Friday, 7 March 2014

BIODATA


LATAR BELAKANG 
D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH 


D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH (II) @
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH
PEWARIS PUSAKA TAHTA
D.Y.M.M. PADUKA SRI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (I)
(Marhum Durian Sebatang) Sultan Perak Ke-22 (1851-1857),
P.P.J.P. (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985,
D.K. (Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang) 2008,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati 
Yang Membawa Gelaran : Pangeran Sentana)2010,
 D.K.T (Darjah Kerabat Tertinggi Raja Kesultanan Indragiri)2013

HAK MUKLAK RAJA KESULTANAN MELAKA  
DAN PERAK YANG SAH


BIODATA
NAME
D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH

DATE OF BIRTH
25.12.1957
BIRTH  OF PLACE
IPOH,PERAK DARUL RIDZUAN
STATE
PERAK  DARUL RIDZUAN
CITIZEN
MALAYSIA
EDUCATION
BACHELOR OF SOCIAL SCIENCE
TELEFONE /FAX
603-61867727 FAX : 603-61867727
MOBILE PHONE
016-3988788

FATHER’S NAME

RAJA TUAH SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA ALANG MUHAMMAD LAJIN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA ALANG ABDUL RAHMAN SHAH IBNI AL-MARHUM DYMM PADUKA SERI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (I) 
SULTAN PERAK KE-22 (1851-1857)

FATHER’NAME
RAJA WAN CIK OU BINTI HITAM WAHAD

ORIGIN

RAJA SULTAN PERAK (I) SULTAN MUZAFFAR SHAH (I) 1528-1569 TO DYMM SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (I) (MARHUM DURIAN SEBATANG)
SULTAN PERAK KE-22 (1851-1857)

ROYAL TITLE

DYMM SULTAN AHMAD SHAH (II) @ TUNAKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH

AWARD

-PUSAKA TAHTA D.Y.M.M. PADUKA SRI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (I)
(Marhum Durian Sebatang) Sultan Perak Ke-22 (1851-1857).
PPJP (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985,
D.K. (Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang) 2008,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati
Yang Membawa Gelaran : Pangeran Sentana)2010,
D.K.T (Darjah Kerabat Tertinngi Raja Kesultanan Indragiri)2013
HEAD OFFICE
IBU PEJABAT PENTADBIRAN :-  D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM


D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH 
D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM
NO.36-1, JAAN BPM,BUKIT PIATU MUTIARA,MELAKA,
BANDARAYA BERSEJARAH
TELEFON :603-61223749/016-398878
BRANCH OFFICE
PEJABAT URUSAN :- D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH 
NO.5A,T INGKAT 1,JALAN SG, PUSAT BANDAR SRI GOMBAK,
68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL ISLAM
TELEFON :603-61867727 FAX : 603-618677


UNTUK MENGENALI :-
DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH SILA LAYARI :-

fb: Raja Noor Jan Shah
fb: Raja Kesultanan Melayu Melaka
fb :Majlis Kesultanan Melayu Melaka


Jiwa Merdeka : Raja Noor Jan Shah sebagai Sultan Melaka dan Perak yang sah

Youtube : DYMM SULTAN AHMAD SHAH (II) @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH

Email : rajanoorjanshahrajatuahshah@yahoo.com

Blogspot : http://sultanperakke35.blogspot.com

Blogspot : WWW.SULTANMELAKADARULISLAM.BLOGSPOT.COM



  1. D Y M M TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH@SULTAN AHMAD ...

    www.youtube.com/watch?v=kyIfwLZznkU
    04/08/2011 - Dimuat naik oleh adnanmajit
    D Y M M TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH@SULTAN AHMAD SHAH II IBNI AL MARHUM RAJA TUAH ...
  2. Lagi video untuk Raja Noor Jan Shah »


  3. ___________________________________________________



    Buku : TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH PERAK
    Oleh : N.A. HALIM

    Disunting oleh : MOHD. ZULKIFLI BIN HJ. ABDUL AZIZ

    Untuk : Jabatan Muzium
    Jalan Damansara, Kuala Lumpur. 10/06, Malaysia. 1981

    KUALA LUMPUR 20 Mei – Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman sekali gus menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman.


    Raja Noor Jan Shah berkata, dalam buku Tempat-Tempat Bersejarah Perak yang ditulis oleh N.A. Halim dan diterbitkan oleh Jabatan Muzium pada 1981, Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851.

    Beliau berkata, dalam muka surat 55 buku itu ada dicatatkan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda Raja Loh Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.

    "Bagaimanapun terdapat kesilapan fakta pada buku itu kerana Raja Pandak Abdul Rahman sepatutnya ialah Raja Alang Abdul Rahman kerana dalam panggilan keluarga di Perak, anak ketiga adalah Alang dan tidak mungkin dalam satu keluarga ada dua orang yang bergelar Pandak,” kata Raja Noor Jan Shah.

    Raja Noor Jan Shah berkata, tujuan beliau menyatakan perkara itu bukanlah untuk menegakkan benang basah tetapi semata-mata untuk menyatakan fakta seperti yang tercatat dalam salasilah Kesultanan Perak.

    Semalam PWKNP meminta Raja Noor Jan Shah menghentikan dakwaan kononnya beliau merupakan pewaris kesultanan Melaka dan Perak.

    Yang Dipertua PWKNP Raja Rozlan Raja Yaacob berkata bahawa dakwaan Raja Noor Jan Shah tidak benar sama sekali kerana buku-buku sejarah termasuk yang ditulis pada zaman penjajahan British menunjukkan Raja Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman dan tidak wujud dalam salasilah Kesultanan Perak.


    Pada 13 November 2005, Raja Noor Jan Shah mengaku dirinya sebagai waris Sultan Perak ke-22 melalui anakanda baginda Raja Alang Abdul Rahman. - Bernama



    BERIKUT ADALAH FAKTA SEBENAR MENGENAI KETURUNAN RAJA KESULTANAN PERAK.

    BERIKUT ADALAH JURAI KETURUNAN
    DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH

    1.SULTAN MUZAFFAR SHAH (1)
    (Marhum Tanah Abang)
    Sultan Perak Pertama : 1528-1549

    2.SULTAN ALAUDDIN SHAH
    Sultan Perak Ke-2 : 1549-1577
    (Marhum Kota Lama Kanan)

    3.SULTAN AHMAD TAJUDDIN SHAH
    (Marhum Muda)
    Sultan Perak Ke-3 : 1577-1584)

    4.SULTAN TAJUL ARIFIN
    (Marhum Mangkat di Tebing)
    Sultan Perak Ke-4 : 1584-1594

    5.SULTAN ALAUDDIN SHAH
    (Marhum Mangkat di Darat)
    Sultan Perak Ke-5 : 1594-1603

    6.SULTAN MUKADDAM SHAH
    (Marhum di Aceh)
    Sultan Perak Ke-6 : 1603-1619

    7.SULTAN MANSUR SHAH (II)
    Sultan Perak ke-7 : 1619-1627

    8.SULTAN MAHMUD SHAH
    (Marhum Pulau Tiga)
    Sultan Perak Ke-8 : 1627-1630

    9.SULTAN SALEHUDDIN SHAH
    (Marhum Mangkat di Kampar)
    Sultan Perak Ke-9 : 1630-1635

    10.SULTAN MUZAFFAR SHAH (II)
    (Marhum Jalilulaah)
    Sultan Perak Ke-10 : 1636-1653

    11.SULTAN MAHMUD ISKANDAR SHAH
    (Marhum Besar Aulia Allah)
    Sultan Perak Ke-11 : 1653-1720

    12.SULTAN SALEHUDDIN MUGHAYAT SHAH
    (Marhum Sulong)
    Sultan Perak Ke-12 : 1720-1728

    13.SULTAN MUZAFFAR (III)
    (Marhum Haji Allah)
    Sultan Perak Ke-13 : 1728-1756

    14.SULTAN MUHAMMAD SHAH
    (Marhum Amirullah)
    Sultan Perak Ke-14

    15.SULTAN ISKANDAR SHAH
    (Marhum Kahar)
    Sultan Perak Ke-15 : 1756-1770

    16.SULTAN MAHMUD SHAH
    (Marhun Muda)
    Sultan Perak Ke-16 : 1770-1778

    17.SULTAN ALAUDDIN MANSUR SHAH ISKANDAR MUDA
    (Marhum Sulong)
    Sultan Perak Ke-17 : 1778-1786

    18.SULTAN AHDDIN SHAH
    (Marhum Bongsu)
    Sultan Perak Ke-18 : 1786-1806

    19.SULTAN ABDUL MALEK MANSUR SHAH
    (Marhum Jamallullah)
    Sultan Perak Ke-19 :1806-1825

    20.SULTAN ABDULLAH MUAZZAM SHAH
    (Marum Khalilullah)
    Sultan Perak Ke-20 : 1825-1830

    21.SULTAN SHAHBUDDIN RIAYAT SHAH
    (Marhum Safiullah)
    Sultan Perak ke-21 : 1830-1851

    22. SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (I)
    (Marhum Durian Sebatang)
    Sultan Perak Ke-22 :1851-1857

    23.SULTAN JAAFAR MUAZAM SHAH
    (Marhum Waliullah)
    Sultan Perak Ke-23 :1857-1865

    24.SULTAN ALI AL-MUKAMMAL SHAH
    (Marhum Nabi Allah)
    Sultan Perak Ke-24 : 1865-1871

    25. SULTAN ISMAIL MUABIDDIN SHAH
    (Marhum Mangkat di Sekudai)
    Sultan Perak Ke-25 : 1871-1874

    26.SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (II)
    Sultan Perak Ke-26 : 1874-1877

    27.SULTAN YUSUF SHARIFUDDIN MUZAFFAR SHAH
    (Marhum Ghariullah)
    Sultan Perak Ke-27 :1877-1887

    28.SULTAN IDRIS MARYDUL AZAM SHAH
    Sultan Perak Ke-28 : 1887-1916

    29.SULTAN ABDUL JALIL NAZARUDDIN SHAH
    Sultan Perak Ke-29 : 1916-1918

    30.SULTAN ISKANDAR SHAH
    Sultan Perak Ke-30 : 1918-1938

    31.SULTAN ABDUL AZIZ AL-MUTASIM BILLAH SHAH
    Sultan Perak Ke-31 : 1938-1948

    32.SULTAN YUSUF IZUDDIN SHAH
    Sultan Perak Ke-32 : 1948-1960

    33.SULTAN IDRIS AL-MUTAWAKKIL ALLAH SHAH
    Sultan Perak Ke-33 : 1960-1984

    34.SULTAN AZLAN SHAH (MOHD HATTAN BIN HASHIM)
    Sultan Perak Ke-34  Naik Takta pada : 3.2.1984 (Sedang Berkerajaan)

    35.SULTAN TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH
    Sultan Perak Ke-35
    Muncul secara rasminya 2005
    dan
    SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

Alhamdulillah Syukur

     Alhamdulillah Beta bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatNya Beta masih diizinkan untuk meneruskan Jihad Beta memperjuangkan kebenaran dan menuntut keadilan serta pusaka nenek moyang Beta .

