SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

ISTANA KUNING SERI MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM

SESAT 
DI UJUNG JALAN
BALEK 
KE PANGKAL JALAN
DARI TERMASIK KE MALAKA
SEJARAH ADALAH PERKARA YANG TELAH BERLALU...IA TAK MUNGKIN KEMBALI...TETAPI "CERITA"
SEJARAH BOLEH BERULANG KEMBALI...BAGAI...SIREH PULANG KEGAGANG,PINANG PULANG KETAMPUK.
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

'Hendaklah tuluskan hatimu pada berbuat kebaktian kepada ALLAH SWT dan RASUL-Nya .Dan jangan kamu sekalian lupa pada berbuat kebaktian kepada raja kamu .....Maka kata hukamaadalah raja yang adil itudengan NABI SAW umpama dua buah permata pada sebentuk cincin ', lagi pula raja itu umpama ganti ALLAH di dalam dunia, karena ia ZILULLAH-FIL 'alam.Apabila berbuat kebaktian kepada raja, seperti berbuat kebaktian kepada ALLAH SWT,Yakni berbuat kebaikan kamu akan ALLAH dan RASULNya, dan akan raja 
[Surah An Nisa' ;59]

Katakanlah (Muhammad),
Wahai Tuhan Pemilik Kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada sesiapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut  kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapapun yang Engkau  kehendaki  dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Enkaulah segala kebajikan. Sungguhnya, Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu.
Surah ali-Imran: ayat 26.



SULTAN MUHAMMAD SHAH
Sultan Islam Pertama Malaka
Sultan Melaka pertama diasaskan oleh Paramaisura pada 1384 Sejak itu,Malaka telah berkembang menjadi sebuah kerajaan yang kuat itu membentuk empayar yang disegani di seluruh dunia pada tahun 1400 Paramaisura menganut Agama Islam setelah berkahwin dengan puteri Sultan Zainal Abidin 1 Malikus Zahir (1383-1405 M) dari Samudra Pasai. Paramaisura (Sultan Muhammad Shah) merupakan Keturunan Iskandar Zulkarnian melalui Sang Sapurba dari Bukit Singuntang (1384-11414 M). 

Kemasyuran Melaka telah menarik perhatian Portugis yang datang menyerang Melaka pada tahun 1511. Jatuhnya kota Melaka menandakan kejatuhan empayarnya Raja Kesultanan Melaka. Dua orang putera Sultan Mahmud Shah Melaka (1488-1511 M) bagaimanapun telah menjadi Sultan Perak pertama dan Sultan Johor pertama pada tahun 1528 M.



_____________________________________________________________________



SEJARAH SINGAPURA SERTA RAJA RAJA DAN KETURUNANNYA
oleh Raja Noor Jan Shah
(bahagian yang pertama)

