SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

Monday 27 July 2020

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA ISTANA KEHAKIMAN "SULTAN MELAKA'' TIDAK DAPAT DISABITKAN


1
KEPUTUSAN
MAHKAMAH SESYEN AIR KEROH MELAKA PADA
3 JULAI 2018 DI LEPAS DAN DI BEBASKAN
DARI SEMUA 4 PERTUDUHAN
Selasa, 3 Julai 2018 3:55pm

'Sultan Melaka' dilepas, dibebaskan daripada tuduhan menipu Oleh: Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@stp.com.my

MELAKA: Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, semalam

Memutuskan 'Sultan Melaka', Noor Jan Tuah, 61, bebas daripada semua empat
tuduhan menipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka, lima tahun lalu. Hakim Meor Sulaiman Ahmad

Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwa gagal
membuktikan kes prima facie terhadap ahli perniagaan berasal dari Taman Seri
Gombak, Selangor itu. "Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada semua empat pertuduhan," kata Meor Sulaiman pada akhir
prosiding berkenaan. Mengikut keempat-empat pertuduhan, Noor Jan didakwa menipu Zaamat Md Idris, 68, Mokhtar Md Yusof, 59,
Ahmad Zainudin Abdul Hamid, 66, dan Hazizi Ikhwan Zaamat, 37, dengan cara
samaran supaya keempat-empat mangsa mempercayai tertuduh adalah Sultan Melaka
dengan membuat majlis istiadat penyerahan surat pelantikan sebagai Sultan
Melaka, sedangkan itu bukan identiti sebenar tertuduh. Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah pusat peranginan di Alor Gajah, kira-kira jam 10
malam, pada 28 Disember 2013. Tertuduh didakwa mengikutSeksyen 419 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Noor Jan ditahan sepasukan anggota polis pada Januari 2014 selepas mengadakan majlis penyerahan surat
pelantikan pada Disember 2013. Sejak dibicarakan pada 17November lalu, 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan di mahkamah. Pendakwaan diwakili Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka, Azhar Mokhtar dan Timbalan Pendakwa Raya
Mazuin Hashim, manakala Noor Jan diwakili peguambela Datuk Shaharudin Ali dan
Mohd Khairul Abdul Aziz
'Sultan Melaka’
di A’Famosa Resort Melaka, Alor
Gajah, pada 10 malam 28 Disember 2013.




2
MALACCA COURT DECISION DATE: 3 RD JULY, 2018 

Noor Jan Bin Tuah was charged under section 419 of the Penal Code, disguised as“Sultan of Malacca” was of misleading the public and having a ceremonial award of medals and dress up as Sultan of Malacca. A total of 16 witnesses in calling the prosecution comprising Police Officers, Historiansand witnesses present to the Ceremonial Council concerned.
After hearing the evidence of all the witnesses, the prosecution and after readingthe written submissions of parties, the Court of Judge in case Prima Facie evidence and therefore, the accused is freed from the four (4) charges.
What is the consequence of this decision?
1.     The accused is not guilty of criminal offence posing as Sultan of Malacca.
2.     Is not an offence to the accused give any medals to anyone
3.     Not an offence for accused to hold a Council Ceremony.
4.     Is not an offence for accused to impose costume like a Sultan
Does this mean the accused Sultan of Malacca who is legitimate? Answer: No, because this is not a trial for indicating true or not, he is the
legitimate Sultan of Malacca.
Do facebook page Sultan Melaka #BetalsBettter that belongs to him?
Answer:No, It is a page created by others for the purpose of personal gain by selling the position of accused claiming Sultan of Malacca. The accused did not receive any Commission from the relevant page and accused only advise the operators concerned, do not write page things sort of indecent or vulgar who defame him.
The Court decided the prosecution in the Session Court of Malacca, failed to prove prima facie case against Noor Jan Bin Tuah as disguised as Sultan of Malacca.
His freed from all four (4) charges.



