SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

ALAT KEBESARAN RAJA KESULTANAN MELAKA



SESAT DI HUJUNG JALAN BALIK KE PANGKAL JALAN
DARI TEMASEK KE MALAKA
SEJARAH ADALAH PERKARA YANG TELAH BERLALU
...IA TAK MUNGKIN BERULANG KEMBALI
...TETAPI "CERITA" SEJARAH BOLEH BERULANG KEMBALI...
BAGAI...SIREH PULANG KEGAGANG, PINANG PULANG KETAMPUK.
MAKA KEMBALILAH KEPADA KEBENARAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.


KHAZANAH  PUSAKA TURUN-TEMURUN 


ALAT - ALAT KEBESARAN RAJA KESULTANAN MELAKA -MELAKA DARUL ISLAM
MASIH DALAM SIMPANAN


GAMBAR (KHAZANAH PUSAKA TURUN-TERMURUN) :
KELANGKAPAN BARANG  KEBESARAN SULTAN AHMAD SHAH IBNI SULTAN MAHMUD SHAH SULTAN MELAKA KE-9 TAHUN 1516-1528

1.SEPASANG KERIS PUSAKA TERSISIP DIPINGGANG DAN DISANDANG DITANGAN 
2.ANAK PENDING PERAK DAN BERTAHTAKAN EMAS

EMPAT CIRI PEMAKAIAN TANJAK RAJA SERI MAHKOTA PANJI ALAM

1.ANAK KERIS PERAK EMAS.
2. SEPASANG BUNGA CINTA HATI (KANAN DAN KIRI)
3.SEKUNTUM BUNGA MAWAR BERBATU JET BIRU DAN HIJAU HADIAH DARIPADA SERI MAHARAJA CHINA PADA ZAMAN PEMERINTAHAN SULTAN MANSUR SHAH,SULTAN MELAKA KE-6 (1456-1477).
4.SEPASANG BURUNG MERAK PIPIT BERTAHTAKAN PERAK DAN EMAS.


BARANG BUKTI D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN ALANG ISKANDAR AHMAD SHAH @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH TERBUKTI TULEN.


GAMBAR (KHAZANAH) 1517 : 
KERIS BEDUT TANAH ADALAH ALAT KEBESARAN RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA -MELAKA DADRUL ISLAM YANG TELAH DIGUNAKAN OLEH SULTAN MELAKA PADA TAHUN 1516-1528. DI ATAS MATA KERIS TERSEBUT TERTERA UKIRAN NAMA '' AHMAD BIN MAHMUD PADA 1517 '' DAN PERKATAAN '' ALLAH MUHAMMAD MELAKA- ALLAH MUHAMMAD MELAKA-ALLAH MUHAMMAD MELAKA'' DI DALAM TULISAN JAWI, MERUPAKAN BARANG KEBESARAN RAJA KESULTANAN MELAKA.





GAMBAR (KHAZANAH) TAHUN 1517 : 
SEBILAH KERIS BEDUT TANAH YANG TERTERA DI DALAM TILISAN JAWI  PERKATAAN “ AHMAD BIN MAHMUD PADA 1517” DAN TERTERA PADA MATA KERIS TERSEBUT PERKATAAN ALLAH MUHAMMAD MELAKA-ALLAH MUHAMMAD MELAKA-ALLAH MUHAMMAD MELAKA


GAMBAR (KHAZANAH) TAHUN 1517 : 
SEBILAH KERIS BEDUT TANAH YANG TERTERA DI DALAM TILISAN JAWI  PERKATAAN “ AHMAD BIN MAHMUD PADA 1517” DAN TERTERA PADA MATA KERIS TERSEBUT PERKATAAN ALLAH MUHAMMAD MELAKA-ALLAH MUHAMMAD MELAKA-ALLAH MUHAMMAD MELAKA YANG DIPERTURUNKAN DARI GENERASI KE SATU GENERASI HINGGA KEPADA TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH SELAKU PEWARIS TAKHTA RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM.

