SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

Thursday, 22 December 2016

KESINAMBUNGAN KETURUNAN RAJA KESULTANAN MALAKA DARUL ISLAM AKHIR ZAMAN

SESAT
DI UJUNG JALAN
BALEK
KE PANGKAL JALAN
DARI TEMASIK KE MALAKA
SEJARAH ADALAH PERKARA YANG TELAH BERLALU.IA TAK MUNGKIN KEMBALI…TETAPI “CERITA” SEJARAH BOLEH BERULANG KEMBALI.BAGAI.SIREH PULANG KEGAGANG,PINANG PULANG KETAMPUK.


Hari ini tercatat sejarah.mereka menghina Tuntutan Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah dengan mengatakan salah dan tak benar,terlalu lantang bersuara.terlalu bangga dengan pangkat yang ada. dengan kuasa Allah sahabat memaklumkan " orang yang mengata" itu sedang terlantar sakit dalam keadaan yang menyayat hati. di datangkan PEMBANTU nya sebagai wakil untuk meminta ampun dan maaf " sebelum dia menutup Mata".dan rakan baiknya pula Allah tarik segala kesenangan hidup termasuk segala kenderaan yang dimiliki,.Allah itu maha adil.Siapa kita untuk menikdakkan HAK orang lain. Allah seadil adil pemberi hukuman. jika tidak didunia pastinya akan ditentukan "disana" nanti. Doa yang sering dihadiahkan untuk sahabat, rakan dan kenalan yang berbudi bahasa. Semoga Allah berikan rereki yang melimpah ruah pada mereka dan gantikan kebaikan mereka dengan Rahmatmu ya Allah. 





DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH (II) @ 
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM
YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH
SERI MAHARAJA  ALAM SHAH JOHAN BERDAULAT

Raja Kesultanan Melayu Melaka Darul Islam - Perak Ke-22 (1851-1857),
PPJP (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985,
D.K.(Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang)2008,
D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran :
Pangeran Sentana)2010,
D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Raja Kesultanan Indragiri)2013,
Surat Pengitirafan Mahkamah Antarabangsa (ICJ)
Reference:Sigl.Boe/Royal-Appointment.88888888-92/Universal.Trust.Rating.Certification
(Sebagai Pewaris Sah Takhta Raja Kesultanan Melaka Darul Islam)2013,
D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Raja Kesultanan Indragiri )2013,
Dinobatkan (Sebagai Penaung Raja-raja Nusantara di Karaton Glagah Wangi Demak)2014,
D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Raja Kesultanan Mempawah)2015
Dinobatkan(Sebagai Seri Maharaja Perkasa Alam Shah Johan Berdaulat-Acheh Darussalam)2016
SULTAN MALAKA YANG BERDAULAT JUGA DISEBUT 'MALACCA'
KETURUNAN TRIBUANA
MALAKA DARUL ISLAM-RIAU-ACEH DARUSSALAM
________________________________________________

BENIH YANG BAIK TERCAMPAK KE LAUT AKAN MENJADI PULAU


D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH (11) @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG MULIA RAJA TUAH SHAH
KINI BERGELAR
D.Y.M.M. PADUKA SERI MAHARAJA AHMAD ALAM SHAH JOHAN BERDAULAT 
SULTAN MALAKA DARUL ISLAM YANG BERDAULAT JUGA DISEBUT 'MALACCA'
Dinobatkan di bumi Aceh pada : Rabu 11 Mei 2016 / 4 Sa'Aban 1437 H
oleh Abu H.Muhammad Amin Blang Bladeh nama sebenar Tgk.H.Muhammad Amin Mahmud yang akrab dengan panggilan Tumin. beliau salah satu murid Abuva Syeikh Muda Walv Al Khalidy (ulama paling berpengaruh dalam melahirkan Ulama di Aceh) dan beliau satu-satunya murid Abuva Syeikh Muda Waly yang masih tersisa di Aceh dan beliau tercatat sebagai Ulama di Aceh yang paling senior dan paling tua yang masih tersisa berusia lebih kurang sekitar 85 tahun. Beliau juga merupakan murid Abu Hasan Krueng Kale (Syaikh Muhammad Hasan al-Aasyie al-Falaki) yang ikut aktif berjuang menegakkan kemerdekaan Republik Indonesia.
_______________________________________________________