     Walaupun diuji dengan pelbagai ujian dari segi fitnah , konspirasi , provokasi dan yang paling kritikal ditahan oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan , Alhamdulillah Beta mampu mengharunginya dengan penuh tabah dan perjuangan Beta ternyata berada di paksi yang benar.

       Dengan dibebaskan Beta daripada pertuduhan setelah siasatan pihak polis membuktikan Beta tidak bersalah dan apa yang Beta tuntut adalah fakta..bukan auta semata mata kerana Beta mempunyai eviden dan bukti yang kukuh.

         Jutaan terima kasih kepada yang sentiasa mendoakan keselamatan Beta dan masih bersama sama Beta memperjuangkan kebenaran yang jelas terang lagi bersuluh.

Friday, 25 October 2013

BUKTI

Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun temurun sehingga yang akhir sekali. 
Undang-Undang Tubuh tidak sesekali membenarkan dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada zuriat seumpama itu daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidupnya seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai suatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidal akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah. 
Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemerintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang Pertama. 

Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dari lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara. 

SEJARAH KESULTANAN PERAK
Berbagai-bagai tafsiran telah dibuat mengenai pengambilan nama "PERAK" sebagai sebuah negeri yang besar.

Menurut satu cerita yang  sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah Shah (Sultan Perak ke-33) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka. Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka. 

Dikatakan ketiga-tiga Ketua Daerah telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan MELAKA tetapi didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih wujud walaupun dibawah kekuasaan Portugis. Lantas mereka teringatkan pula bahawa salah satu punca utama yang membawa kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman nama Melaka ialah peranan dan tanggung jawab Bendahara Tun Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini mempunyai Raja yang berdaulat.

Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri...", lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.
Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan Haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat seperti perak.
Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagai-bagai cerita lagi.

Adunan daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama 'Negeri Perak' itu menggambarkan bahawa pemilihan nama "PERAK" itu sangat bertetapan dengan kekayaan khazanah yang dikandungi oleh bumi Perak itu sendiri. Justeru kekayaan ini lah pergolakan sejarah Negeri Perak semakin bergelora satelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah pada tahun 1511 dan munculnya kuasa-kuasa Portugis, Acheh, Bugis, Siam, Minangkabau, Belanda dan akhir sekali Inggeris di merata perairan Nusantara ini.
[sunting]Kerajaan Purba

Menoleh kembali ke zaman silam Negeri Perak akan terjelmalah berbagai-bagai gambaran cetusan sejarahnya yang menjadi mutiara pusaka bumi Perak yang tiada ternilai harganya. Sebagai salah sebuah Negeri Melayu yang tertua, Negeri Perak telah melalui liku-liku zamannya sejak sebelum menjelangnya tahun masehi lagi.

Sebelum munculnya nama "Negeri Perak" Kitab "Sejarah Melayu" ada menceritakan nama-nama kerajaan atau negeri seperti Gangga Negara yang sekarangnya terletak di jajahan Dinding, Beruas dan Manjung yang masih kekal namanya hingga sekarang. Penemuan monumen-monumen bersejarah peninggalan zaman tersebut telah menggambarkan kegemilangan sejarahnya tersendiri yang masih tersembunyi dari penglihatan dan pengamatan generasi di zaman moden ini.

Lanjutan Kesultanan Melaka

Gambaran sejarah Negeri Perak bertambah jelas lagi apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511 dan Sultan Mahmud Shah melarikan diri dan akhirnya menetap di Kampar (Sumatera) dan ditabalkan sebagai Sultan Kampar.

Kewibawaan Raja-Raja Melayu Melaka serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang begitu sesuai dan berpengaruh di kalangan Negeri-negeri Melayu ketika itu telah mendorongkan orang-orang Perak untuk mengutuskan Tun Saban yang memerintah kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Temong, bersama-sama Nakhoda Kassim pergi mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri Kampar untuk memohonkan agar seorang daripada putera baginda menjadi Sultan Perak. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah dan baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzafar supaya berangkat ke Perak dengan di kurniakan segala alat kebesaran warisan kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi Raja di Perak.

Maka belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzzafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata :-

Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna, Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka....'
Sebaik sahaja baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul 'JIN' yang sangat besar sahingga mencecah awan yang tinggi. Jin tersebut telah berkata kepada baginda.... Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuanku kedalam laut......

Maka Raja Muzzaffar pun mengambil Mahkota baginda dan dibuangkan kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora menjadi tenang dan beting yang timbul hilang dari pandangan. Satelah itu barulah bahtera baginda boleh belayar semula dan mudik ke Air Mati. Disana lah baginda di tabalkan dan tempat baginda bersemayam itu dinamakan Tanah Abang.

Daripada keturunan Sultan Muzzaffar Shah inilah wujudnya jurai keturunan Kesultanan Negeri Perak yang terus menerus memerintah hingga ke zaman sekarang. Pusat-pusat pemerintahan Sultan-Sultan Negeri Perak tidak menetap di suatu tempat sahaja bahkan sering bertukar dari suatu tempat ke suatu tempat jika keadaan memaksa atau ada tempat-tempat lain yang lebih sesuai.

BACA DAN TOLONG FAHAMKAN..JANGAN JADI MANUSIA BUTA SEJARAH!

JURAI KETURUNAN
D.Y.M.M.TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH
SALINAN DARI BUKU
SULTAN; KESULTANAN MELAKA MUNCUL KEMBALI
Setelah 477 Tahun

SALASILAH KETURUNAN BERNASAB 

RAJA KESULTANAN MELAKA KE-44
D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH
(Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah)
‘‘RAJA YANG HILANG KINI MUNCUL KEMBALI SETELAH 477 TAHUN’’

Sesungguhnya warta ini amat perlu bagi mengiringi istiadat penganugerahan watikah gelar adat pusaka melayang (dari nenek moyang turun temurun) kali pertama setelah 477 tahun tidak dapat dijalankan kerana raja yang hilang tidak dapat dicari, tetapi kini dengan kehendak Allah telah muncul kembali waris keturunan Kesultanan Melaka yang benar-benar berhak. Lebih-lebih lagi kemunculan Tuanku adalah beserta munculnya kembali barang-barang pusaka kebesaran kerajaan Melaka. Sesungguhnya watikah gelar adat ini menandakan bermulanya tugas menjunjung pusaka waris bergilir dan menjunjung pusaka melayang dari nenek moyang, yang diwariskan turun-temurun dari salasilah melalui wasiat dan amanah yang dijunjung sambung bersambung .

Kehilangan waris kesultanan Melaka adalah mulai dari tarikh kemangkatan D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Ahmad Shah, Sultan Melaka ke-9 (TM 1516-1528). Namun dengan kehendak dan izin Allah maka kini muncullah kembali Raja Melaka dengan satu wadah mengembalikan  kegembilangan kesultanan Melaka. Kemunculan ini begitu jelas dengan empat bukti dan fakta berikut:-

i)             Kemunculan Baginda Tuanku bukanlah seorang  diri tetapi berserta lengkapdengan Keluarga Diraja dan waris Kesultanan Melaka yang masing-masing akan menjunjung pusaka turun temurun.
    
ii)       Bersama Tuanku  juga dapat dizahirkan barang-barang kebesaran kerajaan Melaka yang Tuanku warisi iaitu dua bilah keris, satu disandang dan satu lagi tersisip dipinggang, sebentuk pending Diraja, anak keris perak emas, sepasang bunga hati di kiri dan kanan, sekuntum bunga mawar berbatu jed biru hijauhadiah daripada Seri Maharaja Cina, sepasang burung merak pipit di atas belakang destar. Kesemua perhiasan ini adalah hiasan destar tuanku. Selain itu, barang-barang kebesaran untuk kegunaan permaisuri tuanku seperti mahkota dan buah kalong sebagai alat kebesaran kesultanan Melaka yang diwariskan oleh Al-marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah semasa hayatnya bersambung kepada Tuanku!

iii)         Pemaparan jelas, terperinci dan tepat mengenai salasilah nasab dan keturunan tuanku bermula dari seawal-awalnya hingga terkini. Keturunan tuanku bermula dari Baginda Raja Seri Rama Wira Kerma, Raja Iskandar Zulkarnain, Raja Suran Sang Sapurba, Sultan Mansur Shah hingga kepada Sultan Ahmad Shah, Sultan Melaka ke-9. Kemudian dengan bukti salasilah keluarga tuanku yang bersambung bereterusan melalui Sultan Muzaffar Shah (Marhum Tanah Abang), Sultan Perak Pertama bersambungan sehingga Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) – (Marhum Durian Sebatang) iaitu Sultan Perak ke-22 (TM 1851 – 1857).

iv)          Seterusnya walaupun salasilah Kesultanan Melaka terputus sementara oleh peristiwa perebutan kuasa oleh Raja Ngah Jaafar Putera Raja Ahmad Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah yang kemudian menjadi Sultan Perak bergelar Sultan Ja’afar Muazam Shah (Marhum Waliullah), Sultan Perak ke-23 (TM 1857 – 1865) sehinggalah kepada Sultan Perak ke-34 yang ada sekarang iaitu sultan Azlan Shah. Namun begitu, tuanku tetap dapat menegakkan kebenaran dan hak untuk menerima dan meneruskan kembali takhta kerajaan Malaka seperti yang diriwayatkan secara sambung bersambung.

Berikut adalah warta salasilah, nasab dan keturunan tuanku secara penuh, ringkas, jelas dan tepat. Tuanku berasal dari keturunan, nasab dan salasilah berikut:-

i)             Raja Seri Rama Wira Kerma – Raja Pertama Kerajaan Gangga Negara Beruas  iaitu raja dari keturunan kerajaan Rom. Kerajaan ini menghasilkan Bija Negara, Bija Mentera dan Mentera Benih.

ii)                 Keturunan disambung pula oleh Baginda Dasia Raja Paduka Seri Maharaja kemudian Raja Iskandar dari Macadunia.

iii)               Ini diikuti rentetan raja-raja keturunan baginda hingga sampai kepada Raja Suran, iaitu Raja sekelian manusia timur dan barat. Raja Suran ini meninggalkan tiga (3) orang putera zuriatnya untuk memerintah dunia sebelah sini. Seorang daripadanya ialah Sang Nila Utama.

iv)                Dari Sang Nila Utama inilah nanti bermulanya asal usul nenek moyang tuanku iaitu Raja-raja Melayu Malaka. Ini kerana Baginda Dirajakan menjadi Raja Palembang bergelar Sang Sapurba (dalam sejarah Melayu) dan  Sri Tri Buana (dalam Sulatus Sulatin). Di dalam negeri Palembang Baginda bersemanyam di Kota Mahligai Lang-lang Buana. Baginda memperisterikan anak Demang Lebar Daun Wan Senderi namanya setelah *** Berwaadat *** dari Palembang baginda mengembara dan membuka Temasik (Singapura) – TM 1133 – 1160.

v)                 Kerajaan Sang Sapurba di Temasik diwarisi oleh 4 orang raja keturunannya
         iaitu Raja Kecil Besar (Paduka Seri Pikrama Wira) TM 1160 – 1200, Raja Muda (Seri Wira Kerma) – TM 1200 – 1228, Demia Raja (Paduka Seri Maharaja) TM 1228 – 1254 dan akhirnya Raja Iskandar – TM 1254 – 1292.

vi)                Disebabkan negeri alah oleh musuh Raja Majapahit, maka Raja Iskandar terpaksa menyeberang Selat Teberau menyelamatkan diri, Setelah mengembara akhirnya membuka Negeri Malaka. Di Melaka Raja Iskandar (Raja Parameswara Iskandar Shah) memerintah antara TM 1392 – 1414, baginda mula memeluk Islam sekitar tahun 1400 masihi.

vii)              Untuk memudahkan pembaca, peneliti dan masyarakat umum memahami salasilah jurai keturunan Raja Malaka, maka izinkanlah warta ini menjelaskannya dalam empat tahap.


