SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

Tuesday 9 July 2013

MHOD HATTAN BIN HASHIM

Uncleseekers mendedahkan rahsia demi rahsia dan misteri Sultan Azlan Shah

Siri kali ini akan cuba menjawab dua persoalan yang ditimbulkan oleh Malaysiacrisis.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak yang unik mengundang banyak perang saudara dan perebutan takhta oleh waris-waris Sultan. Dan antara mereka yang menuntut takhta, seorang yang nampaknya lebih cerdik ialah Raja Noor Jan Shah. Beliau tidak merebut takhta Kesultanan Perak, sebaliknya menabalkan diri sebagai Sultan Melaka iaitu negeri yang tidak mempunyai raja! Faktanya jelas, Kesultanan Perak adalah kesinambungan kepada Kesultanan Melayu Melaka, jadi beliau menuntut ditabalkan sebagai Sultan Melaka.
KU Ann@Tengku Amran bukan mahu menuntut takhta Kesultanan Perak. Apa yang diminta hanyalah pengiktirafan bahawa beliau adalah waris Kesultanan Perak, malah apa yang diminta oleh Ku Ann hanyalah elaun dan pencen yang merupakan haknya. Dan untuk menuntuk hak itu, maka Ku Ann perlu membuktikan bahawa dia adalah waris sah Kesultanan Perak.
Dalam siri (8), Ku An telah membuktikan salasilah beliau dan juga membuktikan bahawa salasilah yang ada dalam simpanan istana telah diubah suai.
Bukan itu saja, Raja Noor Jan juga menerima Darjah Kerabat oleh Pakoe Boewono XIII di Surakarta
Kalau Darjah Kerabat dan gelaran diraja dijadikan ukuran sama ada seseorang itu benar-benar diiktiraf sebagai pewaris raja, maka Ku Ann juga memiliki Darjah Kerabat, malah berhak memakai gelaran “Yang diPertuan” yang dianugerahkan oleh Istana Pagar Ruyung.
Apa yang menarik dengan tulisan Malaysiacrisis ialah tentang keunikan sistem pewarisan Kesultanan Perak dan kami amat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Oleh kerana begitu ramai yang menuntut hak dan mengaku kerabat, maka satu satu sistem piawaian perlu dicipta untuk memastikan seseorang itu benar-benar kerabat diraja.
Dalam setiap pertabalan Raja atau Sultan, seringkali kita membaca tentang “Pertabalan yang penuh dengan adat istiadat.”.
Adat istiadat ini pula sering dikaitkan dengan roh dan jin dan barangsiapa yang gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh jin ni, maka dia akan gagal dalam proses pertabalan tersebut. Dalam proses pertabalan ini, Pawang Diraja memainkan peranan yang cukup luas.
Salah satu adat ketika pertabalan ialah mengunjungi Makam Tok Temong dan membaca ikrar untuk memerintah dengan adil dan saksama.
Tok Temong @ Puteri Badariah bt Alang Mohamad berasal dari Acheh, Sumatera memerintah Daerah Temong, Kuala Kangsar pada tahun 1577. Pada tahun 1595, Tok Temong menyerahkan kuasanya kepada Muzafar Shah berserta seniji Geliga Embun sebagai kebesaran negeri memandangkan Muzafar Shah adalah anak saudaranya. Tok Temong mangkat pada tahun 1663 dan disemadikan di Kampung Temong, Kuala Kangsar.
Sebagai salah satu adat istiadat yang perlu dilakukan, maka Raja Azlan Shah perlu menziarahi Makam Tok Temong tetapi apakah makam yang diziarahi semasa pertabalan itu makam Tok Temong ataupun makam orang lain?
Makam Tok Temong diketahui dan di akui oleh kerabat diraja dikawal oleh jin. Mereka yang bukan kerabat diraja tetapi mahu mengaku raja akan menerima musibah sekiranya cuba menipu dimakam Tok Temong.
Untuk mengelak daripada sesuatu kejadian yang memalukan berlaku, maka Azlan Shah telah mengadakan upacara tersebut ditempat lain yang bukan makam Tok Temong walaupun dikhabarkan kepada rakyat bahawa Azlan Shah telah pun menjalani adat istiadat tersebut.
Manakala Makam Tok Temong sebenarnya ialah seperti gambar dibawah.

