SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

Monday, 18 March 2013


SEJARAH RAJA KESULTANAN 
MELAKA YANG SEBENAR

 Thumbnail

KERAJAAN-KERAJAAN MLAYU AWAL.wmv - YouTube

www.youtube.com/watch?v=660Fk0vIFZ8Kongsi
09/08/2010 - Dimuat naik oleh Sudirman Hj. Rosli
Video ini adalah siri pertama berkaitan sejarahKerajaan-kerajaan Melayu awal dan Raja-raja Melayu ...




BENDERA 
RAJA KESULTANAN
MELAKA DARUL ISLAM



LAMBANG  
RAJA KESULTANAN  
MELAKA DARUL ISLAM



DULI YANG MAHA MULIA
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH
Raja Kerajaan Kesultanan Perak Ke-22 (1851-1857)
PPJP (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985,
D.K. (Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang) 2008,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati
Yang Membawa Gelaran : Pangeran Sentana)2010.
Muncul secara rasmi pada 13 november 2005 setelah 477 tahun

RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM


TAKHTA MAHKOTA 
D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (1)
 (MARHUM DURIAN SEBATANG) 
SULTAN PERAK KE-22 (1851-1857)

HAK MUTLAK KESULTANAN MELAKA 
DAN PERAK YANG SAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Beta ingin menegaskan bahwa tuntutan ini bukan untuk menggugat kedudukan Raja-Raja yang sedia ada, dan juga tidak akan mengganggu negeri-negeri yang telah sedia ada mempunyai Raja, cuma untuk mendapatkan kembali hak Beta yang telah lama terpinggir. Pada 10 ogos 1511- serangan ke-2 Portugis. Melaka jatuh pada 24 ogos 1511. Memandangkan hampir sampai tempohnya ke-500 tahun kejatuhan oleh kuasa-kuasa luar; Beta amat berharap agar kedaulatan kesultanan melayu Melaka dipulehkan kembali. Dengan ini pihak Majlis Raja-Raja Melayu hendaklah membuat keputusan yang tepat dan seterusnya mengistiharkan secara rasmi bahwa Beta Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah adalah pewaris kesultanan tersebut yang sah.
____________________________________________________________________________________________



SIAPA YANG SALAH? PENYERAHAN TAKHTA KEPADA BUKAN KETURUNAN DARAH RAJA YANG SEBENAR……… 


Dimana letaknya hukum hakam dari pengertian Mazhab Imam Shafie yang meriwayatkan harta peninggalan atau pusaka keturunan berupa apa sekalipun, hendaklah diwarisi oleh keturunan asal dan ianya tidak boleh diambil alih oleh mana-mana pihak yang tidak ada kaitan dengan keturunan tersebut, demikian perintah Allah Subhanahu wataala kepada umatnya.

Dalam senario ini disebut Sultan Azlan Shah atau nama asalnya Mohd. Hattan bin Hashim berupa seorang anak angkat kepada Almarhumah Puan Khatijah Ahmad yang diambil dari umur setahun jagung oleh Almarhumah bekas isteri keempat kepada Raja Yusof Izuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah (Marhum Radzillah) 
Sultan Perak ke-29, dan bukannya dari zuriat keturunan yang boleh diberi hak kepadanya.



RAJA NOOR JAN SHAH IBNI RAJA TUAH SHAH


Saya perkatakan Dewan Negara Perak telah tersalah pilih atau sengaja membelakangkan Artikal Raja-Raja Melayu asal dengan menobatkan Raja Azlan Shah atau Mohd. Hattan bin Hashim sebagai pengganti Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah yang tidak sepatutnya dibuat oleh Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib atas sokongan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahahthir Mohamad. Ini berlaku berdasarkan Tan Sri Ramli Ngah Talib sepelajar dengan Raja Azlan Shah semasa di London mengambil jurusan perundangan yang boleh dianggap mereka mengenali antara satu sama lain sebagai sahabat rapat.

Kerana itu Tan Sri Ramli Ngah Talib tidak perlu mencari pewaris lain untuk dinobatkan sebagai Sultan walaupun beliau mengetahui Raja Azlan Shah bukan anak raja sebenar cuma mengguna pakai nama dan di binkan atas nama baginda Raja Yusof Izuddin Shah tanpa direstui oleh baginda sendiri.



