SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

HUBUNGI

SESAT 
DI UJUNG JALAN
BALEK 
KE PANGKAL JALAN
DARI TERMASIK KE MALAKA
SEJARAH ADALAH PERKARA YANG TELAH BERLALU...IA TAK MUNGKIN KEMBALI...TETAPI "CERITA"
SEJARAH BOLEH BERULANG KEMBALI...BAGAI...SIREH PULANG KEGAGANG,PINANG PULANG KETAMPUK.
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

PEJABAT URUSAN :
D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II
________________________________________________

IBU PEJABAT URUSAN :
D.Y.M.M.SULTAN MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH 
NO.36-1 JALAN BPM,TAMAN BUKIT PIATU MUTIARA,
75150 MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
TELEFON :                /              Fax : 
H/P : +60169777727 : MALAYSIA (SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA)
Email: rajaalangiskandar57@gmail.com

PEJABAT URUSAN:
 D.Y.M.M.SULTAN MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH
 NO.5A,TINGKAT 1 JALAN SG  PUSAT BANDAR SRI GOMBAK,
68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL ISLAM.
TELEFON :  /   FAX : 
H/P : +6016 9777727 : MALAYSIA (SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA)
Email: rajaalangiskandar57@gmail.com
Untuk mengenali :-
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Al-Marhum 
Yang Amat Mulia Raja Tuah Shahh
fb1:Tuanku Raja Noor Jan Shah 
fb2:Tuanku Raja Noor Jan Shah II
fb3:Raja Kesultanan Melayu Melaka
Gmail/Email : rajaalangiskandar57@gmail.com
D Y M M TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH@SULTAN AHMAD ...www.youtube.com/watch?v=kyIfwLZznkU
04/08/2011 - Dimuat naik oleh adnanmajit
D Y M M TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH@SULTAN AHMAD SHAH II IBNI AL MARHUM RAJA TUAH 

دولي يڠ مها مليا ڤدوك سري
سولطان احمد شاه @ توانكو راج نور جن شاه
ابن المرحوم يڠ امت مليا راج تواه شه

DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH (II) @ 
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM
YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH
SERI MAHARAJA  ALAM SHAH JOHAN BERDAULAT
Raja Kesultanan Melayu Melaka Darul Islam - Perak Ke-22 (1851-1857),
PPJP (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985,
D.K.(Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang)2008,
D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran :
Pangeran Sentana)2010,
D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Raja Kesultanan Indragiri)2013,
Surat Pengitirafan Mahkamah Antarabangsa (ICJ)
Reference:Sigl.Boe/Royal-Appointment.88888888-92/Universal.Trust.Rating.Certification
(Sebagai Pewaris Sah Takhta Raja Kesultanan Melaka Darul Islam)2013,
D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Raja Kesultanan Indragiri )2013,
Dinobatkan (Sebagai Penaung Raja-raja Nusantara di Karaton Glagah Wangi Demak)2014,
D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Raja Kesultanan Mempawah)2015
Dinobatkan(Sebagai Seri Maharaja Perkasa Alam Shah Johan Berdaulat-Acheh Darussalam)2016
SULTAN MALAKA YANG BERDAULAT JUGA DISEBUT 'MALACCA'
KETURUNAN TRIBUANA
MALAKA DARUL ISLAM-RIAU-ACEH DARUSSALAM
____________________________________________
 
YBHG.DATO' SERI PADUKA HAJI AB LATIFF BIN HAJI DAUD
DKSM,DKPM,S.P.M.M. (Melaka)2005-2012,
S.M.P.DMP (Karton Surakarta Hadiningrat Indonesia)2008-2012,
YDH (Tok Purba di Raja)2012 Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan
(Orang Besar Delapan)2015.,A.M.N.,P.J.K 2012.,PSS (Melaka)2015.
JAWATAN:SETIAUSAHA SULIT KANAN 1
AHLI MAJLIS TERTINGGI LEMBAGA ADAT-ISTIADAT RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM DAN TUGAS-TUGAS KHAS KEPADA:
D.Y.M.M.SULTAN MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM


RAJA  KESULTANAN  MELAKA
Nama  dan  Isu  Raja Kesultanan Melaka tiba-tiba muncul kembali dan mula disebut-sebut semula oleh publik-umum, khususnya rakyat di Malaysia yang perihatin mengenai hal nasib bangsa mereka..  Ia muncul semula  dalam perbualan,  dalam masyarakat secara tiba-tiba.  Isu kemunculan individu yang bernama Raja Noor Jan Shah  yang mengaku dan mengistiharkan dirinya sebagai  pewaris jati-mutlak Sultan Melaka yang ke 44 ini telah menggemparkan seluruh negara dan Nusantara.  Kemunculan Tuanku secara resmi-terbuka dan gentlemen ini berlangsung di Dewan Komuniti, Gombak, Selangor Darul Ihsan.   Saat-ketika-peristiwa yang amat bersejarah ini adalah berlaku  pada l3hb. November, 2005.
Peristiwa munculnya kembali waris-mutlak Kesultanan Melaka ke 44 ini adalah  bagai-umpama sireh pulang ke gagang, dan ibarat sireh pulang ke tampok. Ini adalah kerana tuntutan dan perisytiharan Tuanku  sebagai pewaris jati-mutlak Sultan Melaka ke 44 adalah begitu  kena, begitu tepat  dengan masa terkini dimana orang Melayu sedang tertunggu dan tercari-cari kepimpinan baru yang dapat menaikkan semula imej bangsa Melayu dan Agama Islam.
Rupa-rupanya,  dan dalam senyap-diam; Tuanku telah merancang dan memulakan langkah bijaksana baginda.  Tuanku telah pun menghantar secara resmi sepucuk warkah-surat  diraja dan surat perisytiharan diri sebagai Sultan Melaka ke 44  kepada pelbagai pihak yang berwajib-berkuasa, yang sepatutnya tahu dan seterusnya mestilah mengambil langkah - tindakan yang sepatutnya. Warkah-surat utusan diraja bagi pihak Tuanku telah dikirim-hantar kepada Raja Yang DiPertuan Agong Malaysia pada ketika itu, iaitu  Tuanku Syed Putera  Jamalullail. Melalui warkah ini, Tuanku telah membukti-memperincikan Salasilah Keturunan baginda sejelas-jelasnya dan secara yang tersusun rapi.  Salasilah yang tepat jelas ini pasti tidak akan dapat dinafikan oleh pakar-ahli sejarah akan keabsahan-kesahihannya. Justeru itulah Tuanku berani mengistiharkan diri “bahawa baginda adalah individu atau orang  yang benar-benar mempunyai hak waris-mulak, yang sepatutnya  diisytiharkan sebagai Sultan Melaka ke 44”.
Warkah Tuanku itu juga telah menegaskan bahawa “permohonan dan tuntutan baginda bukanlah untuk mencabar atau memecah-belahkan keadaan-suasana  beraja yang sedia ada,  tetapi adalah untuk membolehkan baginda mendapatkan kembali hak keturunan  baginda yang telah lama terpinggir. 
Warkah Tuanku itu juga  telah menyertakan, telah mengemukakan senarai-susunan Salasilah Keturunan baginda yang selengkapnya. Salasilah ini nampaknya memang benar-benar dapat dibukti-dipertanggungjawabkan.
Warkah Tuanku juga telah menyenaraikan,  lengkap dengan lampiran gambar-gambarnya sekali mengenai perkara pemilikan dan milik pusaka-mempusakai berbagai-jenis alat-alat kebesaran Kerajaan Melayu Melaka yang silam.  Alat-alat ini adalah peninggalan-pusaka yang pernah diguna-pakai oleh Sultan Ahmad Shah, Sultan Melaka yang ke-9, iaitu Sultan Melaka yang terakhir (1516-1528).
Warkah Tuanku juga menyertakan maklumat dan gambar Keris Taming Sari  yang  pernah diguna pakai oleh Laksamana Hang Tuah, hulubalang utama-terbilang dizaman Kesultanan Melaka dimasa silam.
Warkah Tuanku juga melampirkan maklumat dan gambar-gambar satu lagi alat kebesaran Diraja Kesultanan Melayu Melaka iaitu  sepasang Keris Bedut. Dengan pemaparan  ini, ianya pasti  dapat mengukuhkan lagi tuntutan baginda Tuanku.  Pada keris ini tertera dengan jelasnya melalui penggunaan huruf ukiran jawi yang berbunyi ‘Ahmad bin Mahmud 1517’.  Ahmad bin Mahmud tentulah bermaksud Sultan Ahmad Shah,  putera sulung Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ke 8.  Manakala “1517” pula, adalah bermaksud sebahagian dari tahun-tahun  Sultan Ahmad yang dapat memerintah semula Melaka setelah mengambilnya semula dari tangan kuasa Portugis pada tahun 1516.
Tuanku juga melampirkan sama maklumat dan gambar-gambar pusaka pemakaian bagi  DYMM  Raja Permaiuri Kesultanan Melayu Melaka iaitu sebuah Mahkota Permaisuri dan Kalong Berbintang Lima.
Surat  resmi pertama yang menyatakan kemunculan kembali zuriat keturunan Sultan Melaka ke 44 telah dihantar kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (Rujukan – 478 / IKSM/ 2006), bertarikh 17 hb. November 2005 iaitu hari keempat setelah Tuanku selesai mengadakan Istiadat Penganugerahan Gelar Adat kali pertama; bertempat di Dewan Komuniti, Gombak, Selangor. 
Isi surat ini menegaskan lagi bahawa tuntutan dan peristiharan Tuanku sebagai Sultan Melaka ke- 44 bukanlah untuk menggugat kedudukan Raja-Raja yang telah sedia ada, malah berjanji tidak akan menganggu  negeri-negeri yang telah sedia ada Raja.
Tuanku  adalah Bija Nigara, Bija Mantera dan Bija Benih yang merupakan benih-benih Raja yang telah mewujudkan, meninggalkan dan mewariskan peristiwa pembukaan negeri-negeri dan juga negara. Oleh itu baginda hendaklah dimasyurkan, diwarwarkan mengenai kedudukannya yang berkaitan sejarah yang sebenar. Pemasyhuran ini perlu supaya segala yang kusut-tersimpul akan terungkai dan yang tersimpul akan terlerai. Semua ini adalah untuk kesejahteraan bangsa Melayu di Alam Melayu.
Tuanku Sultan Ahmad Shah @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A. M. Raja Tuah Shah adalah waris-mutlak Keturunan Raja Kesultanan Melayu Melaka yang ke 44. Bermula daripada Sultan Parameswara Iskandar Shah Sultan Melaka pertama
Persoalannya sekarang ialah   mengapa Tuanku  Raja  Noor  Jan Shah Ibn Al-Marhumm Raja Tuah Shah  dengan seriusnya  menuntut  untuk menjadi Sultan Melaka  ke 44?  Kemudian, benarkah tuntutan baginda itu?  Kalau benar, maka patutkah ianya disokong dan diberi  laluan oleh semua pehak?.

