SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

Monday 30 May 2016

PENOBATAN SERI MAHARAJA ALAM SHAH JOHAN BERDAULAT


KEMBALILAH KEPADA KEBENARAN WAHAI 
MEREKA YANG 'BERMUKA-MUKA'
DYMM PADUKA SERI MAHARAJA ALAMSHAH  JOHAN BERDAULAT
PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH (II) @ 
SULTAN NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YANG AMAT MULIA RAJA TUAH SHAH


D.Y.M.M.PADUKA SERI MAHARAJA ALAMSHAH JOHAN BERDAULAT @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH
Raja Kesultanan Melaka Darul Islam dan Perak Ke-22 (1851-1857),PPJP (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985,
D.K. (Darjah Kerabat Diraja Karaton Surakarta Hadiningrat Yang AmatTerbilang)2008,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran :Pangeran Sentana)2010,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Sultan Kerajaan Indragiri)2013,D.K. (Darjah Kerabat Diraja Mahkota Karaton Glagah Wangi Dhimak)2013, Pengitirafan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) (Pewaris Sah dan Berhak Sebagai Sultan Melaka Yang Berdaulat Juga Disebut Malacca)2013,YAMTUAN (Yang Maha Utama Sri Amantubilllah Karaton Mempawah Kalimatan Barat)2015,
Dinobat gelaran (Serimaharaja Alamshah Johan Berdaulat Acheh Darussalam)2016.
RAJA KESULTANAN DARUL ISLAM GAMBUNGAN KETURUANAN
SULTAN MELAKA-RIAU DAN ACHEH DARUSSALAM



MAJLIS PENOBATAN SERI MAHARAJA ALAM SHAH  JOHAN BERDAULAT-KESINAMBUNGAN KETURUNAN MALAKA-ACHEH DARUSSALAM
KUAT BESI KUAT BATU
BILA KUAT MENJADI SATU
WALAU JAUH BERIBU BATU
ACHEH-MALAKA TETAP BERSATU


D.Y.M.M. PADUKA SERI MAHARAJA ALAMSHAH JOHAN BERDAULAT
Juga dikenali dengan nama
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M.RAJA TUAH SHAH
SULTAN MELAKA DARUL ISLAM


Majlis adat istiadat penobatan DYMM Paduka Seri Sultan Ahamd Shah II @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah, Pada tanggal 11 Mei 2016 telah di Nobatkan dengan gelaran DYMM Paduka Seri Maharaja Perkasa Alam Shah Johan Berdaulat, Kami mohon berkenan keatas puri yang telah disediakan. Selanjutnya kami sanjung kehadapan Paduka Yang Mulia Wali Nanggroe Aceh Tgk.Malik Mahmud Al-Haytar, dan Pemangku adat Kabupaten Bireuen yaitu bapak Bupati Bireuen H.Ruslan M.Daud dan Abu Tumin Blang Bladeh berkenan untuk menyerahkan tanda seunambong Kerajaan Islam Jeumpa dengan Kerajaan Malaka. Kami hubungan Samudera Pasai (Acheh) dengan Malaka serta peranan sebagai pusat islam terawal di Nusantara. Dalam sejarah pembentukan serta perkembangan Daulah-Daulah Islamiyah di alam Nusantara. Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Acheh agung wilayah Aceh utamanya mendapat penghormatan sebagai tapak pertama kemunculan sebuah kerajaan islam yang berdaulat di rantau ini seawall zaman tabit tabiin yang paling menarik di di daulatkan oleh Zuriyah-zuriyah Rasulullah S.A.W sendiri merupakan pertanda baik kepada bumi Timur.
Sultan Melayu Nusantara adalah Pewaris khulafa Rasulullah S.A.W Aceheh merupakan pola sejarah sebagai kesultanan bersaudara kepada pewaris Malaka.














































































SEJARAH RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA DARUL ISLAM 
BERKESINAMBUNGAN
RAJA KESULTANAN RIAU-ACHEH DARUSSALAM

Sejarah Melaka bermula dengan pengasas Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403.
Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Srivijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) yang kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira Kerma, mengungsi dari Tumasik setelah mendapat penyerangan dari Majapahit.