Tahap pertama :- Dari Raja Parameswara Iskandar Shah, Raja Melaka Pertama hingga Sultan Mahmud Shah, Raja Melaka ke-8 secara ringkas ialah :-

a)      Raja Parameswara Iskandar Shah                   (TM 1392 – 1414)
b)      Sultan Megat Iskandar Shah                              (TM 1414 – 1424)
c)      Sultan Muhammad Shah                                      (TM 1424 – 1444)
d)      Sultan Abu Syahid                                                   (TM 1445 – 1446)
e)      Sultan Muzaffar Shah                                             (TM 1446 – 1458)
f)       Sultan Mansur Shah                                                (TM 1458 – 1477)
g)      Sultan Alaudin Riayat Shah                                (TM 1477 – 1488)
h)      Sultan Mahmud Shah                                            (TM 1488 – 1511)

Tahap kedua :- Tahap Sultan Ahmad Shah, Raja Melaka ke-9 (Mangkat di Bentan) Baginda adalah Putera Sultan Mahmud Shah dari Isteri kedua Onang Kening (1516-1528)

Tahap ketiga :- Kesinambungan keturunan Raja Malaka ke Negeri Perak. Keturunan bermula dari Sultan Muzaffar Shah (1) iaitu Sultan Melaka ke- 10 (Sultan Perak Pertama) TM 1528 – 1549 sehingga Sultan Azlan Shah, keturunan Sultan Malaka ke-43 (Sultan Perak ke-34), secara ringkasnya kita senaraikan seperti berikut :-

Sultan Perak Pertama ialah Sultan Muzaffar Shah (1) – TM 1528 – 1549 (Marhum Tanah Abang). Baginda adalah Putera Sultan Mahmud Shah, Sultan ke-8 terakhir Malaka ( 1488 – 1511 ) dari isteri pertamanya Tun Kecil anak Tun Bendahara. Dari Sultan Perak Pertama ini bersambungan atau berantaian sehingga Sultan Perak Ke- 22 iaitu Sultan Abdullah Muhammad Shah (1)  Marhum Durian Sebatang  (TM 1851-1857). Dari keturunan baginda inilah nanti munculnya nasab, keturunan Tuanku Sultan Melaka ke-44.

Semasa Sultan Perak ke-22 ini bertakhta pada tahun 1856 rampasan kuasa oleh Raja Ngah Ja’afar yang memerangi dan menewaskan sultan tersebut. Raja Ngah Ja’afar mengangkat dirinya sendiri menjadi sultan setelah D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) (Sultan Perak Ke-22) meninggalkan istana. Raja Ngah Ja’afar menjadi Sultan Ke-23 dengan menggunakan gelaran  Sultan Ja’afar Muazam Shah (Marhum Waliullah) – TM 1857 – 1865. Bermula daripada keturunan Sultan Perak ke-23 inilah terus berlanjutan sehingga kepada  Sultan Perak ke-34, yang ada pada hari ini iaitu Sultan Azlan Shah yang mula menaiki takhta pada 03 Februari 1984.

Tahap keempat :- Ia boleh dipanggil zaman pusaka melayang wasiat bersambungan kerajaan Melaka atau zaman D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Ahmad Shah @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah, Sultan Melaka  ke – 44 waris mutakhir menjunjung daulat.

Tuanku adalah keturunan ke-48 daripada Raja Termasik Pertama, Sang Nila Utama dan Raja ke-52 jika ia dikira dari Raja Seri Rama Wira Kerma, Raja Pertama Kerajaan Gangga Negara Bruas.

D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Ahmad Shah @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Muhammad Lajin Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Alang Abdul Rahman Shah Ibni Al-Marhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) iaitu Marhum Durian Sebatang, Sultan Perak ke-22 (Tahun 1851-1857) Maka dengan kehendak Allah setelah genap 100 tahun selepas kemangkatan baginda pada tahun 1957 lahirlah generasi warisannya yang dinamakan Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah yang kini memegang gelaran Sultan Ahmad Shah Sultan Melaka ke-44 dengan mengikut wasiat dan amanah turun-temurun seperti madah Puisi berikut.,


DIANJAK TAK AKAN LAYU,
DIALIH TAK AKAN MATI, TAKKAN HILANG.

RAJA MALAKA MUNCUL KEMBALI,
PUSAKA DIJUNJUNG DAULAT PUN TIBA,
MEMOHON RESTU DAN RAHMAT DARI ILAHI,
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

IBARAT KATA LAKSAMANA HANG TUAH “TAKKAN MELAYU
HILANG DI DUNIA, HILANGNYA RAJA MALAKA BUKANNYA
HILANG BEGITU SAHAJA,  HILANGNYA AKAN  MUNCUL
KEMBALI  BERSAMA KETURUNANNYA”.

WABILLAHHI TAUFIK WALHIDAYAH… WASSALAM…

 KETURUNAN SALASILAH BERNASAB
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM

FAKTA SEBENAR BERIKUT ADALAH FAKTA SEBENAR MENGENAI 
KETURUNAN RAJA KESULTAN PERAK 

BERIKUT ADALAH JURAI KETURUNAN TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH

1.SULTAN MUZAFFAR SHAH (1)
(Marhum Tanah Abang)
Sultan Perak Pertama : 1528-1549
2.SULTAN ALAUDDIN SHAH
    Sultan Perak Ke-2 : 1549-1577
    (Marhum Kota Lama Kanan)
3.SULTAN AHMAD TAJUDDIN SHAH
    (Marhum Muda)
    Sultan Perak Ke-3 :1577-1584
4.SULTAN TAJUL ARIFFIN
    (Marhum Mangkat di Tebing)
    Sultan Perak Ke-4 :1584-1594
5.SULTAN ALAUDDIN SHAH
    (Marhum Mangkat di Darat)
    Sultan Perak ke-5 :1594-1603
6.SULTAN MUKADDAM SHAH
    (Marhum di Aceh)
    Sultan Perak Ke-6 :1603-1619
7. SULTAN MANSUR SHAH (II)
    Sultan Perak Ke-7 :1619-1627
8.SULTAN MAHMUD SHAH
    (Marhum Pulau Tiga)
    Sultan Perak Ke-8 :1627-1630
9.SULTAN SALEHUDDIN SHAH
   (Marhum Mangkat di Kampar)
   Sultan Perak Ke-9 : 1630-1635
10.SULTAN MUZAFFAR (II)
      (Marhum Jalilullah)
      Sultan Perak Ke-10 :1636-1653
11.SULTAN MAHMUD ISKANDAR SHAH
     (Marhum Besar Aulia Allah)
     Sultan Perak Ke-11 :1653-1720
12.SULTAN SALEHUDDIN MUGHAYAT SHAH
      (Marhum Sulong)
      Sultan Perak Ke-12 :1720-1728

13.SULTAN MUZAFFAR SHAH (III)
      (Marhum Haji Allah)
      Sultan Perak Ke-13 : 1728-1756

14.SULTAN MUHAMMAD SHAH
      (Marhum Amirullah)
      Sultan Perak ke-14 :1742-1743
15.SULTAN ISKANDAR ZULKARNAIN
      (Marhum Kahar)
      Sultan Perak Ke-15 : 1756-1570
16.SULTAN MUHAMMAD SHAH
      (Marhum Muda)
      Sultan Perak Ke-16 : 1770-1778

17.SULTAN ALAUDDIN MANSUR SHAH ISKANDAR MUDA
      (Marhum Sulong)
      Sultan Perak Ke-17 : 1778-1786
18.SULTAN AHMADDIN SHAH
      (Marhum Bongsu)
      Sultan Perak Ke-18 : 1786-1806
19.SULTAN ABDUL MALEK MANSUL SHAH
      (Marhum Jamalullah)
      Sultan Perak Ke-19 : 1806-1825

20.SULTAN ABDULLAH MUAZZAM SHAH
      (Marhum Khalilullah)
      Sultan Perak Ke-20 : 1825-1830
21.SULTAN SHAHBUDDIN RIAYAT SHAH
      (Marhum Safiullah)
      Sultan Perak Ke-21 :1830-1851
22.SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (I)
      (Marhum Durian Sebatang)
      Sultan Perak ke-22 :1851-1857
23.SULTAN JAAFAR MUAZAM SHAH
      (Marhum Waliullah)
      Sultan Perak Ke-23 : 1857-1856
24.SULTAN ALI AL-MUKAMMAL INAYAT SHAH
      (Marhum Nabi Allah)
      Sultan Perak Ke-24 : 1865-1871
25.SULTAN ISMAIL MUABIDDIN SHAH
      Sultan Perak Ke-25 : 1871-1874
26.SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (II)
      Sultan Perak Ke-26 : 1874-1877

27.SULTAN YUSUF SHARIFUDDIN MUZAFFAR SHAH
      (Marhum Gharullah)
      Sultan Perak Ke-27 : 1877-1887

28.SULTAN IDRIS MURYIDUL AZAM SHAH
      Sultan Perak Ke-28 : 1887-1916
29.SULTAN ABDUL JALIL NAZARUDDIN SHAH
      Sultan Perak Ke-29 :1916-1918
 
30. SULTAN ISKANDAR SHAH
       Sultan Perak ke-30 : 1918-1938
31.SULTAN ABDUL AZIZ AL-MUTASIM BILLAH SHAH
      Sultan Perak Ke-31 : 1938-1948

32.SULTAN YUSUF IZUDDIN SHAH
      Sultan Perak Ke-31 : 1948-1960
33.SULTAN IDRIS AL-MUTAWAKKIL ALLAH SHAH
      Sultan Perak Ke-33 : 1960-1984
34.SULTAN AZLAN SHAH (MOHD HATTAN BIN HASHIM)
      Sultan Perak Ke-34 Naik Takhta Pada 3.2.1984
35.SULTAN RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH
      Sultan Perak Ke-35 
      Muncul Secara Rasmi Dimasyhurkan Pada : 13 November 2005


                                            


                                
TAK MELAYU HILANG DI DUNIA
Warisan Laksamana Hang Tuah
Wasiat buat anak-cucu yang bertuah.

