SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

Tuesday, 21 February 2017

"SULTAN MELAKA DARUL ISLAM" OFFICIAL BLOG: SALASILAH DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH


RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM

SESAT 
DI HUJUNG JALAN
BALEK
KE PANGKAL JALAN
DARI TERMASIK KE MALAKA
SEJARAH ADALAH PERKARA YANG TELAH BBERLALU. IA TAK MUNGKIN KEMBALI. TETAPI " CERITA" SEJARAH BOLEH BERULANG KEMBALI. 
BAGAIKAN. SIREH PULANG KEGAGANG, PINANG KETAMPUK.
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.


DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH 
BERSAMA
DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU PUTERI ZAIDATUL MARDIAH BINTI HAJI SAYED YUSSUF
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM YANG BERDAULAT JUGA DISEBUT "MALACCA"


UTUSAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN MELAKA DARUL ISLAM
DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM

Rujukan kami :SM/ICJ/14/01/01
bertarik : 1hb Jan,2014

Kepada,

Setiausaha Sulit
DYMM SERI PADUKA YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA
Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Almarhum Sultan Badilishah
Istana Negara Malaysia,
Jalan Duta.50600 Kuala Lumpur.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

PER : PENGIKTIRAFAN DARI MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA SEBAGAI SULTAN MELAKA ISLAM DARUL
_______________________________________________________________

Perkara di atas adalah dirujuk :-
Merafak sembah Menjunjung kasih Ke Bawah DYMM TUANKU SULTAN HALIM MUADZAM SHAH. RAJA YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA.
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa anakanda DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Al-Marhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah telah mendapat pengiktirafan yang sah oleh MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA sebagai Pemilik Takhta KESULTANAN MELAKA dan dengan ini akan bergelar SULTAN MELAKA DARUL ISLAM.

Bersama - sama dengan surat ini anakanda Lampirkan, Salinan surat asal tentang pengiktirafan tersebut, ICJ REFRENCE : SIGL.BOE/ROYAL-APPOINTMENT/88888888-92, Yang bertarikh: 25hb.November,2013

Aanakanda juga adalah Bija Nigara,Bija Mentera dan Bija Benih yang mana ia merupakan benih-benih raja yang telah menjadi sejarah Negeri dan Negara. Anakanda merasakan sampailah masanya sejarah ini perlu dimasyhur dan diperjelaskan lagi keduduknya agar segala yang kusut akan terungkai, yang tersimpul akan terlerai.

Akhir kata, dengan rasa penuh keinsafan dan rasa rendah diri, Anakanda mohon agar dapat diadakan satu pertemuan yang boleh membawa kepada kesejeteraan bersama.

Segala bentuk kerjasama yang diberikan amat dihargai dan diucapkan Jutaan Terima Kasih.
SEKIAN

Anakanda akhiri warkah ini dengan serangkap Pantun Melayu BUGIS seperti berikut.
Pisang emas dibawa berlayar, Masak sebiji di atas peti,
Hutang Emas boleh di bayar, Hutang budi dibawa mati.


UTUSAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN MELAKA DARUL ISLAM  DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM

Rujukan kami :SM/ICJ/14/01/01
bertarik : 1hb Jan,2014

Kepada,

Y.A.M.DATUK SERI MOHD NAJID BIN TUN RAZAK
Perdana Menteri Malaysia,
Peajabat Perdana menteri,
Bangunan Perdana Puterajaya Preset A,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Puterajaya, Wilayah Persekutuan,Malaysia.

PER : PENGIKTIRAFAN DARI MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA SEBAGAI SULTAN MELAKA ISLAM DARUL
______________________________________________________________

Perkara di atas adalah dirujuk :-
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah yang telah mendapat pengiktiirafan yang sah oleh MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA sebagai Pemilik Takhta KESULTANAN MELAKA dan dengan ini akan bergelar SULTAN MELAKA DARUL ISLAM.