Parameswara pada awalnya menjadi raja di Singapura pada tahun 1390-an. Negeri ini kemudian diserang oleh Jawa dan Siam, yang memaksanya berpindah lebih ke utara. Kronikal Dinasti Ming mencatat Parameswara telah tinggal di ibukota baru di Melaka pada 1403, tempat armada Ming yang dikirim ke selatan menemuinya. Sebagai balasan ufti yang diberikan Kekaisaran China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada kerajaan baru tersebut.

Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah menikahi seorang puteri dari Pasai. Laporan dari kunjungan Laksamana Cheng Ho pada 1409 melaporkan bahawa pada saat itu Parameswara masih berkuasa, dan raja dan rakyat Melaka sudah menjadi Muslim. Pada 1414 Parameswara digantikan puteranya, Megat Iskandar Shah.

Megat Iskandar Shah memerintah selama 10 tahun, dan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah. Putera Sultan Muhammad Shah yang kemudian menggantikannya, Raja Ibrahim, dilihat tidak menganut agama Islam, dan mengambil gelaran Seri Parameswara Dewa Shah. Namun masa pemerintahannya hanya 17 bulan, dan dia mangkat kerana terbunuh pada 1445, masyarakat Melaka menggelarnya Sultan Abu Syahid. Saudara seayahnya, Raja Kasim, kemudian menggantikannya dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah.

Di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka melakukan ekspansi di Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri). Ini memancing kemarahan Siam yang menganggap Melaka sebagai bawahan Kedah, yang pada saat itu menjadi vassal Siam. Namun serangan Siam pada 1455 dan 1456 dapat dipatahkan oleh Melaka.

Di bawah pemerintahan raja berikutnya yang naik takhta pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah, Melaka menyerbu Kedah dan Pahang, dan menjadikannya negara vassal. Di bawah sultan yang sama Johor, Jambi dan Siak juga takluk. Dengan demikian Melaka mengendalikan sepenuhnya kedua pesisir yang mengapit Selat Malaka.

Sultan Mansur Shah berkuasa sehingga baginda mangkat pada 1477. Baginda digantikan oleh puteranya Sultan Alauddin Riayat Shah. Sultan ini memerintah selama 11 tahun, saat baginda meninggal dan digantikan oleh putranya Sultan Mahmud Shah.

Sultan Mahmud Shah memerintah Melaka sehingga tahun 1511, saat ibu kota kerajaan tersebut diserang tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Serangan dimulai pada 10 Ogos 1511 dan berjaya ditawan pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan dan mendirikan ibukota baru di sana. Pada tahun 1526 Portugis telah menghancurkan Bentan, dan Sultan kemudian melarikan diri ke Kampar, Sumatera, tempat dia meninggal dunia dua tahun kemudian. Puteranya Sultan Mudzaffar Shah I, Perak kemudian menjadi Sultan Perak yang pertama, sedangkan puteranya yang lain Sultan Alauddin Riayat Shah II mendirikan kerajaan baru iaitu Johor.
Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Senarai nama Sultan – sultan yang memerintah Malaka
Raja Parameswara Iskandar Shah (TM 1390 – 1414)
Sultan Megat Iskandar Shah (TM 1414 – 1424)
Sultan Muhammad Shah (TM 1424 – 1444)
Sultan Abu Syahid (TM 1445 – 1446)
Sultan Muzaffar Shah (TM 1446 – 1458)
Sultan Mansur Shah (TM 1458 – 1477)
Sultan Alaudin Riayat Shah (TM 1477 – 1488)
Sultan Mahmud Shah (TM 1488 – 1511)
Sultan Ahmad Shah (TM 1516 – 1528)

Sultan Muzaffar Syah (I) adalah putera kedua kepada Sultan Mahmud Syah Melaka terakhir yang telah berundur ke Kampar (Sumatera) setelah Melaka diaalahkan oleh Portugis pada T.M.1511.
Baginda diputerakan di Melaka kira-kira dalam tahun 1505.dalam tahun 1528, baginda telah ditabalkan oleh orang-orang Perak sebagai Sultan Perak yang pertama, di Tanah Abang (Teluk Bakong sekarang) dengan gelaran Seri Sultan Muzaffar Syah.