Kemunculan RAJA NOOR JAN SHAH IBNI YAM RAJA TUAH SHAH bukan sengaja di reka-reka. Kemunculan baginda dalam menuntuk hak sebenar TAKHTA kesultanan perak adalah berdasarkan  kepada bukti yang kukuh dan amat jelas. Salasilah yang dikemukan oleh baginda juga amat jelas dan terperinci dari satu keturunan kepada satu keturunan seterusnya. Gerak kerja yang dilakukan oleh RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH juga amat kemas dan tersusun dalam usaha baginda untuk mengembalikan HAK baginda sebagai SULTAN PERAK KE-35.


BERIKUT ADALAH KENYATAAN  OLEH RAJA NOOR JAN SHAH YANG DIPAPARKAN DIDALAM MEDIA KOSMO

KUALA LUMPUR 20 Mei – Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman sekali gus menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman.

Raja Noor Jan Shah berkata, dalam buku Tempat-Tempat Bersejarah Perak yang ditulis oleh N.A. Halim dan diterbitkan oleh Jabatan Muzium pada 1981, Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851.

Beliau berkata, dalam muka surat 55 buku itu ada dicatatkan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda Raja Loh Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat  di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.

"Bagaimanapun terdapat kesilapan fakta pada buku itu kerana Raja Pandak Abdul Rahman sepatutnya ialah Raja Alang Abdul Rahman kerana dalam panggilan keluarga di Perak, anak ketiga adalah Alang dan tidak mungkin dalam satu keluarga ada dua orang yang bergelar Pandak,” kata Raja Noor Jan Shah.


Raja Noor Jan Shah berkata, tujuan beliau menyatakan perkara itu bukanlah untuk menegakkan benang basah tetapi semata-mata untuk menyatakan fakta seperti yang tercatat dalam salasilah Kesultanan Perak.


Semalam PWKNP meminta Raja Noor Jan Shah menghentikan dakwaan kononnya beliau merupakan pewaris kesultanan Melaka dan Perak.


Yang Dipertua PWKNP Raja Rozlan Raja Yaacob berkata bahawa dakwaan Raja Noor Jan Shah tidak benar sama sekali kerana buku-buku sejarah termasuk yang ditulis pada zaman penjajahan British menunjukkan Raja Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman dan tidak wujud dalam salasilah Kesultanan Perak.


Pada 13 November 2005, Raja Noor Jan Shah mengaku dirinya sebagai waris Sultan Perak ke-22 melalui anakanda baginda Raja Alang Abdul Rahman. - Bernama.



Setelah hampir 30 tahun penguasan takhta oleh SULTAN AZLAN SHAH (Mohd.Hattan Bin Hashim) dan kini dengan mudahnya pula beliau ingin menyerahkan TAKHTA tersebut kepada anaknya iaitu RAJA NAZRIN SHAH yang secara terang-terangan beliau tidak berhak untuk mendapatkan takhta tersebut.Berdasarkan system dan perundangan Di Negeri Perak, system GILIRAN  adalah cara yang digunapakai dalam menentukan perlantikan sebagai SULTAN. Persoalannya kenapa dan bagaimana SULTAN AZLAN SHAH  boleh menyerahkan giliran seterusnya untuk menaiki TAKHTA kepada anaknya???? di mana kredibiliti dan tanggungjawab DEWAN NEGARA PERAK yang diamanahkan oleh seluruh rakyat negeri Perak untuk melaksanakan pentadbiran Beraja dengan baik, sempurna dan amanah.



Walaupun pelbagai halangan dan cabaran dalam usaha untuk menuntut hak baginda sebagai SULTAN PERAK KE-35, tetapi RAJA NOOR JAN SHAH tetap tabah dan yakin kebenaran akan terbukti kelak…. “ bagi Tuanku mudah saja…. kerajaan ini ALLAH yang punya…ALLAH berhak mencabut dan memberi pada yang HAK”….



 "Tuuk til mulka man taashaa" Engkau beri kerajaan kepada sesiapa yang engkau kehendaki. You bestow Sovereignty on whom You will.