggunaan bahasa dalam atau Bahasa
Istana, warna diraja, penggunaan alat kebesaran diraja.Kesemua keistimewaan ini
tidak boleh digunakan oleh rakyat sama sekali dan sekiranya digunakan maka
rakyat tersebut akan dihukum oleh raja. Bahasa
dalam atau istana hanya boleh
digunakan oleh raja dan keturunan sahaja seperti beta,sentap,beradu,bersemayan,gering,mangkat dan sebagainya.Warna diraja
pula iailah warna kuning yang terdapat pada pakaian raja dan
keturunannya,sarung bantal,langsir istana,sapu tangan,kipas diraja dan
sebagainya.Manakala peralatan diraja pula seperti tombak berabu,keris
panjang,pending,kendi,kertur dan sebagainya. Alat muzik pula dikenali nobat
iaitu gabungan dua perkataan iaitu nau dan bah.Nobat mengandungi 9 jenis alat
muzik yang dimainkan dimajlis-majlis adat istiadat diraja sahaja seperti
keberangkatan raja,perkahwinan diraja,kematian diraja,menyambut kedatangan tetamu
raja dan sebagainya.
Dalam
sistem beraja terdapat 3 cara penggantian
takhta iaitu secara warisan , pemilihan dan penggiliran.Pengantian takhta
secara warisan ialah apabila berlaku kemangkatan sultan yang memerintah maka
putera sulong sultan tersebut dari keturunan pemaisuri (anak gahara) akan
ditabal menjadi sultan yang baharu.Cara ini diamalkan disemua negeri, termasuk
negeri yang mengamalkan adat Perpatih. Mengikut sistem ini,Undang Berempat akan
memilih dikalangan anak raja yang berkelayakan untuk menggantikan jawatan Yang
Dipertuan Besar di Negeri Sembilan.Mana-mana anak raja berpeluang menjawat
jawatan ini sekiranya berjaya menambat hati pembesar nya . Manakala sistem
penggiliran pula diamalkan di Perak.Mengikut sistem ini,sebelum seseorang raja
itu menjawat jawatan sultan,terlebih dahulu mesti menjawat beberapa jawatan
berdasarkan system giliran iaitu menjawat jawatan Raja Di Hilir,Raja
Bendahara,Raja Muda kemudian baharulah Sultan.Mengikut sistem ini,tiga keluarga
diraja berpeluang untuk menjadi Sultan di Perak.
PERANAN RAJA ATAU SULTAN SELEPAS
CAMPURTANGAN BRITISH
Raja atau
sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerinthan di Tanah Melayu.
Sebelum kedatangan penjajah, Sultan memainkan peranan penting dalam bidang
politik, ekonomi dan social. Namun penguasaan penjajah ke atas Tanah Melayu
menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan
peranan dalam politik ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa Sultan kian terhakis
pada zaman penjajahan British, namun Sultan tetap menjadi unsur penting dalam
sistem pemerintahan di Tanah Melayu.
POLITIK
1-
SULTAN SEBAGAI KETUA KERAJAAN
Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam
struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua
kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh
dipersoal.Rakyat tidak boleh membantah perintah Sultan kerana dianggap
mengingkari perintah Tuhan. Perintah Sultan menjadi undang-undang. Oleh itu,,
perintah Sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan
hukum agama.
2-
SULTAN BERPERANAN DALAM BIDANG PERUNDANGAN DAN
KEHAKIMAN
Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang dan
berperanan sebagai ketua hakim. Segala perintah dan arahan raja serta perakuan
Raja, dianggap sebagai undang-undang dan baginda bertanggungjawab mengendali
dan memutuskan hukuman daripada sekecil-kecil hukuman sehinggalah hukuman mati.
Baginda juga berhak memberi pengampunan kepada pesalah yang dikehendaki.
Baginda memelihara undang-undang dalam negeri untuk mengawal kesejahteraan
rakyatnya.
3-
SULTAN MENENTUKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
Sebagai ketua Negara, sultan bertanggungjawab
mengetuai rundingan dengan ketua-ketua Negara asing. Sebarang tindakan hal
ehwal luar tidak sah jika dilakukan oleh pembesar tanpa kehadiran sultan. Semua
perjanjian atau persetiaan dengan pihak luar tidak sah tanpa pengesahan sultan.
Persetiaan dengan pihak luar perlu ditandatangani oleh 12 orang atau lebih
pembesar serta ditandatangani oleh sultan.
4-
BERKUASA MELANTIK PEMBESAR
Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk
memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa
sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain.
Golongan pembesar yang dilantik mestilah berwibawa supaya dapat membantu
baginda dalam pentadbiran negeri. Kuat atau lebih seseorang raja atau kerajaan
adalah bergantung kepada golongan pembesar yang dilantik. Baginda juga berhak
memecat dan melantik penggantinya sendiri iaitu dalam kalangan putera-putera
baginda.
5-
SULTAN BERPERANAN SEBAGAI KETUA TENTERA
Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri
masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai angkatan
tentera mempertahankan Negara daripada serangan musuh atau menakluk Negara
lain.
EKONOMI
1-
SULTAN BERKUASA MUTLAK KE ATAS SUMBER EKONOMI
Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan
mendapat keuntumgan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal buruh atau tenaga
kerja , hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras
sistem cukai dalam jajahan takhluknya serta mempunyai hak mendapat hasil
pungutan cukai negerinya. Dari segi pertanian Sultan berhak mengerahkan tenaga rakyat
untuk bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.
2-
SULTAN BERKUASA MELAKSANAKAN SISTEM KERAH
Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan
sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa tertentu.
Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera, membina
jalan, membina jambatan, membina banteng pertahanan, membersih sungai dan
sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan dari sistem ini seperti golongan
syed (keturunan nabi), golongan lebai, penghulu,kakitangan masjid dan
orang-orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status social
dalam kalangan rakyat.
SOSIAL
1-
SULTAN MERUPAKAN LAMBANG PERPADUAN
Raja/Sultan menjadi simbol penyatuan Negara dan
rakyat. Seseorang sultan sangat memerlukan sokongan dan kesetiaan rakyatnya
bagi membolehkan memerintah dengan berkesan. Kewibawaan seseorang sultan
bergantung kepada kemakmuran hidup rakyatnya. Bagi mewujudkan kesetiaan rakyat
terhadap sultan maka seseorang sultan itu dilambangkan dengan kuasa sakti dan
mempunyai darah putih. Hak ini bertujuan untuk mengagung - agungkan seseorang
sultan supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang ,melanggar perintah
sultan pula dikatakan akan mendapat “tulah”, seperti kemalangan dan kesengsaraan.
2-
SULTAN BERTINDAK SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM DAN ADAT
ISTIADAT MELAYU.
Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan
menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting
untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya.
Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran
agama Islam di Tanah Melayu. Baginda juga berperanan untuk memastikan semua
rakyatnya mematuhi peraturan dan larangan terhadap sesuatu adat istiadat Melayu
yang diamalkan.
PERUBAHAN PERANAN RAJA/ SULTAN
SELEPAS PENJAJAHAN BRITISH
1-
RAJA KEHILANGAN KUASA MENTADBIR
Selepas campur tangan British, British telah memperkenalkan sistem
Residen. Di bawah sistem Residen , Residen merupakan kuasa yang tertinggi dalam
pemerintahan di negeri-negeri Melayu. British memperkenalkan pentadbiran
berbentuk Birokrasi, Sultan menjadi Presiden Majlis Negeri tetapi semua
keputusan Majlis Negeri dibuat oleh Residen. Sultan kehilangan kuasa sebagai
ketua Pentadbir. Walaupun Sultan masih menjadi ketua Negara, namun kuasa
mentadbir berada ditangan Residen. Pengenalan Persekutuan pada tahun 1896
menyebabkan Sultan kehilangan kuasa, Kuasa berpusat ditangan Reseiden General.
Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam soal agama dan adat istiadat orang Melayu
sahaja. Kekuasaan Sultan semakin tergugat apabila British memperkenalkan
Malayan Union pada tahun 1946. Walaupun kuasa Sultan dipulihkan semuala dengan
pengenalan Persekutuan 1948, tetapi kuasa sebenar masih ditangan British.
2-
RAJA KEHILANGAN KUASA DALAM PERUNDANGAN
British memperkenalkan sistem perundangan baru.
Baginda tidak lagi berkuasa menjatuhkan hukuman apabila British memperkenalkan
sistem perundangan yang lebih teratur dengan melantik hakim-hakim untuk
melaksanakan sistem kehakiman.
3-
RAJA KEHILANGAN KEKUASAAN TERHADAP EKONOMI
Setelah kedatangan British, segala urusan percukaian
dan import – eksport tidak lagi berada di bawah kekuasaan Sultan, tetapi
ditangan British. British secara beransur-ansur memperkembangkan ekonomi
kapitalis dan secara beransur-ansur ekonomi tradisional terhakis.
4-
RAJA KEHILANGAN HAK KE ATAS TENTERA
Pada zaman penjajahan British, Sultan juga tidak
dibenarkan mempunyai tentera sendiri. Pentadbir British telah membentuk pasukan
polis dan askarnya sendiri. Hal ini bermakna bidang keselamatan terlepas
daripada kekuasaan Sultan. Sultan hanya memainkan peranan dalam uacara kerajaan
negeri sahaja.
KESIMPULAN
Melalui
perbincangan di atas, adalah jelas bahawa sebelum penjajahan, Raja/Sultan
memainkan peranan penting dalam semua urus tadbir negara yang mencakupi bidang
politik, ekonomi, sosial dan keagamaan. Kedatangan penjajah menyebabkan
pengenalan sistem pentadbiran sehingga menjadikan Sultan kehilangan kuasa dan hanya
sekadar lambang kekuasaan pada Negara.
ADAT ISTIADAT
Adat Istiadat dan strata masyarakat Melayu dalam Sulalatus Salatin.
Sulalatus Salatin merupakan judul asal sejarah Melayu. Karya ini ditulis oleh Tun Seri Lanang pada tahun (1612). Sewaktu karya ini ditulis terdapat pelbagai cerita lisan dan salasilah tersebar luas.
Konsep adat dan istiadat terbahagi kepada dua iaitu adat dan istiadat. Adat mewakili undang-undang dan larangan Diraja. Larangan Diraja merupakan pelaksanaan undang-undang berdasarkan hukuman melanggar undang-undang atau melakukan sebarang kesalahan. Undang-undang pula melibatkan larangan mengenai perhiasan pakaian peralatan raja. Istiadat pula mewakili aturan dalam negeri dan pelaksanaan upacara atau istiadat. Istiadat kebiasaanya dijalankan di istana raja dan mengutamakan kelengkapan dan perjalanan upacara. Seterusnya, aturan dalam negeri ialah istiadat aturan dalam negeri tidak melibatkan denda dan mementingkan protocol.
Starta atau tingkat kedudukan masyarakat Melayu dalam Sulalatus Salatin adalah terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada Raja dan Pembesar. Golongan diperintah pula terdiri dari pada rakyat dan hamba. Masyarakat Melayu tradisional sememangnya mengamalkan system pemerintahan secara mutlak.
Adat istiadat sebahagian adat yang mengatur segala upacara dan kegiatan suci yang perlu menerima penghormatan awam. Adat istiadat berlaku kerana masyarakat mengamal dan menjaganya dengan baik (Abdullah Siddik, 1975). Adat istiadat bergantung pada prisipperubahan melalui muafakat dan perundingan serta pengaruh luar. Etimologi perkataan adat berasal daripada Bahasa arab iaitu ‘Adah’ yang bermaksud kebiasaan yang tetap dihormati. Adat istiadat dalam masyarakat Melayu tradisional merupakan segala proses kehidupan manusia bermula daripada kelahiran hingga kematian (Abdul Latif, 2001). Gambaran adat istiadat dan larangan-larangan yang mementinkan protocol dan adat istiadat ini bertujuan untuk menonjolkan tentang kebesaran dan sekaligus kekuasaan.
Aturan dalam negeri ialah istiadat aturan dalam negeri tidak melibatkan denda dan mementingkan protokol. Antara contoh adat:-
1- ADAT ISTIADAT PENGANUGERAHAN GELARAN
Adat ini dimulakan dengan
menjemput orang yang bakal menerima gelaran ke istana. Jemputan penganugerahan
pula adalah mengikut pangkat dan gelaran yang bakal diterima. Orang besar-besar
akan menjemputnya jika mendapat penganugerahan ‘Perserian. Bagi anugerah
‘Persangan’ hanya orang kecil-kecil sahaja yang akan menjemput orang yang bakal
menerima anugerah. Orang yang menerima anugerah tertinggi akan dijemput
menggunakan gajah atau kuda. Mereka akan diiringi dengan paying dan gendang
serunai ke istana. Ketika tiba di istana, riwayat mereka akan dibaca dan diberi
persalinan mengikut gelaran yang diberikan oleh Raja. Sebagai contoh, anugerah
bendahara akan diberi lima ceper
persalinan Situasi ini dapat digambarkan di bawah.
ADAT MENGADAP RAJA DIBALAIRONG
Semasa mengadap raja terdapat adat istiadat mengadap raja dibalairong. Pembesar-pembesar akan disusun mengikut pangkat kebesaran tersendiri seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, dan Temenggung akan duduk di seri balai. Anak-anak Raja akan duduk dibahagian serambi balai sebelah kiri dan kanan. Sida-sida yang muda akan duduk berselang seli dengan bentara dan hulubalang yang berdiri di ketapakan balai memikul pedang. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks dibawah:-
ADAT MENJUNGJUNG DULI
Adat istiadat ini diadakan apabila empat atau lima orang kepala bentara yang terdiri daripada sida-sida akan duduk di seri balai. Segala perkakas seperti ketur, kendi, kipas dan barang yang diselang kedudukannya. Pedang pula berada di sebelah kiri dan kanan. Pedang kerajaan dipikul oleh Laksaamana atau Seri Bija Diraja. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks dibawa:-
ADAT RAJA-RAJA MELAYU
Adat tradisi Raja-Raja Melayu diwujudkan di zaman Kesultanan Melayu di bawah bimbingan alim ulamak tasawuf. Berkemungkinan kebanyakan daripada adat Raja-Raja Melayu ini digubal pada zaman Sultan Muhammad Syah yang memeluk Islam di bawah tunjuk ajar seorang ulamak Mekah yang bernama Makhdum Sayyid Abdul Aziz. Beliau dan para mubaligh lain membantu dalam proses pengislaman Raja Melaka, para pembesar negeri serta rakyat baginda sekelian langsung meneruskan khidmat mengajar tentang hokum hakam agama. Pengaruh ajaran Islam juga ternyata jelas terdapat di dalam hokum kanun Melaka yang menjadikan hukum islam (hudud) sebagai dasar perundangan resmi Negara.
Kebanyakan mubaligh yang datang ketika itu asalnya kaum Arab, keturunan Arab atau Farsi. Antara ulamak yang tinggal di Melaka untuk menjalankan kegiatan dakwah dan memberi pengajaran agama ialah Makhdum Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadhi Yusuff, Qadhi Menus, Qadhi Menawar Syah, Maulana Sadar Jahan dan Maulana Jalalluddin. Semasa Makhdum Sayyid Abdul aziz menjadi penasihat agama terpenting kepada Sultan Muhammad Syah inilah dibuat beberapa adat peraturan Raja-Raja Melayu Melaka, yang kemudiannya menjadi garis panduan kepada Kesultanan-kesultanan lain di Alam Nusantara yang mengambil Nobat dari Melaka.
Adat Raja-Raja Melayu merangkumi undang-undang Syariat dan undang-undang adat yang berkaitan dengan hal kelayakan, pelantikan dan peranan seorang Raja Melayu sebagai wakil Allah dalam segala urusan umat Islam berbangsa Melayu.
ADAT MELAYU YANG BERSIFAT ADATULLAH
Dalam memenuhi kelayakan sebagai seorang Raja yang beragama Islam, seorang Raja Melayu dituntut untuk memenuhi ciri-ciri seperti baligh, lelaki, tidak gharib dan berakal. Sepertimana yang disebutkan dahulu, menurut ajaran akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, melantik raja hukumnya Fardhu Kifayah. Begitu pentingnya hal melantik raja, maka adat Raja-Raja Melayu telah menetapkan bahawa pelantikan seorang Raja pengganti perlu didahulukan daripada mengkebumikan raja yang baru mangkat.