Waktu pemerintahan baginda, seorang kerabat Diraja Pagar Ruyong yang bernama Megat Terawis Ibni Daulat Pagar Ruyong telah dilantik oleh baginda menjadi Bendahara mengantikan Tun Mahmud, Bendahara Perak yang pertama dan bergelar Bendahara Paduka Raja. Dari masa itulah pangkat Bendahara disandang oleh keturunan Megat.

Sultan Muzaffar Syah (I) mangkat pada tahu 1549 dan dimakamkan di Tanah Abang dikenali (Marhum Tanah Abang) Daerah Perak Tengah, Mukim Lambor Kanan,Teluk Bakong,Bota Kanan.
Sultan Ahmad Tajuddin Adalah putera kedua kepada Sultan Mansur Shah (1) (Marhum Kota Lama), yang ditawan dan dibawa ke Aceh bersama-sama dengan ayahanda dan keluarganya pada tahun 1573. Dalam tahun 1577 Sultan Ahmad Tajuddin telah dihantar pulang oleh pemerintah Aceh untuk menjadi Sultan Negeri Perak, dan baginda adalah Sultan Perak ke-3 (1577-1584) bersemayam di Geronggong.

Pada masa pemerintahan baginda Negeri Perak adalah bawah takluk kerajaan Aceh. Sultan Ahmad Tajuddin mangkat di Gerongong (Kampung Jawa sekarang) pada tahun 1584.
Sultan Tajul Ariffin adalah putera Sultan Mansur Shah (1), dan juga adinda kepada Sultan Alauddin Mansur Shah yang memerintah Aceh, dan adik kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Nama baginda sebelum menjadi sultan ialah Raja Ariffin.

Dalam tahun 1584, apabila mangkat kekandanya Sultan Ahmad Tajuddin di Geronggong, maka pemerintah Aceh yang berkuasa ke atas negeri Perak telah menghantar pulang Raja Ariffin menjadi Sultan Perak ke-4. Baginda memakai gelaran Sultan Tajul Ariffin. Tempat semayam baginda ialah di Pulau Semat. Kira-kira setahun setelah Sultan Tajul Ariffin menaiki takhta kerajaan Perak, maka mangkat pula kekandanya yang menjadi Raja Aceh. Janda dan kaum keluarga Sultan Aceh itu pulang semula ke negeri Perak. Sultan Tajul Ariffin mangkat di Pulau Semat pada tahun 1594 dan dimakamkan di atas pulau tersebut di sebut (Marhum mangkat di tebing) Pulau Semat,Manong.
Apabila mangkat Sultan Tajul Ariffin yang itdak berputera itu pada tahun 1594, maka orang besar-besar Perak dengan nasihat daripada pemerintah Aceh telah melantik Raja Alauddin putera Raja Inu menjadi Sultan Perak. Baginda bergelar Sultan Alauddin Syah, dan baginda ini adalah cucu kepada almarhum Sultan Ahmad Tajuddin. Sultan Alauddin mendirikan pusat pemerintahan di tempat yang bernama Bota (Bota Kanan Sekarang). Semasa pemerintahan baginda, Aceh masih lagi menempatkan beberapa orang besar-besar Aceh bagi mengawasi dan mentadbirkan negeri Perak. Banginda mangkat pada tahun 1603 di sebut almarhum mangkat di Darat) Bota Kanan,Parit, Perak
Sultan Mahmud Syah adalah adinda Sultan Mukaddam Syah, dilantik oleh pemerintah Aceh menjadi Sultan Perak pada tahun 1627, iaitu mengantikan Sultan Mansur Syah (II) yang dipecat dan diturunkan dari takhta kerajaan Perak oleh pemerintah Aceh.

Sultan Muzaffar Syah (II) iaitu Raja Sulong, putera Raja Mahmud Ibni Raja Kasab, Siak adalah saudara sepupu dengan Raja Mughal (Sultan Iskandar Thani-Raja Thani-Raja Aceh).
Sultan ini telah dibawa ke Aceh bersama-sama dengan lain-lain kerabat diraja Pahang sewaktu Aceh menakluki Pahang pada tahun 1618. Dalam tahun 1636, baginda telah dihantar ke Perak oleh pemerintah Aceh untuk menjadi Sultan Perak apabila Sultan Salehuddin yang merajai Perak mangkat di Kampar, Sumatera pada tahun 1635. Sultan Muzaffar Syah (II) Mangkat pada tahun 1653.