Raja Noor Jan Shah berhak-patut berbuat sedemikian adalah kerana sememangnya darah yang mengalir ditubuh baginda adalah titisan benih-benih dari darah raja-raja Kesultanan Melayu Melaka.  Untuk membuktikan kebenarannya, maka marilah kita kaji susur-galur, salasilah jurai keturunan baginda.

Raja Noor Jan adalah putera kepada   Y.A.M. Raja Tuah Shah ibni  al-marhum Raja Muhammad  Lajim.  Raja Muhammad  Lajim pula adalah putera kepada Raja Alang Abdul  Rahman iaitu anakanda pula kepada Sultan Abdullah Muhammad Shah I;  iaitu Sultan Perak ke 22 (yang memerintah Negeri Perak 1851-1857).  Baginda ini pula adalah putera  kepada Raja Kecil Abdul  Rahman ibni Al-Marhum Sultan Ahmaddin Shah, iaitu Sultan Perak ke 18.

Ketika  baginda (Sultan Abdullah Muhammad Shah I) berkuasa, baginda bersemayam di Durian Sebatang, Hilir Perak.  Baginda memperisterikan Raja Syarifah Ngah Aminah bte Raja Alang Rawin. Baginda  mempunyai  beberapa  orang  putera   iaitu  pertama,  Raja  Lop  Yusof  ( Sultan  Yusof  Syariffuddin  Muzaffar Shah),  kedua :  Raja  Sulaiman  (yang  mangkat  di Ligor),  ketiga:  Raja  Alang  Abdul  Rahman .  Kemudian yang keempat:  Raja  Pandak  Budak  Rasul. 
Dengan  susunan-rantaian  salasilah  keluarga  yang dipaparkan di atas, maka terbuktilah  bahawa  Tuanku  Raja  Noor  Jan Shah  adalah titisan darah keturunan dari   Sultan Perak ke 22  yang jelas lagi sah.

