SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

Sunday, 17 March 2013

GAMBAR KHAZANAH PUSAKA TURUN MENURUN


BARANG BUKTI 
D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH 
TERBUKTI TULEN.



GAMBAR (KHAZANAH) : KERIS BEDUT TANAH ADALAH ALAT KEBESARAN RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA YANG TELAH DIGUNAKAN OLEH SULTAN MELAKA PADA TAHUN 1516-1528. DI ATAS MATA KERIS TERSEBUT TERTERA UKIRAN NAMA '' AHMAD BIN MAHMUD PADA 1517 '' DAN PERKATAAN '' ALLAH MUHAMMAD MELAKA- ALLAH MUHAMMAD MELAKA-ALLAH MUHAMMAD MELAKA'' DI DALAM TULISAN JAWI, MERUPAKAN BARANG KEBESARAN RAJA KESULTANAN MELAKA.






GAMBAR (KHAZANAH 500 TAHUN) : SEPASANG KERIS BEDUT TANAH DAN KERIS BEDUT ANGIN YANG TERTERA DI DALAM TULISAN JAWI PERKATAAN '' AHMAD BIN MAHMUD PADA 1517'' DAN TERTERA PADA MATA KERIS TERSEBUT PERKATAAN ALLAH MUHAMMAD MELAKA - ALLAH MUHAMMAD MELAKA - ALLAH MUHAMMAD MELAKA YANG DIPERTURUNKAN DARI GENERASI KE SATU GENERASI HINGGA KEPADA TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH SELAKU PEWARIS TAKHTA RAJA KESULTANAN MELAKA.

RAJA AHMAD ATAU SULTAN AHMAD SHAH IBNI SULTAN MAHMUD SHAH ADALAH MERUPAKAN SULTAN MELAKA KE-9 (1516-1528). PADA TAHUN 1511 TELAH BERLAKU KEJATUHAN MELAKA KEPADA PORTUGIS . DALAM TEMPOH KEJATUHAN TERSEBUT SULTAN AHMAD SHAH TELAH BERJUANG UNTUK MENGAMBIL KEMBALI HAKNYA SEBAGAI PEMERINTAH. DENGAN HANYA MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN DAN KEKUATAN TENAGA, MAKA PORTUGIS DAPAT DIKALAHKAN DALAM MASA LIMA (5) TAHUN SAHAJA (1511-1516). DALAM TEMPOH ITU JUGA, BAGINDA TELAH BERJAYA MENAKLUKI MELAKA KEMBALI DAN SETERUSNYA BERJAYA MENJADI PEMERINTAH MELAKA (1516-1528). PERSOALANNYA SIAPAKAH RAJA MELAYU YANG GAGAH BERANI ? JAWAPANNYA: SULTAN AHMAD SHAH. INI KERANA BAGINDA HANYA MENGAMBIL MASA SELAMA LIMA (5) TAHUN SAHAJA UNTUK MENGALAHKAN MUSUH.



GAMBAR KERATAN AKHBAR KOSMO (11 MEI 2006) 
KUALA LUMPUR - PENUNTUT TAKHTA KESULTANAN MELAYU MELAKA, D.Y.M.M. TUANKU NOOR JAN SHAH MENYAHUT CABARAN PAKAR SEJARAH, PROF. EMIRATUS KHOO KAY KIM UNTUK MENGHANTAR ALAT-ALAT KEBESARAN YANG ' DIWARISINYA ' KE JABATAN MUZIUM NEGARA.

LANTARAN ITU AHLI PERNIAGAAN YANG MENDAKWA DIRINYA SULTAN MELAKA KE-44 ITU MEMBAWA BEBERAPA ALAT KEBESARAN MILIKNYA. DIANTARANYA KERIS BEDUT TANAH, MAHKOTA BERTATAHKAN PERMATA MERAH DAN BERLIAN; DENGAN LAMBANG BULAN BINTANG, SERTA KALUNG PERMATA. ALAT-ALAT INI TELAH DIBAWA KE MUZIUM NEGARA UNTUK DIUJIKAJI DAN DISAHKAN KEBENARANNYA.

ALAT-ALAT KEBESARAN TERSEBUT TELAH DITUNJUKKAN KEPADA TIMBALAN KETUA PENGARAH JABATAN MUZIUM, PAIMAN KEROMO. BAGAIMANAPUN, TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH DINASIHATKAN SUPAYA MERUJUK PERKARA TERSEBUT DALAM SATU PERJUMPAAN SECARA RASMI DENGAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA JABATAN TERSEBUT PADA SUATU TARIKH YANG AKAN DITENTUKAN KELAKA.

''KAMI DIMINTA SUPAYA MEMBUAT SATU SURAT PERMOHONAN UNTUK MENGETENGAHKAN PERKARA TERSEBUT DALAM PERJUMPAAN RASMI ITU NANTI, PERMOHONAN AKAN DIBUAT SECEPAT MUNGKIN AGAR ALAT-ALAT KEBESARAN TERSEBUT DAPAT DITUNJUKKAN KEPADA MEREKA UNTUK DIANALISIS DAN DISAHKAN USIANYA, KEASLIAN SERTA MAKNA UKIRAN AYAT PADA KERIS TERSEBUT, '' KATANYA KETIKA DITEMUI KOSMO SELEPAS PERJUMPAAN ITU.

KESEMUA ALAT KEBESARAN ITU KEMUDIAN DIBAWA PULANG SEMULA OLEH RAJA NOOR JAN SHAH.

SEBELUM INI, BELIAU TELAH MENDEDAHKAN EMPAT ALAT KEBESARAN KESULTANAN MELAYU MELAKA, YANG DIDAKWANYA BERUSIA LEBIH 500 TAHUN. ALAT-ALAT KEBESARAN TERSEBUT DIKATAKANNYA TELAH DIPERTURUNKAN KEPADA WARIS YANG LAYAK APABILA PENYIMPAN ASALNYA MANGKAT.