 

3
KEPUTUSAN MAHKAMAH SESYEN AIR KEROH, MELAKA. BERTARIKH 3 JULAI 2018

Noor Jan Bin Tuah telah di tuduh dengan pertuduhan di bawah seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai “Sultan Melaka” dengan cara mengelirukan orang ramai dan mengadakan majlis istiadat pengurniaan pingat dan berpakaian seperti Sultan Melaka. Seramai 16 orang saksi di panggil pihak Pendakwaan yang terdiri daripada Pegawai Polis, Pakar Sejarah dan saksi-saksi yang hadir ke majlis istiadat berkenaan.

Selepas mendengar keterangan, kesemua saksi pendakwaan dan selepas

membaca hujahan bertulis kedua-kedua pihak, Hakim Mahkamah kes Prima Facie dan oleh itu tertuduh di lepas dan di bebaskan dari pertuduhan.
 Apakah natijah dari keputusan ini?  
1.    Tertuduh tidak melakukan kesalahan jenayah menyamar sebagai Sultan Melaka.
 2.    Bukan menjadi satu kesalahan untuk tertuduh memberikan apa-apa pingat kebesaran kepada
       sesiapa.  
3.    Bukan menjadi satu kesalahan untuk tertuduh mengadakan satu majlis istiadat.
4.    Bukan menjadi satu kesalahan untuk tertuduh mengenakan busana ibarat seorang Sultan.

Adakah ini bermaksud tertuduh Sultan Melaka yang sah.
Jawapan: Tidak. Kerana ini bukan perbicaraan untuk menuntukan benar atau tidak, beliau adalah Sultan Melaka yang sah.

Adakah Mukabuk Sultan Melaka # BetalsBetter itu milik beliau?
Jawapan: Tidak. Itu adalah mukabuku yang di wujudkan oleh orang lain bagi tujuan meraih keuntungan peribadi dengan menjual kedudukan tertuduh yang mengaku sebagai Sultan Melaka. Tertuduh tidak menerima apa-apa komisyen dari page berkenaan dan tertuduh hanya menasihatkan pengendali page berkenaan agar jangan menulis perkara-perkara berunsur lucah atau mencarut yang mencemarkan nama baik beliau.

Mahkamah Sesyen Melaka telah memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Noor Jan Bin Tuah kerana menyamar sebagai Sultan Melaka.
Beliau di lepas dan di bebaskan dari kesemua 4 pertuduhan.
 
2

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI MELAKA DIBEBASKAN DAN DIBEBASKAN SEKALI LAGI MAHKAMAH TINGGI DI MELAKA MENOLAK RAYUAN PENDAKWARAYA PADA APRIL 2019 

BERITA : 'Sultan Melaka' kekal tidak bersalah


'Sultan Melaka' kekal tidak bersalah
AMRAN ALI 10 April 2019 

MELAKA TENGAH - Mahkamah Tinggi Melaka hari ini, mengekalkan keputusan dibuat Mahkamah Sesyen tahun lalu untuk melepaskan dan membebaskan ahli perniagaan Noor Jan Tuah, 62, terhadap empat tuduhanmenipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka, enam tahun lalu.
Hakim, Datuk Ahmad Nasfy Yasin pada akhir penghakimannya hari ini berkata, pihak pendakwaan yang diwakili tiga Timbalan Pendakwa Raya Badius Zaman Ahmad, Nabilalif Mohd Rosli dan Mazuin Hashim gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Noor Jan, malah keempat-empat saksi yang ditampilkan pihak pendakwa juga menolak mereka ditipu. “Selepas mahkamah meneliti keterangan direkodkan dalam rekod rayuan perayu (Timbalan Pendakwa Raya), didapati bahawa Hakim Bicara (Mahkamah Sesyen) membuat satu keputusan dan dapatan faktanya tepat dan selamat apabila memutuskan perayu gagal mewujudkan prima facie.
“Saksi dibawa pihak pendakwaan juga mengakui mereka bukan mangsa tipu ekoran penyamaran responden (Noor Jan). Maka setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak dan alasan penghakiman hakim bicara, mahkamah menolak rayuan perayu dan mengekalkan keputusan hakim bicara dan perintah itu kekal," kata Ahmad Nasfy pada akhir penghakimannya.Sepanjang perbicaraan, Noor Jan diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali, dan pihak pendakwaan memanggil 16 saksi dan empat mangsa.