Namun persoalannya, mengapa  selepas  pemerintahan moyang baginda iaitu Sultan Abdullah  Muhammad  Shah 1 (1851-1857), anak-cucu keturunan baginda tidak menyambung  atau meneruskan  susunan-rantaian  Kesultanan Perak yang ke 23?.   Ini adalah disebabkan   berlakunya   rampasan  kuasa/ kudeta/ coup d’etat  dan peperangan  keluarga  Diraja  di  Perak pada tahun  l956.  Peperangan itu ialah peperangan  di antara Sultan  Abdullah Muhammad Shah 1  dengan  Bendahara  Negeri  Perak  pada  ketika  itu iaitu anak buah baginda sendiri  yang  bernama  Raja Ngah Jaafar (Marhum  Waliullah).  Raja Ngah Jaffar adalah seorang daripada putera kepada Raja Ahmad Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Malek Mansur Syah.

Oleh kerana tewas,  Sultan  Abdullah Muhammad Syah I terpaksa  beralah dengan meninggalkan istana  baginda  di Durian  Sebatang.  Baginda  melindungkan  diri  di rumah  pangllimanya Datuk  Laksamana  Tok  Janggut  (Panglima Pancung Tak Bertanya).  Ketika inilah Raja Ngah Jaafar mengambil  kesempatan menggelari dirinya  sebagai “Sultan Perak”   Namun,   beliau diakui sah.

Persoalan  mengenai  layakkah Raja Noor Jan menuntut dan mengistiharkan dirinya sebagai  waris-mutlak  kesultanan Melaka ke44:
Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa mulai Sultan Perak ke 23 hingga Sultan Perak 34; bahawasanya  zuriat  Raja Kesultanan  Melaka  di Perak  tidak lagi setulen  kedudukan Sultan Perak Pertama  hingga ke 22.   Sultan Perak Pertama  iaitu Sulltan Muzaffar Syah I  adalah titisan benih- zuriat Sultan Mahmud Syah  (Sultan Melaka ke 8).  Baginda adalah putera Sultan Mahmud Syah  dari permaisuri  Onang Kening (puteri Sultan Muhammad, Sultan Pahang yang pertama).  Dari Sultan Muzaffar Syah I  (iaitu Sultan  Perak Pertama) sehingga Sultan Muhammad Syah 1 ( iaitu Sultan Perak ke 22)  adalah titisan benih-zuriat  Raja Kesultanan Melayu  dari  Melaka yang tidak terputus.

Secara  rengkas dipaparkan di sini nama Sultan-sultan Perak  yang  berasal  dari keturunan  Sultan Mahmud  Shah ( Sultan  Melaka  ke 8 - 1488-1511) iaitu dari  Sultan Perak pertama (1)  sehingga Sultan Perak ke 22.  Pertama  (1)  Sultan Muzaffar Shah  1  (Marhum Tanah Abang);  1528-1549.     2.  Sultan Alauddin Shah (1):  1549-1577    3.  Sultan Ahmad Tajuddin Shah  (Marhum Muda):  1577-1584    4.  Sultan Tajul  Ariffin (Mangkat di Tebing):  1584-1594    5. Sultan Alauddin Shah (Marhum Mangkat di Darat): 1594-1603    6.  Sultan Mukaddam Shah (Marhum di Aceh): 1603-1619   7. Sultan Mansur Shah (II):  1619-1627   8. Sultan Mahmud Shah (Marhum Pulau Tiga): 1627-1630   9.  Sultan  Salehuddin Shah (Marhum  mangkat  di  Kampar):  1630-1635   10.  Sultan  Muzaffar Shah (II), (Marhum  Jalilullah)   11.  Sultan  Mahmud  Iskandar Shah (Marhum Besar Aulia Allah): 1653-1720   12.   Sultan Salehuddin Mughayat Shah (Marhum Sulong): 1720-1728   13.  Sultan Muzaffar Shah (III),    (Marhum Haji  Allah): 1728-1756   14.  Sultan Muhammad Shah (Marhum Amirullah): 1742-1743   15.  Sultan Iskadar Zulkarnain (Marhum Kahar): 1756-1770   16.  Sultan Muhammad Shah (Marhum Muda): 1770-1778   17.  Sultan  Alauddin Mansur Shah Iskandar  Muda (Marhum Sulong): 1778-1806   18.  Sultan  Ahmaddin Shah (Marhum  Bongsu): 1786-1806   19.  Sultan Abdul Malek Mansur Shah (Marhum  Jamalullah): 1806-1825   20.  Sultan Abdullah  Muazzam Shah (Marhum Khalilullah): 1825-1830   21.  Sultan Shahbuddin Riayat Shah (Marhum  Safiullah): 1830-1851   22.  Sultan Ahdullah Muhammad Shah (I) (Marhum Durian  Sebatang): 1851-1857.