Sultan Mahmud Iskandar Syah adalah putera sulong almarhum Sultan Muzaffar Syah (II). Baginda dilantik menjadi Sultan Perak pada tahun 1653 sebagai Sultan Perak ke 11. Sultan Mahmud Iskandar Syah adalah sultan yang sangat lama memerintah Perak. Iaitu kira-kira 67 tahun, dan waktu baginda mangkat dalam tahun 1720 umur baginda kira-kira 120 tahun. Pada zaman pemerintahan sultan ini pengaruh Aceh boleh di kata telah terhapus dari negeri Perak (kerana memerintah Negeri Perak terlalu lama) Kemangkatan Sultan Mahmud Iskandar Syah juga di sebut (Marhum Sulong) kampong Jawa, Pulau Tiga.

Sultan Alauddin adalah Sultan Perak Ke 12 memerintah negeri Perak dari tahun 1720 hingga tahun 1728. Pada waktu pemerintahan baginda seorang anak Raja Bugis bernama Daeng Merewah yang bergelar Kelana Jaya Putra, iaitu sebagai Yam Tuan Muda Riau Pertama telah datang menyerang negeri Perak pada tahun 1728 tetapi tidak beroleh kejayaan. Sultan Alauddin Mughayat Syah mangkat pada tahun itu juga dan dimakamkan di Geronggong di sebut (Marhum Sulong). Kampung Jawa,Pulau Tiga.

Sultan Muzaffar Syah (III), Baginda adalah Sultan Perak ke 13 yang merajai Perak dari tahun 1728-1756. Semasa pemerintah baginda, telah berlaku perselisihan dengan adindanya yang Dipertuan Muda Muhammad Syah. Dengan bantuan orang-orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Chelak, maka Yang Dipertuan Muda Muhammad Syah telah dapat merebut takhta kerajaan Perak pada tahun 1742. Sultan Muzaffar Syah mengundurkan diri ke Sayong, tidak lama kemudian Sultan Muzaffar Shah berbaik semula dengan adindanya dan kemudian menjadi Sultan Perak semula. Waktu pemerintahan sultan ini, seorang anak Raja Bugis bernama Daeng Selili telah datang ke negeri Perak dan dilantik oleh Sultan Perak sebagai mufti negeri Perak.

Dalam tahun 1745, orang-orang Belanda telah menduduki semula Pulau Pangkor dan juga Tanjung Putus di Kuala Sungai Perak untuk tujuan membeli bijih timah di negeri Perak.
Dalam tahun 1756, Sultan Muzaffar Syah (III) telah mangkat di Brahman Indera (Bota Kanan Sekarang) dan makamkan di sana di sebut (Marhum Haji Allah) iaitu di Kampung Selat,Bota Kanan,Parit.

Sultan Muhammad Syah adalah dikira juga sebagai Sultan Perak ke 14, iaitu masa pemerintahannya dikira dari tahun 1742 hingga tahun 1743. Pemerintahan baginda ini tidak lama kerana baginda yang merampas takhta kerajaan negeri Perak dari pemerintahan kekandanya Sultan Muzaffar Syah (III) telah meyerahkan kembali takhta kerajaan negeri Perak kepada pemerintahan kekandanya.
Sultan Muhammad Syah mangkat pada tahun 1750, iaitu lebih awal dari kekandanya Sultan Muzaffar Syah (III).

Sultan Iskandar Zulkarnain, Sultan Perak ke 15 adalah sultan paling terkenal sekali dalam pemerintahan beraja di negeri Perak. Baginda ini telah membangunkan negeri Perak menjadi sebuah negeri yang makmur dan aman damai. Pada masa pemerintahan baginda telah diperkenalkan sebuah undang-undang yang dipanggil undang-undang Sembilan Puluh Sembilan. Undang-undang tersebut telah dijalankan sepenuhnya dalam hal ehwal pentadbiran di negeri Perak. Gelaran Orang besar-besar Perak juga telah diperkembangkan dan baginda juga menambahkan beberapa lagi gelaran orang besar-besar Perak. Gelaran dan pangkat Bendahara yang dahulunya di pegang oleh orang-orang keturunan Megat yang bermula daripada Megat Terawis telah dihapuskan dan pangkat Bendahara diberi pula kepada keturunan Raja. 

