SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

Thursday, 22 December 2016

KESINAMBUNGAN KETURUNAN RAJA KESULTANAN MALAKA DARUL ISLAM AKHIR ZAMAN

SESAT
DI UJUNG JALAN
BALEK
KE PANGKAL JALAN
DARI TEMASIK KE MALAKA
SEJARAH ADALAH PERKARA YANG TELAH BERLALU.IA TAK MUNGKIN KEMBALI…TETAPI “CERITA” SEJARAH BOLEH BERULANG KEMBALI.BAGAI.SIREH PULANG KEGAGANG,PINANG PULANG KETAMPUK.


Hari ini tercatat sejarah.mereka menghina Tuntutan Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah dengan mengatakan salah dan tak benar,terlalu lantang bersuara.terlalu bangga dengan pangkat yang ada. dengan kuasa Allah sahabat memaklumkan " orang yang mengata" itu sedang terlantar sakit dalam keadaan yang menyayat hati. di datangkan PEMBANTU nya sebagai wakil untuk meminta ampun dan maaf " sebelum dia menutup Mata".dan rakan baiknya pula Allah tarik segala kesenangan hidup termasuk segala kenderaan yang dimiliki,.Allah itu maha adil.Siapa kita untuk menikdakkan HAK orang lain. Allah seadil adil pemberi hukuman. jika tidak didunia pastinya akan ditentukan "disana" nanti. Doa yang sering dihadiahkan untuk sahabat, rakan dan kenalan yang berbudi bahasa. Semoga Allah berikan rereki yang melimpah ruah pada mereka dan gantikan kebaikan mereka dengan Rahmatmu ya Allah. 





DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH (II) @ 
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM
YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH
SERI MAHARAJA  ALAM SHAH JOHAN BERDAULAT

Raja Kesultanan Melayu Melaka Darul Islam - Perak Ke-22 (1851-1857),
PPJP (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985,
D.K.(Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang)2008,
D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran :
Pangeran Sentana)2010,
D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Raja Kesultanan Indragiri)2013,
Surat Pengitirafan Mahkamah Antarabangsa (ICJ)
Reference:Sigl.Boe/Royal-Appointment.88888888-92/Universal.Trust.Rating.Certification
(Sebagai Pewaris Sah Takhta Raja Kesultanan Melaka Darul Islam)2013,
D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Raja Kesultanan Indragiri )2013,
Dinobatkan (Sebagai Penaung Raja-raja Nusantara di Karaton Glagah Wangi Demak)2014,
D.K.T.(Darjah Kerabat Tertinggi Raja Kesultanan Mempawah)2015
Dinobatkan(Sebagai Seri Maharaja Perkasa Alam Shah Johan Berdaulat-Acheh Darussalam)2016
SULTAN MALAKA YANG BERDAULAT JUGA DISEBUT 'MALACCA'
KETURUNAN TRIBUANA
MALAKA DARUL ISLAM-RIAU-ACEH DARUSSALAM
________________________________________________

BENIH YANG BAIK TERCAMPAK KE LAUT AKAN MENJADI PULAU


D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH (11) @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG MULIA RAJA TUAH SHAH
KINI BERGELAR
D.Y.M.M. PADUKA SERI MAHARAJA AHMAD ALAM SHAH JOHAN BERDAULAT 
SULTAN MALAKA DARUL ISLAM YANG BERDAULAT JUGA DISEBUT 'MALACCA'
Dinobatkan di bumi Aceh pada : Rabu 11 Mei 2016 / 4 Sa'Aban 1437 H
oleh Abu H.Muhammad Amin Blang Bladeh nama sebenar Tgk.H.Muhammad Amin Mahmud yang akrab dengan panggilan Tumin. beliau salah satu murid Abuva Syeikh Muda Walv Al Khalidy (ulama paling berpengaruh dalam melahirkan Ulama di Aceh) dan beliau satu-satunya murid Abuva Syeikh Muda Waly yang masih tersisa di Aceh dan beliau tercatat sebagai Ulama di Aceh yang paling senior dan paling tua yang masih tersisa berusia lebih kurang sekitar 85 tahun. Beliau juga merupakan murid Abu Hasan Krueng Kale (Syaikh Muhammad Hasan al-Aasyie al-Falaki) yang ikut aktif berjuang menegakkan kemerdekaan Republik Indonesia.
_______________________________________________________