LAKSAMANA TUN TUAH
(Hang Tuah bin. Hang Mahmud x Dang Merdu)

PELUKIS 2D : -SAUDARA MOHD.SALLEH AL-DAWAMI (SallehDawam.Langkawi)
SUMBER 3D :- TUGU DIMUZIUM NEGARA (K.Lumpur)
Batang tubuhnya diberi nama Hang Tuah Oleh Ayahandanya Hang Mahmud dan ibunya    Dang  Merdu. Dilahirkan di Kampung Sungai Duyung, Negeri Melaka. Semasa kecil lagi Hang Tuah telah dibawa oleh kedua ibubapanya berpindah ke Bentan, Kepulauan Riau

Tercatat dalam hikayat. Pada suatu malam Hang Mahmud mendapat alamat melalui mimpi bahawa ; Bulan turun dari langit, mengambang penuh cahayanya di atas kepala Hang Tuah putera tunggalnya itu, setelah terjaga Hang Mahmud pun segera mengangkat Hang Tuah dan mencium ubun kepalanya serta seluruh tubuhnya. Keesokan hari segala mimpinya itu  diceritakan kepada isterinya Dang Merdu dan Hang Tuah, Dengan penuh syukur Dang Merdu segera melangiri (memandi) kan Hang Tuah kemudian diperlengkapkan dengan sandang (pakaian) serba putih, kain, baju, destar, direnjis pula dengan air mawar dan sari wangi-wangian.

Setelah itu diberi makan nasi kunyit berlaukkan telur ayam. Orang tua-tua, lebai dan alim dari kampong turut dijemput untuk tahlil kepada para arwah dan membacakan do’a selamat. Bermula dari peristiwa itulah maka persiapandibuat untuk berpindah ke Bentan dengan bertujuan mencari penghidupan keluarga disamping mencari Mualim untuk Hang Tuah berguru.

Dengan sebuah lading yang diperlengkapkan maka belayarlah Hang Mahmud tiga beranak menuju ke Bentan. Sampai di Bentan Hang Mahmud pun membina sebuah rumah berhampiran Kampung Bendahara  Paduka Raja Melaka bersuaka (menetap) di situ. Kediamannya juga dijadikan kedai untuk urusan berjual makanan disamping berjual kayu api.

Di situlah Hang Tuah membesar. Belajar mengaji Al-Qur’an dan ilmu Nahu dari seorang lebai hingga khatam (tamat). Kecenderungan Hang Tuah untuk belajar sangat terserlah sejak kanak-kanak lagi. Setelah itu Hang Tuah terus mangaji dan berguru dengan beberapa orang mualim, antaranya Lebai Keling, Labai Cina, Lebai Siam, dan termasuk juga Lebai Jawa untuk mengaji dalam masa yang sama belajar bahasa. Semasa meningkat remaja lagi Hang Tuah sudah mampu menguasai dua belas bahasa, Ketrampilan dan kebijaksanaannya sangat terserlah.

Semasa umurnya mencecah sepuluh tahun Hang Tuah bersahabat karib dengan rakan sebayanya. Hang Jebat anak Kak Dollah dan ibunya Dang Bawa, Hang Kasturi anak kepada Kak Mesamut dan ibunya Dang Sekanda, sementara yang ketiga Hang Lekir anak kepada Hang Mansur dan ibunya Dang Hebah, sahabat yang termuda Hang Lekiu bapanya bernama Hang Shamsu dan ibunya bernama Dang Seri.

Bakat kepahlawanan Hang Tuah lima sahabat itu mula dikesan oleh Tok Batim Penghulu Temasik (Singapura) bila mereka berlima dalam pelayaran ke Pulau Tinggi untuk berburu tiba-tiba diserang oleh angkatan lanun dengan kekuatan tiga perahu besar. Hang Tuah berlima sahabat berjaya mengalahkan lanun-lanun itu, ramai lah yang tewas dan lari, sepuluh orang berjaya ditawan dan dipersembahkan bersama Tok Batim Penghulu Singapura  kepada Duli yang Dipertuan Bentan.

Setelah peristiwa itu Hang Tuah dan empat sahabatnya sering berdepan dengan ujian demi ujian namun dalam semua pertempuran Hang Tuah dan para sahabatnya smendapat kemenangan dan senantiasa pula mendapat anugerah dan pengiktirafan saada oleh Penghulu, Bendahara malah oleh Duli Yang Dipertuan.

Sebagai persiapan diri, Hang Tuah berlima sahabat itupun pergi berguru kepada Aria Putra di Bukit Pancalusa sehingga tamat dan kembali untuk menghambakan diri berkhidmat kepada Duli Yang Dipertuan. Sehingga pada suatu purnama bulan Muharram Hang Tuah lima sahabat serta pegawai dan pembesar  dibawa oleh Duli Yang Dipertuan Raja Bentan berpindah ke Melaka sebagai pemerintah baru.

Setelah Raja Melaka Tuanku Shah Alam berhasrat menabalkan anak perempuan Baginda Puteri Gunung Ledang menjadi Raja Melaka menggantikannya seperti yang dizahir melalui titahnya “ Ayo Mamak Bandahara dan Laksamana, pada bicara kita, hendak rajakan anak kita yang perempuan ini akan ganti kita jadi Raja di negeri Melaka, kerana kitapun sudah tualah”. Maka Laksamana Tun Tuah pun menerima titah dan segera membuat persiapan untuk menyempurnakan istiadat.
Dalammusyawarah itu Tuanku Raja Melaka juga menamakan Tun Mat anak kepada Bendahara sebagai Bendahara Paduka Raja, sementara anak Temenggung, Tun Karim diberi gelaran Temenggung Seri Seroja dan anak Laksaman Tun Tuah bernama Tun Nadim dan Laksamana Tuan Tuah mengakhiri khidmatnya  selama tiga zaman sebagai Laksamana kepada tiga warisan Raja Melaka bertakhta.

Ketika Melaka jatuh ke tangan Feringgi… Bendahara Tun Mat, Temenggung Tun Karim dan Laksamana Tun Nadim berundur Ke tanah hujung bernama Tanjung Johor dari situ belayar ke Bentan mengadap Sultan Ahmad. Di Bentan dengan bantuan Sultan Ahmad pembesar-pembesar itu pun menyusun langkah dengan titiah Sultan Ahmad kemudian kembali ke Tanjung Johor dan bernegeri di situ dengan nama Johor Darul Aman, maka disitulah dihimpunnya semua keturunan Melaka yang berpecah-pecah sebelum itu

Sejak usia 10 tahun Hang Tuah berbakti
Mencurah setia menghamba diri
Kepada Raja dan juga Negeri
Kerana Melaka nyawa diberi

Taat setia tiada batasan
Kepada watan kepada Sultan
Bijaksananya jelas kelihatan
Digeruni musuh dihormati taulan

Keseluruh dunia menjadi utusan
Kebanyak benua titah dilaksanakan
Dua belas bahasa mahir digunakan
Diterima mesra segenap kapitan dan bangsawan

Lahir di Bumi Duyung  Melaka
Membesar di Bentan negeri beraja
Mengaji, berguru Quran dan bahasa
Memperlengkapkan ilmu akhirat dan dunia
  
Bermula di Melaka
Berakhir di Melaka
Hang Tuah digelar Laksamana
Hang Tuah hulubalang ternama


TAMING SARI
Keris pamor sakti dari Majapahit

Sebilah keris sakti asalnya milik “Penjurit Tua Tanah Majapahit” diperoleh oleh Laksamana Tun Tuah melalui ‘muslihat’ dalam satu pertempuran sengit antara keduanya di Istana Paduka Seri Betara Majapahit ketika mengiringi rombongan sultan Melaka untuk melangsungkan perkahwinan dengan Raden Galuh Emas Ayu Puteri Majapahit.

Setelah Laksamana Hang Tuah berjaya membunuh “Penjurit Tua” itu dengan Keris Taming Sari, maka Keris Taming Sari itupun segera dipersembahkan kepada Paduka Seri Betara, setelah diterima maka Paduka Seri Betara Majapahit pula bertitah “Adapun keris ini anugerah kitalah pada Kiai Tuah”. Diterima oleh Tun Tuah dan dicium sebelum disisipkan kebengkong dipinggangnya.

Selain itu Paduka Seri Betara Majapahit juga memberi gelar dan pusaka bumi kepada Tun Tuah setelah dititahkan. “Adapun Kiai Tuah ini kita gelar Laksamana. Maka anak sungai kita Jemaja ini anugerah kitalah kepada Laksamana . Putus datang kepada anak cucu Laksamana”.

Sultan Melaka yang sangat sukacita turut memberi restu dan menganugerahi sandang persalinan selengkapnya. Penyaksian kepada riwayat ini maka Taming Sari menjadi sandang dan pelengkap kepada Laksamana Hang Tuah sepanjang khidmatnya kepada Sultan Melaka selama tuga zaman ketuanan dan tiga raja bertakhta.

Walaupun suatu ketika terlepas ke tangan Hang Jebat ketika Laksamana Tun Tuah dijatuhi hukuman bunuh kerana fitnah. Tetapi sudah ditakdirkan Allah bahawa Taming Sari akan kembali juga kepada Tun Tuah maka Datuk Bendahara tidak melaksanakan hukuman bunuh sebaliknya menyerahkan Tun Tuah kepada Tuan Syeikh seorang mu’alim yang tinggal di dusun terletak di Bukit Jugara, disitulah Tun Tuah menyepi dan mengaji.

Ketika Hang Jebat ‘menderhaka’ kerana membela Tun Tuah yang menjadi mangsa fitnah. Laksamana Tun Tuah dititah kembali dengan keampunan Sultan. Maka berlakulah pertempuran dua saudara, akhirnya Hang Jebat tewas dan Keris Taming Sari ke tangan Laksama Hang Tuah.

Akibat  peristiwa yang menyayat itu, sebelum Laksamana Hang Tuah pergi berkhalwat (bersunyi) seperti tercatat di dalam hikayat Tun Tuah telah melafazkan sumpah “selagi Keris Taming Sari ini tenggelam di Muara Sungai Duyung, selagi itulah hamba tidak akan zahir di negeri Melaka ini”. Namun demikian dipercayai bahawa sarung Keris Taming Sari itu dibawa pergi bersama menyepi oleh Laksamana Tun Tuah sehingga kehari ini

Demikianlah kisah mengikut sejarah
Keris Taming Sari yang sebilah
Asal diperolehi Seri Betara Anugerah
Kepada Hulubalang Laksama Tun Tuah

Muara Sungai Duyung menjadi saksi
Segala yang nyata dan yang tersembunyi
Bagai sesetianya langit dengan bumi
Segala terjadi atas kudrat-iradat Iilahi.