Pada masa pemerintahan sultan Perak ke 15 ini orang-orang Belanda telah memonopoli pembelian bijih timah yang dikeluarkan dari negeri Perak. Begitu juga dengan orang-orang Cina dan India telah ramai membuka kedai perniagaan di Bandar ang dinamakan “Bandar makmur” yang terletak di Pulau Indera Sakti.

Sultan Iskandar Zulkarnain telah mangkat di Pulau Indera Sakti pada tahun 1770 iaitu setelah memerintah negeri Perak selama empat belas tahun dari tahun 1756 hingga 1770 di sebut juga (Marhum Kaharullah) Pulau Indera Sakti, Teluk Anson.

Sultan Mahmud Syah adalah Sultan Perak ke 16 memerintah negeri Perak dari tahun 1770-1778, Waktu pemerntahan baginda, orang-orang Belanda masih menjalankan perniagaan membeli bijih timah, Gudang atau loji mereka di Tanjung Putus masih digunakan. Raja Haji Panglima Bugis yang Masyhur dari Riau dan kekandanya Raja Lumu (Raja Selangor), pernah melawat Perak di zaman pemerintahan sultan ini.

Sultan Alauddin adalah sultan Perak yang ke 17 memerintah Perak dari tahun 1778 hingga 1786. Baginda adalah adinda almarhum Sultan Mahmud Syah (Sultan Perak ke 16). Waktu pemerintahan baginda ini, orang-orang Melayu adalah pengusaha utama mencari bijih di tempat-tempat yang berhampiran dengan tebing Sungai Perak. Jumlah penduduk Melayu pada masa itu dianggarkan kira-kira 30,000 orang, dan kebanyakannya menetap di pinggir Sungai Perak. Sultan Alauddin mangkat pada tahun 1786 dan dimakamkan di Teluk Memali yang terletak di sebelah tebing kanan mudik Sungai Perak.

Sultan Ahmaddin Syah, putera Sultan Muhammad Syah (Sultan Perak ke 14) menjadi Sultan Perak ke 18 pada tahun 1786,mengantikan kekandanya almarhum Sultan Alauddin Mansur Syah Iskandar Muda. Baginda adalah putera yang keempat yang mana tiga orang kekanda baginda kesemuanya telah menaiki takhta kerajaan Perak sebelumnya. Baginda berkahwin dengan Cik Putih binti Laksamana Tok Kuala Bidor. Dari perkahwinan tersebut baginda beroleh beberapa orang putera, iaitu Raja Abdul Malek,Raja Inu,Raja Abdul Rahman (ayahanda Sultan Abdullah Muhammad Shah (I) dan Raja Nandak (Bonda Sultan Ismail Muabidin Riayat Syah).

Pada masa pemerintahan baginda ini, orang-orang Belanda tidak lagi datang membeli bijih timah di negeri Perak, kerana pihak Inggeris telah mengambil alih gudang atau loji mereka di Tanjung Putus, Kuasa Sungai Perak.

Sultan Ahmaddin ini telah mengundurhan diri ke Chegar Galah sewaktu serangan orang-orang Selangor. Baginda yang telah tersangat tua itu mangkat di sana pada tahun 1806, tetapi jenazahnya telah dibawa pulang ke Bota dan dimakamkan di sebut (Marhum Bongsu) Bota Kanan,Parit.

Sultan Abdul Malek Mansur Syah adalah putera sulong Sultan Ahmaddin Syah. Baginda ini mempunyai dua orang putera, yang sulong ialah Raja Abdullah (Sultan Abdullah Muazzam Syah) dan putera kedua ialah Raja Ahmad (ayahanda Bendahara Alang Iskandar). Semasa pemerintahan baginda ini, kira-kira dalam tahun 1818, sebuah angkatan perang kedah yang dipaksa oleh Siam telah datang menyerang Perak melalui Bukit Gantang Orang Reman telah pula datang menyerang dan merampas Kroh dan Klian Intan di Hulu Perak.

Kerajaan Selangor pula telah memaksa Perak membayar sebahagian dari hasil cukai yang dikeluarkan dari negeri Perak, iaitu sebagai balasan khidmat Selangor menolong Perak menghalau orang-orang Siam yang menakluki Perak, Sultan Abdul Malek Mansur Syah, Sultan Perak yang ke 19, menaiki takhta kerajaan Perak dalam tahun 1806 dan mangkat di Bandar Baharu pada tahun 1825 dan dimakamkan di sana.

