SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

Thursday 30 May 2013

Exklusif : Bukti Raja Azlan bukan seorang Raja yang betul

Oleh: Uncleseekers 111



Siri kali ini akan cuba menjawab dua persoalan yang ditimbulkan oleh Malaysiacrisis.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak yang unik mengundang banyak perang saudara dan perebutan takhta oleh waris-waris Sultan. Dan antara mereka yang menuntut takhta, seorang yang nampaknya lebih cerdik ialah Raja Noor Jan Shah. Beliau tidak merebut takhta Kesultanan Perak, sebaliknya menabalkan diri sebagai Sultan Melaka iaitu negeri yang tidak mempunyai raja! Faktanya jelas, Kesultanan Perak adalah kesinambungan kepada Kesultanan Melayu Melaka, jadi beliau menuntut ditabalkan sebagai Sultan Melaka.

KU Ann@Tengku Amran bukan mahu menuntut takhta Kesultanan Perak. Apa yang diminta hanyalah pengiktirafan bahawa beliau adalah waris Kesultanan Perak, malah apa yang diminta oleh Ku Ann hanyalah elaun dan pencen yang merupakan haknya. Dan untuk menuntuk hak itu, maka Ku Ann perlu membuktikan bahawa dia adalah waris sah Kesultanan Perak.

Dalam siri (8), Ku An telah membuktikan salasilah beliau dan juga membuktikan bahawa salasilah yang ada dalam simpanan istana telah diubah suai.

Bukan itu saja, Raja Noor Jan juga menerima Darjah Kerabat oleh Pakoe Boewono XIII di Surakarta
Kalau Darjah Kerabat dan gelaran diraja dijadikan ukuran sama ada seseorang itu benar-benar diiktiraf sebagai pewaris raja, maka Ku Ann juga memiliki Darjah Kerabat, malah berhak memakai gelaran “Yang diPertuan” yang dianugerahkan oleh Istana Pagar Ruyung.


Apa yang menarik dengan tulisan Malaysiacrisis ialah tentang keunikan sistem pewarisan Kesultanan Perak dan kami amat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Oleh kerana begitu ramai yang menuntut hak dan mengaku kerabat, maka satu satu sistem piawaian perlu dicipta untuk memastikan seseorang itu benar-benar kerabat diraja.

Dalam setiap pertabalan Raja atau Sultan, seringkali kita membaca tentang “Pertabalan yang penuh dengan adat istiadat.”.
Adat istiadat ini pula sering dikaitkan dengan roh dan jin dan barangsiapa yang gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh jin ni, maka dia akan gagal dalam proses pertabalan tersebut. Dalam proses pertabalan ini, Pawang Diraja memainkan peranan yang cukup luas.
Salah satu adat ketika pertabalan ialah mengunjungi Makam Tok Temong dan membaca ikrar untuk memerintah dengan adil dan saksama.
Tok Temong @ Puteri Badariah bt Alang Mohamad berasal dari Acheh, Sumatera memerintah Daerah Temong, Kuala Kangsar pada tahun 1577. Pada tahun 1595, Tok Temong menyerahkan kuasanya kepada Muzafar Shah berserta seniji Geliga Embun sebagai kebesaran negeri memandangkan Muzafar Shah adalah anak saudaranya. Tok Temong mangkat pada tahun 1663 dan disemadikan di Kampung Temong,
Kuala Kangsar.


Sebagai salah satu adat istiadat yang perlu dilakukan, maka Raja Azlan Shah perlu menziarahi Makam Tok Temong tetapi apakah makam yang diziarahi semasa pertabalan itu makam Tok Temong ataupun makam orang lain?

Makam Tok Temong diketahui dan di akui oleh kerabat diraja dikawal oleh jin. Mereka yang bukan kerabat diraja tetapi mahu mengaku raja akan menerima musibah sekiranya cuba menipu dimakam Tok Temong.
 