Pada kurun masihi ke 7 didaerah Nusantara ini dikuasai oleh sebuah empayer Kerajaan Melayu yang besar yang bernama Kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Sumatera. Kerajaan Sriwijaya yang mempunyai angkatan laut yang kuat dan berpengaruh mempunyai daerah takluk yang luas yang meliputi Kemboja, Thailand, Semenanjung Malaya termasuk Temasik (nama Singapura pada waktu itu), Sumatera, Jawa, Kalimantan dan Sulawesi. Kerajaan Melayu Sriwijaya memerintah dan menguasai daerah Nusantara ini sekitar 400 tahun lamanya.
Pengaruh dan kekuasaan Kerajaan Sriwijaya mula menurun pada kurun ke 11 kerana peperangan dan serangan yang berasingan daripada angkatan tentera Kerajaan Majapahit dari Jawa dan setelah itu diserang pula oleh angkatan tentera Kerajaan Cholamandala dari India. Akibat peperangan dan serangan tersebut banyak daerah takluk Kerajaan Sriwijaya mula terlepas dan lama kelamaan daerah kekuasaannya semakin melemah dan akhirnya menjadi kerajaan kecil yang wilayahnya terbatas di daerah Pelembang sahaja bermula pada kurun masihi ke 13. Peninggalan empayer Kerajaan Melayu Sriwijaya di Sumatera itu kemudiannya dikenali sebagai Kerajaan Pelembang.
Kisah Bermula di Bukit Si Guntang
Pada masa itu Pelembang diperintah oleh rajanya yang bernama Demang Lebar Daun , asalnya daripada anak cucu Raja Sulan juga. Adapun negeri Pelembang itu yang ada sekarang inilah. Muara Tatang nama sungainya. Adalah dalam sungai itu ada sebuah sungai, Melayu namanya. Adalah didalam sungai itu ada satu bukit bernama Bukit Si Guntang, dihulunya Gunung Mahamiru, didaratnya ada satu padang bernama Padang Penjaringan. Didaerah itu ada dua orang perempuan balu yang bertanam padi dan sangat luas sawah padinya, seorang bernama Wan Empuk dan seorang lagi bernama Wan Malini. Pada suatu malam, Wan Empuk dan Wan Malini terlihat dari rumahnya akan cahaya seperti api yang menyala diatas Bukit Si Guntang. Walaupun merasa ingin tahu cahaya apakah gerangannya cahaya itu, namun mereka merasa takut bila memikirkan itu mungkin cahaya dari batu gemala naga yang besar, lalu mereka pun diam dan terus tidur.
Setelah hari siang maka Wan Empuk dan Wan Malini pun keluar rumah untuk menuju ke Bukit Si Guntang untuk melihat cahaya apa yang telah mereka lihat semalam. Lalu mereka pun berjalan dan dilihatnya, padinya berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. Mulanya Wan Empuk menyangkakan apa yang dilihat semalam adalah cahaya daripada padi padi itu semua, tapi Wan Malini menyatakan bahawa cahaya yang dilihat itu adalah diatas Bukit Si Guntang. Lalu mereka pun meneruskan perjalanan menaiki Bukit Si Guntang itu dan dilihatnya tanah negara bukit itu menjadi seperti warna keemas-emasan. Maka dilihatnya diatas tanah yang menjadi emas itu ada tiga orang lelaki muda teruna muda wangsa duduk di atas lembu putih seperti perak serta lengkap memakai pakaian anak anak Raja yang bertatahkan ratna mutu manikam serta ketiga tiganya memakai mahkota dan terlalu elok parasnya. Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun hairan tercengang-cengang melihat paras sikapnya orang muda bertiga itu. Seorang memegang curik (sejenis parang) dan satu kayu yang bercap ditangannya, seorang memegang lembing dan seorang memegang pedang, sekelian nya daripada keemasan. Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun merasa hairan dan ingin tahu, seperti yang tertulis di Buku Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) tulisan Tun Seri Lanang, Bendahara Johor tahun 1612, seperti berikut:-
Maka Wan Empuk pun berfikir didalam hatinya, “Anak Raja mana orang muda bertiga ini, sekoyong-koyong ada di Bukit Si Guntang ini, dari mana gerangan datangnya? Dan apa jua bangsanya? Baik aku bertanya kepadanya, entah sebabnya maka padiku berbuahkan emas, dan tanah Negara bukit itu pun seperti emas”. Setelah keduanya berfikir, lalu bertanya, “Siapa tuan hamba bertiga ini? Anak Raja mana tuan hamba? Anak Raja jinkah atau anak Raja perikah, atau anak Raja inderakah? Hendaklah berkata benar tuan hamba bertiga kepada kami berdua ini, kerana lamalah kami duduk di lembah Bukit Si Guntang ini, seorang manusia pun tiada datang kemari, baharu pada hari inilah kami lihat tuan hamba bertiga ini”.
Maka sahut anak Raja yang sulung bernama Nila Pahlawan, “Adapun kami ini bukan dari pada jin dan peri, dan bukan kami daripada bangsa indera, bahawa adalah bangsa kami ini daripada manusia. Asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnien, dan nasab kami Raja Nusyirwan Adil, Raja masyrik dan maghrib, pancar daripada Raja Sulaiman alaihi salam, dan nama kami Nila Pahlawan, dan yang seorang ini Krisyna Pandita dan seorang lagi Nila Utama. Dan nama curik kami Si Mandang Kini, dan kayu ini Cap Kempa namanya, dan pedang ini Badram Balawa namanya, dan lembing ini Lembuara namanya.
Maka kata Wan Empuk dan Wan Malini, “ Jikalau tuan hamba daripada anak cucu Raja Iskandar apa sebab maka tuan hamba kemari, dari mana jalan tuan hamba”? Maka Nila Pahlawanpun pun berceritalah seperti cerita ayahnya kepada Raja Aktabul-Ard. Segala hikayat Raja Iskandar beristerikan anak Raja Kida Hindi, dan peri Raja Suram masuk ke dalam laut, dan peri duduk dengan bondanya beranakkan baginda bertiga bersaudara itu, semuanya dihikayatkannya kepada Wan Empuk dan Wan Malini”. Maka kata Wan Empuk, “Apa alamatnya seperti kata tuan hamba itu? Maka sahut Nila Pahlawan, “Mahkota kami bertiga inilah alamatnya, serta padi habis berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suada, dan tanah negeri bukit ini menjadi seperti warna keemas-emasan. Jikalau embuk tiada percaya, pandanglah alamat kami, anak cucu Raja Iskandar Zulkarnien, pancar Sulaiman alaihi salam.
Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun percayalah akan kata orang muda itu, serta dengan sukacitanya. Ketiga anak Raja itu dibawanya kembali kerumahnya. Maka ketiga baginda bersaudara pun duduklah dipeliharakan oleh Wan Empuk dan Wan Malini, padinya pun dituainyalah. Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun kayalah dengan sebab mendapat anak anak Raja itu.
Maka terdengarlah kepada Demang Lebar Daun bahawa Wan Empuk dan Wan Malini mendapat anak Raja dari Bukit Si Guntang, daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnien itu. Maka Demang Lebar Daun pun mudiklah mendapatkan Wan Empuk dan Wan Malini, mengadap anak Raja itu. Maka diambilnya ketiga anak Raja itu dibawa dengan kenaikan baginda lembu puteh itu ke negeri Pelembang, dipeliharakannya dengan sempurna. Maka Nila Pahlawan di gelar Sang Si Perba.
Asal Raja Minangkabau dan Tanjung Pura
Setelah itu termasyurlah pada segala negeri bahawa Demang Lebar Daun mendapat anak Raja tiga bersaudara daripada Bukit Si Guntang daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnien. Maka datanglah Patih Suatang, Penguasa Minangkabau ke Pelembang dengan membawa segala pegawai dan rakyat sekeliannya untuk meminta seorang anak Raja itu hendak dirajakannya di alam Minangkabau. Lalu Demang Lebar Daun pun memberikan Sang Si Perba serta sekelian alatnya. Maka Patih Suatang membawa nya balik ke alam Minangkabau dan diRajakannya disana. Alam Minangkabau ini kemudiannya di namai Pagar Ruyung.
Berita mengenai anak Raja tiga bersaudara itu juga didengar di Tanjung Pura. Setelah Rajanya mangkat, maka Patihnya pun pergi ke Pelembang meminta seorang anak Raja daripada Demang Lebar Daun untuk dijadikan Raja di Tanjung Pura. Maka diberikan Krisyna Pandita dengan alatnya.
Maka tinggal lah Nila Utama berkerajaan di Pelembang bergelar Seri Teri Buana dan kerajaan baginda dipangku oleh Demang Lebar Daun. Setelah beberapa lama baginda didalam kerajaan, maka baginda pun hendak beristeri. Lalu diberitahukan kepada Demang Lebar Daun untuk mencarikannya isteri. Maka Demang Lebar Daun pun mencarilah mana anak anak raja yang baik untuk dipersembahkan kepada Seri Teri Buana. Setelah malam dibawalah baginda beradu. Setelah siang hari maka dilihat baginda anak raja perempuan itu tiba tiba kendal (mengalami sakit kulit seperti panau). Lalu dikembalikan kepada Demang Lebar Daun dan disuruh carikan yang lain. Maka dipersembahkannya yang lain pula, lalu dibawa beradu, esoknya, Kendal pula. Maka habislah anak anak raja perempuan didalam negeri Pelembang itu, apabila dibawa baginda beradu, kendal pula semua tubuhnya. Akhirnya Demang Lebar Daun memberitahu baginda bahawa tiada lagi anak anak raja perempuan didalam negeri Pelembang ini yang baik.
Dalam pada itu Seri Teri Buana mendengar bahawa Demang Lebar Daun mempunyai seorang anak perempuan yang baik parasnya yang tiada tandingan di negeri itu. Baginda berharsat untuk meminta anak Demang Lebar Daun untuk dijadikan isterinya tapi takut tidak diberi oleh Demang Lebar Daun. Maka baginda pun merasa serba salah dan berdukacita hingga beberapa hari tidak keluar untuk diadap oleh orang dibalai. Demang Lebar Daun merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan baginda lalu datang mengadap untuk bertanyakan sebabnya jikalau ada apa apa yang tak kena. Setelah ditanya beberapa kali oleh Demang Lebar Daun, akhirnya baginda pun menanyakan mengenai khabar yang Demang Lebar Daun mempunyai anak perempuan yang boleh baginda jadikan isteri.
Bersumpah Setia Berteguh Janji
Demang Lebar Daun pun membenarkan khabar yang baginda dengar itu dan bersedia untuk mempersembahkan anaknya itu kepada baginda untuk dijadikan isteri, tetapi meminta baginda untuk berjanji dahulu dengan nya seperti yang tertulis di Buku Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) tulisan Tun Seri Lanang, Bendahara Johor seperti berikut:-
Maka titah baginda, “Apa janji paman hendak diperjanjikan dengan hamba itu? Katakan oleh paman biar hamba dengar”. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak patik telah terambil ke bawah duli, jikalau ia kena penyakit seperti patik-patik yang lain, telah maklum ke bawah duli tuanku itu, jikalau ada ampun kurnia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku. Biarlah dia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia, dan menyapu sampah dibawah peraduan duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan (dihinakan), dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku, jangan duli tuanku aibi”.
Maka titah Seri Teri Buana, “Kabullah hamba akan janji paman itu, tetapi hamba pun hendak minta janji juga pada paman”. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Janji yang mana itu, patik pohonkan titah duli Yang maha Mulia”. Maka titah Seri Teri Buana, “Hendaklah segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim dan jahat pekertinya, janganlah segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga ditakluk negerinya juga”.
Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku”. Maka titah Seri Teri Buana, “Baiklah paman, kabullah hamba akan waad (janji) itu. Maka baginda pun bersumpah sumpahlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya kebawah kakinya keatas”. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau Raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan tahta kerajaannya”. Itulah dianugerahkan Allah subhanahuwa taala pada segala Raja-Raja Melayu, tiada pernah memberi aib kepada segala hamba Melayu, jikalau sebagaimana sekali pun besar dosanya, tiada diikat dan tiada digantung, difadihatkan dengan kata-kata yang keji hingga sampai pada hukum mati, dibunuhnya. Jikalau ada seorang Raja-Raja Melayu itu memberi aib seorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa.
Setelah sudah Demang Lebar Daun berteguh teguh waad (janji) itu, maka ia menyembah lalu kembali ke rumahnya, menghiasi anaknya yang bernama Raden Ratna Cendera Puri itu dengan selengkap perhiasan yang keemasan. Setelah sudah, lalu dibawanya masuk kedalam, dipersembahkan kepada SeriTeri Buana. Setelah baginda memandang rupa baik paras anak Demang Lebar Daun itu, maka baginda pun hairan serta dengan sukacitanya. Maka titah baginda, “Sepenuh kasih pamanlah, hamba terima”. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Barang Daulat tuanku bertambat-tambah”. Seraya ia bermohon kembali.
Setelah hari malam, Seri Teri Buana pun beradulah dengan Raden Ratna Cendera Puri. Setelah hari siang, dengan anugerah Allah taala, dilihatnya baginda akan isterinya suatu pun tiada merbahayanya, dipandang baginda bertambat amat pula indah sifat parasnya, kerana asal Demang Lebar Daun itu daripada Raja Sulam juga. Maka baginda pun terlalu sukacita, seraya baginda menyuruh memanggil Demang Lebar Daun. Maka Demang Lebar Daun pun datang mengadap serta duduk menyembah. Maka titah Seri Teri Buana, “Paman, adalah anak paman suatu pun tiada merbahayanya”. Maka dipandang oleh Demang Lebar Daun, sungguh suatu pun tiada cacatnya anaknya itu. Maka sembah Demang Lebar Daun dengan sukacitanya, “Daulat Berdaulat tuanku Seri Teri Buana, Dipertuan tentera hamba Melayu”, seraya menyembah lalu kembali mengampungkan segala pegawai dan rakyat sekelian memulai berjaga jaga, mengahwinkan Seri Teri Buana dengan anaknya. Membuat panca persada tujuh belas pangkat (bangunan persiraman yang bertingkat-tingkat) serta dengan alat perhiasannya, terlalu indah perbuatannya. Betala tukangnya.
Maka terlalulah ramai orang berjaga jaga itu, empat puluh hari empat puluh malam dengan segala bunyi-bunyian, beratus kerbau, lembu, biri-biri, itek, ayam, angsa yang disembelih orang akan makanan segala orang yang bekerja itu. Kepala kerbau menjadi tungku, kerak nasi menjadi busut dan air mendidih menjadi anak sungai. Setelah genap empat puluh hari empat puluh malam, maka Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri pun dihiasi oranglah dengan segala pakaian yang keemasan, bertahtakan ratna mutu manikam yang gemerlapan. Akan Seri Teri Buana pun mengenakan mahkota baginda yang amat gilang-gemilang, cahaya manikamnya gemerlapan memberi hairan yang melihat dia. Maka baginda naiklah ke atas perarakan emas berpermata dibawah payung empat terkembang. Maka diarak oranglah tujuh kali berkeliling negeri Pelembang itu dengan serba bunya-bunyian, lalu keistana. Maka baginda pun dikahwinkan dengan Raden Ratna Cendera Puri. Maka rupa baginda laki isteri itu seperti matahari berkembar dengan bulan dipandang.
Setelah sampai tiga hari, maka dimandi-mandikan oleh Deman Lebar Daun, diarak pula ke panca persada dengan sepertinya, betapa ada Raja yang besar-besar mandi, demikianlah dikerjakan oleh Demang Lebar Daun. Setelah selesai daripada itu maka Seri Teri Buana pun tetaplah kerajaan dalam negeri Pelembang, amat berkasih-kasihan dua laki isteri, menjadi makmurlah negeri Pelembang Darul Salam selama baginda naik kerajaan itu.
(bahagian yang ke dua)
Mencari Tempat Baru Untuk Berbuat Negeri