D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH
SULTAN MALAKA DARUL ISLAM YANG BERDAULAT JUGA DISEBUT 'MALACCA'
BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS PERNOBATAN DAN PERTABALAN SEBAGAI PEWARIS SAH RAJA KESULTANAN MELAKA  DAN PERAK SERTA PENYERAHAN PEMAKAIAN MAHKOTA DIRAJA OLEH KE BAWAH  D.Y.M.M. SERI PADUKA MAHARAJA PRABUNOTO XI MUNANDAR WIJAYA KUSUMA SH KHK) "FAUNDING FATHER NATIONAL-INTERNATIONAL" DI KRATON GLAGAHWANGI DEMAK, INDONESIA.
PADA HARI KHAMIS KLIWON MALAM JUM'AT MANIS PADA TANGGAL : 5 JUN 2015.
SEBAGAI PENAUNG KEPADA RAJA-RAJA  SA  NUSANTARA.



________________________________________________________________________



D.M.M.M. SERI MAHARAJA AHMAD ALAM SHAH JOHAN BERDAULAT
Juga dikenali dengan nama
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH
SULTAN MELAKA DARUL ISLAM AKHIR ZAMAN

Pengertian Daulah, Daulat Dan Duli Yang Maha Mulia Serta Tuan’ku.
Daulah atau daulat adalah istilah dalam erti kata yang sama jua yang bermaksud kuasa ataupun kerajaan. Walaupun ada beberapa rujukan menjelaskan Daulat bermaksud seseorang raja atau sultan mempunyai kuasa tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja yang melanggar arahannya (derhaka) akan menerima akibat (tulah). Namun ianya jua diambil kira dari sudut pandangan berhubung kesaktian ataupun keistimewaan.

Duli yang berasal dari perkataan arab yang membawa maksud negeri negara yang berkaitan dengan pemerintahan bukannya pentadbiran demikian jua istilah “Yang Maha Mulia” erti kata yang berasal dari al-karim. Namun Istilah Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh adalah bertepatan yang bermaksud bayangan Allah di muka bumi iaitu merupakan warisan dan lanjutan amalan para pemerintah kerajaan Abbasiyah dan Saljuk di Baghdad, Mamluk di Mesir, Uthmaniyah di Turki dan Khilji serta Moghul di India.

Negeri Perak sebagai contoh suatu ketika dahulu pernah mengunakan istilah tersebut kepada Paduka Seri Sultan Abdul Malik Mansur Mu’azzam Shah Jamalu’llah Khalifat ur-Rahman Johan Berdaulat Zillu’llahi fil-Alam ibni al-Marhum Sultan Ahmaddin Shah, Sultan and Yang di-Pertuan Besar Negeri Perak yang memerintah sekitar tahun 1806 – 1825.

Tanggungjawab Khalifah terhadap Umat
Pertama : Memelihara Keturunan.
Kedua : Memelihara Akal.
Ketiga : Memelihara Kehormatan.
Keempat : Memelihara Jiwa (Nyawa) Manusia.
Kelima : Memelihara Harta.
Keenam : Memelihara Agama.
Ketujuh : Memelihara Keamanan.
Kelapan : Memelihara Negara.
Tanggungjawab Raja terhadap Rakyat [ Cebisan dari Undang-Undang 99 Negeri Perak ].

11. UNDANG-UNDANG ORANG JADI RAJA ATAUPUN PENGHULU DIDALAM SESEBUAH NEGERI ATAU MUKIM ”ADATNYA”
Ada pun hutang penghulu kepada rakyatnya,
– Pertama mati rakyatnya di tanam,
– Kedua, hilang rakyatnya di cari,
– Ketiga, kusut di selesaikan,
– Keempat, jika salah dipatutkan.