SUMPAH PENDEKAR

Tujuh petala bumi
Tujuh petala langit
Dari gunung ke lembah curam
Dari sungai ke lautan gelombang
Kembara adalah setia pada sumpah
Kemenyan dan setanggi penyeri kehadiran kita
Warisan berkurun  Dato’ Laksamana

DI MANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG

Sumpah pendekar…
Pantang undur walau setapak
Pantang maut sebelum ajal
Pantang derhaka pada titah
Pantang keris dipinggang kalau tidak berani mati 
Berdentum guruh di langit
Merkah bumi dipijak,

“PENDEKAR TAKKAN UNDUR SETAPAK”

Pulangkan pamor pada kerisnya
Pulangkan sireh pada gagangnya
Pulangkan mahkota pada tahtanya
Pulangkan cokmar pada laksaman
Pulangkan langkah pada gelanggang
Pulangkan sumpah pada pendekar
Pulangkan rohani pada jasmani
Pulangkan Bangsa pada Martabat
Sumpah bukan Cuma dibibir

“GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG”

Bumi warisan ini
“TANAH TUMPAH DARAH KITA”
Masih menuntut semangat yang belum tertunai
Pribumi bukan sekadar gelaran tanpa makna
Kita adalah anak watan
Darah yang mengalir di tubuh kita
Semerah darah si Jebat yang tumpah di bumi Melaka
Semerah darah Si Jebat yang terlekat di Taming Sari
Semerah darah Si Jebat yang tercalit di kening Si Tuah
Semerah darah Hang Nadim yang terhumban ke lautan Temasik
Dan kita masih di sini
Mendepani hari-hari yang semakin mencabar
Keutuhan tekat yang kental
Sumpah keramat seorang pendekar

“TAK MELAYU HILANG DI DUNIA”

(Khazanah) : Zahir Kewujudan KERIS TAMING SARI Pamor Sakti yang dianugerahkan kepada ‘‘ Kiai Tuah ’’ oleh Paduka Seri Bentara Majapahit. Hang Tuah yang bergelar LAKSAMANA TUN TUAH HULUBALANG MELAKA Memperoleh keris ini setelah berjaya menewaskan ‘‘ Taming Sari ’’ Penjurit Tua Tanah Majapahit Dan KERIS TAMING SARI telah menjadi milik Hang Tuah Dibawah kedaulatan D.Y.M.M. Raja Melaka PADUKA SERI SHAH ALAM.

___________________________________________________________

DYMM PADUKA SERI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (1)
(Marhum Durian Sebatang)
Kampung Tregganu, Teluk Anson.
           Sultan Abdullah Muhammad Shah (I) adalah putera Raja Kecil Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Ahmaddin Shah. Baginda dilantik menjadi Sultan Perak ke-22 dalam tahun 1851. Baginda bersemayam di Durian Sebatang, Hilir Perak. Baginda beristerikan Raja Syarifah Ngah Aminah binti Raja Alang Rawin, dan beroleh beberapa orang anak iaitu Raja Lop Yusof (Sultan Yusof Syariffuddin Muzaffar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Alang Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.
           Waktu pemerintahan baginda terjadi peperangan dengan Raja Ngah Jaafar putera Raja Ahmad Ibni Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah.Sultan Abdullah Muhammad Shah yang tewas dalam peperangan itu terpaksa meninggalkan istananya di Durian Sebatang dan melindungkan diri di rumah Datuk Laksemana Tok Janggut.
Dalam tahun 1856, Raja Ngah Jaafar yang telah merebut pemerintahan negeri Perak itu telah mengangkat dirinya sendiri sebagai Sultan Perak dan memberi pula surat akuan kepada Cik Long Jaafar sebagai orang yang berkuasa di Larut.
Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) telah mangkat di Durian Sebatang pada tahun 1857, iaitu sewaktu perselisihan masih berlaku antara baginda dengan Raja Ngah Jaafar. 
Makam Sultan Abdullah Muhammad Shah (I) bersama-sama dengan makam Datuk Laksemana Tok Janggut di Kampung Trengganu, Teluk Intan.
Makam ini telah digazet pada 18 Mei 1978. Gazet No. P.U (A) 150 Dalam Hilir Perak, Mukim Durian Sebatang  Lot No. 682. Luasnya 30’-0’’x30’-0’’.Rujukan Fail Jabatan Muzium JM/M/701/PK6(I)
(55)

Buku : TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH PERAK
Oleh : N.A. HALIM
Disunting oleh : MOHD. ZULKIFLI BIN HJ. ABDUL AZIZ
Untuk : Jabatan Muzium
Jalan Damansara, Kuala Lumpur. 10/06, Malaysia. 1981

Keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah (1)
 (Marhum Durian Sebatang)
Sultan Perak ke-22 (1851-1857)
                                                                                                             |
                                 ______________________________________|____________________________________
                                 |                                                          |                                           |                                             |
     Raja Lop Yusof                                 Raja Sulaiman           Raja Alang Abdul Rahman   Raja Pandak Budak Rasul
             S.Yusof Shariddin Muzafar Shah          (Mangkat Di Ligo)                            X                                   
                  Sultan Perak ke-27                                                                         Raja Hitam Fatimah
           Regent:1877-1886, Sultan 1886-1887                                                                 |
                                                              _____________________________________|________
                                                              |                     |                              |                                     |
Raja Mat Alif   Raja Fatimah  Raja Alang Mat Lajin   Raja Pandak Ibrahim
                                                       |                                     |
                                                             |                            Raja Alias
­­                                               ____________________________________|_________________________
                                               |                                    |                       |                                     |                       |
                                              (1)                               (2)                  (3)                                 (4)                    (5)
Raja Puteh Mahawi     Raja Ngah Jemeah  Raja Alang Talib   Raja  Tuah Shah   Raja Mean
                                                        |
              _______________________________________________|__________________________
              |                             |                                           |                               |                  |                       |
            (1)                         (2)                                       (3)                           (4)               (5)                   (6)
Raja Hatibah   Raja Bahar Nordin   Raja Alang Noor Jan Shah   Raja Uri  Raja Rodman  Raja Halijah
(Hak Muklak Kesultanan Melaka Dan Perak)
________________________________________________________________________________________________________

SEJARAH KEBANGKITAN MELAYU

Sejarah bangsa Melayu bermula sejak abad pertama Masehi lagi. Ia ditandai dengan wujudnya kerajaan-kerajaan besar dalam sejarahnya. Sejarah awal rumpun Melayu di kepulauan Melayu terdiri daripada kerajaan Funan (Abad Pertama Masihi), Champa (Abad Kedua hingga Ketujuh Masihi), Sriwijaya (Abad Ketujuh), Melayu-Brunei (Abad kesembilan), Cilantan di Kelantan (1225M), Tatan di Terengganu (1365M), Kedah Tua (1400M), Gangga Negara di Perak, Palembang (Abad ke-12), Majapahit (Abad ke-13), Temasik (Abad ke-13) dan Kesultanan Melayu Melaka (1400 – 1511M).

Bangsa Melayu melalui sejarah yang cukup panjang dalam konteks pembinaan jati diri dan kebangkitannya. Pada awalnya pengaruh Hindu-Buddha cukup kuat mempengaruhi cara hidup orang Melayu, tetapi sejak Islam bertapak dan munculnya Kesultanan Melayu Melaka, kebangkitannya sebagai sebuah bangsa yang dihormati dan disegani semakin nyata.

Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka yang dimulakan oleh Parameswara pada tahun 1402 itu telah berkembang pesat, khususnya dengna kedatangan agama Islam ke rantau ini. Melaka berkembang menjadi pusat penyebaran Islam, pusat perdagangan dan yang paling penting, identiti Melayu sebagai sebuah bangsa mula terserlah.

Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka bukan sahaja merupakan sebuah pelabuhan entreport, tetapi juga merupakan “emporium” dan pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal pada abad ke-15 dan 16. Kenyataan ini digambarkan dalam Sejarah Melayu seperti berikut:

“Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu. Maka segala orang Arab dinamai Malakat, ertinya perhimpunan segala dagang, kerana banyak jenis dagangan ada di sana…” (h. 61).

Hal ini turut diakui oleh seorang pedagang Portugis yang kemudiannya menjadi sarjana dalam bukunya yang berjodol The Suma Oriental:

“There is no doubt that the affairs of Malacca are of great impertance, and of much profit and great honour. It is a land that cannot depreciate on account of its position, but must always grow. No trading port as large as Malacca is known, nor any where they deal in such fine and highly-prized merchandise. Goods from all over the East are found here; goods from all over the West are sold here. It is at the end of the monsoons where you find what you want and sometimes more then you are looking for” (Muhammad Yusof Hashim, h. 251).

Kenyataan itu ditambah lagi dengan kajian Melink-Roelofsz yang mencatatkan bahawa saudagar-saudagar ini sebagai:

“… flocked together every year in Malacca, which was then the center of inter-Asian trade. Like a rich and colourful pageant under the blazing tropical sun, this busy eastern market made an indelible impression on the first Europeans who visit Malacca” (MYH, h. 251).
Sumber-sumber sejarah tulisan Duarte barbosa, Ruy de Brito, de Araujo, de Eridia, de Albuquerque, Gibson-Hill, Ma Huan, Fei Hsin dan catatan pelayaran Ibnu Batuta serta kajian Wang Gungwu juga jelas membuktikan kenyataan tersebut.

Kesultanan Melayu Melaka juga berjaya meluaskan jajahan takluknya sehingga berkembang menjadi sebuah empayar yang dihormati kawan dan lawan. Kehebatan Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansor Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah, kebijaksanaan dan kecekapan Bendahara Tun Perak dan keperkasaan Hang Tuah lima bersaudara jelas teserlah apabila Pattani, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kelang, Johor, Temasik, Riau, Lingga, Aru, Rokan, Siak, Jambi,  Kampar dan Inderagiri akhirnya bernaung di bawah Kesultanan Melayu Melaka
.
Sultan Alauddin Riayat Shah dianggap sebagai sultan Melaka yang unik kerana baginda adalah seorang raja yang kuat beribadah dan gagah-berani, sering meronda di bandar Melaka pada waktu malam dan pernah menewaskan sekumpulan pencuri. Baginda adalah seorang raja yang berjiwa rakyat dan “action oriented” (MYH, h. 113). Pada zaman pemerintahannyalah kedudukan Islam sampai ke kemuncaknya apabila undang-undang Islam dilaksanakan sepenuhnya dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

Pentadbiran Melaka pula diurus-tadbir dengan adil dan berhemah di bawah pimpinan Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Beliau sentiasa membuat pertimbangan yang adil, mengambilkira semua pandangan dan mementingkan perpaduan dan keharmonian masyarakat. Beliau sentiasa berusaha menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam masyarakat Melaka dengan penuh kebijaksanaan.