YBHG.DATO'SERI PADUKA HAMIDON BIN RAMUDIN
S.P.M.M.(Melaka)2013.,PSS (Melaka Darul Islam)2015
JAWATAN :SETIAUSAHA SULIT II 
AHLI MAJLIS TERTINGGI LEMBAGA ADAT ISTIADAT 
RAJA KESULTANAN MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM DAN TUGAS-TUGAS KHAS
 KEPADA: D.Y.M.M.SULTAN MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM 
_____________________________________________________________________________________________

ikhwanhafiz.blogspot.com/...
/raja-noor-jan-shah-sebagai Sultan Melaka dan Perak yang sah
May 22, 2011 - Raja Noor Jan Shah sebagai Sultan Melaka dan Perak yang sah

Jiwa Merdeka : Raja Noor Jan Shah 
sebagai Sultan Melaka dan Perak yang Shah

sunday, May 22,2011
Raja Noor Jan Shah sebagai Sultan Melaka dan Perak yang sah?



KUALA LUMPUR 20 Mei – Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman sekali gus menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman.
Raja Noor Jan Shah berkata, dalam buku Tempat-Tempat Bersejarah Perak yang ditulis oleh N.A. Halim dan diterbitkan oleh Jabatan Muzium pada 1981, Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851.
Beliau berkata, dalam muka surat 55 buku itu ada dicatatkan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda Raja Loh Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.
"Bagaimanapun terdapat kesilapan fakta pada buku itu kerana Raja Pandak Abdul Rahman sepatutnya ialah Raja Alang Abdul Rahman kerana dalam panggilan keluarga di Perak, anak ketiga adalah Alang dan tidak mungkin dalam satu keluarga ada dua orang yang bergelar Pandak,” kata Raja Noor Jan Shah.
Raja Noor Jan Shah berkata, tujuan beliau menyatakan perkara itu bukanlah untuk menegakkan benang basah tetapi semata-mata untuk menyatakan fakta seperti yang tercatat dalam salasilah Kesultanan Perak.
Semalam PWKNP meminta Raja Noor Jan Shah menghentikan dakwaan kononnya beliau merupakan pewaris kesultanan Melaka dan Perak.
Yang Dipertua PWKNP Raja Rozlan Raja Yaacob berkata bahawa dakwaan Raja Noor Jan Shah tidak benar sama sekali kerana buku-buku sejarah termasuk yang ditulis pada zaman penjajahan British menunjukkan Raja Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman dan tidak wujud dalam salasilah Kesultanan Perak.
Pada 13 November 2005, Raja Noor Jan Shah mengaku dirinya sebagai waris Sultan Perak ke-22 melalui anakanda baginda Raja Alang Abdul Rahman. - Bernama

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan hari ini
 - sumber Bernama.
Sultan yang menjadi Agong ke-2 kali dalam sejarah Malaysia.
Daulat Tuanku...
Semoga Kedah dan Malaysia Sejahtera dan menjadi negeri yang berkebajikan di bawah pemerintahan Tuanku.
---------------------------
Sedikit berkenaan tentang Sultan kedah ialah:
1) Mencemar duli menziarah makam As-syahid ustz Ibrahim Libya dan sahabatnya ketika umno kata mereka sesat.
2) Menganugerahkan gelaran Datuk pada ustz Fadzil Noor walaupun tiada jawatan dalam kerajaan
3) Terbang menziarahi kematian Datuk Fadzil dari kedah ke kuala lumpur dan hingga dikebumikan
4) Tidak melayan tuntutan umno ketika berhimpun di Istana Anak Bukit.
5) Pernah menjadi Agong ketika Tun Razak...kini Najib Razak..
@Pantherian : DAULAT TUANKU ! 