Maka hutang rakyat kepada penghulu dua perkara, pertama di laungkan oleh penghulu, datang ia dan disuruh, pergi ia, dan lagi tatkala orang mengadap bichara itu di lihat baik-baik rupanya, salah duduknya, salah berdirinya, salah perkataannya serba yang salah sebarang lakunya, maka mereka yang salah itu disalahkan juga dan demikian pula yang benar itu hendaklah dibenarkan juga hukumnya, tetapi boleh di bezakan antara kechil dan salah besar di atas mereka-mereka sekalian dan lagi di atas bicara mereka itu di hukumkan betul-betul, jangan di ambil faedah di atas mereka-mereka itu tatkala di dalam mana-mana bicara pun.

93 UNDANG-UNDANG ORANG MENJADI ORANG BESAR DIDALAM NEGERI.
– Adatnya pertama orang besar itu memelihara atas rajanya,
– kedua memelihara atas rakyatnya, maka amanlah negeri itu
Secara tersiratnya meletakkan Zillullah fil-alam ataupun Zillullah fil-ardh sebagai Khalifah secara harfiyah bermakna “pengganti” atau “wakil” yakni pemimpin umat Islam setelah wafatnya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Digelar sebagai khalifah Allah (perwakilan Allah SWT) dan khalifah Rasulullah (pengganti utusan Allah SWT). Maka terbentuklah satu sandangan dan harapan sebagai Amīr al-Mu’minīn yang bermakna “Pemimpin orang yang beriman”. Namun sejak tumbangnya Empayar Turki Uthmaniyyah, gelaran ini tidak lagi digunakan. Namun ianya digunakan gelran Sultan dan Raja di gugusan kepulauan nusantara.

Walau apa jua istilah yang diberikan Sistem beraja wajib dan sekali gus memenuhi Raja berperanan menyatukan warga, membina sebuah negara bangsa berdaulat. Kerna itu jua Raja berperanan mutlak sebagai penggubal, pentafsir, pelindung dan pelaksana undang-undang, di samping diiktiraf sebagai ketua agama. Maka dengan mendapat kepercayaan dan penghormatan serta kesetiaan.
Perkataan al-Sultan bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak semestinya al-Khulafa al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultan bermaksud pihak yang berkuasa. Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apapun gelarannya.

Abu Bakar al-Siddiq naik memerintah selepas Rasulullah SAW memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’, kemudian pada zaman ‘Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin’. Secara umumnya dipanggil keempat sahabat pemerintah itu dengan khalifah. Semasa Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah dikekalkan gelaran khalifah. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan ‘Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Mereka itu kebanyakannya bukan arab. Ada juga yang memakai al-Malik iaitu ‘RAJA’ dan sebagainya.
Maka hendaklah jelas, perkataan sultan dalam hadis merujuk kepada ulul amri iaitu mereka yang berkuasa memerintah.

al-Imam al-Munawi dalam Faidh al-Qadir ketika menafsir maksud: “Al-Sultan bayangan Allah di bumi” beliau berkata “kerana dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari”. Ya! Demikianlah tugasan penguasa!
Jika hendak memahami maksud penguasa bayangan Tuhan dalam Islam, fahamilah ucapan Abu Bakr al-Siddiq apabila menjadi khalifah:-

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361). Inilah insan yang paling faham maksud sultan itu bayangan Allah di bumi.

Maka dengan ini menjelaskan bahawasanya sistem pemerintahan beraja diberikan dengan pengenalan identiti baru iaitu Raja dan Kerajaan, menghapuskan konsepsi lama yang menganggap Raja sebagai ‘penjelmaan tuhan di bumi’, status yang meletakkan Raja sama taraf dengan tuhan, beralih kepada konsepsi bahawa Raja adalah ‘bayangan ALLAH di muka bumi (zillulah fi al-Ard).

Hubungan batiniah Raja dengan para dewata ditinggalkan, di sebaliknya talian spiritual dirangkaikan dengan Allah dan Rasul serta kekudusan tokoh para aulia dan anbia. Berdasarkan konsepsi baru ini, Raja hanya bertaraf wakil atau khalifah di bumi dengan sifat-sifat kemanusiaan. Kuasa Raja disandarkan dengan hukum kerana Raja jua tidak boleh mengingkari tuntutan syarak.