Bagaimana pula dengan adat bersiram?
Dalam Malaysiacrisis ditunjukkan adat bersiram di pentas persada dilakukan dengan adat istiadat. Adat bersiram yang dimaksudkan oleh Ku Ann ialah adat bersiram di Beting Beras Basah,yang disempurnakan oleh Pawang Diaraja dipentas yang disediakan secara turun temurun, bukan diatas pentas yang yang dibuat seolah-olah untuk majlis keraian.
-_____________________________________________________________________________________________

Rampasan kuasa Sultan Azlan Shah dari anak sulung Sultan Idris Shah

( Bukti Sultan Azlan Shah merampas tahta kerajaan Negeri Perak )

Datuk Seri Ramli Ngah Talib sama sekali tidak terfikir jika Raja Azlan dinobat sebagai Sultan, apakah beliau akan diterima oleh Jin Pendaulat Istana yang bernama Megat Chandin untuk bersemayam di Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar Perak.Bagaimanapun, Ramli Ngah Talib terpaksa mendukung restu Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang membuat perancangan supaya Raja Azlan ditabal sebagai Sultan dan dipersetujui oleh Majlis Dewan Negara Perak.


Antara Ku Ann dengan Raja Azlan, mereka mempunyai kaitan sebagai saudara sepupu tapi berlainan darah daging. Ku Ann berdarah raja manakala Raja Azlan pula anak orang biasa. Nama asalnya ialah Mohd. Hattan bin Hashim dan ibunya berbangsa Siam kurang fasih berbahasa Melayu ketika itu.

Selepas beberapa hari dilahirkan, Mohd. Hattan dibawa ke Batu Gajah pada 19 April 1928 atas bantuan sahabat karib Allayarham Alang Jaafar. Nama Mohd. Hattan telah dipinda kepada nama Raja Azlan Shah dengan dibinkan atas nama Raja Yusof Izuddin Shah. Nama ini difikirkan sesuai oleh  Almarhumah Khatijah Ahmad kerana ada persamaan dengan nama Raja Baharom Shah anak sebenar.

Pembetulan dan pengubahsuaian yang menggunakan nama baginda tidak diketahui oleh Al Marhum. Ketika itu amat mudah untuk berbuat sesuatu urusan tanpa kawalan dengan perundangan yang belum terjamin. Tambahan pula Pejabat Pendaftaran masih kecil dan tidak ramai orang yang datang berurusan.



Almarhumah Khatijah tidak mempunyai ramai anak walaupun tiga kali berkahwin. AlMarhumah mempunyai seorang anak bernama Abdul Ghani (Allahyarham) hasil dari perkahwinan pertama. Suami kedua pula ialah Almarhum Raja Yusof Izuddin Shah yang menghasilkan Raja Baharom Shah. Kali ketiga, Almarhumah Khatijah berkahwin dengan Datuk Tak Haji Daud yang pada masa itu bertugas sebagai Penolong Pengarah Pertanian Negeri Perak tetapi tidak mempunyai anak. Pada masa itu, Datuk Tak sudah pun mempunyai dua orang isteri dan ramai anak.

Mengikut salasilah keturunan Kesultanan Perak, Ku Ann merupakan waris yang paling layak untuk menduduki takhta, tetapi hak itu telah dirampas oleh Raja Azlan yang lebih mahir bermain dengan undang-undang. Ku Ann adalah waris keturunan raja, manakala Raja Azlan hanyalah anak angkat dari keturunan Siam.