Setelah memerintah Kerajaan Pelembang selama beberapa tahun, maka pada suatu hari Seri Teri Buana pun berfikir untuk mencari tempat baru berbuat negeri, kerana Pelembang baginda tiada berkenan dan lagi pun baginda hendak melihat laut. Maka baginda pun memanggil Demang Lebar Daun untuk menyatakan hasrat baginda seperti yang tertulis di Buku Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) tulisan Tun Seri Lanang, Bendahara Johor, seperti berikut:-
Setelah Demang Lebar Daun datang, maka titah baginda, “Apa bicara paman, adalah hamba ini hendak pergi bermain main melihat laut”. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku, jikalau duli Yang Dipertuan akan berangkat patik mengiringlah, kerana patik tiada dapat bercerai dengan duli tuanku”. Maka titah baginda, “Hamba pun tiada dapat bercerai dengan paman. Segaralah paman berlengkap perahu”.

Maka Demang Lebar Daun pun menyembah, lalu keluar mengerahkan segala Orang Besar-besar yang akan membawanya mengiring itu berlengkap perahu, membaiki alat senjata. Maka mereka itu sekelian berlengkap. Setelah sudah lengkap, maka Demang Lebar Daun pun memanggil saudaranya yang muda, katanya, “Tinggallah tuan hamba, peliharakan negeri ini baik baik, hamba hendak mengiring duli Yang Dipertuan, barang ke mana hendak baginda hamba iringkan”. Maka kata saudaranya, “Baiklah”. Maka Demang Lebar Daun pun masuklah mengadap Seri Teri Buana, persembahkan segala perahu itu sudah lengkap. Maka titah baginda, “Bermuatlah paman, tiga hari lagi kita pergi”. Maka Demang Lebar Daun pun menyembah lalu keluar mengerahkan segala orang yang akan dibawa itu bermuat. Maka sekeliannya pun bermuatlah, masing masing pada perahunya.