Adat muafakat dan persetujuan para pembesar dalam urusan pelantikan raja juga tergolong dalam ADATULLAH kerana ianya mempunyai asas dalam ajaran Islam. Permuafakatan dan persetujuan para pembesar Melayu merupakan satu syarat pengesahan perlantikan seorang Raja Melayu. Adat pertabalan seorang Raja Melayu juga merupakan satu ADATULLAH. Dalam majlis pertabalan, lafaz sumpah mengambil tanggungjawab sebagai Ulil Amri dan disertakan dengan alat kebesaran mempunyai asas kukuh dalam ajaran Islam. Ianya bertujuan menyambung ikatan kerohanian diantara Daulah-Daulah Islamiyah yang berantai dari zaman Rasulullah SAW. Upacara pertabalan seseorang Raja merupakan suatu majlis yang sakaral kerana ianya merupakan pengiktirafan agama kepada kedudukannya sebagai seorag Raja Islam yang mendapat mandat Allah SWT. Sebagai seorang Raja bagi umat Islam yang berdaulat, ianya dapat menjamin payung Allah dibuka atas kerajaanya.
KEPENTINGAN ADAT RAJA-RAJA MELAYU DAN KEHILANGAN DAULAH RAJA
Sebagai institusi pemerintahan umat Islam yang mempunyai legitimasi kukuh dalam agama, dan dalam peranannya sebagai satu unit dari rantaian system khalifah Islamiyyah, terdapat beberapa adat Raja-Raja Melayu yang dibuat bagi menjamin hakikat yang menzahirkan daulat Institusi Raja-Raja Nelayu akan terus terpelihara. Kewujuan hakikat inilah yang menjamin paying perlindungan Allah SWT tetap terbuka kepada Bangsa Melayu.
MAJLIS PERTABALAN SULTAN
Majlis Pertabalan atau Perpuspaan Sultan memastikan wujudnya kesinambungan pemerintahan baginda kepada warisan pemerintahan umat islam dari zaman Rasulullah SAW. Hal atau perkara ini termasuk didalamnya sumpah Raja bagi menjalankan mandat Allah atas baginda serta ikrar taat setia para pembesar negeri sebagai wakil rakyat jelata. Oleh itu, penobatan seorang Raja melayu mengikut adatnya akan menzahirkan kekuatan rohaniah kepada Daulah baginda selama mana baginda tidak mengkhianati sumpah yang dilafazkannya dalam upacara penobatan yang penuh istiadat itu.
MUAFAKAT RAJA-PEMBESAR
Selain itu, adat mendapatkan muafakat dan persetujuan para pembesar atas pelantikan seorang Raja, dan dalam lain-lain perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal pemerintahan, juga boleh menjamin pemerintahan tersebut kekal berada dalam Rahmat allah SWT. Kesatuan hati dan muafakat merupakan kunci kepada kekuatan sesebuah pemerintahan.
PERKAHWINAN RAJA DENGAN WANITA GAHARA
Adat perkahwinan Raja-Raja Melayu dengan wanita dari darah Gahara (iaitu wanita bangsawan atau keturunan Sayyid) adalah adat raja-raja dari zaman dahulu dan ianya masih diamalkan oleh pemerintahan Raja-Raja Islam. Raja-Raja Melayu yang mana pemilihan putera tua dari darah gahara menjadi adat Raja-Raja Melayu yang paling utama.
Sejarah Melayu membuktikan bahawa pegangan keras hampir kesemua Raja-Raja Melaka telah membawa kepada era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Masalah mula terjadi apabila British berhasrat untuk menjajah Tanah Melayu dan mengambil pendekatan pecah-perintah bagi membolehkannya menyelinap masuk ke dalam banteng istana. British menggunakan statusnya sebagai suatu kuasa besar dunia untuk mengajar dan mendokong anak-anak gundik kepada Raja-Raja Melayu untuk merampas takhta, dari situ tercetuslah pergolakan istana.
Adat Raja-Raja Melayu yang menetapkan PUTERA DARI DARAH GAHARA sebagai salah satu ciri kelayakan terpenting sebagai waris pemerintah bagi memastikan tiada unsur-unsur pencemaran nasab yang boleh mencetuskan pengkhianatan kepada institusi Raja-Raja Melayu yang tulen. Oleh itu, perkahwinan raja dengan wanita gahara amat dipentingkan. Pemeliharaan keturunan Raja-Raja Melayu yang baik dan mulia dapat mengekalkan rahmat Allah tutun ke atas pemerintah dan rakyat baginda.
MAKNA DAULAH, DAULAT DAN DULI
YANG MAHA MULIA SERTA TUAN’KU
DAULAT
atau DAULAH adalah istilah yang sama maksudnya iaitu kuasa ataupun kerajaan.
Walaupun ada beberapa rujukan menjelaskan Daulat bermaksud seseorang Raja atau
sultan mempunyai kuasa tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja yang melanggar
arahannya (derhaka akan menerima akibat (tulah). Namun ianya jua diambil kira
dari sudut pandangan berhubung kesaktian ataupun keistimewaan
DULI
yang berasal dari perkataan arab yang membawa maksud negeri Negara yang berkaitan
dengan pemerintahan dan bukannjya pentadbiran demikian jua istilah “Yang Maha
Mulia” erti kata yang berasal dari al-karim. Namun istilah “Zilullah
fil-ardh adalah bertepatan yang
bermaksud “bayangan Allah di muka bumi iaitu merupakan warisan dan lanjutan
amalan pemerintah kerajaan Abbasiyah dan Saljuk di Baghdad, Mamluk di Mesir,
Uthmaniyah di Turki dan Khillji serta moghul di India.
Negeri
Perak sebagai contoh suatu ketika dahulu pernah menggunakan istilah tersebut
kepada Paduka Seri Sultan Abdul Malik Mansur Mu’azzam Shah Jamalu’llah Khalifat
ur-Rahman Johan Berdaulat Zillu’llahi fil-Alam ibni al-Marhum Sultan Ahmadin
shah, sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Perak yang memerintah sekitar
tahun 1806-1825.
TANGGUNGJAWAB KHALIFAH TERHADAP
UMAT:-
1- Memelihara Keturunan
2- Memelihara Akal
3- Memelihara Kehormatan
4- Memelihara Jiwa (Nyawa) manusia
5- Memelihara Harta
6- Memelihara Agama
7- Memelihara Keamanan
8- Memelihara Negara
(cebisan
dari Undang-Undang 99 Negeri Perak)
(11). UNDANG-UNDANG ORANG JADI
RAJA ATAUPUN PENGHULU DIDALAM SESEBUAH NEGERI ATAU MUKIM “ADATNYA”
Ada pun
hutang penghulu kepada rakyatnya
-
Pertama mati rakyatnya di
tanam
-
Kedua, hilangnya rakyat
di cari,
-
Ketiga, kusut
diselesaikan
-
Keempat,, jika salah
dipatutkan
Maka hutang rakyat kepada penghulu dua perkara,
pertama dilaungkan oleh penghulu, datang ia dan disuruh pergi ia, dan lagi
tatkala orang mengadap bicara itu dilihat baik-baik rupanya, salah duduknya,
salah berdirinya, salah perkataanya, serba yang salah sebarang lakunya, maka
mereka yang salah itu disalahkan juga dan demikian pula yang benar itu hendaklah
dibenarkan hukumnya, tetapi boleh dibezakan antara kecil dan salah besar di
atas mereka-mereka sekalian dan atas bicara mereka itu dihukum betul-betul,
jangan diambil faedah mereka-mereka itu tatkala di dalam mana-mana bicara pun.
93 UNDANG-UNDANG ORANG MENJADI ORANG BESAR DI DALAM NEGERI
-
Adatnya pertama orang
besar itu memelihara atas rajanya,
-
Kedua memelihara atas
rakyatnya, maka amanlah negeri itu
Secara
tersiratnya meletakkan Zillullah fi-alam
ataupun Zillullah fi-ardh sebagai
khalifah secara harfiyah bermakna “pengganti” atau wakil yakni pemimpin umat
islam setelah wafatnya
Junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W.
Digelar
sebagai Khalifah Allah (perwakilan Allah SWT) dan Khalifah Rasulullah. Maka
terbentuklah satu sandangan dan harapan sebagai amir al-Mu’minin yang bermakna “pemimpin orang yang beriman”. Namun
sejak tumbangnya Empayar Turki Uthmaniyah, gelaran ini tidak lagi digunakan.
Namun ianya digunakan gelaran SULTAN dan RAJA digugusan kepulauan nusantara.
Walau
apa jua istilah yang diberikan, Sistem Beraja wajib dan sekali gus memenuhi
Raja berperanan menyatupadukan warga, membina sebuah bangsa berdaulat. Atas
alasan iniah Raja berperanan mutlak sebagai penggubal, pentafsir, pelindung dan
pelaksana undang-undang, disamping diiktiraf sebagai Ketua Agama . Sultan
bermaksud pihak yang berkuasa. Ertinya ia merangkumi semua mereka yang
mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apapun gelarannya.
Maka
hendaklah jelas, perkataan Sultan dalam hadis merujuk kepada ulul amri iaitu mereka yang berkuasa
memerintah. Al-Imam Al-munawi dalam Fadh al-Qadir ketika mentafsir maksud “Al-Sultan
bayangan Allah di bumi” beliau berkata ‘ kerana dia memelihara manusia dari
keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari’.
Jika
hendak memahami maksud penguasa bayangam Tuhan dalam Islam, fahamlah ucapam Abu
Bakar as-siddiq apabila menjadi khalifah:-
“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah
dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.
Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah betulkanlah aku. Benar itu adalah
amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah
kuat disisi sehingga aku mengembalikan
haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah disisiku sehingga aku
mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), Insya allah.
Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad,
melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan
Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul Nya, maka tiada
ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361). Inilah
insan yang paling faham maksul Sultan itu bayangan allah di bumi.
Kemuliaan Raja dinilai dari sudut
amal makruf. Baginda menyempurnakan tanggungjawab lantas menginsafkan Raja bahawa kuasa
pemerintahan adalah satu manah Ilahi yang sama sekali tidak boleh disalahgunakan. Raja wajib menjunjung
amanah pemerintahan dengan melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat
mengikut hukum yang telah ditetapkan
oleh Allah SWT.
Adat Istiadat dan strata masyarakat Melayu dalam Sulalatus Salatin.
Sulalatus Salatin merupakan judul asal sejarah Melayu. Karya ini ditulis oleh Tun Seri Lanang pada tahun (1612). Sewaktu karya ini ditulis terdapat pelbagai cerita lisan dan salasilah tersebar luas.
Konsep adat dan istiadat terbahagi kepada dua iaitu adat dan istiadat. Adat mewakili undang-undang dan larangan Diraja. Larangan Diraja merupakan pelaksanaan undang-undang berdasarkan hukuman melanggar undang-undang atau melakukan sebarang kesalahan. Undang-undang pula melibatkan larangan mengenai perhiasan pakaian peralatan raja. Istiadat pula mewakili aturan dalam negeri dan pelaksanaan upacara atau istiadat. Istiadat kebiasaanya dijalankan di istana raja dan mengutamakan kelengkapan dan perjalanan upacara. Seterusnya, aturan dalam negeri ialah istiadat aturan dalam negeri tidak melibatkan denda dan mementingkan protocol.
Starta atau tingkat kedudukan masyarakat Melayu dalam Sulalatus Salatin adalah terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada Raja dan Pembesar. Golongan diperintah pula terdiri dari pada rakyat dan hamba. Masyarakat Melayu tradisional sememangnya mengamalkan system pemerintahan secara mutlak.
Adat istiadat sebahagian adat yang mengatur segala upacara dan kegiatan suci yang perlu menerima penghormatan awam. Adat istiadat berlaku kerana masyarakat mengamal dan menjaganya dengan baik (Abdullah Siddik, 1975). Adat istiadat bergantung pada prisipperubahan melalui muafakat dan perundingan serta pengaruh luar. Etimologi perkataan adat berasal daripada Bahasa arab iaitu ‘Adah’ yang bermaksud kebiasaan yang tetap dihormati. Adat istiadat dalam masyarakat Melayu tradisional merupakan segala proses kehidupan manusia bermula daripada kelahiran hingga kematian (Abdul Latif, 2001). Gambaran adat istiadat dan larangan-larangan yang mementinkan protocol dan adat istiadat ini bertujuan untuk menonjolkan tentang kebesaran dan sekaligus kekuasaan.
Aturan dalam negeri ialah istiadat aturan dalam negeri tidak melibatkan denda dan mementingkan protokol. Antara contoh adat:-
1- ADAT ISTIADAT PENGANUGERAHAN GELARAN
Jika baginda menggelar
orang, maka raja dihadap orang dibalairung, orang beradat. Maka dijemput orang
itu: jika “Perserian”, Orang Besar-besar menjenput dia: jika “persangan”, orang
kecil menjemput dia; jika “pertuanan” orang sedang menjemput dia; dan jika
orang bergelar itu patut bergajah, dibawakan gajah; yang patut berkuda,
dibawakan kuda; dan jikalau tiada patut bergajah dan berkuda, dibawa berjalan
dengan bingkisan, dengan paying dan gendang serunai, tetapi paying itu, ada
hjau, ada yang biru, ada yang merah dan sebesar-besar paying kuning; dan paying
putih dengan Negara itu mahal adanya, sebaik-baiknya nafiri.Dan paying kuning
itu paying anak raja-raja dan orang besar-besar, dan paying ungu dan merah dan
hijau itu paying sida-sida dan bentara hulubalang sekalian. Adapun paying biru
dan hitam itu akan paying barang orang bergelar juga. (A. samad Ahmad, 1979;76)
Semasa mengadap raja terdapat adat istiadat mengadap raja dibalairong. Pembesar-pembesar akan disusun mengikut pangkat kebesaran tersendiri seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, dan Temenggung akan duduk di seri balai. Anak-anak Raja akan duduk dibahagian serambi balai sebelah kiri dan kanan. Sida-sida yang muda akan duduk berselang seli dengan bentara dan hulubalang yang berdiri di ketapakan balai memikul pedang. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks dibawah:-
“kemudian daripada itu maka
Raja Iskandar pun keluarlah ke penghadapan, dihadap oleh segala raja-raja dan
ulama dan pendita dan segala orang Besar-besar, dan segala pahlawan yang
gagah-gagah, mengelilingi takhta kerajaan baginda, dan dan belakang baginda
segala hamba yang khas dan segala yang kepercayaannya” (A.samad Ahmad, 1979;5)
Adat istiadat ini diadakan apabila empat atau lima orang kepala bentara yang terdiri daripada sida-sida akan duduk di seri balai. Segala perkakas seperti ketur, kendi, kipas dan barang yang diselang kedudukannya. Pedang pula berada di sebelah kiri dan kanan. Pedang kerajaan dipikul oleh Laksaamana atau Seri Bija Diraja. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks dibawa:-
“syahadan jika menjunjung
duli, dahulu kepala bentara yang empat lima orang itu daripada sida-sida yang duduk di seri balai
itu, melainkan segala menteri yang besar-besar. Adapun nakhoda Cempa yang
pilihan duduk di Seri balai; maka segala anak tuan-tuan yang bersahaja sahaja
duduk di selasar balai. Adapun segala perkakas raja, seperti ketur, kipas dan
barangsebagainya diselang-selang duduknya, melainkan puan dan pedang
dikelek-kelekkan kiri dan kanan, pedang kerajaan itu, Laksamana atau Seri Bija
Diraja memikul pedang itu. (A.samad Ahmad, 1979;75)
ADAT RAJA-RAJA MELAYU
Adat tradisi Raja-Raja Melayu diwujudkan di zaman Kesultanan Melayu di bawah bimbingan alim ulamak tasawuf. Berkemungkinan kebanyakan daripada adat Raja-Raja Melayu ini digubal pada zaman Sultan Muhammad Syah yang memeluk Islam di bawah tunjuk ajar seorang ulamak Mekah yang bernama Makhdum Sayyid Abdul Aziz. Beliau dan para mubaligh lain membantu dalam proses pengislaman Raja Melaka, para pembesar negeri serta rakyat baginda sekelian langsung meneruskan khidmat mengajar tentang hokum hakam agama. Pengaruh ajaran Islam juga ternyata jelas terdapat di dalam hokum kanun Melaka yang menjadikan hukum islam (hudud) sebagai dasar perundangan resmi Negara.
Kebanyakan mubaligh yang datang ketika itu asalnya kaum Arab, keturunan Arab atau Farsi. Antara ulamak yang tinggal di Melaka untuk menjalankan kegiatan dakwah dan memberi pengajaran agama ialah Makhdum Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadhi Yusuff, Qadhi Menus, Qadhi Menawar Syah, Maulana Sadar Jahan dan Maulana Jalalluddin. Semasa Makhdum Sayyid Abdul aziz menjadi penasihat agama terpenting kepada Sultan Muhammad Syah inilah dibuat beberapa adat peraturan Raja-Raja Melayu Melaka, yang kemudiannya menjadi garis panduan kepada Kesultanan-kesultanan lain di Alam Nusantara yang mengambil Nobat dari Melaka.
