SELAMAT DATNG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

SELAMAT DATANG KE HALAMAN DYMM SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

Monday, 15 May 2017


SEJARAH BANGSA MELAYU

Sejarah bangsa Melayu bermula sejak abad pertama Masehi lagi.Ia ditandai dengan wujudnya kerajaan-kerajaan besar dalam sejarahnya. Sejarah awal rumpun Melayu di kepulauan Melayu terdiri daripada kerajaan Funan (Abad Pertama Masihi), Champa (Abad Kedua hingga Ketujuh Masihi), Sriwijaya (Abad Ketujuh), Melayu-Brunei (Abad kesembilan), Cilantan di Kelantan (1225M), Tatan di Terengganu (1365M), Kedah Tua (1400M), Gangga Negara di Perak, Palembang (Abad ke-12), Majapahit (Abad ke-13), Temasik (Abad ke-13) dan Kesultanan Melayu Melaka (1400 – 1511M).

Bangsa Melayu melalui sejarah yang cukup panjang dalam konteks pembinaan jati diri dan kebangkitannya. Pada awalnya pengaruh Hindu-Buddha cukup kuat mempengaruhi cara hidup orang Melayu, tetapi sejak Islam bertapak dan munculnya Kesultanan Melayu Melaka, kebangkitannya sebagai sebuah bangsa yang dihormati dan disegani semakin nyata.

KESULTANAN MELAYU MELAKA


Kesultanan Melayu Melaka yang dimulakan oleh Parameswara pada tahun 1400 itu telah berkembang pesat. khususnya dengan kedatangan agama Islam ke rantau ini. Melaka berkembang menjadi pusat penyebaran Islam. Pusat perdagangan dan yang paling penting. identiti Melayu sebagai sebuah bangsa terserlah.

Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka bukan sahaja merupakan sebuah pelabuhan entreport, tetapi juga merupakan “emporium” dan pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal pada abad ke-15 dan 16. Kenyataan ini digambarkan dalam Sejarah Melayu seperti berikut:

“Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu. Maka segala orang Arab dinamai Malakat, ertinya perhimpunan segala dagang, kerana banyak jenis dagangan ada di sana…” (h. 61).
Hal ini turut diakui oleh seorang pedagang Portugis yang kemudiannya menjadi sarjana dalam bukunya yang berjudul The Suma Oriental:

“There is no doubt that the affairs of Malacca are of great impertance, and of much profit and great honour. It is a land that cannot depreciate on account of its position, but must always grow. No trading port as large as Malacca is known, or any where they deal in such fine and highly-prized merchandise. Goods from all over the East are found here; goods from all over the West are sold here. It is at the end of the monsoons where you find what you want and sometimes more then you are looking for” (Muhammad Yusof Hashim, h. 251).

Kenyataan itu ditambah lagi dengan kajian Melink-Roelofsz yang mencatatkan bahawa saudagar-saudagar ini sebagai:

“… flocked together every year in Malacca, which was then the center of inter-Asian trade. Like a rich and colourful pageant under the blazing tropical sun, this busy eastern market made an indelible impression on the first Europeans who visit Malacca” (MYH, h. 251).

Sumber-sumber sejarah tulisan Duarte barbosa, Ruy de Brito, de Araujo, de Eridia, de Albuquerque, Gibson-Hill, Ma Huan, Fei Hsin dan catatan pelayaran Ibnu Batuta serta kajian Wang Gungwu juga jelas membuktikan kenyataan tersebut.

Kesultanan Melayu Melaka juga berjaya meluaskan jajahan takhluknya sehingga berkembang menjadi sebuah empayar yang dihormati kawan dan lawan. Kehebatan Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansor Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah, kebijaksanaan dan kecekapan Bendahara Tun Perak dan keperkasaan Hang Tuah lima bersaudara jelas teserlah apabila Pattani, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kelang, Johor, Temasik, Riau, Lingga, Aru, Rokan, Siak, Jambi,  Kampar dan Inderagiri akhirnya bernaung di bawah Kesultanan Melayu Melaka
.
Sultan Alauddin Riayat Shah dianggap sebagai Sultan Melaka yang unik kerana baginda adalah seorang raja yang kuat beribadah dan gagah-berani, sering meronda di bandar Melaka pada waktu malam dan pernah menewaskan sekumpulan pencuri. Baginda adalah seorang raja yang berjiwa rakyat dan “action oriented” (MYH, h. 113).Pada zaman pemerintahannyalah kedudukan Islam sampai ke kemuncaknya apabila undang-undang Islam dilaksanakan sepenuhnya dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

Pentadbiran Melaka pula diurus-tadbir dengan adil dan berhemah di bawah pimpinan Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Beliau sentiasa membuat pertimbangan yang adil, mengambilkira semua pandangan dan mementingkan perpaduan dan keharmonian masyarakat. Beliau sentiasa berusaha menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam masyarakat Melaka dengan penuh kebijaksanaan.

Kesultanan Melayu Melaka bukan sekadar meluaskan jajahan takluknya, malah dengan  bantuan tokoh-tokoh ulama dari Arab dan Parsi, Islam disebarkan ke seluruh Nusantara. Melaka kemudian menjadi pusat perkembangan dan penyebaran ajaran Islam di Asia Tenggara. Melalui dakwah para ulama, hubungan ulama dengan sultan dan pembesar, kitab-kitab agama dan pengiktirafan bahasa Melayu sebagai “lingua franca” penyampai risalah Islamiah, seluruh alam Melayu akhirnya menganut agama samawi itu.

Jasa Tun Perak selaku Bendahara kepada empat sultan Melaka dalam konteks penyebaran Islam juga amat penting.Beliau merupakan negarawan Melayu yang boleh dianggap sebagai “grand designer” kepada kebangkitan Melayu “baru” pada zaman itu.Beliaulah tokoh ulung dan pemimpin Melayu yang amat besar sumbangannya kepada perjuangan mengangkat maruah, martabat, darjat dan harakat bangsa Melayu.

Islam bukan sahaja menjadi teras kehidupan masyarakat Melayu, bahkan dijadikan agama rasmi negara. Sultan-sultan menjalankan pemerintahan berdasarkan hukum dan undang-undang Islam. Tradisi perundangan islam ini dicatat dengan jelasnya dalam naskhah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Ia menumpukan hal-hal yang berkaitan dengan peraturan pemerintahan, hukum jenayah, undang-udang keluarga Islam, hukum adat (Temenggong), pentadbiran perniagaan dan peraturan perdagangan laut Melaka.

Kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah disebabkan ketinggian ilmu dan keteguhan penghayatan orang Melayu terhadap ajaran Islam, kedaulatan raja-raja Melayu, kebijaksanaan pentadbiran, kesetiaan penduduk tempatan dan sokongan moral daripada kerajaan lain yang bersahabat dengannya.

Jelaslah bahawa orang Melayu ketika itu telah memenuhi peranan sejarah zaman mereka melalui pembinaan asas penempatan, struktur sosial masyarakat, sistem ekonomi, sistem politik dan pentadbiran, budaya ilmu, bahasa dan kebudayaan yang dicirikan oleh ajaran Islam. Mereka telah berjaya mewariskan agama Islam, tanah air, kuasa, tamadun ilmu, perpaduan bangsa, faham kebangsaan Melayu, budaya yang berlandaskan nilai-nilai murni (sifat mahmudah) dan visi sejarah masa hadapan yang gemilang kepada generasi Melayu hari ini.






ZAMAN PENJAJAH DAN PENINDASAN BARAT


                             


Kesultanan Melayu Melaka mulai merosot apabila Sultan Mahmud Shah menaiki takhta pada tahun 1488.Baginda adalah seorang raja (pemimpin) yang mempunyai sifat mazmumah, sifat-sifat tercela – zalim, boros, suka berfoya-foya, kaki perempuan, tidak bertimbang rasa dan tidak usul periksa. Dalam buku Suma Oriental, Sultan Mahmud Shah digambarkan sebagai:
“… intoxicated with opium everyday… was a great eater and drinker brought up to live well and viciously… He was called Sultan Mafamud” (MYH, h. 49).

Akibatnya berlakulah perebutan kuasa di kalangan para pembesar sehingga pentadbiran Melaka menjadi kucar-kacir dan akhirnya orang Melayu berpecah-belah.Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Portugis yang pimpin oleh Alfonso d’Albuquerque dengan menyerang Melaka pada tahun 1511.

Kedatangan penjajah Portugis bukan sahaja untuk menguasai pusat pedagangan yang penting, tetapi juga dengan misi 3G iaitu “Gospel, Gold and Glory”.Gospel (Keagamaan) adalah misi Prestor John untuk menghapuskan Islam dan mengkristiankan orang Melayu; Gold (Kekayaan) adalah misi untuk memecahkan monopoli perdagangan rempah Melaka-Arab; dan Glory (Kemegahan) pula adalah misi untuk memperluaskan jajahan takluk yang kononnya atas galakan Raja Henry.