Bersama-sama dengan surat ini Beta lampirkan, Salinan surat asal tentang pengiktirafan tersebut, ICJ REFFRENCE:SIGL.BOE/ROYAL-APPOINTMENT/88888888-92, yang Bertarikh 25hb.November,2013

Beta juga adalah Bija Nigara,Bija Mentera dan Bija Benih yang mana ia merupakan benih-benih raja yang telah menjadi sejarah Negeri dan Negara, Beta merasakan sampailah masanya sejarah ini perlu dimasyhurkan dan diperjelaskan lagi kedudukannya agar segala yang kusut akan terungkai, yang tersimpul akan terlerai.

Oleh itu, Beta berharap agar dapat diadakan satu perbincangan dengan segera untuk menghuraikan perkara ini dengan lebih terperinci.

Segala bentuk kerjasama yang diberikan amat dihargai dan ucapkan Jutaan Terima Kasih.
SEKIAN.

Beta akhiri warkah ini dengan serangkap Pantun Melayu Bugis seperti berikut.

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebinji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.








BATU PUTIH HAK SINGAPURA KERANA SURAT-ICJ
Bagaimana pula dengan DYMM Sultan Melaka Darul Islam yang telah mendapat surat ICJ tetapi masih belum dikembalikan haknya.?












BUKU TUN MOHAMED SUFIAN HASHIM
MENGENAL PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PRAKATA BAGI EDISI PERTAMA
Seorang warganegara sudah sepatutnya mengetahui sedikit sebanyak mengenai perlembagaan negaranya, Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

BAB 4
RAJA DAN YANG DIPERTUA NEGERI

Tiap-tiap sebuah dari sembilan buah negeri Melayu mempunyai serang Raja yang turun-temurun dan memerintah sepanjang hayat baginda. Hak-hak mewarisi takhta ditentukan oleh adat yang berbeza di berlainan negeri dan kaedah-keedah adat ini,
dengan atau tanpa pengubahsuian, sekarang telah dimaktubkan dalam perlembagaan tiap-tiap Kerajaan Persekutuan, menurut perkara 71 (1)

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, 
MENJAMIN HAK SESEORANG RAJA UNTUK MEWARISI DAN MEMEGANG, MENIKMATI DAN MENJALANKAN HAK-HAK PERLEMBAGAAN DAN KEISTIMEWAAN MENURUT PERLEMBAGAAN NEGERI BAGINDA; TETAPI APA-APA PERTIKAIAN MENGENAI HAK UNTUK MEWARISI SEBAGAI RAJA MESTILAH DITENTUKAN SEMATA-MATA OLEH MANA-MANA PIHAK BERKUASA DAN DENGAN APA-APA CARA SEBAGAI MANA DIPERSEKUTUAN OLEH PERLEMBAGAAN NEGERI ITU.

Di semua negeri, Raja dikenali sebagai Sultan, kecuali di negeri Perlis di mana baginda dikenali sebagai Raja. Di negeri Sembilan pula baginda bergelar Yang Dipertuan Besar dan bertidak bagi pihak diri baginda sendiri dan juga bagi-bagi pihak Pembesar-Pembesar Memerintah menurut perlembagaan Negeri Sembilan. Baginda dipilih oleh Undang Sungai Ujung, Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau. Apabila baginda mangkat, Undang berempat itu memilih seorang pengganti dari kalangan putera baginda,  tetapi para Undang itu boleh, jika mereka fikir bahawa tidah seorang pun yang layak dan sesuai dari kalangan putera baginda, memilih seorang lain yang layak dan sesuai dengan memberi keutamaan kepada saudara lelaki baginda yang Dipertuan Besar ,yang telah mangkat itu, kemudian kepada ayahanda saudara sebelah bapa baginda dan selepas itu barulah diberi keutamaan kepada orang lain.