Setelah genap tiga hari, maka Seri Teri Buana pun berangkatlah, berkenaikan (perahu) telumba berdandankan emas bertatah permata, perbujangan lelayang berdandan perak bersendi tembaga suasa. Maka Demang Lebar Daun dengan segala menteri hulubalang masing masing dengan perahunya, ada tongkang, ada ganting, ada keluas. Maka rupa perahu mereka yang mengiring itu terlalu banyak, bagai tiada dapat dibilang rupanya penuh dilaut. Rupa tunggal panji panji seperti awan berarak. Rupa paying segala raja-raja dan catria seperti mega membangun. Rupa tiang seperti pohon kayu. Setelah sampai ke kuala, lalu belayar menyusur.
Hatta beberapa hari dilaut, maka sampailah ke kuala Inderagiri. Maka titah Seri Teri Buana, “Apa nama sungai ini?’ Maka sembah mereka yang pelayaran, “Kuala Kuantan tuanku, namanya”. Maka tampak pula gunung Lingga dari sana. Titah baginda. “Gunung mana yang kelihatan dua itu?”. Maka sembah orang itu, :Gunung Lingga tuanku”.
Setelah datang ke suatu selat, maka segala kelengkapan baginda pun kekurangan air, beberapa dicari oleh sekelian mereka itu tiada bertemu dengan air tawar, maka kalut (kelam-kabut) lah mereka itu sekeliannya kehausan air. Maka titah Seri Teri Buana, “Lingkarlah rotan, campakkan ke air itu”. Maka dikerjakan oranglah seperti titah baginda itu. Maka baginda pun turun ke sampan, serta baginda bercita akan Raja Iskandar Zulkarnien dan Raja Sulaiman alaihi salam. Maka dicelupkan baginda ibu kaki ke dalam lingkaran rotan itu. Dengan anugerah Tuhan Yang Maha Kuasa, berkat pancar Nabi Sulaiman alaihi salam, air masin itu menjadi tawar. Maka segala kelengkapan baginda masing masing mengisi air kedalam tempayannya. Maka dipanggil orang “Selat Air Tawar” datang sampai sekarang. Setelah itu maka sekelian kelengkapan baginda pun belayarlah mengiringkanbaginda. Hatta sampailah ke Selat Sambu.
Sebermula maka tersebutlah perkataan Raja Bintan, pada zaman dahulu baginda itu Raja besar di bawah angin ini. Raja itulah yang empunya nobat yang ada sekarang ini. Kata yang empunya cerita, Raja itu bernama Raja Ishar Syah, dan nama isterinya Iskandar Syah. Ada baginda beranak seorang perempuan bernama Wan Seri Beni. Raja Ishar Syah itu pancar daripada Raja Banglung. Maka baginda kedua laki isteri sudah hilang, anakanda baginda Wan Seri Beni lah kerajaan di negeri Bintan menggantikan kerajaan ayahanda bonda baginda, bernegeri di Bukit Bijana, didarat Telaga Tujuh, berbandar di Tanjung Bintan, bertimbalam Tanjung Siak Menanti. Teluk Bintan itulah labuhan dagang. Mangkubumi baginda yang bernama Aria Bupala dan Menteri Bupala telah mendengar khabar Raja yang dari Bukit Si Guntang itu datang dari Pelembang ada di Selat Sambu. Maka keduanya pun masuklah mengadap Wan Seri Beni persembahkan khabar itu.
Maka titah Wan Seri Beni, “Apa bicara tuan hamba akan anak Raja itu datang ke teluk rantau kita ini”. Maka sembah Menteri Bupala, “Mana titah hamba junjung, adalah pada pendapat hamba, baik juga kita alu-alukan dia, kerana Raja besar”. Maka titah Wan Seri Beni, “Sebenarnyalah bicara tuan hamba”. Seraya menyuruh mendapatkan anak Raja itu. “Jikalau ia tua, katakan adinda empunya sembah, dan ia jikalau muda, katakan bomda empunya salam”. Pada maksud baginda, jika Raja itu tua daripada baginda hendak diambil akan suami, dan jika muda hendak diambil akan anak.
Maka Aria Bupala dan Menteri Bupala pun menyembah, lalu keluar berlengkap empat buah lancaran, dua buah diisinya dengan alat senjata, hulubalang menduduki dia, dan dua buah berisi sirih pinang dan segala buah-buahan tebu, pisang serta makanan. Menterilah menduduki dia. Maka Aria Bupala lah pergi menjadi tuanya. Maka segala perahu itu pun pergilah mengikut dari Tanjung Rengas sampai ke Selat Sambu, tiada berputusan rupa perahu. Maka Aria Bupala pun sampailah kepada kelengkapan Pelembang, maka disuruh sungsung oleh Demang Lebar Daun kepada Batala. Setelah bertemu lalu dibawanya mengadap.
Setelah Aria Bupala melihat rupa Seri Teri Buana itu, maka ia pun tercengang seketika. Dipandangnya lagi tengah muda, bangun teruna. Maka katanya, “Tuanku, paduka bonda empunya salam, tuanku dipersilakan paduka bonda masuk ke negeri. Itu pun jikalau ada dengan tulus ikhlas duli tuanku”. Maka titah Seri Teri Buana, “Lain-lain pula titah paduka bonda, adalah kita ke mari ini tuan, sahaja hendap mengadap paduka bonda lah”. Maka Aria Bupala pun terlalu suka mendengar titah baginda itu, maka segala sirih pinang dan buah-buahan serta makanan itu sekeliannya dipersembahkan oleh Aria Bupala. Maka sekeliannya itu pun disambut orang, disuruh bahagikan pada segala Orang Besar-besar dan segala mereka yang ada. Aria Bupala pun dengan segala menteri, hulubalang tentera yang sertanya iti di persalinkan baginda dengan sepertinya, maka sekeliannya menjunjung duli baginda.
Setelah itu titah Seri Teri Buana, “Katakan sembah kita kepada paduka bonda itu, esoklah kita mengadap paduka bonda”. Maka sembah Aria Bupala, “Baiklah tuanku”, serta ia bermohon kepada baginda dengan segala menteri hulubalang yang sertanya, lalu turun kembali mengadap Wan Seri Beni. Maka segala kata-kata, peri kelakuan Seri Teri Buana itu semuanya dipersembahkannya kepada Wan Seri Beni. Maka baginda pun hairan serta dengan sukacitanya, seraya menyuruh menghiasi negeri. Maka segala kelengkapan Bintan, lancaran tiang tiga, selur, dendang dan jong diatur oranglah, semenjak dari Tanjung Rengas sampai ke Karas Besar tiada putus kelengkapan Bintan, demikian ceritanya pada zaman dahulukala, dan perahu dagang yang ada dalam labuhan Teluk Bintan, tidar, data dan banting, semuanya diundurkan orang, ada yang ke hulu , ada yang ke hilir Teluk Bintan. Itulah diperbuat orang pantun.
“Teluk Bintan labuhan dagang,


Tempat pengail parang-parang,

Adakah hitam pinggangnya ramping,

Bagai bunga sudah dikarang”.