Pada 3 Julai tahun lalu, Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, melepas dan membebaskan Noor Jan daripada empat pertuduhan menipu dan menyamar Sultan Melaka pada Majlis Istiadat di A'Famosa Resort Melaka, pada jam 10 malam, 28 Disember 2013.
Keputusan itu dibuat Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki terbabit yang didakwa di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan.


3

 MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA ISTANA KEHAKIMAN "SULTAN MELAKA'' TIDAK DAPAT DISABITKAN

“Sultan Melaka” gembira, ucap terima kasih kepada peguam, hakim
 Muhammad Azizul Osman 3 January 2020 Malaysia Gazette 


PUTRAJAYA – Ahli perniagaan, Noor Jan Tuah, 61, yang dituduh menyamar

sebagai ‘Sultan Melaka’ hari ini dilepas dan dibebaskan Mahkamah Rayuan di sini. Panel tiga Hakim Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan tersebut ekoran tidak ada merit dalam rayuan.
“Rayuan ditolak, tidak ada merit dalam rayuan (pihak pendakwaan).
“Tidak boleh campur tangan keputusan Mahkamah Sesyen Melaka dan Mahkamah.

Tinggi,” kata Yaacob ketika membacakan keputusan mahkamah. Yaacob membuat keputusan itu bersama Dauk Rhodzariah Bujang dan Datuk Hadrariah Syed Ismail.
Di luar mahkamah, peguam bela Noor Jan, Datuk Shaharudin Ali berkata,

Mahkamah Sesyen telah membuat satu dapatan undang-undang dan ia juga diakui oleh Mahkamah Tinggi bahawa fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwa adalah tidak benar. Malah katanya, Nor Jan tidak pernah menggunakan gelaran ‘Sultan Melaka’ dalam mana-mana surat rasmi. “Apa yang memeranjatkan dalam kes ini jarang kita dengar semua saksi pendakwa datang ke mahkamah dengan menyatakan mereka tidak ditipu. “Jadi bagaimana kalau saksi sendiri mereka tidak ditipu dan pihak laiyang mengatakan mereka ditipu. Jadi itu yang saya rasa agak pelik kes ini. “Ada dua tiga alasan yang telah kami kemukakan dan kami ambil kira hujah itu,” katanya kepada media. Ahli Perniagaan yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah  bersama peguam, Datuk Shaharuddin Ali (kiri) berbincang di Istana Kehakiman Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 03 JANUARI 2020.
Nor Jan berkata dirinya gembira dengan keputusan Mahkamah Rayuan, hari ini.

“Terima kasih kepada para peguam yang arif tentang undang-undang dan

juga melalui faktor sejarah yang benar. Terima kasih kepada Hakim Mahkamah Melaka, Mahkamah Seksyen, dan Mahkamah Rayuan Putrajaya. Terima kasih banyak,”kata Nor Jan. Pada 3 Julai 2018, Nor Jan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen
  1. di Melaka daripada empat pertuduhan menipu dengan menyamar sebagai ‘Sultan Melaka’ pada lima tahun lepas. Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan terhadap Noor Jan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
  2. Noor Jan didakwa menipu empat lelaki berusia 37 hingga 68 tahun dengan jalan samaran supaya mempercayai dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’ apabila membuat majlis istiadat penyerahan surat pelantika sebagai ‘Sultan Melaka’. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di A’ Famosa Resort Melaka, kira-kira pukul 10 malam pada 28 Disember 2013