Jawatan yang Dipertuan Agong di mana seorang Raja dipilih selama lima tahun oleh Raja Raja, merupakan suatu adattasi jawatan yang Dipertuan Besar ini.
Di negeri Perak penganti untuk menaiki takhta adalah secara bergilir-gilir di antara tiga ketua keluarga : oleh itu apabila Sultan Mangkat, Raja Muda (Satu lagi Ketua keluarga yang kedua dalam susunan penganti) diangkat menjadi Sultan, Raja di Hilir (Ketua keluarga yang satu lagi dan ketiga dalam susunan penganti diangkat menjadi Raja Muda, dan ketua keluarga Sultan yang mangkat menjadi Raja di Hilir.
Di negeri-negeri lain, seseorang Sultan yang mangkat digantikan oleh anakanda baginda yang sulung dan masih hidup.

Seseorang Raja boleh melantik seorang Pemangku Raja atau suatu Jemaah Pemangku Raja untuk memangku jawatan baginda dalam hal keadaan sebagaimana yang ditetapkan oleh perlembagaan.

BAB 5

MAJLIS RAJA-RAJA

Majlis Raja-Raja Mempersetujui ditubuhkan pada mulanya dalam tahun 1948. mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948. Sebelum Perang Dunia Kedua, Raja-Raja dari keempat-empat buah Negeri Melayu Bersekutu pernah mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa dengan Persuruhjaya Tinggi', tetapi hingga 1948 tidak ada suatu badan rasmi yang membawa kesemua sembilan orang Raja bersidang untuk membincang dan mempersetujui perkara-perkara mengenai dasar. Misalnya, dalam tahun 1946 Raja-Raja Melayu tidak diberi peluang untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan Triti MacMichaeh yang mempunyai pengaruh yang besar sebelum menandatanganinya. Dengan menandatangani triti tersebut, Raja-Raja Melayu telah menyerahkan semua bidang kuasa baginda kepada Kerajaan British.
Majlis Raja-Raja merupakan perhimpunan yang paling luhur di Negara ini. Sungguhpun Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang atau mengenakan cukai atau meluluskan perbelanjaan Negara, tetapi ia amat berpengaruh. Ia mengadakan hubungan rapat diantara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri di peringkat tertinggi. Persidangan Majlis ini dihadiri oleh Yang di Pertuan Agong dan Perdana Menteri bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan juga oleh semua Raja dan Yang Dipertua Negeri dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing. Majlis ini memberi peluang kepada mereka untuk membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama, iaitu perkara-perkara yang memusykilkan mana-mana pihak di antara mereka. Oleh kerana perbincangan dijalankan secara tertutup, mereka dapat berunding secara berterus terang, malahan dengan sopan santun. Bagi Perdana Menteri pula, beliau berpeluang dalam forum yang amat penting ini untuk menerangkan dasar-dasar persekutuan yang telah diputuskan dan juga yang akan diputuskan.

Mengikut perlembagaan, sebagaimana yang akan diperhatikan di bawah ini, persetujuan Majlis Raja-Raja adalah dikehendaki bagi rang undang-undang yang meminda peruntukan-peruntukan tertentu dalam perlembagaan. Majlis Raja-Raja membuat beberapa perlantikan tertentu dan Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingkan sebelum dibuat perlantikan-perlantikan tertentu yang lain.

Persekutuan-persekutuan mengenai Majlis Raja-Raja yang ada sekarang terdapat pada perkara 38 dalam Perlembagaan Malaysia.
Keanggotaan 
Majlis Raja-Raja dianggotai oleh semua Raja dan Yang Dipertua Negeri.  Jika perlembagaan sebuah negeri membenarkan seorang lain mengambil tempat seorang Raja atau yang Dipertua Negeri sebagai anggota, orang lain itu boleh hadir dan mengambil bahagian dalam perjalanan masyuarat Majlis Raja-Raja Al-Marhum Sultan Johor selalu juga diwakili oleh anakanda baginda untuk menghadiri mesyuarat.
Yang di Pertuan Agong kelihatan hanya menjadi anggota Majlis apabila ia bersidang kerana hendak melantik bakal penganti Yang Di Pertuan Agong dan Tembalan, dan juga apabila Majlis menimbangkan perkara-perkara mengenai agama Islam.
\
Tugas
Tugas-tugas Majlis Raja-Raja ialah untuk-
(a) memilih atau memecat Yang di Pertuan Agong dari Jawatannya, dan memilih Tembalannya;
(b) Menimbangkan soal-soal mengenai dasar Negara (masalnya, perubahan tentang dasar imigresen dan apa-apa juga perkara lain yang difikirkannya pantut);
(c) Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama Islam supaya meliputi seluruh Semenanjung Malaysia (tetapi tidak termasuk Sabah dan Sarawak); dan
(d) Mempersejui atau tidak mempersetujui mana-mana undang-undang, dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Berkenaan dengan (a), apabila memilih atau memcat Yang di-Pertuan Agong dan memilih Tembalannya, hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengambil bahagian; Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri tidak boleh.