Untuk mengelak daripada sesuatu kejadian yang memalukan berlaku, maka Azlan Shah telah mengadakan upacara tersebut ditempat lain yang bukan makam Tok Temong walaupun dikhabarkan kepada rakyat bahawa Azlan Shah telah pun menjalani adat istiadat tersebut.



Manakala Makam Tok Temong sebenarnya ialah seperti gambar dibawah.
 

Bagaimana pula dengan adat bersiram?
Dalam Malaysiacrisis ditunjukkan adat bersiram di pentas persada dilakukan dengan adat istiadat. Adat bersiram yang dimaksudkan oleh Ku Ann ialah adat bersiram di Beting Beras Basah,yang disempurnakan oleh Pawang Diaraja dipentas yang disediakan secara turun temurun, bukan diatas pentas yang yang dibuat seolah-olah untuk majlis keraian.

Monday 13 May 2013

PENGIKTIRAFAN DARI KERAJAAN ASAL RAJA RAJA MELAYU DI MALAYSIA

SULTAN BERDAULAT BERJIWA RAKYAT



D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH
PUSAKA TAHTA
 DYMM PADUKA SERI SULTAN MUHAMMAD SHAH (1)
(Marhum Durian Sebanat) Sultan Perak Ke-22 (1851-1857)
P.P.J.P, (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985,
D.K (Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat)2008,
D.K.T. (Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran : 
Pangeran Sentana)2010
Muncul Secara Rasmi Dimasyhurkan Pada 13 November 2005
SULTAN MELAKA DARUL ISLAM 
DAN 
PERAK DARUL RIDZUAN KE-35


PERHATIAN PENTING : 

BETA RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH DENGAN INI MENGELUARKAN TITAH PERINTAN KE ATAS SULTAN AZLAN SHAH SUPAYA TURUN TAKHTA SECARA TERHORMAT SEBAGAI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN KE-34.

DENGAN INI DIHARAP PIHAK YANG BERKENAAN DAPAT MENYUSUN DAN MEMBERI LALUAN KEPADA BETA UNTUK DIISTIHARKAN SEBGAI SULTAN PERAK KE-35.

TUNTUTAN INI DIBUAT BERDASARKAN KEPADA HAK YANG SEBENARNYA.SETELAH SEKIAN LAMA BETA MEMDIAMKAN DIRI TAPI NAMPAKNYA KEBENARAN TENTANG HAK YANG SEBENAR DIPERMAINKAN

NEGERI PERAK ADALAH NEGERI BERDAULAT, TAHTA PEMERINTAH MESTI DARI KETURUNAN RAJA YANG DIMULIAKAN ALLAH  DAN BERDAULAT.

NEGERI PERAK ADALAH NEGERI BERDAULAT TAHTA PEMERINTAH MESTI DARI KETURUNAN RAJA YANG DIMULIAKAN ALLAH DAN BERDAULAT.




(D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH)
D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
MENERIMA PENGIKTIRAFAN SEBAGAI "SULTAN MELAKA DAN PERAK" DARI 
SAMPEJANDALEM HINGKANG SINOEHOEN KANGDJENG
SINOEHOEN PAKEO BOEWONO XIII
SUSUHUNAN KARATON SURAKARTA HADININGRAT
,
BALUWARTI –SOLO,INDONESIA
YANG MERUPAKAN SULTAN / PEMERINTAH DI KARATON SURAKARTA HADININGRAT (DAHULU DIKENALI SEBAGAI PALEMBANG) YANG MERUPAKAN KERAJAAN ASAL USUL SELURUH RAJA RAJA DI MALAYSIA HARI INI  )


                   ( FAKTA : Asal Usul Raja Raja di Tanah  Melayu )


Menurut Sejarah Melayu, selepas kejatuhan Empayar Srivijaya di Palembang pada abad ke-14,  keluarga diraja Srivijaya yang terselamat telah melarikan diri ke pulau-pulau sekitarnya yang masih setia kepada Srivijaya.
Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya bernama Sang Nila Utama menawan Temasek dan membunuh gabenor yang dilantik kerajaan AyuthayaTemagi. Baginda kemudiannya mengasaskan kerajaan Singapura lama. Baginda terus memerintah selama 48 tahun dan kekuasaannya diiktiraf oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaannya ke atas Palembang, Bintan dan Temasek.
Baginda mangkat pada tahun 1372 dan digantikan oleh anaknya, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) dan cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399).
Pada tahun 1399, cicit Sang Nila Utama, Dharmaraja menaiki takhta kerajaan Singapura dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara. Bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Singapura selepas serangan tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa.