Walaupun Portugis mempunyai senjata yang jauh lebih canggih dan bala tentera yang terlatih, namun mereka telah ditentang oleh hulubalang-hulubalang Melaka demi mempertahankan tanah air tercinta hingga ke titisan darah yang terakhir. Ini dicatatkan dalam Sejarah Melayu seperti berikut:

“Maka bagindapun (Sultan Ahmad) keluarlah dengan segala hulubalang.Maka peranglah dengan Feringgi beramuk-amukan.Seketika perang itu, maka rakyat Feringgipun undur daripada semangat tempuh orang Melaka. Maka tampil Alfonso d’Albuquerque dengan seribu rakyat soldadu beristinggar, merempuh segala orang Melaka… Daripada semangat tempuh anak Portugal, maka pecahlah perang orang Melayu, lalu undur” (h. 203).

Bukan sedikit korban perjuangan bagi mempertahankan kedaulatan Melayu dan Islam ketika itu, malah beribu-ribu pahlawan Melayu dipercayai terkorban sebagai syuhada di Kota Melaka, di Sayong Pinang, di Kota Tinggi, di Batu Sawar, dan seterusnya di Makam Tauhid, Bukit Selanyut dan Johor Lama. Kesultanan Melayu Johor-Riau kemudian ditubuhkan bagi meneruskan kesinambungan Kesultanan Melayu Melaka dan serangan demi serangan dilakukan ke atas Portugis di Melaka untuk menebus maruah bangsa dan agama. Kemudian, Kesultanan Melayu Acheh Darussalam ditubuhkan atas misi yang sama.

Sepanjang tahun 1537 hingga 1636 berlaku Peperangan Tiga-Segi antara Johor-Portugis-Acheh. Malangnya disebabkan persaingan kuasa, kerajaan Johor-Riau dan Acheh Darussalam juga saling berbalas serangan.Tindakan ini telah melemahkan perpaduan Melayu untuk membebaskan Melaka daripada Portugis.Hanya pada tahun 1629, Acheh Darussalam di bawah pimpinan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam berjaya menyerang Portugis di Melaka secara besar-besaran. Kekentalan perjuangan ini berjaya menggagalkan misi pengkristianan orang Melayu oleh Portugis.Bagaimanapun, Melaka kemudian dijajah oleh Belanda atas bantuan Johor-Riau.

Sejarah Melayu rantau ini turut menyaksikan korban syahid para ulama yang berjuang menentang penjajahan Belanda. Dr. Siddiq Fadhil mencatatkan bahawa:

“Kita juga mengetahui kisah perang melawan Belanda di Acheh dengan pahlawan kenamaannya Tenku Chik di Tiro Muhammad Amin, seorang ulama besar didikan Masjidil Haram yang kemudiannya telah gugur syahid. Orang-orang Melayu di sebela Semenanjung rata-rata mengetahui tentang kepahlawnaan Raja Ali Haji Marhum Telok Ketapang, Yam Tuan Muda Riau penggempur Belanda di Kota Melaka (1782-84) yang gugur syahid dengan badik masih tergenggam di tangan kanannya dan kitab Dala’ilul-Khayrat masih di tangan kirinya” (Siddiq Fadhil, h. 143).

Penjajah Belanda yang menguasai Tanah Melayu selama 183 tahun (1641 – 1824) merupakan penindas utama yang melumpuhkan kekuatan ekonomi dan menghakis kewujudan pedagang Melayu melalui monopoli perdagangan rempah.Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC – Vereenigde Oost Indische Compagnie) telah mengenakan cukai yang terlalu tinggi dan mengambilalih fungsi pedagang Melayu.Ini akhirnya telah memusnahkan dan mencegah kebangkitan semula golongan pedagang dan peraih Melayu yang mandiri dan tabah itu (Syed Hussein Alatas, h. 188 – 200).

Inggeris pula masuk dan campurtangan di Tanah Melayu secara halus.  Pada tahun 1786, Francis Light merampas Pulau Pinang daripada Sultan Kedah melalui tipu helah dan ugutan. Stanford Raffles pula secara halus telah berjaya mempermainkan Sultan dan Temenggong Johor untuk menduduki Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1824, Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani dan bermulalah era penjajahan Inggeris di negeri-negeri Melayu.
Bagaimanapun, perjuangan menentang penjajahan Barat tetap diteruskan.Sepanjang pemerintah Inggeris yang mewujudkan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, sistem penasihat di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1874 hingga tahun 1896, banyak penentangan tercetus.Tindakan penajajah Inggeris yang bertujuan untuk melemahkan psikologi Melayu, penindasan ekonomi dan penghakisan kuasa Raja-raja Melayu telah ditentang habis-habisan oleh pejuang-pejuang Melayu.

Dasar pecah dan perintah (divide and rule policy), dasar mengaut kekayaan ekonomi dan kemasukan imigran Cina dan India sebagai pekerja pada abad ke-18 dan 19 amat mengecewakan orang Melayu. Mereka berjuang hingga ke titisan darah menentang penjajahan Inggeris. Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Ku Paloh (Syed Abdul Rahman al-Edrus), Tok Janggut (Haji Magt Hassan), Dol Said Penghulu Naning, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, Shariff Masehor dan Rosli Dhobby adalah nama-nama yang dapat mewakili senarai panjang ribuan pahlawan Melayu yang terkorban sepanjang tempoh penentangan berdarah itu.

Peranan para ulama dalam konteks mewariskan ilmu dan perjuangan Islam di dunia Melayu seolah-olah dilupakan orang. Barisan ulama yang mempelopori pengajian islam melalui tradisi pondok bukan sahaja menjadi “the guardians”, benteng ampuh pertahanan akidah Islam orang Melayu, tetapi juga merupakan kelompok paling awal yang tampil ke medan jihad berdarah yang dianggap paling “heroic” menentang pencerobohan imperialis-Kristian Barat terhadap kedaulatan Darul Islam di rantau ini. Buktinya, sepanjang 446 tahun (1511 – 1957) Tanah Melayu dijajah, belum ada catatan sejarah yang menyebut walau seorangpun Melayu berjaya diKristiankan oleh Portugis, Belanda atau Inggeris.

Ketika menyimpulkan kekentalan  semangat perjuangan tersebut, Asy-Syahid Prof. Dr. Ismail al-Faruqi menyifatkan perjuangan umat Islam di rantau Melayu menentang penjajahan Barat ini sebagai:

“… one of the oldest and bloodiest struggles of the Muslim have waged against Christian-colonialist aggression…”(Al-Ittihad, h. 16).

Abad ke-20 pula menyaksikan semangat perjuangan Islam disegarkan semula hasil gerakan pan-Islam yang bertiup kencang dari Timur Tengah, khususnya Mesir.Gerakan kebangkitan bangsa Melayu dicetuskan melalui tulisan-tulisan Syed Sheikh al-Hadi hasil pengaruh gerakan pembaharuan dan reformasi Islam yang dipelopori oleh Sheikh Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh di Mesir. Kehadiran Jepun yang berjaya mengusir Inggeris dan menjajah Tanah melayu pada tahun 1941 hingga 1945 telah mempertajamkan lagi kesedaran, semangat anti-penjajah barat dan perjuangan menuntut kemerdekaan, membebaskan diri daripada belenggu perhambaan sesama manusia.

SEJARAH KERAJAAN KESULTANAN MELAKA DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSA

Hubungan Antarabangsa begitu kuat sejak kurun ke-15 lagi iaitu Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kalau dikaji sejarah Negara dengan teliti, maka sebenarnya kita tidak pernah hilang kemerdekaan secara penuh.Kedaulatan tetap ditangan Sultan-Sultan sehingga kini.Selepas Melaka ditawan Portugis, Sultan Melaka berundur ke Muar, Pahang, Bentan, Kampar dan seterusnya ke Johor Lama. Johor Lama dibuka adalah lanjutan kepada Kesultanan Melaka. Ini terbukti benar apabiala Johor Lama menjadi pusat perniagaan yang besar, menyaingi Melakayang telah ditawan Portugis.Dalam peperangan ini Raja Kampar dan Raja Terengganu telah memberi bantuan kepada keturunan Sultan Melaka di Johor Lama.Raja Kampar dan Raja Terengganu menganggap raja yang memerintah di Johor Lama sebagai lanjutan kepada Kesultanan Melayu Melaka. Nama Kesultanan ini kemudiannya bertukar menjadi Kesultanan atau Empayar Johor-Riau apabila ia telah lama bertapak di Johor dan seterusnya di Kepulauan Riau.

Dasar luar Raja Kesultanan Melaka dalam menjalinkan hubungan antarabangsa berlandaskan beberapa perkara yang penting iaitu pertamanya Kerajaan Melaka berkehendakan keselamatannya terjamin, ia mahu Melaka menjadi pusat perdagangan yang besar, selamat lagi mewah; untuk mencapai matlamat ini Kerajaan Kesultanan Melaka membekalkan makanan yang cukup bagi orang-orang yang datang berniaga di Melaka; lalulintas ke Melaka hendaklah selamat, khususnya dari segi serangan lanun terhadap kapal-kapal perdagangan. Selain dari itu, Melaka melaksanakan dasar perdagangan yang agak bebas.Tidak kurang pentingnya Melaka juga menjadi pusat penyebaran Agama Islam.