Kemuliaan Raja dinilai dari sudut amal makruf Baginda menyempurnakan tanggung jawab, lantas menginsafkan Raja bahawa kuasa pemerintahan adalah satu amanah ILAHI yang sama sekali tidak boleh disalahgunakan.

Raja wajib menjunjung amanah pemerintahan dengan melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH Subhanahu Wata’ala
Wallahu a’alam.

Monday, 26 September 2016

TITAH BERKENAN SERI PADUKA BAGINDA AYAHANDA YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA KE 14

MERAFAK SEMBAH,
KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA YANG DIPERTUAN AGONG- MENGJUNJUNG TITAH DULI TUANKU - DAULAT TUANKU

D.Y.M.M.SULTAN ABDUL MU'ADZAM SHAH ALMARHUM SULTAN BALISHAH
YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA KE - 14 (2011-2016)
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011)

MENJUNJUNG KASIH KEBAWAH PADUKA AYAHANDA,
BETA ANAKANDA TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH 
BAHAWASANYA KEMUNCULAN ANAKANDA BUKAN BERTUJUAN MENJATUHKAN MANA-MANA PIHAK DAN MENGGUNGAT PEMERINTAHAN RAJA-RAJA YANG SEDIA ADA...TUNTUTAN ANAKANDA SEBAGAI SULTAN MELAKA DARUL ISLAM JUGA TELAH BERJAYA MENDAPAT SURAT PENGIKTIRAFAN MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA (ICJ) PADA TAHUN 2013...SEMOGA SEGERA DIMASYURKAN SECARA SAH.
ALHAMDULILLAHRABBILALAMIN,SEGALA PUJI-PUJI BAGI ALLAH TUHAN SERU SEKELIAN ALAM ATAS KEBESARANNYA.DAN TUNDUK PADA KEKUASAANYA.BETA AMAT BERSYUKUR KERANA TUNTUTAN BETA SEBAGAI PEWARIS RAJA KESULTANAN MELAKA TELAH DISAHKAN BENAR DAN DIBERI PENGIKTIRAFAN OLEH MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA (ICJ) YANG BERPUSAT DI BELANDA.PADUKA AYAHANDA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA SERTA KERABAT-KERABAT NEGERI KEDAH TELAH BERKENAN DAN BERSETUJU ATAS PENGIKTIRAFAN TERSEBUT SETERUSNYA MEMBERI KUASA TAKHTA KEPADA ANAKANDA,TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH SEBAGAI SULTAN MELAKA DARUL ISLAM…ALHAMDULILLAH.



Assalamualaikum dan Selamat sejahtera  kepada semua rakan-rakan yang melawat blogspot Beta :WWW.SULTANMELAKADARULISLAM.BLOGSPOT.COM di hormati sekelian dengan ini BETA, Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Alang  Muhammad Lajin Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Alang Abdul Rahman Shah Ibni Al-Marhum D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) Sultan Perak ke-22 (1851-1857)

Kehilangan Raja Kesultanan Melaka yang terakhir membawa kepada Beta setelah 477 tahun kejatuhan Melaka pada 1511 dan disambung oleh anakanda baginda Sultan Ahmad Shah (1) tahun 1511-1528. Berakhir kerajaan Melaka bersambung ke negeri Perak oleh Sultan Muzaffar Shah (1) (Marhum Tanah Abang) menjadi sultan Perak Perak Pertama (1) pada tahun 1528-1549. Kesultanan terus bersambung kepada Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) (Marhum Durian Sebatang) Sultan Perak ke -22 pada tahun 1851-1857 maka terputus pada tahun 1856 hingga ke hari ini. Dengan Kehendak dan Izin ALLAH S.W.T pada tarikh genapnya 100 tahun selepas kemangkatan Baginda maka Beta dilahirkan semula kerana darah yang mengalir di dalam diri Beta adalah berketurunan raja yang asal.

Beta adalah merupakan Bija Nigara, Bija Mentera dan Bija Benih yang mana merupakan benih raja bersejarah Negeri dan Negara yang dicari dan perlu dimasyurkan untuk pengetahuan rakyat demi memertabatkan dan menjaga Kedaulatan Raja-raja Melayu.