Dalam salasilah keturunan asal, ianya melarang sesiapapun daripada mengubahsuai atau meminda salasilah untuk tujuan merampas hak atau mengaburkan keturunan sebenar.

Ku Ann memang ada hak warisan kerajaan negeri Perak. Pemerintahan Kerajaan Negeri Perak sekarang ini telah menggubal pindaan perlembagaan yang menjadikan Ku Ann tersisih dari istana dan juga harta warisan diraja. Pindaan Perlembagaan Perak telahpun ditandatangani oleh yang Dipertuan Agong dan Menteri Besar Perak serta disokong pula oleh orang-orang kenamaan. Maka dengan itu, musnahlah segala warisan keturunan Ku Ann setelah di isytiharkan beberapa tahun lalu oleh Sultan Azlan kepada kerabat-kerabat diraja Negeri Perak.

Sultan Azlan boleh menerima Ku Ann tetapi sebagai rakyat biasa dengan syarat Ku Ann tidak boleh meminta apa-apa. Sultan Azlan juga tidak akan melayan segala permohonan yang dibuat oleh Ku Ann dan dengan itu, Ku Ann telah bersedia untuk menyaman Kerajaan dan Dewan Negara Negeri Perak kerana membuat keputusan yang dianggap tidak sah tanpa mengikut Etika Raja-Raja Melayu asal sebelum tahun 1900.

Sesudah dinobat menjadi Sultan Perak ke 34, sesuatu telah menimpa Raja Azlan dan keluarganya. Berlakulah kejadian aneh yang amat menakutkan baginda berdua suami isteri. Apabila terjaga keesokan harinya selepas bermalam buat kali pertamanya di Istana Iskandariah, Raja Azlan mendapati dirinya bukan tidur diatas katil didalam bilik, tetapi berada diatas rumput dihalaman istana setelah Jin Pendaulat Megat Chandin memindahkan baginda keluar kerana baginda bukanlah anak raja sebenar.

Begitu juga dengan Toh Puan Bainun Mohd Ali telah diletakkan dalam kamar mandi sehingga pintunya tidak dapat dibuka. Demikian yang menimpa keatas pasangan diraja yang telah diketahui umum bukan raja sebenar. Kebanyakan rakyat tahu cerita ini ketawa dan mengumpat dari mana datangnya Raja Azlan tiba-tiba dinobat sebagai sultan.

Sehari selepas kejadian aneh yang menakutkan itu, Datuk Seri Ramli Ngah Talib dipanggil mengadap segera. Ramli Ngah Talib telah diarahkan untuk menyediakan sebuah rumah lain yang sesuai dijadikan Istana Rasmi. Secara kebetulan, ketika itu ada sebuah rumah banglo besar satu tingkat milik kerajaan sedang kososng selepas perpindahan Pegawai Kanan dan rumah tersebut digunakan dulu sementara kerja-kerja pengubahsuaian dibuat.

Rumah tersebut terletak di Jalan Kinta, Ipoh dan akhirnya kerja-kerja ubahsuai telah siap yang kemudiannya dinamakan "Istana Kinta" sebagai kediaman rasmi Sultan Azlan yang tidak berdaulat.

Istana Iskandariah Kuala Kangsar akhirnya dibiarkan begitu saja tanpa penghuni setelah pasangan Diraja tersebut cabut lari kerana dikejutkan dengan kejadian aneh yang tidak diundang datang. Istana Hinggap Bukit Gantang, Taiping juga dirobohkan atas perintah Sultan Azlan untuk melenyapkan sejarah hidunya semasa kecil.

Sekarang, rakyat sudah mengetahui mengapakah Sultan Azlan dan keluarga diraja tidak pernah lagi bermalam di istana Iskandariah. Mereka akan hadir untuk upacara rasmi kerajaan dan pulang ke Istana Kinta, kerana Jin Megat Chandin Istana Iskandariah tidak akan membenarkan Sultan Azlan bermalam disana.