Soal keselamatan biasanya berkait rapat dengan politik.Pada peringkat awal, Kerajaan Melaka menghadapi ancaman Siam. Pada Masa itu, Kerajaan Melaka belum begitu kuat dan kurang yakin dalam menentang ancaman Siam secara sendirian.Bantuan dari Kerajaan China yang melawati Melaka sejak 1403, berjaya memberi keyakinan kepada Melaka sehingga dapat mematahkan dua serangan Siam terhadap Melaka.

Kegemilangan Melaka dapat diterjemahkan melalui Tome Pires, dalam bukunya Suma Oriental yang menyatakan,
10
Barang siapa menguasai Melaka makaia akan dapat menguasai Venice.

Venice, pada masa itu merupakan sebuah pelabuhan yang besar di Eropah dan menjadi pintu masuk ke Eropah bagi barang-barang dagangan dari Asia.Buku Sejarah Melayu pula memerikan Melaka sedemikian:-
Ada pun zaman itu negeri Melaka terlalu sekali ramainya, segala dagang pun berkampong; maka dari Ayer Leleh datang ka-Kuala Muar pasar tiada berputusan lagi’ dari Kampong Keling datang ka- Kuala Penajoh itu pun tiada berputusan; jika orang dari Melaka datang ka Jugra tiada membawa api lagi, barang di mana berhenti di-sana ada-lah rumah orang; dari sa-belah sini hingga datang ka-Batu Pahat demikian juga, kerana masa itu ra’yat Melaka
11
Sembilan belas laksa banyaknya yang di-dalam negeri juga.

Berdasarkan kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Melaka pada masa itu amat Kaya dan terkenal diseluruh dunia. Untuk memantapkan lagi perhubungan antabangsa ini, Kerajaan Melaka telah mennguasai beberapa kawasan di pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu dan di Pantai Timur Sumatera supaya lalulintas dapat dikawal dengan lebih berkesan. Kawasan dari Kelang hingga Beruas merupakan bahagian Pantai Barat Tanah Melayu dan di Pantai Timur Sumatera pula penguasaan kerajaan Melaka mencakupi Siak, Siantan, Kampar dan Indragiri.Perairan Selatan pula menrangkumi Muar hingga ke Pulau Singapura. Penguasaan Kerajaan Melaka terhadap laluan lalulintas perdagangan ini adalah bertujuan untuk memudahkan kawalan keselamtan terutamanya dari ancaman lanun..

Kecemerlangan pemerintahan Melaka di zaman Sultan Muzaffar Shah diteruskan dengan Sultan Mansor Shah. Pada masa itu, Sultan Mansor Shah meneruskan dasar muhibbah dengan Majapahit. Berkenaan Siam pula, Melaka telah berperang dua kali dengan Siam.Selepas peperangan itu, Perhubungan Melaka dengan Siam terjejas. Sultan Mansor Shah bertitah:-
“Apa sudah-nya kita berhelangan ( berhalangan) dengan Siam. Berkelahi pun tiada berdamai pun tiada, orang kita tiada pergi ka-siam, orang Siam pun tidak datang”.

Pembesar-pembesar Melaka bersetuju dengan cadangan Sultan Mansor Shah untuk mengirim satu perutusan kepada Kerajaan Siam. Mereka berpendapat:
“kerana daripada banyak seteru, baik berbanyak sahabat”.

Pendapat ini merupakan satu dasar luar yang diamalkan oleh hampir semua, kalau tidakpun semua, negara moden sekarang. Untuk mencapai matlamat dasar tersebut, Kerajaan Melaka telah menunjukkan satu cara diplomasi yang menarik. Sultan Mansor Shah bertitah-
“Hendaklah Bendahara Paduka Raja Karang surat ka-benua Siam. Kehendak kita, sembah pun jangan, salam pun tidak, surat kaseh pun jangan”

Dari segi dasar perniagaan dan cukai di zaman KesultananMelayu Melaka, di dapati kerajaan Melaka pada zaman itu telah mengamalkan satu sistem cukai yang agak moden. Sekarang kita selalu mendengar istilah ‘sistem cukai berkeutamaan’ (pre- ferential tariff system). Pendekatan kepada system cukai yang seperti diamalkan di Melaka sejak  kurun ke-15 lagi. Tom Pires ada menyatakan:-
“bahawa pedagang-pedagang dari sebelah barat Melaka seperti India, Ceylon, Pegu dan dunia Arab dikenakan cukai 6 peratus dan peniaga atau pedagang tempatan 3 peratus. Seterusnya pedagang-pedagang dari Timur seperti China, Jepun, Jawa dan Meluku tidak dikenakan cukai.Mereka dikehendaki memberi hadiah untuk menggantikan cukai”.

Satu lagi bidang kegiatan Kerajaan Melaka yang berkait rapat dengan hubungan luar ialah soal agama Islam.Para Kesultanan Melaka amat meminati tentang Agama Islam sehingga Melaka dijadikan pusat penyebaran Agama Islam pada ketika itu. Sultan Muzaffar Shah dikatakan telah  Berjaya mempengaruhi Raja-raja Pahang, Kampar dan Inderagiri untuk memeluk Agama Islam.Kegitan Dakwah dan penyebaran Agama Islam ini telah mendapat pengiktirafan dari Raja-Raja Dunia Islam yang lain.

And because of the honour he gained through making these three kings Moors (and) tributaries, his name became famous that he had messages and presents from the kings of Aden, and Ormuz and of Cambay, and Bengal, and thet sent many merchants from their regions to live in Malacca…..6

Islam adalah salah satu factor yang memainkan peranan dalam hubungan antarabangsa Melaka semasa Zaman kegemilangan Kesultanan Melaka.Islam bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan antara Negara-negara Islam dari segi kegiatan yang berkaitan dengan agama itu sendiri tetapi Islam juga menjadi daya penarik dalam bidang perdagangan. Dalam pada itu, Islam juga menjadi salah satu sebab penting yang telah mendorong Portugis menyerang dan menakluki Melaka. Kedatangan Portugis  ke Melaka bukan sahaja untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan tetapi juga untuk melihat sejauh mana kemajuan dan kejayaan yang dikuasai Melaka. Cogankata Portugis ‘ God, Glory and Gold’ memjadi senjata semangat utama untuk terus menguasai Melaka. Akhirnya apa yang telah diatur dan direncanakan oleh Portugis untuk menguasai Melaka  pada tahun 1511 berjaya, dan bermula zaman kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.





SISTEM POLITIK KESULTANAN MELAYU MELAKA
              Sistem politik Kesultanan Melayu Melaka diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar serta serba sedikit dari golongan bangsawan. Menteri yang penting sekali kedudukannya di Melaka ialah Bendahara (gelaran seperti Paduka Raja dan Seri Maharaja).Beliaulah yang berurusan dengan saudagar-saudagar asing serta menjadi penimbang tara dalam  pertikaian antara orang Melayu dengan orang asing dan antara sesama orang Melayu sendiri. Apabila ketiadaan sultan, Bendahara akan mendapat hak untuk memangku tugas sultan dengan di bantu oleh Penghulu Bendahari dan Seri Bija Diraja.

      Bendahara yang asal, walaupun berketurunan bangsawan bukanlah keturunan raja. Namun begitu, mengikut keluarga Bendahara telah bersemenda dengan keluarga raja Melaka dan dengan itu memperoleh kuasa yang lebih besar, lazimnya menentukan hak menaiki takhta kerajaan. Antara tugas lain seorang Bendahara ialah menjadi ketua turus tentera, ketua hakim dan ketua di balainya sendiri. Pembesar yang kedua di Melaka ialah Penghulu Bendahari, iaitu ketua seluruh Syahbandar dan berkuasa memungut segala hasil negeri. Tugasnya yang utama ialah memegang harta benda dan hasil mahsul kerajaan. Beliau juga menjadi wakil menerima ufti dari kawasan jajahan takluk Melaka dan boleh dititahkan untuk mengetuai angkatan perang Melaka menyerang negeri asing seperti Kampar.

      Pembesar ketiga dalam hierarki ialah Temenggung yang kemudiannya telah melangkau kedudukan Penghulu Bendahari dan dianggap sebagai pengganti Bendahara. Antara tugas-tugas awam Temenggung ialah menguruskan makanan di balai istana, menghakimkan perbicaraan yang besar sebagai Timbalan Ketua Hakim, menangkap orang yang melakukan kesalahan, membaiki keadaan pasar dan pekan, dan ketua perancang bandar dan jalan raya. Manakala tugas utama Temenggung ialah menjaga keselamatan negeri Melaka dan dalam hubungan itu beliaulah yang berkuasa atas polis serta bertindak sebagai Ketua Majistret ( menurut istalah moden). Temenggung Melaka biasanya dilantik daripada kalangan keluarga pembesar-pembesar Melaka itu sendiri.