Berdasarkan kepada salasilah keturunan ini dapatlah memberitahu kepada pihak-pihak tertentu bahawa Sejarah Kesultanan Negeri Melayu Melaka Darul Islam perlu dikaji dan diselidiki. Ini penting untuk membangkitkan semula Warisan Sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Ibarat kata Laksamana Hang Tuah " takkan Melayu hilang di dunia, hilangnya Raja Melaka bukannya hilang begitu sahaja, hilangnya akan muncul kembali bersama keturunannya"

13 November 2005 (1528-2005) setelah 477 tahun tidak dijalankan dan kini Beta muncul kembali secara rasminya dalam satu majlis Adat Istiadat Penganugerahan Watikah Gelar kali pertama (1) yang penuh gilang gembilang dan bersejarah di Dewan Komuniti Gombak, Taman Melati, Kuala Lumpur.

25 November 2013 (2005-2013) 9 tahun kemudian Beta, Telah mendapat Surat Pengiktirafan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpusat di Belanda
Ref:Sigl.Boe/Royal.Appointment.88888888-92/Universal.Trus Rating. Certification (Sebagai Pewaris Sah Takhta Raja Kesultanan Melaka Yang Berdaulat Juga Disebut (Malacca) dengan membawa Gelaran Sultan Melaka Darul Islam. 

Beta berharap dengan pencerahan ini maka terungkai  yang tersipul dan tersebunyi...Jika ada mana-mana pihak ingin mendapat kepastian yang lebih jelas sebarang pertanyaan...INSYA' ALLAH BETA AKAN MENJAWAB.




___________________________________________________________________________


UTUSAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN MELAKA DARUL ISLAM

DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM
Rujukan kami : SM/ICJ/14/01/01
Bertarikh:1hb Jan.2014

Kepada,
Setiausaha Sulit
DYMM SERI PADUKA YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA,
Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Istana Negara Malaysia.
Jalan Duta,50500 Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

PER:PENGTIRAFAN DARI MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA SEBAGAI SULTAN MELAKA DAUL ISLAM
__________________________________________________________________________________

Perkara diatas adalah dirujuk:-
Merafak sembah Menjunjung kasih Ke Bawah DYMM TUANKU SULTAN HALIM MUADZAM SHAH,
RAJA YANG DIPERTUANAGONG MALASIA.
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Anakanda DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah telah mendapat pengktirafan yang sah oleh MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA sebagai Pemilik Takhta KESULTANAN MELAKA dan dengan ini akan bergelar SULTAN MELAKA DARUL ISLAM.

Bersama-sama dengan surat ini Anakanda Lampirkan,surat asal tentang pengiktirafan tersebut,ICJ REFFRENCE:SIGL.BOE/ROYAL-APPOINMENT/88888888-92,Yang Bertarikh: 25hb.November.2013
Anakanda juga adalah Bija Nigara,Bija Mentera dan Bija Benih yang mana ia merupakan benih-benih raja yang menjadi sejarah Negeri dan Negara. Anakanda merasakan sampailah masanya sejarah ini perlu dimasyurkan dan diperjelaskan lagi kedudukannya agar segala yang kusut akan terungkai,yang tersimpul akan terlerai.
Akhir kata, dengan rasa penuh keinsafan dan rasa rendah diri,Anakanda mohon agar diadakan pertemuan yang boleh membawa kepada kesejeteraan kia bersama.
Segala bentuk kerjasama yang diberikan amat dihargai dan diucapakan Jutaan Terima Kasih.
SEKIAN
Anakanda akhiri warkah  ini dengan serangkap Pantun Melayu Bugis seperti berikut.

PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR,MASAK SEBIJI DI ATAS PETI.
HUTANG EMAS BOLEH DI BAYAR,HUTANG BUDI DIBAWA MATI.


___________________________________________________________________________


UTUSAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN MELAKA DARUL ISLAM

DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM
Rujukan kami : SM/ICJ/14/01/03
Bertarikh:1hb Jan.2014

Kepada,

Y.A.B. DATUK SERI MOHD NAJIB BIN HJ.TUN ABDUL RAZAK,
Perdana Menteri Malaysia,
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putrajaya Preset A,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,Wilayah Persekutuan, Malaysia. 
Istana Negara Malaysia.