Adat Raja-Raja Melayu merangkumi undang-undang Syariat dan undang-undang adat yang berkaitan dengan hal kelayakan, pelantikan dan peranan seorang Raja Melayu sebagai wakil Allah dalam segala urusan umat Islam berbangsa Melayu.
ADAT MELAYU YANG BERSIFAT ADATULLAH
Dalam memenuhi kelayakan sebagai seorang Raja yang beragama Islam, seorang Raja Melayu dituntut untuk memenuhi ciri-ciri seperti baligh, lelaki, tidak gharib dan berakal. Sepertimana yang disebutkan dahulu, menurut ajaran akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, melantik raja hukumnya Fardhu Kifayah. Begitu pentingnya hal melantik raja, maka adat Raja-Raja Melayu telah menetapkan bahawa pelantikan seorang Raja pengganti perlu didahulukan daripada mengkebumikan raja yang baru mangkat.
Adat muafakat dan persetujuan para pembesar dalam urusan pelantikan raja juga tergolong dalam ADATULLAH kerana ianya mempunyai asas dalam ajaran Islam. Permuafakatan dan persetujuan para pembesar Melayu merupakan satu syarat pengesahan perlantikan seorang Raja Melayu. Adat pertabalan seorang Raja Melayu juga merupakan satu ADATULLAH. Dalam majlis pertabalan, lafaz sumpah mengambil tanggungjawab sebagai Ulil Amri dan disertakan dengan alat kebesaran mempunyai asas kukuh dalam ajaran Islam. Ianya bertujuan menyambung ikatan kerohanian diantara Daulah-Daulah Islamiyah yang berantai dari zaman Rasulullah SAW. Upacara pertabalan seseorang Raja merupakan suatu majlis yang sakaral kerana ianya merupakan pengiktirafan agama kepada kedudukannya sebagai seorag Raja Islam yang mendapat mandat Allah SWT. Sebagai seorang Raja bagi umat Islam yang berdaulat, ianya dapat menjamin payung Allah dibuka atas kerajaanya.
KEPENTINGAN ADAT RAJA-RAJA MELAYU DAN KEHILANGAN DAULAH RAJA
Sebagai institusi pemerintahan umat Islam yang mempunyai legitimasi kukuh dalam agama, dan dalam peranannya sebagai satu unit dari rantaian system khalifah Islamiyyah, terdapat beberapa adat Raja-Raja Melayu yang dibuat bagi menjamin hakikat yang menzahirkan daulat Institusi Raja-Raja Nelayu akan terus terpelihara. Kewujuan hakikat inilah yang menjamin paying perlindungan Allah SWT tetap terbuka kepada Bangsa Melayu.
MAJLIS PERTABALAN SULTAN
Majlis Pertabalan atau Perpuspaan Sultan memastikan wujudnya kesinambungan pemerintahan baginda kepada warisan pemerintahan umat islam dari zaman Rasulullah SAW. Hal atau perkara ini termasuk didalamnya sumpah Raja bagi menjalankan mandat Allah atas baginda serta ikrar taat setia para pembesar negeri sebagai wakil rakyat jelata. Oleh itu, penobatan seorang Raja melayu mengikut adatnya akan menzahirkan kekuatan rohaniah kepada Daulah baginda selama mana baginda tidak mengkhianati sumpah yang dilafazkannya dalam upacara penobatan yang penuh istiadat itu.
MUAFAKAT RAJA-PEMBESAR
Selain itu, adat mendapatkan muafakat dan persetujuan para pembesar atas pelantikan seorang Raja, dan dalam lain-lain perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal pemerintahan, juga boleh menjamin pemerintahan tersebut kekal berada dalam Rahmat allah SWT. Kesatuan hati dan muafakat merupakan kunci kepada kekuatan sesebuah pemerintahan.
PERKAHWINAN RAJA DENGAN WANITA GAHARA
Adat perkahwinan Raja-Raja Melayu dengan wanita dari darah Gahara (iaitu wanita bangsawan atau keturunan Sayyid) adalah adat raja-raja dari zaman dahulu dan ianya masih diamalkan oleh pemerintahan Raja-Raja Islam. Raja-Raja Melayu yang mana pemilihan putera tua dari darah gahara menjadi adat Raja-Raja Melayu yang paling utama.
Sejarah Melayu membuktikan bahawa pegangan keras hampir kesemua Raja-Raja Melaka telah membawa kepada era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Masalah mula terjadi apabila British berhasrat untuk menjajah Tanah Melayu dan mengambil pendekatan pecah-perintah bagi membolehkannya menyelinap masuk ke dalam banteng istana. British menggunakan statusnya sebagai suatu kuasa besar dunia untuk mengajar dan mendokong anak-anak gundik kepada Raja-Raja Melayu untuk merampas takhta, dari situ tercetuslah pergolakan istana.
Adat Raja-Raja Melayu yang menetapkan PUTERA DARI DARAH GAHARA sebagai salah satu ciri kelayakan terpenting sebagai waris pemerintah bagi memastikan tiada unsur-unsur pencemaran nasab yang boleh mencetuskan pengkhianatan kepada institusi Raja-Raja Melayu yang tulen. Oleh itu, perkahwinan raja dengan wanita gahara amat dipentingkan. Pemeliharaan keturunan Raja-Raja Melayu yang baik dan mulia dapat mengekalkan rahmat Allah tutun ke atas pemerintah dan rakyat baginda.
Rasulullah
SAW telah bersabda:
“Pilihlah
tempat yang baik untuk keturunan kamu dan berkahwinlah dengan yang sekufu
(sebanding atau sepadan). “(HR Ibnu Majah dan Al-Hakim).
Dalam
riwayat lain:
“Carilah
tempat-tempat yang sesuai untuk air mani kamu, sebab sesungguhnya si lelaki itu
lebih menyerupai kaum sebelah ibunya. “ (HR. Ibnu Asakir)
Walaupun pada hari
ini adat tersebut telah beransur-ansurditinggalkan, teapi ianya bermanfaat untuk
dihidupkan kembali supaya jangan sampai terjadinya peristiwa perkahwinan
Raja-Raja Melayu dengan wanita-wanita Yahudi, Nasrani atau yang Gharib. Jika
ini terjadi, dikhuatiri agen-agen jahat cuba memasukkan waita-wanita mereka ke
dalam tembok-tembok istana pemerintahanIslam supaya boleh meranapkan Institusi
Raja-Raja Melayu dari dalam. Perkara ini telah pun berlaku pada sebahagian
raja-raja islam yang menyebabkan kemudaratan pada peranan Ulil Amri sebagai tonggak agama dan bangsa.
PEMILIHAN
PUTERA GAHARA
Raja mesti dari
darah gahara, supaya tidak hilang “bisanya” sebagai seorang Raja Berdauat. Ini
bukan sahaja memenuhi tuntutan ajaran Agama Islam, tetapi juga dapat
mengelakkan berlakunya masalah perebutan kuasa. Hanya putera gahara sahaja yang boleh mewarisi pemerintahan negeri. Oleh
itu, pelantikan waris Raja perlu mengikut hukum adat dan hukum syarak yang
telah digariskan, dan Kegaharaan
adalah termasuk dalam hukum ini.
Adat ini,
sebenarnya amat berpandangan jauh kerana ianya boleh mengelakkan siasah dan
permusuhan diantara anak-anak Raja. Sejarah membuktikan bahawa disebabkan asal
keturunan mereka yang bukan dari darah bangsawan, ia menyebabkan mereka tidak
dimasukkan dalam aturan penganti Raja. Anak Raja dari wanita kebanyakan atau
wanita gundik lebih mudah diperalatkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan
untuk merampas kuasa. Sokongan yang diberi dari belakang oleh pihak yang menaja
sehingga menyebabkan kuasa pemerintah berjaya dirampas oleh putera yang bukan
anak gahara. Contohnya sejarah negeri Perak. Bagi menjamin kuasa yang
diperolehi melalui jalan yang tidak sah itu tetap berada ditangan, maka
pemerintah baru terpaksa mengikut arahan dan tuntutan penaungnya itu. Ini merupakan ancaman kepada agama dan bangsa
kerana boleh jadi wanita kebanyakan atau gundik yang merupakan bonda kepada
putera yag tidak gahara itu mempunyai penaung
yang berniat jahat. Perkara inilah yang seringkali mencetuskan unsur-unsur
pencabulan dan pengkhianatan dari dalam kepada institusi Beraja kerana mandate
Allah kini digantikan dengan mandat dari penaung.
Adat pemilihan
waris Raja yang berdarah gahara sebagai bakal pengganti mula
ditinggal-tinggalkan malah kini sudah semakin pupus.. Adat raja-Raja Melayu
yang mengikut hukum Adat dan Hukum Syarak akan dapat menjamin kesucian nasab
pemerintah. Malangnya, dengan pengabaian adat ini, ditakuti akan mendedahkan
institusi Raja-Raja Melayu kepada musuh-musuh agama dan bangsa yang sentiasa
mencari peluang untuk menyelinap masuk ke dalam pemerintahan umat islam, dan
membuat kerosakan dari dalam.
Melihat sejarah
silam, banyak pemerintahan umat isam menjadi rosa apabila berlaku penyelinapan
bangsa Yahudi dan Nasranimelalui perkahwinan pemerintah dengan wanita-wanita
Gharib. Kamal Ataturk yang bertanggungjawab meruntuhkan Khalifah Islamiyaah
merupakan satu conth klasik perancangan Freemason (salah satu cabang agen
Yahudi) yang
mana diketahui ia
merupakan anak gharib dari keturunan Yahudi yang dapat menyelinap masuk
berdasarkan sistem meritokrasi yang digunakan dalam Dinasti Uthmaniyyah.
Alasan inilah yang
menyebabkan keturunan Rasulullah S.A.W tidak digalakkan mengahwini
wanita-wanita yang bukan ahlul-bait iaitu untuk menjaga kesucian nasab mereka.
KEPINCANGAN
PELANTIKAN RAJA
Pelantikan Raja
yang tidak melalui upacara Pertabalan akan menyebabkan terputus rantaian
nwarisan pemerintahan umat islam dari zaman Rasulullah SAW. Apabila Raja tidak
bertabal dengan sempurna, maka seorang raja yang dilantik itu belumlagi
mengangkat sumpahatau ‘akad’ untuk menjunjung amanah sebagai Ulil Amri, atau ikrar taat setia (atau baiah) dari para pembesar sebagai wakil
rakyat jelata; maka rupa zahir Raja yang ada padanya akan terkosong dari
perisian hakikat. Maka jadilah Raja tersebut “Raja Tanpa daulat” dan tidak terpikul bebanan sebagai “paying” dan
“tombak” Allah dimuka bumi ini. Keadaan ini akan dapat dirasai oleh rakyat
jelata di saat-saat genting yang memerlukan ‘penguasaan
fungsi Raja’.
NOBAT
DARI KUASA KUFFAR
Kepentingan
“penobatan” sesebuah daulah umat islam adalah bagi menjamin paying perlindungan
Allah tetap terbuka pada Kesultanan yang mendapat nobat itu. Selain itu, ia
juga bagi memastikan bukan sahaja ikatan kerohanian dapat diwujudkan diantara
daulah-daulah umat islam, malahan ianya menjadi penyambung kepada tradisi
pemerintahan umat islam sejak dari Zaman Khulafa Ar-Rasyidin lagi, yang mana
institusi Berkhalifah dan Institusi Beraja Islam merupakan jenis pemerintahan
Umat Islam yang mendapat naungan dari Allah.
Penjajah British
yang pernah menjajah hampir kesemua Negara Islam di zaman mercu empayarnya
langsung mengambil kesempatan di atas kelemahan dan perpecahan ummah untuk
“menobatkan” Raja-Raja Islam. “Penobatan” Raja-Raja Islam oleh golongan kafirun
amat menghina agama, kerana Raja Islam tersebut dikirakan mendapat nobatnya
dari monarki British yang hakikatnyamerupakan penaung kepada gereja dan agama
Kristian di Negara mereka. Penobatan seorang Raja yang beragama Islam, oleh
monarki Kuffar yang menjadi paying kepada Agama Kristian sudah tentu akan
menyebabkan terputusnya naungan allah atas daulah yang terletak di bawah
tonggak raja yang menerima nobat itu. Perkara inilah yang akan mendatangkan
kesan secara langsung kepada kedaulatan Kesultanan tersebut dan membuka ruang
bagi kemasukan berbagai unsur kejahatan dan bala bencana.
Sebagai penaja
yang menobatkan Raja-Raja yang beragama Islam, kuasa kuffar tersebut akan
menjurus pemerintahannya kepada corak pemerintahan mereka, iaitu antara lainnya
dengan memujuk supaya diambil penasihat Inggeris sebagai pedamping Raja yang
utama. Melalui dasar-dasar pemerintahan corakan Barat, penasihat-penasihat ini
secarang langsung ataupun tidak langsung berusaha untuk menghancurkan corak
pemerintahan tradisi umat Islam.
(1)
Kebanyakan
mubaligh yang ke Melaka asalnya kaum Arab, keturunan Arab atau Farsi. Ini boleh
dijadikan alasan mengapa mereka cukup faham kerana daulah-daulah Islamiyyah di
kawasan Timur Tengah. Antara ulamak yang tinggal di Melaka untuk menjalankan
kegiatan dakwah dan memberi pengajaran agama ialah Makdum sayyid Abdul Aziz,
Maulana Abu Bakar, Qadhi Yusuff, Qadhi Menua, Qadhi menawar Syah, Maulana sadar
Jahan dan Maulana Jalaluddin. Sultan Muhammad Syah yang mempelopori kebanyakan
adat Raja-Raja Melayu dibimbing secara peribadi.
Sumber:
Buku ‘Ketuanan Islam & Pertuanan raja-Raja Melayu’. Rujuk bhg ‘Karya
Penulis’
KEJATUHAN MELAKA -PEWARIS
KETURUNAN KESULTANAN MELAKA
Pada
tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Kerajaan Melaka yang telah mencapai
kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara.
Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka telah beransur uzur dan tua,
begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga
mengalami kacau bilau dan banyak pertelingkahan, hasad dengki dan permusuhan
terutamanya dikalangan pembesar-pembesar yang dilantik.
Pada
tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja
Portugal tiba di Melaka.Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia
Tenggara dan digelar “Benggali Putih” oleh orang tempatan.Oleh kerana
orang-orang Portugis membuat kacaiu di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan
mencuri, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis
dihalau dari Melaka.Angkatan Portugis diserang dan dua puluh anak kapalnya
ditahan.
Pada
tahun 1511 Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka berakhir apabila di takluki
portugis. Warisan Empayar Melaka diambil alih oleh anakanda Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Ahmad Shah pada tahun 1516
sehingga 1528. Raja Muzafar menguasai kawasan utara Empayar Melaka dengan
mengwujudkan Kesultanan Melayu Perak, yang berpusat di pinggir Sungai Perak
dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah dan seterusnya beliau mengasaskan
Kesultanan Perak. Sementara adindanya Raja Alauddin mengambil alih kawasan
Selantan Empayar dengan mermulakan kerajaan Johor Riau yang berpusat di Johor
Lama dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II. Kawasan taklukannya
meliputi Pahang yang diasaskan oleh Sultan Muhammad Shah (1), anakanda Sultan
Mansur Shah Sultan Melaka ke-6 (1457).
Nama dan Isu Raja Kesultanan Melaka tiba-tiba muncul kembali dan mula disebut-sebut semula oleh publik-umum, khususnya rakyat di Malaysia yang perihatin mengenai hal nasib bangsa mereka..Ia muncul semula dalam perbualan, dalam masyarakat secara tiba-tiba. Isu kemunculan individu yang bernama Raja Noor Jan Shah yang mengaku dan mengistiharkan dirinya sebagai pewaris jati-mutlak Sultan Melaka yang ke 44 ini telah menggemparkan seluruh negara dan Nusantara.Kemunculan Tuanku ini berlangsung di Dewan Komuditi, Gombak, Selangor Darul Ehsan.Saat-ketika-peristiwa yang amat bersejarah ini adalah berlaku pada l3hb. November, 2005.