Setelah keesokan harinya, maka segala kelengkapan Palembang pun kelihatanlah dari atas pelarian kota, maka gemparlah segala orang mengatakan Seri Teri Buana telah kelihatan kelengkapannya. Maka Aria Bupala dengan segala hulubalang Bintan pun dititahkan oleh Wan Seri Beni mengalukan baginda itu. Maka sekeliannya pergilah mengalu-alukan. Maka bertemulah kelengkapan Palambang dengan kelengkapan Bintan, selaku-laku akan berperang lakunya, rupa tunggal, panji-panji, merawal dan ambul-ambul seperti taruk kayu dalam hutan ditiup angin. Bersatu rupanya keluar dari Tanjung Rengas itu, seperti kawan semut beriring-iring rupanya. Maka gemuruhlah bunyi bahananya, tempik sorak suara rakyat antara kedua pihak itu berdayung, bercampur dengan bunyi-bunyian, gegak-gempita bahananya.
Maka kelihatanlah kenaikan Seri Teri Buana bernyala rupanya, berseri rupa alat perhiasan, menyusup rupanya datang. Maka Menteri Bupala pun hadirlah dijambatan dengan segala menteri sida-sida, bentara menanti. Maka kenaikan Seri teri Buana pun terkepillah di jambatan berkembar dengan perahu Demang Lebar Daun. Maka Menteri Bupala pun mengepilkan gajah menyambut baginda turun, maka baginda pun naiklah ke atas gajah, Demang Lebar Daun mengepilkan gajah baginda.
Syahadan di Bintan gajah memangku puan baginda, dan Demang Mangku Raja, saudara Demang Lebar Daun, menyandang pedang Badram Belawa, dengan segala penjawat baginda berjalan dihadapan gajah baginda. Menteri Bupala memegang gading kanan, Aria Bupala memegang gading kiri. Maka payung iram-iram kerajaan putih pun berkembanglah empat, serta cogan kerajaan panji-panji pun berdirilah. Maka diarak oranglah baginda masuk kedalam kota Bintan dengan segala bunyi-bunyian diiringkan oleh segala menteri hulubalang kedua buah negeri itu, terlalu sabur rupanya. Mereka yang melihat bersesak bertindih-tindih sepanjang pasar itu. Maka disuruh arak oleh Wan Seri Beni langsung sekali kedalam, maka diaraklah orang masuk kedalam balai rong sekali, terkepil diatas diatas balai rong dalam.
Maka Demang Lebar Daun dengan Menteri Bupala segera menyambut baginda, maka baginda berjalanlah di seri balai, naik langsung semayam di atas singgahsana Raja Ishar Syah, ayahanda Wan Seri Beni. Syahadan Wan Seri Beni pun telah semayam di seri penghadapan dihadapan sekelian isi istana dan segala isteri Orang Besar-besar. Maka Demang Lebar Daun pun di atur bertimbalan dengan Aria Bupala, dan yang lain daripada itu masing-masing kepada peraturannya, penuh pepak (penuh lengkap) mengadap Seri Teri Buana di balairung.
Jadi Anak Angkat Raja Perempuan Bintan
Maka puan (tepak sirih) daripada Wan Seri Beni pun dipersembahkan bentaralah kepada Seri Teri Buana. Maka titah Wan Seri Beni, “Ya anakku tuan, santaplah sirih bonda yang tiada dengan sepertinya. Besarnya untung bonda, tuan datang ke negeri ini, dan kerajaanlah tuan di sini, bonda pun tiada empunya anak, tuanlah anak bonda, dan tuanlah yang empunya negeri Bintan ini dengan segala bala tenteranya, bonda berikan kepada tuan, mana perintah tuanlah akan bala tentera tuan, akan segala alat kerajaan bonda kepada tuanlah bonda salinkan”. Maka baginda pun menyuruh menghiasi istana bonda baginda, Puteri Iskandar Syah, dengan selengkap alat perhiasan yang keemasan, bertatahkan ratna mutu manikam. Maka baginda menyuruhkan isteri Menteri Bupala dengan segala isteri Orang Besar-besar menjemput Raden Ratna Cendera Puri usungan emas berpermata, berkhemah badar sila, bertabir dewangga pirang.
Maka pergilah isteri Menteri Bupala bertandu mengiringkan usungan emas itu dengan isteri Orang Besar-besar, diikuti segala pegawai serta dengan alat senjatanya. Setelah sampai, maka isteri Menteri Bupala dengan segala yang bersamanya itu pun turunlah kepada kenaikan Seri Teri Buana, mendapatkan Raden Ratna Cendera Puri. Setelah bertemu maka sekeliannya duduk menyembah serta dengan berkenan memandang baginda, terlalu baik parasnya, sedap manis barang lakunya.
Maka sembah isteri Menteri Bupala, “Tuanku, paduka bonda empunya salam, tuanku dipersilakan paduka bonda naik ke istana. Maka ujar Raden Ratna Cendera Puri, “Titah duli paduka Suri itu hamba junjunglah, hamba lagi menanti raja turun mengadap duli baginda”. Maka sembah isteri Menteri Bupala, “Sudah maklum tuanku, paduka kekanda, paduka bonda menitahkan patik sekelian mengadap, persilakan dulu tuanku”.
Maka tengah berkata-kata itu, Demang Lebar Daun pun datang dititahkan Seri Teri Buana, mengambil anakandanya. Maka Raden Ratna Cendera Puri pun naiklah ke atas usungan, bersama-sama isteri Menteri Bupala dan bondanya, yang lain dari itu masing-masing berjalan di tanah dengan segala inang pengasuh, dayang-dayang dan mendara perwara (gadis-gadis pengiring pemaisuri). Adalah Raden Ratna Cendera Puri terlalulah ramai berjalan mengiringkan usungan itu masuk ke dalam. Setelah sampai istana Wan Seri Beni, maka Raden Ratna Cendera Puri pun turunlah, naik ke istana diiringkan sekelian yang berserta dengan baginda itu.
Setelah Wan Seri Beni melihat anakanda baginda itu, maka baginda pun bangkit dari atas petarana menyambut tangan Raden Ratna Cendera Puri, dibawa semayam bersama-sama di atas peterana itu. Maka Raden Ratna Cendera Puri pun tunduk menyembah duli Wan Seri Beni maka dipeluk dicium baginda serta berkenan memandang rupa dan laku Raden Ratna Cendera Puri itu, maka jatuhlah hati baginda terlalu kasih. Maka diperjamu bagindalah denga segala nikmat dan dipersalin dengan pakaian Raja-Raja yang keemasan, bertatahkan ratna mutu manikam. Maka baginda sendiri menghantarkan Raden Ratna Cendera Puri ke istana bonda baginda, Puteri Iskandar Syah. Setelah itu baginda pun kembali ke istana sendiri.
Maka diceritakan oleh orang yang empunya cerita, adalah Seri Teri Buana akan kerajaan di Bintan ditabalkan oleh Wan Seri Beni dan dinobatkan. Segala menteri hulubalang bala tentera Bintan dan Pelembang mengadap nobat baginda. Betala lah menbaca cirri, gelar baginda Seri Teri Buana juga. Demang Lebar Daun dijadikan oleh Wan Seri Beni, Bendaharanya. Menteri Bupala dan Aria Bupala menjadi Menteri dan Penghulu Hakim. Demang Mangku Raja dititahkan Seri Teri Buana pulang ke Pelembang menjadi kerajaan di hulu. Kata sahibul hikayat ialah asal Raja Pelembang yang ada sekarang ini. Hatta maka tersebutlah anak cateria (hulubalang) China yang tinggal di negeri Belambang Majud, terlalu baik parasnya. Maka ia tiada juga duduk di dalam negeri itu, lalu ia pergi pergi ke Pelembang. Maka oleh Demang Mangku Raja, dipersembahkan ke Bintan, ke bawah duli Seri Teri Buana. Maka oleh baginda didudukkan (dikahwinkan) dengan Puteri Tanjung Buih dan tinggal di Bintan.
Maka negeri Bintan makmurlah selama Seri Teri Buana kerajaan itu., sampailah kepada dua tahun baginda di atas kerajaan Bintan.
Pada suatu hari, baginda berkira-kira hendak membawa isteri baginda bermain-main ke Bengkilau. Maka baginda menyuruhkan Aria Bupala mengadap bonda baginda, Wan Seri Beni, titah baginda,”Katakan sembah hamba kepada bonda, bahawa hamba hendak membawa perempuan bermain-main ke Bengkilau”. 
Maka Aria Bupala pun menyembah, lalu masuk mengadap Wan Seri Beni, mempersembahkan seperti titah Seri Teri Buana itu.


(bersambung ke bahagian yang ke tiga)









DULI YANG MAHA MULIA SERI MAHARAJA ALAM JOHAN BERDAULAT
PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH
Raja Kesultanan Melaka Darul Islam-Perak Ke-22 (1851-1857).,PPJP(Juble Perak Selangor D.Ehsan)1985.,D.K.(Darjah Kerabat Karaton Hadiningrat Yang Amat Terbilang)2008.,D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran : Pangeran Santana)2010.,D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Raja Kesultanan Indragiri)2013.,Surat Pengitirafan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Ref:Sigl.Boe/Royal.Appointment.8888888892/Unversal.Trust Rating.Certification (Sebagai Pewaris Sah Takhta Raja Kesultanan Melaka Darul Islam)2013.,Dinobatkan (Sebagai Penaung Raja-Raja Nusantara di Karaton Glagah Wangi Demak)2014.,Dinobatkan (Sebagai Yang Maha Utama Sri Amantubillah Raja Kesultanan Mempawah)2014.,Dinobatkan (Sebagai Seri Maharaja Alam Johan Berdaulat-Acheh Darussalam)2016.
SULTAN MALAKA YANG BERDAULAT JUGA DISEBUT 'MALACCA' YANG DIPERTUAN GABUNGAN TIGA NEGARA MALAKA DARUL ISLAM-RIAU-ACHEH DARUSSALAM


YBHG.DATO’ SERI PADUKA HJ AB LATIFF BIN HJ.DAUD
DKSM.,DKPM.,SPMM(Melaka Darul Isialm)2005-2013.,
AMP,DMP(Karaton Surakarta Hadiningrat Indonesia).,
ORANG BESAR DELAPAN
Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan (Melaka Darul Islam) AMN.,PJK.
JAWATAN
SETIAUSAHA SULIT KANAN KEPADA:
KEBAWAH : D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM.,AHLI 
MAJLIS TERTINGGI RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM.