Heboh PRU ke 12 selepas kemenangan Barisan Rakyat di 5 buah negeri dan memperlihatkan media massa kerap menumpukan ke arah perlantikan KM dan MB baru di negeri-negari Semenanjuang Msia dan Sabah.Paling panas ialah di Penang ,Selangor dan Perak dan alhamdulilah di Penang dan Selangor berlangsung dengan baik di mana MB dan KM di negeri tersebut telah mengangkat sumpah sebaai ketua negeri.
Cuma di Perak sahaja berlaku penangguhan dan keributan untuk jawatan MB dan Exco negeri sehingga campurtangan Sultan Perak supaya kesemua pimpinan pembangkang menandatangani surat persetujuan bersama dan akhirnya telah selesai dengan jayanya.Hanya menanti upacara angkat sumpah di depan Sultan Perak.Selain itu,isu arahan Lim Kit Siang ke atas pemulauan upacara angkat sumpah juga dikecam ramai Pimpinan UMNO BN yang kononya biadap dengan arahan Sultan.Bagi saya ,cara Lim tu adalah tidak betul dan bercanggah dengan semangat muafakat Barisan Rakyat.Bukan sahaja ramai orang Melayu yang membantah tetapi orang cina juga turut membantah di dalam blog beliau di atas kenyataan tersebut.Akhirnya beliau memohon maaf.Semuanya telah selesai di Perak apabila DSAI campur tangan dan muafakat telah terjalin kembali.Sekarang adalah masa untuk bekerja untuk RAKYAT !!


Raja perlu ikut semangat Raja Berpelembagaan
Lim Hong Siang | Jan 07, 2011 04:36:29 pm
Perbincangan tentang institusi Raja Melayu dalam alaf ke-21 perlu mengambil kira faktor sejarahnya. Malaysia bukan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan - Yang Di-Pertuan Agung sebagai Ketua Negara, sementara kuasa raja tertakluk kepada perlembagaan. Raja yang berkecuali dari politik kepartian, dijadikan lambang tertinggi dalam sesebuah negara.
Di Malaysia, institusi Raja sering diheret ke gelanggang pergelutan politik kepartian. Bukan itu sahaja, pada ketika kuasa hampir dimonopoli sepenuhnya kerajaan UMNO-Barisan Nasional, pembangkang dan masyarakat sivil yang kebuntuan menjadikan istana sebagai pangkalan untuk menyekat kuasa regim BN. Misalnya, perhimpunan dan perarakan untuk menuntut pilihan raya yang adil dan BERSIH pada tahun 2007.
Strategi ini semestinya mengundang risiko. Bukan tugas yang enteng untuk meletakkan garisan pada batas "sistem Raja berperlembagaan", terutamanya dalam konteks masyarakat yang sarat dengan pelbagai akta untuk digunakan terhadap mereka yang berbicara mengenai kuasa institusi Raja. Pengaruh institusi Raja semakin terserlah, antaranya ketika rampasan kuasa kerajaan negeri Perak, sebelum kemelut perlantikan Setiausaha Negeri Selangor, baru-baru ini.
Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim berulang kali menegaskan "semangat prinsip Raja Berperlembagaan", dalam wawancara bersamaMerdekaReview di ibu pejabat PKR, semalam. Ahli politik yang cuba menampilkan diri sebagai pemimpin negara masa depan ini menghadapi desakan golongan pendukung politik baru yang progresif, di samping perlu berhati-hati dengan sentimen "kemelayuan" yang tidak boleh diperlekehkan.
Antara Rakyat dengan Raja
"Dia harus ditangani dengan hikmah. Mempertahankan hak rakyat dan juga memuliakan institusi raja," jawab Anwar dengan cermat, menjelaskan bagaimanaconvention perlantikan SUK selama ini menyaksikan hak rakyat diputuskan seperti mana yang diusulkan Menteri Besar, dan kemudian nama itu mohon perkenan Raja.
Beliau menyambung, "Dalam kes ini, usul Menteri Besar tidak berlaku. Maka kita sukar menerima. Di mana ada kuasa rakyat di sini? Apa erti pilihan raya? Apakah ini bermakna kita mengetepikan perkenan Raja? Tak benar. Tetapi bagaimana perlantikan dibuat tanpa usul daripada rakyat? Itu prosedur dia."
Bagaimanapun, upacara angkat sumpah SUK baru, Khusrin Munawi, calon yang tidak direstui kerajaan negeri Selangor telah berlangsung di Istana Bukit Kayangan, sebelum wawancara ini dijalankan. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang menegaskan bahawa "kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri" pada 3 Januari, akhirnya akur, walaupun mendakwa "hadir tidak bermakna rela" kemudiannya.
Anwar menjelaskan bahawa perbincangan dalam PR, bersama Lim Kit Siang (DAP) dan Hadi Awang (PAS) mencapai muafakat - menyerah kepada EXCO kerajaan Selangor untuk menyelesaikan kemelut ini.
Kehadiran halalkan perlantikan
Anwar: Kerana upacara itu bukan upacara angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja. Upacara itu upacara yang melibatkan banyak program lain. Keengganan kerajaan negeri hadir akan menimbulkan tafsiran yang berbeda. Bukan soal Setiausaha Kerajaan Negeri. Soal Setiausaha Kerajaan Negeri kita tegas. Tetapi nampaknya usul angkat sumpah itu dimasukkan sebagai salah satu upacara itu.