       Selepas Temenggung ialah Laksamana. Dikatakan Laksamana merupakan pembesar tentera yang setaraf dengan Bendahara. Beliau mengetuai pentadbiran tentera di samping menjadi Panglima Pengawal Raja. Jawatan Laksamana dianggap sama dengan Panglima Angkatan Laut disebabkan cabang tentera yang efektif pada zaman itu ialah angkatan laut. Orang pertama yang memegang jawatan Laksamana yang dicipta pada masa Sultan Mansur Syah ialah Hang Tuah.

RUJUKAN

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia. Petaling Jaya. Macmillan , Publishers (M) Sdn Bhd. 1983.
Ibid.
Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1989. 


SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAYU MELAKA

Pembesar – Pembesar Melaka
Pembesar Berempat Utama
Pembesar Berlapan
Pembesar Enam Belas
Pembesar Tiga Puluh Dua
  
PEMBESAR BEREMPAT ADALAH NADI PENTADBIRAN RAJA KESULTANAN  MELAKA

Bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka, Sultan Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju pemerintahan.Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai PEMBESAR BEREMPAT.Mereka terdiri daripada BENDAHARA, TEMENGGONG, PENGHULU BENDAHARI dan LAKSAMANA. Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan., Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.

BENDAHARA BERSAMAAN DENGAN JAWATAN
- Perdana Menteri 

TEMENGGONG BERSAMAAN DENGAN JAWATAN
- Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
- Ketua Hakim
- Ketua Polis Negara

PENGHULU BENDAHARI BERSAMAAN DENGAN JAWATAN
- Menteri Kewangan
- Ketua Perbendaharaan Negara

LAKSAMANA BERSAMAAN DENGAN JAWATAN
- Menteri Hal Ehwal Luar Negara
- Duta Khas
- Ketua Turus Angkatan Bersejata
- Panglima Perang 

Dalam sistem permerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Sultan berkuasa penuh dalam kerajaan serta dianggap mempunyaai DAULAT dari keturunan yang mulia. Rakyat mesti menghormati Raja Mengikut perintah Raja tanpa bantahan. Sultan berkuasa penuh menjatuhkan hukuman bunuh begitu juga sifatnya dengan Pembesar Negeri yang mempunyai kuasa politik dan mempunyai pengikut sendiri.Mereka bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan rakyat dan Negara dari ancaman musuh.

SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA


Konsep sistem Pemerintahan Beraja

Mengikut Kamus Dewan, Raja bermaksud orang yang mengetuai dan memerintah sesebuah Negara atau Bangsa, menjadi kepala Negara, kepala negeri atau kepala suku. Mengikut Encyclopedia Britanica, Raja lelaki atau Ratu bagi perempuan adalah pemerintah tertinggi dalam negeri, lebih tinggi kedudukannya daripada mana-mana pentadbir. Pemerintahan beraja adalah fonomena seluruh dunia secara keturunan sempurna atau raja berpelembagaan. Biasanya dalam bentuk monarki dan raja juga dianggap sebagai penghubung Antara rakyat dan tuhan. 

Pemerintahan beraja atau monarki (dari Bahasa yunani “monos archein”, bermaksud “satu pemerintah”) merupakan satu bentuk kerajaan di mana Raja menjadi Ketua Negara. Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua dunia.

Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan atau akhir abad ke-20, hanya 40 sahaja takhta  yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat Negara yang mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem perlembagaan. Pembentukan dan perluasan empayar telah menyebabkan status seseorang raja itu meningkat daripada Raja kepada Maharaja seperti yang pernah berlaku di China semasa pemerintahan Dinasti Chin dan India semasa pemerintahan Dinasti Maurya. Republik ialah Negara yang ditadbir oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat.

 PEMERINTAHAN BERAJA

Perbezaan di Antara Raja dan Presiden sebagai ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua Negara sepanjang hayatnya, manakala presiden biasanya memegang jawatan ini  buat jangkamasa tertentu dan ia ditentukan oleh rakyat berdasarkan pemilihan secara giliran. Pada hari ini, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah Raja Berpelembagaan., iaitu kuasa raja yang terhad oleh perlembagaan.

Monarki Demokratik atau dalam Bahasa Inggeris Elective Monarchy, adalah berbeza dengan kosep raja sebenarnya. Pada kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya. Tetapi dalam sistem monarki demokratik, takhta raja akan bergilir-gilir dikalangan beberapa sultan. Bagi kebanyakan Negara, Raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan Negara tersebut. Selain itu, raja biasanya ketua agama serta Panglima Besar angkatan sesebuah Negara.

PENGENALAN

Sebelum British campur tangan di negeri-negeri Melayu, tanah Melayu sudah mempunyai sistem pemerintahannya tersendiri iaitu sistem beraja berkuasa mutlak, sistem pemerintahan ini bermula dengan kesultanan Melayu Melaka sekitar tahun 1400 M yang kemudian diteruskan oleh negeri-negeri melayu yang lain. Raja atau sultan adalah ketua pemerintah yang berkuasa dalam semua aspek seperti politik, ekonomi dan sosial. Baginda akan dibantu oleh golongan pembesar yang dilantik diperingkat pusat, wilayah dan kampung. Sistem beraja ini mulai mengalami perubahan apabila kuasa british campur tangan secara rasmi di negeri-negeri Melayu pada tahun 1874 melalui perjanjian Pangkor di Perak.

SISTEM BERAJA

Sistem beraja pada peringkat awal adalah dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha. Oleh itu, ketua kerajaanya menggunakan gelaran “raja” yang berasal dalam Bahasa Sanskrit. Raja dianggap sebagai keturunan Dewa yang dikenali sebagai dewa raja atau dewa sakti. Dewa Raja bermaksud raja dianggap wakil tuhan untuk memerintah di muka bumi dan diberi sifat luhur dan suci sesuai dengan sifat dewa-dewa.

Selepas kedatangan islam, dan konsep dewaraja telah berubah sesuai dengan agama islam . Perkataan raja telah ditukar kepada Sultan atau Shah yang berasal daripada perkataan arab seperti Sultan Kedah, Sultan Terengganu, Sultan Pahang dan sebagainya. Konsep dewaraja pula ditukar kepada amirul almukminin dan zillu’ allah dil’-alam yang bermaksud pemimpin bagi orang-orang mukmin. Raja dianggap sebagai wakil Allah s.w.t untuk memerintah dimuka bumi dan ini bermakna melanggar perintah raja maka ia juga telah melanggar perintah Allah swt. Raja juga dianggap sebagai ketua agama islam.

Dalam sistem beraja juga terdapat konsep daulat dan derhaka iaitu hasil daripada wa’adat atau perjanjian yang dibuat oleh demang lebar daun dan Seri Teri Buana (Sang Sapurba). Dalam perjanjian ini,rakyat berjanji akan memberi taat setia kepada raja manakala raja pula berjanji untuk menjaga kebajikan,tidak menzalimi serta mencelar rakyat.

Perkataan daulat adalah berasal daripada perkataan arab iaitu daulat yang membawa maksud kerajaan.Apabila dibawa masuk ke dalam sosio-politik Tanah Melayu maka konsep daulat telah diperluaskan penggunanya seperti dikaitkan dengan kesempurnaan seorang raja,serta kebolehan,keistimewaan dan kebahagian kepada seorang raja.Tujuan konsep daulat ini diwujudkan adalah untuk memberi kuasa tertinggi kepada seorang raja bagi membolehkan raja mengawal pembesar dan rakyatnya.

Manakala konsep derhaka pula merujuk tindakan melanggar atau ingkar perintah raja.Sesiapa yang derhaka kepada raja akibatnya akan ditimpa bala atau tulah raja.Tulah bermaksud hukuman yang akan diterima secara langsung seperti hukuman bunuh atau tidak langsung berbentuk musibah,bala atau bencana.

Kedudukan seseorang raja diperkukuhkan lagi dengan menggunaan bahasa dalam atau Bahasa Istana, warna diraja, penggunaan alat kebesaran diraja.Kesemua keistimewaan ini tidak boleh digunakan oleh rakyat sama sekali dan sekiranya digunakan maka rakyat tersebut akan dihukum oleh raja. Bahasa dalam atau istana hanya boleh digunakan oleh raja dan keturunan sahaja seperti beta,sentap,beradu,bersemayan,gering,mangkat dan sebagainya.Warna diraja pula iailah warna kuning yang terdapat pada pakaian raja dan keturunannya,sarung bantal,langsir istana,sapu tangan,kipas diraja dan sebagainya.Manakala peralatan diraja pula seperti tombak berabu,keris panjang,pending,kendi,kertur dan sebagainya. Alat muzik pula dikenali nobat iaitu gabungan dua perkataan iaitu nau dan bah.Nobat mengandungi 9 jenis alat muzik yang dimainkan dimajlis-majlis adat istiadat diraja sahaja seperti keberangkatan raja,perkahwinan diraja,kematian diraja,menyambut kedatangan tetamu raja dan sebagainya.

