SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

Monday, 15 May 2017

SESAT 
DI UJUNG JALAN
BALEK 
KE PANGKAL JALAN
DARI TERMASIK KE MALAKA
SEJARAH ADALAH PERKARA YANG TELAH BERLALU...IA TAK MUNGKIN KEMBALI...TETAPI "CERITA"
SEJARAH BOLEH BERULANG KEMBALI...BAGAI...SIREH PULANG KEGAGANG,PINANG PULANG KETAMPUK.
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA




UTUSAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN MELAKA DARUL ISLAM
DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M TUAH SHAH
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM
Rujukan kami :SM/ICJ/14/01/01
bertarikh :1hb Jan.2014
Kepada,
Setiauha Sulit
DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong Malaysia,
Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Istana Negara Malaysia, Jalan Duta,50500 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Malaysia.
PER: PENGIKTIRAFAN DARI MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA SEBAGAI SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
______________________________________________________________________________
Perkara di atas adalah dirujuk:-
Merafak sembah Menjunjung kasih Ke Bawah DYMM TUANKU SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH, RAJA YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA.
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Anakanda DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah telah mendapat pengitirafan yang sah oleh MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA sebagai Pemilik Takhta KESULTANAN MELAKA dan dengan ini akan bergelar SULTAN MELAKA DARUL ISLAM.
Bersama – sama dengan surat ini Anakanda Lampirkan, Salinan surat asal tentang pengiktirafan tersebut, ICJ REFFRENCE:SIGL.BOE/ROYAL-APPOINTMENT/88888888-92, Yang Bertarikh 25hb.November.2013
Anakanda juga adalah Bija Nigara,Bija Mentera dan Bija Benih yang mana ia merupakan benih-benih raja yang telah menjadi sejarah Negeri dan Negara. Anakanda merasakan sampailah masanya sejarah ini perlu dimasyhurkan dan diperjelaskan lagi kedudukannya agar segala yang kusut akan terungkai,yang tersimpul akan terlerai.
Akhir kata, dengan rasa penuh keinsafan dan rasa rendah diri, Anakanda mohon agar dapat diadakan satu pertemuan yang boleh membawa kepada kesejeteraan bersama.
Segala bentuk kerjasama yang diberikan amat dihargai dan diucapan Jutaan Terima Kasih.
SEKIAN
Anakanda akhiri warkah ini dengan serangkap Pantun Melayu BUGIS seperti berikut.
Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh di bayar,Hutang budi dibawa mati.


UTUSAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN MELAKA DARUL ISLAM
DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M TUAH SHAH
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM
Rujukan Kami :SM/ICJ/14/01/03
Tarikh:01hb.Jan.2014
Kepada,
Y.A.B.Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putrajaya Preset A,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,Wilayah Persekutan,Malaysia.
PER: PENGIKTIRAFAN DARI MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA
SEBAGAI SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
______________________________________________________________________________
Perkara di atas adalah dirujuk:-
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah telah mendapat pengitirafan yang sah oleh MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA sebagai Pemilik Takhta KESULTANAN MELAKA dan dengan ini akan bergelar SULTAN MELAKA DARUL ISLAM.
Bersama – sama dengan surat ini Beta lampirkan, Salinan surat asal tentang pengiktirafan tersebut, ICJ REFFRENCE:SIGL.BOE/ROYAL-APPOINTMENT/88888888-92,
Yang Bertarikh 25hb.November.2013
Beta juga adalah Bija Nigara,Bija Mentera dan Bija Benih yang mana ia merupakan benih-benih raja yang telah menjadi sejarah Negeri dan Negara.Beta merasakan sampailah masanya sejarah ini perlu dimasyhurkan dan diperjelaskan lagi kedudukannya agar segala yang kusut akan terungkai,yang tersimpul akan terlerai.
Oleh itu, Beta berharap agar dapat diadakan satu perbincangan dengan segera untuk menghuraikan perkara ini dengan lebih terperinci.
Segala bentuk kerjasama yang diberikan amat dihargai dan diucapkan Jutaan Terima Kasih.
SEKIAN
Beta akhiri warkah ini dengan serangkap Pantun Melayu Bugis seperti berikut.
Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh di bayar,Hutang budi dibawa mati.


BATU PUTIH HAK SINGAPURA KERANA SURAT-ICJ
Bagaimana pula dengan DYMM Sultan Melaka Darul Islam yang telah mendapat surat ICJ tetapi masih belum dikembalikan haknya..?