Kesultanan Melayu Melaka bukan sekadar meluaskan jajahan takluknya, malah dengan  bantuan tokoh-tokoh ulama dari Arab dan Parsi, Islam disebarkan ke seluruh Nusantara. Melaka kemudian menjadi pusat perkembangan dan penyebaran ajaran Islam di Asia Tenggara. Melalui dakwah para ulama, hubungan ulama dengan sultan dan pembesar, kitab-kitab agama dan pengiktirafan bahasa Melayu sebagai “lingua franca” penyampai risalah Islamiah, seluruh alam Melayu akhirnya menganut agama samawi itu.

Jasa Tun Perak selaku Bendahara kepada empat sultan Melaka dalam konteks penyebaran Islam juga amat penting. Beliau merupakan negarawan Melayu yang boleh dianggap sebagai “grand designer” kepada kebangkitan Melayu “baru” pada zaman itu. Beliaulah tokoh ulung dan pemimpin Melayu yang amat besar sumbangannya kepada perjuangan mengangkat maruah, martabat, darjat dan harakat bangsa Melayu.

Islam bukan sahaja menjadi teras kehidupan masyarakat Melayu, bahkan dijadikan agama rasmi negara. Sultan-sultan menjalankan pemerintahan berdasarkan hukum dan undang-undang Islam. Tradisi peundangan islam ini dicatat dengan jelasnya dalam naskhah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Ia menumpukan hal-hal yang berkaitan dengan peraturan pemerintahan, hukum jenayah, undang-udang keluarga Islam, huku adat (Temenggong), pentadbiran perniagaan dan peraturan perdagangan laut Melaka.

Kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah disebabkan ketinggian ilmu dan keteguhan penghayatan orang Melayu terhadap ajaran Islam, kedaulatan raja-raja Melayu, kebijaksanaan pentadbiran, kesetiaan penduduk tempatan dan sokongan moral daripada kerajaan lain yang bersahabat dengannya.

Jelaslah bahawa orang Melayu ketika itu telah memenuhi peranan sejarah zaman mereka melalui pembinaan asas penempatan, struktur sosial masyarakat, sistem ekonomi, sistem politik dan pentadbiran, budaya ilmu, bahasa dan kebudayaan yang dicirikan oleh ajaran Islam. Mereka telah berjaya mewariskan agama Islam, tanah air, kuasa, tamadun ilmu, perpaduan bangsa, faham kebangsaan Melayu, budaya yang berlandaskan nilai-nilai murni (sifat mahmudah) dan visi sejarah masa hadapan yang gemilang kepada generasi Melayu hari ini.

Zaman Penjajahan Dan Penindasan Barat

Kesultanan Melayu Melaka mulai merosot apabila Sultan Mahmud Shah melaiki tahta pada tahun 1488. Baginda adalah seorang raja (pemimpin) yang mempunyai sifat mazmumah, sifat-sifat tercela – zalim, boros, suka berfoya-foya, kaki perempuan, tidak bertimbang rasa dan tidak usul periksa. Dalam buku Suma Oriental, Sultan Mahmud Shah digambarkan sebagai:

“… intoxicated with opium everyday… was a great eater and drinker brought up to live well and viciously… He was called Sultan Mafamud” (MYH, h. 49).

Akibatnya berlakulah perebutan kuasa di kalangan para pembesar sehingga pentadbiran Melaka menjadi kucar-kacir dan akhirnya orang Melayu berpecah-belah. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Portugis yang pimpin oleh Alfonso d’Albuquerque dengan menyerang Melaka pada tahun 1511.

Kedatangan penjajah Portugis bukan sahaja untuk menguasai pusat pedagangan yang penting, tetapi juga dengan misi 3G iaitu “Gospel, Gold and Glory”. Gospel (Keagamaan) adalah misi Prestor John untuk menghapuskan Islam dan mengkristiankan orang Melayu; Gold (Kekayaan) adalah misi untuk memecahkan monopoli perdagangan rempah Melaka-Arab; dan Glory (Kemegahan) pula adalah misi untuk memperluaskan jajahan takluk yang kononnya atas galakan Raja Henry.

Walaupun Portugis mempunyai senjata yang jauh lebih canggih dan bala tentera yang terlatih, namun mereka telah ditentang oleh hulubalang-hulubalang Melaka demi mempertahankan tanah air tercinta hingga ke titisan darah yang terakhir. Ini dicatatkan dalam Sejarah Melayu seperti berikut:

“Maka bagindapun (Sultan Ahmad) keluarlah dengan segala hulubalang. Maka peranglah dengan Feringgi beramuk-amukan. Seketika perang itu, maka rakyat Feringgipun undur daripada semangat tempuh orang Melaka. Maka tampil Alfonso d’Albuquerque dengan seribu rakyat soldadu beristinggar, merempuh segala orang Melaka… Daripada semangat tempuh anak Portugal, maka pecahlah perang orang Melayu, lalu undur” (h. 203).

Bukan sedikit korban perjuangan bagi mempertahankan kedaulatan Melayu dan Islam ketika itu, malah beribu-ribu pahlawan Melayu dipercayai terkorban sebagai syuhada di Kota Melaka, di Sayong Pinang, di Kota Tinggi, di Batu Sawar, dan seterusnya di Makam Tauhid, Bukit Selanyut dan Johor Lama. Kesultanan Melayu Johor-Riau kemudian ditubuhkan bagi meneruskan kesinambungan Kesultanan Melayu Melaka dan serangan demi serangan dilakukan ke atas Portugis di Melaka untuk menebus maruah bangsa dan agama. Kemudian, Kesultanan Melayu Acheh Darussalam ditubuhkan atas misi yang sama.

Sepanjang tahun 1537 hingga 1636 berlaku Peperangan Tiga-Segi antara Johor-Portugis-Acheh. Malanya disebabkan persaingan kuasa, kerajaan Johor-Riau dan Acheh Darussalam juga saling berbalas serangan. Tindakan ini telah melemahkan perpaduan Melayu untuk membebaskan Melaka daripada Portugis. Hanya pada tahun 1629, Acheh Darussalam di bawah pimpinan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam berjaya menyerang Portugis di Melaka secara besar-besaran. Kekentalan perjuangan ini berjaya menggagalkan misi pengkristianan orang Melayu oleh Portugis. Bagaimanapun, Melaka kemudian dijajah oleh Belanda atas bantuan Johor-Riau.

Sejarah Melayu rantau ini turut menyaksikan korban syahid para ulama yang berjuang menentang penjajahan Belanda. Dr. Siddiq Fadhil mencatatkan bahawa:

“Kita juga mengetahui kisah perang melawan Belanda di Acheh dengan pahlawan kenamaannya Tenku Chik di Tiro Muhammad Amin, seorang ulama besar didikan Masjidil Haram yang kemudiannya telah gugur syahid. Orang-orang Melayu di sebela Semenanjung rata-rata mengetahui tentang kepahlawnaan Raja Ali Haji Marhum Telok Ketapang, Yam Tuan Muda Riau penggempur Belanda di Kota Melaka (1782-84) yang gugur syahid dengan badik masih tergenggam di tangan kanannya dan kitab Dala’ilul-Khayrat masih di tangan kirinya” (Siddiq Fadhil, h. 143).

Penjajah Belanda yang menguasai Tanah Melayu selama 183 tahun (1641 – 1824) merupakan penindas utama yang melumpuhkan kekuatan ekonomi dan menghakis kewujudan pedagang Melayu melalui monopoli perdagangan rempah. Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC – Vereenigde Oost Indische Compagnie) telah mengenakan cukai yang terlalu tinggi dan mengambilalih fungsi pedagang Melayu. Ini akhirnya telah memusnahkan dan mencegah kebangkitan semula golongan pedagang dan peraih Melayu yang mandiri dan tabah itu (Syed Hussein Alatas, h. 188 – 200).

Inggeris pula masuk dan campurtangan di Tanah Melayu secara halus.  Pada tahun 1786, Francis Light merampas Pulau Pinang daripada Sultan Kedah melalui tipu helah dan ugutan. Stanford Raffles pula secara halus telah berjaya mempermainkan Sultan dan Temenggong Johor untuk menduduki Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1824, Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani dan bermulalah era penjajahan Inggeris di negeri-negeri Melayu.

Bagaimanapun, perjuangan menentang penjajahan Barat tetap diteruskan. Sepanjang pemerintah Inggeris yang mewujudkan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, sistem penasihat di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1874 hingga tahun 1896, banyak penentangan tercetus. Tindakan penajajh Inggeris yang bertujuan untuk melemahkan psikologi Melayu, penindasan ekonomi dan penghakisan kuasa Raja-raja Melayu telah ditentang habis-habisan oleh pejuang-pejuang Melayu.

Dasar pecah dan perintah (divide an rule policy), dasar mengaut kekayaan ekonomi dan kemasukan imigran Cina dan India sebagai pekerja pada abad ke-18 dan 19 amat mengecewakan orang Melayu. Mereka berjuang hingga ke titisan darah menentang penjajahan Inggeris. Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Ku Paloh (Syed Abdul Rahman al-Edrus), Tok Janggut (Haji Magt Hassan), Dol Said Penghulu Naning, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, Shariff Masehor dan Rosli Dhobby adalah nama-nama yang dapat mewakili senarai panjang ribbuan pahlawan Melayu yang terkorban sepanjang stempoh penentangan berdarah itu.

Peranan para ulama dalam konteks mewariskan ilmu dan perjuangan Islam di dunia Melayu seolah-olah dilupakan orang. Barisan ulama yang mempelopori pengajian islam melalui tradisi pondok bukan sahaja menjadi “the guardians”, benteng ampuh pertahanan akidah Islam orang Melayu, tetapi juga merupakan kelompok paling awal yang tampil ke medan jihad berdarah yang dianggap paling “heroic” menentang pencerobohan imperialis-Kristian Barat terhadap kedaulatan Darulo Islam di rantau ini. Buktinya, sepanjang 446 tahun (1511 – 1957) Tanah Melayu dijajah, belum ada catatan sejarah yang menyebut walau seorangpun Melayu berjaya diKristiankan oleh Portugis, Belanda atau Inggeris.

Ketika menyimpulkan kekentalan  semangat perjuangan tersebut, Asy-Syahid Prof. Dr. Ismail al-Faruqi menyifatkan perjuangan umat Islam di rantau Melayu menentang penjajahan Barat ini sebagai:

“… one of the oldest and bloodiest struggles of the Muslim have waged against Christian-colonialist aggression…” (Al-Ittihad, h. 16).

Abad ke-20 pula menyaksikan semangat perjuangan Islam disegarkan semula hasil gerakan pan-Islam yang bertiup kencang dari Timur Tengah, khususnya Mesir. Gerakan kebangkitan bangsa Melayu dicetuskan melalui tulisan-tulisan Syed Sheikh al-Hadi hasil pengaruh gerakan pembaharuan dan reformasi Islam yang dipelopori oleh Sheikh Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh di Mesir. Kehadiran Jepun yang berjaya mengusir Inggeris dan menjajah Tanah melayu pada thaun 1941 hingga 1945 telah mempertajamkan lagi kesedaran, semangat anti-penajah barat dan perjuangan menuntut kemerdekaan, membebaskan diri daripada belenggu perhambaan sesama manusia.