Peristiwa munculnya kembali
waris-mutlak Kesultanan Melaka ke 44 ini adalah bagai-seperti sirih pulang kegagang,
dan ibarat pinang pulang ke tampok. Ini adalah kerana tuntutan dan
perisytiharan Tuanku sebagai pewaris jati-mutlak Sultan Melaka ke 44 adalah
sudah kena pada tepatnya dengan masa terkini dimana orang Melayu sedang
tertunggu dan tercari-cari kepimpinan baru yang dapat menaikkan semula imej
bangsa Melayu dan Agama Islam.
Rupa-rupanya, dan dalam senyap-diam; Tuanku telah merancang dan memulakan langkah bijaksana baginda. Tuanku telah pun menghantar secara resmi sepucuk warkah-surat diraja dan surat perisytiharan diri sebagai Sultan Melaka ke 44 kepada pelbagai pihak yang berwajib-berkuasa, yang sepatutnya tahu dan mengambil langkah tindakan yang sepatutnya. Warkah-surat utusan diraja bagi pehak Tuanku telah dikirim-hantar kepada Raja Yang DiPertuan Agong, Tuanku Syed Putera Jamalullail.Melalui warkah ini, Tuanku telah membukti-memperincikan Salasilah Keturunan baginda sejelas-jelasnya dan secara yang tersusun rapi. Salasilah yang tepat jelas ini pasti tidak akan dapat dinafikan oleh pakar-ahli sejarah akan kesahisahan-kesahihannya. Justeru itulah Tuanku berani mengistiharkan “bahawa baginda adalah individu atau orang yang benar-benar mempunyai hak waris-mulak, yang sepatutnya diisytiharkan sebagai Sultan Melaka ke 44.
Warkah Tuanku itu juga telah menegaskan bahawa “permohonan dan tuntutan baginda bukanlah untuk mencabar atau memecah-belahkan keadaan beraja yang sedia ada, tetapi adalah untuk membolehkan baginda mendapatkan kembali hak keturunan baginda yang telah lama terpinggir. Warkah Tuanku itu juga telah menyertakan, telah mengemukakan senarai-susunan Salasilah Keturunan baginda yang selengkapnya.Salasilah ini nampaknya memang benar-benar dapat dibukti-dipertanggungjawabkan.
Warkah Tuanku juga telah menyenaraikan, lengkap dengan lampiran gambar-gambarnya sekali mengenai perkara pemilikan dan milik pusaka-mempusakai berbagai-jenis alat-alat kebesaran Kerajaan Melayu Melaka yang silam.Alat-alat ini adalah peninggalan-pusaka yang pernah diguna-pakai oleh Sultan Ahmad Shah, Sultan Melaka yang ke-9, iaitu Sultan Melaka yang terakhir (1516-1528).
Warkah Tuanku juga menyertakan maklumat dan gambar Keris Taming Sari yang pernah diguna pakai oleh Laksamana Hang Tuah, hulubalang utama-terbilang dizaman Kesultanan Melaka dimasa silam.Warkah Tuanku juga melampirkan maklumat dan gambar-gambar satu lagi alat kebesaran Diraja Kesultanan Melayu Melaka iaitu sepasang Keris Bedut.Dengan pemaparan ini, ianya pasti dapat mengukuhkan lagi tuntutan baginda Tuanku. Pada keris ini tertera dengan jelasnya melalui penggunaan huruf ukiran jawi yang berbunyi ‘Ahmad bin Mahmud 1517’. Ahmad bin Mahmud tentulah bermaksud Sultan Ahmad Shah, putera sulung Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ke 8. Manakala “1517” pula, adalah bermaksud sebahagian dari tahun-tahun Sultan Ahmad yang dapat memerintah semula Melaka setelah mengambilnya semula dari tangan kuasa Portugis pada tahun 1516.
Tuanku juga melampirkan sama maklumat dan gambar-gambar pusaka pemakaian bagi DYMM Raja Permaiuri Kesultanan Melayu Melaka iaitu sebuah Mahkota Permaisuri dan Kalong Berbintang Lima.
Surat rasmi pertama yang menyatakan kemunculan kembali zuriat keturunan Sultan Melaka ke 44 telah dihantar kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (Rujukan – 478 / IKSM/ 2006), bertarikh 17 hb. November 2005 iaitu hari keempat setelah Tuanku selesai mengadakan Istiadat Penganugerahan Gelar Adat kali pertama; bertempat di Dewan Komuditi, Gombak, Selangor. Isi surat ini menegaskan lagi bahawa tuntutan dan peristiharan Tuanku sebagai Sultan Melaka ke 44 bukanlah untuk menggugat kedudukan Raja-Raja yang telah sedia ada, malah berjanji tidak akan menganggu negeri-negeri yang telah sedia ada Raja.
Tuanku adalah Bija Nigara, Bija Mantera dan Bija Benih yang merupakan benih-benih Raja yang telah mewujudkan, meninggalkan dan mewariskan peristiwa pembukaan negeri-negeri dan juga negara. Oleh itu baginda hendaklah dimasyurkan, diwarwarkan mengenai kedudukannya yang berkaitan sejarah yang sebenar. Pemasyhuran ini perlu supaya segala yang kusut-tersimpul akan terungkai dan yang tersimpul akan terlerai. Semua ini adalah untuk kesejahteraan bangsa Melayu di Alam Melayu.
Tuanku Sultan Ahmad Shah @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A. M. Raja Tuah Shah adalah waris-mutlak Keturunan Raja Kesultanan Melayu Melaka yang ke 44.Bermula daripada Sultan Parameswara Iskandar Shah Sultan Melaka pertama Persoalannya sekarang ialah mengapa Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhumm Raja Tuah Shah dengan seriousnya menuntut untuk menjadi Sultan Melaka ke 44? Kemudian, benarkah tuntutan baginda itu? Kalau benar, maka patutkah ianya disokong dan diberi laluan oleh semua pehak?.
Bagi saya, Raja Noor Jan Shah berhak-patut berbuat sedemikian adalah kerana sememangnya darah yang mengalir ditubuh baginda adalah titisan benih-benih dari darah raja-raja Kesultanan Melayu Melaka.Untuk membuktikan kebenarannya, maka marilah kita kaji susur-galur, salasilah jurai keturunan baginda.
Raja Noor Jan Shah adalah putera kepada Y.A.M. Raja Tuah Ibni Al-Marhum Raja Muhammad Lajin Ibni Al-Marhum Raja Alang Abdul Rahman iaitu anakanda kepada Sultan Abdullah Muhammad Shah I, Sultan Perak ke 22 (yang memerintah Negeri Perak 1851-1857).Baginda ini pula adalah putera kepada Raja Kecil Besar Abdul Rahman ibni Al-Marhum Sultan Ahmaddin Shah, iaitu Sultan Perak ke 18 (1786-1806).
Ketika baginda (Sultan Abdullah Muhammad Shah (I) berkuasa, baginda bersemayam di Durian Sebatang, Hilir Perak.Baginda memperisterikan Raja Syarifah Ngah Aminah binti Raja Alang Rawin. Baginda mempunyai beberapa orang putera iaitu pertama, Raja Lop Yusof (Sultan Yusof Syariffuddin Muzaffar Shah), kedua : Raja Sulaiman (yang mangkat di Ligor), ketiga: Raja Alang Abdul Rahman . Kemudian yang keempat: Raja Pandak Budak Rasul.
Oleh kerana tewas, Sultan Abdullah Muhammad Syah I terpaksa beralah dengan meninggalkan istana baginda di Durian Sebatang. Baginda melindungkan diri di rumah panglimanya Datuk Laksamana Tok Janggut (Panglima Pancung Tak Bertanya). Ketika inilah Raja Ngah Jaafar mengambil kesempatan menggelari dirinya sebagai “Sultan Perak” ke-23 Namun, beliau diakui sah
Persoalan mengenai layakkah Raja Noor Jan Shah menuntut dan mengistiharkan dirinya sebagai waris-mutlak raja kesultanan Melaka ke-44 dan Perak yang sah :
Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa mulai Sultan Perak ke 23 hingga Sultan Perak 34; bahawasanya zuriat Raja Kesultanan Melaka di Perak tidak lagi setulen kedudukan Sultan Perak Pertama hingga ke 22. Sultan Perak Pertama iaitu Sulltan Muzaffar Syah I adalah titisan benih- zuriat Sultan Mahmud Syah (Sultan Melaka ke 8).Baginda adalah putera Sultan Mahmud Syah dari permaisuri Onang Kening (puteri Sultan Muhammad, Sultan Pahang yang pertama). Dari Sultan Muzaffar Syah I (iaitu Sultan Perak Pertama)
sehingga Sultan Abdullah Muhammad Syah 1 ( iaitu Sultan Perak ke 22) adalah titisan benih-zuriat Raja Kesultanan Melayu dari Melaka yang tidak terputus.
Secara rengkas dipaparkan di sini nama Sultan-sultan Perak yang berasal dari keturunan Sultan Mahmud Shah ( Sultan Melaka ke 8 - 1488-1511) iaitu dari Sultan Perak pertama (1) sehingga Sultan Perak ke 22. Pertama (1) Sultan Muzaffar Shah 1 (Marhum Tanah Abang); 1528-1549. 2. Sultan Alauddin Shah (1): 1549-1577 3. Sultan Ahmad Tajuddin Shah (Marhum Muda): 1577-1584 4. Sultan Tajul Ariffin (Mangkat di Tebing): 1584-1594 5. Sultan Alauddin Shah (Marhum Mangkat di Darat): 1594-1603 6. Sultan Mukaddam Shah (Marhum di Aceh): 1603-1619 7. Sultan Mansur Shah (II): 1619-1627 8. Sultan Mahmud Shah (Marhum Pulau Tiga): 1627-1630 9. Sultan Salehuddin Shah (Marhum mangkat di Kampar): 1630-1635 10. Sultan Muzaffar Shah (II), (Marhum Jalilullah)
11. Sultan Mahmud Iskandar Shah (Marhum Besar Aulia Allah): 1653-1720 12. Sultan Salehuddin Mughayat Shah (Marhum Sulong): 1720-1728 13. Sultan Muzaffar Shah (III), (Marhum Haji Allah): 1728-1756 14. Sultan Muhammad Shah (Marhum Amirullah): 1742-1743 15. Sultan Iskadar Zulkarnain (Marhum Kahar): 1756-1770 16. Sultan Muhammad Shah (Marhum Muda): 1770-1778 17. Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda (Marhum Sulong): 1778-1806 18. Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Bongsu): 1786-1806 19. Sultan Abdul Malek Mansur Shah (Marhum Jamalullah): 1806-1825 20. Sultan Abdullah Muazzam Shah (Marhum Khalilullah): 1825-1830 21. Sultan Shahbuddin Riayat Shah (Marhum Safiullah): 1830-1851 22. Sultan Abdullah Muhammad Shah (I) (Marhum Durian Sebatang): 1851-1857
Sejarah ringkas D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) (Marhum Durian Sebatang), Kampung Terengganu, Teluk Ansom (kini dikenali nama Teluk Intan), Perak.
Sultan Abdullah Muhammad Shah(1) adalah putera Raja Kechil Besar Rahman Ibni Al-Marhum Sultan Ahmadin Shah. Baginda dilantik menjadi Sultan Perak ke-22 pada tahun 1851- 1857. Baginda bersemanyam di Durian Sebatang, Teluk Anson, Hilir Perak, Perak. Baginda beristerikan Raja Syarifah Ngah Aminah binti Raja Alang Rawin dan memperolehi empat orang putera iaitu: 1) Raja Lop Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzaffar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Alang Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.
Sewaktu pemerintahan baginda,iaitu sekitar 1856 telah terjadi peperangan dengan Raja Ngah Jaafar putera Raja Ahmad ibni Al-Marhum Sultan Abdul MalikMAnsur Shah. Akhirnya Sultan Abdullah Muhammad Shah yang tewas dalam peperangan itu terpaksa meninggalkan istana dan melindungkan diri di rumah Datuk Laksamana Tok Janggut. Dengan kekalahan itu, Raja Ngah Jaafar berjaya mengangkat diri sendiri sebagai Sultan Perak ke-23 dan memberi surat akaun kepada Cik Long Jaafar sebagai orang yang berkuasa di Larut.
Pada tahun 1857 Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) telah mangkat di Durian Sebatang, Teluk Anson dan di Makamkan di Kampong Terengganu, Telok Anson(Teluk Intan), Perak. Makam ini sepanjang hayatnyatelah digazetkan pada 18 Mei 1978.Gazet No.P.U (A) 150 Dalam Hilir Perak, Mukim Durian Sebatang Lot No. 682.Luasnya 30’-0’ x 30’-0’. Rujukan Fail Jabatan Muzium JM/M/701/PK6(1) (55)
Menurut Sejarah Melayu, Parameswara dilahirkan sebagai Dharmaraja dan merupaka Raja Temasik (Singapura) yang terakhir. Baginda berasal dari keturunan Srivijaya (Hindu). Pada tahun 1324, seorang putera Srivijata dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasik dan menubuhkan kerajaan Temasik lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Temasik (Singapura) oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana. Batara Sri Tri BUana bermaksud “ Yang dipertuan kepada tiga dunia” melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasik. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Temasik (Singapura) iaitu Paduka Sri Pekema Wira Dira (1372-1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386-1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399-1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Temasik (Singapura) dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah Berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.
SULTAN MELAKA KEDUA (2)- MEGAT ISKANDAR SHAH (1414-1424)- adalah anakanda Parameswara dan Sultan Hilir Melaka Pertama. Baginda memerintah dari tahun 1414- 1424.
SULTAN MELAKA KETIGA (3)- SULTAN MUHAMMAD SHAH, MELAKA (1424-1444)- adalah anakanda Megat Iskandar Shah. Baginda telah berkahwin dengan Tun Ratnawati (Puteri Tun Perpatih Muka Berjajar). Baginda dikurniakan dua orang putera iaitu Raja Kassim dan Raja Ibrahim.
SULTAN MELAKA KEEMPAT (4)- SULTAN ABU SYAHID (1444-1446)- adalah anakanda Sultan Muhammad Shah (1424-1444). Nama sebenarnya adalah Raja Ibrahim dan menjadi Sultan Hilir Melaka yang ketiga. Pelantikan Raja Ibrahim sebagai Sultan Melaka tidak disenangi oleh kekandanya iaitu Raja Kassim. Pakatan Raja Kasim bersama Datuk Seri Nara DiRaja Tun Ali, Tun Perpatih Serdang dan Datuk Bendahara Seri Amar DiRaja, diikuti dengan pahlawan-pahlawan melanggar istana pada waktu malam untuk memastikan pengaruh kekuasaan Raja Rekan ditamatkan. Akhirnya Raja Ibrahim telah ditikan oleh Raja Rekan sehingga mati.
SULTAN MELAKA KELIMA (5) – SULTAN MUZAFFAR SYAH (1446-1456)- adalah anakanda kepada Sultan Muhammad Syah bersama Tun wati. Baginda adalah Sultan Hilir Melaka yang keempat, dan Sultan Melaka yang kelima. Nama sebenar baginda adalah Raja Kasim. Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan adindanya Raja Ibrahim yang dikenali sebagai Sultan Abu Syahid(144-1446). Selepas menaiki takhta baginda digelar Sultan Muzaffar Syah. Setelah pertabalan baginda sebagai pemerintah Hilir Melaka, Sultan Muzaffar Syah mengarahkan pegawai dan orang kananya untuk melaksanakan segala adat istiadat, tradisi dan larangan yang pernah diperkenalkan oleh ayahandanya Sultan Muhammad Shah (1424-1444). Sultan Muzaffar mengahwini anak Seri Amar DiRaja dan dikurniakan seorang putera bernama Raja Abdullah.
SULTAN MELAKA KEENAM (6) – SULTAN MANSUR SYAH (1456- 1477) – adalah gelaran kepada Raja Abdullah. Baginda menaiki takhta Kesultanan Melayu Melaka selepas kemangkatan bapanya Sultan Muzaffar Syah (1446-1456). Dalam pemerintahannya, baginda menjalankan dasar perluasan wilayah. Banyak negeri dan wilayah di bawah taklukan Melaka seperti Selangor, Bernam , Manjung, Rupat Singapura, Bentan dan pulau disekitarnya. Dari segi pertahanan, baginda mengarahkan Bendahara Tun Perak menyerang Pahang sebagai banteng pertahanan di pantai timur. Kampar dan Siak juga ditawan tetapi baginda gagal menawan Pasai dan Aru.