Sultan Abdullah Muazzam Syah adalah putera sulong Sultan Abdul Malek Mansur Syah. Waktu baginda menjadi Sultan, adindanya yang bernama Raja Ahmad dilantik sebagai Raja Kecil Tengah.
Waktu pemerintahan baginda ini, negeri Perak masih di bawah takluk Siam, dan sebahagian daripada Hulu Perak pula iaitu Klian Intan, Selangor dan Tasik masih dikuasai oleh Raja Reman. Pada 20 Julai 1826 satu perjanjian telah dibuat di antara pihak Kompeni Inggeris dengan Siam (Thai) di Bangkok. Perjanjian tersebut dikenali dengan nama Perjanjian Burney. Dengan perjanjian tersebut pemerintahan Ligor, Siam dan Selangor tidak lagi dibenarkan mengganggu hal ehwal pemerintahan di negeri Perak. dan Perak harus bebas dari apa jua pengaruh luar. Sultan Abdullah Muazzam Syah yang memerintah selama lima tahun iaitu (1825-1830) telah mangkat di Teluk Kepayang dan dimakamkan di situ. Makamnya yang hampir jatuh ke dalam Sungai Perak telah dipindahkan ke tempat sekarang yang letaknya tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Pulau Juar itu.

Sebelum menjadi sultan, baginda bernama Raja Chulan (bukan Raja Chulan pengarang Hikayat Misa Melayu), iaitu putera Raja Inu Ibni Almarhum Sultan Ahmaddin Syah. Baginda dilantik menjadi Sultan Perak menggantikan Sultan Abdullah Muazzam Syah yang mangkat pada tahun 1830, iaitu sebagai Sultan Perak ke 21.

Sultan Shahabuddin mempunyai dua orang isteri, seorang bernama Tok Engku Raja Mandak binti Raja Muda Mahmud (mangkat di Sayong) Dari isteri ini beroleh seorang putera bernama Raja Mahmud. Isteri yang kedua ialah Raja Perempuan Nutidah Selamat, dari isteri ini beroleh seorng putera yang bernama Raja Ngah Ali (Sultan Ali al-Mukamal Inayat Syah.

Pada masa pemerintahan baginda ini terjadi pula perselilisihan dengan Sultan Kedah yang bernama Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah menuntut daerah Krian sebagai daerah dalam negeri Kedah. Dengan nasihat pihak Inggeris Sultan Kedah telah membatal tuntutan tersebut. 
Sultan Shahabuddin Riayat yang memerintah Perak selama kira-kira lima belas tahun itu telah mangkat di Tanjung Penanggok pada tahun 1851 dan dimakamkan di situ.

Sultan Abdullah Muhammad Shah (l) adalah putera Raja Kecil Abdul Rahman Ibni Almerhum Sultan Ahmaddin Shah. Baginda dilantik menjadi Sultan Perak Ke-22 pada tahun 1851. Baginda bersemayam di Durian Sebatang, Hilir Perak. Baginda beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah binti Raja Alang Rawin, dan beroleh beberapa orang anak iaitu Raja Lop Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Alang Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.
Waktu pemerintahan baginda terjadi peperangan dengan Raja Ngah Jaafar putera Raja Ahmad Ibni Almarhum Sultan Abdul Malek Mansur Syah. 

Sultan Abdulah Muhammad Syah (1) yang tewas dalam peperangan itu terpaksa meninggalkan istananya di Durian Sebatang dan melindungkan diri di rumah Datuk Laksamana Tok Janggut.
Dalam tahun 1856, Raja Ngah Jaafar Yang telah merebut pemerintahan negeri Perak itu telah mangangkat dirinya sendiri sebagai Sultan Perak dan memberi pula surat akuan kepada Cik Long Jaafar sebagai orang yang berkuasa di Larut.

Sultan Abdulah Muhammad Syah (I) telah mangkat di Durian Sebatang pada tahun 1857, iaitu sewaktu perselisihan masih berlaku antara baginda dengan Raja Ngah Jaafar.


SIAPAKAH RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M RAJA TUAH TUAH?

RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH diputerakan pada tanggal 25 Disember 1957 di Kuala Kangsar, Perak. Ayahandanya bernama Raja Tuah Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Muhammad Lajin Shah dan bondanya bernama Raja Chik Ou Binti Raja Hitam Wahid merupakan pasangan diraja yang menetap di Kuala Kangsar,Perak Darul Ridzuan. Raja Noor Jan Shah dibesarkan dalam suasana desa yang dikelilingi oleh masyarakat yang penyayang dan saling menmghormati diantara satu sama lain. Oleh itu tidak hairanlah baginda mempunyai sifat dan sikap yang mesra dan penyayang dengan semua lapisan masayrakat.Sifat merendah diri, ringan tulang dan bertolak ansur sering menjadi prinsip hidupnya sehingga baginda dewasa.

Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah mula menceburkan diri dalam dunia perniagaan pada awal tahun 1980an. Dengan ilmu yang dimiliki, serta kepintaran semulajadi, beliau berjaya menubuhkan beberapa buah syarikat pelbagai konsep dan cabang perniagaan seperti syarikat hartanah, agensi pekerjaan, pembekalan computer, pembekalan alat pemadam api, kontraktor, kejuruteraan dan pelbagai jenis pengeluaran dalam bidang perladangan dan makanan. Dengan hasil perniagaan yang diperolehi beliau menginfakkan sebahagian hartanya untuk kebajikan dan kemasyrakatan.

Sikap kasih sayang yang lahir secara semulajadi ini terus dicurahkan terumatanya pada warga emas dan insan-insan yang kurang uapaya.Pelbagai jenis bantuan dan sumbangan yang diberikan kepada golongan ini.Dengan bekalan ilmu agama yang diberikan oleh kedua ayahanda dan bondanya, Raja Noor Jan Shah bukanlah seorang yang suka bermegah-megah, apatah lagi menunjukkan kepada umum tentang kebajikan yang telah diberikan.Pada diri beliau konsep “tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu” sentiasa menjadi landasan dalam hidup dan keperibadiannya. Setiap langkah dan perilakuannya semua sederhana, dan konsep ini jugalah diterapkan pada semua anakandanya.
Sehingga kini, beliau tidak pernah mengajak, menjemput atau menghebahkan kepada media tentang majlis sumbangan yang dibuat. Pada diri beliau “semua milik Allah dan sebagai hambanya adalah pemegang sementara…….

“tak perlu tunjuk pada manusia takut Allah tak beri ganjaran apa-apa”…Raja Noor Jan shah…”
Kasih sayang pada sahabat adalah sifat yang diakui oleh semua kawan, teman, rakan dan sahabat beliau.Kadangkala beliau sanggup melebihkan sahabat berbanding diri sendiri.Pernah suatu ketika, beliaua keluar rumah jam tiga pagi semata-mata membantu sahabat yang kehabisan minyak kereta, manakala jarak yang terpaksa beliau tempuh hampir empat puluh kilometer.Tanpa ada sedikit rungutan, beliau terus menghulurkan bantuan. Peristiwa yang lain pula, beliau sanggup tinggal di “lokap polis” selama tujuh hari atas fitnah dan khianat manusia yang tidak puas hati dengan kedudukan yang ada. Akhirnya yang benar tetap benar ......
Selain sifat kebaikan peribadi ini, beliau juga seorang yang berani dan tegas dalam membuat keputusan. Prinsip “berani kerana benar…takut kerana salah” adalah satu pegangan yang tidak boleh diubah dalam keadaan apa sekalipun. Berani memperjuangkan hak dan kebenaran, walaupun diri beliau diancam oleh pelbagai pihak, malah penghinaan, kutukan dan cacian dilemparkan oleh masyarakat sekeliling.Tidak kurang juga ada yang mengugut dengan ancaman bunuh dan pelbagai lagi kata-kata hinaan sepanjang beliau menuntut takhta ini. Tetapi beliau seorang yang bijak dan cerdik, tidak pernah melatah dengan ancaman yang diberi, tetapi sebaliknya terus laju mempertahankan hak dengan cara terhormat….Apabila ditanya mengapa tidak dibalas perbuatan musuh itu….jawapannya…
“buat apa nak balas….kalau orang itu bodoh takkan kita pun nak jadi bodoh macam mereka….membalas dengan kejahatan itu bukan cara saya”..