Era Menjelang Kemerdekaan

Kesan penjajahan yang paling ketara ialah kesedaran kebangsaan (nasionalisme) Melayu yang meluap-luap. Persatuan-persatuan Melayu mula ditubuhkan bagi menyatupadukan orang-orang Melayu. Pada tahun 1926, Muhammad Eunos Abdullah telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Idea ini merebak ke Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Kelantan, Perak dan Pulau Pinang antara tahun 1929 hingga tahun 1938 dengan tujuan untuk “menyatukan suara orang Melayu”.

Muncullah tokoh-tokoh sastera dan pejuang politik Melayu yang awal seperti Syed Sheikh al-Hadi, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Yaakub, Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam dan Za’ba yang giat menulis dan memberikan ceramah untuk menyedarkan orang Melayu tentang kedudukan bahasa, ekonomi dan politik Melayu. Mereka terlibat dalam penerbitan pelbagai akhbar dan risalah seperti al-Imam, al-Ikhwan, Warta Malaya, Utusan Melayu, Putera, Majlis, Pengasoh, Suadara, Utusan Zaman dan Mastika (1906 – 41). Dr. Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda dan berjaya menganjurkan Kongres Melayu Pertama pada bulan Ogos 1939 di Kuala Lumpur.

Sebahagian daripada orang Cina pula ketika itu terpengaruh dengan ideologi Parti Kuomintang di China (1911) dan kemudian menyertai Parti Komunis Malaya pada tahun 1930-an. Orang-orang India pula terpengaruh dengan perkembangan politik di India melalui pertubuhan Central Indian Association of Malaya yang dipimpin oleh Dr. AM Soosay pada tahun 1937.

Kesedaran orang Melayu bahawa penjajah Barat dapat dikalahkan semakin kuat apabila Jepun menduduki Tanah Melayu pada tahun 1941 – 45. Jepun turut meniupkan idea “kebangkitan Asia” kepada orang Melayu. Namun apabila Jepun berundur, komunis Bintang Tiga (asalnya MPAJA –The Malayan People’s Anti-Japanese Army) telah menguasai Tanah Melayu selama dua minggu (14 – 30 Ogos 1945). Oleh kerana orang Cina begitu tertindas oleh Jepun dan kebetulan terdapat beberapa kerat anak muda Melayu yang bekerja dengan Jepun (menjadi polis kempetai Jepun untuk mengintip kegiatan penentangan orang Cina ke atas pendudukan Jepun di Tanah Melayu), maka Bintang Tiga bermaharajalela dan bertindak membalas dendam dengan membunuh beratus-ratus orang Melayu dan membakar kampung-kampung Melayu.

Orang Melayu terkejut dengan peristiwa tersebut. Mereka yang bangkit menentang kezaliman dan penganiayaan Bintang Tiga itu antaranya ialah Kiyai Salleh (yang digelar Panglima Selempang Merah) dan anak-anak buahnya di Batu Pahat. Keadaan getir ini berakhir apabila tentera Inggeris mendarat semula di Tanah Melayu pada awal bulan September 1945.

Kehadiran semula Inggeris membawa gagasan Malayan Union adalah untuk mengekalkan kuasa imperialis Barat. Sir Harold MacMicheal telah mengugut Raja-raja Melayu supaya menyetujui rancangan tersebut. Orang Melayu mula menyedari bahawa tujuan Malayan Union adalah semata-mata untuk:

1.      Menghapuskan kuasa politik Raja-raja Melayu;
2.      Menghadkan kuasa raja hanya kepada soal-soal adat istiadat dan uapacara keagamaan;
3.      Melantik Gabenor Inggeris sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Pusat (bagi agama Islam);
4.      Memberi hak dan taraf kewarganegaraan yang sama rat tanpa mengira bangsa dan asal
         keturunan;
5.      Supaya Inggeris berkuasa penuh mentadbirkan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan.
Pada saat kritikal itulah orang Melayu bangkit menentang rancangan jahat Malayan Union dengan diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar. Beliau menganjurkan tunjuk-tunjuk perasaan (demonstrasi) yang bermula di Kelantan pada 15 Disember 1945 (10,000 orang), di Alor Setar pada bulan Januari 1946 (50,000 orang) dan di Johor Bharu pada bulan Februari 1946 (15,000 orang).

Pada 29 dan 30 Mac 1946, satu persidangan khas yang dinamakan Kengres Melayu se-Malaya telah diadakan di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Kongres itu telah dihadiri oleh 107 orang perwakilan dan 56 orang pemerhati yang mewakili 41 pertubuhan Melayu dari Seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Kongres itu telah bersetuju menggesa Raja-raja dan seluruh orang Melayu memulaukan peristiharan Malayan Union dan uapaca perlantikan Gabenor. Walapun perisytiharan Malayan Union diteruskan oleh Inggeris pada 1 April 1946 dengan Edward Gent selaku Gabenor yang pertama, namun orang Melayu tetap menolaknya dengan cara berkabung selama tujuh hari tujuh malam.
Pada 11 Mei 1946, sebuah parti politik yang dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO telah ditubuhkan dan Dato’ Onn Jaafar dipilih sebagai presidennya yang pertama. Perjuangan menentang Malaysan Union digerakkan dengan cara yang lebih tersusun. Akibatnya, Inggeris terpaksa akur dan menggubal satu perlembagaan baru yang dinamakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948 dengan mengembalikan semula kedaulatan Raja-raja Melayu, pemberian taraf kewarganegaraan yang diperketatkan dan pemberian hak istimewa kepada orang Melayu.

Bagaimanapun, sikap UMNO yang lebih banyak berkompromi dengan Inggeris itu mendapat tentangan daripada golongan kiri. Tiga pertubuhan politik Melayu telah menubuhkan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) dan orang-orang  bukan Melayu pula menubuhkan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) bagi memperjuangkan kemerdekaan dan pemerintahan sendiri.

Pada 14 Mac 1948, dalam Persidangan MATA, sebuah “Parti Orang-Orang Islam Malaya” yang dikenali  dengan nama Hizbul Muslimin telah ditubuhkan. Nama Hizbul Muslimin telah dicadangkan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir (yang kemudian dipilih sebagai Ketua Umum yang pertama), mengambil semangat penubuhannya daripada Parti Masjumi di Indonesia dan Ikhwan Muslimin di Timur Tengah. Hizbul Muslimin ditubuhkan bagi memperjuangkan kemerdekaan tanahair berasaskan Islam. Dasar parti ini adalah atas “Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan bangsa Melayu yang berdaulat, menciptakan masyarakat berdasarkan Islam dan mencapai Tanah Melayu Darul-Islam”.  Bagaimanapun, gerakan Hisbul Muslimin lumpuh apabila Ustaz Abu Bakar al-Baqir ditangkap dan dipenjarakan oleh Inggeris kerana dianggap berbahaya.

Pada tahun 1948 juga bermulanyapenentangan Parti Komunis Malaysa (PKM) yang diketuai oleh Chin Peng melalui pemberontakan bersenjata bagi menggulingkan kerajaan baru tajaan Inggeris itu. Darurat diisytiharkan oleh Inggeris dan PKM diharamkan. Sebanyak 13 batalion askar British, Gurkha dan Melayu telah dikerahkan untuk menyerang gerila-gerila komunis dan mengawal kawasan penempatan dan ladang-ladang. Lebih 10,000 orang anggota komunis telah berjaya dibunuh.

Rancangan Briggs kemudian dilaksanakan bagi membuka kampung-kampng baru untuk membendung pengaruh komunis. MCA (Malayan Chinese Association) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949 sebagai alternatif kepada PKM dengan Tan Cheng Lock sebagai presidennya yang pertama. Kempen keahlian MCA dengan slogan mewujudkan keharmonian dan melindungi kepentingan kaum Cina dijalankan dengan berkesan. Kesannya, pengaruh komunis semakin lemah.

Pada tahun 1951, sekumpulan ulama yang tidak setuju dengan dasar kebangsaan yang diperjuangkan oleh UMNO telah menubuhkan PAS (Parti Islam se-Tanah Melayu), sebagai kesinambungan misi Hizbul Muslimin yang telah diharamkan. PAS memperjuangkan kemerdekaan dan pemerintahan secara Islam dengan Ustaz Haji Ahmad Fuad selaku Yang Di Pertuanya yang pertama. Pada tahun 1956, PAS dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Zulkifli Muhammad yang berjaya mengukuhkan organisasi parti Islam itu.

Tuntutan kemerdekaan adalah sebahagian daripada usaha mengembalikan martabat dan maruah Melayu sebagai sebuah bangsa yang berdaulat. Kemerdekaan diharapkan dapat melonjakkan semula kedudukan orang Melayu melalui kuasa politik, penguasaan ekonomi dan pengukuhan jati diri melalui pendidikan dan pembangunan sosio-budaya bangsa.

Kemerdekaan 1957

Nasib politik Melayu berubah apabila Tanah Melayu atau Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 melalui cara perundingan dengan kerajaan British. Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC pimpinan Tunku Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein dan Dr. Ismail Abdul Rahman telah memainkan peranan utama dalam proses tersebut.

Sebelum itu, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya, Sir Gerald Templer telah bersetuju diadakan pilihanraya kerajaan tempatan pada thaun 1955. Seramai 1.6 juta orang telah diperakukan layak untuk mengundi, iaitu Melayu 84%, Cina 11% dan India 5%. Daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 50 daripadanya adlaah kawasan majoriti Melayu. Bagaimanapun UMNO telah bertolak-ansur dengan memberikan 17 kerusi kepada orang Cina dan India. Perikatan telah memenangi sebanyak 51 kerusi, manakala PAS telah memenangi satu kerusi.

Kompromi bagi mencapai kemerdekaan telah ditunjukkan melalui persetujuan antara orang Melayu dan bukan Melayu. Orang bukan Melayu diberikan hak mendapat taraf kewarganegaraan secara automatik mengikut “prinsip Jus Soli” (faktor kelahiran dan peremastautinan), manakala orang Melayu diberikan Hak Istimewa Orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, kedudukan Raja-raja Melayu terjamin  di sisi Perlembangaan dan bahasa Melayu didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan, sebagai “conpensation” (timbang-terima).

Setahun selepas merdeka, seramai 800,000 orang bukan Melayu, kebanyakannya orang Cina, telah diterma sebagai warganegara. Pada thaun 1968, lebih sejuta lagi orang bukan Melayu telah diterima sebagai warganegara. Sesungguhnya tolak-ansur orang Melayu ini memerlukan penghargaan daripada orang bukan Melayu dan mereka dituntut memberikan taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada negara ini.