SULTAN MELAKA KETUJUH (7) – SULTAN ALAUDDIN SYAH (1477-1488)- adalah anakanda Sultan Mansur Syah (1456-1477). Nama sebenar baginda Raja Hussain.Setelah menaiki takhta pada tahun 1477 baginda digelar Sultan Alauddin Syah.. Baginda merupakan Sultan yang sangat mementingkan keamanan negeri Melaka. Baginda dan Hang Isap akan menyamar sebagai rakyat biasa dan melihat kawasan kota Melaka pada waktu malam. Keadaan ini terjadi bila mana kota Melaka sering berlaku kecurian dikalangan rakyat. Dengan penyamaran ini baginda telah Berjaya menghapuskan pencuri da nada yang diusir dan dibunuh oleh baginda. Hasilnya, negeri Melaka menjadi aman dan selamat. Baginda juga seorang Sultan yang alim dan warak serta berakhlak mulia.
SULTAN MELAKA KELAPAN (8)- SULTAN MAHMUD SYAH(1488-1511) – adalah Sultan Melaka yang kelapan dan terakhir memerintah Melaka. Baginda adalah anakanda kepada Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488). Selepas kemangkatan ayahandanya pada tahu 1488, Sultan Mahmud Syah yang masih muda mewarisi Takhta Melaka yang pada ketika itu telah mencapai kemuncak kejayaan dan amat terkenal di seluruh dunia. Pada masa itu juga Melaka merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Pentadbiran Negeri Melaka pada zaman baginda banyak dibantu oleh Tun Perak seorang Bendahara yang bijaksana dan berkebolehan dalam pentadbiran. Selepas kematian bendahara Tun Perak pada tahun 1498, Tun Mutahir dilantik menjadi Bendahara Melaka yang baru.
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas ditangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 10 Ogos 1511. Selepas 10 hari mengepong Kota Melaka, akhirnya pihak Portugis Berjaya menawannya pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah terpaksa mengundurkan diri ke Johor dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat perdagangan dan saingan kepada Melaka. Ibu kota dan pusat pemerintahan pada ketika itu, di Pulau Bentan yang terletak berdekatan dengan Temasik (Singapura). Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim Berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada tahun 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar, Riau, Sumatera. Sultan Mahmud Shah telah meletakkan anakandanya Raja Alauddin Riayat Shah (II) untuk merajai Johor dan seterusnya mengembangkan Johor dan Seorang lagi anakanda Sultan Mahmud Shah , Raja Muzaffar Shah dijemput untuk menjadi pengasas Kesultanan Perak pada tahun 1528.
Pemerintahan dan penguasaan warisan keturunan Sultan Mahmud Syah di Johor berakhir dengan kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat dijulang pada tahun 1699. Pada ketika Sultan Mahmud Syah (II) yang merupakan Sultan Ke-10 (1685-1699) ) mangkat, usia baginda ketika itu dua puluh empat tahun (24 tahun) dan masih belum berkahwin. Oleh kerana ketiadaan zuriat penerus pemerintahan di Johor, maka kesempatan ini diambil alih oleh Bendahara Tun Habib Abdul Jalil, dan seterusnya mengangkat dirinya sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah 1V (1699-1720) dan merupakan sultan pertama dari keturunan Bendahara.
Sultan Mahmud Syah (1488-1511)
bersemayam di Kampar, Riau, ketika itu, negeri
Perak (negeri takhluk Melaka), masih belum mempunyai sultan. Orang Negeri Perak
telah menghantar wakil mereka bernama Tun Sya’ban dan Nakhoda Kasim pergi ke negeri Kampar mengadap Sultan Mahmud
Syah (1488-1511) memohon dan meminta agar putera baginda DIRAJAKAN di negeri Perak. Kerajaan Perak yang berasal dari daerah
Beruas dan Manjong (dalam negeri perak)
memang di bawah takhlukan Melaka). Oleh itu permintaan dari Negeri Perak itu diperkenankan oleh
Baginda agar putera baginda yang bernama Raja
Muzaffar merajai Negeri Perak. Kedatangan
Raja Muzaffar diiringi dengan
peralatan kebesaran yang di bawa dari Kampar Riau,Indonesia. Dari Kampar Riau, Raja Muzaffar pergi ke Kelang kerana
menziarahi keluarganya. Dari Kelang, dengan panduan Nakhoda Tumin, Raja Muzaffar meneruskan pelayarannya ke
Negeri Perak. Kedatangan Raja Muzaffar
disambut oleh orang Perak di Beting
Beras Basah (Kuala Sungai Perak).
SULTAN PERAK PERTAMA (1)- (1528-1549) adalah RAJA MUZAFFAR SYAH. Baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Yang Dipertuan Negeri Perak dengan gelaran SULTAN MUZAFFAR SYAH (1) di tempat yang bernama Tanah abang, di tepi Sungai Perak (Telok Bakong Sekarang).Nama Negeri Perak diambil sempena nama Tun Perak, iaitu Bendahara Melaka.
Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita Putera Raja Marong Mahapudi Sat yang dikatakan telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula tasik, melingkungi tiga atau empat pulau. Putera tersebut telah berkata “tempat ini elok dijadikan sebuah negeri….”, lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada “perak” dan busarnya dinamakan “indera sakti”. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan Negerinya dinamakan Negeri Perak.
Adunan daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama “Negeri Perak” itu menggambarkan bahawa pemiilihan nama PERAK itu sangat bertepatan dengan kekayaan khazanah yang dikandung bumi Perak itu sendiri. Justeru kekayaan inilah pergolakan sejarah Negeri Perak semakin bergelora setelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah dan munculnya kuasa-kuasa Portugis, Acheh, Bugis, Siam, Minangkabau, Belanda dan akhirnya Inggeris.
Bagindalah Sultan Perak yang pertama. Sultan Muzaffar Syah (1) telah menjemput Tun Mahmud (Seri agar Raja) anak Paduka Tuan (Tun Isap Barakah) yang tinggal di Selangor itu datang ke Perak. Tun Mahmud dijadikan Bendahara Perak dan ia adalah Bendahara pertama di Negeri Perak. Tetapi tidak lama kemudian, Tun Mahmud telah dipanggil oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II yang berkerajaan di Negeri Johor. Paduka Tun Isap (ayah Tun Mahmud) telah datang ke Negeri Perak mengambil Tun Mahmud lalu di bawa ke negeri Johor.
SULTAN MUZAFFAR SYAH mula berselisih faham dengan Tun Sya’ban, kerana Tun Sya’ban tidak mahu memberikan anak gadisnya yang cantik bernama Tun Merah untuk dijadikan gundik . Akhirnya Tun Merah dapat juga di bawa ke istana oleh Sultan Muzaffar Syah oleh pengikut setia Baginda. Oleh sebab itu, berlakulah peperangan di Antara pengikut Sultan Muzaffar Syah (1) dengan pengikut Tun Sya’ban. Sultan Muzaffar Syah telah menawarkan pangkat dan gelaran Bendahara pada sesiapa yang Berjaya menewaskan Tun Sya’ban. Seorang yang berasal dari Kerabat Pagar Ruyong (minangkabau) yang bernama Megat Terawis telah Berjaya membunuh Tun Saban. Sultan Muzaffar Syah mengangkat Megat Terawis sebagai Bendahara. Sejak itulah, jawatan Bendahara di negeri Perak disandang oleh keturunan Megat.
Setelah Tun Sya’ban meninggal
dunia, seluruh negeri Perak terserah di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah
(1), dan telah mendirikan pusat pemerintahan di Tanah Abang. Sultan Muzaffar
Syah (1) , mula memerintah negeri Perak pada tahun 1528. Setelah memerintah
kira-kira dua puluh satu tahun, baginda mangkat pada tahun 1549. Baginda di Makamkan di Tanah
Abang dan disebut “Marhum Tanah Abang” (abang=merah), Daerah Perak Tengah,
Mukim Lambor Kanan, Telok Bakong, Bota Kanan.
SULTAN PERAK KEDUA
(2)- (1549-1577) adalah SULTAN MANSUR SYAH (I). Baginda diputerakan di Bentan, Riau. Baginda
adalah putera Sultan Muzaffar Syah (1)-(1528-1549) yang berkahwin dengan Putri Perak Binti Sultan
Mughal . Sultan Mansur Syah (1) diangkat menjadi Sultan Perak yang kedua
setelah kemangkatan ayahandanya Sultan Muzaffar Syah (1) 1549. Baginda kemudian
berpindah bersemanyam di kampong Kan Kong (Kota Lama Kanan), Magelang, ditepi
Sungai Perak. Sultan Mansur Syah (1) telah mangkat pada tahun 1577. Kemangkatan
baginda sedang bersembahyang Jumaat di Masjid Kota Lama Kanan, yang dikhabarkan
telah ghaib dan rakyat pun menyangka baginda telah mangkat. Baginda digelar
Marhum Kota Lama Kanan. Sultan Mansur Syah (1) tidak mempunyai makam melainkan Batu
Peringatan Sultan Mansur Syah yang terletak di Masjid kota Lama Kanan, Kuala
Kangsar.
SULTAN PERAK KETIGA (3) – (1577-1584)
adalah SULTAN AHMAD TAJUDDIN SYAH. Baginda
adalah putera kedua kepada Sultan Mansur Shah (1) (Marhum Kota Lama), yang
ditawan dan dibawa ke Aceh bersama-sama dengan ayahanda dan keluarganya pada tahun
1573. Pada tahun 1577 Sultan Ahmad Tajuddin Syah telah dihantar pulang oleh pemerintah Aceh,setelah
kemangkatan ayahandanya untuk menjadi Sultan Negeri Perak yang ketiga. Baginda
menjadi Sultan memerintah pada tahun 1577 sehingga 1584. Baginda di gelar
“Marhum Muda” dan telah dimakamkan di Kampung Jawa, Kampong gajah, Perak
SULTAN PERAK KE EMPAT (4)- (1584-1594)
adalah RAJA ARIFFIN dan baginda bergelar SULTAN
TAJUL ARIFFIN IBNI AL MARHUM SULTAN MANSUR SYAH (1), setelah mangkatnya
kekanda baginda Sultan Ahmad Tajuddin (Marhum
Muda). Sultan Tajul Ariffin bersemanyam di Pulau Semat dan memerintah dari
tahun 1584 hingga 1594. Setelah baginda menaiki takhta kerajaan Perak , kekanda
baginda yang menjadi Sultan Acheh, Sultan Alauddin pun mangkat dan seisi istana pulang semula ke
Negeri Perak.
Sultan Tajul Ariffin memerintah Negeri Perak selama sepuluh tahun
dan mangkat di Pulau Semat pada tahu 1594. Makam Sultan Perak yang keempat ini
terletak di Pulau Semat, Mukim Senggang, Daerah Kuala Kangsar kira-kira 3 km ke
hilir dari Pekan Manong bergelar “Marhum Mangkat Di Tebing”. Di sebelah makam
ini terdapat makam isteri Baginda bernama Puteri Ajaib.
SULTAN PERAK KELIMA (5)- (1594-1603)
adalah SULTAN ALAUDDIN SHAH (1594-1603). Baginda adalah cucu kepada Sultan
Ahmad Tajuddin Syah. Sultan Tajul Ariffin yang mangkat pada tahun 1594 tidak
mempunyai putera. Oleh itu, orang besar-besar Perak dengan nasihat daripada
pemerintah Aceh telah melantik Raja Alauddin putera Raja Inu menjadi Sultan
Perak yang kelima. Baginda bergelar Sultan Alauddin Syah , baginda ini adalah
cucu kepada Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin. Sultan Alauddin Syah mendirikan
pusat pemerintahan di tempat yang bernama Bota (Bota Kanan Sekarang). Semasa
pemerintahan baginda, Aceh masih lagi menempatkan beberapa orang besar-besar
Aceh bagi mengawasi pentadbiran negeri Perak. Banginda mangkat pada tahun 1603 dan
di sebut (marhum mangkat di Darat) Bato
Kanan,Parit.
SULTAN PERAK KETUJUH (7)- (1619-1627)
adalah SULTAN MANSUR SHAH (II)
(1619-1627) . Baginda adalah adinda Sultan Alauddin Shah, Sultan Perak
kelima (5)- (1594-1603).
SULTAN PERAK KELAPAN (8)- (1627-1630) adalah SULTAN
MAHMUD SHAH (1627-1630) . Baginda adalah adinda Sultan Mukaddam Syah, yang
dilantik oleh pemerintah Acheh menjadi Sultan perak pada tahun 1627,
menggantikan Sultan Mansur Shah (II) yang dipecat dan diturunkan dari takhta
Kerajaan Perak oleh pemerintah Acheh. Mengikut sejarah, Raja Yusuf telah
ditawan oleh Acheh semasa Acheh datang menyerang dan mengalahkan Perak di zaman
pemerintahan Sultan Mukaddam shah pada tahun 1619. Raja Yusuf tinggal di acheh
sehingga tahun 1627 apabila baginda bersama orang-orang Acheh untuk
menggantikan tempat Sultan Mansur Shah. Setelah dilantik menjadi Sultan Perak
Baginda diberi gelaran Sultan Mahmud Shah. Baginda ditabalkan pada tahun 1627
dan bersemanyam di Geronggong (sekarang, Kampung Jawa, Mukim Pulau Tiga, Daerah
Perak Tengah.
Setelah memerintah lebih kurang tiga tahun, pada tahun 1630 Baginda pun mangkat di Geronggong dan dimakamkan di suatu tempat yang bernama kampong Tok Melor (ke ulu sedikit dari Makam yang ada sekarang ini). Makam ini kemudian dipindahkan ke kampong Pulau Tiga di Pemakaman Al Marhum sultan Muhammad Shah, Sultan Perak ke -14. Al-Marhum di gelar “Marhum Pulau Tiga”
Baginda mempunyai seorang putera yang bernama Raja kobat dan kemudiannya dikenali sebagai Sultan Sallehuddin Shah.
SULTAN PERAK KESEMBILAN (9)- (1630-1636)
adalah SULTAN SALLEHUDDIN SHAH
(1630-1636). Baginda adalah Putera
Sultan Mahmud Shah dan merupakan Sultan Perak ke-9. Semasa pemerintahan
baginda, negeri Perak telah diserang penyakit taun. Oleh yang demikian baginda
melarikan diri ke Acheh. Semasa di Acheh, baginda telah diserang penyakit dan
mangkat pada tahun 1636.
SULTAN PERAK KESEPULUH (10)- (1636-1653) adalah SULTAN MUDZAFFAR SHAH
II IBNI AL MARHUM SULTAN AHMAD SHAH II (1636-1653). Sultan Muzaffar Syah (II)
atau Raja Sulong adalah putera Raja Mahmud (Sultan Ahmad Shah II) Ibni Raja
Kasab @ Ali Al-Ajali dari Siak dan Johor dan Tun Kechil, anak Tun Hisap Misai,
Bendahara Seri Maharaja Johor. Selepas kemangkatan Sultan Sallehuddin, Raja
Sulong dilantik oleh Sultan Kerajaan Acheh Darussalam Sultan Iskandar Thani
sebagai sultan Perak. Pada masa itu, Negeri Perak berada di bawah penaklukan
Kerajaan Acheh. Baginda mangkat pada tahun 1653 dan pemerintahan negeri Perak
digantikan dengan putera sulungnya Raja Mahmud.
SULTAN PERAK KESEBELAS (11)- (1653-1720) adalah SULTAN MAHMUD ISKANDAR SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN MUZAFFAR SHAH (1653-1720). Baginda merupakan sultan yang paling lama memerintah Negeri Perak iaitu kira-kira 67 tahun. Putera Sulung Sultan Mudzaffar Shah II, Raja Mahmud mewarisi takhta Kesultanan Perak selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1653. Pada Zaman Pemerintahannya, pengaruh Acheh telah terhapus dari negeri Perak , kerana pemerintahan yang terlalu lama. Baginda memerintah sehingga usia 120 tahun. Baginda mangkat di Kampong Jawa, Pulau Tiga. Baginda digelar “Marhum Sulong”. Oleh kerana baginda tiada putera, baginda telah mewariskan takhta negeri Perak kepada anak saudaranya Raja Radin Ibni Yang di-Pertuan Muda Mansur Shah.
GAMBAR MAKAM
SULTAN PERAK KEDUA BELAS (12)- 1720-1728) adalah SULTAN ALAUDDIN MUGHAYAT SHAH IBNI YANG DI-PERTUAN MUDA MANSUR SHAH (1720-1728) . Baginda bernama Raja Radin, dan mewarisi takhta kesultanan Perak selepas kemangkatan bapa saudaranya Sultan Mahmud Iskandar Shah yang tiada berputera. Baginda mendapat seorang putera, Raja Kechil Bongsu dan seorang puteri, Raja Kechil Ampuan. Pada waktu pemerintahan baginda, seorang anak Raja Bugis bernama Daeng Marewah yang bergelar Kelana Jaya Putra, iaitu Yam Tuan Muda Riau pertama (1) telah datang menyerang Perak pada tahun 1728, tetapi gagal. Pada tahun yang sama juga baginda telah mangkat dan dimakamkan di Geronggong, Kampong Jawa, Pulau Tiga.