Dalam sistem beraja terdapat 3 cara  penggantian takhta iaitu secara warisan , pemilihan dan penggiliran.Pengantian takhta secara warisan ialah apabila berlaku kemangkatan sultan yang memerintah maka putera sulong sultan tersebut dari keturunan pemaisuri (anak gahara) akan ditabal menjadi sultan yang baharu.Cara ini diamalkan disemua negeri, termasuk negeri yang mengamalkan adat Perpatih. Mengikut sistem ini,Undang Berempat akan memilih dikalangan anak raja yang berkelayakan untuk menggantikan jawatan Yang Dipertuan Besar di Negeri Sembilan.Mana-mana anak raja berpeluang menjawat jawatan ini sekiranya berjaya menambat hati pembesar nya . Manakala sistem penggiliran pula diamalkan di Perak.Mengikut sistem ini,sebelum seseorang raja itu menjawat jawatan sultan,terlebih dahulu mesti menjawat beberapa jawatan berdasarkan system giliran iaitu menjawat jawatan Raja Di Hilir,Raja Bendahara,Raja Muda kemudian baharulah Sultan.Mengikut sistem ini,tiga keluarga diraja berpeluang untuk menjadi Sultan di Perak.

PERANAN RAJA ATAU SULTAN SELEPAS CAMPURTANGAN BRITISH

Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerinthan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, Sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan social. Namun penguasaan penjajah ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa Sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British, namun Sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu.

POLITIK

1-      SULTAN SEBAGAI KETUA KERAJAAN
Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal.Rakyat tidak boleh membantah perintah Sultan kerana dianggap mengingkari perintah Tuhan. Perintah Sultan menjadi undang-undang. Oleh itu,, perintah Sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama.

2-      SULTAN BERPERANAN DALAM BIDANG PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN
Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang dan berperanan sebagai ketua hakim. Segala perintah dan arahan raja serta perakuan Raja, dianggap sebagai undang-undang dan baginda bertanggungjawab mengendali dan memutuskan hukuman daripada sekecil-kecil hukuman sehinggalah hukuman mati. Baginda juga berhak memberi pengampunan kepada pesalah yang dikehendaki. Baginda memelihara undang-undang dalam negeri untuk mengawal kesejahteraan rakyatnya.

3-      SULTAN MENENTUKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
Sebagai ketua Negara, sultan bertanggungjawab mengetuai rundingan dengan ketua-ketua Negara asing. Sebarang tindakan hal ehwal luar tidak sah jika dilakukan oleh pembesar tanpa kehadiran sultan. Semua perjanjian atau persetiaan dengan pihak luar tidak sah tanpa pengesahan sultan. Persetiaan dengan pihak luar perlu ditandatangani oleh 12 orang atau lebih pembesar serta ditandatangani oleh sultan.

4-      BERKUASA MELANTIK PEMBESAR
Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain. Golongan pembesar yang dilantik mestilah berwibawa supaya dapat membantu baginda dalam pentadbiran negeri. Kuat atau lebih seseorang raja atau kerajaan adalah bergantung kepada golongan pembesar yang dilantik. Baginda juga berhak memecat dan melantik penggantinya sendiri iaitu dalam kalangan putera-putera baginda.

5-      SULTAN BERPERANAN SEBAGAI KETUA TENTERA
Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera mempertahankan Negara daripada serangan musuh atau menakluk Negara lain.

EKONOMI

1-      SULTAN BERKUASA MUTLAK KE ATAS SUMBER EKONOMI
Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntumgan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal buruh atau tenaga kerja , hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takhluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Dari segi pertanian Sultan berhak mengerahkan tenaga rakyat untuk bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.

2-      SULTAN BERKUASA MELAKSANAKAN SISTEM KERAH
Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera, membina jalan, membina jambatan, membina banteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan dari sistem ini seperti golongan syed (keturunan nabi), golongan lebai, penghulu,kakitangan masjid dan orang-orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status social dalam kalangan rakyat.

SOSIAL

1-      SULTAN MERUPAKAN LAMBANG PERPADUAN
Raja/Sultan menjadi simbol penyatuan Negara dan rakyat. Seseorang sultan sangat memerlukan sokongan dan kesetiaan rakyatnya bagi membolehkan memerintah dengan berkesan. Kewibawaan seseorang sultan bergantung kepada kemakmuran hidup rakyatnya. Bagi mewujudkan kesetiaan rakyat terhadap sultan maka seseorang sultan itu dilambangkan dengan kuasa sakti dan mempunyai darah putih. Hak ini bertujuan untuk mengagung - agungkan seseorang sultan supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang ,melanggar perintah sultan pula dikatakan akan mendapat “tulah”, seperti kemalangan dan kesengsaraan.

2-      SULTAN BERTINDAK SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU.
Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Baginda juga berperanan untuk memastikan semua rakyatnya mematuhi peraturan dan larangan terhadap sesuatu adat istiadat Melayu yang diamalkan.

PERUBAHAN PERANAN RAJA/ SULTAN SELEPAS PENJAJAHAN BRITISH

1-      RAJA KEHILANGAN KUASA MENTADBIR
Selepas campur tangan  British, British telah memperkenalkan sistem Residen. Di bawah sistem Residen , Residen merupakan kuasa yang tertinggi dalam pemerintahan di negeri-negeri Melayu. British memperkenalkan pentadbiran berbentuk Birokrasi, Sultan menjadi Presiden Majlis Negeri tetapi semua keputusan Majlis Negeri dibuat oleh Residen. Sultan kehilangan kuasa sebagai ketua Pentadbir. Walaupun Sultan masih menjadi ketua Negara, namun kuasa mentadbir berada ditangan Residen. Pengenalan Persekutuan pada tahun 1896 menyebabkan Sultan kehilangan kuasa, Kuasa berpusat ditangan Reseiden General. Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam soal agama dan adat istiadat orang Melayu sahaja. Kekuasaan Sultan semakin tergugat apabila British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Walaupun kuasa Sultan dipulihkan semuala dengan pengenalan Persekutuan 1948, tetapi kuasa sebenar masih ditangan British.

2-      RAJA KEHILANGAN KUASA DALAM PERUNDANGAN
British memperkenalkan sistem perundangan baru. Baginda tidak lagi berkuasa menjatuhkan hukuman apabila British memperkenalkan sistem perundangan yang lebih teratur dengan melantik hakim-hakim untuk melaksanakan sistem kehakiman.

3-      RAJA KEHILANGAN KEKUASAAN TERHADAP EKONOMI
Setelah kedatangan British, segala urusan percukaian dan import – eksport tidak lagi berada di bawah kekuasaan Sultan, tetapi ditangan British. British secara beransur-ansur memperkembangkan ekonomi kapitalis dan secara beransur-ansur ekonomi tradisional terhakis.

4-      RAJA KEHILANGAN HAK KE ATAS TENTERA
Pada zaman penjajahan British, Sultan juga tidak dibenarkan mempunyai tentera sendiri. Pentadbir British telah membentuk pasukan polis dan askarnya sendiri. Hal ini bermakna bidang keselamatan terlepas daripada kekuasaan Sultan. Sultan hanya memainkan peranan dalam uacara kerajaan negeri sahaja.

KESIMPULAN

Melalui perbincangan di atas, adalah jelas bahawa sebelum penjajahan, Raja/Sultan memainkan peranan penting dalam semua urus tadbir negara yang mencakupi bidang politik, ekonomi, sosial dan keagamaan. Kedatangan penjajah menyebabkan pengenalan sistem pentadbiran sehingga menjadikan Sultan kehilangan kuasa dan hanya sekadar lambang kekuasaan pada Negara.


MAKNA DAULAH, DAULAT DAN DULI YANG MAHA MULIA SERTA TUAN’KU

DAULAT atau DAULAH adalah istilah yang sama maksudnya iaitu kuasa ataupun kerajaan. Walaupun ada beberapa rujukan menjelaskan Daulat bermaksud seseorang Raja atau sultan mempunyai kuasa tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja yang melanggar arahannya (derhaka akan menerima akibat (tulah). Namun ianya jua diambil kira dari sudut pandangan berhubung kesaktian ataupun keistimewaan

DULI yang berasal dari perkataan arab yang membawa maksud negeri Negara yang berkaitan dengan pemerintahan dan bukannjya pentadbiran demikian jua istilah “Yang Maha Mulia” erti kata yang berasal dari al-karim. Namun istilah “Zilullah fil-ardh  adalah bertepatan yang bermaksud “bayangan Allah di muka bumi iaitu merupakan warisan dan lanjutan amalan pemerintah kerajaan Abbasiyah dan Saljuk di Baghdad, Mamluk di Mesir, Uthmaniyah di Turki dan Khillji serta moghul di India.

Negeri Perak sebagai contoh suatu ketika dahulu pernah menggunakan istilah tersebut kepada Paduka Seri Sultan Abdul Malik Mansur Mu’azzam Shah Jamalu’llah Khalifat ur-Rahman Johan Berdaulat Zillu’llahi fil-Alam ibni al-Marhum Sultan Ahmadin shah, sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Perak yang memerintah sekitar tahun 1806-1825.