RAJA   KESULTANAN   MELAKA
Nama  dan  Isu  Raja Kesultanan Melaka tiba-tiba muncul kembali dan mula disebut-sebut semula oleh publik-umum, khususnya rakyat di Malaysia yang perihatin mengenai hal nasib bangsa mereka..  Ia muncul semula  dalam perbualan,  dalam masyarakat secara tiba-tiba.  Isu kemunculan individu yang bernama Raja Noor Jan Shah  yang mengaku dan mengistiharkan dirinya sebagai  pewaris jati-mutlak Sultan Melaka yang ke 44 ini telah menggemparkan seluruh negara dan Nusantara.  Kemunculan Tuanku secara resmi-terbuka dan gentlemen ini berlangsung di Dewan Komuditi, Gombak, Selangor Darul Ihsan.   Saat-ketika-peristiwa yang amat bersejarah ini adalah berlaku  pada l3hb. November, 2005.
Peristiwa munculnya kembali waris-mutlak Kesultanan Melaka ke 44 ini adalah  bagai-seperti sirih pulang ke gagang, dan ibarat sirih pulang ke tampok. Ini adalah kerana tuntutan dan perisytiharan Tuanku  sebagai pewaris jati-mutlak Sultan Melaka ke 44 adalah begitu  kena, begitu tepat  dengan masa terkini dimana orang Melayu sedang tertunggu dan tercari-cari kepimpinan baru yang dapat menaikkan semula imej bangsa Melayu dan Agama Islam.
Rupa-rupanya,  dan dalam senyap-diam; Tuanku telah merancang dan memulakan langkah bijaksana baginda.  Tuanku telah pun menghantar secara resmi sepucuk warkah-surat  diraja dan surat perisytiharan diri sebagai Sultan Melaka ke 44  kepada pelbagai pihak yang berwajib-berkuasa, yang sepatutnya tahu dan seterusnya mestilahmengambil langkah - tindakan yang sepatutnya. Warkah-surat utusan diraja bagi pehak Tuanku telah dikirim-hantar kepada Raja Yang DiPertuan Agong Malaysia pada ketika itu, iaitu  Tuanku Syed Putera  Jamalullail. Melalui warkah ini, Tuanku telah membukti-memperincikan Salasilah Keturunan baginda sejelas-jelasnya dan secara yang tersusun rapi.  Salasilah yang tepat jelas ini pasti tidak akan dapat dinafikan oleh pakar-ahli sejarah akan keabsahan-kesahihannya. Justeru itulah Tuanku berani mengistiharkan diri “bahawa baginda adalah individu atau orang  yang benar-benar mempunyai hak waris-mulak, yang sepatutnya  diisytiharkan sebagai Sultan Melaka ke 44”.
 Warkah Tuanku itu juga telah menegaskan bahawa “permohonan dan tuntutan baginda bukanlah untuk mencabar atau memecah-belahkan keadaan-suasana  beraja yang sedia ada,  tetapi adalah untuk membolehkan baginda mendapatkan kembali hak keturunan  baginda yang telah lama terpinggir. 
Warkah Tuanku itu juga  telah menyertakan, telah mengemukakan senarai-susunan Salasilah Keturunan baginda yang selengkapnya. Salasilah ini nampaknya memang benar-benar dapat dibukti-dipertanggungjawabkan.
Warkah Tuanku juga telah menyenaraikan,  lengkap dengan lampiran gambar-gambarnya sekali mengenai perkara pemilikan dan milik pusaka-mempusakai berbagai-jenis alat-alat kebesaran Kerajaan Melayu Melaka yang silam.  Alat-alat ini adalah peninggalan-pusaka yang pernah diguna-pakai oleh Sultan Ahmad Shah, Sultan Melaka yang ke-9, iaitu Sultan Melaka yang terakhir (1516-1528).
Warkah Tuanku juga menyertakan maklumat dan gambar Keris Tameng Sari  yang  pernah diguna pakai oleh Laksamana Hang Tuah, hulubalang utama-terbilang dizaman Kesultanan Melaka dimasa silam.
Warkah Tuanku juga melampirkan maklumat dan gambar-gambar satu lagi alat kebesaran Diraja Kesultanan Melayu Melaka iaitu  sepasang Keris Bedut. Dengan pemaparan  ini, ianya pasti  dapat mengukuhkan lagi tuntutan baginda Tuanku.  Pada keris ini tertera dengan jelasnya melalui penggunaan huruf ukiran jawi yang berbunyi ‘Ahmad bin Mahmud 1517’.  Ahmad bin Mahmud tentulah bermaksud Sultan Ahmad Shah,  putera sulung Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ke 8.  Manakala “1517” pula, adalah bermaksud sebahagian dari tahun-tahun  Sultan Ahmad yang dapat memerintah semula Melaka setelah mengambilnya semula dari tangan kuasa Portugis pada tahun 1516.
Tuanku juga melampirkan sama maklumat dan gambar-gambar pusaka pemakaian bagi  DYMM  Raja Permaiuri Kesultanan Melayu Melaka iaitu sebuah Mahkota Permaisuri dan Kalong Berbintang Lima.
Surat  resmi pertama yang menyatakan kemunculan kembali zuriat keturunan Sultan Melaka ke 44 telah dihantar kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (Rujukan – 478 / IKSM/ 2006), bertarikh 17 hb. November 2005 iaitu hari keempat setelah Tuanku selesai mengadakan Istiadat Penganugerahan Gelar Adat kali pertama; bertempat di Dewan Komuditi, Gombak, Selangor.  Isi surat ini menegaskan lagi bahawa tuntutan dan peristiharan Tuanku sebagai Sultan Melaka ke 44 bukanlah untuk menggugat kedudukan Raja-Raja yang telah sedia ada, malah berjanji tidak akan menganggu  negeri-negeri yang telah sedia ada Raja.
Tuanku  adalah Bija Nigara, Bija Mantera dan Bija Benih yang merupakan benih-benih Raja yang telah mewujudkan, meninggalkan dan mewariskan peristiwa pembukaan negeri-negeri dan juga negara. Oleh itu baginda hendaklah dimasyurkan, diwarwarkan mengenai kedudukannya yang berkaitan sejarah yang sebenar. Pemasyhuran ini perlu supaya segala yang kusut-tersimpul akan terungkai dan yang tersimpul akan terlerai. Semua ini adalah untuk kesejahteraan bangsa Melayu di Alam Melayu.
Tuanku Sultan Ahmad Shah @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A. M. Raja Tuah Shah adalah waris-mutlak Keturunan Raja Kesultanan Melayu Melaka yang ke 44. Bermula daripada Sultan Parameswara Iskandar Shah Sultan Melaka pertama
Persoalannya sekarang ialah   mengapa Tuanku  Raja  Noor  Jan Shah Ibn Al-Marhumm Raja Tuah Shah  dengan seriousnya  menuntut  untuk menjadi Sultan Melaka  ke 44?  Kemudian, benarkah tuntutan baginda itu?  Kalau benar, maka patutkah ianya disokong dan diberi  laluan oleh semua pehak?.
Bagi saya,  Raja Noor Jan berhak-patut berbuat sedemikian adalah kerana sememangnya darah yang mengalir ditubuh baginda adalah titisan benih-benih dari darah raja-raja Kesultanan Melayu Melaka.  Untuk membuktikan kebenarannya, maka marilah kita kaji susur-galur, salasilah jurai keturunan baginda.
Raja Noor Jan adalah putera kepada   Y.A.M. Raja Tuah ibni  al-marhum Raja Muhammad  Lajim.  Raja Muhammad  Lajim pula adalah putera kepada Raja Alang Abdul  Rahman iaitu anakanda pula kepada Sultan Abdullah Muhammad Shah I;  iaitu Sultan Perak ke 22 (yang memerintah Negeri Perak 1851-1857).  Baginda ini pula adalah putera  kepada Raja Kecil Abdul  Rahman ibn Al-Marhum Sultan Ahmaddin Shah, iaitu Sultan Perak ke 18.

Ketika  baginda (Sultan Abdullah Muhammad Shah I) berkuasa, baginda bersemayam di Durian Sebatang, Hilir Perak.  Baginda memperisterikan Raja Syarifah Ngah Aminah bte Raja Alang Rawin. Baginda  mempunyai  beberapa  orang  putera   iaitu  pertama,  Raja  Lop  Yusof  ( Sultan  Yusof  Syariffuddin  Muzaffar Shah),  kedua :  Raja  Sulaiman  (yang  mangkat  di Ligor),  ketiga:  Raja  Alang  Abdul  Rahman .  Kemudian yang keempat:  Raja  Pandak  Budak  Rasul. 
Dengan  susunan-rantaian  salasilah  keluarga  yang dipaparkan di atas, maka terbuktilah  bahawa  Tuanku  Raja  Noor  Jan Shah  adalah titisan darah keturunan dari   Sultan Perak ke 22  yang jelas lagi sah.