Berkenaan dengan (b), apabila Majlis Raja-Raja menimbang perkara-perkara mengenai dasar Negara, Yang di-Pertuan Agong hadir disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja–Raja serta Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri disertai Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing. Dalam mempertimbangkan hal ini, Yang di-Pertuan Agong mengikut nasihat Jemaah Menteri dan Raja-Raja serta Yang Dipertua –Yang Dipertua Negeri mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri masing-masing.
Berkenaan dengan (c), sebagaimana yang tersebut dalam bab4, seorang Raja menjadi ketua agama Islam dalam negeri baginda. Oleh yang demikian, baginda boleh menetapkan, misalnya, tarikh bermula dan berakhirnya puasa tanpa menghiraukan apa yang berlaku di negeri jiran. Perlembagaan memperuntukkan bahawa mengikut perkara 3 (2) dan perkara 38 (2) (b), Raja-Raja dalam Persidangan Majlis Raja-Raja boleh mempersetujui supaya tarikh yang sama dipakai di seluruh Semananjung Malaysia. Walau bagaimanapun ia tidak meliputi Sabah dan Sarawak, lihat Perkara 38(7).

Perlantikan
Majlis Raja-Raja melantik salah seorang daripada anggotanya mewakili Duli-Duli Yang Maha Mulia dalam Majlis Angkatan Tentera.
Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya bagi melantik Ketua Hakim Negara, Hakim-Hakim Besar bagi dua Mahkamah Tinggi, hakim-hakim lain bagi Mahkamah Persekutuan dan hakim-hakim bagi Mahkamah Tinggi. Semua perlantikan ini dibuat oleh Yang di-Pertuan Angong yang bertidak mengikut nasihat Perdana Menteri.

Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya berkenaan dengan perlantikan Juruaudit Negara yang dibuat oleh Yang di-Pertuang Agong mengikut nasihat Perdana Menteri.
Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya mengenai perlantikan Pengerusi, Timbalan Pengurusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; mengenai perlantikan Pengurus, Timbalan Pengurusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi dan mengenai perlantikan Pengurusi, Timbalan Pengurusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Perlantikan-perlantikan ini dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong menurut budi bira baginda tetapi selepas Mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri.

Majlis Raja-Raja juga hendaklah diminta fikirannya mengenai perlantikan Pengurusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya yang perlantikannya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
Persetujuan mengenai Undang-undang yang Tertentu
Persetujuan Majlis Raja-Raja adalah dikehendaki bagi apa-apa undang-undang yang membuat pindaan kepada Perkara 38 yang menghuraikan tentang penubuhan, tugas dan
kuasa Majlis Raja-Raja; kepada perkara 70 yang menghuraikan tentang keutamaan Yang
di-Pertuan Agong, Permaisurinya, Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri;

KEPADA PERKARA 71 (1) YANG DENGANNYA KERAJAAN PERSEKUTUAN MENJAMIN HAK SESEORANG RAJA MENAIKI TAKHTA DAN TETAP MENJADI RAJA; DAN KEPADA PERKARA 153 YANG MENGHURAIKAN TENTANG KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK SERTA KEPENTINGAN-KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.