TANGGUNGJAWAB KHALIFAH TERHADAP UMAT:-
1-      Memelihara Keturunan
2-      Memelihara Akal
3-      Memelihara Kehormatan
4-      Memelihara Jiwa (Nyawa) manusia
5-      Memelihara Harta
6-      Memelihara Agama
7-      Memelihara Keamanan
8-      Memelihara Negara
(cebisan dari Undang-Undang 99 Negeri Perak)

(11). UNDANG-UNDANG ORANG JADI RAJA ATAUPUN PENGHULU DIDALAM SESEBUAH NEGERI ATAU MUKIM “ADATNYA”

Ada pun hutang penghulu kepada rakyatnya
-          Pertama mati rakyatnya di tanam
-          Kedua, hilangnya rakyat di cari,
-          Ketiga, kusut diselesaikan
-          Keempat,, jika salah dipatutkan

Maka hutang rakyat kepada penghulu dua perkara, pertama dilaungkan oleh penghulu, datang ia dan disuruh pergi ia, dan lagi tatkala orang mengadap bicara itu dilihat baik-baik rupanya, salah duduknya, salah berdirinya, salah perkataanya, serba yang salah sebarang lakunya, maka mereka yang salah itu disalahkan juga dan demikian pula yang benar itu hendaklah dibenarkan hukumnya, tetapi boleh dibezakan antara kecil dan salah besar di atas mereka-mereka sekalian dan atas bicara mereka itu dihukum betul-betul, jangan diambil faedah mereka-mereka itu tatkala di dalam mana-mana bicara pun.

93 UNDANG-UNDANG ORANG MENJADI ORANG BESAR DI DALAM NEGERI

-          Adatnya pertama orang besar itu memelihara atas rajanya,
-          Kedua memelihara atas rakyatnya, maka amanlah negeri itu

Secara tersiratnya meletakkan Zillullah fi-alam ataupun Zillullah fi-ardh sebagai khalifah secara harfiyah bermakna “pengganti” atau wakil yakni pemimpin umat islam setelah wafatnya
Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Digelar sebagai Khalifah Allah (perwakilan Allah SWT) dan Khalifah Rasulullah. Maka terbentuklah satu sandangan dan harapan sebagai amir al-Mu’minin yang bermakna “pemimpin orang yang beriman”. Namun sejak tumbangnya Empayar Turki Uthmaniyah, gelaran ini tidak lagi digunakan. Namun ianya digunakan gelaran SULTAN dan RAJA digugusan kepulauan nusantara.

Walau apa jua istilah yang diberikan, Sistem Beraja wajib dan sekali gus memenuhi Raja berperanan menyatupadukan warga, membina sebuah bangsa berdaulat. Atas alasan iniah Raja berperanan mutlak sebagai penggubal, pentafsir, pelindung dan pelaksana undang-undang, disamping diiktiraf sebagai Ketua Agama . Sultan bermaksud pihak yang berkuasa. Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apapun gelarannya.

Maka hendaklah jelas, perkataan Sultan dalam hadis merujuk kepada ulul amri iaitu mereka yang berkuasa memerintah. Al-Imam Al-munawi dalam Fadh al-Qadir ketika mentafsir maksud “Al-Sultan bayangan Allah di bumi” beliau berkata ‘ kerana dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari’.

Jika hendak memahami maksud penguasa bayangam Tuhan dalam Islam, fahamlah ucapam Abu Bakar as-siddiq apabila menjadi  khalifah:-
Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat  disisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah disisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), Insya allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul Nya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361). Inilah insan yang paling faham maksul Sultan itu bayangan allah di bumi.

Kemuliaan Raja dinilai dari sudut amal makruf. Baginda menyempurnakan tanggungjawab  lantas menginsafkan Raja bahawa kuasa pemerintahan adalah satu manah Ilahi yang sama sekali  tidak boleh disalahgunakan. Raja wajib menjunjung amanah pemerintahan dengan melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat mengikut hukum yang telah ditetapkan  oleh Allah SWT.

ADAT ISTIADAT
Adat Istiadat dan strata masyarakat Melayu dalam Sulalatus Salatin.
Sulalatus Salatin merupakan judul asal sejarah Melayu. Karya ini ditulis oleh Tun Seri Lanang pada tahun (1612). Sewaktu karya ini ditulis terdapat pelbagai cerita lisan dan salasilah tersebar luas.
Konsep adat dan istiadat terbahagi kepada dua iaitu adat dan istiadat. Adat mewakili undang-undang dan larangan Diraja. Larangan Diraja merupakan pelaksanaan undang-undang berdasarkan hukuman melanggar undang-undang atau melakukan sebarang kesalahan. Undang-undang pula melibatkan larangan mengenai perhiasan pakaian peralatan raja. Istiadat pula mewakili aturan dalam negeri dan pelaksanaan upacara atau istiadat. Istiadat kebiasaanya dijalankan di istana raja dan mengutamakan kelengkapan dan perjalanan upacara. Seterusnya, aturan dalam negeri ialah istiadat aturan dalam negeri tidak melibatkan denda dan mementingkan protocol.
Starta atau tingkat kedudukan masyarakat Melayu dalam Sulalatus Salatin adalah terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada Raja dan Pembesar. Golongan diperintah pula terdiri dari pada rakyat dan hamba. Masyarakat Melayu tradisional sememangnya mengamalkan system pemerintahan secara mutlak.
Adat istiadat sebahagian adat yang mengatur segala upacara dan kegiatan suci yang perlu menerima penghormatan awam. Adat istiadat berlaku kerana masyarakat mengamal dan menjaganya dengan baik (Abdullah Siddik, 1975). Adat istiadat bergantung pada prisipperubahan melalui muafakat dan perundingan serta pengaruh luar. Etimologi perkataan adat berasal daripada Bahasa arab iaitu ‘Adah’ yang bermaksud kebiasaan yang tetap dihormati. Adat istiadat dalam masyarakat Melayu tradisional merupakan segala proses kehidupan manusia bermula daripada kelahiran hingga kematian (Abdul Latif, 2001). Gambaran adat istiadat dan larangan-larangan yang mementinkan protocol dan adat istiadat ini bertujuan untuk menonjolkan tentang kebesaran dan sekaligus kekuasaan.
Aturan dalam negeri ialah istiadat aturan dalam negeri tidak melibatkan denda dan mementingkan protokol. Antara contoh adat:-
1-      ADAT ISTIADAT PENGANUGERAHAN GELARAN
Adat ini dimulakan dengan menjemput orang yang bakal menerima gelaran ke istana. Jemputan penganugerahan pula adalah mengikut pangkat dan gelaran yang bakal diterima. Orang besar-besar akan menjemputnya jika mendapat penganugerahan ‘Perserian. Bagi anugerah ‘Persangan’ hanya orang kecil-kecil sahaja yang akan menjemput orang yang bakal menerima anugerah. Orang yang menerima anugerah tertinggi akan dijemput menggunakan gajah atau kuda. Mereka akan diiringi dengan paying dan gendang serunai ke istana. Ketika tiba di istana, riwayat mereka akan dibaca dan diberi persalinan mengikut gelaran yang diberikan oleh Raja. Sebagai contoh, anugerah bendahara akan diberi lima ceper persalinan Situasi ini dapat digambarkan di bawah.
Jika baginda menggelar orang, maka raja dihadap orang dibalairung, orang beradat. Maka dijemput orang itu: jika “Perserian”, Orang Besar-besar menjenput dia: jika “persangan”, orang kecil menjemput dia; jika “pertuanan” orang sedang menjemput dia; dan jika orang bergelar itu patut bergajah, dibawakan gajah; yang patut berkuda, dibawakan kuda; dan jikalau tiada patut bergajah dan berkuda, dibawa berjalan dengan bingkisan, dengan paying dan gendang serunai, tetapi paying itu, ada hjau, ada yang biru, ada yang merah dan sebesar-besar paying kuning; dan paying putih dengan Negara itu mahal adanya, sebaik-baiknya nafiri.Dan paying kuning itu paying anak raja-raja dan orang besar-besar, dan paying ungu dan merah dan hijau itu paying sida-sida dan bentara hulubalang sekalian. Adapun paying biru dan hitam itu akan paying barang orang bergelar juga. (A. samad Ahmad, 1979;76)
ADAT MENGADAP RAJA DIBALAIRONG
Semasa mengadap raja terdapat adat istiadat mengadap raja dibalairong. Pembesar-pembesar akan disusun mengikut pangkat kebesaran tersendiri seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, dan Temenggung akan duduk di seri balai. Anak-anak Raja akan duduk dibahagian serambi balai sebelah kiri dan kanan. Sida-sida yang muda akan duduk berselang seli dengan bentara dan hulubalang yang berdiri di ketapakan balai memikul pedang. Situasi  ini dapat digambarkan melalui petikan teks dibawah:-
“kemudian daripada itu maka Raja Iskandar pun keluarlah ke penghadapan, dihadap oleh segala raja-raja dan ulama dan pendita dan segala orang Besar-besar, dan segala pahlawan yang gagah-gagah, mengelilingi takhta kerajaan baginda, dan dan belakang baginda segala hamba yang khas dan segala yang kepercayaannya” (A.samad Ahmad, 1979;5)
ADAT MENJUNGJUNG DULI
Adat istiadat ini diadakan apabila empat atau lima orang kepala bentara yang terdiri daripada sida-sida akan duduk di seri balai. Segala perkakas seperti ketur, kendi, kipas dan barang yang diselang kedudukannya. Pedang pula berada di sebelah kiri dan kanan. Pedang kerajaan dipikul oleh Laksaamana atau Seri Bija Diraja. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks dibawa:-
“syahadan jika menjunjung duli, dahulu kepala bentara yang empat lima orang itu  daripada sida-sida yang duduk di seri balai itu, melainkan segala menteri yang besar-besar. Adapun nakhoda Cempa yang pilihan duduk di Seri balai; maka segala anak tuan-tuan yang bersahaja sahaja duduk di selasar balai. Adapun segala perkakas raja, seperti ketur, kipas dan barangsebagainya diselang-selang duduknya, melainkan puan dan pedang dikelek-kelekkan kiri dan kanan, pedang kerajaan itu, Laksamana atau Seri Bija Diraja memikul pedang itu. (A.samad Ahmad, 1979;75)