D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH
SULTAN MALAKA DARUL ISLAM YANG BERDAULAT JUGA DISEBUT 'MALACCA'
BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS PERNOBATAN DAN PERTABALAN SEBAGAI PEWARIS SAH RAJA KESULTANAN MELAKA  DAN PERAK SERTA PENYERAHAN PEMAKAIAN MAHKOTA DIRAJA OLEH KE BAWAH  D.Y.M.M. SERI PADUKA MAHARAJA PRABUNOTO XI MUNANDAR WIJAYA KUSUMA SH KHK) "FAUNDING FATHER NATIONAL-INTERNATIONAL" DI KRATON GLAGAHWANGI DEMAK, INDONESIA.
PADA HARI KHAMIS KLIWON MALAM JUM'AT MANIS PADA TANGGAL : 5 JUN 2015.
SEBAGAI PENAUNG KEPADA RAJA-RAJA  SA  NUSANTARA.



________________________________________________________________________



D.M.M.M. SERI MAHARAJA AHMAD ALAM SHAH JOHAN BERDAULAT
Juga dikenali dengan nama
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH
SULTAN MELAKA DARUL ISLAM AKHIR ZAMAN

Pengertian Daulah, Daulat Dan Duli Yang Maha Mulia Serta Tuan’ku.
Daulah atau daulat adalah istilah dalam erti kata yang sama jua yang bermaksud kuasa ataupun kerajaan. Walaupun ada beberapa rujukan menjelaskan Daulat bermaksud seseorang raja atau sultan mempunyai kuasa tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja yang melanggar arahannya (derhaka) akan menerima akibat (tulah). Namun ianya jua diambil kira dari sudut pandangan berhubung kesaktian ataupun keistimewaan.

Duli yang berasal dari perkataan arab yang membawa maksud negeri negara yang berkaitan dengan pemerintahan bukannya pentadbiran demikian jua istilah “Yang Maha Mulia” erti kata yang berasal dari al-karim. Namun Istilah Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh adalah bertepatan yang bermaksud bayangan Allah di muka bumi iaitu merupakan warisan dan lanjutan amalan para pemerintah kerajaan Abbasiyah dan Saljuk di Baghdad, Mamluk di Mesir, Uthmaniyah di Turki dan Khilji serta Moghul di India.

Negeri Perak sebagai contoh suatu ketika dahulu pernah mengunakan istilah tersebut kepada Paduka Seri Sultan Abdul Malik Mansur Mu’azzam Shah Jamalu’llah Khalifat ur-Rahman Johan Berdaulat Zillu’llahi fil-Alam ibni al-Marhum Sultan Ahmaddin Shah, Sultan and Yang di-Pertuan Besar Negeri Perak yang memerintah sekitar tahun 1806 – 1825.

Tanggungjawab Khalifah terhadap Umat
Pertama : Memelihara Keturunan.
Kedua : Memelihara Akal.
Ketiga : Memelihara Kehormatan.
Keempat : Memelihara Jiwa (Nyawa) Manusia.
Kelima : Memelihara Harta.
Keenam : Memelihara Agama.
Ketujuh : Memelihara Keamanan.
Kelapan : Memelihara Negara.
Tanggungjawab Raja terhadap Rakyat [ Cebisan dari Undang-Undang 99 Negeri Perak ].

11. UNDANG-UNDANG ORANG JADI RAJA ATAUPUN PENGHULU DIDALAM SESEBUAH NEGERI ATAU MUKIM ”ADATNYA”
Ada pun hutang penghulu kepada rakyatnya,
– Pertama mati rakyatnya di tanam,
– Kedua, hilang rakyatnya di cari,
– Ketiga, kusut di selesaikan,
– Keempat, jika salah dipatutkan.

Maka hutang rakyat kepada penghulu dua perkara, pertama di laungkan oleh penghulu, datang ia dan disuruh, pergi ia, dan lagi tatkala orang mengadap bichara itu di lihat baik-baik rupanya, salah duduknya, salah berdirinya, salah perkataannya serba yang salah sebarang lakunya, maka mereka yang salah itu disalahkan juga dan demikian pula yang benar itu hendaklah dibenarkan juga hukumnya, tetapi boleh di bezakan antara kechil dan salah besar di atas mereka-mereka sekalian dan lagi di atas bicara mereka itu di hukumkan betul-betul, jangan di ambil faedah di atas mereka-mereka itu tatkala di dalam mana-mana bicara pun.