SULTAN PERAK KETIGA BELAS (13)- (1728-1754) adalah SULTAN MUZAFFAR SHAH
(III). Nama sebenar baginda adalah Raja Inu. Baginda menaiki takhta
Kesultanan Perak selepas kemangkatan kekandanya Sultan alauddin Mughayat Shah.
Semasa pemerintahan baginda, orang bugis yang diketuai oleh Yam Tuan Riau ke-2
iaitu Daeng Chelak telah datang menyerang negeri Perak. Serangan itu menjadikan
negeri Perak berpecah kepada. Mereka mengangkat adinda baginda, Yang Dipertuan
Muda Muhammad Shah menjadi Sultan , dengan gelaran SULTAN MUHAMAD SHAH dan diberikan kawasan selatan Perak untuk
ditadbir . Pada tahun 1742 hingga 1743, SULTAN
MUZAFFAR SHAH (III) pula memerintah utara Perak. Tetapi atas dasar
persepakatan dan perdamaian maka negeri Perak ditadbir secara bersama. Pada
masa pemerintahan baginda, seorang anak Raja Bugis bernama Daeng Selili datang
ke Negeri Perak dan atas perkenan baginda Daeng Selili telah dilantik menjadi
Mufti Perak.
Pada tahun 1745, orang-orang
Belanda telah menduduki semula Pulau Pangkor dan Tanjung putus di Kuala Sungai
Perak untuk tujuan membeli bijih timah yang amat masyur pada ketika itu. Pada
tahun 1756, Sultan Muzaffar Shah (III) telah mangkat di Brahman Indera (Bota
Kanan) dan di makamkan di Kampong Selat, bota Kanan, Parit. Baginda di gelar
“Marhum Haji Allah”.
SULTAN PERAK KEEMPAT BELAS (14)- (1744-1750) adalah SULTAN MUHAMMAD SHAH
IBNI YANG DI-PERTUAN MUDA MANSUR SHAH (1742-1750). Nama sebenar baginda
adalah RAJA BISU. Baginda adalah putera ketiga Yang Di-Pertuan Muda atau Sultan
Muda bergelar “Yang Di-Pertuan Muda Raja Muhammad Muayat Shah”. Baginda
bersemanyam di Pulau Tiga. Apabila berlaku perselisihan faham Antara Sultan
Mudzaffar Shah 9III) dan Yang Di-Pertuan muda, maka Kesultanan Perak berpecah
dua. Keadaan ini berlaku sekitar tahun 1742 ketika Daeng Chelak iaitu Yamtuan
Muda Riau mencampuri urusan dan hal pentadbiran negeri Perak. Setelah Daeng
Chelak pulang kembali ke Riau pada tahun 1745, kedua-dua adik beradik ini telah
berdamai semula dan memerintah negeri Perak secara bersama.
Sultan Muhammad Syah mangkat
pada tahun 1750, iaitu lebih terdahulu dari kekanda baginda Sultan Mudzaffar
Shah (III) yang mangkat pada tahun 1754. Baginda di makamkan berhampiran makam
Almarhum Sultan Mahmud Shah, Sultan Perak kelapan di Pulau Tiga dan digelarkan
“Marhum Aminullah.

SULTAN PERAK KELIMA BELAS (15)- (1752-1765) adalah SULTAN ISKANDAR ZULKARNAIN
(1752-1765). Baginda ini adalah
putera sulung Sultan Muhammad Shah Sultan ke empat belas (14). Pada zaman
Baginda pusat pentadbiran Perak adalah Cempaka Sari ataupun Inderasakti.
Baginda adalah Sultan paling terkenal sekali di dalam pemerintahan beraja
Negeri Perak. Baginda telah membangunkan negeri Perak menjadi sebuah negeri
yang aman dan makmur. Pada masa pemerintahan baginda telah memperkenalkan
sebuah undang-undang yang dipanggil undang-undang Sembilan Puluh Sembilan.
Undang-undang tersebut telah dijalankan sepenuhnya dalam hal ehwal pentadbiran
Negeri Perak. Gelaran orang besar-Besar
Perak juga telah diperkembangkan dan baginda telah menambahkan beberapa
lagi gelaran Orang Besar Perak.Gelaran dan pangkat bendahara yang dahulunya dipegang
oleh orang-orang keturunan Megat (bermula dari Megat Terawis) telah dihapuskan
dan pangkat Bendahara diberi pula pada keturunan Raja.
Pada masa pemerintahan baginda, kemasukan orang-orang Belanda semakin ramai dan mereka mula memonopoli pembelian bijih timah di Negeri Perak. Kemasukan orang-orang cina dan India juga semakin bertambah ramai dan mereka mula membuka kedai-kedai perniagaan disekitar Bandar yang dinamakan “Bandar makmur” di sepanjang Pulau Inderasakti.
Sultan Iskandar Zulkarnain telah mangkat pada tahun 1765 di Pulau Inderasakti
, Teluk Anson (Teluk Intan). Baginda juga digelar “Marhum Kaharullah”.
SULTAN PERAK KEENAM BELAS (16)-(1765-1773) adalah SULTAN MAHMUD SHAH (II) IBNI SULTAN MUHAMMAD SHAH. Baginda memerintah pada 1765 sehingga 1773. Nama sebenar baginda adalah Raja Saleh, dan menaiki takhta Kesultanan perak selepas kemangkatan kekandanya Sultan Iskandar Zulkarnain pada tahun 1765. Pada zaman pemerintahannya, perdagangan bijih timah semakin berkembang pesat. Raja Haji Panglima Bugis dari Riau yang amat termasyur ketika itu bersama kekandanya Raja Lumu (Raja Selangor), pernah melawat Perak dan menjalin hubungan yang baik.
SULTAN PERAK KETUJUH BELAS (17)- (1773-1786) adalah SULTAN ALAUDDIN
MANSUR SHAH ISKANDAR MUDA IBNI SULTAN MUHAMAD SHAH. Nama sebenar baginda
Raja Alauddin. Baginda menaiki Takhta Kesultanan Perak selepas kemangkatan
kekandanya Sultan Mahmud Shah (II) pada tahun 1773. Pada masa pemerintahan
baginda, ramai orang-orang melayu menjadi pengusaha utama bijih timah disekitar
tebing Sungai Perak. Jumlah penduduk melayu pada masa itu dianggarkan 30,000
orang, dan kebanyakannya menetap di Pinggir Sungai Perak. Sultan Alaudin
mangkat pada tahun 1786 dan dimakamkan di Teluk Memali yang terletak di sebelah
tebing kanan mudik Sungai Perak.
SULTAN PERAK KELAPAN BELAS (18)- (1786-1806) adalah SULTAN AHMADIN SHAH IBNI SULTAN MUHAMAD SHAH. Nama sebenar baginda Raja ahmad. Baginda menaiki takhta Kesultanan Perak selepas kemangkatan kekandanya Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda pada tahun 1786. Banginda adalah putera yang keempat yang mana tiga orang kekanda baginda kesemuanya telah menaiki takhta Kerajaan Perak. Baginda berkahwin dengan Cik Putih Binti Laksamana Tok kuala Bidor. Dari perkahwinan tersebut baginda beroleh beberapa orang putera iaitu Raja Abdul Malek, Raja Inu, Raja abdul Rahman (ayahanda Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) dan Raja Nandak (Bonda Sultan Ismail Muabidin Riayat Syah.
Pada masa pemerintahan baginda, orang-orang Belanda tidak lagi datang membeli bijih timah di negeri Perak, kerana pada masa itu Inggeris mula mberkuasa dan mengambil alih gudang dan loji khususnya di Tanjung Putus, Kuala Sungai perak.
Sultan Ahmadin Syah telah mengundurkan diri ke Chegar Galah sewaktu serangan orang-orang Selangor. Pada ketika itu usia baginda semain tua dan uzur dan akhirnya baginda mangkat pada tahun 1806, tetapi jenazahnya telah di bawa pulang ke Bota dan dimakamkan di Bota Kanan, Perak. Baginda digelar “Marhum Bongsu”.
Sultan Ahmadin Syah (1786-1806)
merupakan sultan Perak yang mempunyai keturunan yang panjang memerintah Negeri
Perak dan sehingga kini pewarisnya masih ada.
SULTAN PERAK KESEMBILAN BELAS (19)- (1806-1825) adalah SULTAN ABDUL MALIK
MANSUR SHAH IBNI SULTAN AHMADIN SHAH (1806-1825). Nama sebenar baginda Raja
abdul Malik. Baginda menaiki takhta Kesultanan Perak selepas kemangkatan
ayahandanya Sultan ahmadin Shah pada tahun 1806. Semasa pemerintahannya, negeri
Perak di serang oleh Kedah dan Siam sehingga menimbulkan persengketaan dengan
Selangor. Baginda mangkat pada 1825.
SULTAN PERAK KE DUA PULUH (20)- (1825-1830) adalah SULTAN ABDULLAH
MUADZAM SHAH IBNI AL-MARHUM, SULTAN ABDUL MALIK MANSUR SHAH. Nama sebenar
baginda Raja Abdullah dan merupakan putera sulong Sultan Abdul Malik Mansur
Shah, Sultan Perak ke-19. Baginda menaiki takhta Kesultanan Perak setelah
kemangkatan ayahandnya pada tahun 1825. Baginda dapat menguasai pemerintahan
selama lima (5) tahun. Pada 20 Disember 1830 baginda telah mangkat dan
dimakamkan di Teluk Kepayang. Baginda diberi gelaran “Marhum Khaliullah”.
SULTAN PERAK KE DUA PULUH SATU (21)- (1830-1851) adalah SULTAN SHAHABUDDIN
RIAYAT SHAH IBNI AL-MARHUM RAJA INU (1830-1851). Nama sebenar baginda
adalah Raja Chulan. Baginda adalah cucu kepada Sultan Ahmadin Sha telah
dilantik menjadi Raja Muda. Selah. Raja Chulan telah diberi gelaran Raja Kecil
muda pada tahun 1786. Pada tahun 1826 bagindepas kemangkatan sepupunya, Sultan
Abdullah Muadzam Shah pada tahun 1830 baginda telah menaiki Takhta Kesultanan
Perak dengan gelaran nama Sultan Shahabuddin Riayat Shah .Baginda telah mangkat
pada tahun 1851 dan dimakamkan di Kampung Tanjung Penangguh, berhampiran
Kampung Gajah. Baginda diberi gelaran “Marhum Saifullah”.
SULTAN KEDUA PULUH DUA (22)- (1851-1857)
adalah SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (1)
IBNI AL-MARHUM RAJA KECIL BESAR ABDUL RAHMAN (1851-1857). Sultan Abdullah
Muhammad Shah (I) adalah cucunda kepada Sultan Ahmadin Shah (Sultan Perak
Ke-18). Baginda menaiki Takhta Kesultanan Perak setelah kemangkatan sepupunya,
Sultan Shahabuddin Riayat Shah pada tahu 1851. Baginda bersemanyam di Durian
Sebatang, Teluk Anson (Teluk Intan) Hilir Perak, Perak. Semasa pemerintahannya sekitar
tahun 1856, baginda terlibat di dalam perang saudara dengan Raja Muda Ngah
Jaafar putera Raja Ahmad ibni Al-Marhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah. Akhirnya
Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) telahtewas dalam peperangan itu dan terpaksa
mencari perlindungan di kediaman Datuk Laksamana Tok Janggut (Seri Maharajalela
Pancung Tak Bertanya Daeng Uda Tahir) dan meninggalkan istananya Di Durian
Sebatang. Dengan kekalahan itu, Raja Ngah Jaafar Berjaya mengangkat diri
sebagai Sultan Perak ke-23 dan memberi surat akaun kepada Cik Long Jaafar
sebagai orang yang berkuasa di Larut
Baginda beristerikan Raja
Sharifah Ngah Aminah Binti Raja Alang Rawin. Baginda dikurniakan empat (4)
orang putera iaitu, Raja Lop Yusuf (Sultan perak ke-27), Raja Sulaiman, Raja
Alang Abdul Rahman dan Raja Pandak Rasul.
RAJA ALANG ABDUL RAHMAN (1846-1946)-
Baginda adalah putera ketiga Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) (Marhum Durian
Sebatang) Sultan Perak Ke-22 tahun 1851-1857. Baginda diputerakan pada tahun
1846 di Durian sebatang, Teluk Anson (Teluk Intan),Hilir Perak, Perak. Akibat
dari perbalahan kuasa, Sultan Abdullah Shah (1) (Marhum Durian Sebatang)
terpaksa membawa kesemua anakanda baginda lari meninggalkan Istana. Sejak dari
peristiwa itu, HAK anakanda baginda di pinggirkan sehingga ke hari ini. Raja
Alang Abdul Rahman memulakan hidupnya sebagai “rakyat biasa” Lalu menuju tempat
yang bernama Tanjung Belanj, Bruas, Parit, Perak dan berkahwin dengan Raja
Hitam Fatimah. Hasil perkahwinan baginda dikurniakan empat orang anak iaitu,
Raja Muhammmad Alif, Raja Fatimah (Meninggal dunia waktu kecil) , Raja Alang
Muhammad Lajin dan Raja Pandak Ibrahim. Setelah sekian lama berada di Tanjung
Belanja, Sekali lagi, terpaksa melarikan
diri meninggalkan Tanjung Belanja ,kerana pada masa itu perang saudara masih
lagi belum selesai
RAJA ALANG ABDUL RAHMAN seorang anak
Raja yang terpaksa akur dengan keadaan yang memaksa baginda untuk melarikan
diri demi menjaga keselamatan keturunannya. Baginda telah menyerahkan tiga
orang putera dan isterinya kepada sahabat karibnya untuk dibawa meninggalkan Tanjung
Belanja ekoran rasa tidak puas hati pihak yang masih bertelagah di istana. Raja
Alang Abdul Rahman telah “melarikan”
diri ke Tanjung Tualang bersama-sama
pengikutnya yang masih setia dan faham tentang keadaan pada masa
tersebut.Dengan menggunakan kayu pengandar yang diikat pada sebuah bakul rotan,
seorang demi seorang puteranya dibawa melarikan diri kehutan dengan melalui
anak-anak sungai menuju ke kampong Teluk Perang untuk menyelamatkan seluruh
ahli keluarganya. Akhirnya, baginda telah menetap di Kampong Teluk Perang bersama-sama
sebahagian pengikutnya,dan baginda mangkat pada tahun 1946 (marhum Tanjung
Tualang)
RAJA ALANG MUHAMAD LAJIN SHAH (1906-1980) adalah putera ketiga kepada Raja Alang Abdul Rahman dan cucuanda
kepada Sultan Abdullah Muhammad Shah (1)-(1851-1857)(Marhum Durian Sebatang).
Baginda mempunyai seorang kekanda bernama Raja Muhamad Aliff, dan adindan
bernama Raja Pandak Ibrahim. Raja Muhamad Lajin Shah banyak mengikut jejak
langkah ayahandanya dengan keberanian dan berusaha untuk mengembalikan Hak
ketrurunannya. Pelbagai usaha telah dibuat, namun pelbagai cara pula digunakan
untuk menghalang tuntutan tersebut. Hidup dalam kelompok rakyat biasa tidak
pernah “menghilangkan” budaya dan tatacara diraja. Budaya dan adat tetap
dikekalkan dalam keluarga ini. Raja Alang Muhammad Lajin Shah telah bertemu
jodoh dengan seorang gadis berketutunan darah Raja iaitu Puteri Sa’odah binti
Uda Rapo dari kampong semat.Hasil perkahwinan ini Baginda dikurniakan lima
orang anak iaitu Raja Puteh Mahawi, Raja Ngah Jameah ,Raja Alang Talib, Raja
Tuah Shah dan Raja Muhammad Mean.Raja
Alang Muhamad Lajin Shah mangkat pada tahun 1980 (marhum Teluk Perang), diusia
74 tahun.