MAJLIS ADAT ISTIADAT DIRAJA KALI PERTAMA (1) RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA DARUL ISLAM KE-44 PADA :13 NOVEMBER 2005 SETELAH 477 TAHUN TIDAK DAPAT DIJALANKAN DAN KINI MUNCUL KEMBALI.

Oleh kerana, Baginda adalah BERDARAH RAJA yang sejati, dan hidup dalam suasana adat istiadat diraja sejak kecil lagi, maka keberanian untuk menuntut haknya telah mengalir dalam setiap inci “urat sarafnya”.,Oleh itu pada tanggal 13 November 2005, Baginda dengan Rasminya mengadakan Satu MAJLIS ADAT ISTIADAT DIRAJA secara besar-besaran. Majlis yang penuh gilang gemilang dengan disaksikan oleh ribuan masyarakat turut mendapat liputan meluas melalui media cetak , media massa dan media elektronik.

Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah melaksanakan ADAT ISTIADAT dengan penuh tertib dan ia disaksikan oleh BONDA tersayang iaitu AL-MARHUMMAH YM RAJA WAN CHE OU IBNI AL-MARHUM YAM RAJA HITAM WAHID (1930-2014).

Akhirnya kejayaan berpihak kepada DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah apabila mendapat pengiktirafan dengan Geran Hak Pentauliahan menurut Perundangan selaku ‘SULTAN MELAKA YANG BERDAULAT, juga disebut MALACCA’ dan Pendaftaran sebagai AHLI TETAP Swiss International Group Limited (SIGL) oleh Mahkamah Agong Antarabangsa (ICJ) Angkatan Paramilitari Nato Onan Kumpulan Bank Dunia, Sistem Bangsa Bangsa Bersatu.Penyerahan Surat Pengiktirafan ini diserahkan pada sambutan ulangtahun Hari Keputeraan ke-56 iaitu pada 28 Disember 2013 di Alor Gajah,Melaka. 


______________________________________________________________________________


Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M.Raja Tuah Shah 
telah di Nobabatkan 
Pada: Rabu, 11 Mei  2016 M / 4 Sya'Ban 1437 H
Dengan gelaran 
Seri Maharaja Alamshah Johan Berdaulat di Aceh Darussalam  
Pada: Jumaat, 27 Mei 2016 M / 20 Sya'Ban 1437 H
Ditemukan Tambang Emas Terbesar di bumi Aceh timur  ,,, Tahun depan-Indonesia  Bakal Kaya Raya,,,Insya'Allah.....

Seterusnya pada 26 Mei 2016 / 4 Sya'Ban 1437 H Mahdi bin Ali adalah tuan tanah, yang mana tanahnya mengeluarkan minyak di Kampung Desa Blang Seupeung Kacamatan Jeumpa,Kabupaten Bireuen,Aceh Utara-Indonesia.yang tidak berhinti-henti mengeluarkan minyak sehingga ini.Beliau datang sendiri mengadap Tuanku Raja Noor Jan Shah Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M.Raja Tuah Shah baru-baru ini...Di Gombak mengikut kata beliau setakat ini 16 lubang telah di jumpai dan jarak diantara satu lubang kesatu lubang adalah 30 meter...Jenis minyak tersebut aialah minyak tanah dan minyak diesel setiap satu lubang mengelaurkan hasil sebanyak 13 hingga 25 tong deram sehari...Alahamdulillah rezeki dari Allah...Raja Berdaulat akan membawa kekayaan kepada Negara dan rakyatnya...Syukur.






______________________________________________________________________________

D.Y.M.M.Sultan Melaka Darul Islam Berangkat mencemar duli...Sempena sambutan Hari Haul memperingati Sultan Alaidin Sayed Maulana Abdul Aziz Shah ke 1213 dan sambutan tahun baru islam pada : 1 Muharam 1438 H / 2hb Oktober 2016 dengan Bupati Aceh Timur H.Hasballah bin M.Thaib dan TA Khalid calon Wakil Gubernur berpasangan dengan Muzakir Manaf serta Pak Camat Abdul Aziz bertempat di Kompleks Makam Sultan Alaidin Sayed Maulana Abdul Aziz Shah, Gampong Bandrong Kec.Peureulak Keb.Acheh Timur,INDONESIA.