PER:PENGTIRAFAN DARI MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA SEBAGAI SULTAN MELAKA DAUL ISLAM
_______________________________________________________________________________

Perkara diatas adalah dirujuk:-

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah telah mendapat pengktirafan yang sah oleh MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA sebagai Pemilik Takhta KESULTANAN MELAKA dan dengan ini akan bergelar SULTAN MELAKA DARUL ISLAM.

Bersama-sama dengan surat ini Beta Lampirkan, surat asal tentang pengiktirafan tersebut,ICJ REFFRENCE:SIGL.BOE/ROYAL-APPOINMENT/88888888-92,Yang Bertarikh: 25hb.November.2013
Beta juga adalah Bija Nigara,Bija Mentera dan Bija Benih yang mana ia merupakan benih-benih raja yang menjadi sejarah Negeri dan Negara. Anakanda merasakan sampailah masanya sejarah ini perlu dimasyurkan dan diperjelaskan lagi kedudukannya agar segala yang kusut akan terungkai, yang tersimpul akan terlerai.
Akhir kata, dengan rasa penuh keinsafan dan rasa rendah diri, Beta mohon agar diadakan pertemuan yang boleh membawa kepada kesejeteraan kia bersama.
Segala bentuk kerjasama yang diberikan amat dihargai dan diucapakan Jutaan Terima Kasih.
SEKIAN
Beta akhiri warkah  ini dengan serangkap Pantun Melayu Bugis seperti berikut.

PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR,MASAK SEBIJI DI ATAS PETI.
HUTANG EMAS BOLEH DI BAYAR,HUTANG BUDI DIBAWA MATI.








DYMM SULTA ABDUL HALIM MUADZAM IBNI  ALMARHUM SULTAN BALISSHAH SELAKU YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA TELAH BERKENAN DENGAN SURAT ICJ DAN 
BERSETUJU JIKA MAJLIS RAJA-RAJA  MENGEMBALIKAN KUASA TAKHTA KESULTANAN MELAKA KEPADA DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH SEBAGAI SULTAN MELAKA DARUL ISLAM








JIKA PERANCANGAN ALLAH ITU BENAR SERTA MAHA BIJAKSANA LAGI ADIL...MAKA TIBALAH MASANYA WARIS SEBENAR EMPAYAR KESULTANAN MELAYU MELAKA YANG TELAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN OLEH MAHKAMAH ANTARABANGSA (ICJ) ADALAH TEPAT IALAH DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH.

PENYERAHKAN BATU PUTIH MENJADI HAK KEPADA SINGAPURA KERANA SURAT MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA (ICI)


BATU PUTIH MENJADI HAK SINGAPURA  KERANA AKUR DENDAN  SURAT -ICJ
Bagaimana pula dengan DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM  yang mendapat surat ICJ sebagai PEWARIS SAH TAKHTA KESULTANAN MELAKA tetapi masih belum dikembalikan hak..?

RKIB : 24/05/2008
Batu Putih hak Singapura - ICJ juga putuskan Middle Rocks kepunyaan Malaysia
Daripada NORAINI ABD. RAZAK



MILIK SINGAPURA... Pemandangan dari udara, Pulau Batu Putih yang kedaulatannya diserahkan oleh ICJ kepada Singapura semalam. Pulau itu yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Branca  7.7 batu nautika dari Johor dan 25 batu nautika dari Singapura. – Reuters

