MAJLIS MENCEMAR DULI
MENJUNJUNG KASIH DI ATAS PERKENAN
OLEH KE BAWAH
DULI YANG
MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH
IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM
PERTUBUHAN KEBAJIKAN SEJATI MALAYSIA
PENYAMPAIAN WATIKAH DAN SELENDANG
BERTEMPAT:
DEWAN SUNWAY CARNIVALCONVENTION CENTRE,
BANDAR SUNWAY,SEBERANG JAYA,PENANG
PADA : HARI AHAD
TARIKH : 23HB DISEMBER 2012 BERSAMAAN 9 SAFAR 1434 H
MASA : 8.00 MALAM
________________________________
MAJLIS MENCEMAR DULI
MENJUNJUNG KASIH DI ATAS PERKENAN
OLEH KE BAWAH
DULI YANG
MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH
IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM
KE MAJLIS
ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN DAN PENGANUGERAHAN GELARAN TOKOH-TOKOH DIRAJA
SERTA PENYAMPAIAN WATIKAH KEPIMPINAN DAN MAJLIS SANTAPAN DIRAJA.
SERTA PENYAMPAIAN WATIKAH KEPIMPINAN DAN MAJLIS SANTAPAN DIRAJA.
MAJLIS DISEMPURNAKAN OLEH KE BAWAH
D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH
RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA DARUL ISLAM
TTTAH UCAPAN PERASMIAN
MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN TOKOH-TOKOH DIRAJA OLEH KEBAWAH DYMM PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH ll @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH
RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA DARUL ISLAM MALAYSIA
BISMILAHIRAHMANIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM
TTTAH UCAPAN PERASMIAN
MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN TOKOH-TOKOH DIRAJA OLEH KEBAWAH DYMM PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH ll @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH
RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA DARUL ISLAM MALAYSIA
BISMILAHIRAHMANIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM
Yang
Berbahagia Dato' Seri,Datin Seri, Dato' Paduka,Datin Paduka,Dato'-dato,
Tetamu Undangan,Bakal-bakal Penerima dan Penyadang Anugerah,Tuan-tuan
dan puan-puan yang hadir sekelian.
Beta
bersyukur kehadarat ilahi dengan izinnya maka dapat beta bersama-sama
dengan permaisuri beta hadir dimajlis Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah
Kebesaran Beta, Penganugerahan Gelaran Tokoh-tokoh Diraja, Penyampaian
Watikah Kepimpinan dan Santapan Diraja pada malam ini.
Beta
mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada pihak penganjur diatas
daya usaha mereka didalam menjayakan Majlis Istiadat pada malam ini
dengan jayanya.
Beta
perkenan menganugerahkan tokoh-tokoh Diraja pada malam ini adalah
semata-mata untuk merapatkan lagi hubungan baik antara raja dan rakyat
jelata disamping itu juga ianya sebagai tanda terima kasih, penghargaan
dan pengikhtirapan dari beta kepada setiap pemimpin atau Tokoh-tokoh
pejuang NGO yang berbaiah ini yang terdiri daripada mereka yang bergelar
Paduka Ayahanda,Ayahanda Penesihat Bonda,Kekanda,Abang Long dan Kak
Long. Didalam mengenangkan jasa-jasa pengorbanan yang besar dari mereka
semua, didalam memperjuangkan agama Islam,memertabatkan Bangsa
melayu,memelihara Institusi Beraja,menjana ekonomi dan akhirnya menjaga
kesejahteraan negara kita Malaysia. Justeru itu Syabas dan taniah dari
beta.
Beta
berharap dengan pengurniaan ini akan menyemarakkan lagi semangat dan
cita-cita bagi setiap penerimanya didalam meneruskan perjuangan suci
ini. Beta juga berharap agar setiap penerima anugerah tertinggi ini akan
dapat menjaganya dengan sebaik-baiknya,sesuai dangan gelaran dan
kedudukannya. Beta benar-benar berharap agar setiap mereka yang
menyadang gelaran ini,sesekali tidak akan menyalah-gunakan gelaran dan
kedudukanya dalam apa jua keadaan pun. Terutamanya didalam
perkara-perkara yang bertentangan dengan agama dan tata susila
masyarakat,serta perundangan negara demi menjaga nama baik dan maruah
beta serta nama baik dan maruah diri tuan puan sendiri.
keluarga,masyarakat,bangsa dan lebih-lebih lagi menjaga nama baik badan
atau pertubuhan yang tuan-puan menganggotainya. Mudah-mudahan Allah SWT
akan merestui dan memberkati niat suci kita ini.
Dengan lafaz yang mulia
Bismilahirahmanirrahim
Beta dengan sukacitanya perkenan merasmikan Majlis Istiadat Pengurnian dan Penganugerahan pada malam ini dengan rasminya.
BERTEMPAT:
DEWAN GEBILAN,PRIMULABEACH HOTEL,
KUALA
TERENGANU,TERENGGANU DARUL IMAN
PADA : HARI SABTU
TARIKH : 9HB FEBRUARI 2013 BERSAMAAN
28 RABIUL AWWAL 1434 H
MASA : 8.00 MALAM