RAJA AHMAD ATAU SULTAN AHMAD SHAH IBNI SULTAN MAHMUD SHAH ADALAH MERUPAKAN SULTAN MELAKA KE-9 (1516-1528). PADA TAHUN 1511 TELAH BERLAKU KEJATUHAN MELAKA KEPADA PORTUGIS. DALAM TEMPOH KEJATUHAN TERSEBUT SULTAN AHMAD SHAH TELAH BERJUANG UNTUK MENGAMBIL KEMBALI HAKNYA SEBAGAI PEMERINTAHAN. DENGAN HANYA MENGUNAKAN AKAL FIKIRAN DAN KEKUATAN TENAGA, MAKA PERTUGIS DAPAT DIKALAHKAN DALAM MASA LIMA (5) TAHUN SAHAJA (1511-1516). DALAM TEMPOH ITU JUGA, BAGINDA TELAH BERJAYA MANAKLUKI MELAKA KEMBALI DAN SETERUSNYA BERJAYA MENJADI PEMERINTAH MALAKA (1511-1528). PERSOALANYA SIAPAKAH RAJA MELAYU YANG GAGAH BERANI ? JAWAPANNYA: SULTAN AHMAD SHAH. INI KERANA BAGINDA HANYA MENGAMBIL MASA SELAMA LIMA (5) TAHUN SAHAJA UNTUK MENGALAHKAN MUSUH.



TITAH  UNTUK WARISAN KETURUNAN
Beta Tuanku  Raja Noor Jan Shah Ibni  Al-Marhum  Y.A.M. Raja Tuah Shah adalah Pewaris Keturunan Raja Kesultanan Melaka Darul Islam Berdasarkan SALASILAH LENGKAP,BERNASAB. Keturunan beta yang  terdahulu terpaksa menyembunyikan diri ekoran daripada penjajah dan penaklukan kuasa Portugis pada 1511.
Tuntutan Beta bukannya untuk menggugat atau menjatuhkan mana-mana pihak yang terlibat ,tetapi adalah untuk mengambil kembali hak dan kedudukan warisan keturunan Beta . Tiada undang-undang di dunia ini yang menghalang seseorang individu untuk mengambil kembali hak dan kedudukannya, sekiranya terbukti jelas dan benar.
Tuntutan Raja Noor Jan Shah terbukti benar dengan ada nya pusaka peningalan datuk nenek moyangnya yang telah sekian lama diwarisi dari satu generasi ke satu generasi , Keris Bedut Pusaka kebesaran Raja pemerintah di zaman SULTAN AHMAD SHAH sultan Melaka ke-9 (1516-1528) masih lagi tersimpan rapi di bawah jagaan Beta .
KERIS BEDUT tersebut ada tertera “AHMAD BIN MAHMUD PADA 1517” pada mata keris tersebut pula tertera perkataan “ALLAH MUHAMMAD MELAKA , ALLAH MUHAMMAD MELAKA , ALLAH MUHAMMAD MELAKA” yang ditulis didalam tulisan jawi. Selain itu , terdapat juga beberapa lagi barang kebesaran yang beta miliki.

KEPADA SEMUA RAKYAT YANG TAHU DIRI NYA MEMPUNYAI KETURUNAN BERNASAB YANG JELAS DAN NYATA , Maka Beta amat berharap agar dapat menuntut kembali hak dan kedudukan mereka . HANYA meraka saja yang tahu mengenai keturunan dan hak mereka. Sekiranya terbukti benar, maka tidak ada yang perlu ditakut kan termasuk lah undang-undang yang telah sedia ada sekarang. JIKA perasaan takut menyelubungi diri maka akan hilanglah segala hak dan kedudukan yang betul seperti yang telah sekian lama yang diperjuangkan oleh datuk nenek moyang mereka yang terdahulu.


GAMBAR (KHAZANAH) :
KEBESARAN SULTAN MELAKA, BUNGA MAWAR HADIAH SERI MAHARAJA CHINA DI ZAMAN  PEMERINTAHAN SULTAN MANSUR SHAH, 
SULTAN MELAKA KE-6 (1456-1477)












________________________________________________________________________


SESAT 
DI UJUNG JALAN
BALEK
KE PANGKAL JALAN

SULTAN; KESULTANAN MELAKA MUNCUL KEMBALI SETELAH 477 * BAGAI……..SIREH PULANG KEGAGANG, PINANG PULANG KETAMPUK, 
TAMING SARI KEMBALI KEEMPUNYA 
PADA I31HB JANUARI  2006  BERSAMAAN  1  MUHARAM 1427H, 
DI MUARA SUNGAI DUYUNG MELAKA, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.














KERIS PAMOR SAKTI 
KEPUNYAAN PANGLIMA TAMING SARI 
NAIK KEDARAT KEMBALI KEEMPUNYA
 PADA 31HB JANUARI  2006  BERSAMAAN  1  MUHARAM 1427H





























                                TAK MELAYU HILANG DI DUNIA
Warisan Laksamana Hang Tuah
Wasiat buat anak-cucu yang bertuah.