Baru-baru ini Perlimen telah membuat beberapa pindaan yang tertentu kepada perlembagaan, mengikut Akta (Pindaan ) Perlembagaan, 1971 yang berjalan kuatkuasanya pada 29 Mac 1971, dan maksudnya adalah seperti berikut.
Mengikut fasal baru (4) Perkara (10) , walaupun kebebasan bercakap adalah terjamin bagi warganegara, Perlimen boleh untuk kepentingan keselamatan atau ketenraman awam memperbuat undang-undang bagi melarang sesiapa juga daripada menyoal apa yang secara umumnya diketahui sebagai perkara-perkara sensitive, iaitu hak-hak dan keistimewaan tertentu yang dijamin oleh peruntukan-peruntukan tertentu dalam perlembagaan, iaitu yang dijamin oleh bahagian 111 mengenai kewarganegaraan; yang dijamin oleh Perkara 152 mengenai bahasa kebangsaan dan penggunaan bahasa-bahasa lain; yang dijamin oleh perkara153 mengenai kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain; yang dijamin Perkara 181 mengenai kedaulatan dan prerogative Raja-Raja; tetapi Parlimen tidak boleh membuat undang-undang untuk melarang sesiapa juga daripada mempersoalankan tentang pelaksanaan peruntukan-peruntukan perlembagaan itu. Jika Parlimen memperbuat apa-apa undang-undang yang melarang seseorang daripada mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan –keistimewaan itu, seseorang ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri yang menyoal di dalam Majlis Parlimen atau di dalam Dewan Undang Negeri tentang kewujudan atau isi kandungan hak-hak itu dan sebagainya, tetapi bukan tentang pelaksanaannya, dia tidak dilindungi oleh apa-apa keistimewaan dan boleh didakwa dalam mahkamah; dan dia boleh juga dituduh kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan, 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) No. 45 tahun 1970. Keistimewaan ahli-Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri telah ditarik balik dengan dimasukan suatu fasal baru (4) kepada Perkara 63 dan Perkara 72.


FAKTA SEJARAH YANG TIDAK DIPERTIKAIKAN

Keturunan Sultan Melaka ke negeri Perak :-

Keturunan bermula dari Sultan Muzaffar Shah (1) iaitu Sultan Melaka Ke-10 (Sultan Perak Pertama) TM 1528-1549 sehingga Sultan Azlan Shah (Mohd Hattan Bin Hashim). Keturunan Sultan Melaka Ke-43 (Sultan Perak Ke-34), secara ringkas kita senaraikan seperti berikut-

Sultan Perak Pertama:-

Sultan Muzaffar Shah (1)-TM1528-1549 (Marhum Tanah Abang). Baginda adalah putera Sultan Mahmud Shah,Sultan Ke-8, iaitu Sultan terakhir Melaka (1488-1511), dari isteri pertamanya Tun Kecil anak Tun Bendahara. Dari Sultan Perak Pertama inilah bersambungan atau berantaian Sultan Ke-22 iaitu Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) Marhum Durian Sebatang (TM 1851-1857). Dari keturunan Baginda inilah nanti munculnya nasab,keturunan Tuanku Sultan Perak Ke-35.

Semasa Sultan Perak Ke-22 ini bertakhta pada tahun 1856 rampasan kuasa oleh Raja Ngah Jaafar yang memenangi dan menewaskan Sultan terbut. Raja Ngah Jaafar mengangkat dirinya sendiri menjadi Sultan setelah D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) (Sultan Perak Ke-22) meninggalkan istana. Raja Ngah Jaafar Menjadi Sultan Ke-23 dengan menggunakan gelaran Sultan Jaafar Muazam Shah (Marhum Waliullah)-TM 1857-1865. Bermula daripada keturunan Sultan Perak Ke-23 inilah berlanjutan sehingga Sultan Perak Ke-34, yang ada hari ini iaitu Sultan Azlan Shah (nama sebenar Mohd Hattan Bin Hashim) yang mula menaiki takhta pada 3hb. Februari 1984. Walaubagaimanapun, maka dengan kehendak Allah SWT, pada 13hb. November, 2005 muncul kembali zuriat keturunan Sultan Perak ke-35 dan Kesultanan Melaka yang sebenar iaitu dengan kemunculan secara rasmi D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Ahmad II @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum YAM Raja Tuah Shah, Sultan Melaka Ke-44 waris mutakhir menjunjung daulat negeri Perak.