ADAT RAJA-RAJA MELAYU
Adat tradisi Raja-Raja Melayu diwujudkan di zaman Kesultanan Melayu di bawah bimbingan alim ulamak tasawuf. Berkemungkinan kebanyakan daripada adat Raja-Raja Melayu ini digubal pada zaman Sultan Muhammad Syah yang memeluk Islam di bawah tunjuk ajar seorang ulamak Mekah yang bernama Makhdum Sayyid Abdul Aziz. Beliau dan para mubaligh lain membantu dalam proses pengislaman Raja Melaka, para pembesar negeri serta rakyat baginda sekelian langsung meneruskan khidmat mengajar tentang hokum hakam agama. Pengaruh ajaran Islam juga ternyata jelas terdapat di dalam hokum kanun Melaka yang menjadikan hukum islam (hudud) sebagai dasar perundangan resmi Negara.
Kebanyakan mubaligh yang datang ketika itu asalnya kaum Arab, keturunan Arab atau Farsi. Antara ulamak yang tinggal di Melaka untuk menjalankan kegiatan dakwah dan memberi pengajaran agama ialah Makhdum Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadhi Yusuff, Qadhi Menus, Qadhi Menawar Syah, Maulana Sadar Jahan dan Maulana Jalalluddin. Semasa Makhdum Sayyid Abdul aziz menjadi penasihat agama terpenting kepada Sultan Muhammad Syah inilah dibuat beberapa adat peraturan Raja-Raja Melayu Melaka, yang kemudiannya menjadi garis panduan kepada Kesultanan-kesultanan lain di Alam Nusantara yang mengambil Nobat dari Melaka.
Adat Raja-Raja Melayu merangkumi undang-undang Syariat dan undang-undang adat yang berkaitan dengan hal kelayakan, pelantikan dan peranan seorang Raja Melayu sebagai wakil Allah dalam segala urusan umat Islam berbangsa Melayu.

ADAT MELAYU YANG BERSIFAT ADATULLAH
Dalam memenuhi kelayakan sebagai seorang Raja yang beragama Islam, seorang Raja Melayu dituntut untuk memenuhi ciri-ciri seperti baligh, lelaki, tidak gharib dan berakal. Sepertimana yang disebutkan dahulu, menurut ajaran akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, melantik raja hukumnya Fardhu Kifayah. Begitu pentingnya hal melantik raja, maka adat Raja-Raja Melayu telah menetapkan bahawa pelantikan seorang Raja pengganti perlu didahulukan daripada mengkebumikan raja yang baru mangkat.
Adat muafakat dan persetujuan para pembesar dalam urusan pelantikan raja juga tergolong dalam ADATULLAH kerana ianya mempunyai asas dalam ajaran Islam. Permuafakatan dan persetujuan para pembesar Melayu merupakan satu syarat pengesahan perlantikan seorang Raja Melayu. Adat pertabalan seorang Raja Melayu juga merupakan satu ADATULLAH. Dalam majlis pertabalan, lafaz sumpah mengambil tanggungjawab sebagai Ulil Amri dan disertakan dengan alat kebesaran mempunyai asas kukuh dalam ajaran Islam. Ianya bertujuan menyambung ikatan kerohanian diantara Daulah-Daulah Islamiyah yang berantai dari zaman Rasulullah SAW. Upacara pertabalan seseorang Raja merupakan suatu majlis yang sakaral kerana ianya merupakan pengiktirafan agama kepada kedudukannya sebagai seorag Raja Islam yang mendapat mandat Allah SWT. Sebagai seorang Raja bagi umat Islam yang berdaulat, ianya dapat menjamin payung Allah dibuka atas kerajaanya.

KEPENTINGAN ADAT RAJA-RAJA MELAYU DAN KEHILANGAN DAULAH RAJA
Sebagai institusi pemerintahan umat Islam yang mempunyai legitimasi kukuh dalam agama, dan dalam peranannya sebagai satu unit dari rantaian system khalifah Islamiyyah, terdapat beberapa adat Raja-Raja Melayu yang dibuat bagi menjamin hakikat yang menzahirkan daulat Institusi Raja-Raja Nelayu akan terus terpelihara. Kewujuan hakikat inilah yang menjamin paying perlindungan Allah SWT tetap terbuka kepada Bangsa Melayu.
MAJLIS PERTABALAN SULTAN
Majlis Pertabalan atau Perpuspaan Sultan memastikan wujudnya kesinambungan pemerintahan baginda kepada warisan pemerintahan umat islam dari zaman Rasulullah SAW. Hal atau perkara ini termasuk didalamnya sumpah Raja bagi menjalankan mandat Allah atas baginda serta ikrar taat setia para pembesar negeri sebagai wakil rakyat jelata. Oleh itu, penobatan seorang Raja melayu mengikut adatnya akan menzahirkan kekuatan rohaniah kepada Daulah baginda selama mana baginda tidak mengkhianati sumpah yang dilafazkannya dalam upacara penobatan yang penuh istiadat itu.
MUAFAKAT RAJA-PEMBESAR
Selain itu, adat mendapatkan muafakat dan persetujuan para pembesar atas pelantikan seorang Raja, dan dalam lain-lain perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal pemerintahan, juga boleh menjamin pemerintahan tersebut kekal berada dalam Rahmat allah SWT. Kesatuan hati dan muafakat merupakan kunci kepada kekuatan sesebuah pemerintahan.
PERKAHWINAN RAJA DENGAN WANITA GAHARA
Adat perkahwinan Raja-Raja Melayu dengan wanita dari darah Gahara (iaitu wanita bangsawan atau keturunan Sayyid) adalah adat raja-raja dari zaman dahulu dan ianya masih diamalkan oleh pemerintahan Raja-Raja Islam. Raja-Raja Melayu yang mana pemilihan putera tua dari darah gahara menjadi adat Raja-Raja Melayu yang paling utama.
Sejarah Melayu membuktikan bahawa pegangan keras hampir kesemua Raja-Raja Melaka telah membawa kepada era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Masalah mula terjadi apabila British berhasrat untuk menjajah Tanah Melayu dan mengambil pendekatan pecah-perintah bagi membolehkannya menyelinap masuk ke dalam banteng istana. British menggunakan statusnya sebagai suatu kuasa besar dunia untuk mengajar dan mendokong anak-anak gundik kepada Raja-Raja Melayu untuk merampas takhta, dari situ tercetuslah pergolakan istana.
Adat Raja-Raja Melayu yang menetapkan PUTERA DARI DARAH GAHARA sebagai salah satu ciri kelayakan terpenting sebagai waris pemerintah bagi memastikan tiada unsur-unsur pencemaran nasab yang boleh mencetuskan pengkhianatan kepada institusi Raja-Raja Melayu yang tulen. Oleh itu, perkahwinan raja dengan wanita gahara amat dipentingkan. Pemeliharaan keturunan Raja-Raja Melayu yang baik dan mulia dapat mengekalkan rahmat Allah tutun ke atas pemerintah dan rakyat baginda.

Rasulullah SAW telah bersabda:
“Pilihlah tempat yang baik untuk keturunan kamu dan berkahwinlah dengan yang sekufu (sebanding atau sepadan). “(HR Ibnu Majah dan Al-Hakim).