   
LAKSAMANA TUN TUAH
(Hang Tuah bin. Hang Mahmud x Dang Merdu)

PELUKIS 2D : -SAUDARA MOHD.SALLEH AL-DAWAMI (Salleh Dawam.Langkawi)
SUMBER 3D :- TUGU DIMUZIUM NEGARA (K.Lumpur)
Batang tubuhnya diberi nama Hang Tuah Oleh Ayahandanya Hang Mahmud dan ibunya    Dang  Merdu. Dilahirkan di Kampung Sungai Duyung, Negeri Melaka. Semasa kecil lagi Hang Tuah telah dibawa oleh kedua ibubapanya berpindah ke Bentan, Kepulauan Riau

Tercatat dalam hikayat. Pada suatu malam Hang Mahmud mendapat alamat melalui mimpi bahawa ; Bulan turun dari langit, mengambang penuh cahayanya di atas kepala Hang Tuah putera tunggalnya itu, setelah terjaga Hang Mahmud pun segera mengangkat Hang Tuah dan mencium ubun kepalanya serta seluruh tubuhnya. Keesokan hari segala mimpinya itu  diceritakan kepada isterinya Dang Merdu dan Hang Tuah, Dengan penuh syukur Dang Merdu segera melangiri (memandi) kan Hang Tuah kemudian diperlengkapkan dengan sandang (pakaian) serba putih, kain, baju, destar, direnjis pula dengan air mawar dan sari wangi-wangian.

Setelah itu diberi makan nasi kunyit berlaukkan telur ayam. Orang tua-tua, lebai dan alim dari kampong turut dijemput untuk tahlil kepada para arwah dan membacakan do’a selamat. Bermula dari peristiwa itulah maka persiapandibuat untuk berpindah ke Bentan dengan bertujuan mencari penghidupan keluarga disamping mencari Mualim untuk Hang Tuah berguru.

Dengan sebuah lading yang diperlengkapkan maka belayarlah Hang Mahmud tiga beranak menuju ke Bentan. Sampai di Bentan Hang Mahmud pun membina sebuah rumah berhampiran Kampung Bendahara  Paduka Raja Melaka bersuaka (menetap) di situ. Kediamannya juga dijadikan kedai untuk urusan berjual makanan disamping berjual kayu api.

Di situlah Hang Tuah membesar. Belajar mengaji Al-Qur’an dan ilmu Nahu dari seorang lebai hingga khatam (tamat). Kecenderungan Hang Tuah untuk belajar sangat terserlah sejak kanak-kanak lagi. Setelah itu Hang Tuah terus mangaji dan berguru dengan beberapa orang mualim, antaranya Lebai Keling, Labai Cina, Lebai Siam, dan termasuk juga Lebai Jawa untuk mengaji dalam masa yang sama belajar bahasa. Semasa meningkat remaja lagi Hang Tuah sudah mampu menguasai dua belas bahasa, Ketrampilan dan kebijaksanaannya sangat terserlah.

Semasa umurnya mencecah sepuluh tahun Hang Tuah bersahabat karib dengan rakan sebayanya. Hang Jebat anak Kak Dollah dan ibunya Dang Bawa, Hang Kasturi anak kepada Kak Mesamut dan ibunya Dang Sekanda, sementara yang ketiga Hang Lekir anak kepada Hang Mansur dan ibunya Dang Hebah, sahabat yang termuda Hang Lekiu bapanya bernama Hang Shamsu dan ibunya bernama Dang Seri.

Bakat kepahlawanan Hang Tuah lima sahabat itu mula dikesan oleh Tok Batim Penghulu Temasik (Singapura) bila mereka berlima dalam pelayaran ke Pulau Tinggi untuk berburu tiba-tiba diserang oleh angkatan lanun dengan kekuatan tiga perahu besar. Hang Tuah berlima sahabat berjaya mengalahkan lanun-lanun itu, ramai lah yang tewas dan lari, sepuluh orang berjaya ditawan dan dipersembahkan bersama Tok Batim Penghulu Singapura  kepada Duli yang Dipertuan Bentan.

Setelah peristiwa itu Hang Tuah dan empat sahabatnya sering berdepan dengan ujian demi ujian namun dalam semua pertempuran Hang Tuah dan para sahabatnya smendapat kemenangan dan senantiasa pula mendapat anugerah dan pengiktirafan saada oleh Penghulu, Bendahara malah oleh Duli Yang Dipertuan.