BATU PUTIH HAK SINGAPURA KERANA SURAT -ICJ
Bagaimana pula dengan DYMM Sultan Melaka Darul Islam yang telah mendapat surat ICJ tetapi masih belum dikembalikan haknya..?







MENGENAI PERLEMBAGAAN MALAYSIA

BUKU TUN MOHAMED SUFFIAN BIN HASHIM 

MENGENAL PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PRAKATA BAGI EDISI PERTAMA 

Seseorang warganegara sudah sepatutnya mengetahui sedikit sebanyak mengenai perlembagaan negaranya, Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

BAB 4

RAJA DAN YANG DIPERTUA NEGERI

Tiap-tiap sebuah dari sembilan buah negeri Melayu mempunyai seorang Raja yang turun-temurun dan memerintah sepanjang hayat baginda. Hak-hak mewarasi takhta ditentukan oleh adat yang berbeza di berlainan negeri dan kaedah-kaedah adat ini, dengan atau tanpa pengubahsuian, sekarang telah dimaktubkan dalam perlembagaan tiap-tiap Kerajaan Persekutuan, menurut perkara 71 (1)
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, MENJAMIN HAK SESEORANG RAJA UNTUK MEWARISI DAN MEMEGANG,MENIKMATI DAN MENJALANKAN HAK-HAK PPERLEMBAGAAN DAN KEITIMEWAAN MENURUT PERLEMBAGAAN NEGERI BAGINDA; TETAPI APA-APA PERTIKAIAN MENGENAI HAK UNTUK MEWARISI SEBAGAI RAJA MESTILAH DITENTUKAN SEMATA-MATA OLEH MANA-MANA PIHAK BERKUASA DAN DENGAN APA-APA CARA SEBAGAI MANA YANG DIPERUNTUKKAN OLEH PERLEMBGAAN NEGERI ITU. 
Di semua negeri, Raja dikenali sebagai Sultan, kecuali di negeri Perlis di mana baginda dikenali sebagi Raja. Di Negeri Sembilan pula baginda bergelar Yang Dipertuan Besar dan bertidak bagi pihak diri baginda sendiri dan juga bagi bagi pihak Pembesar-Pembesar Memerintah menurut perlembagaan Negeri Sembilan. Baginda dipilih oleh Undang Sunagai Ujung, Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau. Apabila baginda mangkat, Undang berempat itu memilih seorang pengganti dari kalangan putera baginda, tetapi para Undang itu boleh, jika mereka fakir bahawa tidak seorang pun yang layak dan sesuai dari kalangan putera baginda, memilih seorang lain yang layak dan sesuai dengan memberi keutamaan kepada saudara lelaki baginda yang Dipertuan Besar yang telah mangkat itu, kemudian kepada ayahanda saudara sebelah bapa baginda dan selepas itu barulah diberi keutamaan kepada orang lain. Jawatan yang Dipertuan Agong, di mana seorang Raja dipilih selama lima tahun oleh Raja Raja, merupakan suatu adattasi jawatan yang Dipertuan Besar ini.
Di negeri Perak penganti untuk menaiki takhta adalah secara bergilir-gilir di antara tiga ketua keluarga: oleh itu apabila Sultan Mangkat, Raja Muda (Satu lagi ketua keluarga yang kedua dalam susunan penganti) diangkat menjadi Sultan, Raja di Hilir (Ketua Keluarga Yang satu lagi dan ketiga dalam susunan penganti diangkat menjadi Raja Muda, dan ketua keluarga Sultan yang mangkat itu menjadi Raja di Hilir.
Di negeri –negeri lain, seseorang Sultan yang mangkat digantikan oleh anakanda baginda yang sulung dan masih hidup.
Seseorang Raja boleh melantik seorang Pemangku Raja atau suatu Jemaah Pemangku Raja untuk memangku jawatan baginda dalam hal keadaan sebagaimana yang ditetapkan oleh perlembagaan negeri.
BAB 5
MAJLIS RAJA-RAJA
Majlis Raja-Raja Mempertujui ditubuhkan pada mulanya dalam tahun 1948 mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948. Sebelum Perang Dunia Kedua, Raja-Raja dari keempat-empat buah Negeri Melayu Bersekutu pernah mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa dengan Pesuruhjaya Tinggi’, tetapi hingga tahun 1948 tidak ada suatu badan rasmi yang membawa kesemua sembilan orang Raja bersidang untuk membincang dan mempersetujui perkara-perkara mengenai dasar. Misalnya, dalam tahun 1946 Raja-Raja Melayu tidak diberi peluang untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan Triti MacMichael yang mempunyai pengaruh yang besar sebelum menandatanganinya. Dengan menandatangani triti tersebut, Raja-Raja Melayu telah menyerahkan semua bidang kuasa baginda kepada Kerajaan British.