THE HAGUE, Belanda 23 Mei – Pertikaian mengenai status Pulau Batu Putih yang berlarutan selama 28 tahun akhirnya diputuskan hari ini oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini dengan menyerahkan kedaulatan pulau tersebut kepada Singapura.
Dalam penghakiman kira-kira sejam 45 minit itu, ICJ turut memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Pulau Batu Putih menjadi milik Malaysia manakala status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak.
Pemangku Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh ketika membaca keputusan kes tuntutan bertindih itu berkata, status mengenai kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih diputuskan oleh majoriti 12-4 hakim, manakala majoriti 15-1 hakim pula bersetuju berhubung kedudukan Middle Rocks dan South Ledge.
Penyerahan kedaulatan Pulau Batu Putih yang dari sudut sejarahnya adalah milik Kesultanan Johor diputuskan oleh ICJ berdasarkan kepada surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pedra Branca, iaitu nama dalam bahasa Portugis bagi Pulau Batu Putih.
“Jawapan balas itu adalah berkaitan dengan pulau tersebut secara keseluruhannya dan bukan semata-mata rumah api.
“Apabila surat itu dibaca dalam konteks permintaan oleh Singapura mengenai maklumat status Pulau Batu Putih, adalah menjadi bukti bahawa surat berkenaan menyentuh isu kedaulatan pulau tersebut.
“Oleh itu mahkamah menyimpulkan bahawa surat jawapan itu jelas menunjukkan bahawa mulai tahun 1953, Johor maklum ia tidak lagi mempunyai kedaulatan ke atas Pedra Branca/Pulau Batu Putih,” kata Shawkat yang mempengerusikan persidangan ICJ bagi memutuskan tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge.
Beliau bersidang bersama 15 orang hakim lain.
Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980 apabila Singapura mengemukakan nota bantahan kepada Malaysia menuntut pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayah berdaulatnya.
Tuntutan Singapura ke atas Middle Rocks dan South Ledge pula hanya timbul pada 6 Februari 1993 ketika berlangsungnya perbincangan dua hala di antara kedua-dua negara berhubung pertikaian Pulau Batu Putih.
Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tiada mekanisme rayuan bagi keputusan ICJ yang merupakan badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Malaysia dan Singapura melalui satu perjanjian yang dimeterai di Putrajaya pada 6 Februari 2003 bersetuju untuk merujuk pertikaian sempadan berhubung Pulau Batu Putih kepada ICJ.
Perjanjian yang ditandatangani pada 9 Februari 2003 dan berkuat kuasa pada 9 Mei tahun sama itu antara lain berbunyi, “Melalui Perjanjian Khas, kedua-dua pihak memohon kepada ICJ untuk menentukan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge milik Malaysia atau Singapura. Kedua-dua negara akan menerima keputusan mahkamah sebagai muktamad dan mengikat kedua-dua pihak.
Selepas menghantar memorial (hujah bertulis), kedua-dua negara memulakan hujah lisan pada 6 hingga 23 November lalu.
Memetik penghakiman kes tersebut secara lebih terperinci, Shawkat berkata, fakta kes menunjukkan bahawa sebaik sahaja menerima surat balasan dari Johor, Setiausaha Koloni Singapura telah menghantar satu memorandum dalaman kepada Peguam Negara yang menyebut bahawa beliau berpendapat “berdasarkan kekuatan surat jawapan itu, kita boleh menuntut Pedra Branca.”
Selain surat dari Johor pada 1953, mahkamah turut berpandukan kepada fakta kes berhubung tindak tanduk United Kingdom dan Singapura di Pulau Batu Putih yang menurut ICJ tidak terbatas kepada penyelenggara rumah api semata-mata.
Shawkat berkata, mahkamah berpendapat bahawa tindakan-tindakan Singapura termasuk menyiasat kemalangan marin di perairan pulau tersebut, kawalan mereka terhadap siri lawatan, pemasangan peralatan komunikasi kapal dan pelan penambakan lautnya jelas menunjukkan wujud a titre de souverain (tindak tanduk yang menunjukkan ia mempunyai kedaulatan) terutama selepas tahun 1953.