Sebagai persiapan diri, Hang Tuah berlima sahabat itupun pergi berguru kepada Aria Putra di Bukit Pancalusa sehingga tamat dan kembali untuk menghambakan diri berkhidmat kepada Duli Yang Dipertuan. Sehingga pada suatu purnama bulan Muharram Hang Tuah lima sahabat serta pegawai dan pembesar  dibawa oleh Duli Yang Dipertuan Raja Bentan berpindah ke Melaka sebagai pemerintah baru.

Setelah Raja Melaka Tuanku Shah Alam berhasrat menabalkan anak perempuan Baginda Puteri Gunung Ledang menjadi Raja Melaka menggantikannya seperti yang dizahir melalui titahnya “ Ayo Mamak Bandahara dan Laksamana, pada bicara kita, hendak rajakan anak kita yang perempuan ini akan ganti kita jadi Raja di negeri Melaka, kerana kitapun sudah tualah”. Maka Laksamana Tun Tuah pun menerima titah dan segera membuat persiapan untuk menyempurnakan istiadat.
Dalammusyawarah itu Tuanku Raja Melaka juga menamakan Tun Mat anak kepada Bendahara sebagai Bendahara Paduka Raja, sementara anak Temenggung, Tun Karim diberi gelaran Temenggung Seri Seroja dan anak Laksaman Tun Tuah bernama Tun Nadim dan Laksamana Tuan Tuah mengakhiri khidmatnya  selama tiga zaman sebagai Laksamana kepada tiga warisan Raja Melaka bertakhta.

Ketika Melaka jatuh ke tangan Feringgi… Bendahara Tun Mat, Temenggung Tun Karim dan Laksamana Tun Nadim berundur Ke tanah hujung bernama Tanjung Johor dari situ belayar ke Bentan mengadap Sultan Ahmad. Di Bentan dengan bantuan Sultan Ahmad pembesar-pembesar itu pun menyusun langkah dengan titiah Sultan Ahmad kemudian kembali ke Tanjung Johor dan bernegeri di situ dengan nama Johor Darul Aman, maka disitulah dihimpunnya semua keturunan Melaka yang berpecah-pecah sebelum itu

Sejak usia 10 tahun Hang Tuah berbakti
Mencurah setia menghamba diri
Kepada Raja dan juga Negeri
Kerana Melaka nyawa diberi

Taat setia tiada batasan
Kepada watan kepada Sultan
Bijaksananya jelas kelihatan
Digeruni musuh dihormati taulan

Keseluruh dunia menjadi utusan
Kebanyak benua titah dilaksanakan
Dua belas bahasa mahir digunakan
Diterima mesra segenap kapitan dan bangsawan

Lahir di Bumi Duyung  Melaka
Membesar di Bentan negeri beraja
Mengaji, berguru Quran dan bahasa
Memperlengkapkan ilmu akhirat dan dunia
  
Bermula di Melaka
Berakhir di Melaka
Hang Tuah digelar Laksamana
Hang Tuah hulubalang ternama


TAMING SARI
Keris pamor sakti dari Majapahit

Sebilah keris sakti asalnya milik “Penjurit Tua Tanah Majapahit” diperoleh oleh Laksamana Tun Tuah melalui ‘muslihat’ dalam satu pertempuran sengit antara keduanya di Istana Paduka Seri Betara Majapahit ketika mengiringi rombongan sultan Melaka untuk melangsungkan perkahwinan dengan Raden Galuh Emas Ayu Puteri Majapahit.

Setelah Laksamana Hang Tuah berjaya membunuh “Penjurit Tua” itu dengan Keris Taming Sari, maka Keris Taming Sari itupun segera dipersembahkan kepada Paduka Seri Betara, setelah diterima maka Paduka Seri Betara Majapahit pula bertitah “Adapun keris ini anugerah kitalah pada Kiai Tuah”. Diterima oleh Tun Tuah dan dicium sebelum disisipkan kebengkong dipinggangnya.

Selain itu Paduka Seri Betara Majapahit juga memberi gelar dan pusaka bumi kepada Tun Tuah setelah dititahkan. “Adapun Kiai Tuah ini kita gelar Laksamana. Maka anak sungai kita Jemaja ini anugerah kitalah kepada Laksamana . Putus datang kepada anak cucu Laksamana”.