Tuanku adalah keturunan ke-48 daripada Raja Termasik Pertama Sang Nila Utama dan Raja Ke-52 jika ia dikira dari Raja Seri Rama Wira Kerma, Raja Pertama Kerajaan Gangga Nigara Bruas.

D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Ahmad II @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almahum Y.A.M. Raja Tuah Shah Ibni Almarhum Y.A.M.Raja Muhammad Lajin Shah Ibni Almarhum Y.A.M.Raja Alang Abdul Rahman Shah Ibni Almarhum D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) ia itu (Marhum Durian Sebatang) Sultan Perak Ke-22 (1851-1857) maka setelah genap 100 tahun selepas kemangkatan Baginda pada tahun 1957, lahirlah generasi warisannya yang dinamakan Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Y.A.M.Raja Tuah Shah yang kini memegang gelaran Sultan Ahmad Shah (2) sebagai Sultan Melaka dan Perak yang sah mengikut wasiat dan amanah turun temurun.

Dianjak tak akan layu, dialih tak akan mati, tak hilang Raja Melaka muncul kembali, pusaka dijunjung daulat pun tiba,memohon restu dan rahmat dari AllahSWT, demi agama, bangsa dan Negara ibarat kata Laksamana Hang Tuah “Takkan Melayu Hilang Di Dunia,Hilangnya Raja Melaka Bukannya Hilang Begitu Sahaja,Hilangnya akan muncul kembali bersama keturunannya”

ULASAN

Kebangkitan Beta untuk menuntut hak sebagai Sultan Perak Ke-35 serta Sultan Melaka Ke-44 bukanlah memenuhi angan-angan kosong seperti yang digembar-gemburkan, tetapi sebagai suatu kewajipan hak bagi pewaris keturunan yang sebenar. Tuntutan Beta untuk menduduki takhta negeri Perak dan Melaka adalah sebagai suatu tanggungjawab untuk kebangkitan Islam dan juga memperbetulkan sejarah keturunan kesultanan Melaka yang asal.

Pada tanggal 13hb.November 2005 Beta iaitu Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Y.A.M.Raja Tuah Shah telah muncul secara rasmi sebagai Sultan Melaka Ke-44 setelah 477 tahun (1528-2005) Raja yang hilang tidak dapat dicari dan kini keturunannya muncul kembali. Kemunculan ini adalah berdasarkan kepada Salasilah keturunan yang lengkap dan bernasab, bukti barang  kebesaran dan diangkat mengikut adat istiadat diraja. Apakah yang dimaksudkan dengan angka 44 yang digunakan oleh Sultan Melaka kini? Jawapannya:

Apabila sampai keturunan ke-44 untuk memerintah Negara,maka keturunan ini akan diangkat semula oleh para Malaikat untuk mentabir Negara tersebut.

Apakah makna angka 477 tersebut? Jawapannya:

Di dalam keturunan yang bersalasilah lengkap dan bernasab angka empat (4) bermakna : 4 penjuru alam (meliputi seluruh kawasan utara,selatan.timur dan barat di muka bumi ini).

Angka tujuh (7) : Angka ini amat berkait rapat dengan tujuh (7) Petala Langit yang menggambarkan kedaulatan yang dimiliki oleh seseorang Raja yang memerintah, dan angka tujuh (7) yang terakhir adalah penguasaan tujuh (7) Petala Bumi seperti kata orang tua-tua:-

1.Hak kamu tetap hak kamu. Tidak akan aku bagi pada yang lain. Jika ada di antara kamu keturunan yang baik-baik,lambat laun akan aku bangunkan.

2.Jika sudah sampai masa dan ketikanya,keris pusaka akan terbang mencari warisnya atau terbang mencari keturunannya.

3. Jika sudah sampai masa dan ketikanya,harta karun akan mencari tuannya.