RAJA TUAH SHAH (1935-2005)- Raja Tuah
Shah adalah putera kedua Raja Alang Muhamad Lajin Shah. Diputerakan di Kampong
Teluk Perang pada 1 Mac 1935. Legasi keturanan
Sultan Abdullah Muhammad Shah (1)- (1851-1857), tetap diteruskan
walaupun tidak lagi berkuasa di istana. Oleh kerana warisan darah raja yang
begitu kuat, semangat seorang anak raja tetap ada. Segala kisah keturunan tetap
diceritakan dari satu generasi ke satu generasi agar faham tentang asal usul keturunan
kelak. Raja Tuah Shah amat terkenal sebagai guru silat, dan juga amat mahir
dengan dunia perubatan tradisional. Ilmu ketangkasan diri dipelajari untuk
mempertahankan diri, keluarga dan juga masyarakat setempat.Baginda amat
dikenali oleh masyarakat setempat. Baginda telah bertemu jodoh dengan gadis
pilihannya bernama Raja Che Ou Binti Raja Hitam Wahid. Hasil perkahwinan ini
baginda dikurniakan empat orang putera dan dua orang puteri. Anak sulong
baginda bernama Raja Habitah, kedua Raja Bahar Noordin, ketiga RAJA ALANG NOOR
JAN SHAH, keempat Raja Mahuri, Kelima Raja Rodzman dan keenama Raja Azizah.Raja
Tuah Shah mangkat pada usia 75 tahuan (2005), manakala isteri baginda mangkat
pada tahun 2015 diusia 85 tahun.
SIAPAKAH RAJA NOOR JAN SHAH?...
Nama dan Isu Raja Kesultanan Melaka tiba-tiba muncul kembali dan mula disebut-sebut semula oleh publik-umum, khususnya rakyat di Malaysia yang perihatin mengenai hal nasib bangsa mereka..Ia muncul semula dalam perbualan, dalam masyarakat secara tiba-tiba. Isu kemunculan individu yang bernama Raja Noor Jan Shah yang mengaku dan mengistiharkan dirinya sebagai pewaris jati-mutlak Sultan Melaka yang ke 44 ini telah menggemparkan seluruh negara dan Nusantara.Kemunculan Tuanku ini berlangsung di Dewan Komuditi, Gombak, Selangor Darul Ehsan.Saat-ketika-peristiwa yang amat bersejarah ini adalah berlaku pada l3hb. November, 2005.
Rupa-rupanya, dan dalam senyap-diam; Tuanku telah merancang dan memulakan langkah bijaksana baginda. Tuanku telah pun menghantar secara resmi sepucuk warkah-surat diraja dan surat perisytiharan diri sebagai Sultan Melaka ke 44 kepada pelbagai pihak yang berwajib-berkuasa, yang sepatutnya tahu dan mengambil langkah tindakan yang sepatutnya. Warkah-surat utusan diraja bagi pehak Tuanku telah dikirim-hantar kepada Raja Yang DiPertuan Agong, Tuanku Syed Putera Jamalullail.Melalui warkah ini, Tuanku telah membukti-memperincikan Salasilah Keturunan baginda sejelas-jelasnya dan secara yang tersusun rapi. Salasilah yang tepat jelas ini pasti tidak akan dapat dinafikan oleh pakar-ahli sejarah akan kesahisahan-kesahihannya. Justeru itulah Tuanku berani mengistiharkan “bahawa baginda adalah individu atau orang yang benar-benar mempunyai hak waris-mulak, yang sepatutnya diisytiharkan sebagai Sultan Melaka ke 44.
Warkah Tuanku itu juga telah menegaskan bahawa “permohonan dan tuntutan baginda bukanlah untuk mencabar atau memecah-belahkan keadaan beraja yang sedia ada, tetapi adalah untuk membolehkan baginda mendapatkan kembali hak keturunan baginda yang telah lama terpinggir. Warkah Tuanku itu juga telah menyertakan, telah mengemukakan senarai-susunan Salasilah Keturunan baginda yang selengkapnya.Salasilah ini nampaknya memang benar-benar dapat dibukti-dipertanggungjawabkan.
Warkah Tuanku juga telah menyenaraikan, lengkap dengan lampiran gambar-gambarnya sekali mengenai perkara pemilikan dan milik pusaka-mempusakai berbagai-jenis alat-alat kebesaran Kerajaan Melayu Melaka yang silam.Alat-alat ini adalah peninggalan-pusaka yang pernah diguna-pakai oleh Sultan Ahmad Shah, Sultan Melaka yang ke-9, iaitu Sultan Melaka yang terakhir (1516-1528).
Warkah Tuanku juga menyertakan maklumat dan gambar Keris Taming Sari yang pernah diguna pakai oleh Laksamana Hang Tuah, hulubalang utama-terbilang dizaman Kesultanan Melaka dimasa silam.Warkah Tuanku juga melampirkan maklumat dan gambar-gambar satu lagi alat kebesaran Diraja Kesultanan Melayu Melaka iaitu sepasang Keris Bedut.Dengan pemaparan ini, ianya pasti dapat mengukuhkan lagi tuntutan baginda Tuanku. Pada keris ini tertera dengan jelasnya melalui penggunaan huruf ukiran jawi yang berbunyi ‘Ahmad bin Mahmud 1517’. Ahmad bin Mahmud tentulah bermaksud Sultan Ahmad Shah, putera sulung Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ke 8. Manakala “1517” pula, adalah bermaksud sebahagian dari tahun-tahun Sultan Ahmad yang dapat memerintah semula Melaka setelah mengambilnya semula dari tangan kuasa Portugis pada tahun 1516.
Tuanku juga melampirkan sama maklumat dan gambar-gambar pusaka pemakaian bagi DYMM Raja Permaiuri Kesultanan Melayu Melaka iaitu sebuah Mahkota Permaisuri dan Kalong Berbintang Lima.
Surat rasmi pertama yang menyatakan kemunculan kembali zuriat keturunan Sultan Melaka ke 44 telah dihantar kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (Rujukan – 478 / IKSM/ 2006), bertarikh 17 hb. November 2005 iaitu hari keempat setelah Tuanku selesai mengadakan Istiadat Penganugerahan Gelar Adat kali pertama; bertempat di Dewan Komuditi, Gombak, Selangor. Isi surat ini menegaskan lagi bahawa tuntutan dan peristiharan Tuanku sebagai Sultan Melaka ke 44 bukanlah untuk menggugat kedudukan Raja-Raja yang telah sedia ada, malah berjanji tidak akan menganggu negeri-negeri yang telah sedia ada Raja.
Tuanku adalah Bija Nigara, Bija Mantera dan Bija Benih yang merupakan benih-benih Raja yang telah mewujudkan, meninggalkan dan mewariskan peristiwa pembukaan negeri-negeri dan juga negara. Oleh itu baginda hendaklah dimasyurkan, diwarwarkan mengenai kedudukannya yang berkaitan sejarah yang sebenar. Pemasyhuran ini perlu supaya segala yang kusut-tersimpul akan terungkai dan yang tersimpul akan terlerai. Semua ini adalah untuk kesejahteraan bangsa Melayu di Alam Melayu.
Tuanku Sultan Ahmad Shah @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A. M. Raja Tuah Shah adalah waris-mutlak Keturunan Raja Kesultanan Melayu Melaka yang ke 44.Bermula daripada Sultan Parameswara Iskandar Shah Sultan Melaka pertama Persoalannya sekarang ialah mengapa Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhumm Raja Tuah Shah dengan seriousnya menuntut untuk menjadi Sultan Melaka ke 44? Kemudian, benarkah tuntutan baginda itu? Kalau benar, maka patutkah ianya disokong dan diberi laluan oleh semua pehak?.
Bagi saya, Raja Noor Jan Shah berhak-patut berbuat sedemikian adalah kerana sememangnya darah yang mengalir ditubuh baginda adalah titisan benih-benih dari darah raja-raja Kesultanan Melayu Melaka.Untuk membuktikan kebenarannya, maka marilah kita kaji susur-galur, salasilah jurai keturunan baginda.
Raja Noor Jan Shah adalah putera kepada Y.A.M. Raja Tuah Ibni Al-Marhum Raja Muhammad Lajin Ibni Al-Marhum Raja Alang Abdul Rahman iaitu anakanda kepada Sultan Abdullah Muhammad Shah I, Sultan Perak ke 22 (yang memerintah Negeri Perak 1851-1857).Baginda ini pula adalah putera kepada Raja Kecil Besar Abdul Rahman ibni Al-Marhum Sultan Ahmaddin Shah, iaitu Sultan Perak ke 18 (1786-1806).
Ketika baginda (Sultan Abdullah Muhammad Shah (I) berkuasa, baginda bersemayam di Durian Sebatang, Hilir Perak.Baginda memperisterikan Raja Syarifah Ngah Aminah binti Raja Alang Rawin. Baginda mempunyai beberapa orang putera iaitu pertama, Raja Lop Yusof (Sultan Yusof Syariffuddin Muzaffar Shah), kedua : Raja Sulaiman (yang mangkat di Ligor), ketiga: Raja Alang Abdul Rahman . Kemudian yang keempat: Raja Pandak Budak Rasul.
Dengan susunan-rantaian
salasilah keluarga yang dipaparkan di atas, maka terbuktilah bahawa Tuanku Raja
Noor Jan Shah adalah titisan darah keturunan dari Sultan Perak ke 22 yang jelas
lagi sah.
Namun persoalannya, mengapa
selepas pemerintahan moyang baginda iaitu Sultan Abdullah Muhammad Shah 1
(1851-1857), anak-cucu keturunan baginda tidak menyambung atau meneruskan
susunan-rantaian Kesultanan Perak yang ke 23?. Ini adalah disebabkan berlakunya
rampasan kuasa/ kudeta/ coup d’etat dan peperangan keluarga Diraja di Perak
pada tahun l856. Peperangan itu ialah peperangan di antara Sultan Abdullah
Muhammad Shah 1 dengan Bendahara Negeri Perak pada ketika itu iaitu anak buah
baginda sendiri yang bernama Raja Ngah Jaafar (Marhum Waliullah).Raja Ngah Jaafar
adalah seorang daripada putera kepada Raja Ahmad Ibni Al-Marhum Sultan Abdul
Malek Mansur Syah.Oleh kerana tewas, Sultan Abdullah Muhammad Syah I terpaksa beralah dengan meninggalkan istana baginda di Durian Sebatang. Baginda melindungkan diri di rumah panglimanya Datuk Laksamana Tok Janggut (Panglima Pancung Tak Bertanya). Ketika inilah Raja Ngah Jaafar mengambil kesempatan menggelari dirinya sebagai “Sultan Perak” ke-23 Namun, beliau diakui sah
Persoalan mengenai layakkah Raja Noor Jan Shah menuntut dan mengistiharkan dirinya sebagai waris-mutlak raja kesultanan Melaka ke-44 dan Perak yang sah :
Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa mulai Sultan Perak ke 23 hingga Sultan Perak 34; bahawasanya zuriat Raja Kesultanan Melaka di Perak tidak lagi setulen kedudukan Sultan Perak Pertama hingga ke 22. Sultan Perak Pertama iaitu Sulltan Muzaffar Syah I adalah titisan benih- zuriat Sultan Mahmud Syah (Sultan Melaka ke 8).Baginda adalah putera Sultan Mahmud Syah dari permaisuri Onang Kening (puteri Sultan Muhammad, Sultan Pahang yang pertama). Dari Sultan Muzaffar Syah I (iaitu Sultan Perak Pertama)
sehingga Sultan Abdullah Muhammad Syah 1 ( iaitu Sultan Perak ke 22) adalah titisan benih-zuriat Raja Kesultanan Melayu dari Melaka yang tidak terputus.
Secara rengkas dipaparkan di sini nama Sultan-sultan Perak yang berasal dari keturunan Sultan Mahmud Shah ( Sultan Melaka ke 8 - 1488-1511) iaitu dari Sultan Perak pertama (1) sehingga Sultan Perak ke 22. Pertama (1) Sultan Muzaffar Shah 1 (Marhum Tanah Abang); 1528-1549. 2. Sultan Alauddin Shah (1): 1549-1577 3. Sultan Ahmad Tajuddin Shah (Marhum Muda): 1577-1584 4. Sultan Tajul Ariffin (Mangkat di Tebing): 1584-1594 5. Sultan Alauddin Shah (Marhum Mangkat di Darat): 1594-1603 6. Sultan Mukaddam Shah (Marhum di Aceh): 1603-1619 7. Sultan Mansur Shah (II): 1619-1627 8. Sultan Mahmud Shah (Marhum Pulau Tiga): 1627-1630 9. Sultan Salehuddin Shah (Marhum mangkat di Kampar): 1630-1635 10. Sultan Muzaffar Shah (II), (Marhum Jalilullah)
11. Sultan Mahmud Iskandar Shah (Marhum Besar Aulia Allah): 1653-1720 12. Sultan Salehuddin Mughayat Shah (Marhum Sulong): 1720-1728 13. Sultan Muzaffar Shah (III), (Marhum Haji Allah): 1728-1756 14. Sultan Muhammad Shah (Marhum Amirullah): 1742-1743 15. Sultan Iskadar Zulkarnain (Marhum Kahar): 1756-1770 16. Sultan Muhammad Shah (Marhum Muda): 1770-1778 17. Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda (Marhum Sulong): 1778-1806 18. Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Bongsu): 1786-1806 19. Sultan Abdul Malek Mansur Shah (Marhum Jamalullah): 1806-1825 20. Sultan Abdullah Muazzam Shah (Marhum Khalilullah): 1825-1830 21. Sultan Shahbuddin Riayat Shah (Marhum Safiullah): 1830-1851 22. Sultan Abdullah Muhammad Shah (I) (Marhum Durian Sebatang): 1851-1857
Sejarah ringkas D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) (Marhum Durian Sebatang), Kampung Terengganu, Teluk Ansom (kini dikenali nama Teluk Intan), Perak.
Sultan Abdullah Muhammad Shah(1) adalah putera Raja Kechil Besar Rahman Ibni Al-Marhum Sultan Ahmadin Shah. Baginda dilantik menjadi Sultan Perak ke-22 pada tahun 1851- 1857. Baginda bersemanyam di Durian Sebatang, Teluk Anson, Hilir Perak, Perak. Baginda beristerikan Raja Syarifah Ngah Aminah binti Raja Alang Rawin dan memperolehi empat orang putera iaitu: 1) Raja Lop Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzaffar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Alang Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.
Sewaktu pemerintahan baginda,iaitu sekitar 1856 telah terjadi peperangan dengan Raja Ngah Jaafar putera Raja Ahmad ibni Al-Marhum Sultan Abdul MalikMAnsur Shah. Akhirnya Sultan Abdullah Muhammad Shah yang tewas dalam peperangan itu terpaksa meninggalkan istana dan melindungkan diri di rumah Datuk Laksamana Tok Janggut. Dengan kekalahan itu, Raja Ngah Jaafar berjaya mengangkat diri sendiri sebagai Sultan Perak ke-23 dan memberi surat akaun kepada Cik Long Jaafar sebagai orang yang berkuasa di Larut.
Pada tahun 1857 Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) telah mangkat di Durian Sebatang, Teluk Anson dan di Makamkan di Kampong Terengganu, Telok Anson(Teluk Intan), Perak. Makam ini sepanjang hayatnyatelah digazetkan pada 18 Mei 1978.Gazet No.P.U (A) 150 Dalam Hilir Perak, Mukim Durian Sebatang Lot No. 682.Luasnya 30’-0’ x 30’-0’. Rujukan Fail Jabatan Muzium JM/M/701/PK6(1) (55)
MAKAM SULTAN ABDULLAH
MUHAMMAD SHAH MARHUM DURIAN SEBATANG
SALASILAH RAJA KESULTANAN PERAK
Kesultanan Melayu Melaka atau
Kesultanan Melaka telah dibuktikan benar tentang kewujudannya. Sejarah Tanah
Melayu dan kini dikenali sebagai Malaysia adalah bermula dengan pembentukan dan
kewujudan pembukaan sejarah Melaka yang di asaskan oleh Parameswara Antara
tahun 1400 hingga 1403. Siapakah Parameswara? Dan di mana keturunan terakhir
Parameswara?. Pada awalnya, Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam walaupun
telah membentuk sebuah kerajaan pada ketika itu. Keadaan ini berubah pada tahun
1409 apabila Parameswara berkahwin dengan seorang puteri dari Negara Pasai, dan
seterusnya memeluk agama Islam. Agama Islam mula berkembang dan dijadikan agama
rasmi Kesultanan Melayu Melaka pada pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
Menurut Sejarah Melayu, Parameswara dilahirkan sebagai Dharmaraja dan merupaka Raja Temasik (Singapura) yang terakhir. Baginda berasal dari keturunan Srivijaya (Hindu). Pada tahun 1324, seorang putera Srivijata dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasik dan menubuhkan kerajaan Temasik lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Temasik (Singapura) oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana. Batara Sri Tri BUana bermaksud “ Yang dipertuan kepada tiga dunia” melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasik. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Temasik (Singapura) iaitu Paduka Sri Pekema Wira Dira (1372-1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386-1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399-1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Temasik (Singapura) dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah Berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.