                   (Mendirikan Kesultanan Melaka)

Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mendirikan penempatan baru. Di Muar, Parameswara dikatakan berhasrat mendirikan negeri barunya samada di Biawak Busuk atau Kota Buruk. Bagaimanapun, setelah mendapati Muar tidak sesuai baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Di tengah perjalanannya, baginda dikatakan singgah di Sening Ujung (nama lama Sungai Ujong) sebelum sampai ke sebuah kampung nelayan di muara Sungai Bertam (nama lama Sungai Melaka). Di sinilah baginda mendirikan ibu kota baru untuk negerinya dan menamakannya Melaka. Menurut catatan Sejarah Melayu, di sinilah baginda melihat seekor kancil menendang seekor anjing ketika baginda berehat di bawah pohon Melaka. Menganggapnya sebagai tanda "tuah", baginda menamakan negeri itu Melaka.
Negeri Melaka kemudiannya meneruskan warisan Srivijaya sebagai sebuah entiti politik Melayu di kepulauan Melayu.
Parameswara yang menjadi raja Melaka ketika itu dikatakan menyedari bahawa usaha untuk memajukan Melaka adalah dengan memperkembangkan Islam kerana pedagang dari Gujerat , India dan pedagang Arab dari Timur Tengah ramai berdagang di Nusantara. Oleh itu, menurut cerita itu, Parameswara berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam pada 1414. Baginda Parameswara kemudian memakai gelaran Raja Iskandar Shah.
Tanggapan yang umum itu berasal daripada tanggapan bahawa Parameswara dan Sultan Megat Iskandar Shah adalah tokoh yang sama. Kajian telah menunjukkan  bahawa kedua-dua nama itu adalah dua tokoh yang berasingan (Wang Gungwu, 1968). Sebenarnya, Parameswara telah mangkat pada tahun 1414. Menurut laporan Ma Huan, Megat Iskandar Shah memeluk Islam ketika berumur 72 tahun kerana mengahwini puteri Raja Pasai dari Sumatera
Melaka kemudiannya telah menjadi satu pelabuhan perniagaan yang terpenting di Asia Tenggara di mana kapal-kapal perniagaan dari pelbagai bangsa berhimpun.
Pengiktirafan armada Laksamana Cheng Ho terhadap Melaka semakin menguntungkan Melaka. Cheng Ho atau Zheng He seorang yang berugama Islam. Nama asal Cheng Ho ialah Ma He. Ma bermaksud Mahmud. Ketika itu China ditadbir oleh Maharaja Yung Lo.
Kekuatan Kerajaan Melayu Melaka semakin terserlah di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah ( 1446- 1459 M) .Tenteranya berjaya menyekat serangan-serangan tentera Siam. Keadaan negara negara menjadi tenang dan kedudukan politiknya pula stabil.



SULTAN MELAKA PERTAMA
1390-1414



Saturday 4 May 2013

SULTAN BERDAULAT BERJIWA RAKYAT


DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI SULTAN RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH
 PUSAKA TAHTA
DYMM PADUKA SERI ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (1)
(Marhum Durian Sebatang) Sultan Perak Ke-22 (1851-1857),
PPJP (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985,
D.K.(Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang)2008,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipatai Yang Membawa Gelaran 
:Pangeran Sentana)2010
 Muncul Secara Rasmi Dimasyurkan Pada : 13 November 2005 Setelah 477 Tahun

SULTAN MELAKA DARUL ISLAM 
DAN
PERAK DARUL RIDZUAN KE-35