Malaysia, katanya, tidak menunjukkan tindak balas dalam bentuk apa sekali pun terhadap kegiatan-kegiatan Singapura malah pihak berkuasa Johor gagal melakukan sebarang tindakan ke atas Pulau Batu Putih bermula dari Jun 1850.
Lebih daripada itu, jelas beliau, keputusan mahkamah memihak kepada Singapura didorong oleh fakta republik itu bertindak mengeluarkan kebenaran kepada pegawai-pegawai dari Malaysia yang datang ke pulau berkenaan pada tahun 1978 bagi menjalankan kajian perairan di sekeliling Pulau Batu Putih.
Tuntutan
“Tindak tanduk itu dilihat menunjukkan wujudnya kedaulatan dan memberi sokongan yang amat penting kepada tuntutan Singapura terhadap kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih,” kata Shawkat.
Shawkat yang mengetuai kumpulan 16 hakim termasuk dua hakim ad hoc yang masing-masing dilantik oleh Malaysia dan Singapura turut menarik perhatian mahkamah mengenai kegagalan Malaysia membantah pengibaran panji-panji British dan Singapura di Rumah Api Horsburgh di pulau itu yang turut memberi kesan kepada kes tuntutan bertindih itu.
Selain itu, enam peta yang dikeluarkan oleh Malaysia antara tahun 1962 dan 1975 yang dipertikaikan oleh Singapura kerana tertera perkataan ‘Lighthouse, P. Batu Puteh, (Horsburgh) (SINGAPORE) atau (SINGAPURA)' di Pulau Batu Putih turut menjadi rujukan ICJ yang disifatkan oleh barisan hakim sebagai mengesahkan bahawa Malaysia menganggap pulau itu adalah di bawah kedaulatan republik berkenaan.
“Mahkamah membuat kesimpulan berdasarkan titre de souverain Singapura, selain tindak-tanduk Malaysia termasuk kegagalannya untuk bertindak balas terhadap tindakan-tindakan republik itu, bahawa pada 1980 kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih telah diserahkan kepada Singapura,” katanya.
Mengenai Middle Rocks, Shawkat berkata, bentuk maritim itu mempunyai status undang-undang yang sama dengan Pulau Batu Putih dari sudut sejarahnya iaitu kedaulatannya adalah di bawah kesultanan Johor.
Katanya, mengambil kira fakta tersebut, penyerahan Pulau Batu Putih kepada Singapura yang didorong oleh surat pada 1953 dan kegagalan Malaysia bertindak balas terhadap tindak tanduk republik itu tidak memberi kesan kepada Middle Rocks.
Oleh itu, jelas Shawkat, hak milik asal Middle Rocks kekal kepada Malaysia yang mewarisi kesultanan Johor, kecuali terbukti sebaliknya di mana mahkamah mendapati Singapura tidak mengemukakan sebarang bukti yang bertentangan.
Dalam keputusan mengenai hak milik South Ledge pula, kata Shawkat, mahkamah berpendapat bentuk maritim itu berada di perairan bertindih antara Pulau Batu Putih yang kini menjadi milik Singapura dan Middle Rocks yang kekal bersama Malaysia.
“Mahkamah hanya diminta untuk memutuskan kedaulatan ketiga-tiga bentuk maritim itu secara berasingan dan pada masa yang sama mahkamah tidak diberi kuasa untuk menetapkan garis persempadanan wilayah perairan Malaysia dan Singapura.
“Dalam hal ini, mahkamah merumuskan kedaulatan South Ledge adalah milik negara yang perairannya terletak bentuk maritim itu,” kata beliau.
Delegasi Malaysia ke ICJ hari ini diketuai oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Ejen Malaysia dan Duta Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad; Ejen Bersama, Datuk Noor Farida Ariffin; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd. Isa; dan Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri Johor.
Barisan peguam antarabangsa yang mewakili Malaysia pula terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht, James Crawford, Nicolaas Jan Schrijver, Marcelo G. Kohen, dan Penelope Nevill. Lauterpacht bagaimanapun tidak hadir hari ini.
Singapura pula diwakili antara lain oleh Timbalan Perdana Menteri, S. Jayakumar; Ketua Hakim, Chan Sek Keong; Duta Kembara, Tommy Koh; dan Duta Anil Kumar Nayar.




















RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH
SEBAGAI SULTAN MELAKA DAN PERAK YANG SAH
DIWARTAKAN OLEH PIHAK BERNAMA PADA : SUNDAY MAY.2011

KERATAN JIWA MERDEKA



Sila Layari : https://www.jiwa merdeka Raja Noor Jan Shah sebagai Sultan Melaka dan Perak yang sah