Perjuangan orang Melayu selepas kemerdekaan bertukar corak. Setelah sekian lama berjuang menentang penjajah, peranan orang Melayu berubah  menjadi pemerintah yang bertanggungjawab membangunkan negara pada zaman moden yang serba kompleks, pengalaman yang tidak ada pada generasi baru ketika itu. Rancangan Malaya Pertama dan Kedua dilaksanakan selama 10 tahun untuk membangunkan ekonomi negara.

_______________________________________________________________________________



DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA MUHAMMAD LAJIN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA ALANG ABDUL RAHMAN SHAH IBNI AL-MARHUM DYMM PADUKA SERI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (1) SULTAN PERAK KE-22 (1851-1857)

Info :
Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun temurun sehingga yang akhir sekali. 
Undang-Undang Tubuh tidak sesekali membenarkan dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada zuriat seumpama itu daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidupnya seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai suatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidal akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah. 
Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemerintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang Pertama. 

Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dari lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara. 


SEJARAH KESULTANAN PERAK


Berbagai-bagai tafsiran telah dibuat mengenai pengambilan nama "PERAK" sebagai sebuah negeri yang besar.

Menurut satu cerita yang  sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah Shah (Sultan Perak ke-33) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka. Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka.  

Dikatakan ketiga-tiga Ketua Daerah telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan MELAKA tetapi didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih wujud walaupun dibawah kekuasaan Portugis. Lantas mereka teringatkan pula bahawa salah satu punca utama yang membawa kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman nama Melaka ialah peranan dan tanggung jawab Bendahara Tun Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini mempunyai Raja yang berdaulat.

Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri...", lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.


Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan Haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat seperti perak.
Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagai-bagai cerita lagi.

Adunan daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama 'Negeri Perak' itu menggambarkan bahawa pemilihan nama "PERAK" itu sangat bertetapan dengan kekayaan khazanah yang dikandungi oleh bumi Perak itu sendiri. Justeru kekayaan ini lah pergolakan sejarah Negeri Perak semakin bergelora satelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah pada tahun 1511 dan munculnya kuasa-kuasa Portugis, Acheh, Bugis, Siam, Minangkabau, Belanda dan akhir sekali Inggeris di merata perairan Nusantara ini.
[sunting]Kerajaan Purba

Menoleh kembali ke zaman silam Negeri Perak akan terjelmalah berbagai-bagai gambaran cetusan sejarahnya yang menjadi mutiara pusaka bumi Perak yang tiada ternilai harganya. Sebagai salah sebuah Negeri Melayu yang tertua, Negeri Perak telah melalui liku-liku zamannya sejak sebelum menjelangnya tahun masehi lagi.

Sebelum munculnya nama "Negeri Perak" Kitab "Sejarah Melayu" ada menceritakan nama-nama kerajaan atau negeri seperti Gangga Negara yang sekarangnya terletak di jajahan Dinding, Beruas dan Manjung yang masih kekal namanya hingga sekarang. Penemuan monumen-monumen bersejarah peninggalan zaman tersebut telah menggambarkan kegemilangan sejarahnya tersendiri yang masih tersembunyi dari penglihatan dan pengamatan generasi di zaman moden ini.

Lanjutan Kesultanan Melaka

Gambaran sejarah Negeri Perak bertambah jelas lagi apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511 dan Sultan Mahmud Shah melarikan diri dan akhirnya menetap di Kampar (Sumatera) dan ditabalkan sebagai Sultan Kampar.

Kewibawaan Raja-Raja Melayu Melaka serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang begitu sesuai dan berpengaruh di kalangan Negeri-negeri Melayu ketika itu telah mendorongkan orang-orang Perak untuk mengutuskan Tun Saban yang memerintah kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Temong, bersama-sama Nakhoda Kassim pergi mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri Kampar untuk memohonkan agar seorang daripada putera baginda menjadi Sultan Perak. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah dan baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzafar supaya berangkat ke Perak dengan di kurniakan segala alat kebesaran warisan kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi Raja di Perak.

Maka belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzzafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata :-

Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna, Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka....'
Sebaik sahaja baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul 'JIN' yang sangat besar sahingga mencecah awan yang tinggi. Jin tersebut telah berkata kepada baginda.... Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuanku kedalam laut......

Maka Raja Muzzaffar pun mengambil Mahkota baginda dan dibuangkan kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora menjadi tenang dan beting yang timbul hilang dari pandangan. Satelah itu barulah bahtera baginda boleh belayar semula dan mudik ke Air Mati. Disana lah baginda di tabalkan dan tempat baginda bersemayam itu dinamakan Tanah Abang.

Daripada keturunan Sultan Muzzaffar Shah inilah wujudnya jurai keturunan Kesultanan Negeri Perak yang terus menerus memerintah hingga ke zaman sekarang. Pusat-pusat pemerintahan Sultan-Sultan Negeri Perak tidak menetap di suatu tempat sahaja bahkan sering bertukar dari suatu tempat ke suatu tempat jika keadaan memaksa atau ada tempat-tempat lain yang lebih sesuai.


SIAPA YANG SALAH ? PENYERAHAN TAKHTA KEPADA BUKAN KETURUNAN DARAH RAJA YANG SEBENAR......

Dimana letaknya hukum hakam dari pengertian Mazhab Imam Shafie yang meriwayatkan harta peninggalan atau pusaka keturunan berupa apa sekalipun, hendaklah diwarisi oleh keturunan asal dan ianya tidak boleh diambil alih oleh mana-mana pihak yang tidak ada kaitan dengan keturunan tersebut, demikian perintah Allah Subhanahu wataala kepada umatnya.



Dalam senario ini disebut Sultan Azlan Shah atau nama asalnya Mohd. Hattan bin Hashim berupa seorang anak angkat kepada Almarhumah Puan Khatijah Ahmad yang diambil dari umur setahun jagung oleh Almarhumah bekas isteri keempat kepada Raja Yusof Izuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah (Marhum Radzillah) Sultan Perak ke-29, dan bukannya dari zuriat keturunan yang boleh diberi hak kepadanya.

RAJA NOOR JAN SHAH IBNI RAJA TUAH SHAH


Saya perkatakan Dewan Negara Perak telah tersalah pilih atau sengaja membelakangkan Artikal Raja-Raja Melayu asal dengan menobatkan Raja Azlan Shah atau Mohd. Hattan bin Hashim sebagai pengganti Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah yang tidak sepatutnya dibuat oleh Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib atas sokongan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahahthir Mohamad. Ini berlaku berdasarkan Tan Sri Ramli Ngah Talib sepelajar dengan Raja Azlan Shah semasa di London mengambil jurusan perundangan yang boleh dianggap mereka mengenali antara satu sama lain sebagai sahabat rapat.



Kerana itu Tan Sri Ramli Ngah Talib tidak perlu mencari pewaris lain untuk dinobatkan sebagai Sultan walaupun beliau mengetahui Raja Azlan Shah bukan anak raja sebenar cuma mengguna pakai nama dan di binkan atas nama baginda Raja Yusof Izuddin Shah tanpa direstui oleh baginda sendiri.

Kemunculan RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH bukan sengaja di reka-reka. Kemunculan baginda dalam menuntuk hak sebenar TAKHTA kesultanan perak adalah berdasarkan  kepada bukti yang kukuh dan amat jelas. Salasilah yang dikemukan oleh baginda juga amat jelas dan terperinci dari satu keturunan kepada satu keturunan seterusnya. Gerak kerja yang dilakukan oleh RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH juga amat kemas dan tersusun dalam usaha baginda untuk mengembalikan HAK baginda sebagai SULTAN PERAK KE-35.


BERIKUT ADALAH KENYATAAN  OLEH RAJA NOOR JAN SHAH YANG DIPAPARKAN DIDALAM MEDIA KOSMO

KUALA LUMPUR 20 Mei – Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman sekali gus menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman.

Raja Noor Jan Shah berkata, dalam buku Tempat-Tempat Bersejarah Perak yang ditulis oleh N.A. Halim dan diterbitkan oleh Jabatan Muzium pada 1981, Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851.

Beliau berkata, dalam muka surat 55 buku itu ada dicatatkan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda Raja Loh Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat  di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.

"Bagaimanapun terdapat kesilapan fakta pada buku itu kerana Raja Pandak Abdul Rahman sepatutnya ialah Raja Alang Abdul Rahman kerana dalam panggilan keluarga di Perak, anak ketiga adalah Alang dan tidak mungkin dalam satu keluarga ada dua orang yang bergelar Pandak,” kata Raja Noor Jan Shah.

Raja Noor Jan Shah berkata, tujuan beliau menyatakan perkara itu bukanlah untuk menegakkan benang basah tetapi semata-mata untuk menyatakan fakta seperti yang tercatat dalam salasilah Kesultanan Perak.

Semalam PWKNP meminta Raja Noor Jan Shah menghentikan dakwaan kononnya beliau merupakan pewaris kesultanan Melaka dan Perak.

Yang Dipertua PWKNP Raja Rozlan Raja Yaacob berkata bahawa dakwaan Raja Noor Jan Shah tidak benar sama sekali kerana buku-buku sejarah termasuk yang ditulis pada zaman penjajahan British menunjukkan Raja Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman dan tidak wujud dalam salasilah Kesultanan Perak.

Pada 13 November 2005, Raja Noor Jan Shah mengaku dirinya sebagai waris Sultan Perak ke-22 melalui anakanda baginda Raja Alang Abdul Rahman. - Bernama.

Setelah hampir 30 tahun penguasan takhta oleh SULTAN AZLAN SHAH (Mohd.Hattan Bin Hashim) dan kini dengan mudahnya pula beliau ingin menyerahkan TAKHTA tersebut kepada anaknya iaitu RAJA NAZRIN SHAH yang secara terang-terangan beliau tidak berhak untuk mendapatkan takhta tersebut.Berdasarkan system dan perundangan Di Negeri Perak, system GILIRAN  adalah cara yang digunapakai dalam menentukan perlantikan sebagai SULTAN. Persoalannya kenapa dan bagaimana SULTAN AZLAN SHAH  boleh menyerahkan giliran seterusnya untuk menaiki TAKHTA  kepada anaknya???? di mana kredibiliti dan tanggungjawab DEWAN NEGARA PERAK yang diamanahkan oleh seluruh rakyat negeri Perak untuk melaksanakan pentadbiran Beraja dengan baik, sempurna dan amanah.

Walaupun pelbagai halangan dan cabaran dalam usaha untuk menuntut hak baginda sebagai SULTAN PERAK KE-35, tetapi RAJA NOOR JAN SHAH tetap tabah dan yakin kebenaran akan terbukti kelak…. “ bagi Tuanku mudah saja…. kerajaan ini ALLAH yang punya…ALLAH berhak mencabut dan memberi pada yang HAK”….

 "Tuuk til mulka man taashaa" Engkau beri kerajaan kepada sesiapa yang engkau kehendaki. You bestow Sovereignty on whom You will.