93 UNDANG-UNDANG ORANG MENJADI ORANG BESAR DIDALAM NEGERI.
– Adatnya pertama orang besar itu memelihara atas rajanya,
– kedua memelihara atas rakyatnya, maka amanlah negeri itu
Secara tersiratnya meletakkan Zillullah fil-alam ataupun Zillullah fil-ardh sebagai Khalifah secara harfiyah bermakna “pengganti” atau “wakil” yakni pemimpin umat Islam setelah wafatnya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Digelar sebagai khalifah Allah (perwakilan Allah SWT) dan khalifah Rasulullah (pengganti utusan Allah SWT). Maka terbentuklah satu sandangan dan harapan sebagai Amīr al-Mu’minīn yang bermakna “Pemimpin orang yang beriman”. Namun sejak tumbangnya Empayar Turki Uthmaniyyah, gelaran ini tidak lagi digunakan. Namun ianya digunakan gelran Sultan dan Raja di gugusan kepulauan nusantara.

Walau apa jua istilah yang diberikan Sistem beraja wajib dan sekali gus memenuhi Raja berperanan menyatukan warga, membina sebuah negara bangsa berdaulat. Kerna itu jua Raja berperanan mutlak sebagai penggubal, pentafsir, pelindung dan pelaksana undang-undang, di samping diiktiraf sebagai ketua agama. Maka dengan mendapat kepercayaan dan penghormatan serta kesetiaan.
Perkataan al-Sultan bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak semestinya al-Khulafa al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultan bermaksud pihak yang berkuasa. Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apapun gelarannya.

Abu Bakar al-Siddiq naik memerintah selepas Rasulullah SAW memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’, kemudian pada zaman ‘Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin’. Secara umumnya dipanggil keempat sahabat pemerintah itu dengan khalifah. Semasa Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah dikekalkan gelaran khalifah. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan ‘Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Mereka itu kebanyakannya bukan arab. Ada juga yang memakai al-Malik iaitu ‘RAJA’ dan sebagainya.
Maka hendaklah jelas, perkataan sultan dalam hadis merujuk kepada ulul amri iaitu mereka yang berkuasa memerintah.

al-Imam al-Munawi dalam Faidh al-Qadir ketika menafsir maksud: “Al-Sultan bayangan Allah di bumi” beliau berkata “kerana dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari”. Ya! Demikianlah tugasan penguasa!
Jika hendak memahami maksud penguasa bayangan Tuhan dalam Islam, fahamilah ucapan Abu Bakr al-Siddiq apabila menjadi khalifah:-

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361). Inilah insan yang paling faham maksud sultan itu bayangan Allah di bumi.

Maka dengan ini menjelaskan bahawasanya sistem pemerintahan beraja diberikan dengan pengenalan identiti baru iaitu Raja dan Kerajaan, menghapuskan konsepsi lama yang menganggap Raja sebagai ‘penjelmaan tuhan di bumi’, status yang meletakkan Raja sama taraf dengan tuhan, beralih kepada konsepsi bahawa Raja adalah ‘bayangan ALLAH di muka bumi (zillulah fi al-Ard).

Hubungan batiniah Raja dengan para dewata ditinggalkan, di sebaliknya talian spiritual dirangkaikan dengan Allah dan Rasul serta kekudusan tokoh para aulia dan anbia. Berdasarkan konsepsi baru ini, Raja hanya bertaraf wakil atau khalifah di bumi dengan sifat-sifat kemanusiaan. Kuasa Raja disandarkan dengan hukum kerana Raja jua tidak boleh mengingkari tuntutan syarak.

Kemuliaan Raja dinilai dari sudut amal makruf Baginda menyempurnakan tanggung jawab, lantas menginsafkan Raja bahawa kuasa pemerintahan adalah satu amanah ILAHI yang sama sekali tidak boleh disalahgunakan.

Raja wajib menjunjung amanah pemerintahan dengan melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH Subhanahu Wata’ala
Wallahu a’alam.