Majlis Raja-Raja merupakan perhimpunan yang paling luhur di Negara ini. Sungguhpun Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang atau mengenakan cukai atau meluluskan perbelanjaan Negara, tetapi ia amat berpengaruh. Ia mengadakan hubungan rapat diantara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri di peringkat tertinggi. Persidangan Majlis ini dihadiri oleh Yang di Pertuan Agong dan Perdana Menteri bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan juga oleh semua Raja dan Yang Dipertua Negeri dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing. Majlis ini memberi peluang kepada mereka untuk membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama, iaitu perkara-perkara yang memusykilkan mana-mana pihak di antara mereka. Oleh kerana perbincangan dijalankan secara tertutup, mereka dapat berunding secara berterus terang, malahan dengan sopan santun. Bagi Perdana Menteri pula, beliau berpuluang dalam forum yang amat penting ini untuk menerangkan dasar-dasar persekutuan yang telah diputuskan dan juga yang akan diputuskan.
Mengikut perlembagaan, sebagaimana yang akan diperhatikan di bawah ini, persetujuan Majlis Raja-Raja adalah dikehendaki bagi rang undang-undang yang meminda peruntukan-perun tertentu dalam perlembagaan. Majlis Raja-Raja membuat beberapa perlantikan tertentu dan Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingkan sebelum dibuat perlantikan-perlantikan tertentu yang lain.
Peruntukan-peruntukan mengenai Majlis Raja-Raja yang ada sekarang terdapat pada perkara 38 dalam Perlembagaan Malaysia.
Keanggotaan
Majlis Raja-Raja dianggotai oleh semua Raja dan Yang Dipertua Negeri. Jika perlembagaan sebuah negeri membenarkan seorang lain mengambil tempat seorang Raja atau Yang Dipertua Negeri sebagai anggota, orang lain itu boleh hadir dan mengembil bahagian dalam perjalanan masyuarat Majlis Raja-Raja Al-Marhum Sultan Johor selalu juga diwakili oleh anakanda baginda untuk menghadiri mesyuarat.
Yang di Pertuan Agong kelihatan hanya menjadi anggota Majlis apabila ia bersidang kerana hendak melantik bakal pengganti Yang Di Pertuan Agong dan Tembalan, dan juga apabila Majlis menimbangkan perkara-perkara mengenai agama Islam.
Tugas
Tugas-tugas Majlis Raja-Raja ialah untuk-
(a) memilih atau memecat Yang di Pertuan Agong dari jawatannya, dan memilih Tembalannya; 
(b) Menimbangkan soal-soal mengenai dasar Negara (misalnya, perubahan tentang dasar imigresen dan apa-apa juga perkara lain yang difikirkannya pantut);
(c) Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama Islam supaya meliputi seluruh Semenanjung Malaysia (tetapi tidak termasuk Sabah dan Sarawak); dan
(d) Mempersejui atau tidak mempersetujui mana-mana undang-undang, dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Berkenaan dengan (a), apabila memilih atau memcat Yang di-Pertuan Agong dan memilih Tembalannya, hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengambil bahagian; Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri tidak boleh.
Berkenaan dengan (b), apabila Majlis Raja-Raja menimbang perkara-perkara mengenai dasar Negara, Yang di-Pertuan Agong hadir disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja–Raja serta Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri disertai Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing. Dalam mempertimbangkan hal ini, Yang di-Pertuan Agong mengikut nasihat Jemaah Menteri dan Raja-Raja serta Yang Dipertua –Yang Dipertua Negeri mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri masing-masing.
Berkenaan dengan (c), sebagaimana yang tersebut dalam bab4, seorang Raja menjadi ketua agama Islam dalam negeri baginda. Oleh yang demikian, baginda boleh menetapkan, misalnya, tarikh bermula dan berakhirnya puasa tanpa menghiraukan apa yang berlaku di negeri jiran. Perlembagaan memperuntukkan bahawa mengikut perkara 3 (2) dan perkara 38 (2) (b), Raja-Raja dalam Persidangan Majlis Raja-Raja boleh mempersetujui supaya tarikh yang sama dipakai di seluruh Semananjung Malaysia. Walau bagaimanapun ia tidak meliputi Sabah dan Sarawak, lihat Perkara 38(7).