Namun persoalannya, mengapa  selepas  pemerintahan moyang baginda iaitu Sultan Abdullah  muhammad  Shah 1 (1851-1857), anak-cucu keturunan baginda tidak menyambung  atau meneruskan  susunan-rantaian  Kesultanan Perak yang ke 23?.   Ini adalah disebabkan   berlakunya   rampasan  kuasa/ kudeta/ coup d’etat  dan peperangan  keluarga  Diraja  di  Perak pada tahun  l956.  Peperangan itu ialah peperangan  di antara Sultan  Abdullah Muhammad Shah 1  dengan  Bendahara  Negeri  Perak  pada  ketika  itu iaitu anak buah baginda sendiri  yang  bernama  Raja Ngah Jaafar (Marhum  Waliullah).  Raja Ngah Jaffar adalah seorang daripada putera kepada Raja Ahmad Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Malek Mansur Syah.
Oleh kerana tewas,  Sultan  Abdullah Muhammad Syah I terpaksa  beralah dengan meninggalkan istana  baginda  di Durian  Sebatang.  Baginda  melindungkan  diri  di rumah  pangllimanya Datuk  Laksamana  Tok  Janggut  (Panglima Pancung Tak Bertanya).  Ketika inilah Raja Ngah Jaafar mengambil  kesempatan menggelari dirinya  sebagai “Sultan Perak”   Namun,   beliau diakui sah.

Persoalan  mengenai  layakkah Raja Noor Jan menuntut dan mengistiharkan dirinya sebagai  waris-mutlak  kesultanan Melaka ke44:
Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa mulai Sultan Perak ke 23 hingga Sultan Perak 34; bahawasanya  zuriat  Raja Kesultanan  Melaka  di Perak  tidak lagi setulen  kedudukan Sultan Perak Pertama  hingga ke 22.   Sultan Perak Pertama  iaitu Sulltan Muzaffar Syah I  adalah titisan benih- zuriat Sultan Mahmud Syah  (Sultan Melaka ke 8).  Baginda adalah putera Sultan Mahmud Syah  dari permaisuri  Onang Kening (puteri Sultan Muhammad, Sultan Pahang yang pertama).  Dari Sultan Muzaffar Syah I  (iaitu Sultan  Perak Pertama) sehingga Sultan Muhammad Syah 1 ( iaitu Sultan Perak ke 22)  adalah titisan benih-zuriat  Raja Kesultanan Melayu  dari  Melaka yang tidak terputus.

Secara  rengkas dipaparkan di sini nama Sultan-sultan Perak  yang  berasal  dari keturunan  Sultan Mahmud  Shah ( Sultan  Melaka  ke 8 - 1488-1511) iaitu dari  Sultan Perak pertama (1)  sehingga Sultan Perak ke 22.  Pertama  (1)  Sultan Muzaffar Shah  1  (Marhum Tanah Abang);  1528-1549.     2.  Sultan Alauddin Shah (1):  1549-1577    3.  Sultan Ahmad Tajuddin Shah  (Marhum Muda):  1577-1584    4.  Sultan Tajul  Ariffin (Mangkat di Tebing):  1584-1594    5. Sultan Alauddin Shah (Marhum Mangkat di Darat): 1594-1603    6.  Sultan Mukaddam Shah (Marhum di Aceh): 1603-1619   7. Sultan Mansur Shah (II):  1619-1627   8. Sultan Mahmud Shah (Marhum Pulau Tiga): 1627-1630   9.  Sultan  Salehuddin Shah (Marhum  mangkat  di  Kampar):  1630-1635   10.  Sultan  Muzaffar Shah (II), (Marhum  Jalilullah)   11.  Sultan  Mahmud  Iskandar Shah (Marhum Besar Aulia Allah): 1653-1720   12.   Sultan Salehuddin Mughayat Shah (Marhum Sulong): 1720-1728   13.  Sultan Muzaffar Shah (III),    (Marhum Haji  Allah): 1728-1756   14.  Sultan Muhammad Shah (Marhum Amirullah): 1742-1743   15.  Sultan Iskadar Zulkarnain (Marhum Kahar): 1756-1770   16.  Sultan Muhammad Shah (Marhum Muda): 1770-1778   17.  Sultan  Alauddin Mansur Shah Iskandar  Muda (Marhum Sulong): 1778-1806   18.  Sultan  Ahmaddin Shah (Marhum  Bongsu): 1786-1806   19.  Sultan Abdul Malek Mansur Shah (Marhum  Jamalullah): 1806-1825   20.  Sultan Abdullah  Muazzam Shah (Marhum Khalilullah): 1825-1830   21.  Sultan Shahbuddin Riayat Shah (Marhum  Safiullah): 1830-1851   22.  Sultan Ahdullah Muhammad Shah (I) (Marhum Durian  Sebatang): 1851-1857

MAJLIS ADAT ISTIADAT 
RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM




GAMBAR (13 NOVEMBER 2005) MERAKAMKAN :-
D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH, DENGAN DIIRINGI PARA PEMBESAR DAN DATUK PANGLIMA LAKSAMANA DIRAJA MELAKA MEMASUKI DEWAN PUSAT KOMUNITI GOMBAK, TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR.

MENYEMPURNAKAN MAJLIS ADAT ISTIADAT PENGANUGARAHAN WATIKAH GELAR ADAT KALI PERTAMA (1) PADA 13 NOVEMBER 2OO5 YANG PENUH GILANG GEMILANG DAN BERSEJARAH.

D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH MENGANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN,BINTANG DAN PINGAT SERTA GELARAN DATUK, TEPAT DAN TIDAK BERTENTANGAN DENGAN NASAB, SALASILAH, ADAT, RESAM, TAMADUN TITAH BAGINDA SULTAN.

ANUGERAH
DARJAH KEBESARAN,BINTANG DAN PINGAT
1. KELAS PERTAMA (1)
DARJAH SERI PADUKA MAHKOTA MELAKA (S.P.M.M.
SULTAN AHMAD SHAH II MELAKA
YANG MEMBAWA GELARAN : DATUK SERI PADUK
2. KELAS KEDUA (2)
DARJAH PADUKA MAHKOTA MELAKA (D.P.M.M.)
SULTAN AHMAD SHAH II MELAKA
YANG MEMBAWA GELARAN : DATUK PADUKA
3. KELAS KETIGA (3)
DARJAH KURNIA PERKASA MELAKA (D.K.P.M.)
SULTAN AHMAD SHAH II MELAKA
YANG MEMBAWA GELARAN : DATUK
4. KELAS KEEMPAT (4)
DARJAH KURNIA SETIA MELAKA (D.K.S.M.)
SULTAN AHMAD SHAH II MELAKA
YANG MEMBAWA GELARAN : DATUK
ANUGERAH 
DARJAH KEBESARAN,BINTANG DAN PINGAT
BERDASARKAN JASA,BAKTI,SUMBANGAN DAN KOMITMEN YANG DIBERIKAN KEPADA RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA MAKA WAJARLAH DIKURNIAKAN GELARAN TERSEBUT KEPADA YANG BERKELAYAKAN


















___________________________________________________________________


ISTANA KUNING SERI MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM














MAJLIS TERTINGGI  LEMBAGA ADAT ISTIADAT DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM

01.Dato' Seri Paduka Ab Latiff Bin Haji Daud
02.Dato' Abdull Rahman Bin Yaacob
03.Datuk Paduka Abu Karim Bin Saad
04.Datuk Paduka Abdul Rani Bin Kulup Abdullah
05.Datuk Hazizi Ikhwan Bin Zama'at
06.Datok Azimi Bin Saad
07.Datok Abdul Jalil Bin Abdul Rahman
08.Datok Ahmad Zunaidi Bin Daud
09.Dato' Seri Paduka Hamidon Bin Ramudin
10.Datok Abdul Latif Bin Zakaria