Dalam riwayat lain:
“Carilah tempat-tempat yang sesuai untuk air mani kamu, sebab sesungguhnya si lelaki itu lebih menyerupai kaum sebelah ibunya. “ (HR. Ibnu Asakir)

Walaupun pada hari ini adat tersebut telah beransur-ansurditinggalkan, teapi ianya bermanfaat untuk dihidupkan kembali supaya jangan sampai terjadinya peristiwa perkahwinan Raja-Raja Melayu dengan wanita-wanita Yahudi, Nasrani atau yang Gharib. Jika ini terjadi, dikhuatiri agen-agen jahat cuba memasukkan waita-wanita mereka ke dalam tembok-tembok istana pemerintahanIslam supaya boleh meranapkan Institusi Raja-Raja Melayu dari dalam. Perkara ini telah pun berlaku pada sebahagian raja-raja islam yang menyebabkan kemudaratan pada peranan Ulil Amri sebagai tonggak agama dan bangsa.


PEMILIHAN PUTERA GAHARA

Raja mesti dari darah gahara, supaya tidak hilang “bisanya” sebagai seorang Raja Berdauat. Ini bukan sahaja memenuhi tuntutan ajaran Agama Islam, tetapi juga dapat mengelakkan berlakunya masalah perebutan kuasa. Hanya putera gahara sahaja yang boleh mewarisi pemerintahan negeri. Oleh itu, pelantikan waris Raja perlu mengikut hukum adat dan hukum syarak yang telah digariskan, dan Kegaharaan adalah termasuk dalam hukum ini.

Adat ini, sebenarnya amat berpandangan jauh kerana ianya boleh mengelakkan siasah dan permusuhan diantara anak-anak Raja. Sejarah membuktikan bahawa disebabkan asal keturunan mereka yang bukan dari darah bangsawan, ia menyebabkan mereka tidak dimasukkan dalam aturan penganti Raja. Anak Raja dari wanita kebanyakan atau wanita gundik lebih mudah diperalatkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk merampas kuasa. Sokongan yang diberi dari belakang oleh pihak yang menaja sehingga menyebabkan kuasa pemerintah berjaya dirampas oleh putera yang bukan anak gahara. Contohnya sejarah negeri Perak. Bagi menjamin kuasa yang diperolehi melalui jalan yang tidak sah itu tetap berada ditangan, maka pemerintah baru terpaksa mengikut arahan dan tuntutan penaungnya itu. Ini merupakan ancaman kepada agama dan bangsa kerana boleh jadi wanita kebanyakan atau gundik yang merupakan bonda kepada putera yag tidak gahara itu mempunyai penaung yang berniat jahat. Perkara inilah yang seringkali mencetuskan unsur-unsur pencabulan dan pengkhianatan dari dalam kepada institusi Beraja kerana mandate Allah kini digantikan dengan mandat dari penaung.

Adat pemilihan waris Raja yang berdarah gahara sebagai bakal pengganti mula ditinggal-tinggalkan malah kini sudah semakin pupus.. Adat raja-Raja Melayu yang mengikut hukum Adat dan Hukum Syarak akan dapat menjamin kesucian nasab pemerintah. Malangnya, dengan pengabaian adat ini, ditakuti akan mendedahkan institusi Raja-Raja Melayu kepada musuh-musuh agama dan bangsa yang sentiasa mencari peluang untuk menyelinap masuk ke dalam pemerintahan umat islam, dan membuat kerosakan dari dalam.

Melihat sejarah silam, banyak pemerintahan umat isam menjadi rosa apabila berlaku penyelinapan bangsa Yahudi dan Nasranimelalui perkahwinan pemerintah dengan wanita-wanita Gharib. Kamal Ataturk yang bertanggungjawab meruntuhkan Khalifah Islamiyaah merupakan satu conth klasik perancangan Freemason (salah satu cabang agen Yahudi) yang
mana diketahui ia merupakan anak gharib dari keturunan Yahudi yang dapat menyelinap masuk berdasarkan sistem meritokrasi yang digunakan dalam Dinasti Uthmaniyyah.

Alasan inilah yang menyebabkan keturunan Rasulullah S.A.W tidak digalakkan mengahwini wanita-wanita yang bukan ahlul-bait iaitu untuk menjaga kesucian nasab mereka.

KEPINCANGAN PELANTIKAN RAJA

Pelantikan Raja yang tidak melalui upacara Pertabalan akan menyebabkan terputus rantaian nwarisan pemerintahan umat islam dari zaman Rasulullah SAW. Apabila Raja tidak bertabal dengan sempurna, maka seorang raja yang dilantik itu belumlagi mengangkat sumpahatau ‘akad’ untuk menjunjung amanah sebagai Ulil Amri, atau ikrar taat setia  (atau baiah) dari para pembesar sebagai wakil rakyat jelata; maka rupa zahir Raja yang ada padanya akan terkosong dari perisian hakikat. Maka jadilah Raja tersebut “Raja Tanpa daulat” dan tidak terpikul bebanan sebagai “paying” dan “tombak” Allah dimuka bumi ini. Keadaan ini akan dapat dirasai oleh rakyat jelata di saat-saat genting yang memerlukan ‘penguasaan fungsi Raja’.

NOBAT DARI KUASA KUFFAR

Kepentingan “penobatan” sesebuah daulah umat islam adalah bagi menjamin paying perlindungan Allah tetap terbuka pada Kesultanan yang mendapat nobat itu. Selain itu, ia juga bagi memastikan bukan sahaja ikatan kerohanian dapat diwujudkan diantara daulah-daulah umat islam, malahan ianya menjadi penyambung kepada tradisi pemerintahan umat islam sejak dari Zaman Khulafa Ar-Rasyidin lagi, yang mana institusi Berkhalifah dan Institusi Beraja Islam merupakan jenis pemerintahan Umat Islam yang mendapat naungan dari Allah.

Penjajah British yang pernah menjajah hampir kesemua Negara Islam di zaman mercu empayarnya langsung mengambil kesempatan di atas kelemahan dan perpecahan ummah untuk “menobatkan” Raja-Raja Islam. “Penobatan” Raja-Raja Islam oleh golongan kafirun amat menghina agama, kerana Raja Islam tersebut dikirakan mendapat nobatnya dari monarki British yang hakikatnyamerupakan penaung kepada gereja dan agama Kristian di Negara mereka. Penobatan seorang Raja yang beragama Islam, oleh monarki Kuffar yang menjadi paying kepada Agama Kristian sudah tentu akan menyebabkan terputusnya naungan allah atas daulah yang terletak di bawah tonggak raja yang menerima nobat itu. Perkara inilah yang akan mendatangkan kesan secara langsung kepada kedaulatan Kesultanan tersebut dan membuka ruang bagi kemasukan berbagai unsur kejahatan dan bala bencana.

Sebagai penaja yang menobatkan Raja-Raja yang beragama Islam, kuasa kuffar tersebut akan menjurus pemerintahannya kepada corak pemerintahan mereka, iaitu antara lainnya dengan memujuk supaya diambil penasihat Inggeris sebagai pedamping Raja yang utama. Melalui dasar-dasar pemerintahan corakan Barat, penasihat-penasihat ini secarang langsung ataupun tidak langsung berusaha untuk menghancurkan corak pemerintahan tradisi umat Islam.

(1)   Kebanyakan mubaligh yang ke Melaka asalnya kaum Arab, keturunan Arab atau Farsi. Ini boleh dijadikan alasan mengapa mereka cukup faham kerana daulah-daulah Islamiyyah di kawasan Timur Tengah. Antara ulamak yang tinggal di Melaka untuk menjalankan kegiatan dakwah dan memberi pengajaran agama ialah Makdum sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadhi Yusuff, Qadhi Menua, Qadhi menawar Syah, Maulana sadar Jahan dan Maulana Jalaluddin. Sultan Muhammad Syah yang mempelopori kebanyakan adat Raja-Raja Melayu dibimbing secara peribadi.
Sumber: Buku ‘Ketuanan Islam & Pertuanan raja-Raja Melayu’. Rujuk bhg ‘Karya Penulis’


KEJATUHAN MELAKA -PEWARIS KETURUNAN KESULTANAN MELAKA

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Kerajaan Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka telah beransur uzur dan tua, begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami kacau bilau dan banyak pertelingkahan, hasad dengki dan permusuhan terutamanya dikalangan pembesar-pembesar yang dilantik.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka.Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar “Benggali Putih” oleh orang tempatan.Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacaiu di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka.Angkatan Portugis diserang dan dua puluh anak kapalnya ditahan.


Pada tahun 1511 Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka berakhir apabila di takluki portugis. Warisan Empayar Melaka diambil alih oleh anakanda Sultan Mahmud Shah  iaitu Sultan Ahmad Shah pada tahun 1516 sehingga 1528. Raja Muzafar menguasai kawasan utara Empayar Melaka dengan mengwujudkan Kesultanan Melayu Perak, yang berpusat di pinggir Sungai Perak dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah dan seterusnya beliau mengasaskan Kesultanan Perak. Sementara adindanya Raja Alauddin mengambil alih kawasan Selantan Empayar dengan mermulakan kerajaan Johor Riau yang berpusat di Johor Lama dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II. Kawasan taklukannya meliputi Pahang yang diasaskan oleh Sultan Muhammad Shah (1), anakanda Sultan Mansur Shah Sultan Melaka ke-6 (1457).