Perlantikan
Majlis Raja-Raja melantik salah seorang daripada anggotanya mewakili Duli-Duli Yang Maha Mulia dalam Majlis Angkatan Tentera.
Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya bagi melantik Ketua Hakim Negara, Hakim-Hakim Besar bagi dua Mahkamah Tinggi, hakim-hakim lain bagi Mahkamah Persekutuan dan hakim-hakim bagi Mahkamah Tinggi. Semua perlantikan ini dibuat oleh Yang di-Pertuan Angong yang bertidak mengikut nasihat Perdana Menteri.
Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya berkenaan dengan perlantikan Juruaudit Negara yang dibuat oleh Yang di-Pertuang Agong mengikut nasihat Perdana Menteri.
Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya mengenai perlantikan Pengerusi, Timbalan Pengurusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; mengenai perlantikan Pengurus, Timbalan Pengurusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi dan mengenai perlantikan Pengurusi, Timbalan Pengurusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Perlantikan-perlantikan ini dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong menurut budi bira baginda tetapi selepas Mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri.
Majlis Raja-Raja juga hendaklah diminta fikirannya mengenai perlantikan Pengurusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya yang perlantikannya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
Persetujuan mengenai Undang-undang yang Tertentu
Persetujuan Majlis Raja-Raja adalah dikehendaki bagi apa-apa undang-undang yang membuat pindaan kepada Perkara 38 yang menghuraikan tentang penubuhan, tugas dan
kuasa Majlis Raja-Raja; kepada perkara 70 yang menghuraikan tentang keutamaan Yang
di-Pertuan Agong, Permaisurinya, Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri;
KEPADA PERKARA 71 (1) YANG DENGANNYA KERAJAAN PERSEKUTUAN MENJAMIN HAK SESEORANG RAJA MENAIKI TAKHTA DAN TETAP MENJADI RAJA; DAN KEPADA PERKARA 153 YANG MENGHURAIKAN TENTANG KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK SERTA KEPENTINGAN-KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.
Baru-baru ini Perlimen telah membuat beberapa pindaan yang tertentu kepada perlembagaan, mengikut Akta (Pindaan ) Perlembagaan, 1971 yang berjalan kuatkuasanya pada 29 Mac 1971, dan maksudnya adalah seperti berikut.
Mengikut fasal baru (4) Perkara (10) , walaupun kebebasan bercakap adalah terjamin bagi warganegara, Perlimen boleh untuk kepentingan keselamatan atau ketenraman awam memperbuat undang-undang bagi melarang sesiapa juga daripada menyoal apa yang secara umumnya diketahui sebagai perkara-perkara sensitive, iaitu hak-hak dan keistimewaan tertentu yang dijamin oleh peruntukan-peruntukan tertentu dalam perlembagaan, iaitu yang dijamin oleh bahagian 111 mengenai kewarganegaraan; yang dijamin oleh Perkara 152 mengenai bahasa kebangsaan dan penggunaan bahasa-bahasa lain; yang dijamin oleh perkara153 mengenai kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain; yang dijamin Perkara 181 mengenai kedaulatan dan prerogative Raja-Raja; tetapi Parlimen tidak boleh membuat undang-undang untuk melarang sesiapa juga daripada mempersoalankan tentang pelaksanaan peruntukan-peruntukan perlembagaan itu. Jika Parlimen memperbuat apa-apa undang-undang yang melarang seseorang daripada mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan –keistimewaan itu, seseorang ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri yang menyoal di dalam Majlis Parlimen atau di dalam Dewan Undang Negeri tentang kewujudan atau isi kandungan hak-hak itu dan sebagainya, tetapi bukan tentang pelaksanaannya, dia tidak dilindungi oleh apa-apa keistimewaan dan boleh didakwa dalam mahkamah; dan dia boleh juga dituduh kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan, 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) No. 45 tahun 1970. Keistimewaan ahli-Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri telah ditarik balik dengan dimasukan suatu fasal baru (4) kepada Perkara 63 dan Perkara 72.