DARJAH KEBESARAN  
DATUK KERNIA SETIA DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM

01.Datuk Faat Bin Isral
02.Datuk Jamilah Binti Jobfri
03.Datok Noraini Binti Rais
04.Datok Mohd Fauzi Bin Anang
05.Datuk Maznah@Zainun Binti Harun
06.Datuk Jabar Bin Sudin
07.Datuk Paduka Abdul Rani Bin Kulup Abdullah
08.Datuk Shafie Bin Adrus
09.Datok
________________________________________________________________________________

                             


PERLANTIKAN PENGAWAL ISTANA SERI KUNING DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
PANGLIMA LAKSAMANA DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
1.Datok Surpina Bin Bidin
2.Datok Hamdan Bin Wahab
3.Datok Firdaus Bin Zainal Abiddin
4.Datok
5.Datok

 PANGLIMA DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
1.Datok Farid Bin Zainal Abddin
2.Datok Suhaimi Bin Marjuni
3.Datok Ahmad Sayuti Bin Rah
4.Datok 
5.Datok

KETUA HULUBANG DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
1.Muhammad Adam Bin Majit
2.
3.
4.
5.

HULUBALANG KECIL DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
01.Muhammad Adam Bin Majit
02.Muhammad Adnan Bin Majit
03.Muhammad Nazrin Bin Ibrahim
04.Mohammad Azrul Bin Masron
05.Mokhzani Aris Bin Masron
06.Muhammad Ridzuan Bin Kamarudin
07.Mohamad Faizal Bin Sofyan
08.Mohammad Syafiq Bin Sharin
09.Muhammad Hafiz Bin Hassan
10.Muhammad Asyraf Bin Jaafar
11.Amiruddin Bin Roslan
12.Norizwan Bin Kamaruddin
13.Mohd Shaari Bin sharin
14.Radin Bahtiar Bin Alip
15.Muhammad Fikri Bin Razali
16.Muhamad Norsyeddin Bin Akasah
17.Muhammad Muaz Bin Abdullah
18.Muhammad Azmi Bin Fandi
19.Mohd Nor Helmy Bin Hamzah
20.Muhammad Amirul Bin Masrom
21.Muhammad Fairuz Bin Ali
22.Muhammad Azif Bin Ali
23.Muhammad Firdaus Bin Johari
24.Muhammad Amir Bin Jaafar

INANG (KETUA DAYANG)DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
01.
02.
03.
04.
05.

DAYANG DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
01.
02.
03.
04.
05.
06.
07.
08.
09.
10.

PAWANG DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
01.Datok Megat Sabor Bin Megat Simpul (Meninggal Dunia)
01.Datok Muhamad Saleh Bin Jaafar (Meninggal Dunia)
02.Datok Fauzi Bin Anang
03.Datok Muhammad Fauzi Bin Wahab
04.Datok
05.Datok
06.Datok 
07.Datok

BENTARA DALAM DAN BENTARA LUAR DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM
01.Datok Sukor Bin Perwi
02.Datok Yahya Bin Abdullah
_________________________________________________________________________________

ANUGERAH DARJAH KEBESARAN,BINTANG DAN PINGAT ISTANA KUNING SERI MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM

SENARI PENERIMA BINTANG MANGKU DIRAJA MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM (BMA)
01.Encik Roslan Bin Ariffin
02.Encik Rashid Bin Ariffin
03.Datin Mariam Binti Yohana
04.Encik Mohd. Ridhuan Bin Ismail
05.Datin Paduka Kasmiah Binti Khamis
06.Kapt(B) Mohamed Ismail Bin Haji Hassan
07.Encik Rama Vishu A/L subramaniam
08.Encik Mohd. Hazlan Bin Mohd. Hanaffi
09.Encik Khairul Azhar Bin Hamidin
10.Puan Nurhayati Binti Abdul Rahim
11.Dato' Kwon Beang Ha
12.Datin Rozilawati Binti Samsudin
13.Cik Sim Wee Ling
14.Puan Liew Lye Heng
15.Datin Rohana Binti Hassan
16.Datin Zahani Binti Abu Bakar

SENARAI PENERIMA BITANG SETIA DIRAJA MELAKA SULTAN AHMAD SHAH II MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM (BSA)
01.Md Saad Bin Yahya
02.Datok Ariff Fadzilla Bin Sabri
03.Ahmad Sayuti Bin Rah
04.Mohd Shzril Bin Abdul Kader
05.Che Mansor Bin Mohamad Isa
06.Muhammad Suhairi Bin Abdul Rahim
07.Datin Suriati Binti Md Noh
08.Mohd Shakir bin Mohd Ezmi

SENARAI PENERIMA PINGAT SETIA DIRAJA MELAKA SULTAN AHMAD SHAH (II) MELAKA- MELAKADARUL ISLAM (P.M.A)
01.Khairul Nizam Bin Abdul Hamid

SENARAI PENERIMA PINGAT SETIA DIRAJA MELAKA SULTAN AHMAD SHAH (II) MELAKA-MELAKA DARUL ISLAM (P.S.A)
01.Muhammad Adam Bin Majit
02.Mohd Fazul Bin Mohd Nor

_________________________________________________________________________



PERINGATAN NASIHAT 
KEPADA ORANG-ORANG  YANG BERKETURUNAN

SYAIR NASIHAT DARI NENDAMU
KEPADA SEMUA KETURUNAN RAJA BUGIS

SYAIR BUAT KAUM KERABAT

SEDARLAH KAMU WAHAI KERABAT DIRAJA,
JANGANLAH LALAI DAN LEKA PERJUANGAN
KITA HAMPIR TIBA,
JANGAN TERPERDAYA NIKMAT DUNIA BANGUNLAH
KITA DENGAN SEGERA.

SELAGI KITA MEMPUNYAI NYAWA DEKATI DIRI MENGENAL DIRI,
JIKA NYAWA TERPISAH LARI TIADA JALAN UNTUK KEMBALI.

HIDUPKANLAH  PINJI-PANJI HITAM YANG HAMPIR HILANG DARI PANDANGAN,
SEKIRANYA KITA TIDAK KEHADAPAN HAMCURLAH AGAMA DARI ALAM.

PENGARANG  TAUFAT  AL-NAHFIS)
RAJA  ALI HAJI


SYAIR KE-2 NASIHAT DARI NENDAMU 
KEPADA SEMUA  KETURUNANNYA

AYUHAI SEGALA  ANAK  CUCUNYA,
HENDAKLAH INGAT DATUK NENEKNYA,
SERTA  FIKIRKAN FI’IL LAKUNYA,
HENDAKLAH DIKUT SEMBARANG DAPATNYA,
JANGANLAH  MALAS ZIARAH KUBURNYA,
TIAP –TIAP JUMAAT ATAU BULANNYA,
JIKA  JAUH AKAN TEPATNYA,
SETAHUN  SEKALI JIKA MUDAHNYA.

JIKA SUNGGUH  UPU NENEK  MOYANGMU,
FATIHAHKAN DIA JANGANLAH JEMU,
SERTA DENGAN  KENDURI  DAN JAMU,
BARANG  YANG  DAPAT ATAS  USAHAMU.

SEBAGAI  LAGI NASIHAT NENDA,
KEPADA  SEGALA  SANAK SAUDARA
SERTA  KEPADA  ANAK CUCUNDA,
SALASILAH INI HENDAKLAH ADA,
TIAP-TIAP SEORANG MENARUH SENDIRI,
TIDAKLAH  HILANG  BANGSANYA  SENDIRI, 
SUPAYA TIDAK SUSAH  HENDAK MENCARI,
ASAL-USUL KITA DEMIKIAN PERI.

PENGARANG  TAUFAT  AL-NAHFIS)
RAJA ALI HAJI


DISESUAIKAN
D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II MELAKA