Sultan Melaka yang sangat sukacita turut memberi restu dan menganugerahi sandang persalinan selengkapnya. Penyaksian kepada riwayat ini maka Taming Sari menjadi sandang dan pelengkap kepada Laksamana Hang Tuah sepanjang khidmatnya kepada Sultan Melaka selama tuga zaman ketuanan dan tiga raja bertakhta.

Walaupun suatu ketika terlepas ke tangan Hang Jebat ketika Laksamana Tun Tuah dijatuhi hukuman bunuh kerana fitnah. Tetapi sudah ditakdirkan Allah bahawa Taming Sari akan kembali juga kepada Tun Tuah maka Datuk Bendahara tidak melaksanakan hukuman bunuh sebaliknya menyerahkan Tun Tuah kepada Tuan Syeikh seorang mu’alim yang tinggal di dusun terletak di Bukit Jugara, disitulah Tun Tuah menyepi dan mengaji.

Ketika Hang Jebat ‘menderhaka’ kerana membela Tun Tuah yang menjadi mangsa fitnah. Laksamana Tun Tuah dititah kembali dengan keampunan Sultan. Maka berlakulah pertempuran dua saudara, akhirnya Hang Jebat tewas dan Keris Taming Sari ke tangan Laksama Hang Tuah.

Akibat  peristiwa yang menyayat itu, sebelum Laksamana Hang Tuah pergi berkhalwat (bersunyi) seperti tercatat di dalam hikayat Tun Tuah telah melafazkan sumpah “selagi Keris Taming Sari ini tenggelam di Muara Sungai Duyung, selagi itulah hamba tidak akan zahir di negeri Melaka ini”. Namun demikian dipercayai bahawa sarung Keris Taming Sari itu dibawa pergi bersama menyepi oleh Laksamana Tun Tuah sehingga kehari ini

Demikianlah kisah mengikut sejarah
Keris Taming Sari yang sebilah
Asal diperolehi Seri Betara Anugerah
Kepada Hulubalang Laksama Tun Tuah

Muara Sungai Duyung menjadi saksi
Segala yang nyata dan yang tersembunyi
Bagai sesetianya langit dengan bumi
Segala terjadi atas kudrat-iradat Iilahi.

SUMPAH PENDEKAR

Tujuh petala bumi
Tujuh petala langit
Dari gunung ke lembah curam
Dari sungai ke lautan gelombang
Kembara adalah setia pada sumpah
Kemenyan dan setanggi penyeri kehadiran kita
Warisan berkurun  Dato’ Laksamana

DI MANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG

Sumpah pendekar…
Pantang undur walau setapak
Pantang maut sebelum ajal
Pantang derhaka pada titah
Pantang keris dipinggang kalau tidak berani mati 
Berdentum guruh di langit
Merkah bumi dipijak,

“PENDEKAR TAKKAN UNDUR SETAPAK”

Pulangkan pamor pada kerisnya
Pulangkan sireh pada gagangnya
Pulangkan mahkota pada tahtanya
Pulangkan cokmar pada laksaman
Pulangkan langkah pada gelanggang
Pulangkan sumpah pada pendekar
Pulangkan rohani pada jasmani
Pulangkan Bangsa pada Martabat
Sumpah bukan Cuma dibibir

“GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG”

Bumi warisan ini
“TANAH TUMPAH DARAH KITA”
Masih menuntut semangat yang belum tertunai
Pribumi bukan sekadar gelaran tanpa makna
Kita adalah anak watan
Darah yang mengalir di tubuh kita
Semerah darah si Jebat yang tumpah di bumi Melaka
Semerah darah Si Jebat yang terlekat di Taming Sari
Semerah darah Si Jebat yang tercalit di kening Si Tuah
Semerah darah Hang Nadim yang terhumban ke lautan Temasik
Dan kita masih di sini
Mendepani hari-hari yang semakin mencabar
Keutuhan tekat yang kental
Sumpah keramat seorang pendekar

“TAK MELAYU HILANG DI DUNIA”

(Khazanah) : Zahir Kewujudan KERIS TAMING SARI Pamor Sakti yang dianugerahkan kepada ‘‘ Kiai Tuah ’’ oleh Paduka Seri Bentara Majapahit. Hang Tuah yang bergelar LAKSAMANA TUN TUAH HULUBALANG MELAKA Memperoleh keris ini setelah berjaya menewaskan ‘‘ Taming Sari ’’ Penjurit Tua Tanah Majapahit Dan KERIS TAMING SARI telah menjadi milik Hang Tuah Dibawah kedaulatan D.Y.M.M. Raja Melaka PADUKA SERI SHAH ALAM.