_______________________________________________________________________


Beta merakamkan ucapakan terima kasih kepada malaysiakini 
kerana mengeluarkan kenyataan ini.

'Raja Noor Jan Shah kebal?'

3 Jan 2016,12:33 tenghari

Pihak berkuasa dilihat gagal memantau aktiviti usahawan Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengakui dirinya Sultan Melaka, kata Utusan Malaysia.
Langkah Noor Jan menobatkan diri sebagai Sultan Melaka pada 2005 dan menuntut takhta adalah perkembangannya tidak sihat, malah mengancam institusi beraja, tulis Awang Selamat.
"Sampai bila kisah Sultan Melaka ini mahu berakhir di sebalik langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menanganinya," kata Awang Selamat, nama samaran yang dilihat membawa pendirian akhbar itu.
Sebelum ini gambar satu majlis kononnya bersempena darjah kebesaran Noor Jan kepada beberapa individu dan aktivis viral di dalam sosialm media.
Antara yang kononnya menerima anugerah tersebut iaitu aktivis popular dengan gelaran "Raja repot",Abdul Rani Kulup Abullah

 Noor Jan dilaporkan memberikan anugerah tersebut laksana seperti seorang raja yang sah sedangkan kerajaan Melaka sejak awal lagi menafikan beliau pewaris tahkta kesultanan negeri.
"Sudah banyak tindak-tanduk beliau memudaratkan tetapi nampaknya Noor Jan kebal. Beliau terus aktiviti kesultanannya.
"Awang lihat kegagalan pihak berkuasa untuk menyelesaikan sama sekali isu tersebut memberikan mesej yang salah dan mengelirukan kepada umum.
"Sebab itu ada yang berani untuk menerima dan mengiktiraf gelaran yang diberikan oleh beliau,"tulis Awang Selamat.
Justerus akhbar lidah Umno itu mencadangkan agar kerajaan mengambil tidakan yang sewajarnya kepada pihak yang bersubahat dengan Noor Jan.
Ini supaya tidak ada lagi individu lain selepas ini akan muncul dan mendakwa diri sebagai sultan dan raja di negara ini.
Tahun lalu,Noor Jan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat,bintang dan darjah kebesaran yang diiktiraf.

__________________________________________________________________________________

BERITA PANAS SEPANJANG 2005 HINGGA 2016



KUALA LUMPUR-Polis tiada kuasa untuk menyiasat gelaran diraja yang digunakan oleh Raja Noor Jan Shah,53, yang tertera pada plat pendaftaran kereta Rolls Royce yang disita pada satu majlis peramian bangunan di Bandar Puteri, Puchong Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sedang Supritedan Abd. Razak Elias berkata, dalam kes tersebut, pihaknya hanya memberi tumpuan untuk menyiasat penggunaan nombor pendaftaran palsu pada kereta Roslls Royce bernilai RM2.85 juta yang juga tiada cukai jalan.

"Selain Raja Noor Jan Shah,polis juga akan mengambil keterangan daripada penganjur majlis peramian bangunan itu yang dimilik seorang usahawan hartanah global"kata beliau disini semalam.

Ulasan :-
1.Seterusnya memang ini bukanlah bidang Polis.Raja Noor Jan Shah tidak menyamar mana-mana Sultan yang hidup.
2.Sultan adalah raja di negeri masing-masing yang berjumlah 9.Tiada sultan yang berkuasa di negeri Melaka setakat ini.
3.Tiada Dewan Adat Diraja di negeri Melaka yang dapat memutuskan keduddukan Raja Noor Jan Shah.