BERIKUT DIPERINCIKAN SENARAI NAMA SULTAN
MELAKA DAN KETURUNANNYA
PARAMESWARA- SULTAN MELAKA (1)- (1400-1414)- adalah pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Parameswara memeluk agama
Islam pada tahun 1414, setelah berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan
Makhdum Alaidin Malik Muhammad Amin Syah II, raja Perlak, Acheh -Indonesia.
Setelah memeluk agama Islam, Islam dijadikan agama rasmi Kesultanan Melayu
Melaka.SULTAN MELAKA KEDUA (2)- MEGAT ISKANDAR SHAH (1414-1424)- adalah anakanda Parameswara dan Sultan Hilir Melaka Pertama. Baginda memerintah dari tahun 1414- 1424.
SULTAN MELAKA KETIGA (3)- SULTAN MUHAMMAD SHAH, MELAKA (1424-1444)- adalah anakanda Megat Iskandar Shah. Baginda telah berkahwin dengan Tun Ratnawati (Puteri Tun Perpatih Muka Berjajar). Baginda dikurniakan dua orang putera iaitu Raja Kassim dan Raja Ibrahim.
SULTAN MELAKA KEEMPAT (4)- SULTAN ABU SYAHID (1444-1446)- adalah anakanda Sultan Muhammad Shah (1424-1444). Nama sebenarnya adalah Raja Ibrahim dan menjadi Sultan Hilir Melaka yang ketiga. Pelantikan Raja Ibrahim sebagai Sultan Melaka tidak disenangi oleh kekandanya iaitu Raja Kassim. Pakatan Raja Kasim bersama Datuk Seri Nara DiRaja Tun Ali, Tun Perpatih Serdang dan Datuk Bendahara Seri Amar DiRaja, diikuti dengan pahlawan-pahlawan melanggar istana pada waktu malam untuk memastikan pengaruh kekuasaan Raja Rekan ditamatkan. Akhirnya Raja Ibrahim telah ditikan oleh Raja Rekan sehingga mati.
SULTAN MELAKA KELIMA (5) – SULTAN MUZAFFAR SYAH (1446-1456)- adalah anakanda kepada Sultan Muhammad Syah bersama Tun wati. Baginda adalah Sultan Hilir Melaka yang keempat, dan Sultan Melaka yang kelima. Nama sebenar baginda adalah Raja Kasim. Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan adindanya Raja Ibrahim yang dikenali sebagai Sultan Abu Syahid(144-1446). Selepas menaiki takhta baginda digelar Sultan Muzaffar Syah. Setelah pertabalan baginda sebagai pemerintah Hilir Melaka, Sultan Muzaffar Syah mengarahkan pegawai dan orang kananya untuk melaksanakan segala adat istiadat, tradisi dan larangan yang pernah diperkenalkan oleh ayahandanya Sultan Muhammad Shah (1424-1444). Sultan Muzaffar mengahwini anak Seri Amar DiRaja dan dikurniakan seorang putera bernama Raja Abdullah.
SULTAN MELAKA KEENAM (6) – SULTAN MANSUR SYAH (1456- 1477) – adalah gelaran kepada Raja Abdullah. Baginda menaiki takhta Kesultanan Melayu Melaka selepas kemangkatan bapanya Sultan Muzaffar Syah (1446-1456). Dalam pemerintahannya, baginda menjalankan dasar perluasan wilayah. Banyak negeri dan wilayah di bawah taklukan Melaka seperti Selangor, Bernam , Manjung, Rupat Singapura, Bentan dan pulau disekitarnya. Dari segi pertahanan, baginda mengarahkan Bendahara Tun Perak menyerang Pahang sebagai banteng pertahanan di pantai timur. Kampar dan Siak juga ditawan tetapi baginda gagal menawan Pasai dan Aru.
SULTAN MELAKA KETUJUH (7) – SULTAN ALAUDDIN SYAH (1477-1488)- adalah anakanda Sultan Mansur Syah (1456-1477). Nama sebenar baginda Raja Hussain.Setelah menaiki takhta pada tahun 1477 baginda digelar Sultan Alauddin Syah.. Baginda merupakan Sultan yang sangat mementingkan keamanan negeri Melaka. Baginda dan Hang Isap akan menyamar sebagai rakyat biasa dan melihat kawasan kota Melaka pada waktu malam. Keadaan ini terjadi bila mana kota Melaka sering berlaku kecurian dikalangan rakyat. Dengan penyamaran ini baginda telah Berjaya menghapuskan pencuri da nada yang diusir dan dibunuh oleh baginda. Hasilnya, negeri Melaka menjadi aman dan selamat. Baginda juga seorang Sultan yang alim dan warak serta berakhlak mulia.
SULTAN MELAKA KELAPAN (8)- SULTAN MAHMUD SYAH(1488-1511) – adalah Sultan Melaka yang kelapan dan terakhir memerintah Melaka. Baginda adalah anakanda kepada Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488). Selepas kemangkatan ayahandanya pada tahu 1488, Sultan Mahmud Syah yang masih muda mewarisi Takhta Melaka yang pada ketika itu telah mencapai kemuncak kejayaan dan amat terkenal di seluruh dunia. Pada masa itu juga Melaka merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Pentadbiran Negeri Melaka pada zaman baginda banyak dibantu oleh Tun Perak seorang Bendahara yang bijaksana dan berkebolehan dalam pentadbiran. Selepas kematian bendahara Tun Perak pada tahun 1498, Tun Mutahir dilantik menjadi Bendahara Melaka yang baru.
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas ditangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 10 Ogos 1511. Selepas 10 hari mengepong Kota Melaka, akhirnya pihak Portugis Berjaya menawannya pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah terpaksa mengundurkan diri ke Johor dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat perdagangan dan saingan kepada Melaka. Ibu kota dan pusat pemerintahan pada ketika itu, di Pulau Bentan yang terletak berdekatan dengan Temasik (Singapura). Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim Berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada tahun 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar, Riau, Sumatera. Sultan Mahmud Shah telah meletakkan anakandanya Raja Alauddin Riayat Shah (II) untuk merajai Johor dan seterusnya mengembangkan Johor dan Seorang lagi anakanda Sultan Mahmud Shah , Raja Muzaffar Shah dijemput untuk menjadi pengasas Kesultanan Perak pada tahun 1528.
MAKAM SULTAN MAHMUD SYAH
WARIS KETURUNAN SULTAN MAHMUD
SYAH (1) – (1488-1511)
SULTAN MELAKA KE SEMBILAN (9)-SULTAN AHMAD SYAH (1510-1513)- adalah anak kepada Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka Ke-8
(1488-1511). Dapat memerintah Melaka selama tiga (3) tahun sebelum jatuh
sepenuhnya ke tangan Portugis.Oleh kerana kegagalan mengalahkan Portugis Sultan
Ahmad Syah (Raja Ahmad) telah dihukum bunuh olPemerintahan dan penguasaan warisan keturunan Sultan Mahmud Syah di Johor berakhir dengan kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat dijulang pada tahun 1699. Pada ketika Sultan Mahmud Syah (II) yang merupakan Sultan Ke-10 (1685-1699) ) mangkat, usia baginda ketika itu dua puluh empat tahun (24 tahun) dan masih belum berkahwin. Oleh kerana ketiadaan zuriat penerus pemerintahan di Johor, maka kesempatan ini diambil alih oleh Bendahara Tun Habib Abdul Jalil, dan seterusnya mengangkat dirinya sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah 1V (1699-1720) dan merupakan sultan pertama dari keturunan Bendahara.
SULTAN PERAK PERTAMA (1)- (1528-1549) adalah RAJA MUZAFFAR SYAH. Baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Yang Dipertuan Negeri Perak dengan gelaran SULTAN MUZAFFAR SYAH (1) di tempat yang bernama Tanah abang, di tepi Sungai Perak (Telok Bakong Sekarang).Nama Negeri Perak diambil sempena nama Tun Perak, iaitu Bendahara Melaka.
Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita Putera Raja Marong Mahapudi Sat yang dikatakan telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula tasik, melingkungi tiga atau empat pulau. Putera tersebut telah berkata “tempat ini elok dijadikan sebuah negeri….”, lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada “perak” dan busarnya dinamakan “indera sakti”. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan Negerinya dinamakan Negeri Perak.
Adunan daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama “Negeri Perak” itu menggambarkan bahawa pemiilihan nama PERAK itu sangat bertepatan dengan kekayaan khazanah yang dikandung bumi Perak itu sendiri. Justeru kekayaan inilah pergolakan sejarah Negeri Perak semakin bergelora setelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah dan munculnya kuasa-kuasa Portugis, Acheh, Bugis, Siam, Minangkabau, Belanda dan akhirnya Inggeris.
Bagindalah Sultan Perak yang pertama. Sultan Muzaffar Syah (1) telah menjemput Tun Mahmud (Seri agar Raja) anak Paduka Tuan (Tun Isap Barakah) yang tinggal di Selangor itu datang ke Perak. Tun Mahmud dijadikan Bendahara Perak dan ia adalah Bendahara pertama di Negeri Perak. Tetapi tidak lama kemudian, Tun Mahmud telah dipanggil oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II yang berkerajaan di Negeri Johor. Paduka Tun Isap (ayah Tun Mahmud) telah datang ke Negeri Perak mengambil Tun Mahmud lalu di bawa ke negeri Johor.
SULTAN MUZAFFAR SYAH mula berselisih faham dengan Tun Sya’ban, kerana Tun Sya’ban tidak mahu memberikan anak gadisnya yang cantik bernama Tun Merah untuk dijadikan gundik . Akhirnya Tun Merah dapat juga di bawa ke istana oleh Sultan Muzaffar Syah oleh pengikut setia Baginda. Oleh sebab itu, berlakulah peperangan di Antara pengikut Sultan Muzaffar Syah (1) dengan pengikut Tun Sya’ban. Sultan Muzaffar Syah telah menawarkan pangkat dan gelaran Bendahara pada sesiapa yang Berjaya menewaskan Tun Sya’ban. Seorang yang berasal dari Kerabat Pagar Ruyong (minangkabau) yang bernama Megat Terawis telah Berjaya membunuh Tun Saban. Sultan Muzaffar Syah mengangkat Megat Terawis sebagai Bendahara. Sejak itulah, jawatan Bendahara di negeri Perak disandang oleh keturunan Megat.
MAKAM AL-MARHUM DYMM. SULTAN ALAUDDIN SHAH
(1594-1603)
SULTAN PERAK KEENAM (6)- (1603-1619) adalah
SULTAN MUKADDAM SYAH (1603-1619). Baginda
adalah putera saudara perempuan Almarhum Sultan Ahmad Tajudin dan Sultan Tajul
Ariffin , serta alor saudara sepupu dengan Raja Kecil Lasa, Raja Inu. Sebelum
menjadi Sultan, baginda dikenali sebagai Raja Tua. Baginda bersemanyam di Bota
Kanan.Sultan Mukaddam Syah mangkat di Acheh pada tahun 1619 dan baginda
mendapat gelaran “Marhum di Acheh”.Setelah memerintah lebih kurang tiga tahun, pada tahun 1630 Baginda pun mangkat di Geronggong dan dimakamkan di suatu tempat yang bernama kampong Tok Melor (ke ulu sedikit dari Makam yang ada sekarang ini). Makam ini kemudian dipindahkan ke kampong Pulau Tiga di Pemakaman Al Marhum sultan Muhammad Shah, Sultan Perak ke -14. Al-Marhum di gelar “Marhum Pulau Tiga”
Baginda mempunyai seorang putera yang bernama Raja kobat dan kemudiannya dikenali sebagai Sultan Sallehuddin Shah.
GAMBAR
MAKAM
SULTAN PERAK KESEBELAS (11)- (1653-1720) adalah SULTAN MAHMUD ISKANDAR SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN MUZAFFAR SHAH (1653-1720). Baginda merupakan sultan yang paling lama memerintah Negeri Perak iaitu kira-kira 67 tahun. Putera Sulung Sultan Mudzaffar Shah II, Raja Mahmud mewarisi takhta Kesultanan Perak selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1653. Pada Zaman Pemerintahannya, pengaruh Acheh telah terhapus dari negeri Perak , kerana pemerintahan yang terlalu lama. Baginda memerintah sehingga usia 120 tahun. Baginda mangkat di Kampong Jawa, Pulau Tiga. Baginda digelar “Marhum Sulong”. Oleh kerana baginda tiada putera, baginda telah mewariskan takhta negeri Perak kepada anak saudaranya Raja Radin Ibni Yang di-Pertuan Muda Mansur Shah.
GAMBAR MAKAM
SULTAN PERAK KEDUA BELAS (12)- 1720-1728) adalah SULTAN ALAUDDIN MUGHAYAT SHAH IBNI YANG DI-PERTUAN MUDA MANSUR SHAH (1720-1728) . Baginda bernama Raja Radin, dan mewarisi takhta kesultanan Perak selepas kemangkatan bapa saudaranya Sultan Mahmud Iskandar Shah yang tiada berputera. Baginda mendapat seorang putera, Raja Kechil Bongsu dan seorang puteri, Raja Kechil Ampuan. Pada waktu pemerintahan baginda, seorang anak Raja Bugis bernama Daeng Marewah yang bergelar Kelana Jaya Putra, iaitu Yam Tuan Muda Riau pertama (1) telah datang menyerang Perak pada tahun 1728, tetapi gagal. Pada tahun yang sama juga baginda telah mangkat dan dimakamkan di Geronggong, Kampong Jawa, Pulau Tiga.
GAMBAR MAKAM
Pada masa pemerintahan baginda, kemasukan orang-orang Belanda semakin ramai dan mereka mula memonopoli pembelian bijih timah di Negeri Perak. Kemasukan orang-orang cina dan India juga semakin bertambah ramai dan mereka mula membuka kedai-kedai perniagaan disekitar Bandar yang dinamakan “Bandar makmur” di sepanjang Pulau Inderasakti.
SULTAN PERAK KEENAM BELAS (16)-(1765-1773) adalah SULTAN MAHMUD SHAH (II) IBNI SULTAN MUHAMMAD SHAH. Baginda memerintah pada 1765 sehingga 1773. Nama sebenar baginda adalah Raja Saleh, dan menaiki takhta Kesultanan perak selepas kemangkatan kekandanya Sultan Iskandar Zulkarnain pada tahun 1765. Pada zaman pemerintahannya, perdagangan bijih timah semakin berkembang pesat. Raja Haji Panglima Bugis dari Riau yang amat termasyur ketika itu bersama kekandanya Raja Lumu (Raja Selangor), pernah melawat Perak dan menjalin hubungan yang baik.
SULTAN PERAK KELAPAN BELAS (18)- (1786-1806) adalah SULTAN AHMADIN SHAH IBNI SULTAN MUHAMAD SHAH. Nama sebenar baginda Raja ahmad. Baginda menaiki takhta Kesultanan Perak selepas kemangkatan kekandanya Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda pada tahun 1786. Banginda adalah putera yang keempat yang mana tiga orang kekanda baginda kesemuanya telah menaiki takhta Kerajaan Perak. Baginda berkahwin dengan Cik Putih Binti Laksamana Tok kuala Bidor. Dari perkahwinan tersebut baginda beroleh beberapa orang putera iaitu Raja Abdul Malek, Raja Inu, Raja abdul Rahman (ayahanda Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) dan Raja Nandak (Bonda Sultan Ismail Muabidin Riayat Syah.
Pada masa pemerintahan baginda, orang-orang Belanda tidak lagi datang membeli bijih timah di negeri Perak, kerana pada masa itu Inggeris mula mberkuasa dan mengambil alih gudang dan loji khususnya di Tanjung Putus, Kuala Sungai perak.
Sultan Ahmadin Syah telah mengundurkan diri ke Chegar Galah sewaktu serangan orang-orang Selangor. Pada ketika itu usia baginda semain tua dan uzur dan akhirnya baginda mangkat pada tahun 1806, tetapi jenazahnya telah di bawa pulang ke Bota dan dimakamkan di Bota Kanan, Perak. Baginda digelar “Marhum Bongsu”.
MAKAM AL-MARHUM Y.A.M. RAJA ALANG ABDUL RAHMAN
SHAH IBNI AL-MARHUM D.Y.M.M. SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH 1 (1846-1946)